Monday, October 31, 2011

Kurangkan Menilai Orang

Assalamualaikum. Hmm, akhir-akhir ni Tia macam dah kehilangan fokus nak berblog. Tia macam dah kehabisan idea nak bercerita dalam blog ni. Bila Tia godek-godek entri lama, rasa macam nak padam semua pun ada. Urgh!

Tia sedar, Tia banyak bercerita pasal orang. Itu tak kena, ini tak kena. Blog ini bermasalah, blog itu bermasalah. Nak buat macamana kan. Lumrah manusia. Tak jaga tepi kain orang macam tak sah. Tak lengkap je rasa. Dasar penyibuk!

Lepas apa yang berlaku dalam hidup Tia sebelum ni, Tia mula sedar. Siapa kita untuk menilai orang lain? Kita kata dia jahat tapi kita tak sedar kita lah sebenarnya yang lebih jahat.

Tia mengaku sebelum ni Tia banyak complain orang lain. Tapi tak sedar diri sendiri. Tu lah. Tia akan cuba sehabis boleh untuk elakkan diri dari menilai orang lain. Sebak rasanya bila Tia pandang rendah dekat seseorang tu tapi bila dah kenal dia elok-elok, dia jauh lebih baik.

Aduhai .. Maaf , Tia manusia yang tak lari dari buat kesilapan ..

Review Template Best

Assalamualaikum. Macam yang ramai sedia tau, sebelum ni Tia suka sangat tukar-tukar template blog. Yang mana memang pengunjung dan pembaca setia blog Tia ni, tau lah perangai Tia macamana. Hahaa!

Tapi sekarang alhamdulillah. Tia dah jumpa template yang sesuai untuk blog Tia ni. Mungkin lama lagi kot baru Tia tukar baru. So, memandangkan dah banyak jenis template Tia pernah jumpa. Apakata Tia share dengan korang template mana yang best.

Kali ni Tia akan share dan buat review sikit pasal blogger template designer. Template ni sebenarnya memang dah sedia ada dekat Design. Ada banyak jenis, tapi ada yang ringan dan ada yang berat. Eh, mestilah Tia share template yang ringan.

Apa yang membuatkan Tia tertarik dengan template tu ialah background template tu sendiri. Simple je tapi nampak cool kan. Korang boleh pilih warna apa pun yang korang nak. Okeylah, Tia akan tunjukkan sikit macamana untuk dapatkan template macam tu.

STEP 1 : Pergi Dashboard > Design > Template Designer

STEP 2 : Dekat Blogger Template Designer, korang kena pilih templates Simple. Ada banyak warna tema kan korang nampak? Pilih yang pertama warna biru tu aje. Bukan yang lain-lain.

STEP 3 : Masih lagi di Blogger Template Designer. Klik Advanced. Dekat advanced tu, korang boleh set ikut suka hati korang. Lepas dah selesai semua, klik sahaja di Apply to Blog.

STEP 4 : Klik << Back to Blogger. Korang akan dibawa ke Page Elements. Terus sahaja klik Edit HTML. Tak perlu tick Expand Widget Templates. Di sini kita akan bermain code sikit. Jangan risau, Tia akan tunjukkan step by step dekat korang.

STEP 5 : Kalau korang nak center-kan tajuk dekat sidebar dan tarikh atas post, cari code h2 { .. Untuk memudahkan carian, tekan Ctrl+F pada keyboard korang. Dah jumpa? Tambahkan saja code text-align:center; .. Untuk letakkan background pada tajuk sidebar, tambahkan code background:#ccc; .. Warna background korang boleh pilih ikut citarasa sendiri dengan cuma menukar code #ccc sahaja. Untuk dapatkan code warna html, boleh cari di SINI.

Klik untuk lebih jelas

Mudahkan? Tak main banyak coding pun. Susah? Ala, takpelah. Belajar sikit-sikit. Tak rugi apapun. Untung lagi ada. Nanti boleh design template sendiri. Cukup pelajaran kita hari ini. Murid-murid semua mesti dah penat kan. Heheh! Nanti boleh cuba. Selamat mencuba :)

Thursday, October 27, 2011

Kisah dalam Kedai | Pengajaran

Assalamualaikum. Helo, hai, toink toinkk~ Adeh, tak reti nak buat pendahuluan panjang-panjanglah. Tia straight aje lah ye. Tengahari tadi Tia keluar beli barang. Tia pergi dengan adik dan ibu. Ada lah beli barang sikit-sikit.

Ada dua kejadian berlaku. Pertama, handphone Tia hampir tertinggal dekat kedai tempat Tia beli barang-barang. Dan kedua, cashier kedai tu salah kira barang-barang Tia. Tia cerita satu-satu okey.

Dengan kecuaian adik Tia yang hampir makan kaki Tia ni tadi, dia berjaya tinggalkan handphone Tia dalam kedai tu. Nasib baik akak dekat kedai tu call ibu Tia. Masa baru masuk dalam kereta, tiba-tiba ibu tanya. Mana handphone.

Handphone tu ibu Tia yang pegang mula-mula sebab mak cik Tia call. Lepas tu ibu kasi dekat adik Tia. Entah macamana dia boleh terlupa Tia tak tau. Siap boleh gelak lagi tu lepas dapat balik handphone tu.. Nasib baik kakak dia ni baik. Kalau tak, huh ..

Lagi satu, nasib baik lepas ibu guna handphone tu ibu tak kunci. Tia pasang security code dekat handphone tu. Memandangkan handphone tu tak berkunci, dengan kebijaksanaan pekerja kedai tu. Berjaya jugak dia jejak kami dengan menelefon ibu Tia. Nasib baik handphone tu ada kredit. Nasib memang menyebelahi.

Tapi kan, tapi kannnn. Tia dah rugi woo. Akak cashier salah kira barang. Lepas sampai rumah, Tia check resit. Terasa aneh di situ bila terlihat satu barang yang tak diketahui statusnya yang berharga RM19 entah berapa sen.

Bila check barang-barang yang dibeli, tak ada pulak barang yang berharga RM19 tu. Alamak! Akak cashier salah kira daa. Habis macamana ni? Nak bawa pergi kedai tu balik, macam sia-sia. Dorang percaya ke? Nanti dorang ingat Tia dah sembunyikan barang tu. Haih laaa nasib ..

Silap Tia sendiri. Siapa suruh tak check masa dekat-dekat kedai tu. Okey! Pengajaran buat diri Tia dan korang ye. Jangan tunggu kena batang hidung sendiri pulak. Tak apalah. Bukan rezeki Tia kot kan. Sabo ajelah



Wednesday, October 26, 2011

Bila Dah Lama Tinggalkan Blog

Assalamualaikum. Mak aih, ganjil rasanya bila dah lama tinggalkan blog lepas tu tetiba update entri ni. Last entri Tia pada 24/10/2011 (24 Oktober 2011). Hari ni dah 26/10/2011 (26 Oktober 2011). Ce kira dah berapa hari tak update tu. Hahaa!

Sebelum buka blog, ada perkara wajib yang Tia kena buat. Yeahh! Check analytics dekat Nuffnang. 2 hari tak update pun, trafik maintain aje 200+. Uish! Siapa agaknya yang rajin menyinggah ni. Ke dari enjin carian google? Urmm??

Bila dah mula nak kepit blog ni balik rasa ganjil pulak ye. Tak tau nak buat apa dulu. Takpe, mula-mula sekali tengok follower yee. Bagus! Sentiasa bertambah. Ce tengok fan page facebook pulak. Yeahh! Ada jugak manusia yang klik LIKE ye. Thank youuuu~

Tengok komen pulak! Huiyoooo. Ramainya tukang komen. Terima kasih.. Sat lagi Tia approve noh .. Hmm, apa lagi ye. Oh! Tengok ranking pulak. Alexa makin naik le. Dah jadik 148, 473. Malaysia, 961. Bagus, ada penurunan.

Tengok blog list, hmm. Ada jugak yang macam Tia sampai 3 hari tak update blog. Heheh! Nak blogwalking tapi tak tau nak start mana. Start dari tukang komen lah. Boleh? Toink, toinkkk ~

So, motif entri ni ialah .. Tia jadik blur kejap bila dah lama tinggalkan blog ni .. Idea bersepah-sepah dalam kepala. Kena susun elok-elok lepas ni .. ahaaa ..

Monday, October 24, 2011

Segment : Jalinan Ukhwah Bersama Cik Atiera


Assalamualaikum. Hello readers :) Korang apa khabar? Hendaknya baik-baik saja. Adik musyuk Era ada tag Tia untuk join satu segmen ni. Menarik jugak. Bonus yang korang dapat bila join segmen ni ialah secara automatik empunya segmen akan masukkan link blog ke dalam blog list. Moh le join sekaki. Klik banner atas tu lelaju. Eh, tapi baca dulu apa yang Tia nak taip ni ..

Nama : Panggil Tia saja ..
Umur : 20 tahun .. 20/11/2011 ni birthday Tia jangan lupa kasik hadiah oke! Miahahaaa ~
Asal : Sabah
Tempat tinggal sekarang : Sandakan, Sabah ..
No.telefon : Rahsia .. Lalalaaa ~

Friday, October 21, 2011

Tutorial Fan Page yang Lebih Style

Assalamualaikum. Masuk ni dah ada 2 blogger yang tanya Tia macamana nak buat fan page facebook yang lebih style macam dalam blog Tia ni.


Nampak lebih style dan cantik kan berbanding yang biasa punya. Puas jugak Tia cari tadi dekat mana tutorial tu. Finally I found it. Tia takkan ulang balik tutorial tu sebab banyak kerja. Alaa, kata jelah kau malas Tia. Okay fine, Tia malas. Hahaa!

Yang penting tutorial tu dah ada dan korang dah boleh start buat. Tia kasi link je lah okey. Boleh tengok tutorial penuh dekat Page Facebook yang Lebih Style untuk Blog. Ouh sebelum tu pastikan yang korang memang dah ada fan page korang sendiri okey. Kalau tak, tak dapatlah nak buat.

Am done! Selamat mencuba ..

Monday, October 17, 2011

Perbezaan ".blogspot.com" dan ".com"

Assalamualaikum. Lama Tia tak update kan. Ada masalah peribadi sikit yang menyebabkan Tia betul-betul tak boleh nak fokus dengan blog. Maaf Tia bukan blogger tegar. So, sekarang Tia dah kembali normal. Uik, macamlah sebelum ni tak normal. Hahaa! Okey tak lawak.

Tadi Tia ada terbaca entri adik Era yang bertajuk ".blogspot.com" dan ".com". Era tanya apa perbezaannya. Mungkin bukan Era sorang je yang tak tau kan. Sebelum ni pun Tia macam Era. Apa bezanya padahal dua-dua pun link blog.

Tia akan terangkan ikut pemahaman Tia yang memudahkan korang untuk lebih faham okey. Kalau ada yang salah tolong maklumkan Tia dalam ruangan komen dan Tia akan ubah secepatnya.

Perbezaan pertamanya, sudah tentu ejaan. Hahaa! Okey lagi lawak sengal. Back to topic. Perbezaannya ialah ".blogspot.com" ialah PERCUMA, manakala ".com" adalah BERBAYAR. Ingat tak masa korang nak daftar blog korang tu, blog address (URL)? Percuma kan.


Kalau korang nak tukarkannya jadi ".com", korang kena beli DOMAIN. Boleh baca entri Perbezaan Domain dan Hosting untuk tahu lebih jelas dan kalau teringin nak beli domain ni, ada disyorkan dekat korang untuk beli di mana.

Sudah jelas? Kalau tanya Tia best ke tak guna domain sendiri ni, mestilah BEST! Hehehhh~ Banyak kelebihannya. Korang boleh search dekat google okey .. So, selamat berdomain kalau ada yang nak beli domain jadi ".com" lepas ni :)

Photobucket

Friday, October 14, 2011

Cuma Perlu Tinggalkan Link Blog

Assalamualaikum. Baca tajuk pun korang dah tau kan apa yang perlu dibuat. Tapi Tia minta korang tinggalkan link BLOG SAHAJA. Kalau selain blog, Tia akan delete. Dan, cukup 1x saja. Tak payah banyak-banyak kali. Pun, Tia akan delete. So, yang mana rajin tu bolehlah terjah satu-satu. Sekianterimakasih .. Toink, toinkk ~




Photobucket

SEGMEN : TIA AJAK BERSAING SESAMA BLOGGER

Assalamualaikum. Memandangkan sekarang macam sunyi jek blogger-blogger buat segmen, biar Tia lah yang buat. Tapi kali ni Tia takkan update senarai peserta dari masa ke semasa macam selalu. Korang hantar penyertaan, nanti Tia akan buat entri khas.

Macam Ben selalu ingatkan peserta segmennya. Segmen belum tentu dapat menjanjikan trafik atau follower. Saja suka-suka untuk update entri ke kan. Daripada tak berupdate .. Untuk join .. Buat satu entri ..

  1. Letakkan HEADER Ini Kisah Tia
  2. Tajuk entri : TIA AJAK BERSAING SESAMA BLOGGER
  3. Nyatakan blogger mana atau blog mana yang hendak dijadikan saingan sebagai semangat untuk berblog. Saingan secara sihat. Dan kenapa jadikan blogger atau blog tu sebagai saingan? Tak kisah berapa pun.
  4. Lepas dah siap entri tu, tinggalkan link di ruangan komen.
  5. Tutup 10 malam ni.
  6. Sekian terima kasih ..


Photobucket

Thursday, October 13, 2011

Jimatkan Kos Perkahwinan Cuma RM5000

Assalamualaikum. Risau kos perkahwinan terlalu mahal? Jangan risau, sini ada tipsnya. Tia suka gile tips ni. Tia ni jenis yang malas nak copy paste entri tapi memandangkan tips ni penting di masa depan, so Tia copy paste jugak. Tia nak buat simpanan untuk diri sendiri. Korang tak baca takpa. Hahaa!

Siapa kata tak boleh berjimat? Tepuk dada, tanya selera. Eh, tanya sajalah diri sendiri.. Credit to Cik Azizah


Kos di bawah RM 5000 !

Jemputan sekitar 100 hingga 150 orang. Paling tinggi 200 orang.

Makan perkepala RM 10 (pasti kenyang !) ini kebanyakan menggunakan khidmat katering.

Siapa yang akan diundang?

40 kad untuk jiran tetangga.

40 kad untuk kaum keluarga terdekat.

40 kad untuk rakan baik pasangan pengantin

30 kad (reserve)

Jumlah 150 keping kad. Kos makan minum ( RM 10 x 200 = RM 2000 )

Jangan tambah kad jika kad telah habis. Jangan jemput orang yang bukan rakan baik pasangan. Bukan keluarga terdekat, bukan jiran tetangga.


Aturcara Majlis:

11 pagi hingga 3 petang

Tempat: Halaman rumah ( satu kanopi dengan buffet makanan )

Setelah pengantin diijabkabul di dalam rumah atau di anjung luar atau di wakaf yang dikhaskan di halaman. Pengantin bolehlah beramah mesra dengan para tetamu.

Kos sewaan pakaian RM 300 + hiasan mudah wakaf RM 200 ( tidak termasuk pakaian sendiri)

Kamera video RM 400 + juru gambar RM 300

Memotong kek RM 200 (tempat di halaman rumah) tidak perlu makan berdamai kerana pasangan mempelai boleh makan bersama-sama tetamu.


Untuk memudahkan layanan lebih mesra pasangan pengantin untuk tetamu bolehlah dicatatkan masa kehadiran buat tetamu untuk 50 kad setiap satu jam. Bermaksud:

50 kad undangan dari jam 11 pagi hingga jam 12 tengahari

50 kad undangan dari jam 12 tengahari hingga jam 1 petang

50 kad undangan dari jam 1 petang hingga jam 2 petang

50 kad undangan dari jam 2 petang hingga jam 3 petang.

Majlis akan menjadi sangat mudah dan meriah kerana dihadiri oleh tetamu yang boleh dimesrai oleh pasangan mempelai. Tidak memenatkan dan sangat tenang sambil video merakam detik-detik indah tersebut. InsyaAllah.

Kos keseluruhan majlis:

Makan minum RM 2000

Sebuah kanopi RM 300

Pakaian pengantin RM 500

Video RM 400

Jurugambar RM 300

Kek RM 200


Jumlah RM 3700 sahaja ! masih berbaki RM 1300 ..


Terpulang kepada tuan-tuan, boleh saja dipanggil penjual aiskrim untuk dibayar ‘lumpsum” RM 300

Masih berbaki RM 1000 untuk diadakan cabutan bertuah pada setiap satu jam dan sebagainya.Boleh saja ditambah hiasan tempat akad nikah, atau upah tenaga mengemas selepas majlis.

Atau untuk mencetak kad jemputan yang cantik sebelum majlis perkahwinan ( tidak digalakkan lebih dari harga RM 2.00 /kad)

Cara Tunaikan Cek Nuffnang | Cek Pertama

Ayah : Nah, surat ayah ambil dekat pejabat tadi.
Tia : Eh, ni surat dari Nuffnang lah ayah.
Ayah : Kenapa?
Tia : Cek hasil blogging. (tersengih)
Ayah : Jadi memang betul boleh dapat duitlah kalau berblog ni.
Tia : Ni dekat tangan ni buktinya.


Assalamualaikum. Dah sampai pun cek pertama dari Nuffnang. Alhamdulillah. Sebenarnya dah lama sampai. Tapi ayah baru pi pejabat. Hari ni ibu tolong pergi cash kan. Ibu baru call tadi. Katanya kena guna akaun lagik. Lecehnya. Ingatkan terus boleh tunaikan.

Lepas bagi ibu nombor akaun tadi, selesailah. Kena tunggu sampai 3 hari pulak. Mungkin Isnin dah boleh cucuk dekat bank kot. Memandangkan ni cek pertama yang Tia dapat, panik jugaklah sebab selama Tia hidup ni kali pertama dapat cek. Tak tau nak buat apa.

Betullah kan. Sekarang semuanya di hujung jari. Tia buka google dan cari macamana nak tunaikan cek nuffnang. Alhamdulillah dah jumpa. Kalau korang pun macam Tia yang otak masih suci pasal cek semua ni bolehlah search dekat google dengan keyword Cara Tunaikan Cek Nuffnang. Ada banyak, tapi korang bukalah satu-satu tengok mana sesuai.

Tia tak ambil pun gambar cek tu. Takde kamera. Heheh! So, kesimpulannya. Nuffnang memang tak tipu. Dan berblog memang boleh dapat duit. Tapi ada caranya. Selamat berblog :)

Photobucket

Blogger Kedekut Ilmu

Assalamualaikum. Ada sorang blogger ni komen dalam salah satu entri tutorial Tia. Jangan tanya entri yang mana sebab komen blogger tu dah tenggelam di balik komen-komen yang beriban tu. Kalau korang rajin, pi selongkar.

Blogger tu kata dia ada jumpa tutorial yang sama di blog lain. Tapi blog yang dia jumpa tu pasang widget yang tiap kali kita cuba copy atau right click, akan keluar satu kotak "no, no, no tak boleh copy. lempang kang.." (ayat Tia karang sendiri)


Habis tu, apa masalahnya Tia? Haa, masalahnya. Tutorial dalam entri tu ada code yang panjang berjela. Takkan nak suruh taip salin semua balik kot? Tak kan. Mesti kita right click dan copy code tu. Tapi bila dah pasang widget disable right click tu, macamana nak copy akak oi.

Tia sendiri pernah jumpa blog macamni. Perasaan? Benganglah jugak. Dah lah nak tunggu loading page dia dekat berejam. Sekali dia pasang widget disable right click daaa. Servis terbaek lah! Kau ingat kalau kau pasang widget disable right tu orang tak boleh copy lah content dalam blog kau tu? Kau silap.

Kau ingat kau cerdik? Dah terbongkarlah cara nak atasi widget yang pakai disable right click ni. Tak percaya? Boleh aje orang guna cara printscreen. Kalau tak printscreen, ada lagi satu cara. Tutorial Cara Copy Entri Disable Right. So, tak payah nak safety-safety sangatlah yee.

Jangan buat entri tutorial kalau rasa tak boleh nak berkongsi ..

Photobucket

Tuesday, October 11, 2011

Sayangi Status Gliteratti Nuffnang Anda

Assalamualaikum. Baru kejap tadi dapat trafik mencurah dari innit nuffnang. Ingat nak cuba lagi. Sekali periksa akaun nuffnang, terjojol bijik mata (tipu) tengok status keahlian dah berubah. Mak aih, pasal hape status gliteratti (geli-geli) tetiba kena tarik ni?




Nak kata curang dengan nuffnang, memang takde. Lepas tu baru Tia teringat sesuatu. Dekat Blog Manager, Tia ada tambah satu lagi blog. Tapi blog yang satu tu Tia tak habiskan lagi update surveynya. Sekali amekaw! Depa tarik status geli-geli tu. Cecepat Tia delete blog satu tu dari list.

Sekarang kena lah tunggu sampai 4 hari untuk dapatkan balik status gliteratti kesayangan itu. Sehari sudah pun berlalu, lagi 3 hari. Bukan apa, bila tak ada status kesayangan tu. Tia tak dapat ping entri dekat innit dah. So, kerugian trafik di situ.

Tak apalah. 3 hari je lagi pun. Sayangilah status gliteratti korang tu. Banyak faedahnya. So, kalau tak nak kehilangannya sila jaga elok-elok noh. Jangan memandai pasang madu (iklan) lain. Nuffnang ni kuat beno jelesnya. Mengalahkan Tia. Tettt! Selain tu, selesaikan segala survey yang nuffnang bagi. Jangan buat tak endah. Nanti dah kehilangan baru ngelabah.

Yeah, satu lagi pengalaman bersama nuffnang :)
Pengalaman mengajar kita sesuatu right ..




Photobucket

Monday, October 10, 2011

Wah! Trafik dari Innit Nuffnang

Assalamualaikum. Macam yang kita sedia maklum, salah satu cara nak tingkatkan trafik ialah dengan ping entri. Akhir-akhir ni Tia dah jarang ping dekat facebook. Tapi Tia mula ping entri dekat innit. Korang pernah ping sana tak?

Innit ni dengar kata, ramai pengunjungnya. Kalau nak dapat trafik mencanak dari innit, kenalah usaha sampai entri yang di ping jadi antara top 8 posts. Semalam Tia ada ping satu entri dekat innit tu. Terkejut Tia bila buka innit tadi, entri Tia jadi yang pertama dalam top 8 posts tu.

Cepat-cepat Tia tengok analytics dekat nuffnang dan yeah! Innit penyumbang trafik hari ni. Sepatutnya ada 2 entri Tia yang jadi top 8 post. Yang masih kekal dalam carta ialah entri Ciri-ciri Terdesak Berblog Untuk Duit dengan entri Keajaiban Akan Berlaku. Tapi entri keajaiban tu tersasar pulak. Takpelah.

Tia bukan apa. Yelah, sekurang-kurangnya kalau Tia tak dapat luangkan masa untuk blogwalking. Tia masih boleh mengharapkan trafik dari sumber lain ..




Photobucket

SEGMEN JOM TUKAR DAN KENAL RAKAN BLOGGER



Assalamualaikum. Ewah, ewah. Jiran tetangga Tia dah mula tunjukkan taringnya. Jeng, jeng, jeng. Maaf ye, beliau bukan dracula mahupun vampire. Itu sekadar penyedap ayat. Hahaaa! Beliau sedang mengadakan segmen. Tia sebagai jiran haruslah support sekuat hati. Go ezad go, goo!

Kalau hangpa rasa tergoda dengan segmen ni, dengan sepenuh hati dan sekuat tenaga. Picit banner di atas tu yea. No, no, noo! Bukan guna jari, tapi mouse. Apa? Takdak mouse? Takpa, itu touchpad kan ada. Ayooo amaa! Hahaa.

Selamat menjoinkan diri dengan jayanya. Toink, toinkk ~

Photobucket

Sunday, October 9, 2011

Keajaiban Akan Berlaku

Assalamualaikum. Maaf lah ye akak, abang, adik, pak cik, mak cik, wah kau Tia bajet satu Malaysia baca blog kau kan. Seharian Tia tak dapat update. Nak buat entri autopublish pun tak menyempat. Tia turun bandar tadi.

Masa Tia buka facebook tadi Tia ada jumpa sesuatu yang sangat menarik. Tia tak tau apa penjelasan di sebaliknya. Tapi yang pasti ia buat Tia rasa teruja lalu melakukannya berulang kali sehingga terasa pening sekejap.



SUBHANALLAH.. ANDA SEMUA DIJEMPUT UTK MENCUBA.. PANDANG KEARAH 3 TITIK SELAMA 10 SAAT THEN PANDANG KE DINDING YG KOSONG.. PASTI ANDA TERUJA DGN HASILNYA.. -share dari facebook


Korang nampak apa? Perasaan? :)

Photobucket

Saturday, October 8, 2011

Blog List Tia Hilang. Nak Join Baru Tak?

Assalamualaikum. Kalau korang perasan, blog list Tia dah hilang. Ni gara-gara Tia tukar template lah. Ingatkan widget blog list tu akan kekal. Rupanya hilang entah ke mana. Senak jugak sebab dah banyak senarai blog yang ada dalam tu.

Nampaknya Tia kena start dari awal balik. Mak aih .. "Kau mengeluh Tia?". Eh, tak lah. Cuma terfikir cemana nak jejak balik blog-blog tu?? Okeylah macam ni. Tia bukak tawaran kita exchange blog. Terpulang dekat korang berminat atau tak. Yang ni secara manual. Automatik, Tia akan pilih sendiri.

Automatik tu maksudnya Tia akan masukkan sendirilah blog-blog mana yang dah lama stay dalam blog Tia ni. Yang tu nanti Tia uruskan. Sekarang yang cara manual. Mesti banyak blog-blog baru dekat luar tu kan.

Cara manual ni susah sikitlah kalau yang jenis berkira. Hahaa! Maaf. Saja gurau. Cara manual ni buat entri dengan tajuk "JOIN KREW InI Kisah Tia". Letaklah header Tia yang sejumput kat atas tu masuk dalam entri. Dah sudah? Tinggal link entri dalam kotak komen. Ohya, jangan lupa masukkan link blog Tia dalam blog list korang jugak okey.

Tu je kot. Ini entri autopublish. Tia ada urusan sikit .. Balik nanti Tia check okay. Take care, selamat berblog dan selamat bercuti bagi yang bercuti :)

Photobucket

Wednesday, October 5, 2011

Apa Iklan Baru di Blog Tia

Assalamualaikum. Tia tak sangka rupanya ada jugak yang sudi meneliti setiap inci dan sudut di dalam blog Tia ni. Buktinya, mereka menyedari ada iklan lain yang sedang asyik menari-nari tanpa ada sebarang muzik mengiringi. Tahniah.

Pada mulanya Tia agak ragu-ragu untuk menghebahkannya memandangkan Tia belum jumpa testimonial yang boleh meyakinkan lagi. Baiklah, Tia mengaku Tia sedang mencuba menggantungkan iklan lain dalm blog ni. Atau dengan kata lain, Tia sedang memadukan nuffnang.

Tapi ini cuma percubaan. Itu sebenarnya iklan dari adsniaga.com. Pernah dengar? Oh silap. Pernah baca? Kalau ada yang mahu mencuba jugak dipersilakan. Tapi segala risiko diharap tanggung sendiri ye terutama kepada mereka yang sudah mendapat status geli-geli (baca : glitterati). Kemungkinan status itu akan turun pangkat.

Tia pun sedang bersedia untuk diturunkan pangkat. Kalau betul status geli-geli ini akan hilang bila bersama adsniaga, nampaknya Tia terpaksa akur dan kembali bersama nuffnang semula. Sangat berharga status geli-geli itu okey.

Diharap dengan penjelasan ini, faham lah semua wahai rakyat jelata ..

Photobucket

Meriiiaaaahhhh Kau Tia

Assalamualaikum. Hahaa. Tajuk entri tak nak kalah dengan tajuk citer dekat astro "Kelassss Kau Maria". Apa yang meriah? Blog Tia lah meriah semacam dengan iklan. Perasan tak, perasan tak? Ni nak mencuba punya pasal lah ni.

Tia tak berani nak cerita iklan apa yang Tia tengah cuba sekarang sebab masa Tia google, tak ramai yang bagi respon yang boleh Tia hebah dekat korang. Kalau percubaan ni berjaya, baru Tia bising-bising dekat korang ye.

Tapi kalau ada yang tau, bolehlah bagitau dekat Tia sikit. Mungkin ada yang dah tau, dan pernah mencuba kan. Ce cite, ce cite. Iklan nuffnang pun dah makin kalerful nih. I like. Warna warni blog kan. Serabut? Maaf, tak dapek den nak tolong. Toink, toinkk ~

Photobucket

Tuesday, October 4, 2011

Pentingnya Mobile Template Untuk Blogger

Assalamualaikum. Tia ada story pasal pengalaman Tia Update Blog Guna Handphone kan? Masa Tia guna handphone tu, sempatlah menerjah blog rakan blogger yang lain. Apa yang Tia dapat katakan, rata-rata blog yang Tia terjah tak ubah setting mobile template.

Maksudnya kalau blog tu tak ubah setting mobile template, bila buka guna handphone terserlahlah kelambatan loadingnya. Sebab kena tunggu loading habis semua apa yang ada dalam versi web (web version).

Yelah, sedangkan buka guna laptop pun dah termengah-mengah apatah lagi guna handphone yang cuma sebesar tapak tangan itu. Bila buka blog guna handphone ni, yang menjadi keutamaan ialah entri. Segala widget kat tepi belah kanan kiri dan atas bawah dah tak penting dah.

Memandangkan sekarang sudah ramai antara kita yang lebih suka online guna handphone, lebihlah molek jika kita setting kan mobile template ini ye. Senang saja .. Meh Tia tunjuk sikit.

STEP : Buka Dashboard, pergi Settings, pilih Email & Mobile, tick pada "Yes. Show mobile template on mobile devices."

Senangkan? Apalagi, ubah lah sekarang. Selamat mencuba dan selamat berblog :D

Photobucket

Monday, October 3, 2011

Contest Besar Denaihati

Assalamualaikum. Korang dah terjah blog Denai Hati belum? Tawaran hebat ye. Dapat RM10 topup dengan cuma perlu copy paste entri Hadiah Perodua Myvi Extreme contest besar Denaihati dan tanpa ubah apa-apa link dalam entri tu. Mudah kan? Apalagi, serang .. Hahaa!




Assalamualaikum dan salam 1Dunia, terima kasih kepada Rakan Blogger yang sudi nak jadi sponsor kepada contest besar Denaihati  yang sedang dirancang di blog Denaihati. 24 jam selepas entri mencari sponsor disiarkan beberapa sponsor telah diterima antaranya Wang Tunai, Blackberry Bold 3dan Samsung Tab 2. Berdasarkan email ada banyak lagi pertanyaan pihak individu dan syarikat yang berminat nak jadi sponsor kepada contest yang bakal dianjurkan.
Rakan Blogger nak tak kalau hadiah utama contest yang bakal dianjurkan adalah kereta Perodua Myvi Extreme? Aku yakin semua nak terutama yang belum ada kereta lagi. Siapalah nak sponsor hadiah semahal tu melainkan PERODUA tapi nak ke PERODUA pandang blog Denaihati. Tidak mustahil tetapi agak susah sikit jadi janganlah kita mengharap bulan jatuh ke riba.
dealmates Hadiah Perodua Myvi Extreme contest besar Denaihati
Percaya tak ada yang nak sponsor hadiah Myvi 1.5 Extreme tapi dengan syarat beliau menang hadiah RM100ribu yang dianjurkan oleh DEALMATES. Apa kata kita semua support beliau untuk menang contest DEALMATES. Mudah je ikut cara-cara dan syarat yg ditetapkan :
  • Mesti warga Malaysia yang ada MYKAD
  • Mesti ada akaun FACEBOOK
  • Klik link referral ini DEALMATES
  • Daftar akaun DEALMATES atau connect menggunakan Facebook
  • Kongsikan entri “Win RM100,000 Cash from DealMates.com” di Facebook anda.
  • Isikan data beribadi nama dan no hp untuk pengesahan pemenang
  • Paling best anda juga layak untuk menang RM100ribu setelah melakukan semua di atas.
Jadi jangan tangguh lagi jom klik link ini DEALMATES untuk support kawan kita menang RM100k yang dah janji nak sponsor Myvi 1.5 Extreme. Bayangkan drive PERODUA Myvi Extreme di lebuhraya Utara Selatan mesti boleh pulun cecah 180km/jam. Blogger Ariffshah pun join contest ini jadi kenapa tidak kita.
Ranking terkini : No 3 (Mari kita ramai-ramai bantu supaya jadi No 1) 
Nota : Kepada individu dan syarikat yang nak jadi sponsor contest blog Denaihati sila klik “Sponsor Contest Besar Denaihati“.

Photobucket

Sunday, October 2, 2011

Cara Kesan Malware di Blog

Assalamualaikum. Tia ada kata sebelum ni kan nak berkongsi dengan korang macamana nak kesan virus malware tu. Banyak caranya tapi Tia cuma akan berkongsi dengan korang cara yang Tia dah pernah guna. Cara-cara tu setakat ni memang berkesan bagi Tia. Tak tau kalau korang tapi still boleh mencuba kan. Cekidaut ..

Online Guna Google Chrome (GC)
Tia memang suka online guna GC ni. Selain laju, ia agak selamat jugak dipakai sebab dia boleh kesan virus malware tu secara automatik. Satu page yang mengandungi amaran akan terpampang dekat skrin korang kalau blog tu ada malware. So, kalau dah dapat amaran korang pun takkan teragak-agak untuk cepat-cepat keluar dari page tu kan.

Logout
Masih menggunakan GC. Tapi kali ni untuk kesan blog sendiri. Korang logout dari blog korang. Lepas tu masuk blog korang macam biasa korang masuk blog orang lain. Kalau korang buka blog korang dan page warning keluar, mean blog korang pun dah dijangkiti malware itu.

Google Webmaster Tools
Pernah dengar tak ni? Banyak kegunaannya ni. Salah satunya jugak boleh kesan samada blog korang dijangkiti malware tu atau tidak. Caranya, korang cari di google dengan keyword Google Webmaster Tools. Di Home, korang klik link blog korang. Boleh rujuk gambar di bawah..


Lepas klik link blog korang tu, korang akan di bawa ke dashboard pulak. Dekat dashbord, korang pilih Diagnostics. Klik Malware. Mudah kan.

Tia harap enrti ni boleh bagi manfaat. Kalau korang ada cara lain, bolehlah kongsikan bersama. Bukankah mencegah lebih baik dari mengubati. Toink, toinkkk :)

Photobucket