Thursday, September 29, 2011

Blog Di Serang Virus Malware

Ini contoh blog yang ada malware

Assalamualaikum. Sebenarnya blog Tia pernah diserang malware sebelum ni. Sebelum Tia bertukar ke (dot)com. Dalam bulan Jun. Dah lama. Tia sempat printscreen. Konon nak buat entri. Tapi tangguh punya pasal, amekaw! Baru sekarang nak buat kan. Masa tau blog ni ada malware dulu, gile cuak Tia. Dalam fikiran, "omaii! blog aku ternak virussss!! Comfirm ramai cabut.."

Yupp! Bila blog dah di kesan ada malware, dan keluar pulak page menakutkan macam kat atas tu pengunjung takkan fikir 2x dah. Terus pangkah tekan butang X. Takkanlah dia nak bahayakan laptop atau komputer dia kan. Kemungkinan besar, blog tu akan masuk dalam blacklist. Serik kot. Heheh~

Sebelum blog Tia kena, Tia cuma dengar cerita dari blogger lain je. Baca rintihan dalam status di facebook, mengadu domba sana sini. Masa tu Tia konfiden gile konon blog Tia takkan kena virus tu sebab dah ada antivirus lah konon. Sekali kena dekat batang hidung sendiri, baru nak menggelabah.

Tapi Tia bernasib baik sebab nak cari puncanya masa tu senang sikit bila blog Tia kena virus tu. Meh baca ni ..

inikisahtia.blogspot.com contains content from toinktoink.blogspot.com, a site known to distribute malware. Your computer might catch a virus if you visit this site.

Maksudnya, dalam blog Tia masa tu ada link toinktoink.blogspot.com. Tia kena cari link tu dan buangkannya. Link tu tak ada jauh mana. Ada dalam bloglist Tia. So, Tia cuma perlu remove link tu dari bloglist Tia. Dan page warna merah yang menakutkan itu akan hilang dengan serta merta.

Sebab tu, dinasihatkan jangan terlalu banyak blog masuk dalam bloglist. Selain memberatkan blog yang memang sedia berat, kemungkinan untuk dapat jangkitan malware dari blog lain pun ada. Bukan apa, saja ambil langkah berhati-hati. Tapi kalau blog tu dah pulih dari virus tu, jangan risau boleh masukkan balik. Cuma perlu remove sementara sahaja.

Entri ni sudah agak panjang kan. Lain entri Tia kongsi pulak macamana caranya nak kesan malware, nak tau samada blog tu ada malware ke tak, blog yang kita follow tu menternak malware ke tak, lain entri Tia story ye. Bukan apa, entri yang ni dah terlalu panjang. Stay with my blog :)

Photobucket

Wednesday, September 28, 2011

Maaf Terpaksa UNFOLLOW

Assalamualaikum. Lambat Tia update. Tadi ada masalah. Masa Tia nak buka dashboard dengan url blogger.com, tiba-tiba ada warning MALWARE. Panik sekejap Tia tadi. Blog Tia ke yang ada virus tu. So, Tia pun logout lah untuk memastikan samada blog Tia ke yang ada malware tu. Alhamdulillah, bukan blog Tia.

Maknanya, yang bermasalah ialah dashboard Tia. Kalau dashboard yang bermasalah, mesti puncanya dari senarai blog yang Tia follow tu. Guna google chrome memang tak dapat bukalah dashbord. So, Tia buka guna mozilla. Tia cari url blog yang ada malware tu. Memang ada.

Terpaksalah Tia unfollow blog tu. Lepas unfollow je, Tia try login dashboard guna google chrome balik. Alhamdulillah dapat. Link dari blog tu yang bermasalah. Nak tak nak, terpaksa Tia unfollow.

Kesimpulannya, unfollow sesebuah blog tu biarlah ada alasan yang kukuh. Jangan sebab "aku dah follow dia, tapi dia tak follow aku pun. Aku nak unfollow dia lah!!". Fikiran yang tak boleh diterima akal.

Photobucket

Malu Ke?

Assalamualaikum. Kejadian ni berlaku lepas shopping sakan sampai tak hengat.. Kejadian ni jugak melibatkan lebih dari 4 orang ke atas ye. Shopping berkumpulan.


Kawan 1 : Weh! Jom kita makan dekat mekdi (baca :McDonalds)

*alamaks! aku dah takde duit. duit ni tinggal untuk belanja aku sampai lusa jek..*

Kawan 2 : Jomlah. Aku pun dah lapar ni. Jom, jommm!

*makk! macamana ni..*

Kawan yang lain : Okey jom..

Sampai di Mekdi..
Sesi order meng-order berlaku..

Kawan 1 : Oit Tia, kau tak order apa-apa?

Tia : Hah? Tak lah weh. Aku tak lapar pun. Aku order air jek lah.

"waaaarghh aku lapar jugakss!*

Kawan 2 : Betul ke kau tak lapar Tia? Dah berejam kita berjalan takkan kau tak lapar? Gile tahan perut kau yee..


Tia : Ha'ahhh .. $%^*#?


AMARAN : Dialog sekadar rekaan semata-mata. Eheh~

Photobucket

SEGMEN : Lagu Ini ...

Assalamualaikum. Dah lama Tia tak buat segmen kan. Selalu segmen ringkas je. Kali ni Tia nak segmen yang berkongsi sikit. Idea ni Tia dapat lepas dengar sebuah lagu. Bila dengar lagu tu je, terus teringat dekat seseorang. Amekaw! Hahaa. So, Tia nak korang kongsikanlah jugak lagu kegemaran korang ke, lagu yang mengingatkan korang dekat sesapa ke kan.

Tia tak janji trafik mencanak, just for fun. Tapi Tia akan senaraikan link blog korang di satu entri khas nanti. Link-link tu Tia akan update dari masa ke semasa. Nak berkongsi jugak? Jommm ..


1. Buat satu entri. Letak banner kat atas ni dalam entri tu dan link kan ke sini.
2. Tajuk entri tu SEGMEN : Lagu Ini ...
3. Dalam entri tu nyatakan lagu apa yang korang pilih. Sekali dengan lirik pun tak kisah.
4. Lepas entri tu dah siap, bolehlah tinggalkan link nya di kotak komen bawah ni.
5. Tarikh tutupnya 28 SEPTEMBER 2011 pada jam 12 tengahmalam.
6. Boleh tengok senarai peserta segmen di :


Photobucket

Tuesday, September 27, 2011

SENARAI LAGU YANG MEREKA PILIH

Assalamualaikum. Here we are. Terima kasih dekat korang yang dah join segmen ni. Tak sangka lagu yang hampir Tia lupa, diingatkan kembali. Senarai ni Tia akan update dari masa ke semasa sampai 12 tengahmalam ni. Have fun !!



1. http://semangat10naga.blogspot.com/2011/09/segmen-lagu-ini.html


3. http://budakkiutmiut97.blogspot.com/2011/09/segmen-lagu-ini.html


4. http://kancil8349.blogspot.com/2011/09/segmen-lagu-ini.html


5. http://cutieliesa.blogspot.com/2011/09/segmen-lagu-ini.html


6. http://marinafazli.blogspot.com/2011/09/segmen-lagu-ini.html


7. http://ribut-mengundang.blogspot.com/2011/09/segmen-lagu-ini.html


8. http://exoralarling.blogspot.com/2011/09/lagu-ini.html


9. http://sitizarizza.blogspot.com/2011/09/segmen-lagu-ini.html


10. http://applepearlhaira.blogspot.com/2011/09/segmenlagu-ini.html


11. http://aimieamalinaazman.blogspot.com/2011/09/segmen-lagu-ini.html


12. http://azumylini.blogspot.com/2011/09/segmen-lagu-ini.html


13. http://sempoi-zone.blogspot.com/2011/09/segmen-lagu-ini.html


14. http://mitosmentos.blogspot.com/2011/09/segmen-lagu-ini.html


15. http://www.alyaesprezzo.com/2011/09/ku-menanti-ku-menangis.html


16. http://fahuna.blogspot.com/2011/09/segmen-lagu-ini.html


17. http://villakejora.blogspot.com/2011/09/segmen-lagu-ini.html


18. http://shasafiez.blogspot.com/2011/09/segmen-lagu-ini.html


19. http://seventh-july95.blogspot.com/2011/09/segmen-lagu-ini.html


20. http://kittykucingaku.blogspot.com/2011/09/segmen-lagu-ini.html


21. http://adramycien.blogspot.com/2011/09/segmen-lagu-ini.html


22. http://subieymerle87.blogspot.com/2011/09/segmen-lagu-ini.html


23. http://selendanqpelangi.blogspot.com/2011/09/segmen-lagu-ini.html


24. http://cikdayaconan.blogspot.com/2011/09/segmen-lagu-ini.html


25. http://laluan-kehidupanku.blogspot.com/2011/09/segmen-lagu-ini.html


26. http://cikhanipunyerblog.blogspot.com/2011/09/segmen-lagu-ini.html


27. http://pari2cumel.blogspot.com/2011/09/segmen-lagu-ini.html


28. http://itusatu.blogspot.com/2011/09/segmen-lagu-ini.html


29. http://belogjuryn.blogspot.com/2011/09/segmen-lagu-ini.html


30. http://nurfahz85.blogspot.com/2011/09/segmen-lagu-ini.html


31. http://atia-gadismelayu.blogspot.com/2011/09/segmen-lagu-ini.html


32. http://raihanibtisam.blogspot.com/2011/09/segmen-lagu-ini.html


33. http://arituarini.blogspot.com/2011/09/segmen-lagu-ini.html


34. http://syakirahcutesecret.blogspot.com/2011/09/lagu-ini.html


35. http://crazinessaimis.blogspot.com/2011/09/segmenlagu-ini.html


36. http://babycanyousee.blogspot.com/2011/09/segmen-lagu-ini.html



Photobucket

Bila Tengahmalam Je Baru Seronok

Assalamualaikum. Tia pasang iklan nuffnang dalam blog sebenarnya bukan apa. Tia suka bila blog Tia dihiaskan dengan macam-macam gambar iklan yang berlainan dan bergerak-gerak serta sangat menarik perhatian tu. Ada banyak jenis iklan yang keluar. Tu yang best tu. Nampak cool sikit blog Tia.

Tia paling suka iklan di bahagian leader. Atas sekali selepas header tu. Situ memang cantik bila iklan berganti-ganti muncul. Tapi sayangnya, yang Tia perasan iklan takkan keluar di siang hari. Iklan-iklan tu lebih aktif bila tengahmalam. Alaa, masa tu orang dah ramai tidur. Kuranglah orang masuk blog Tia dan nampak iklan-iklan tu.

Takpelah, Tia sorang je yang tengok pun takpe. Best bila tengok iklan yang berwarna-warni tu bertukar-tukar .. Ni dah masuk tengahmalam, iklan ipad dengan banner warna hijau tadi ada muncul. Sengih je Tia. Hahaa!

Photobucket

Monday, September 26, 2011

1st Segmen Santri : Komputer Kesayanganku

Assalamualaikum. Terima kasih dekat tuan punya segmen yang sanggup bersusah payah ke mari untuk menjemput Tia join segmen yang beliau anjurkan. Bagus segmen Komputer Kesayanganku ni, ada sesuatu yang boleh dikongsikan dengan pembaca.

Tia guna laptop Acer Aspire 4730Z. Harga Tia tak tau sebab ayah yang beli. Dah lama sangat laptop ni. Adalah dalam nak 2 tahun macam tu. Laptop ni tahan gile! Sejak awal beli sampai sekarang baru 2x kena format. LCD baru sekali kena ganti. Tu pun salah Tia sendiri yang cuai.

Dah lama Tia tak guna bateri laptop ni sebab bateri dia pakai kejap je. Tak boleh lama. Charge lah lama manapun, pakai tak sampai setengah jam dah kasi warning minta charge balik. Mintak beli bateri baru lettew. Tapi Tia rasa tu kesan masa mula-mula dulu kot. Sambil guna, sambil charge. Berejam pulak tu sampai panas. Amekaw ssekarang.

Tia sayang sangat dekat laptop ni. Dah banyak jasanya dengan Tia. Banyak jugak kenangan dengan laptop ni. Dengan siapa Tia pernah pinjamkan, buat assignment, ke sana ke mari dengan laptop ni. Semua tu kenangan okey.

Notajaritangan : Hampir semua orang dah boleh ada komputer riba sendiri :)

Photobucket

Tuesday, September 20, 2011

Tutorial Buat Related Posts

Assalamualaikum. Dah lama Tia tak kasi tutorial kan. Kali ni Tia nak berkongsi satu lagi tutorial iaitu related posts atau dalam melayu pos/entri berkaitan. Ia memang sangat menarik. Tia dah cuba dan menjadi sebab tu Tia nak berkongsi dengan korang.

Related posts ni memang boleh tingkatkan pageview korang. Tu pun kalau tajuk-tajuk entri menarik perhatian korang. Dan Tia tengok dah ramai yang guna. Yelah, Tia tak guna widget  LinkWithin. Jadi ni mungkin sesuai untuk menggantikannya. Korang boleh tengok demo di -->SINI. Berminat? Cekidaut.

STEP 1 : Pergi Design > Edit HTML > Tick pada Expand Widget Templates

STEP 2 : Cari code </head>

STEP 3 : Tambahkan code di bawah ni dan letakkan sebelum/di atas code </head>
<style> #related-posts { float : left; width : 540px; margin-top:20px; margin-left : 5px; margin-bottom:20px; font : 11px Verdana; margin-bottom:10px; } #related-posts .widget { list-style-type : none; margin : 5px 0 5px 0; padding : 0; } #related-posts .widget h2, #related-posts h2 { font-size : 20px; font-weight : normal; margin : 5px 7px 0; padding : 0 0 5px; } #related-posts a { text-decoration : none; } #related-posts a:hover { text-decoration : none; } #related-posts ul { border : medium none; margin : 10px; padding : 0; } #related-posts ul li { display : block; background : url("http://lh3.ggpht.com/_cNpXRtRph18/S76dASm3WGI/AAAAAAAAEJg/AVmw4HhRdsk/rss.png") no-repeat 0 0; margin : 0; padding-top : 0; padding-right : 0; padding-bottom : 1px; padding-left : 21px; margin-bottom : 5px; line-height : 2em; border-bottom:1px dotted #cccccc; } </style> <script src='http://theblogtemplates.com/scripts/Related_posts_hack.js' type='text/javascript'/>

STEP 4 : Sekarang cari pulak code <data:post.body/>. Tapi kalau tak jumpa, cuba cari code <div class='post-body> atau jugak <data:post.body/>

STEP 5 : Tambahkan code di bawah ni dan letak selepas/di bawah code di STEP 4

<b:if cond='data:blog.pageType == "item"'>
<div id="related-posts">
<font face='Arial' size='3'><b>Related Posts : </b></font><font color='#FFFFFF'><b:loop values='data:post.labels' var='label'><data:label.name/><b:if cond='data:label.isLast != &quot;true&quot;'>,</b:if><b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'>
<script expr:src='&quot;/feeds/posts/default/-/&quot; + data:label.name + &quot;?alt=json-in-script&amp;callback=related_results_labels&amp;max-results=5&quot;' type='text/javascript'/></b:if></b:loop> </font>
<script type='text/javascript'> removeRelatedDuplicates(); printRelatedLabels();
</script>
</div></b:if>

LAST STEP : Preview dulu dan kalau takde apa-apa error, bolehlah SAVE TEMPLATE.

Tutorial ni bukan Tia punya tau. Tia cuma guna cara Tia untuk olah entri ni. Tutorial asal boleh tengok di WidgetsForFree. Selamat mencuba..


Photobucket

Sunday, September 18, 2011

Kenapa Tak Ada Yang Tekan Butang LIKE Facebook?

Assalamualaikum. Rata-rata ramai blogger yang pasang butang like facebook dalam blog mereka. Untuk apa? Kenapa? Pentingkah? Masing-masing ada jawapan sendiri. Kalau Tia, sebab Tia pasang butang like facebook dalam blog sebenarnya lebih kepada menghias saja (tipu). Nampak pro sikit. Hahaa!

Tapi malangnya susah betul nak dapat 1 like. Cuba kalau buat status dalam facebook. Post kejap je, beratur orang nak tekan like. Kedengaran cemburu di situ ya. Hahaa! Dah Tia pasang butang like tu, takkanlah nak pandang saja? Tekan sekali je. Sekaliiiii saja. Wah kau Tia desperate betul.

Okey fine tak payah tekan. Tapi kenapa susah ye orang nak tekan butang like tu? Free je pun. Kata suka benda free. Tak hargai pun. Hah? Takde facebook? Takpe, Tia tak cakap awak pun. Oh, bukan awak jugak yang ada facebook tu. Tia cakap pasal diri Tia. Mwahahaaa~

Photobucket

Muka Dah Kena Cop Blogger

Assalamualaikum. Situasi berlaku di rumah Tia sendiri. Waktu kejadian malam masa tengah tengok berita tv3. Mereka yang terlibat ialah Tia sendiri, ibu, ayah dan adik.

Kedengaran pembaca berita bercakap sesuatu tentang video terbaru Anwar Ibrahim dan papagomo (seorang blogger yeaa).

"Video yang telah tersebar di internet dan juga di banyak blog-blog itu (bla, bla, blaa tak ingat).."

Nampak tak Tia kasi bold ayat "banyak blog-blog" tu? Yess! Ibu dan ayah Tia tau yang Tia main blog jugak. Sekali kena sebut perkataan "BLOGGER" je dengan pembaca berita tu terus semua yang ada dalam rumah tengok Tia yang tengah sibuk menaip depan laptop.

Dapat bayangkan tak? Hahaa! Sekarang ni pantang dengar perkataan blooger atau blog dalam tv, mesti ibu dengan ayah tengok Tia. Motif? Entah tak tau. Ayah ibu, jangan risau anakmu ini tahu hadnya untuk menulis di dalam blog. Heh!

Photobucket

Follower Dah Ramai, Tak Payah Follow Lagi

Assalamualaikum. Nampaknya bukan Tia sorang yang perasan akan hal ni. Freaky pun perasan ow. Angka follower liat sangat nak naik. Kalau sebelum follower Tia masuk empat angka ni (baca : ribu), ramai jek yang follow. Sehari sampai 20 yang follow. Tapi semenjak angka follower dah jadi ribu ni agak slow ye angka tu nak berubah.

Kadang-kadang lepas 3 hari baru bergerak angka tu. Kalau gerak pun takat 1-3 je. Aik, apasal ni? Freaky pun sama. Angka 1499 dia tu macam keberatan sungguh nak naik. Bukan susah pun, cuma perlukan sorang blogger untuk tekan butang follow dan taraaa dah bertukar 1500. Tapi Tia tengok hmm ambil masa ye.

Adakah ada yang mula berfikir :-

Alaa, follower dia dah ramai. Dah beribu dah. Tak jadi hal pun kalau aku tak follow. Lagipun, mesti ada orang lain yang boleh follow..

Wahh! Kalau ada yang berfikiran macam ni, tolong buang jauh-jauh ye. Buang jangan sampai bagi fikir balik. Heheh! Alahai, follower dah beribu tak semestinya dah tak perlukan follower lagi. We still need you follower. Tanpa kamu, kami follower yang beribu ni takkan dapat cecah angka ribu itu.

Photobucket

Update Entri Tengahmalam

Assalamualaikum. Masuk tengahmalam je Tia dah mula risau sebab masa ni dah ramai blogger yang tarik selimut peluk bantal dan tidur dengan harapan mimpi yang indah. Nak update entri takut tak ada yang baca. Dah macam syok sendiri pulak kan.

Tapi tips dari blogger lama, kalau update entri tengahmalam kemungkinan besar esok pagi trafik korang akan tinggi. Yelah, masuk tengahmalam je majoriti dah kekurangan idea nak up entri. So, kalau korang ada idea nak buat entri apalagi rebutlah peluang ni.

Cuba bayangkan, korang je yang update entri tengahmalam. Esok pagi dah sah-sah link blog korang antara yang teratas dalam bloglist blog lain kan. Heh~ Satu tips dari blogger bukan otai. Hahaa! Sambung blogwalking.

-TAMAT-
Photobucket

Saturday, September 17, 2011

Kopi Adalah Pilihan Terakhir

Assalamualaikum. Kalau dekat kampung Tia, air kopi adalah air rasmi dorang bila ada tetamu yang datang. Yelah, tetamu dekat kampung yang selalu datang pun majoriti dah berumur. So, memang kopilah pilihan.

Tia tak suka minum kopi. Letaklah gula banyak mana pun rasa pahit tetap ada. Tak sedap. Masa Tia belajar dekat Politeknik dulu kan Tia tinggal kamsis (asrama). Air kopi ni tersangatlah popular bila musim peperiksaan mulai hampir.

Pelajar struggle gile sampai tidur lewat malam sebab nak belajar. So, semua sedia air kopi yang panas-panas untuk menemani masa belajar. Konon kurangkan mengantuk. Ee~ Tipu. Apasal Tia minum kopi sebab nak tidur lewat untuk belajar masih jugak rasa mengantuk? Apesal, apesal?

Bagi Tia, air kopi adalah pilihan terakhir kalau Tia dah desperate sangat nak minum air yang berperasa selain air kosong. Heheh~

Photobucket

Hati Orang Kita Tak Tau

Assalamualaikum. Entri ni takde kaitan dengan Tia tapi ada kaitan dengan adik Tia. Err, berkaitan dengan Tia lah jugak kan. Heh!


Adik Lelaki Tia : Ibu, Iwan nak pergi rumah kawan kejap lagi ye.

Ibu Tia : Eh, bukan kau dah ke rumah kawan kau tu ke minggu lepas?

Adik Lelaki Tia : Ha'ah, kawan dah ajak. Kenalah pergi jugak.

Ibu Tia : Mak ayah kawan kau tu tak marah ke asyik muka kau je yang datang ke sana? Ibu bukan apa, takut-takut ayah dia ke mak dia ke atau siapa-siapa dalam keluarga dia tu marah atau tak suka sebab kau selalu datang rumah dia.

Adik Lelaki Tia : Kawan Iwan kata tak lah bu. Mak ayah dia tak marah pun.


Hurmmm, Tia pun dah agak musykil sekarang. Betul ke mak ayah kawan adik Tia tu tak marah? Bukan apa, boleh dikata tiap minggu adik Tia ke sana. Katanya belajar. Ibu nak larang sangat pun tak boleh adik Tia tu lelaki. Takkan nak duduk rumah macam Tia saje kot? Ehemm..

Tapi, kalau betul mak ayah dia tak kisah Tia pulak yang salah sebab syak wasangka dengan orang. Aish, cemana ni..

Photobucket

Sebarkan Ini Untuk Peringatan Semua !!!

Assalamualaikum. Sebenarnya Tia nak update benda lain tapi takpelah yang ni lagi penting. Tia ronda-ronda facebook tadi lepas main game dan korang tau apa Tia jumpa? Sila baca ye. Tak lama pun, kejap je. Peringatan untuk korang juga supaya lebih berhati-hati.

Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong.

Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai.

Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai.

Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti.

Atendan memberitahu, ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang. Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa.

Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita..

Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita. Manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka.

Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka. Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua.

  • Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam.
  • Kedua, jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma!
  • Ketiga, jika boleh elakkan memandu seorang diri pada waktu malam!


Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia !

Jadikan amalan :
1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar.
2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.
3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam..

Haa, cuak tak? Jangan kata "alaa, mana ada. tipu je tu". Tipu lah sangat kan. Bila kena batang hidung sendiri baru nak meroyan. Yelah, kalau betul pun geng tu tak wujud kita masih kena berhati-hati. Sekarang ni macam-macam boleh berlaku. Seeloknya, kita elakkanlah.


Photobucket

Friday, September 16, 2011

Suri Rumah Yang Celik IT

Assalamualaikum. Blog. Sebut blog je bukan semua orang tau. Tak percaya? Percayalah sebab 10 dari kawan Tia, yang cuma tau pasal blog cuma 2 (anggaran je pun. jangan percaya!). Kalau dah blog pun tak tau, apatah lagi nak buat blog kan. Mesti lagi tak tahu. Bagi Tia, siapa yang tahu kewujudan blog ni memang dah kira hebat.

Tambah hebat kalau yang punya blog tu adalah milik suri rumah. Kalau korang perasan, blogger kita bukan cuma terdiri daripada pelajar dan remaja. Suami orang, bapa orang, isteri orang, mak orang pun turut terlibat. Tinggalkan suami orang dan bapa orang dulu. Tia nak cerita pasal isteri orang dan mak orang.

Kalau dulu-dulu, suri-suri rumah lebih banyak meluangkan masa jumpa dengan kawan-kawan dan bersembang sampai tak hengat. Tapi sekarang yang Tia nampak, suri-suri rumah semakin cerdik menggunakan kemudahan internet yang ada. Siap boleh buat blog okey! Cara menulis pun bukan alang-alang.

Pendek kata suri rumah sekarang dah ramai celik IT. Taklah nampak macam ketinggalan sangat kan. Eloklah macam tu, kurang sikit dosa bila terlalu kerap jumpa kawan-kawan dan melakukan sesi umpat mengumpat orang, umpat anak orang. GRR!! Tapi tulah. Kena beringat jugak. Tanggungjawab pada keluarga jangan dilupa.

Best dapat baca blog ibu-ibu dan isteri-isteri orang ni. Boleh dapat tips yaw. Elok sangatlah untuk yang bakal kahwin tu. Hahaa!

Photobucket

Thursday, September 15, 2011

Kelibat Siapa dalam Video Klip Malaysian Boy?

Assalamualaikum. Wah, lepas satu-satu ye. Kalau sebelum ni ada kelibat cik pon (baca : pontianak) dalam video klip Adat Berkasih oleh Achik dan Nana, sekarang ada pulak kelibat lain dalam video klip Malaysian Boy. Tia dah tengok. Memang agak scary. Kelibat tu muncul sesaat je tapi kalau ditengok dengan gigih, memang nampak.

Lagu Malaysian Boy tu hampir sama dengan lagu American Boy by Estelle. Tia memang suka dengar muzik dia. Best. Yang menjadikan lagu Malaysian Boy tu best ialah suara penyanyi perempuan dia. Lain dari yang lain. Bila dengar macam santai jek. Nama penyanyi perempuan tu Ila Damia. Kalau silap, betulkan.

Masa mula-mula Tia tengok video klip tu pun di channel hitz 705. Okeylah, cukup sedikit cerita pasal lagu Malaysian Boy tu. Sekarang Tia nak tunjuk tang mana kelibat tu muncul ye. Tia akan bagi video tu di bawah nanti. Korang tengok di minit ke 0:43 sebelah kiri (kalau tengok skrin). Tak payah pause takpe. Tengok "dia" lalu je.





Dah tengok? Entah betul entah tidak. Yang penting, Malaysian Boy. Err, apsal Malaysian Boy saja? Malaysian Girl takde ke? Huhuh.. Kredit to Putri Roh untuk gambar (Tia save as dulu baru upload balik).

Photobucket

Kesan Asyik Bertukar Template

Assalamualaikum. Yang mana pengunjung dan pembaca setia blog Ini Kisah Tia ni mesti dah sedia maklum dengan tuan punya blog sebab berkali-kali tukar template kan. Nak buat macamana, pakai template tu ada tak kena. Pakai template ni, itu tak kena.

Nak kata penat bila asyik bertukar template ni taklah terasa sangat. Tapi sebenarnya merunsingkan Tia sendiri. Pendirian macam tak tetap kan. Kejap itu, kejap ini. Memang tak elok sebenarnya kalau asyik tukar template ni.

Tempiasnya akan lebih terasa pada pengunjung dan pembaca setia sesebuah blog tu. Masuk blog tu hari ni template lain. Masuk esok pulak, pakai lagi template lain. So, macam identiti blog tu hilang. Tak tetap. Pengunjung pun akan rasa "apsal dia ni asyik tuka template je ni. sakit mata aku." Err~ korang rasa macam tu ke masuk blog Tia?

Tapi Tia rasa, Tia akan stick dengan denim template ni. Tia dah biasa main coding template denim so dengan denim saja lah. Bestnya denim ni, ringkas dan ringan. Banyak boleh edit. Tapi jangan terlebih edit sudah. Kalau sesetengah template tu rasa macam cerewet sikit. Itu tak boleh, ini tak boleh.

Photobucket

Pendahuluan Yang Tiada Pengakhiran

Assalamualaikum. Tia tak taulah kan tapi bila nak mula taip entri aje, part paling Tia kurang gemar ialah nak buat pendahuluan. Aish! Susah bebeno nak cari idea buat pendahuluan ni. Kadang tu terpaksa ambil masa berbelas minit cuma nak cari idea buat pendahuluan entri saja.

Bukan apa, bagi Tia pendahuluan ni penting. Selain dari tajuk yang menarik, pendahuluan pun penting jugak untuk menarik minat pembaca untuk meneruskan pembacaan sampai ke akhirnya. Macam korang yang tengah baca ni lah.

Tahniah sebab masih membaca. Teruskan. Kadang tu Tia takut jugak kalau-kalau pendahuluan terlalu panjang. Macam entri Tia ni, korang agak-agak dah masuk isi ke atau masih pendahuluan? Ke dah akhir ni? Hahaa! Pening? Tia pun pening jugak ni..

Photobucket

Mak Andam Bagi "SESUATU" Pada Pengantin Perempuan

Assalamualaikum. Baru-baru ni Tia ada jumpa kawan-kawan lama Tia. Ala, kawan masa sekolah rendah. Lepas habis SPM semua dah sibuk, so Tia rebutlah peluang yang ada tu bila dorang bawa jumpa. Salah sorang kawan Tia tu dah kahwin. Dan dah ada anak pun. Banyak yang kitorang sembangkan.

Dia ada ceritalah pasal mak andam dia masa nak kahwin dulu. Ala, mak andam takkan korang tak tau kut? Yang tukang-tukang mekap pengantin perempuan tu. Tapi ada macam-macam jenis mak andam tau. Ada mak andam biasa dan ada mak andam yang luar biasa. Kawan Tia yang dah kahwin tu dapat yang luar biasa.

Kenapa luar biasa? Mak andam yang kawan Tia dapat tu rupanya "berilmu". Berilmu yang macamana pun Tia tak dapat terangkan. Kawan Tia cuma cerita mak andam tu ada kasi dia "sesuatu". Mak andam tu suruh dia campurkan "sesuatu" tu dalam makanan atau minuman suami dia kalau tak silap. Samada minuman atau makananlah macam tu.

Yang pasti, "sesuatu" tu mesti masuk ikut kerongkong. Kononnya, nanti suami kawan Tia tu takkan pandang perempuan lain. Kawan Tia ni walaupun sekolah takat SPM tapi dia taklah bongok sangat tak faham apa yang mak andam dia cuba buat dan ajar. Memandangkan kawan Tia ni pun jenis yang kuat terpengaruh dengan tv, dia tolak tawaran mak andam tu.

Yelah, kawan Tia tu dah banyak tengok cerita dalam tv apa akibatnya bila guna-gunakan suami. Tundukkan suami dengan cara kotor. Alhamdulillah, nasib baik kawan Tia tu berfikiran waras. Bukan apa, manusia yang akalnya cetek sanggup buat apa saja demi kepentingan dia. Dosa pahala tolak tepi.

Korang ada pengalaman pasal mak andam ni??

Photobucket

Wednesday, September 14, 2011

Sampai Bila Nak Bertukar Ni?

Assalamualaikum. Heheh! Terharu kejap rupanya ada jugak yang rindukan Tia. Terima kasih sebab masih sokong Tia dan blog Ini Kisah Tia ni. Tia perasan jugak trafik yang masuk ke blog ni tak pernah kurang dari 100 walaupun berhari Tia tak update apa-apa. Nak kata dari entri SEO, jangan haraplah. Ciput je yang masuk dari google. Kurang dari 20. Hahaa!

Tu maknanya Tia masih tak reti lagi nak main SEO ni. Takpelah, suatu hari nanti insyaAllah. Yeahh, Tia tukar template lagi. Nak buat macamana, template yang sebelum ni bermasalah jugak. Nak tak nak kena tukar jugak. Nampaknya Tia dah terikat dengan denim template ni kot.

Kalau warna, Tia rasa Tia nak tetap dengan warna merah. Nampak hot walaupun taklah sampai berapi kan. Tak elok sebenarnya kalau asyik bertukar template ni. Kenapa? Lain entri Tia story mory okey. Adalah jugak idea untuk Tia update blog. Hahaa! *kejam wess* Alaa, kata pembaca setia, mesti sanggup tunggu kan.

Photobucket

Ke Manakah Tuan Blog INI KISAH TIA?

Assalamualaikum. Wah, dah pecah rekod aku tak update blog! Bravo Tia. Empat hari kau tak update. Well, biasalah. Bajet retis. Err ada kena mengena ke? Abaikan. Perlukah Tia nyatakan sebab musabab blog Tia tak berupdate selama 4 hari? Perlukah, perlukah?? Sekali lagi abaikan persoalan itu.

Maaflah, Tia bukan blogger tegar. Adakala Tia perlu masa jugak untuk diri sendiri. Takkan blog aje nak dicurahkan kasih sayang kan. Entahlah, tetiba jek idea dan mood nak update blog semua dah ke laut. Tia tak dapat berfikir dengan baik. Asyik nak emo saja. Lebih baik Tia tenangkan diri dan ambil masa untuk kembali berblog.

Sekarang dah kembali berblog Tia rasa macam dah banyak ketinggalan. Dunia blog dah kembali meriahkah? Huhuh! Okeylah, ini entri saja nak bagitau yang Tia baik-baik saja dan alhamdulillah masih hidup. Bajet retis lagiiii. Hahaa! So guys, wish me luck. Eh, ada kena mengena tak? *blur*

Photobucket

Friday, September 9, 2011

Tulisan Di Blog Ini Kisah Tia

Assalamualaikum. Freaky ada tegur Tia kata tulisan dalam entri Tia ni kecik sangat. Thanks Freaky sebab dah tegur. Tia betul-betul tak tau samada tulisan dalam entri Tia ni kecik ke besar ke atau sedang-sedang (baca : bolehlahhh).

Tia tengok dekat skrin laptop ni okey je. Tak besar dan tak kecil. Tak taulah kalau korang yang membaca ni kan. Kang tak pasal-pasal ada yang guna kanta pembesar sebab kecik sangat tulisan. Tak pun, kang nanti ada tolak laptop jauh depan sikit dari dia sebab tulisan besar sangat.

Tia sudi terima nasihat, teguran, dan kritikan dari korang. Kalau betul lah tulisan dalam entri Tia ni bermasalah, bagitau ye.. Tak lah macam Tia syok sendiri duk baca entri ni. Hahaa!

Photobucket

Harga Topup Naik

Assalamualaikum. Wah! Apehal ni? Biar betul top up naik harga? Tia baru tau ni lepas baca entri dari blog jiran Tia, Skytech Belog. Boleh baca entri Top Up Naik Harga?. Gile ah! Ingatkan minyak je yang tau naik harga. Rupanya top up pun naik harga.

Nilai PrabayarHarga Baru (selepas 6% cukai)
RM 5RM 5.30
RM 10RM 10.60
RM 20RM 21.20
RM 30RM 31.80
RM 50RM 53.00
RM 100RM 106.00
RM 200RM 212.00

Macam tak best tau. RM5 dah jadi RM5.30. Ada pulak main syiling-syiling. Ni yang tak best. Lepas ni memang kena simpanlah duit syiling ye dak. Rindu betul Tia nak beli topup RM2 masa dulu-dulu tau. Sekarang takde dah. Ambik kau RM5 tu.

Nasiblah siapa yang suka sangat bergayut dan main SMS tu. Hahaa! Dulu-dulu masa zaman kegemilangan eksaited main SMS yelah kot Tia selalu top up. Tapi sekarang tak dah. Handphone pun dah jarang mengeluarkan bunyinya.

Kalau Tia top up RM10, sebulan lebih baru habis. Biasalah kalau bukan retis ni. Heheh! Takpe kot kalau naik harganya. Mesti korang dah mulai berfikir 10x nak beli isi kredit ke tak kan. Lebih-lebih lagi kalau yang bekerja guna duit hasil titik peluh sendiri.

Lain cerita kalau yang masih kena tanggung ngan mak bapak. Mesti tak kisah punya (baca : bukan semua). Dah lah makan minum mak dengan ayah yang tanggung. Nak beli top up buat gayut dan mesej dengan buah hati pun mintak kat mak ni.

Cepat-cepatlah beli topup buat stok sebelum 15 September ye. Semua naik harga ni, comfirm belanja kahwin pun makin naik ni. Err~ Tetibaa x_X

Photobucket

Wednesday, September 7, 2011

Best, Seronok, Happy! Hahaa

Assalamualaikum. Kenyang wes makan daging masak rendang. Ibu rajin sangat nak masak rendang. Korang nak? Mai datang Sabah. Hahaa! Tia seronok hari ni sebab 2 perkara. Tia citer satu-satu yee.

Oyeah! Ingat korang je dapat kad raya? Tia pun dapat okey. Heheh! Ayah balik-balik je dari keje tadi tanya "Siapa Tia??". Huru hara rumah kejap tadi sebab masa tu Tia kat bilik jadi tak dengar apa bising-bising.

Baru ayah tau anak dia main blog dah tu guna nama Tia. Heheh! Kad raya lambat sikit je sampai. Terima kasih dekat dhiera sayang. Tulisan tangan kita hampir sama. Dan terima kasih juga dekat musicbrilliant. Lawak je bila dia kata pen kehabisan dakwat dan terpaksa guna pensel. Takpe :)


Kad yang dari kiri (tengok skrin) dari dhiera dan sebelah kanan musicbrilliant. Terharu gile dapat kad raya dari depa. Heheh! Terima kasih yee.

Perkara kedua yang buat Tia gembira ialah, Tia MENANG GIVEAWAY dari blog Firdaus Life! Woohoo! LUCKY FOLLOWER okey. Tak sangka sungguh. Terima kasih Freaky. Tia eksaited nak tau apa hadiahnya. Begnya comel okey! Boleh main lekat-lekat. Tengok gambarnya dekat Beg Give Away Top 10 Referring URL.

Alhamdulillah..

Photobucket

Tuesday, September 6, 2011

Gambar Awek-awek Jadi KOLEKSI

Assalamualaikum. Tia tak tau kenapa dengan orang sekarang suka sangat nak buat dajal dekat orang lain. Dan, Tia tak tau kenapa orang sekarang memberi ruang kepada orang lain untuk dirinya diperdajalkan.

Lepas Tia baca entri iMBobo yang tajuk Blog Hina Perempuan, terus Tia teringat. Sebelum tu pun, Tia memang dah pernah jumpa satu blog yang memang sengal sebab dia kumpul semua gambar awek-awek dan jadikan koleksi dalam blog dia.

Yang kena tu bukan awek yang tak bertudung je, awek yang bertudung sekali kena. Beratus gambar-gambar awek cun dimuatnaik dalam setiap entri dia dengan tajuk yang berbeza. Tajuk entri pulak bukan alang-alang. Awek bla, bla, blaaa! Perhh!

Penafian yang ada dalam blog tu :

Perhatian : Segala bahan yang ada dalam blog ni memang dah ada dalam internet. So, tuan punya blog tak mau le bertanggungjawab sebab bahan-bahan tu memang dah disiarkan oleh banyak pihak dah. Selamat berhibur di blog sengal ni yek!

Perhatian tu Tia dah tukar. Bukan original punya. Tia ubah sikit-sikit tapi mesej tetap sama. Haa, cemana ni? Tia tak tau dari mana gambar-gambar tu diambil. Tapi Tia agak, tempat paling senang nak dapat gambar-gambar pelbagai pose macam tu sekarang adalah di facebook.

Orang asing add dia > Tanpa fikir panjang approve terus > Dalam album bersepah gambar tak senonoh > Orang asing dengan mudah DOWNLOAD je gambar dia. Senang kan?

Beringatlah sebelum terkena. Sama-samalah kita saling mengingatkan.. SELAMAT HARI RAYA.. Erk! Tetiba.. Huhuuu..


Photobucket

Saturday, September 3, 2011

Cara Ringankan Blog dengan CSS Compressor

Assalamualaikum. Kali ni Tia nak berkongsi CARA UNTUK MERINGANKAN BLOG menggunakan CSS compress. Ramai blogger-blogger tau betapa pentingnya berat sesebuah blog tu. Selain daripada memudahkan pengunjung, blog yang ringan juga lebih mesra SEO kerana robot SEO tidak akan mengambil masa yang lama untuk mengindeks blog.

Seelok-eloknya berat blog tidaklah melebihi 100 kb. Banyak cara untuk meringankan blog. Selalu yang biasa kita dengar buang widget-widget tak penting. Tapi tak ramai yang sedar ni sebab bila widget tu dah ada dalam blog dia, dia akan anggap itulah widget pentingnya dan tak perlu dibuang melainkan ada orang lain menegur.

Kalau cara buang widget tu tak berapa nak berkesan, kita cuba pulak dengan menggunakan CSS compress. Tia dah cuba dan bolehlah kurangkan sikit. Jom mula!

STEP 1 : Pergi Design > Edit HTML > Sebagai langkah keselamatan, backup dulu template dengan klik Download Full Template

STEP 2 : Buka website CSS Compressor

STEP 3 : Pergi balik Edit HTML blog korang tu. Tak perlu tick Expand Widget Templates. Copy bermula <b:skin> dan ]]></b:skin>

Tia akan fahamkan korang code yang mana korang perlu copy. Cari code <b:skin>. Korang perlu copy code selepasnya. Boleh tengok gambar di bawah. Klik kalau tak jelas ye..


Terus highlight kan code tu sampai sebelum ]]></b:skin>. Tengok gambar di bawah ye kalau tak faham. Klik gambar kalau tak jelas..


STEP 4 : Pergi website CSS compress tadi. Pada compression mode, kekalkan pada Normal. Tapi kalau agak-agak korang ni SUPER DUPER HEBAT main coding, boleh tick pada super compact. Apa akan jadi? Jarak code tu akan jadi semakin rapat. Nanti korang boleh cuba-cuba ye.

Pada comments handling pula, pilih Don't strip any comments. Di ruang kosong Insert CSS code, korang paste kan code yang korang dah copy kat atas tadi. Lepas tu klik Compress it! Korang akan di bawa ke satu page lain. Code yang korang compress tadi ada situ. Klik je Highlight Code dan ia akan automatik copy code tu.

STEP 5 : Pergi Edit HTML blog, korang paste kan code yang dah di compress tadi diantara <b:skin> dan ]]></b:skin>. Preview dulu. Kalau tak ada apa-apa error, bolehlah save.

Korang faham tak? Kalau korang tak faham, bolehlah rujuk entri asal di SINI ye.. Itu je. Harap-harap, berkuranglah berat blog korang okey!

Photobucket

Friday, September 2, 2011

Template Baru??

Assalamualaikum. Ulalaaa. Lepas fikir punya fikir, pilih dan pilih, edit dan edit akhirnya template inilah yang Tia guna. Tia sengaja pilih warna gelap sikit. Nak rasa kelainan sebab sebelum ni warna template Tia putih aje.

Tia pun tak pasti template ni ringan atau tidak, cepat loading atau tidak. Masa Tia check berat blog ni saiznya kurang dari 100 KB. Tak taulah kalau dengan korang. Heheh! Entahlah sampai bila template yang ni akan kekal.

SUMBER



Photobucket

Yang Tak Sedap Jadi Sedap Pulak

Assalamualaikum. Hari ni dah masuk raya ke-4. Mesti korang masih sakan beraya kan. Rumah Tia dah takde open house. Kuih semua licin. Tinggal tart nenas jek. Hahaa! Kuih batang buruk hari pertama dah habis. Gile famous batang buruk yang tak seberapa nak buruk tu.

Diikuti kuih muffin yang comel hasil dari kerja tangan Tia okey! Lepas tu ah dah tak ingat kuih apa pulak yang licin lepas tu. Sekarang yang tinggal tart nenas dengan biskut coklat je. Masa raya pertama tu, Tia tak kacau pun tart nenas sebab tak berapa sedap.

Entah kenapa ni masuk raya ke-4 rajin pulak Tia bukak balang tart nenas tu dan sumbat ke dalam mulut. "Hmm, boleh tahan sedap jugak tart nenas ni.." Hahaa! Biasalah, dah masuk hari-hari biasa ni yang mula-mula tak sedap jadi sedap. Siap boleh jadi snek youuuu.

Tutorial Buat Signature Di Akhir Entri

Assalamualaikum. Heheh! Ada yang mula perasan kan Tia dah pakai ala-ala signature di setiap akhir entri. Dulu guna "Sekian..." Sekarang pakai gambar pulak. Ada kemajuan sikit. Kemajuan lah sangat kan.


Saja nak buat kelainan. Harap-harap bertahan lamalah ye.. Heheh! Korang nak jugak? Alaa, korang boleh buat sendiri jugak. 15 minit dah boleh siap. Cekidaut..

STEP 1 : Buka Microsoft Power Point dan design lah signature macamana sekali pun korang nak. Korang boleh tengok contoh sekali dengan gambar-gambar di SINI.

STEP 2 : Lepas dah siap, kalau korang rasa nak gambar signature tu lagi bergaya bolehlah jadikan ia transparent. Boleh tengok SINI tutorialnya.

Tips : Tutorial ni memerlukan tulisan/font yang cantik-cantik. Di mana nak dapatkannya? Macamana nak gunakannya? Korang boleh baca SINI

Memang senang sangat nak buat sebab tak pakai software yang susah-susah pun. Yang mana tak reti guna photoshope atau takde photoshop, bolehlah guna cara Tia ni. Tia cuma guna Microsoft PowerPoint, Paint dan software GIMP.

Kalau takde software GIMP tu, bolehlah DOWNLOAD SINI. Tak besar saiznya. Kejap je dah siap download. Masing-masing ada cara sendiri kan. Ini cara Tia dan Tia suka bila dapat berkongsi ilmu dengan pembaca Tia :D

Penggunaan Contact Lens | Bahaya Ke?

Assalamualaikum. Ada tak pengguna contact lens sedang membaca entri ni? Tahniah kerana anda memang sangat berani mencocok biji mata cuma untuk pakai contact lens. Korang masih ingat tak masa kali pertama nak guna contact lens? Perasaan korang?

Hasil dari respon orang sekeliling Tia yang belum pernah pakai contact lens mengatakan mereka gerun untuk memakai contact lens itu. Kenapa? Dorang takut sebab kena cucuk biji mata baru boleh pakai contact lens tu.

Sebenarnya itu cuma imaginasi saja. Mungkin sebab cara pemakaiannya yang agak menakutkan. Tak ada apa pun. Bukan kena cucuk mata dalam-dalam pun. Perlahan-lahan je tekapkan lens tu dekat mata.

Sebab tu korang yang belum pernah guna contact lens ni, disyorkan pergi ke kedai terus. Kalau korang beli di kedai, dorang akan check dulu mata korang tu samada kena pakai contact lens yang biasa atau berdegree/power.

Di kedai pun korang akan diajar macamana cara penggunaan contact lens tu. Apa yang tak boleh, berapa lama boleh pakai. Pencuci contact lens yang mana kena guna. Haa, penting semua tu. Jangan ambik remeh sebab ianya berkaitan mata. Tak sayang mata ke?

Tia pun pengguna contact lens. Tapi yang soft saja. Maksudnya yang jernih. Tak berwarna pun. Sebaiknya kurangkanlah penggunaan contact lens ni sebab bukan elok sangat pun. Lebih-lebih lagi kalau selalu guna.

Yang tak rabun boleh rabun. Yang degree rendah boleh jadi tinggi.. Sayangilah mata anda yee :)

Entri Berkaitan : 

Thursday, September 1, 2011

Blogger Buat Banyak Blog

Assalamualaikum.

"Alhamdulillah, blog yang ni dah update pun.. Eh, blog yang tu belum update. Nak buat entri tutorial apa lagi eh? Alamak, blog yang satu tu belum update jugak. Apa cerita hot sekarang? Aduh! Blog yang satu tu pun tak update lagi. Nak cerita apa lagi? Pening, pening, peningggg!"

Mesti korang faham kan apa yang Tia cuba sampaikan. Tia tau nak buat blog ni senang saja. Dalam beberapa minit, satu blog boleh siap. Senang kan? Dah tu pulak free. Tak payah bayar sesen pun. Sebab tu ke blogger boleh buat sampai 10 blog?

Tia perasan, ada jugak segelintir blogger yang handle sampai lebih dari 2 blog. Wahh! Hebat ye. Tia tertanya jugak, larat ke nak update semua blog-blog tu? Yang Tia ada satu blog ni pun rasa tak terdaya nak asah idea tiap jam. Yang ada banyak-banyak blog tu macamana agaknya ya?

Tak kisahlah korang nak ada 10 blog ke, 20 ke. Yang penting Tia harap sangat supaya tetapkan satu blog UTAMA. Set lah di profile korang tu yang mana satu blog utama korang. Tia tak tau nak klik blog yang mana satu untuk Tia terjah sebab banyak sangat link blog yang disenaraikan. Takkan nak terjah semua? Err~ Takkan kot..