Tuesday, August 30, 2011

Ambil Makanan Tu Sikit-sikit Sudah

Assalamualaikum. Dari pagi sibuk gile. Habis puan ibu selongkar semua piring. Sila percaya baju raya Tia baru siap pagi tadik. Hahaa! Pakai baju lama je pun. Esok baru pakai baju baru. Tak ramai datang rumah. Budak-budak je pakat reramai datang..

Hari ni memang duduk rumah sajalah. Esok kut baru pergi rumah terbuka member. InsyaAllah.. Puan ibu pun tak masak banyak sebab tau hari raya pertama memang tak ramai yang singgah. Masing-masing sibuk. Puan ibu masak rendang dan pulut kuning saja. Tia dah mencekik tadi. SEDAP!

Bosan gile entri Tia kan. Wahh, bila dengar takbir rasa macam tak percaya hari ni raya. Rasa macam baru kelmarin je berpuasa. Kejap sangattt. Tia tau tak ramai buka blog. Semua jalan beraya kannn. Takpe, Tia pun baru dapat buka blog ni.

Pesanan Tia.. Bila nak ambil makanan di rumah orang, ambil lah sikit-sikit. Bukan apa, takut nanti tak kena dengan selera ke apa. Lepas tu tak habis kan dah membazir. Jangan tengok MACAM SEDAP je terus kaut banyak-banyak. Sekali masuk mulut muka tetiba berkerut.

Jemput-jemputlah datang ke rumah Tia yeee. Ye ye je Tia jemput. Sanggup ke korang mai Sabah? Hahaa. Kalau ada yang tinggal Sabah, sanggup ke mai Sandakan?? Heheh.. Selamat Mencekik Makan dan paling utama, SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI :D

Sekian...

Monday, August 29, 2011

ESOK RAYA!! | Dunia Blog Akan Kembali Meriah

Assalamualaikum. Wahh! Korang perasan tak dunia blog sekarang terasa agak sunyi sikit. Tia tak tau macamana nak jelaskan tapi Tia dapat rasakan itu yang berlaku sekarang. Rasa macam slow je. Eleh, Tia kata orang padahal Tia pun slow berblog sekarang.

Ramai dah sibuk buat kuih, kemas itu ini, basuh segala cawan piring belanga. Wah, wah! Sibuk yee. Takpelah, Tia faham. Tia pun sibuk jugak. Apapun, Tia akan tunggu kepulangan korang untuk meriahkan dunia blog ni balik macam si Taufiq Arifin kata. Korang cepat balik auw!

InsyaAllah, Tia pun akan cuba terus mengupdate blog ni supaya tak tenggelam bloop bloop! Hahaa. Selagi berdayalah kannnnn. Malam ni nak pulun buat 3 jenis kuih sekaligus. Amacam? Ada beran?

Okeylah, Tia baru je tengok pengumuman raya tadi di tv3. So, ESOK RAYA!! Tersenyum je bila dengar takbir ni. Dah lama tak dengar. Esok hari kemenangan kita :)

Tengah sakit telinga dan jantung sebab bunyi mercun kuat-kuat belaka dah tu bertubi-tubi pulak. Apakah??! Baliklah weh.. Susun kuih ke apa. Baliklah tolong mak daripada buat benda takde faedah tu. Inikah cara nak sambut hari kemenangan kita???

Sekian...

Kalau Jumpa Duit Tepi Jalan?

Assalamualaikum. E'ehh dah masuk hari ke-29 kita berpuasa kan. Pejam celik, pejam celik dah nak masuk bulan Syawal. Tak lama lagi bulan mulia ni akan tinggalkan kita. Entah dapat merasa lagi ke tak menyambut bulan Ramadhan tahun depan.

Akhir-akhir ni Tia dilanda kesibukkan sikit. Bergotong-royong mengemas rumah dan buat kuih. Jadi blog agak terbiar sekejap. Yelah, daripada Tia update entri yang entah pape kan. Sekarang dah ada idea bolehlah update sikit.

Sepupu Tia ada update status dekat facebook dia. Tia tertarik dengan pertanyaan dia.

"Kalau korang jumpa duit RM100 di tepi jalan macamana? Korang ambil tak??"

Hah, jawablah. Korang ambil tak?

Sekian...

Saturday, August 27, 2011

Duit Raya RM1000 dari Blog Denaihati 2011


Assalamualaikum. Siapa tak kenal blog denaihati dengan tagline hidup untuk memberi. Ada yang masih tak kenal? Tak apa, lepas ni bolehlah kenal ye. Kalau baca tajuk pun mesti dah tau ini tak lain tak bukan mesti contest. Yaa, ini contest pertama yang Tia sertai di blog denaihati tu.

Contest ni memang lain dari yang lain. Memandangkan ianya lain dari yang lain, maka agak kepeningan sikit untuk difahami. So, kalau ada yang nak join sila fahamkan baik-baik ye arahannya. Ni pun masih was-was entah betul entah tidak apa yang Tia buat ni. Selepas menyelongkar dalam masa lebih dari 4 jam itu pun main sambung-sambung, akhirnya inilah keputusannya.












Pheww! Selesai sudah. Mesti korang pun kata "eh, dia buat apa ni?". Tia pun tak tau macamana nak terangkan. Tapi kalau berminat? Sila lah klik header denaihati di atas sekali tu yee..

Sekian...

"Aku Sedih Bila Ada Blogger UNFOLLOW"

Assalamualaikum. Betul ke follower pengukur sejauh mana hebatnya sesebuah blog? Bagi Tia follower ni salah satu penyuntik semangat untuk Tia terus berblog. Ingat senang ke orang nak follow sesebuah blog tu? Sekarang dah ramai blogger yang reject ajakan "i follow you, follow me back". Silap-silap boleh kena maki oo.

Bila dah mula ramai memollow ni mulalah angka follower tu diingat ye. Tiba-tiba pulak buka blog pagi-pagi nak update blog, tengok angka follower dah berkurang. "Eh semalam ada 10,000. Kenapa hari ni dah jadi 9,999?? Sedihnya ada yang unfollow". Perlukah sedih? Perlukah, perlukah?

Kenapa ada yang unfollow sesebuah blog?

  • Sebab tak follow blog dia balik kah?
  • Sebab dengki dulu follower ciput sekarang dah ramai jadi perlu dikurangkan. Dengki kah?
  • Entri sudah tak best kah?
  • Sebab limit untuk follow blog cuma 300. Nak follow blog lain ni, kenalah korbankan sebuah blog..

Apapun sebabnya, cuma tuan yang unfollow saja tau. Perlukah sedih?? P/S : Entri ni tiada kaitan dengan Tia..

Entri berkaitan : CARA TAMBAH FOLLOWER

Sekian...

Friday, August 26, 2011

Hari Khas Untuk Blogger dari Nuffnang


Assalamualaikum. Kalau ramai perasan, banyak blog yang memasang iklan nuffnang di blog mereka. Masing-masing ada sebab tersendiri kan. Salah satu sebab kenapa Tia pasang iklan nuffnang ialah untuk tengok analytics blog ni. Tia suka tengok keywords yang diguna. Selain tu, Tia dapat tau juga blog mana yang menyumbang trafik di blog Tia.

Hari ni bila Tia masuk website nuffnang lagi, ada sesuatu yang menarik perhatian Tia. Nuffnang Celebrates BlogDay! Nuffnang ada anjurkan sesuatu untuk blogger yang berdaftar dengan pihak nuffnang yang dinamakan sebagai "Blog Day". Tia pun tak tau apa, samada peraduan atau segmen. Tapi Tia rasa lebih sesuai kalau Tia katakan segmen. Ianya memang menarik!

Apa yang perlu dilakukan untuk menyertainya sangat mudah. Cuma perlu buat satu entri khas dan senaraikan 6 blog yang dirasakan menarik. Jangan lupa juga nyatakan kenapa 6 blog tersebut menjadi pilihan. Entri tu seboleh-bolehnya mesti siap sehingga 31 Ogos 20011 pada jam 11.59pm.

Lepas entri tu dah siap, bolehlah dihantar kepada pihak nuffnang dengan cara mengisi borang yang disediakan. Sumpah senang! Apalagi, jomlah ramai-ramai kita join. Tia pun nak join, bolehlah kenalkan blog-blog yang lain. Tak semua, sikit-sikit pun bolehlah kan. Kalau ada yang nak join bolehlah klik gambar di atas tu.

p/s : Kenapa entri Tia semakin skema? Hahaaa..

*UPDATE* : Jawapan untuk soalan Farhan Hanif nak buat entri dalam bahasa Melayu atau english. Mana-mana pun boleh. Jangan guna bahasa yang pelik-pelik sudah..

Sekian...

Pernah Cuba Air Perisa Durian?

Assalamualaikum. Korang tau kordial tak? Alaa yang perisa air tu. Ala-ala macam sirap. Tak tau lagi? Tanya mak masing-masing. Tia dengan keluarga selalu berbuka dengan air yang kitorang buat sendiri. Ibu beli kordial perisa sekian sekian sekian, dekat nak berbuka kitorang bancuhlah. Tambah ais sikit kalau air tak sempat nak sejukkan.

Tia rasa kalau buat sendiri kat rumah lagi jimat. Bersih pun bersih sebab kita yang buat sendiri. Dalam banyak-banyak perisa, Tia suka perisa keladi (yam). Sedap. Rahsia nak sedapnya tu kena tambah susu cair sikit dan susu pekatlah. Letak gula je pun boleh.


Gambar Hiasan dari Carian Google


Setakat ni perisa yang tekak Tia tak boleh terima ialah durian. Ibu ada beli dua hari lepas. Buatlah untuk minum berbuka, sekali rasanya pelik je. Lepas tu Tia tak minum dah. Tunggu ayah dengan sorang adik Tia balik suruh dorang minum bagi habis kordial tu. Hahaa!

Sekian...

Thursday, August 25, 2011

Segmen : Jom beraya bersama2


Assalamualaikum. Lagi sekali Tia dijemput untuk join segmen salah seorang blogger. Segmen ni dianjurkan oleh MiezahIsmail. Lagi Miezah kata, sapa yang join segmen ni dia akan masukkan dalam bloglist dia. Nak letak gambar hari raya ek? Kejap ye..


Berlalu sudah bulan Ramadhan,
Berpuasa kita genap sebulan,
Aidilfitri hari kemenangan,
Jangan dilupa mereka yang kekurangan..

Sekian...

Wanita Mengandung dan Keguguran

Assalamualaikum. Sebenarnya Tia tengah buat entri contest berbentuk Search Engine Optimization (SEO)AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA. Tapi idea agak kekurangan sedikit jadi Tia simpan ketat-ketat dalam draft. Samada petang ni nak publish atau malam nanti tengoklah. Terima kasih dekat Bro Ahmad dan Ezad Skytech sebab dah tag Tia untuk join contest tu.


Tia ada baca entri dari Ben dengan tajuk Keguguran. Memang lajulah klik sebab isteri Ben kan tengah mengandung sekarang. Memang buat suspens. Ben cerita pasal isteri kawan dia yang baru lepas keguguran. Tia yang baca pun rasa kesian. Tapi nak buat macamana, bukan rezeki.

Tia tertarik baca komen-komen pembaca entri tu. Wow! Ada yang bercerita pasal pengalaman, ada yang bagi tips, ada yang bagi nasihat dan ada juga yang bercerita dia baru keguguran. Tia baca dengan tekun satu-satu komen dorang. Lepas tu terfikir nak buat entri untuk simpanan Tia sendiri :)

Ada tips tau Tia dapat dari salah seorang blogger yang memang sah takkan hamil punya (lelakilah tu). Siapa? Syazwan Che Deraman lah. Rajin tau dia baca buku. Ini tipsnya untuk elakkan keguguran.

Mengikat perut di bahagian bawah dengan tali pinggang kain dengan kuat, amalkan mandi air suam setiap petang untuk menjadikan peranakan lebih baik dan kuat..

Setahu Tia, wanita mengandung tak boleh makan nenas sebab nenas tu tajam (Betulkan Tia kalau salah). So, kena hati-hatilah bila nak makan tu terutamanya bila membeli makanan dari luar. Sebolehnya periksalah dulu atau nak lagi yakin tanya terus apa bahan yang digunakan dalam masakan. Kot-kot tukang masaknya ada campurkan nenas tu tapi kita tak perasan sebab potongannya kecil sangat. Kan bahaya tu.


Ada sorang kawan Tia. Dia baru je kahwin dalam bulan April 2011 kalau tak silap Tia. Kitorang sebaya (20 tahun) dan sama-sama praktikal. Satu hari tu dia bagitau Tia yang dia nak buat medical check up hari tu jugak sebab dia syak dia berbadan dua. Huih! Tia yang teruja.. Tapi masa tu suami dia tak ada, kerja di luar kawasan. Agak jauhlah so tak dapat teman kawan Tia buat medical check up tu.

Nak dijadikan cerita, hari tu jugak ada sampai barang-barang untuk kegunaan pejabat berkotak-kotak. So, kitorang pelajar praktikal ni diminta untuk tolong mengangkat kotak-kotak tu. Kawan Tia yang mengandung tu nak ikut tolong jugak tapi kitorang larang sebab dia kan mengandung. Tapi dia degil, nak tolong jugak sebab katanya kotak tu tak berat.

Kotak tu memang tak berat, alaa ringan je. Memang gigihlah kawan Tia tu mengangkat. Sekali esoknya dia telefon Tia bagitau tak dapat datang praktikal sebab dia keguguran! What the?? Dia kata doktor syak punca dia keguguran sebab angkat kotak-kotak tu. Serius Tia susah nak percaya. Kotak tu langsung tak berat. Lagipun doktor tu ada cakap kat kawan Tia tu kata rahim dia tak kuat.

Memang kena berhati-hatilah kan. Ibu Tia pun pernah keguguran sampai 2x. Sekali tu puncanya jatuh dekat tandas, yang sekali tu Tia tak tau. Tapi alhamdulilah, ibu berjaya jugak melahirkan kami anaknya seramai 7 orang. Dan semuanya sihat-sihat belaka. Memang sedih kot bila wanita mengalami keguguran. Macamana sedihnya, Tia tak dapatlah nak gambarkan sebab Tia pun belum pernah lagi mengalaminya.

Apapun, berfikiran positif sahajalah. Mungkin ada sebabnya kenapa Allah tarik balik pemberianNYA tu. Tia suka baca komen yang ni dari entri Ben tu..

Kita berpegang je la pada ayat yang mana benih tak elok Tuhan akan ambil balik sebab dia taknak menyusahkan kita..

Tau tak lebih dari 80% dari keguguran tu sebenarnya adalah anak yang akan dilahirkan cacat @ syndrom.. jadi mungkin ada kebaikkannya di situ. Kena redha dengan ketentuanNya.. insyallah Dia ganti dgn yang lebih baik.. amin..


Yang pasti, kehadiran suami disisi isteri masa mengandung sangatlah perlu. Mesti itu yang diidamkan oleh seorang isteri kan. Oh korang pernah dengar tak kes di mana isteri yang mengandung tapi suami yang mengalami alahan? Ala alahan seperti muntah, pening, mengidam, alah itu, alah ini. Pernah dengar tak? Tia pernah. Isteri yang mengandung rilek je, tapi suami yang menanggung sakit. Hehee..

Takpelah kan. Suka duka kan harus dikongsi bersama. Masa mula mengandung suami rasa sikit, masa nak bersalin isteri rasa sikit. Haa, nanti terbayarlah rasa sakit tu bila permata yang sangat comel selamat dilahirkan. Aloloooooo..

Inilah entri yang akan Tia baca balik bila suatu hari tiba giliran Tia pulak. Hahaa. Awal kan. Takpe, sediakan payung sebelum hujan.. Perhh, lama gila nak buat entri ni sampai habis. Percaya tak entri ni Tia buat dalam masa satu jam lebih. Err ke dua jam?? Alaa, bukan entri kosong pun. Perkongsian bersama. Terlalu panjang? Bosan? Tak nak baca? Tak apa, Tia tak rugi apa :)

Sekian...

Kejap Naik, Kejap Turun.. Salah Aku Kah?

Assalamualaikum. Izinkan aku menggunakan "aku" kali ni. Maaf kepada yang lebih berusia (lebih 20 tahun). Tiap hari, aku takkan terlepas dari tengok alexa toolbar. Aku nak tau sejauh mana sudah blog aku berada. Yelah, blog aku kurang entri search engine optimization (SEO). Ini blog personal, aku tertanya jugak mampukah blog ni pergi jauh?

Beberapa hari yang sudah memang aku kecewa sebab aku mula perasan yang kedudukan blog Ini Kisah Tia di Malaysia sudah semakin naik angkanya. Dari angka 6++ naik ke angka 7++. Bukan itu yang aku harapkan. Aku harap angka tu akan semakin turun dan turun.

Mungkin silap aku sendiri sebab kejap update, kejap tak update. Sekali update sampai macam tiap jam aku nak update. Sekali tak update sampai seharian aku tak update. Tapi takpe, aku kecewa tak bermakna aku perlu tertonggeng-tonggeng sebab frust dan aku takkan tutup blog cuma gara-gara itu.

Aku jadikan itu semangat untuk aku terus berblog. Pada masa entri ni aku buat, kedudukan blog aku di Malaysia dah turun balik 6++. Sedikit rasa suka di situ. Maaflah, aku berblog memang suka-suka. Tapi suka-suka aku pun, aku masih ada target.

Aku nak popular? Tidak. Bukan aku yang nak popular. Tapi aku nak popularkan blog aku ni. Pembetulan sikit. Aku nak blog aku dikenali. Aku mana boleh. Aku tetap akan sembunyikan identiti sebenar aku. Hahaa! Sampai bila? Entahlah. Aku seronok begini.

Aku pun tak tau samada blog aku layak sampai di tahap tu atau tidak (baca : dikenali). Tapi aku dah cuba untuk bagi yang terbaik di setiap entri aku. Terima kasih kepada mereka-mereka yang sampai sekarang tak putus-putus terus menyokong blog aku.

Ohya, tahniah buat salah seorang rakan blogger aku yang dari dulu sentiasa menyokong aku Freaky @ Firdaus Life yang sudah berjaya melayakkan blognya masuk dalam senarai top blog Melayu edisi Ogos 2011. Tahniah sekali lagi..

Sekian... (aku terasa skema kali ni. mwahahaaa)

Ini Kisah Tia di Twitter

Assalamualaikum. Semalam sebelum line internet ditutup oleh jiran secara mengejut, Tia sempat buat satu akaun Twitter. Korang layan Twitter jugak tak? Entahlah, Tia baru nak berjinak-jinak dengan Twitter ni.

Apa yang Tia nampak dalam Twitter tu, artis je yang ramai. Tia agak artis memang suka main Twitter kot. Kenapa? Entahlah. Mungkin senang. Yelah, nak main Twitter tak payah guna laptop atau komputer bagai. Ada handphone canggih cukup.

Setakat ni Tia tengok Twitter tu agak memeningkan sikit sebab Tia tak tau macamana nak guna. Oh tidak! Adakah Tia ketinggalan? Tapi Twitter ni ada persamaan dengan blog iaitu FOLLOW MENG-FOLLOW.

Yee, Twitter pun guna follower okey. So, kepada korang-korang yang ada Twitter dan sudah berjaya menguasai Twitter ni sila-silalah bagi tunjuk ajar. Paling kurang pun jadilah follower Tia. Hahaa!

Picit butang ni kalau nak FOLLOW. Hahaa!

Korang sahur dengan apa tadi? Tadi sahur Tia berselera gila. Makan nasi goreng dengan keropok ikan kering. Alaa, yang popular dekat Terengganu tu. Sedap okey!

Sekian...

Tuesday, August 23, 2011

Macamana Korang Menaip?

Assalamualaikum. Tia tak tau macamana nak buat pendahuluan untuk entri yang satu ini. Tapi ianya berkaitan dengan cara korang menaip entri. Ye, menaip atas kekunci-kekunci komputer dan laptop itu.

Tia rasa, kebanyakkan blogger ni hebat tau. Terutama blogger tegar. Menaip mesti laju gila. Kira dah luluslah jadi kerani duk ketuk-ketuk mesin taip tu. Tia pun laju-laju jugak tapi cara Tia menaip ni.

Tia laju menaip bila jari tengah menaip mata pun tengok keyboard. Bukan tengok skrin. Tia pernah cuba belajar menaip tanpa tengok keyboard dan mata cuma tengok skrin. Tapi tak menjadi. Huruf habis berterabur.

Dah tu pulak yang aktif bergerak cuma jari telunjuk kanan. Jari kiri standby dekat kekunci Shift dan huruf A atau S. Rasa macam jari telunjuk ni dah tumpul pun ada. Hahaa! Ada ke yang cara menaipnya sama macam Tia. Ke korang lagi expert ni?

Sekian...

Kenangan Bersama Kad Raya


Assalamualaikum. Yeahh! Akhirnya Tia menjoinkan diri jugak untuk join segmen dari si Klorox Keroro ni. Bukan apa, masa mula-mula tengok segmen ni Tia kata "alaa, apa aku nak cerita. Aku takda kenangan apa pun".

Sekali lepas baca si Freaky punya entri pasal segmen ni, terus Tia kata "aku nak join jugak!". Seingat Tia, Tia tak pernah kirim kad raya pun dekat siapa-siapa. Kalau masa sekolah jangan cakaplah. Nak suruh Tia cekau duit dari mana nak beli kad?

Bila dah keluar dari zaman sekolah pun masih sama. Nak hantar dekat siapa? Hahaa! Tapi Tia pernahlah dapat kad raya. Seingat Tia jugak, Tia cuma pernah dapat kad raya adalah dalam 2 keping. Gile bangga tuuu. Hahaa..

2 keping tu pun, 1 keping dari seseorang masa Tia tingkatan 2. Seseorang yang masa tu sangat-sangat istimewa dalam hidup Tia. Gile wangi kad yang dia bagi. Tabur bedak kot. Heh! Bukan kapel mapel ye. Sekeping lagi dari classmate Tia masa form 4. Haa, itulah dia 2 kepingnya.

So, ada sesapa murah hati nak kasi kad raya dekat Tia ke? Sila, silaaaa. Heee~

Sekian...

"Siapa Guna Gambar Aku di Facebook!"

Assalamualaikum. Korang dah bangun belum? Ke ada yang masih bergulung dengan selimut lagi ni? Weh, jangan bangun lewat-lewat. Tak elok terutama anak-anak dara di luar sana. Dahlah rezeki tak masuk. Nanti bakal mentua tau, reject jadi menantu.

Tadi Tia sempat main game guna facebook adik. Lepas dah boring main ingat nak logout. Tapi tertarik pulak dengan satu status di home yang bunyinya seakan-akan marah. Rasa ingin tahu membuak-buak pulak. So, tanpa rasa bersalah Tia kliklah status tu nak tau apa ada hal?

User facebook tu marah sebab ada akaun lain yang dibuat dan gunakan gambar user facebook tu sebagai gambar profile. User facebook tu perempuan, bertudung. Elok je posing tapi ada pulak orang tak bertanggungjawab gunakan gambar dia tanpa izin.

Nak-nak lagi ada photo perempuan seksi yang separuh b*gel diletak. Huish gile kot. Kalau Tia yang kena pun Tia mengamuk kot. Hal ni buat Tia jadi semakin takut nak tayang gambar dekat mana-mana. Kenapalah orang sekarang semakin tak boleh nak berfikir dengan waras dah?

So, girls out there. Be careful. Terutama yang selalu tangkap gambar dengan pakaian yang tak cukup kain dan pose yang terlalu over. Minta-minta kita dijauhkan dari sebarang penganiayaan.

Sekian...

Monday, August 22, 2011

ENTRI PANAS di Blog FREAKY @ Firdaus Life??


Assalamualaikum. Rasa nak tergelak pun ada. Si Freaky buat entri dengan tajuk nama penuh blog Tia? Malu kot. Password facebook pun boleh lupa. Hahaa! Bukan apa, entah kali ke berapa Tia tukar password facebook tu. Semua gara-gara takut kena hacked lah dulu.

Yang tak menahan, boleh pulak jadi ENTRI PANAS!! di blog si Freaky. Top 3 lak tu. Hahaa. Tapi sekarang dah ingat balik. Lepas buat senarai beberapa password yang pernah digunakan akhirnya salah satu betul. Tia tak dapat recover sebab password emel dah lupa. Ni gara-gara emel banyak sangatlah ni.

Okey dah serik. Lepas ni nak save password dalam note sebagai reminder. Huhuuu..

Sekian...

Shopping Last Minit Dapat Sale!


Assalamualaikum. Hari ni dah masuk hari ke-22 umat Islam berpuasa maknanya kurang dari dua minggu Syawal pulak menjelma. Mood raya mesti dah terasa kan. Lagu-lagu raya pun nampaknya dah mula galak berkumandang di corong-corong radio. Haa, nada dering handphone pun dah bertukar nampak.

Dah shopping raya belum? Baju raya dah ada? Ramai kata shopping last minit sale gila-gila punya. Ye ke? Entahlah Tia tak tau sebab Tia tak shopping apa pun. Ibu beli kain untuk buat baju kurung aje sehelai. So, what? Baju berhelai-helai nak tunjuk dekat sapa? Yeah! Ibu tolong jahitkan baju. Sangat suka..

Balik cerita pasal shopping. Bila difikir-fikir pasal shopping last minit ni macam tak elok pulak. Sebab mesti ramai target benda yang sama. Maka, di akhir-akhir hari sebelum raya berduyunlah orang turun untuk shopping sakan. Yaa! Sesak satu masalah. Tia dapat bayangkan orang berasak-asak dan berebut-rebut nak beli barang. No way!

Kalau tang baju, dah sah-sah tak banyak dah pilihan yang cantik-cantik sebab yang cantik sudah dirembat awal-awal. Kalau baju yang diingini dah tak ada macamana? Nak beli kain, upah orang? Memang tak sempat dahlah. Orang dah sibuk nak buat persediaan beraya.

Tang barang-barang pulak. Bukankah barang-barang akan jadi mahal sebab penjual akan berfikiran, "oh! dah last minit ni. Baik aku naikkan harga. Sebab dorang takde pilihan. Nak tak nak kena beli jugak". Tapi kalau betul ada peniaga yang naikkan harga barangan sesuka hati, sila laporkan kepada pihak yang berkenaan. (dah jadi satu kerja lain)

Ini pandangan Tia je. Tia bukan turun shopping pun. Hahaa! Panas-panas terik lepas tu berasak-asak dengan orang, sumpah akan spoil. Dahlah Tia ni kecik kemetot je. Kang ikut berasak-asak, ibu ke mana Tia ke mana pulak kang. Tak pasal-pasal kena buat announcement "siapa ada kehilangan anak, bernama bla, bla, bla sila tampil ke kaunter dengan segera".


Oh! Pesanan jugak, kalau yang bawa anak-anak kecil pergi shopping dan terpaksa meredah lautan manusia. Sila jaga-jaga anak anda. Biar hilang baju raya, jangan hilang permata(anak). Erk??

Sekian...

Segmen Hira : Aku reti memasak, kau reti?


Assalamualaikum. Mula-mula sekali Tia ucapkan terima kasih dekat Hira sebab dah jemput Tia untuk join segmen dia. Thanks dear. Korang baca tajuk entri pun dah tau kan apa Tia nak kongsi kali ni. Ye, masak-masak. Hahaa!

Sebenarnya Tia tak reti masak sangat pun. Ayah Tia lagi expert kalau nak dibandingkan dengan Tia. Ibu Tia suka bila Tia tumis sayur. Ibu kata sedap secukup rasa. Hebat tak, hebat tak? Hahaa!

Ibu pun dulu sebelum kahwin bukan reti masak sangat mak cik Tia ceritalah. Tapi lepas ibu kahwin dengan ayah Tia je terus ibu expert dalam bab masak memasak. Masakan ibu pulak sedap-sedap belaka.

Yelah-yelah, korang nak suruh Tia belajar masak macam ibu dulu sebelum kahwin kan? Hahaa! Mestilah, takkan nak kasi bakal suami makan luar kot. Nanti terbiasa pulak kang bahaya.

Haa, apalagi jomlah join segmen ni. Klik banner kat atas tu ye.. Terutamanya lelaki, boleh tunjuk sikit kehebatan korang. Eh, jangan hairan ye kalau lelaki lagi hebat dalam bab masakan. Si Freaky @ Firdaus Life tu boleh jee. Yeahh! Selamat memasak semua :D

Sekian dari bukan chef...

Gara-gara SMS Lucah !!

Assalamualaikum. Ibu seperti biasa suka membelek-belek handphone ayah. (Well hello, my mother bukan queen control okey) Tapi sekali tu bila ibu belek handphone ayah, ada sesuatu yang buat ibu terkejut. Ada satu SMS ibu baca duduk dalam inbox di handphone ayah.

"Hai, saya Zeti. Saya sedang beraksi di ranjang sekarang ini. Ingin tengok aksi menghairahkan daripada saya ? Mahu saya menemani anda semalaman ? Nak videoklip saya ?reply mesej ini dengan menaip, blablablabla" credit to : semutsengal

Nasib baik ibu jenis yang tak main serang. Dan nasib baik jugak ibu ambil keputusan yang baik dengan memanggil Tia untuk tengok SMS tu. Kalau tak, boleh jadi salah faham kot. Tia pun bagitaulah ibu yang Tia pun selalu dapat SMS macam tu. Entah dari mana entah.

Tia peliklah, macamana depa boleh dapat number Tia lepas tu hantar yang bukan-bukan masuk dalam inbox??

Sekian..

Sunday, August 21, 2011

Tak Nak Bertudung Takpe

Assalamualaikum. Selesai sudah menyenaraikan mereka-mereka yang dah join segmen Tia. Sekali lagi terima kasih di atas sokongan korang semua. Korang boleh check samada link korang ada dalam senarai tu atau tidak. Kalau tak ada, maklumkan dekat Tia. Check di SENARAI PESERTA SEGMEN : BLOG GUA BERAT TAK?

Cukup pasal segmen, sekarang Tia nak korang fahamkan quote di bawah.. Credit to izzati

"Ada Ustaz bagitahu, bahawasanya Islam TIDAK MEWAJIBKAN pun anda utk bertudung... Tapi Islam mewajibkan kita SEMUA untuk MENUTUP AURAT... 
Tak kesahlah nak pakai LANGSIR ka, SELIMUT ka, KARPET atau TUDUNG SAJI sekalipon.. Islam itu mudah, janganlah kita menyukarkannya.."

Korang faham? Yee, Islam itu mudah. Tak bertudung takpa. Yang wajibnya adalah menutup aurat. Takde tudung bukan alasan untuk tak menutup aurat.. Peringatan untuk diri Tia sendiri.


Sekian...

SEGMEN DAH TUTUP.. JANGAN PENING-PENING YE

Assalamualaikum. Tia baru online dan sangat terkejut bila hampir setiap minit dah ada yang hantar penyertaan sebab Tia agak tak ramai yang join. Terima kasih join. Jangan risau, ada lagi komen yang Tia belum approved. Kalau boleh Tia nak terjah semua blog. Lepas Tia dah singgah nanti, korang singgah sini balik tau. Hahaa.

Kesimpulan yang Tia boleh buat lepas terjah 50 lebih blog, kebanyakkan blog memang tak berat. Ada beberapa je yang berat. Berat sebab samada sidebar terlalu banyak atau size gambar background terlalu besar. Itu saja. Ada lagi Tia jumpa, blog dia lambat loading. Tapi nasib baik entri masih boleh baca.

Betul ke ada yang main copy paste ayat dalam kotak komen? Hahaa. Tu Tia tak komen banyaklah sebab dari diri masing-masing. Tia harap Tia dapat terjah semua blog. Pesanan Tia, jangan celarukan kepala fikirkan susah nak blogwalking di semua blog. Kalau tak larat takpe, bookmark kan link yang nak diterjah tu. Ada masa free nanti bolehlah terjah. Rilex sudah. Ini kan cuma suka-suka.


SEKIAN :)

Komen-komen Yang Tia Delete

Assalamualaikum. Seperti yang korang sedia maklum, Tia gunakan comment moderation di blog Tia ni. Maksudnya kalau korang ada tinggalkan komen, komen tu takkan muncul terus di ruangan komen. Bersebab sebenarnya kenapa Tia gunakan comment moderation ni. Takpe nanti Tia cerita.

Bila dah komen-komen yang ditapis ni, adalah beberapa komen yang Tia terpaksa delete. Antara komen yang Tia delete ialah komen yang sama ditaip sampai berkali-kali. Haa, ini memang selalu Tia jumpa. Mungkin pengomen kurang yakin kot yang dia ada taip komen tu atau jugak dia tertekan banyak kali butang publish komen tu.

Tu aje jenis komen yang akan Tia delete. Selain dari tu, Tia tak delete dah apa-apa komen. Mesti ada yang berprasangka blogger yang guna comment moderation cuma akan publish komen yang baik-baik saja. Yang mengutuk dia atau segala yang buruk didelete. Jangan kata tak ada, ada.

Tapi dalam blog Tia, tak kisahlah komen tu macamana pun Tia tetap approved yelah selagi tiada kata-kata kesat digunakan. Tapi kalau ada kritikan membina, Tia memang akan approved.

Selain tu, Tia juga akan delete komen yang masuk sebagai SPAM. Huih, bahaya komen spesis satu ni. Kalau terlalu banyak komen jenis SPAM terlepas masuk tanpa korang sedari, lama-lama blog korang akan dilabel blog SPAM oleh google. Bila dah dilabel macam tu, kemungkinan blog korang akan diremoved. (betulkan Tia kalau salah)

Mungkin korang nak baca ini Sebab Google Delete SPAM Blog. Tak cukup jelas? Baca yang INI pulak..

Sekian...

Saturday, August 20, 2011

SENARAI TANYA BLOG DIA BERAT ATAU TAK?

Assalamualaikum. Inilah senarai peserta SEGMEN : BLOG GUA BERAT TAK? Macam Tia ada nyatakan, senarai-senarai ni akan sentiasa di update sampai esok (Ahad 21/08/2011 jam 2petang). Terima kasih kepada siapa-siapa yang dah join..

*UPDATE* 21/08/2011 - 9.31PM : Semua yang join ada 124 peserta. Tia dah terjah semua. Kalau ada yang tertinggal maklumkan Tia. Terima kasih banyak-banyak untuk sokongan dari korang semua. SELAMAT MENERJAH :D













































44. http://sikechikadilah.blogspot.com/2011/08/segmen-blog-gua-berat-tak.html

45. http://nazihanali.blogspot.com/2011/08/segmen-blog-gua-berat-tak.html

46. http://adrianaizat.blogspot.com/2011/08/segmen-blog-gua-berat-tak.html

47. http://chantekdia.blogspot.com/2011/08/segmenblog-gua-berat-tak.html

48. http://sayaanakmamaabah.blogspot.com/2011/08/segmen-blog-gua-berat-tak.html

49. http://ninieazriena91.blogspot.com/2011/08/segmen-blog-gua-berat-tak.html

50. http://loolypopstrawberrydengancoklat.blogspot.com/2011/08/segmen-blog-gua-berat-tak.html

51. http://cello191.blogspot.com/2011/08/segmen-blog-gua-berat-tak.html

52. http://dizizzmalife.blogspot.com/2011/08/segmen-blog-gua-berat-tak.html

53. http://laluan-kehidupanku.blogspot.com/2011/08/segmen-blog-gua-berat-tak.html

54. http://pwencessyuyue.blogspot.com/2011/08/segmen-blog-gua-berat-tak.html

55. http://selendanqpelangi.blogspot.com/2011/08/segmen-blog-gua-berat-tak.html

56. http://faridaheizzati.blogspot.com/2011/08/segmen-blog-gua-berat-tak.html

57. http://mollyamni.blogspot.com/2011/08/segmen-blog-gua-berat-tak.html

58. http://mohdyunus89.blogspot.com/2011/08/segmen-blog-gua-berat-tak.html

59. http://purnamalie.blogspot.com/2011/08/segmen-blog-gua-berat-tak.html

60. http://cikdayaconan.blogspot.com/2011/08/segmen-blog-gua-berat-tak.html

61. http://mynameismryna.blogspot.com/2011/08/segmen-belog-gua-berat-tak.html

62. http://princessfeyqa.blogspot.com/2011/08/segmen-blog-gua-berat-tak.html

63. http://azrijohann.blogspot.com/2011/08/segmen-blog-gua-berat-tak.html

64. http://peachippo.blogspot.com/2011/08/segmen-blog-gua-berat-tak.html

65. http://lytulip.blogspot.com/2011/08/segment-eh-korang-blog-aku-berat-tak.html

66. http://temoyopurp.blogspot.com/2011/08/segmen-blog-gua-berat-tak.html

67. http://yusukeraizan23.blogspot.com/2011/08/segmen-blog-gua-berat-tak.html

68. http://atia-gadismelayu.blogspot.com/2011/08/segmen-blog-gua-berat-tak.html

69. http://syuxermelankolia.blogspot.com/2011/08/segmen-blog-gua-berat-tak.html

70. http://www.trioseposen.com/2011/08/segmen-blog-gua-berat-tak.html

71. http://eusaida.blogspot.com/2011/08/segmen-blog-gua-berat-tak.html

72. http://ceritasana-sini.blogspot.com/2011/08/segmen-blog-gua-berat-tak.html

73. http://atieffa.blogspot.com/2011/08/segmen-blog-gua-berat-tak.html

74. http://pinkaholicx.blogspot.com/2011/08/segmen-blog-gua-berat-tak.html

75. http://aku-freaky-falcon.blogspot.com/2011/08/segmen-blog-gua-berat-tak.html

76. http://captainaidzam.blogspot.com/2011/08/segmen-blog-gua-berat-tak.html

77. http://imbobome.blogspot.com/2011/08/segmen-blog-gua-berat-tak.html

78. http://missjuliet92.blogspot.com/2011/08/segmen-blog-gua-berat-tak.html

79. http://bibie-mumui.blogspot.com/2011/08/segmen-blog-gua-berat-tak.html

80. http://herleisuresite.blogspot.com/2011/08/segmen-blog-gua-berat-tak.html

81. http://musicloveanisa.blogspot.com/2011/08/segmen-blog-gua-berat-tak.html

82. http://azrinrahim.blogspot.com/2011/08/segmen-blog-gua-berat-tidak.html

83. http://budak97.blogspot.com/2011/08/segmen-blog-gua-berat-tak.html

84. http://justmeandeunice.blogspot.com/2011/08/segmen-blog-gua-berat-tak.html

85. http://gurlgemini.blogspot.com/2011/08/segmen-blog-gua-berat-tak.html

86. http://kechikuma.blogspot.com/2011/08/segmen-blog-gua-berat-tak.html

87. http://linochiaki.blogspot.com/2011/08/segmen-blog-gua-berat-tak.html

88. http://butterflieslife.blogspot.com/2011/08/segmen-blog-gua-berat-tak.html

89. http://qwertyuiop-dan-tangan.blogspot.com/2011/08/segmen-blog-gua-berat-tak.html

90. http://teensramblings.blogspot.com/2011/08/segmen-blog-gua-berat-tak.html

91. http://mediasubsidi.blogspot.com/2011/08/segmen-blog-gua-berat-tak-ini-kisah-tia.html

92. http://allaboutflux.blogspot.com/2011/08/segmen-blog-gua-berat-tak.html

93. http://mysyazwanie.blogspot.com/2011/08/segmen-blog-gua-berat-tak.html

94. http://dieylashaza.blogspot.com/2011/08/segmen-blog-gua-berat-tak.html

95. http://mitosmentos.blogspot.com/2011/08/segmen-blog-gua-berat-tak.html

96. http://linochiaki.blogspot.com/2011/08/segmen-blog-gua-berat-tak.html

97. http://eqhazin.blogspot.com/2011/08/segmen-blog-gua-berat-tak.html

98. http://nurain-kisahhidupku.blogspot.com/2011/08/segmen-blog-gua-berat-tak.html

99. http://ramaramapunyecerita.blogspot.com/2011/08/segmen-blog-gua-berat-tak.html

100. http://shalleyanna-yana.blogspot.com/2011/08/segmen-blog-gua-berat-tak.html

101. http://nisagadis.blogspot.com/2011/08/segmen-blog-gua-berat-tak.html

102. http://fiqamanap.blogspot.com/2011/08/segmenblog-gua-berat-tak.html

103. http://redstrawberryland.blogspot.com/2011/08/blog-gua-berat-tak.html

104. http://cintasipengemis.blogspot.com/2011/08/segmen-blog-gua-berat-tak.html

105. http://suraiyasofia.blogspot.com/2011/08/segmen-blog-gua-berat-tak.html

106. http://misslyzeer.blogspot.com/2011/08/segmen-blog-gua-berat-tak.html

107. http://izzatialina.blogspot.com/2011/08/segmen-blog-gua-berat-tak.html

108. http://madnip.blogspot.com/2011/08/segmen-blog-gua-berat-tak.html

109. http://i-love-the-way-i-am.blogspot.com/2011/08/segmen-blog-gua-berat-tak.html

110. http://zahiradzul.blogspot.com/2011/08/segmen-blog-gua-berat-tak.html

111. http://stereokomono.blogspot.com/2011/08/segmen-blog-gua-berat-tak.html

112. http://mindakhayalan.blogspot.com/2011/08/segmen-blog-gua-berat-tak.html

113. http://izzatijer.blogspot.com/2011/08/segmen-blog-gua-berat-tak.html

114. http://nieynazuleyana.blogspot.com/2011/08/segmen-blog-gua-berat-tak.html

115. http://pinkexia.blogspot.com/2011/08/segmen-blog-gua-berat-tak.html

116. http://charion-fahmi.blogspot.com/2011/08/segmen-blog-gua-berat-tak.html

117. http://aku-ar-anonymous.blogspot.com/2011/08/segmen-blog-gua-berat-tak.html

118. http://fahmimasarudin.blogspot.com/2011/08/segmen-blog-gua-berat-tak.html

119. http://qasehhumayrayathafiz.blogspot.com/2011/08/segmen-blog-gua-berat-tak.html

120. http://sun3tpini.blogspot.com/2011/08/segmen-blog-gua-berat-tak.html

121. http://ciksufarida.blogspot.com/2011/08/segmen-blog-gua-berat-tak.html

122. http://sukesukikehidupann.blogspot.com/2011/08/segmen-blog-gua-berat-tak.html

123. http://cipootchenelle.blogspot.com/2011/08/segmen-blog-gua-berat-tak.html

124. http://anisah-ramli.blogspot.com/2011/08/blog-gua-berat-tak.html

SEGMEN : BLOG GUA BERAT TAK?

Assalamualaikum dan selamat bercuti kepada yang bercuti. Kalau tak bercuti, takpe lain hari boleh cuti ye. Korang dah baca tak entri Blog Yang Menguji Kesabaran? Bacalah, tak rugi. Hahaa! Banyak tinggalkan komen tanya berat tak blog dorang. Dari situ, Tia dapat ilham nak buat segmen.

Segmen ni saling tak tumpah macam kritik blog jugak. Macam entri pertanyaanlah dekat reader atau pengunjung, tanya dorang blog korang berat atau tak. Yelah, kalau nak pergi tanya satu-satu macam susah kan. Apakata kasi kumpul semua? Berminat? Silalah join. Hahaaa..

Tapi korang kena jujur. Kalau blog tu rasa berat, maklumkan kepada tuan punya blog. Kalau ramai kata blog korang berat, chill. Cari punca kenapa blog korang berat dan usaha baiki blog korang supaya mesra pengunjung.


  1. Buat satu entri. Masukkan banner kat atas ni. Jangan lupa linkkan banner terus ke sini.
  2. Tajuk entri "SEGMEN : BLOG GUA BERAT TAK?"
  3. Dah siap tinggalkan link entri di kotak komen.
  4. Tarikh tutup segmen AHAD 21/08/2011 pada jam 2 petang (24JAM)
  5. Senarai peserta segmen boleh tengok SINI. Senarai akan sentiasa di update!

Sekian...

Soalan Tentang Domain dan Hosting

Assalamualaikum. Ramai jugak yang bertanya dalam entri Perbezaan Domain dan Hosting. Takpe, dalam entri ni Tia akan jawab satu persatu soalan korang tu.


RM29.95 tu memang harga domain jugak tapi bukan .com. Boleh tengok senarai harga di SINI ye. Oh! Bayaran melalui bank. Ada banyak jenis bayaran tapi Tia pilih bank in/transfer.

Tia bayar setahun cuma sekali. Lama tu, ada 12 bulan. Heheh!

Yup eyfa sayam. Setahun sekali aje bayar.

Taklah Farhan. Bila tukar domain, follower kita sebelum beli domain tu masih boleh tengok update dari blog kita. Tak ada apa yang berubah kecuali URL blog aje. Tak payah risau.

Tia pun mula-mula teragak-agak nak beli domain. Takut membazir ke apa kan. Tapi kalau serius nak berblog, direkomenkan beli domain. Blog akan rasa professional sikit. Hahaa! Ohya, proses nak beli domain tak lama. Lepas bayar aje, contact dorang dan dalam masa 10-15 minit dah bertukar! Seriusly, kalau dah nampak bertukar, rasa excited sangat.

Tia pun dulu blur-blur kak. Tapi dah lama taulah sikit. Hosting je tak pro lagi. Sebab Tia pun tak berniat nak beli hosting lagi.

Hahaa! Takdenya free. Nak free, mohon kerja tempat dorang. Heheh..

Sekian...

Friday, August 19, 2011

Hantu di Bulan Puasa


Alhamdulillah. Masuk hari ni dah 19 hari kita berpuasa. Pejam celik, pejam celik tinggal lagi 10 hari bulan kesayangan umat Islam ini akan meninggalkan kita. Tia selalu dengar, masuk bulan puasa je syaitan semua kena ikat dan kurung. Masa kecik-kecik dulu bila tau takde hantu di bulan puasa rasa bahagia je. Tak payah takut-takut konon.

Bila dah besar ni tau lah, sebenarnya bukan semua hantu kena ikat masa bulan puasa. Ada lagi hantu yang berkeliaran. Dan korang takkan sedar yang sebenarnya hantu-hantu tu dekat sangat dengan kita. Tia tak pandai ulas nak cerita pasal hantu yang ada di bulan puasa ni, tapi ada satu entri korang boleh baca.

Jenis-jenis Hantu Bulan Ramadhan. Tia baca pun dah gelak guling-guling. Mula-mula rasa cuak sebab nampak je perkataan hantu kecut terus perut. Sebab tu Tia post entri Tia ni sebelum malam kang semua pembaca lari sebab takut. Tapi sekali dah baca entri Bro Ery,  sumpah lawak! Bro Ery memang kreatif lah.

Hantu-hantu tu bukanlah makhluk halus mana pun, tapi manusia sendiri yang jadi hantunya. Tau hantu mem-bungkus? Kalau hantu bungkus betul memang seramlah. Ni hantu mem-bungkus yang suka bungkus makanan dari kedai atau bazar. Lagi senang pergi KFC, McD, Pizza. "Bang, take away satu set!". Macem harummm (kata Adan..hahaa!)

Ada lagi satu hantu yang memang lawak dari Bro Ery. Anak toyol. Hahaa! Pergi upah budak-budak kecik yang akai tak tinggi mana, suruh belikan makanan sebab big bos nak mencekik. Lepas tu kasi upah dekat budak-budak tu. Hish! Dah tua bangka pun masih tak nak puasa.

So, pesan bro Ery kalau korang ada terjumpa hantu-hantu macam tu laju-lajulah azankan dorang ye supaya sedar sikit sekarang bulan puasa. Hormat sikit bulan puasa ni. Entah boleh merasa lagi ke tak berpuasa tahun depan.

Sekian...

Thursday, August 18, 2011

Perbezaan Domain dan Hosting

Kalau yang dah lama berblog mesti pernah atau memang dah selalu jumpa perkataan domain dan hosting ni. Dulu masa Tia mula berblog memang selalu jumpa perkataan domain dan hosting ni. Tapi masa tu tak tau apa lagi, jadi Tia buat tak tau aje.

Tapi bila dah lama sikit berblog ni taulah sikit-sikit pasal domain dan hosting ni. Domain dan hosting ni memang berbeza. Tia akan terangkan satu persatu apa itu domain dan apa itu hosting secara ringkas.

Kalau masih tak faham jugak, tak apa. Boleh aje search di google ye. Tia ni tak mahir sangat nak bagi penerangan, jadi kalau ada apa-apa yang salah tolong maklumkan Tia dan Tia akan ubah secepat mungkin okey.

  1. Apa itu DOMAIN?
  2. Apa itu HOSTING?
  3. Perbezaan DOMAIN dan HOSTING
  4. Di mana nak beli DOMAIN dan HOSTING?
  5. Pengalaman guna DOMAIN sendiri


Apa itu domain?

Mula-mula sekali apa itu domain? Domain ni ialah alamat (address) blog korang. Macam blog Tia ni. Domain blog Tia ialah www.inikisahtia.com

Seeloknya, sebelum nak beli domain ni korang digalakkan untuk memikirkan nama domain yang betul-betul sesuai. Sesuai di sini maksudnya ialah nama domain tersebut janganlah terlalu panjang, yakin yang orang akan mudah ingat nama domain tersebut.


Apa itu hosting?

Hosting ni pulak macam rumah atau sesuatu tempat yang fungsinya untuk menyimpan data-data blog seperti fail, gambar, entri, komen dan segala yang ada dalam blog tu lah.

Hosting ni ada banyak pakej. Haa, masuk bab pakej ni Tia tak pass lagi sebab Tia pun masih guna hosting blogspot. Tak terfikir lagi nak guna hosting berbayar. Hahaa! Mungkin korang boleh tanya siapa-siapa yang dah guna hosting berbayar.


Perbezaan domain dan hosting

Domain dan hosting memang berbeza. Secara ringkas dan mudahnya, boleh diibaratkan macam ni. Domain ialah alamat rumah dan hosting adalah rumah itu sendiri. Bila ada domain dan hosting sendiri ni, korang dah bebas nak buat apapun dalam blog tu selagi tak melanggar  peraturan berblog.


Di mana nak beli domain dan hosting?

Ramai yang kata banyak tempat boleh beli domain dan hosting ni. Lain tempat, lain harganya. Ada yang Tia jumpa untuk domain aje sampai RM50. Giles mahal. Tapi banyak-banyak tempat yang Tia dengar, ada satu yang Tia boleh percaya dan murah bagi Tia.

Korang boleh cuba di NetKL. Domain Tia ni pun dari NetKL lah. Servis memang baik punya. Korang boleh chat dan tanya dorang secara ONLINE kalau ada apa-apa pertanyaan. Setiap pertanyaan korang akan dijawab dengan lemah lembutnya gituw.

Tia pun sebelum beli domain ni memang banyak soalan Tia bagi dekat dorang. Yelah, ni kan melibatkan duit. Takkan nak laburkan duit tanpa dapat hasil kan. Lepas dah fikir masak-masak dan yakin dengan keputusan Tia, akhirnya domain www.inikisahtia.com dah jadi milik Tia sekarang.


Pengalaman guna domain sendiri

Tia beli domain www.inikisahtia.com ni pada 2 Julai 2011 hari tu. Kira-kira dah sebulan lebih jugak Tia guna ni. Rasa macam dah lama. Hahaa! Langsung tak rasa menyesal bila beli domain ni. Tia pentingkan alexa rank. Mula-mula beli domain ni, alexa rank memang jatuh habis.

Tapi lepas guna domain sendiri, alexa rank dari angka 5,000,000 dan Malaysia rank 30,000 sekarang dah turun banyak. Alexa rank 248,300 dan Malaysia pulak 765. Semua ni berlaku kurang dari 2 bulan. Seriuslah, dekat Malaysia kena usaha lebih sikit kalau ada hati nak ada dalam top 500. Tia pun baru 765. Hari tu 600 lebih tapi persaingan yang agak sengit dan trafik yang tak maintain, maka jatuhlah jugak rank blog Tia di Malaysia.

Tia macam nak hasut korang je beli domain sendiri kan. Hahaa! Siapa kata guna domain blogspot tak boleh berjaya. Yang penting usaha. Tia pun tak pasang niat lagi nak beli hosting sendiri. Banyak nak fikir. Lagipun, Tia tak main SEO sangat. Blog Tia lebih kepada personal. Jadi, Tia akan tetap dengan blogspot buat masa ni.

Entri lain yang berkaitan :


Berminat nak ada domain sendiri atau hosting sendiri dengan domain percuma??

Atau juga


Sekian...

Wednesday, August 17, 2011

Apa Yang Salah Kalau Idea Entri Sama?

entri copy paste


Tia ada baca entri dari blog Taufiq Arifin yang bertajuk SALAH KE KALAU WAT ENTRY YANG SAMA? Hrmm, boleh jadi entri jugak kan ni. Entry yang sama dimaksudkan ialah idea yang sama.


Kalau kita ambil idea seseorang tu tapi olahan adalah olahan sendiri, itu kira ciplak jugak tak? Bukan apa, Tia pun selalu dapat idea nak buat entri bila terbaca tajuk atau isi entri tu bila blogwalking.


Tia tak maksudkan kebetulan, tapi memang dapat idea dari baca entri blogger lain. Dapat idea dari blogger lain. Tapi tajuk, ayat, isi, penutup semua tak sama. Adakah masih di kira "mencuri" idea orang?


Pada pandangan Tia tak salah sebab tak ada apa yang sama. Takkanlah idea pun nak berkira kot. Takkan nak kongsi idea pun kedekut? Yup! Tia tak rasa salah. Malah Tia rasa idea yang mulanya cuma sikit tapi bila dikembangkan lagi oleh orang lain ia dah jadi sesuatu yang menarik.


Contoh macam entri yang Tia buat ni, lebih berkembang sikit kan dari apa yang Taufiq bincangkan dalam entri dia tu. Boleh nampak tak pendapat yang berlainan di situ? Kenapa nak sempitkan fikiran dengan

"Itu idea aku, takkan idea aku pun dia nak tiru.."

Melainkan entri tu adalah COPY dan PASTE. Bulat-bulat semua sama. Tajuk entri, ayat entri, isi, penutup segalanyalah sama. Yang ni baru dikira SALAH! Ini baru peniru sejati. Hahaa. Tak ada idea sampai copy paste bulat-bulat.


Apapun, masing-masing ada pendapat sendiri kan.
Sekian...

Sunday, August 14, 2011

Boleh Tak Tutup Sikit??!

Assalamualaikum ..

Korang pernah berdepan dengan orang macam ni tak?


bersin


Yee! Bersin atau batuk tapi tak reti-reti nak tutup mulut. Bila dia bersin atau batuk tu habis bersembur semua keluar dari mulut dan hidung dia. Dah dia berpenyakit sekali dia sebarkan pulak penyakit dia dekat orang lain secara terbuka.

Bagi Tia, sikap tu sangat kurang beradab. Tak sopan. Just imagine, kita best-best sembang dengan dia secara berdepan tetiba pulak dia pi sembur semua dekat muka. Apa perasaan masa tu ek? Hahaa! Lu fikirlah sendiri.

Kepada ibu-ibu dan ayah-ayah di luar sana, didik anak-anak yang masih kecil untuk sentiasa bersopan. Ajar anak apa dia kena buat bila dia bersin atau batuk. Kalau dari kecil anak dah biasa, bila besar insyaAllah dia akan biasa jugak.

Sekian...

Saturday, August 13, 2011

Emas Di Hari Raya

Assalamualaikum ..

Dulu masa Tia kecik, tiap kali dekat nak raya aje ibu mesti paksa pakai barang kemas. Yang selalu kena pakai rantai, gelang dengan subang. Sumpah masa tu pandang hina dengan emas. Hahaa!

Tia tak suka pakai barangan kemas masa kecik. Nak pakai yang kaler silver aje. Takpun emas putih. Nampak cool sikit. Pemikiran masa budak kecik dulu, pakai barang kemas ni untuk orang tua je.

Tia rasa diri huduh sangat kalau pakai emas. Hahaa! Sampai macam tu sekali kan. Entahlah, rasa rimas pun ada pakai barang emas ni. Tapi bila umur dah mula meningkat setapak demi setapak ni, dah jadik lain.

Tia nak pakai gelang emas, rantai emas, cincin emas, subang emas. Hahaa! Bajet anak mami lettew. Yup serius. Ni sebab tengok member pakai gelang emas macam comel je tangan. Aduhhh.

Ibu ada satu gelang emas, cantik! Tia cuba pakai, sumpah nak ambik. Tapi ibu tak kasi. Waaa! Tu lah masa kecik dulu tak nak pakai. Ibu kasi cincin aje. Cincin pun cincinlah. Masih tetap boleh menghiasi jemariku ini. Hahaa!

Nanti Tia dah kerja, dapat gaji simpan nak beli gelang emas satu. Ambik kau! Mesti lagi best kalau pakai barang dari hasil titik peluh kita sendiri kan. Rasa lebih tahu menghargai..

Sekian...