Thursday, June 30, 2011

Ini Bukan Entri Sentap :)

Assalamualaikum ..

Korang ingat lagi tak entri Tia yang bertajuk "Merajuk Dengan Nuffy". Alah, mesti korang tau nuffy tu. Nuffnang le. Saja nak bagi nama manja sikit. Werkk~

Sebenarnya, tajuk entri tu langsung tak ada kaitan pun dengan nuffnang. Tak ada maknalah Tia nak merajuk dengan nuffnang kalau earnings Tia tak naik.

Tia tak mengharap sangatlah dengan duit berblog ni. Iklan yang Tia pasang dalam blog tak membuktikan yang Tia sangap duit blog. Orang kata, sambil menyelam, sambil minum air.

Kalau ada earnings, adalah. So, kepada "awak". Saya harap lain kali awak baca dan fahamilah dulu apa yang saya sampaikan dalam entri saya tu ye.

Saya tau apa tujuan saya berblog. So, jangan samakan saya dengan blogger yang mengharap sangat duit nuffnang ye..

Sekian... :anongnangyari:

Wednesday, June 29, 2011

Okey Apa "I Follow You, You Follow Me"

Assalamualaikum ..

Selama-lama ni, kita selalu dengar blogger sibuk duk kecoh sok sek sana sini bangkang prinsip "I Follow You, You Follow Me". Kenapa?

Sebab kebanyakkan yang follow tu sekali follow lepas tu dah tak nampak dah bayang dia kan. Biasalah tu. Mana-mana blog yang follower cecah sampai riban pun berapa ciput je yang datang balik lepas follow tu.

Mustahil lah 1000 follower dia, 1000 tu jugaklah yang tiap-tiap hari datang. Penipu! Aku tampo kang. Hahaa!

Tak salah pun kalau "I follow you, you follow me". We follow together-gether. Terutama follower yang baru bawah 100. Kasilah support sikit.

Oh! Tapi Tia akan follow blog tu kalau dia ada komen blog Tia. Kalau yang setakat menempek dekat shout, entri pun tak baca. Sorry to say lah.. Wah! Gituu nyahh. Hahaa.

Terima kasih singgah blog Tia dan baca entri.
Sekian...:hahaha:(

Blog Kesayanganku

Assalamualaikum ..


Aku sayang blog ini. Hehehh. Tia sayang blog Tia. Kalau bukan Tia yang sayang siapa lagi? Korang nak sayang ke blog Tia? Hahaa!

Okey! Ni segmen dari one of my blogger friend. Tia tau korang kenal. Yaa! Freaky a.k.a Firdaus. Stop! Kalau korang nak join jugak, klik SINI. Tutup sebelum 9.30 malam ni. So, CEPAT!!

Sekian... :Bath:(

Kantoi Kau Tak Baca Entri

Assalamualaikum ..

Isu blogger yang komen entri tanpa membaca dulu. Hahaa. Lawaknya kalau dah kantoi. Sape suruh komen tanpa baca entri dulu.

Apa? Oh, nak komen jugak. Kalau di blog Tia ni korang tak baca entri dan tetap nak tinggalkan komen, Tia tak kisah. Komen jelah, "Tia, itew singgah sini taw!".

Banyak kali jugak Tia jumpa blogger yang komen tapi lari dari isi entri. Lawak je. Hahaa! Okey fine. Tak baca sebab panjang eh? Alaa, Tia boleh je pun baca.

Tapi ikut jugaklah. Kalau entri dia panjang gila tanpa ada perenggan, dan isi entri entah pape entah. Tia baca jugak. Tapi skip-skiplah. Jujur ni. Hahaaa.

Selain dari tu. Kalau entri pasal bola, pemain bola, dan adalah lagi beberapa. Tia memang akan tinggalkan komen jugak. Mana boleh tak tinggal, dah singgah mesti tinggal jejak sikit.

Kesimpulannya, buat lah entri best. Macamana? Tia pun tak tau sebab entri Tia pun entah pape je. Bhahaaa..

Sekian... :heh?:(

Tuesday, June 28, 2011

IKLAN FREE 24 JAM

Assalamualaikum ..


Hohoo! Jangan salah sangka okey. Bukan Tia yang buat iklan 24 jam ni. Tapi Penulis Senja. Siapakah beliau? Yaa! Sudah semestinya manusia. Heheee..

Okey, alasan Tia untuk PS iklankan blog Tia ialah supaya blog picisan Tia ni boleh dikenali lagi ramai blogger. Kenal, kenal dan kenal. (wah, wah tamaknye kau Tia)

Tia tengok trafik PS ni kemain lagi masyuknya. Riban tuuu. Mesti ramai reader ni. Mungkin Tia boleh sandarkan sikit blog Tia ni walau hanya 24 jam.

Kalau korang nak join jugak, klik SINI. Tia nak berseloka sikit..

Tia cuma blogger biasa,
Yang baru nak cipta nama,
Tak mahu dikenal kerana rupa,
Biarkan penulisan ceritakan segalanya

Pujuk memujuk Tia tak reti,
Diharap PS dapat mengerti,
Asalkan ikhlas niat dihati,
Bila nak iklankan blog Tia nanti

Adalagi ni,
Buat pembaca yang setia di sini,
Terima kasih daun keladi,
Lain kali singgah lah lagi


Hahaa! Semua dah berterabur. Ah, yang penting mesej sampai. "Blog Aku, Suka Hati Akulah". Bhahahaaa ..

Sekian...

Merajuk Dengan Nuffy

Assalamualaikum ..

Oit, oittt! Hahaa! Perhhh, satu hari Tia tak update apa-apa. No update, no new entri, no blogwalking, no trafik, no no nooo! Eh, adalah trafik. Hehee. Terima kasih, ada jugak yang menyinggah ye.

Sebenarnya Tia sibuk sikit tadi. Sibuk jadi baby sitter dan sibuk main coding. Untuk apa? Heheh. Tia nak buat bisnes kecik sikit. Yelah, nuffnang kedekot ngan Tia.

Bisnes apa? Tia ada sediakan servis edit blog, buat header (simple-simple aje), banner berformat .gif. Baru mencuba okey. Tak tau ada sambutan ke tak. Hahaa!

Korang pi lah terjah blog tu. Komen sikit, okey tak template blog tu? Tak nak tengok? Kena tengok jugak! Bhahahaa. Terjah--->tempaheditblog

Terima kasih singgah blog Tia dan baca entri :)
Sekian...

Monday, June 27, 2011

Blogger Tu Boleh Popular Dengan...

Assalamualaikum ..
Terima kasih sudi singgah blog Tia dan baca entri :)

Tadi Tia ada buat blogwalking di satu blog. Mata Tia tertumpu pada bloglistnya. Hmm, salah seorang blogger yang ada dalam bloglist tu buat tajuk entri yang memang boleh tarik pembaca/trafik secara mendadak.

So, Tia terfikir pulak nak buat entri ni. Memang susah nak naik kalau dalam bidang penulisan ni. Kalau penulisan tak best, memang susah nak naik. Melainkan...

  • Blogger tu dianugerahkan wajah yang cantik, cun, comel, hensem, kachak, tampan dan sewaktu dengannya. Bonus bagi blogger tu walaupun entri dia taklah sehebak mana. Dia buat entri dengan cuma menaip "Dia dah sakitkan hati akuuuu!". Papp! Gedebuk komen beriban masuk. Untungkan..
  • Keluarga, sepupu, sepapat, semua yang ada pertalian darah dengan dia ialah artis! Yang ni dia tempek gambar 20 keping tanpa sepatah kata pun boleh dapat berjuta lemon komen. Janji, muka dia pun mesti ada dalam gambar tu. Untungkan..
  • Berkawan dengan mana-mana artis. Ni sama jugak macam yang kat atas. Cuma ini tak ada pertalian darah. Kalau tak berkawan pun, mungkin pernah berjumpa/terserempak dengan artis tu lalu men-snap berkeping-keping gambo..
  • Rapat dengan mana-mana blogger popular. Ni untung gak. Rapat-rapat, lepas tu kipas sikit siapa tau boleh jadi blog pilihan sepanjang masa. Dapat tumpang popular 15 minit.. Hahaa!
  • Blogger itu sendiri seorang artis. Perghh yang ni sebulan sekali dia update pun trafik sentiasa masuk, masuk dan masukkkk!

So, kesimpulannya. Memang susah seorang blogger yang tiada apa-apa keistimewaan atau kelebihan secara fizikal nak naik. Takda apa dapat bantu blogger tu melainkan atas usahanya sendiri.

Selepas usaha, jika dia mula dikenali dia akan dibantu oleh rakan blogger tu pula. Tapi asasnya, memang dari sendiri jugak. Berdiri di atas kaki sendiri. Wuwuuuu. Ingat senang ke?

Sekian...

Oh Domain, Yang Mana Satu Ni??

Assalamualaikum ..
Terima kasih sudi singgah blog Tia dan baca entri :)


Waa! Korang tau tak sekarang. Keinginan Tia untuk memiliki domain sendiri sudah mulai membuak-buak. Yaa! Tia nak ada domain sendiri.

Apa tu domain? Domain ialah alamat laman web/blog. Contoh domain ni www.inikisahtia.com. Domain dan hosting selalu dikaitkan bersama. Tapi domain dan hosting adalah berbeza.

Sekarang Tia nak cerita pasal domain dulu. Gigih je Tia search dekat google tadi. Banyak kelebihan domain berbayar ni. Sebab tu Tia semakin excited nak guna domain berbayar.

Tak apalah kot bayar sikit untuk menunjukkan yang Tia serius dalam bidang blogging ni. Yaa! Maju lagi setapak dan akan bertapak-tapak lagi insyaAllah.

Tia dah order. Tinggal nak bayar je lagi. Kos yang diperlukan ialah RM35 termasuk caj untuk setup. Sekejap aje setupnya. Sekarang Tia tengah runsing, nak guna domain yang mana satu?

  • www.inikisahtia.com
  • www.kisahtia.com

Ke korang ada cadangan lain? Bagitaulah Tia. Tia nak bayar dah dalam minggu ni insyaAllah kalau tak ada halangan nak keluar..

Sekian...

Sunday, June 26, 2011

Kalau Kau Tak Pulangkan, Taulah Padahnya!

Assalamualaikum ..
Terima kasih sudi singgah blog Tia dan baca entri ;)

Yeah! Kali ni Tia nak kongsi pengalaman adik Tia. Ye, memang pengalaman dia tapi Tia ikut terlibat. Macamana? Teruskan pembacaan anda dengan asyik ya. Hahaa!

Macam ni ceritanya, adik Tia tu pernah kehilangan hanphone. Ibu Tia selalu hantar adik-adik Tia dengan kawan dorang pergi sekolah. Suatu hari yang malang buat adik Tia bila handphone dia hilang dalam kereta tu.

Ibu dengan adik memang dah syak ada sorang budak tu yang ambik. Frust habis adik Tia tu bila handphone dia hilang. Memandangkan kitorang dah tau siapa yang ambil, kitorang pun sepakatlah nak ugut budak tu.

"Woii! Pulangkanlah balik handphone tu. Kalau kau tak pulangkan, kami jumpa ustaz lepas tu minta baca-baca kasi perut kau kembung. Sebelum ni dah ada yang kena.
So, kalau kau tak nak macam tu. Lebih baik kau pulangkan balik handphone tu. Kau simpan dekat tempat kau ambil. Ini bukan mainan, kalau kau nak rasa kau tunggulah!"

Macam bagus je ayat tu kan. Haha! Hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. Hampes betul budak tu. Tak makan saman langsung. Boleh dia buat dek jeee. Tak takut langsung dengan ugutan tu.

Takpelah, bukan rezeki adik Tia kot. Kitorang tak boleh buat apa dah, berdoa ajelah semoga si pelaku insaf! Ugutan tu sebenarnya bukan apa pun. Saja nak menakutkan. Dan nampaknya tak berjaya. Hahaa!

Psst : Tia lah yang taip text tu. Heheh..

Sekian...

Saturday, June 25, 2011

Disebabkan Suka UNFOLLOW Tu Lah...

Assalamualaikum ..
Terima kasih sudi singgah blog Tia dan baca entri :)


Tia tak taulah keje sapa yang suka follow lepas tu unfollow blog Tia ni. Kalau Tia tau dia sapa, Tia nak review dia kaw-kaw stim punya. Supaya dia rasa terharu dan tak unfollow-unfollow lagi.

Tu yang Tia tak nak review-review follower ke-bla, bla, blaa. Misal kata si A jadi follower Tia yang ke 1000, tetiba ada pulak yang dengki tak nak tengok follower Tia cecah 1000. Dia pergilah unfollow. Padahal Tia dah buat award bagai dekat si follower ke 1000 tu.

Kemungkinan besar, yang suka unfollow ni sebenarnya dia tunggu sesuatu. Dia tau, mana-mana blog yang followernya dah cecah sekian sekian mesti akan buat review khas punya. Haa, tu pasal dia pi unfollow dengan harapan dia akan jadi follower yang ke sekian tu.

Tapi dia tak tau, walaupun dia dah unfollow lepas tu pi follow balik dia tetap takkan dapat pergi yang the latest punya kotak. Tak faham? Tengok gambar kat bawah yang Tia bulatkan warna merah tu.

Yang dibulatkan adalah yang terbaru

Gambar kat atas tu contoh je ye. Yang follower terbaru tu jangan terasa pulak. Kamu bukan dari kategori suka unfollow kan. Huhuh! So, motif apa dia pergi unfollow pun Tia tau.

Psst : Ini bukan entri marah tau. Hahaaa. Cuma nak kasi sentap dekat yang suka unfollow tu..

Sekian...

Bang , jom g jalan jalan

Assalamualaikum ..
Terima kasih sudi singgah blog Tia dan baca entri :)


Wahahaaa. Tia join segmen Ben Ashaari. Mak aih, baru 6 minit dah ada 3-4 URL yang dulu menempek. Perghhh! Laju siot korang..

Kalau hangpa nak join gak, tu klik header ataih tu. Sementara tu, Tia cari idea nak post entri noh ! Bhahahaa :)



Bila Blog Tia Sebaris dengan Ben Ashaari

Assalamualaikum ..
Terima kasih sudi singgah blog Tia dan baca entri ;)

Kemain lagi tajuk entri kan! Hahaaa. Korang tau tak, Tia terharu sangat dengan sorang blogger ni. Tia ingat lagi masa mula-mula Tia datang komen dekat blog dia. Entri dia masa tu ada kaitan dengan kotak komen jenis intense debate.

Tia jujurlah kata dekat dia yang Tia pernah guna sebelum ni tapi tak mesra sangat dengan readers Tia yang pakai broadband. So, Tia remove dan pakai yang asal je. Alhamdulillah, dia tak marah pun.

Masa Ben Ashaari ada buat entri pasal pilihan Ben Ashaari tu, Tia jengahlah blog blogger tu. Memang Ben Ashaari idola dia sampai tempek satu-satunya gambar Ben Ashaari yang besar gedabak dekat sidebar dia.

Tapi ada sesuatu yang pelik di situ. Tia ada buat print screen. Cuba tengok kat bawah ni..


Di bawah gambar Ben Ashaari tu adalah gambar profile Tia. Wah! Sangat terharu bila dia sebariskan blog Tia dengan blog Ben Ashaari. Terharu gilosss okey! Blogger ni juga sekarang ada buat 1st GA. Nak join, KLIK SINI..

So, siapa blogger tu? Dia adalah munnafendy. Terima kasih atas sokongan anda dan juga anda semua yang sedang membaca. Yee awak yang sedang bersedih sebab blog awak Tia belum review. Sabar yee :)

Sekian...

Oops! Salah Masuk Laa

Assalamualaikum ..
Terima kasih sudi singgah blog Tia dan baca entri :)


Korang ada pengalaman tersalah masuk kereta tak? Yelah, korang ingatkan tu kereta yang sepatutnya korang naik sekali salah daa. Pernah tak, pernah tak? Hahaaa!

Eh, Tia yang tanya mestilah Tia pernah kena. Heheh.. Tak tau lah mungkin masa tu fikiran melayang ke langit ke-7 kot. Lagi pulak warna dan jenis kereta hampir sama dengan kereta ayah.

Nasib baiklah takde orang dalam kereta tu. Kalau tak, macamana nak heret muka ni? Hahaa! Nasib baik juga kereta tu tak berbunyi sebab Tia cuba-cuba jugak buka pintu kereta yang sebelah driver tu.

Peliklah, apasal tak bukak lagi. Sekali ayah jerit, "Long! Sinilah. Kereta orang tu.." Adoih, panik seminit. Melilau mata kot-kot pemilik kereta ada dekat-dekat situ. So, korang pernah tak?

Psst : Idea asal untuk entri ni Tia ambil dari BLOG NI..

Sekian...

Jom Beriklan Secara Percuma

Assalamualaikum ..
Terima kasih sudi singgah blog Tia dan baca entri :)

Tia maju setapak lagi boleh? Alaa, setapak je pun. Hehee. Sempena followers Tia yang ke-700 (weh, weh dah 700), Tia nak tawarkan sesuatu lah untuk korang. Siapa tau dengan tawaran ni akan buat korang lagi gigih singgah blog Tia kan.

Korang boleh dan dialu-alukan sangat untuk beriklan secara percuma atau dalam bahasa mudah, FREE kat blog Tia. Kedudukannya adalah di bawah header tu. Nampak tak?

Caranya senang je. Korang klik kotak tu dan masukkan URL blog korang dan URL banner korang tu. Senang kan! Tapi ada syaratlah. Alah, senang je pun syaratnya..

  • Berunsurkan Lucah - Haa, sapa yang mengada-ngada tempek iklan yang lucah-lucah, Tia akan terus delete. Surat menyurat tidak dilayan
  • Lebih dari Satu - Lagi satu, jangan nak mengada-ngada bolot semua tempat kosong ye. Kasi lah yang lain jugak.

Tu je kot buat masa ni. Kalau ada penambahan, nanti Tia update ye. Jangan risau, korang boleh letak banyak kali banner korang tu kat situ selagi masih ada kosong okey!

Oh lupa, syaz@rozelt ada suruh Tia tangkap follower yang ke-700. Haha. Tangkap? Dia masih baru lagi kot. So, happy blogging dan selamat datang ke dunia blogger. Err~ Dia ialah 


Sekian...

Friday, June 24, 2011

Maharaja Lawak vs Anaconda

Assalamualaikum ..
Terima kasih sudi singgah blog Tia dan baca entri ;)


Korang tau tak sekarang Tia tengah tengok tv? Haha.. Yee, tau-tau sekarang Maharaja Lawak tengah duk pung pang pung pang kat astro warna. Tamo, tamo. Err~ Tia tengah tengok citer orang putih kat tv3.

Tajuk dia sat noh pi info kejap, (lepas info) haa "Anaconda : Hunt for Blood Orchid". Wee~ Cite orang putih ni banyak pasal anaconda, buaya besar, predator, labah-labah gergasi. Best!

Adegan suspens banyak woo! Okeylah, tak nak review panjang-panjang.. Mesti sekarang dah ramai mula buat entri SEO kan. Hahaa.

Sekian...

Comel Je Bintang Ni

Assalamualaikum ..
Terima kasih sudi singgah blog Tia dan baca entri :)


Dulu mak cik Tia suka sangat buat bintang yang kecik-kecik tu. Berbotol-botol dia buat. Memang cantik kalau dikumpul ramai-ramai lepas tu letak dalam botol kaca dan jadikan perhiasan.

Tia ingatkan susah nak buat, rupanya senang aje. Bintang kecik-kecik tu bukan setakat boleh buat hiasan, juga sesuai untuk dijadikan hadiah. Mak cik Tia dulu dia ada tulis-tulis dekat kertas tu baru lipat-lipat jadi bintang.

Macam-macam yang dia tulis. Lulus peperiksaanlah, kata-kata hikmahlah. Memang kreatiflah. Disebabkan tak tahan dengan kecomelan bintang tu, Tia nak belajar buat jugak! Belajar punya belajar dah pandai.

Best kan? :)
eh, ini dari GOOGLE okey!
Hahaa..

Sekian...

Tia Tak Jawab Komen Bukan Maksud Sombong

Assalamualaikum ..
Terima kasih sudi singgah blog Tia dan baca entri :)


Tia tau, sekarang dah ramai yang semakin rajin rajin dan rajin meninggalkan komen dalam entri Tia. Terima kasih banyak-banyak Tia ucapkan..

Tapi Tia pun nak minta maaf sebab kadang tu Tia tak balas komen korang dalam kotak komen Tia tu. Eh, jangan silap. Tia tak reply di kotak komen tak bermaksud Tia tak baca komen korang.

Sebab bagi Tia, peratusan orang akan datang balik untuk baca balik tempat dia komen tu sangat tipis. Kalau ada pun cuma beberapa orang je.

Kadang-kadang Tia tak menang tangan kalau nak balas semua komen dalam kotak komen Tia tu. So, Tia cari alternatif lain dengan menyinggah semula blog yang dah tinggalkan komen.

Cuba korang bayangkan kalau 40 komen sekaligus masuk kotak komen, macamana tu? Tia pernah dapat sekali 80+ komen sekaligus masuk. Dapat bayang tak macamana keadaannya? Jadi, lebihlah baik Tia singgah blog korang baca entri dan komen.

Lepas ni, korang janganlah terus menilai seseorang tu tanpa usul periksa cari tau punca kenapa dia buat macam tu. Macam nilah. Kalau ikhlas nak komen, komen. Lagipun tak ada apa-apa signboard pun kata "WAJIB KOMEN, KALAU TAK AKU BUNUH!"

Psst : Tia singgah balik blog korang kan (kecuali sibuk ya ampunnn) :)

Sekian..

Segmen Jom Kipas Blogger

Assalamualaikum ..
Terima kasih sudi singgah blog Tia dan baca entri :)



Hahaa! Tia nak kipas siapa yee. Hish! Semua Tia nak kipas. Boleh? Hikss.. Tia nak kipas dorang laju-laju biar dorang tak terasa nak pakai air-cond!

Tia kipas supaya dorang selalu jengah blog Tia dan komen komen komen lagi. Bhahahaaa! Jengahlah, jengahlah. Pelissss. Wee~ Salah seorang yang Tia nak kipas ialah


Wish for Ticer : Thanks Ticer sebab dah support Tia dari awal blog Tia ni wujud lagi. Sob, sob, sob ! Thanks untuk semua nasihat dan teguran dan lain-lainlah. Ngee. Haish, sayang Ticer lah...

Oh, ini adalah segmen dari kak Diana. Hehe! Rasanya, macam pertama kali je kak Diana buat segmen ni. Rasa excited nak join (ni kipas gak kak Diana) Hohooo! So, kalau korang nak join, boleh klik Segmen Jom Kipas Blogger atau pun header kat atas oke :)

Sekian...

Rasa Macam Nak Lempang Aje Lelaki Ni

Assalamualaikum ..
Terima kasih sudi singgah blog Tia dan baca entri :)


Haha. Tak boleh blah langsung kan tajuk entri. Yee, Tia rasa macam nak lempang aje lelaki-lelaki yang dalam kategori comel plus sweet. Sweetlah sangat kan. Dari pandangan Tia, lelaki yang boleh dikategorikan comel dan sweet tu :


  • Muka gengster tapi hati jambu. Bhahaa! Faham tak? Yelah, muka kau je nampak garang rupanya dalam hati ada taman ow! Dengar lagu slow sepoi-sepoi bahasa gitu..
  • Sukakan budak-budak. Wah kau, kalau aku nampak kau dukung-dukung budak lepas tu cium-cium pipi dia aku rasa dekat situ kau macho..
  • Hormat orang tua. Kau ni kaki gaduh, kalau boleh semua orang kau nak sepak. Sekali kau nampak ada mak cik tu jalan-jalan tetiba barang yang dia bawa tu berjatuhan laju je kau hulurkan bantuan. Memang kau nice lah!
  • Kau tau tak, kau nampak cool sangat kalau pakai baju melayu daripada kau pergi pakai baju koyak rabak plus baju yang ada gambar tak ketentuan halanya.
  • Bila kau dengan member kau, buat muka garang gile sampai orang nak tegur kau pun rasa gerun. Tapi bila makwe kau marah, hahaaa. Kecik besar kecik besar kau dibuatnya kan..

Oh tu ajelah. Banyak sebenarnye. Tapi rasa macam dah tak terfikir. Hahaa. Ada tambahan lagi tak wahai cik adik manis yang sedang membaca ni? Ye, awak leee yang duk sengih-sengih tu. Hahaa :)

Sekian...

Thursday, June 23, 2011

Kau Berkorban Tak Tengok Tempat

Assalamualaikum ..
Terima kasih sudi singgah blog Tia dan baca entri :)


Biasalah, bila dah bercinta semuanya nampak kelabu. Yang jahat pun dinampak baik. Tia ada sorang kawan ni, memang dah terbuai dek cintun le orang kata. Masalahnya, dia dah "buta" sampai tak sedar yang lelaki tu pergunakan dia.

Tiap kali kitorang makan sama-sama, lelaki tu mesti harapkan kawan Tia yang bayar. Ye! Memang tak dinafikan kawan Tia ni macam berada sikit. Duit kat dompet tak pernah kering. Kalau betul lelaki tu memang nak bayo, kenapa masa kawan Tia nak bayo tu dia tak pi halang?

Bukan takat tu aje, minyak keta. Kawan Tia jugak yang bayo. Kalau sekali dua, Tia boleh terima. Ni, tiap kali minyak keta dia kong tiap kali tu jugaklah mintak kawan Tia yang bayo kan. Apa punya lelaki pun tak tau daa.

Huishh kau. Duit topup pun harap kawan Tia jugak yang belikan. Senang je dia. Suruh belikan dulu, nanti jumpa bayo balik. Hmm, haremm nak bayo nyee. Nipu sokmo! Makin dilayan, makin manja, makin pijak kepala. Grr~

Tia tak fahamlah. Korang bukan laki bini pun. Eh, walaupun korang laki bini bukan bini tau yang tanggung kau. So, kepada siapa-siapa yang nak bercinta sangat tu beringatlah. Jangan buat pengorbanan yang tak tentu halanya.

"Habis tu, takkan nak harap lelaki je yang bayo cik Tia oii! Mana aci..."

Laa, kalau tau tak mampu baik pi cari duit banyak-banyak dulu lepas tu naik meminanglah terus. Kan dah selamat macam tuuu. Kekasih halal gitu :)

Sekian...

Bayi Comel, Tapi Kenapa Ada Yang Kejam?

Assalamualaikum ..
Terima kasih sudi singgah blog Tia dan baca entri :)


Waa! Sepanjang cuti ni Tia kena jadi baby sitter woo. Jaga baby. Oit! Bukan baby Tia. Hahaa! Adik lelaki yang paling bongsu. Umur dia baru 5 bulan. Comel? Mestilah.. Heheh.

Dipendekkan cerita, menangis woo Tia jaga si kecik tu. Dia nangis, Tia pun ikut nangis. Sebab bila dia dah mula nangis, kita takkan tau bila dia senyap.

Memang susah nak jaga baby kecik ni. Yelah, kalau baby tu sakit perut boleh ke dia merengek-rengek bagitau kita yang dia sakit perut? Baby tau nangis aje.


Sepanjang Tia jadi baby sitter ni lah Tia tertanya-tanya, "masa aku kecik dulu macam ni ke?". Hahaa! Memang perlukan kesabaran yang tinggi okey bila jaga baby ni. Kalau takde kesabaran, entah apa jadi dekat baby tu.

Tadi Tia ada search dekat google guna keyword "bayi didera" dan macam-macam Tia jumpa. Adalah yang didera pengasuh, ibubapa. Kesian dekat bayi tu. Tak berdosalah weh!! Bayi tu bukan tau apapun..

Sekian..

Jom TERJAH !!!

Assalamualaikum ..
Terima kasih sudi singgah blog Tia dan baca entri ;)

Korang pernah dengar tak, hanya dengan 1 komen dan terus-terusan berbalas komen akan merapatkan lagi silaturrahim? Yeahh! Bukan setakat tu, kemungkinan besar dia akan jadi pengunjung setia blog korang.

So, kat bawah ni adalah senarai link blog yang korang boleh terjah! Tia dah terjah semua, sekarang giliran korang pulak. Ada antara link kat bawah ni adalah rakan blogger Tia yang cuma bermula dari berbalas komen je tau! Apalagi, TERJAH!!


Bahayanya Fraud Klik - NUFFNANG

Assalamualaikum ..
Terima kasih sudi singgah blog Tia dan baca entri :)


Entri ni khas untuk mereka yang jana pendapatan melalui blog. Yee, yang pasang iklan-iklan tu. Tapi sebelum tu, Tia minta maaf kot-kot entri ni bakal melukakan hati siapa-siapa. Tak ada niat macam tu langsung.

Niat Tia adalah untuk mengingatkan sebelum apa-apa yang buruk terjadi. Korang tau pasal Click Fraud? Penipuan dengan klik? Percaya tak kalau ada blogger yang nak cashout duit dia tapi last-last duit tu burn gara-gara click fraud.

Apa itu Click Fraud? Click fraud ni dengan kata mudahnya yang kita sendiri pi gatai tangan duk klik iklan sendiri. Bukan tu aje, click secara berkumpulan pun dikira fraud click jugak.

Bahaya ni. Silap haribulan, duit yang dah dikumpul sampai masuk 3 angka boleh burn semua cuma sebab click fraud aje. Tu kes burn aje, belum masuk kes jadi haram.

Tak boleh minta atau suruh-suruh orang klik iklan kita. "I dah click  iklan you, apakata you singgah pulak blog I dan click mana yang patut.." Jangan dek kerana wang, mata dan hati kita jadi kabur ye adik, kakak abang..

Pendapatan dari iklan nuffnang boleh jadi HARAM jika anda menyuruh pelawat blog anda klik pada IKLAN anda. Contohnya :

" SINGGAH KLIK2 KAT SINI! TOLONG KLIK SAYA BALIK! "

" TOLONG KLIK IKLAN! SAYA NAK GUNA DUIT TU NAK KAHWIN! "

" U CLICK ME, I CLICK U! "

dan bermacam-macam lagi cara nak suruh orang klik iklan kita untuk dapatkan duit tu.

Itu sikit sedutan dari blog SZ. Boleh baca ENTRI kalau nak baca selanjut dan sehabisnya. Semua pun tau kan apa akibatnya kalau makan dan pakai guna duit haram.

So, akhir kata. Kalau nak kaya melalui berblog, bolehlah buka blogshop kat blog. Iklan tu sampingan aje..

Sekian...

Wednesday, June 22, 2011

Tutorial Buat Transparent Header atau Gambar

Assalamualaikum ..
Terima kasih sudi singgah blog Tia dan baca entri :)


Mak aih, kemain lama Tia tak update blog. Tia minta maaf sebab semua link yang join SEGMEN Tia tu belum lagi Tia publish. Dalam 2 hari ni ada masalah yang tak dapat Tia elak. Terlupa ada appointment dengan doktor, teman si kecik pergi klinik, dan gangguan elektrik yang buat Tia rasa nak nangis je..

Cukup penjelasan! Huhu. Esok Tia publish senarainya okey dan Tia akan pastikan misi blogwalking beramai-ramai tu berjaya. Kalau tak berjaya, mesti jugak! Haha. Huish, masih ada yang hantar penyertaan? Dasyatlah korang..

Okey! Sekarang Tia nak buat tutorial cara nak buat HEADER TRANSPARENT! Tau tak transparent tu macamana? Korang baca dulu ENTRI ni sebelum meneruskan pembacaan seterusnya. Tia takut korang terkial-kial lak nanti. Link download software pun ada dalam entri tu.

Jom teruskan!
Step 1 : Buka software GIMP tu. Bila dah keluar, korang klik File > Open > Pilih Gambar Yang Nak di TRANSPARENT kan..

Step 2 : Gambar dah keluar? Okey fine. Lepas tu klik pulak Layer > Tranparency > Add Alpha Channel

Step 3 : Ada kan 1 kotak panjang (Toolbox). Korang klik dekat icon macam gambar kat bawah ni..

Photobucket

Step 4 : Dah klik? Okey buka tempat gambar yang nak di transparent kan tadi dan klik dekat background yang warna hitam je.

Photobucket

Lepas klik tu, sekelilingnya akan ada garisan putus-putus yang berkelip-kelip. Okey! Tekan butang DELETE pada keyboard korang.. Sekarang dia akan jadi macam kat bawah ni..

Photobucket

Dah siap pun! Sekarang SAVE lah.. Ini hasilnya...

Photobucket
Sebelum Transparent

Photobucket
Dah TRANSPARENT!!

Senang je kan! Kalau ada gambar yang tak jelas, korang klik aje yee. So, lepas ni boleh buat header sendiri. Nak tutorialnya jugak? Klik ENTRI.. Hahaaa. Esok kita jalan blogwalking sama-sama tauuuu :)


**UPDATE** : Bila SAVE, korang kena save guna format .PNG okey. Selain dari itu takkan jadi..

Sekian...

Di Mana Kan Ku Cari Ganti

Assalamualaikum ..
Terima kasih sudi singgah blog Tia dan baca entri :)


Wordless Wednesday..
Sumber : GOOGLE



Sekian...

Tuesday, June 21, 2011

Tutorial : Halakan Cursor, Link Jadi Warna Warni

Assalamualaikum .. Terima kasih sudi singgah blog Tia dan baca entri ;)


Heheh! Korang faham tak tajuk entri Tia tu? Tak faham? Okey tak apa. Tia bagi demo, korang fahamkan sendiri ye. Cuba korang halakan/bawa cursor tu ke perkataan di bawah ni..


Haa, tulisan dia jadi warna warni kan. Tulisan berwarna warni tu cuma akan menjadi bila perkataan tu adalah link. Perkataan yang biasa-biasa takkan jadi. So, korang nak? Senang je.

Step : Pergi Design > Page Elements > Add a Gadget > Pilih HTML/JavaScript dan masukkan code di bawah ni..

<script src='http://hermanblog.googlecode.com/files/link_pelangi.js'/></script>

Lepas masukkan code tu, SAVE! Dah siap. Senangkan? Hahaaa :)

Sekian...