Saturday, April 30, 2011

Bila Tengok Perempuan Seksi

Perempuan ni ibarat gula-gula kan. Manis je. Tapi manis-manis pun, kalau gula-gula tu dah tak ada pembalutnya mesti orang dah tak suka. Orang akan sekali cakap aje.


"Eh, gula-gula ni dah tak ada pembalutlah. Mesti kotor ni. Kena habuk ke. Tak naklah."


So, sama macam perempuan. Orang akan pandang luaran. Takkanlah pula nak berkenalan masa tu jugak.


"Awak, jom kita berkenalan. Saya nak nilai awak ni, so kita mesti kenal dulu sebab don't jugde people by its cover kan."


Tak kan. Pandangan orang dengan perempuan yang pakai seksi-seksi ni satu je.


"Perempuan ni pakai seksi-seksi, perangai mesti macam hantu."


See! Kita takkan dapat halang pemikiran orang. Takkan dapat tutup mulut orang. So, kesimpulannya, jadilah gula-gula yang tak tercemar. Biar orang tertanya-tanya. Apa warna gula-gula disebalik pembalut ni eh.


INGATAN UNTUK DIRI SENDIRI JUGAK XD

Ketagih Beras Mentah

ketagih beras mentah

Selama ni Tia ingatkan orang ketagih dengan rokok je. Tak sangka dengan beras pun boleh ketagih. Pelikkan. Pelik tapi benar. Kenapa pelik? Sebab beras tu beras mentah. Bukan beras yang dah jadi nasi.

Masa Tia dekat sekolah dulu ada sorang member yang memang ketagih lah dengan beras ni sampai pergi sekolah pun siap boleh bawa bekal simpan dalam poket baju. Masa sembang-sembang, dia celuk poket segenggam beras kat tangan. Lepas tu dikunyah lah.

Ada lagi yang Tia tau, kakak member Tia suka sangat makan beras. Dari sekolah menengah sampailah kahwin sampailah ada anak. Masa nak pergi kerja boleh pula bawa bekal beras. Kenapa orang boleh ketagih dengan beras ye?

Friday, April 29, 2011

Mood Dah Ke Laut

sad to say goodbye
Yee! Hari ini bersamaan dengan 29 April 2011, maka tamatlah Latihan Industri (Praktikal) di Airport. Best sangat sebab jamuan perpisahan untuk kami pelajar praktikal dibuat. Tia memang rasa terharu sangat.

Gembira, gembira jugak tapi buku laporan dan buku log tak siap lagi.

Wednesday, April 27, 2011

Tia Takut Kena Hentam

Tia ada singgah banyak blog tadi. Macam-macam yang Tia dah baca. Tapi Tia tumpukan dengan hal blog. Banyak juga ilmu yang Tia dapat. Ada satu hal yang Tia takutkan. Tia takut kalau ada yang akan hentam blog Tia nanti.

Tia masih dalam proses belajar, jadi kalau Tia ada salah tolong jangan caci maki Tia. Tia perlukan sokongan bukan makian. Entri ni pendek-pendek aje sebab Tia sedang melawat blog-blog yang ada. Kalau dapat khatam hari ni pasal blog kan best. Eh, jangan risau Tia dah khatam al-Quran. Alhamdulillah.

Tuesday, April 26, 2011

BEN ASHAARI KENANG MASA SEKOLAH


Banyak sebenarnya kenangan masa zaman sekolah dulu. Sehari taip pun belum tentu boleh siap. Tapi dalam banyak-banyak tu, ada kenangan yang Tia masih ingat sampai sekarang. Tia pernah kantoi dengan cikgu sebab ponteng kelas.

Kerja sekolah yang cikgu bagi tak siap, takut kena marah pontenglah. Tapi last-last ketahuan jugak. Cikgu marah sangat sebab Tia dengan member Tia sorang tu ponteng. Itulah pertama dan terakhir. Tia dah tak nak ponteng-ponteng. Nanti pihak sekolah panggil ibu datang sekolah lagi susah.

Banyak-banyak denda yang cikgu pernah bagi, Tia paling tak suka dengan denda jalan itik. Malu sangat. Dah tu kena jalan terkedek-kedek depan kelas kakak dan abang senior pulak. Nasib baik Tia kat tengah-tengah. Boleh cover malu sikit.

Inilah Kisah Tia

Biarlah Tia rahsiakan siapa nama Tia yang sebenar sebab dalam blog inilah akan Tia luahkan segala apa yang terpendam dalam hati Tia. Tia bukan siapa. Tia tahu semua orang ada masalah dalam hidup masing-masing. Begitu juga Tia. Hidup ni memang penuh dugaan tapi Tia tak boleh pendam dalam hati. Tia perlu luahkan.

Tak perlu caci maki Tia. Tia tak perlu semua tu sebab tak ada siapa akan fahami. Tia akan coretkan di sini perihal kehidupan Tia. Kalau ianya tak baik, mungkin ia patut menjadi pengajaran kepada siapa-siapa.

Tia takkan tahu bila ajal akan datang menjemput. Blog ini akan Tia jadikan teman dalam hidup Tia dikala Tia suka atau duka.


-----------------------------------------------------------------------------------------


Ni entri pertama Tia pada 26/04/2011 masa mula-mula pembukaan blog ni. Bila baca rasa shengal pun ada. Ayat suci habis. Konon-konon dulu nak cerita pasal kehidupan 100% lah. Sekali idea nak cerita pasal perihal diri sudah ke laut daaa. Tia tak reti.

Last sekali, blog ni dah jadi tempat luahan pendapat peribadi pulak. Takpelah. Seronok jugak bila baca kan. Korang pun apalagi, meh lah share entri pertama korang masa mula-mula berblog dulu. Tengok bezanya. Hahaa!