Monday, November 28, 2011

Mee Maggie dan Pelajar Tak Boleh Dipisahkan?


Assalamualaikum. Siapa tak tau megi kan. Kalau betul ada yang tak tau, sila lah cari di google ye. Tia tak suka makan megi sebenarnya. Entahlah kenapa tapi yang pastinya megi bukanlah makanan kesukaan Tia.

Tapi memandangkan Tia dah bergelar pelajar ni, megi adalah salah satu jenis makanan yang perlu ada dalam simpanan. Nak-nak pulak kos perbelanjaan makanan di kampus UiTM Tawau ni haruslah diri sendiri yang tanggung. Memang sah tercekik!

Tia nak mohon elaun makan. Tapi tengoklah dapat atau tak. Kalau dapat, kurang sikit beban ibu dengan ayah. Masa mula-mula datang kampus ni, Tia memang dah bawa 2 pek megi sebagai simpanan. Tapi dah lebih 2 minggu ni alhamdulillah Tia belum start makan megi lagi.

Kalau boleh, nak elak makan megi sebab megi kan tak elok untuk pelajar .. Heh ~ So, jom beli makan malam .. Ahaa :)

Tuesday, November 22, 2011

UiTM Kampus Tawau .. Kami Perasminya

Assalamualaikum .. Huiyooo .. Dah jam 3 pagi ni tapi Tia still tak tidur. Update kejaplah lepas tu tido. Roomate Tia pun sama. Tu tengah gayut dengan balak dia. Hahaa!

Alhamdulillah. Lepas naik turun tangga tadi, akhirnya Tia dapat jugak pilih bilik. Seram jugak sebab kitorang dapat bilik dekat bahagian belakang dan dekat dengan hutan belantara. Agak scary kan?

Sebenarnya, Tia dengan 200 pelajar yang lain adalah yang pertama menjadi pelajar di UiTM Kampus Tawau ni. Yup! Baru buka dan kami lah yang merasmikannya. Rasa hebat di situ hokeh! Tapi kan, tapi kannnn..

Tempat ni sangat baru. Memandangkan baru, tak mustahil ada "benda" lain yang ada di sini. Kitorang tak dibenarkan menjerit terlolong macam orang gila, digalakkan membaca yassin, solat jangan tinggal, jaga kebersihan dan adalah lagi. Tak hengat ..

Sangat mendukacitakan jiwa dan raga sebab Tia sekarang tengah period okey! So, bila period banyak benda tak boleh nak buat dan banyak benda kena jaga. Wooo~ So, apa yang Tia cuma mampu buat ialah doa banyak-banyak dekat Allah, letak Yassin sebelah bantal, pasang surah Yassin dalam handphone kuat-kuat, jaga kebersihan lah.

Buat masa ni, tak ada apa-apa yang ganjil berlaku. Cuma, malam ni Tia dengan roomate akan tido sambil bukak lampu! Alamak, roomate dah tido .. Tia tido dulu hokeh .. Wassalam and good niteee :)

Sunday, November 13, 2011

Kenapa Kena Basuh Telur Dulu?

Peristiwa ni berlaku antara Tia dengan mak cik Tia masa dekat kampung. Lama dah tapi baru teringat. Hahaa! Ada je topik yang jadi modal untuk update blog kan . Ngee ~

Mak cik : Long, kau goreng apa tu?
Tia : Goreng telur. Kenapa auntie?
Mak cik : Kau ada cuci tak cangkerang telur tu sebelum kau goreng?
Tia : Takde pon. Alaa, along bukan goreng cangkerangnya. Goreng isinya.
Mak cik : Ish! Kenapa kau tak basuh dulu cangkerang telur tu? Kotor lah. Orang dekat kilang tu bukan basuh telur tu. Lepas ayam tu bertelur, orang akan kutip telurnya, terus main packing.
Tia : Err ye ke?


Jangan Minta Nombor Telefon Awek - Tips Mengurat

Assalamualaikum. Alamak! Ni minta-minta nombor telefon ni taktik lama ni. Kalau korang serius nak kenal dengan awek tu, please lah jangan minta nombor telefon depa hokeh. Bukan semua perempuan jenis muka tak tau malu yang bila hangpa lelaki minta number, depa terus kasik!

Harap maklung, perempuan sekarang dah ramai yang makin jual mahal. Ada jugak yang saja nak aniaya lelaki. Kasi number salah atau number orang lain. Memang naya lah kau kan lelaki. Hahaa .. So, cara terbaik is hangpa lelaki yang kasi number hangpa dekat orang perempuan.

Lelaki : Wak , wakkk! Tite nak kenal dengan awak boleh? Tite siyes ni. (SUMPAH kalau Tia jumpa orang macam ni, memang makan kasut saiz 6 gamaknye!) Tite tawu. Kalau tite mintak number awak, mesti awak tak kasi kan. So, nah .. Ni number tite. Kalau agak-agak muke tite ada bajet-bajet korea, awak call lah ye ..

WAKAKAKAKAAAA!!

Hangpa dah usaha kan. Kalau ada jodoh hangpa, awek tu call lah. Kalau awek tu berkenan dengan muka hang even tak seghope macam Aaron Aziz, ada lah nanti berbunyik handphone hangpa tu. Apa? Kalau tak dak? Dah nak buat cemana kalau tak dak .. Mungkin ada lebih baik untuk hangpa kan .. Toi dak?

Mungkinkah Lisa Surihani? Tambah cantik bila dia bertudung kan? Weh, jangan mimpi nohh .. Hahaa!

Saturday, November 12, 2011

Tia Nak Edit Template Secara FREE!

Assalamualaikum. Heyoo pembaca tershayang. Ahak! Dah macam Maria Elena pulak. Setengah hari Tia jalan ke bandar tadi cari barang untuk berangkat ke Kota Kinabalu 16 November ni. Tak jumpa banyak sangat sebab member yang jalan dengan Tia tadi banyak songeh. Penat jalanlah, jauhlah. Grr ~ Lupakan!

Eh Tia nak cerita apa tadi? Lupa lah .. Adoiyai. Ni lah masalah pelupa ni. Padahal muda lagi. Huhuh! Ohye ingat dah .. Memandangkan Tia masih lagi ada sisa-sisa masa berblog ni, Tia nak lah berbakti sikit dengan hangpa semua.

Ciss! Ayat tak menahan "berbakti" tuh! Hahaa ~ Ada tak antara korang yang nak Tia editkan blognya? Ada tak, ada tak, ada takkkk? Helloooo! Can you hear me??? Hakhakhakkk! Bukan apa, Tia nak jugak edit template tapi tak dak idea. Heheh ..

Ke korang ada idea nak guna warna apa sebagai tema untuk sesebuah template tu? Ahakk! Sebenonye, Tia nak asah dan kikis lagi bakat edit mengedit ni. Nanti bolehlah ambik tempahan edit blog pulaksss. Wakakaa! Demmm. Entri tak matang langsung kali ni.

Kalau ada yang berminat nak Tia edit blognya, tolong maklumkan Tia dekat ruangan komen yee. Sebaiknya kalau ada facebook lagi elok. Senang nak diskas nanti .. Hehh ~ Sekian dulu buat masa sekarang .. Toink , toinkkk :)


Template Free Tema Biru Pink

Assalamualaikum. Yeahh! Update lagik. Nyahahahaa ~ Actually Tia sempat edit satu lagi template yang bertemakan blue and pink. Tia memandai kasi nama template tu Cool Blue and Cute Pink. Perghhh! Tak menahan sungguh .. Hakhak!

Tia edit template tu penuh kasih sayang tau sebab tu comel jek nampak. Template tu simple but cute. Template tu dah sedia ada butang like facebook dan nota kaki selepas entri. Kalau nak tau cara ubah nota kaki selepas entri tu, boleh baca entri Template Free Tema Hitam Menawan.


Dekat atas tu contoh aje. Kalau hangpa nak tengok demo nya, boleh tengok dekat blog Bukan Cuma Cinta. Tapi demo dekat blog tu akan expired bila-bila masa sebab Tia akan tukar lain lagi template dekat blog tu. So, selagi masih sempat ni boleh lah pi tengok nahhh ..

Kalau ada yang berminat nak download code template tu, ni link nya .. Free Cool Blue and Cute Pink Template. Panjang bebenau tajuk .. Wakakaaa!

Friday, November 11, 2011

Tips Blog - Taip Entri Guna Hati Baru Berkualiti


Assalamualaikum. Taip entri guna hati? Hmmm. Apa kau merepeks ni Tia? Eheh ~ Well, yeahh! Salah satu tips untuk dapatkan entri yang super duper power meletops ialah bila hangpa menaip, ikhlaskan lah hati.

Jangan duk kalut nak fikir trafik, trafik, trafik! Bila kalut duk fikir macam tu, idea nak taip entri dah sah-sah ke laut punya. Menaiplah guna hati. Tapi jangan ikut hati, nanti mati! Luahkan apa yang ada dalam hati sejujurnya. Taip je apa yang bermain di kepala hotak hangpa. Macam Tia ni lah. Duk taip tak renti-renti nih .. Hahaa~

Sebelum ni Tia publish entri pun semata-mata untuk trafik. Eh, bukanlah bermakna sekarang ni Tia publish entri langsung tak fikirkan trafik. Fikir jugak. Masih fikir. Tapi nombor dua. Sekarang ni Tia menaip entri sebab Tia nak menaip. Ada sesuatu yang Tia nak sampaikan dekat hangpa. Sebab tu boleh ada idea nak update entri.

Tia yakin, entri yang ikhlas boleh menjadi entri yang berkualiti. Entri yang berkualiti ni lah yang orang cari. Original beb! Bukan tau kopi pasta (copy paste) saja. Bukan tau join segmen saja. Full page depan semua pulun join segmen. Heh~ Maaf ye hok mana terasa tuh. Takde niat. Ambik ni sebagai motivasi. Tak suka, campak laptop hangpa jauh-jauh. Hahaa!


Apa Jadi Dekat Tia Ada Hikmahnya

Assalamualaikum. Sebenarnya Tia ni bekas pelajar Politeknik Kota Kinabalu Sabah (PKK). Tapi Tia berhenti sekerat jalan sebab Tia memang tak mampu nak bawa course yang Tia dapat. Orang di sekeliling Tia asek kata CUBA, CUBA, CUBA. Kalau Tia tak cuba, tak lah sampai failed 2 kali subjek yang sama.

Oh lupa bagitau. Masa dekat poli tu Tia ambik sijil electric dan electronic. Heh~ Memang tak lah sesuai dengan jiwa Tia. Lepas failed sampai 2 kali berturut-turut dan-dan subjek yang sama pulak, terus Tia ambik keputusan untuk berhenti. Tia tak ambik pinjaman PTPTN so, selamat sikit.

Banyak lagi sebenarnya sebabnya Tia tak sambung dekat poli tu lagi. Dah bercampur aduk dengan masalah peribadi. Rasa tertekan yang amat cuma Allah yang tahu. Tia nekad, Tia berhenti dari poli tu. Tia ingatkan Tia takkan belajar sampai bila-bila dah.

Rupanya Allah dah rancang sesuatu untuk Tia. Allah nak bagi Tia yang lebih baik. Tia dapat lagi tawaran untuk sambung belajar. Tapi kali ni memang terbaik punya tawaran. Tia dapat di UiTM Kota Kinabalu Sabah. Memang terbaek! Kenapa?

  1. Adik Tia pun belajar dekat UiTM yang sama mean Tia tak berseorangan. Tak macam di politeknik dulu. SUMPAH Tia tak de kawan sebab dalam kelas SEMUA jantan! Tia sorang perempuan.
  2. Dapat asrama percuma!
  3. Tia ditawarkan program Sepenuh Masa Pra Diploma (Perdagangan) Fakulti Pengurusan Perniagaan. Jauh beza dengan main wiring kan. Heheh ~
  4. Ayah dengan ibu gembira sangat-sangat dan teruja suruh Tia sambung!


Hee ~ Itu saja kut. Apapun, Tia memang tak sangka jodoh Tia dengan "belajar" masih ada. So, maknanya lepas ni Tia masih akan bergelar PELAJAR lagi. Hahaa! InsyaAllah Tia takkan sia-sia kan peluang kedua ni. Tia akan penuhi permintaan ibu dengan ayah Tia yang mengharap dekat Tia untuk sambung belajar.

Tia tau lepas ni akan ada banyak dugaan bila masuk balik suasana IPTA ni. Berbekalkan pengalaman sebelum ni insyaAllah Tia akan jaga diri Tia sebaik mungkin untuk ayah, ibu dan bakal teman sehidup semati Tia. Pergh! Ayat tak leh blah ni. Hehehh ~



Harus Percaya Blog Ini Dulunya ...

Assalamualaikum. Perghh! Tajuk entri betol-betol kasi sejuta saspensss. Siap ada titik 3 ketol dekat hujung tu nak yakinkan hangpa betapa misterinya entri ni. Hahaa! Tak dak misteri mana aih. Tapi memang betoi. Blog ni dulunya bukan macam ni ..

1. Blog ini pernah lalui zaman follower cipot.
2. Blog ini pernah bersawang beberapa kali akibat kekurangan idea.
3. Blog ini pernah merasa kotak komennya langsung 0.
4. Blog ini pernah merasa macam empunya blog taip entri SYOK SENDIRI tak dak orang mai baca.
5. Blog ini pernah mengalami obesiti. Berat blog yang melampau sehingga pembaca terasa nak tumbuk skrin laptop depa sebab lambat bebeno loadingnya.
6. Blog ini pernah merasa page rank (PR) 0.
7. Blog ini pernah merasa ber-URL kan http://inikisahtia.blogspot.com.

Semua di atas bukan cobaan tapi kebenaran. Yaa. Banyak yang Tia kena lalui sebelum dapat capai apa yang Tia ada sekarang dengan blog ni. Tak adanya mana-mana blog yang baru buat sehari esoknya follower terus meriban, trafik terus mencanak. Tak ada hokeh!

Rasa terharu kejap dengan blog Tia ni. Tak sangka langsong! Ngee ~ Sebab tu Tia selalu tanamkan semangat yang membara walaupun kadang-kadang macam hangat-hangat taik ayam je. Wakakaaa ~

Tia selalu fikir. Kalau Ben boleh, kenapa Tia tak boleh. Kalau Tia boleh, kenapa hangpa tak boleh. Betui dak? Betui dak?? Selamat berblog .. Dukacita sungguh bila tarikh nak berangkat pi sambung belajaq ni dah makin dekat. Wooaaaahh!



Risiko Blogwalking

Assalamualaikum. Blogwalking. Siapa suka blogwalking? Kenapa blogwalking? Tia tak tau apa sebab hangpa blogwalking. Memasing ada sebab sendiri kan. Sebenarnya baru-baru ni jugak Tia mula mengamalkan blogwalking secara laju-laju di blog lain.

Untuk apa? Trafic of course! Eh, tak jugak. Sebab keduanya Tia blogwalking ialah untuk perkenalkan lagi blog cenonet Tia ni supaya lagik ramai yang terpikat dengan blog Tia tanpa menilai empunya blog melalui wajah beliau. Kuikuikuii ~

Tapi satu risiko blogwalking ialah, trafiknya yang tak tetap! Maksudnya, kalau hangpa blogwalking kaw-kaw punya. Trafik yang hangpa dapat pun mesti tinggi-tinggi punya. Tapi cuba kalau korang tak blogwalking, trafik kompem suam-suam kuku jek ..

So, kalau nak mengharap trafik yang tinggi dan tetap dari amalan blogwalking ni memang tak lah. Masa depan tak cerah sangat. Walawess! Mana larat nak blogwalking tiap hari. Ingat eden takde keje lain nak buat ke suruh ngadap blog 24jam? Wuuu~

Caranya satu. Cari pembaca SETIA! Woot woottttt :)

Susah Nak Tarik Trafik Masa Ni

Assalamualaikum. Sekarang dah menunjukkan pukul 2 lebih. Subuh ye bukan petang harap maklum! Yeahhh! Sepatutnya ini masa untuk tidur tapi Tia tak boleh tidur sebab bila start baring je hidung mula tersumbat (baca : nak bagitau Tia selsema).

Masa-masa macam ni lah Tia rasa trafik jatuh mendadak. Tia memang dah kaji. Antara waktu paling susah nak dapat trafik tinggi ialah pada jam 2-6 pagi. 7 pagi tu dah mula-mula ramai orang dah. Sampailah ke malam. Bolehlah tarik trafik tinggi-tinggi.

Yang peliknya, ramai duk kata depa blogwalking bila time subuh ja sebab siang hari sibuk. Ada jugak duk kata dia ada insomnia tak boleh tidur malam jadi dia blogwalking, update entri. Persoalannya sekarang, depa-depa ni berkumpul dekat mana hah? Mana nak cekau depa tarik masuk blog Tia ni?


Okeh .. Tia sudah merapu di subuh hari. Baik Tia masuk tidur sebab rasanya Tia ni pun macam ada tanda-tanda insomnia. Oh no! See you all ladies and gentleman .. Kuikuikuiii :)

Thursday, November 10, 2011

Printscreen .. Tau Tak??

Assalamualaikum. Korang tau printscreen tak? Butang printscreen? Err, jangan malu kalau ada yang tak tau. Biasalah, bukan semua orang serba tau kan. Kalau tak tau, jangan malu. Cari tau dan tambah ilmu. Kan baik macam tu ..

Banyak kegunaan printscreen ni. Kalau korang pandai guna kelebihan printscreen ni, memang banyak yang boleh dibuat. Tia tau pasal printscreen ni pun bila dah mula berjinak dengan dunia blog. Kalau tak, memang tak lah ..

Cara nak printscreen ni memang mudah. Ni bagi yang tak tau lah. Yang tau, dok diam sudah. Heheh ~ Sambung .. Ce tengok dekat keyboard korang satu kekunci macam dalam gambar dekat bawah ni .. Ada tak??


Memang tak 100% sama. Tapi hampir sama! Jumpa tak? Kalau tak jumpa, sah korang kena guna kanta pembesar untuk cari. Kalau masih tak jumpa jugak, better mintak tolong orang ye. Tapi comfirm mata korang kena korek sebab "buta". Heheh .. Jangan marah haa ..

Okey kita test guna butang printscreen ni. Sekarang korang tekan butang tu. Yeee sekarang! Now! Dah tekan? Nice. Sekarang pi bukak Paint. Dah bukak? Tekan dekat keyboard korang tu Ctrl+V. Apa jadi? Hebat tak?? Hahaa~

Lepas tu, korang crop lah mana-mana bahagian korang nak. Tak tau crop? Adeh .. Bahaya pulak. Tengok dekat bahagian menu di atas tu. Kan ada banyak. Kalau masih tak tau jugak, minta tolong orang yang ada dekat situ.

Haaa, itu saja pelajaran kita kali ni. Sila gunakan kepandaian anda dalam printscreen ini sebaiknya hokeh :)

Blog Ini Kisah Tia Sudah PR2!


Assalamualaikum. Alhamdulillah. Setelah berkali-kali tanpa rasa jemu Tia pi check page rank untuk blog ni, akhirnya membuahkan hasil jugak. Seronok tak terkira rasanya. Memang impian Tia untuk tengok PR blog ni naik. Dan akhirnya naik jugak dari PR1 ke PR2. Weee~

Sebelum tu, moh nak bagitau. PAGE RANK (PR) adalah nilai/angka yang diberikan oleh google terhadap sesuatu website. Page rank juga termasuk dalam sebahagian dari Search Engine Optimization (SEO) dan merupakan salah satu faktor penting dalam menentukan ranking website/blog pada hasil pencarian google selain dengan penggunaan keyword.

Dari sumber yang Tia dapat, Tia faham akan satu hal. Page Rank (PR) untuk sesebuah blog ditentukan oleh jumlah backlinks yang diperolehi oleh blog itu. Secara mudahnya, backlinks ni bermaksud Link blog A yang diselitkan di dalam artikel blog B. Maknanya, Blog A sudah dapat 1 backlinks dari blog B. - sumber

Tak faham? Okey Tia kasi contoh. Bila ada sesebuah blog tu post entri, dan dalam entri tu pulak diselitkan link blog Tia ni maknanya Tia dah dapat 1 backlinks dari blog tu. Tu baru satu blog, belum lagi blog-blog lain.

Maknanya, page rank (PR) Tia ni naik sebab Tia dapat banyak backlinks dari blog lain. Wow! Murah hati sungguh korang yee. Terima kasih. Kalau tak, PR Tia takkan naik secepat ni. Gile hape. PR2 dalam masa 7 bulan. Perghhh! Memang tak lah .. Heheh .. Sekali lagi, terima kasih sebab tak jemu support Tia dengan blog Ini Kisah Tia ni :)

Nak check PR hangpa jugak? Moh check SINI nohhh ..

Wednesday, November 9, 2011

Edit dan Guna Template Ringan

Assalamualaikum. Heheh~ Akhir-akhir ni Tia dah luangkan masa untuk edit-edit template kan. Menyusahkan? Tak! Tia seronok. Seronok sebab Tia sebenarnya tension. So, Tia kena lah cari jalan supaya tension Tia tu tak merebak lalu membuatkan Tia rasa nak tidur saja. Haha! Kantoiii tiap kali tensen tidoooo~

Lagipun, tak lama lagi Tia nak sambung belajar dah. Tia pun dah tak tau samada Tia boleh online macam biasa lagi seperti sekarang atau tak. So, Tia nak memulun online selagi masih ada masa ni. COMFIRM Tia rindu nak berblog.


Sebenarnya Tia nak cerita lain. Tapi cerita lain pulak yang jadi kan. Hahaa! Kenapa Tia bersungguh edit template? 1 je. Sebab ringan. Tia guna denim template. Template ni sangat ringan. Tapi yang original nya sangat tak cantik! So, Tia edit kasi cantik.

Template cantik, cool, ringkas dan paling penting RINGAN! Heh~ Sebab tu Tia nak share dengan korang. Tia dah pernah guna template yang memang dah disediakan dekat design tu. Memang berat. Belum tambah widget-widget lagi tu.

Setakat ni, dah ada 2 template yang Tia dah edit. Yang lain akan datang insyaAllah kalau Tia sempat sebelum berangkat nak pi sambung belajaq nah :)



Template Free Tema Hitam Menawan

Assalamualaikum. Macam sebelum ni, Tia dah edit satu template denim yang bertemakan kelabu. Yeah, kelabu weh .. Tia edit secara suka-suka dan kalau ada yang berminat dengan template tu Tia alu-alu kan korang untuk download template tu.


Sekarang Tia ada satu lagi template yang Tia dah edit. Temanya kali ni pulak hitam. Hitam itu menawan hokeh! Hahaa~ Jom tengok gambar. Klik aje untuk yang rabun sebab tak nampak. Kihkihkihhh ..


Nampak tak nota kaki dengan ayat "TUKAR DENGAN AYAT KORANG :)" tu? Korang memang boleh tukar dengan ayat korang sendiri. Caranya :

pergi Design> Edit HTML> Jangan lupa tick Expand Widget Templates> Search ayat TUKAR DENGAN AYAT KORANG :) guna Ctrl+F atau tekan kekunci F3. Dah siap edit, SAVE TEMPLATE. Mudah kan?

Kalau berminat dengan template tu, boleh download di All Is Black by Tia. Toink, toinkkk :) Ada apa-apa pertanyaan, sila kemukakan di ruangan komen .. Perghh! Ayat tak menahan skema betoi. Kalau ada yang dah guna, komen lah sikit pasal template tuuuu ~

Pembedahan?

Assalamualaikum. Selamat pagi Malaysia. Ahak! Kelmarin Tia tak update blog sebab dari pagi sampailah ke malam, Tia bertapa di hospital buat medical check up yaw! So, dalam sehari selesailah sudah segala urusan.

Pasal thyroid Tia, yeah! Doktor pun kata maybe itu memang thyroid. Semalam doktor ambik darah tapi keputusan keluar pada 22/11/2011. Adeh! Mana boleh Tia ambik. Tia kan belajar. Takkan nak ulang-alik balik Sandakan kot? Memang tak lah! 6 jam perjalanan dowh ..

Mean, kena tunggu sampai Tia balik cuti datang balik hospital dan buat pemeriksaan selanjutnya. Kalau doktor kata "OK KITA BEDAH!". Heh~ No komennnnnn. Rasanya Tia lari balik rumah kut. Haha!

Korang dah sarapan belum? Tia minum susu dutch lady aje. Sodap! Wink, winkkk :)


Tuesday, November 8, 2011

Ketagih Online !!

Assalamualaikum. Semua dah tidur? Bagussss .. Tia pun dah tidur. Ini autopublish. Meahahaaa~ Mesti mau maintain update maaaa :) Tadi Tia godek-godek gambo dekat google langsung tertarik dengan 2 gambar ni .. Perghh , mereka memang dasyat okeh!



Monday, November 7, 2011

Pernah Jumpa Blog Macam Ni Tak??

Assalamualaikum. Okey ini cerita sengal. Disebabkan takde topik, so Tia nak buat cerita merapu. Dah lama sebenarnya nak cerita tapi asek lupa aje. Umur baru 20 tapi pelupa. Hahaa~ Alaa, ringkas je ni. Santai-santai buat minum petang ke kan. 

Ada satu hari tu, macam biasalah kan blogwalking di blog-blog mereka. Tetiba sampailah di satu blog ni. Tia peliks lah kan. Apa ada dekat skrin laptop aku ni. Ada pulak semut duk pusing-pusing dalam skrin.

Semut masuk dalam skrin ke? Disebabkan tak puas hati, Tia kuis-kuis lah semut tu dengan jari telunjuk konon nak lestik semut tu suruh pi main jauh-jauh. Err~ peliks! Semut tu tak bergerak seinci pun. Lagi menggedik pusing-pusing dalam skrin ada.

Ni tak puas hati ni. Tia klik lah semut tu guna cursor. Laaa, semut hiasan rupanya! Entah dari mana dorang kutip semut tu lepas tu tempek dekat blog. Hahaa~ Adalah beberapa blog yang Tia jumpa. Tapi yang Tia ingat dua aje. Ce pi tengok semut tu dekat blog depa :)



Semut pun nak glamour okey! Err~ Mungkin encit SEMUTSENGAL patut bela seko :)

Tia Dah Tau Tia Berpenyakit | Its Thyroid

Assalamualaikum. Jantung Tia dah dup dap dup dap sekarang. Entah kenapa hati Tia beria-ia nak cari maklumat pasal penyakit thyroid waktu-waktu subuh macam ni. Masa orang tengah tidur, Tia masih congok depan laptop.

Satu persatu artikel tentang penyakit thyroid ni Tia baca. Entah kenapa semuanya menakutkan Tia. Ini salah satu artikel yang korang boleh baca "Penyakit Thyroid dan Wanita". Artikel tu menceritakan tentang pengalaman seorang wanita dalam mengharungi hidup sebagai salah seorang pesakit Thyroid.


Tanda kelenjar tiroid mungkin membengkak ialah mengalami bengkak di bahagian depan leher iaitu di bahagian atas dan di antara tulang selangka.

Tia memang dah tahu lama Tia ada thyroid ni. Ibu Tia yang perasan. Ibu selalu pesan, jangan makan kobis dengan adalah beberapa makanan lagi yang Tia tak ingat. Takut nanti thyroid makin membesar. Tapi masa tu Tia tak ambik kisah sangat sebab ingatkan sakit biasa-biasa saja.

But now, bengkak tu dah makin nampak dekat leher. Degupan jantung Tia pun selalu terasa laju macam orang baru habis berlari. Tia memang takde jumpa doktor. Adalah dulu sekali tapi Tia tak ingat dah.

Antara perkara buruk yang Tia dengar pasal thyroid ni ialah :
  • Tak dapat anak (itu kalau didiagnos mengalami hyperthyroid - minta-minta Tia dijauhkan)
  • Emosi selalu tak stabil
  • Doktor mensyorkan untuk dibedah

Woo! Tak menahan sungguh Tia membacanya. Ibu pun pernah kata, thyroid ni kena bedah. Ingatkan ibu saja nak takut-takutkan Tia. Rupanya memang betul. Ada jugak kaedah lain. Makan ubat. Tapi kena tanya doktor dulu lah.

So sekarang, Tia tau Tia berpenyakit. I need to see doctor untuk tau tahap keterukkan thyroid Tia ni sekarang. Samada boleh dirawat dengan makan ubat, atau sudah sampai tahapnya untuk dibedah. Mak aih. Menakutkan diri betul.

InsyaAllah dalam minggu ni Tia akan ke hospital, sekali buat medical check up. Kan Tia kena sambung belajar lagi. Tu salah satu dokumen penting yang depa nak.

Dah pagi ni. Dari semalam Tia tak tidur lagi. Banyak benda yang Tia fikirkan sampai tak boleh tidur jadinya. Doakan Tia baik-baik saja. Masa untuk tidur. Tu pun kalau tertidur. Heheh .. Thanks for reading entri yang panjang ini. Toink, toinkkk :)

Salah satu entri pengalaman pesakit thyroid :

Ada Kisah Lain Selain Ini Kisah Tia?

Assalamualaikum. Biasalah kan, kalau dekat dunia pun banyak benda boleh sama apatah lagi dalam dunia blog ni. Selama Tia berblog hampir 7 bulan ni, baru kali ni Tia terjumpa satu blog yang nama blognya hampir sama macam Tia.

Kalau Tia guna "Ini Kisah Tia", beliau pulak "Ini Kisah Madnip". Beza antara kami ialah, beliau ialah lelaki dan Tia adalah awek. Heheh~ Maaf ye Anip jadikan kamu mangsa Tia jadikan hero dalam entri ini. Wee~

Pesanan Penaja : Ini autopublish punya entri .. Kemungkinan besar empunya blog sedang di ulit mimpi. Heh ~

Ieyza Afieyna 1st Giveaway

Assalamualaikum. Mula-mula sekali Tia nak kata maaf sebab lambat keluarkan entri ni dan terima kasih sebab dah tag Tia untuk join contest ini. Kata-kata tu Tia tujukan dekat Faridah sebab dia yang tag Tia. Heheh~

Klik banner kalau nak join ye :)

Comel kan bannernya? Tempoh GA ni cuma 2 minggu. Tarikh tamat pada 16 November 2011. Tak lama lagi pun. Menang tak menang belakang cerita. Tapi tolong pastikan Tia menang boleh tak? Hahaa ~ Am done!

UPDATE!!

Grr~ Tia selalu lupa nak tag orang. Maaf ye .. Heheh .. Meh nak tag 2 blogger :)

  1. http://izuan-izuan.blogspot.com/
  2. http://hzaid.blogspot.com/

Sunday, November 6, 2011

Update Blog Kejap Rajin Kejap Malas

Assalamualaikum. Dah nak dekat 7 bulan Tia berblog. Macam tak perasan aje. Dah macam-macam entri Tia publish dekat blog ni. Terpandanglah pulak di sidebar Blog Archieve tu. "Eh, boleh buat entri ni. Hahaa!"


Start bulan Jun sampai September prestasi Tia update blog sangatlah merosot. Then Oktober dah naik balik. Rajinlah konon-konon. Haha~ So sekarang dah masuk bulan November tak tahu lah macamana pulak prestasinya. Tengok sajalah ..

Jom sambung blogwalking untuk tambahkan follower jom. Heh~ Terasa lapar pulok.

Sampai Macam Ni Cinta

Assalamualaikum. Tadi Tia baru tengok cerita "Jangan Pandang Belakang Congkak 2". Tak tengok sangat pun. Just jeling-jeling saja. Tapi telinga boleh dengar semua dialog depa sebab Tia duduk sebelah tv aje.

Banyak-banyak dialog, Tia tertarik dengan ayat "bila hati sudah melekat, taik kucing pun rasa coklat." Uish kau. Sampai macam tu sekali penangannya. Tapi bila Tia cuba fahami ayat tu, memang betul pun.

Bila hati dah sayang, semua yang pahit pun sanggup ditelan. Tia no komen lah sebab semuanya dari diri masing-masing. Sendiri mau ingat ye ..

Apapun. kucing ini sangat comel :)

Mudahnya Nak Dapat Follower | Tips Blog

Assalamualaikum. Cerita pasal blogwalking lagi. Tapi ni blogwalking yang laju-laju punya. Tak nyempat nak membaca entri. Lain kali Tia baca noh. Hari ni nak pulun blogwalking aje. Hohooo! Seronok jugak blogwalking ni kan. Blog yang kita tak pernah jumpa pun, bila blogwalking hentam keromo ni macam-macam jenis blog kau boleh jumpa.

Satu yang paling Tia suka, follower tetiba menambah. Hahaa! Ni kalau rajin blogwalking ni, boleh kalah follower Ben. Toink, toinkkk .. Motif guna nama Ben? Entah. Meahahaa.

Wah! Sangat menyerlah icon itu .. Sila perhatikan icon itu selalu yea .. Heheh ~

Yeah! Lagi entri pendek. Siapa kata kena buat entri panjang berjela sokmo? Sekali sekala buat entri santai pun sedap jugak. Terima kasih kepada yang kasi semangat dekat Tia tadi. Sungguh terharu. Sekarang Tia dah okeh. Allah cuma nak uji Tia je tadi. Now, semuanya okey.

Sedih Bila Blogwalking Kalau ..

Assalamualaikum. 1stly, Tia nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha. Ibu sangat rajin sebab sudi masak rendang untuk kami di rumah. Semalam Tia buat kek. Hey! Kata bakal isteri orang, so kenalah pandai masak sikit-sikit. Hahaa!

Sekarang masa untuk Tia berblog dah tak macam masa mula-mula berblog dulu. Masa agak terhad ye. So, disebabkan itu. Tia sudah mulai mengamalkan blogwalking secara laju-laju di blog mereka-mereka.

Tapi agak mendukacitakan hati bila perkara-perkara berikut pulak yang timbul bila Tia sedang berblogwalking dengan sukahatinya :

  • Tak ada shoutbox. Huhu .. Maaf le, Tia tak nyempat nak baca entri kamu yang panjang sangat.
  • Loading page sangat lambat. Waaa, sangat sedih bila blog kamu lambat nak habis loadingnya. Sampai kadang-kadang page blog kamu tak keluar langsung. Ianya hilang secara tiba-tiba.

Heheh. Itu saja. Tia tak marah tapi sangat haru bila kejadian-kejadian seperti itu pulak yang berlaku.

Mood Tia hari ni sangat mendukacitakan jugak. Dari semalam actually. Hari ni Tia cuba gagahkan diri untuk tenangkan hati Tia yang sedang bergelora ini. Ciss! Ayat tak menahan sungguh.

Sekiandarihatiyangsedangkuciwa :)

Maaf untuk MOOD yang agak spoil ini .. Huhuh :)

Saturday, November 5, 2011

Template Free Tema Kelabu Untuk Kamu

Assalamualaikum. Heheh ~ Tadi Tia boring. So, adalah kerja yang Tia buat. Tia edit-edit blog. Warna temanya kelabu. Tia edit simple saja. Tak ada yang mengarut-mengarutnya. Kang buat yang mengarut jadi obesiti lak. Hahaa!


Tia buat free aje. Kalau ada yang berminat nak template tu, boleh bagitau Tia di ruangan komen. Nanti Tia terjah blog korang dan lepas setuju semua, Tia akan upload template tu dekat blog korang. Yaa, ia percuma untuk korang kali ni. Tidak lain kali .. Wahahaa~ Saja nak tunjuk hasil kerja Tia okey ke dak.

Heheh .. Entri simple saja. Tak tau nak cerita apa lagi. Hikhikk :)

UPDATE !!

Korang boleh download Template Ringan Tema Kelabu. Sebelum korang guna template tu, Tia nasihatkan korang download dulu template asal korang tu ye. Supaya kalau ada apa-apa masalah yang tak diingini, korang masih ada lagi simpan yang asal punya kan ..

Kalau ada apa-apa masalah, tolong maklumkan dekat Tia di ruangan komen ye :)

Ibubapa dan Remaja dalam Dunia Blog

Assalamualaikum. Korang dah baca entri Tia yang bertajuk "Suri Rumah yang Celik IT" tak? Korang jangan hairan. Sekarang ni, dah ramai ibubapa yang makin celik IT. Tak macam dulu-dulu. Pengetahuan tentang komputer dan laptop sangat kurang.

Sekarang, ramai ibubapa dah makin maju okeh! Dah reti main facebook, berblog. Elok ke tak elok eh? Kalau facebook, Tia tak nampak sangat kebaikkannya. Entahlah, otak Tia tak boleh terima sangat facebook ni. Heh! Lain cerita kalau blog. Klik LIKE kalau setuju. Hahaa ..

Korang percaya tak kalau ibubapa boleh dekati para remaja dalam dunia blog? Cuba baca entri berunsur peribadi mereka. Entri atau blog yang berbaur peribadi ni sebenarnya lebih kepada jujur. Mereka jujur meluahkan rasa mereka walau kadang-kadang agak menyampahkan. Betul tak?

Para remaja yang merangkap sebagai anak-anak juga sebenarnya boleh dekati hati para ibubapa melalui blog. Yang mana ada ibu-ibu duk cerita rutin harian depa tu, anak-anak silalah baca ye. Kot-kot masa tu baru korang sedar. Heh ~

Sebab tu Tia suka baca entri personal .. Dekati cara hidup orang lain :)


Friday, November 4, 2011

Lelaki | Kisah Silam dengan Bekas Kekasih

Assalamualaikum. Tia ni bukanlah arif sangat dalam bab-bab cinta ni. Tapi dengar-dengar dari kawan tu adalah. So, Tia nak kongsilah sikit dengan lelaki-lelaki di luar sana. Mungkin korang boleh fikir-fikir lepas ni kan.

Dalam hidup ni, kita selalu ditemukan dengan ramai orang sebelum kita betul-betul ditemukan dengan seseorang yang memang dah ditetapkan untuk kita. Syukurlah yang mana tak perlu bertemu dengan ramai orang, terus jumpa jodohnya.

Tia straight ajelah. Kamu mesti pernah bercinta dengan seseorang sebelum berjumpa dengan kekasih yang korang ada sekarang kan. Tak ada, abaikan. Ini untuk yang ada.

Ya! Kamu cuma nak berkawan dengan EX-GF kamu tanpa ada apa-apa niat lain .. Tapi, ketahuilah perasaan sebenar pasangan kamu bila dia tahu kamu masih lagi berkawan dan berhubungan dengan EX-GF kamu itu. Secara terangnya, dia tak suka. Tapi dia akan kata tak apa. Sebab dia mahu menjaga hati kamu dan tak mahu kamu berfikiran dia mahu mengongkong kamu ..

Kamu juga perlu ingat. Bila kamu masih berhubungan dengan EX-GF kamu, sebenarnya kamu sedang membuka hati kamu kembali untuk dia. Tolong jangan. Seeloknya, biarlah kamu dengan hidup kamu dan dia dengan hidupnya. Usah mencarinya lagi atau kenangan lama akan kembali bermain di ruang fikiran kamu.

Lupakan kisah silam kamu dan hargai dia yang bersama kamu sekarang .. Yakinkan pasangan kamu sekarang bahawa kamu sudah benar-benar lupakan kekasih lama kamu tapi jangan bohongi dia. Jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran ..


Ben Ashaari Punya Petua Update Blog

Assalamualaikum. Korang dah makan malam belum? Malam ni Tia makan sup aje. Nyum-nyumm. Padahal tak makan lagi pun. Hahaa. Tapi tau dah menu malam ni sup aje. Diet? Tak payah lah. Dah selim melim ni tak yah diet-diet lagi dah.

Tadi Tia ada baca entri dari blog Ben Ashaari. Semangat tau nak baca tips Ben tu. Siapalah tak kenal beliau. Rajin bebenau ngupdate blog. Tia pun nak tau jugak apa rahsia besar si Ben ni update doplohpatjam (24jam). Sampai kekadang terfikir, si Ben ni tak keje apa? Dah tu idea bersepah aje.

Eh, sambung. Lepas Tia baca entri Ben "Jom Blog - Petua Update Blog" dia tu, baru lah Tia angguk-angguk setuju. JANGAN UPDATE KALAU TAKDE IDEA. Meahahaaa ~ Tia lettew. Takde idea, tak berupdate le jawabnya. Okey, Tia tau entri ni tak bermanfaat. Tapi sekali sekala buat entri santai takpe kan :)

Baca Saja Pun Dah Cukup

Assalamualaikum .. Lama Tia tak jengah blog. Jengah pun takat kejap-kejap aje. Tak sempat nak update apa-apa. Heheh ~ Syukur ajelah, even beberapa hari tak update ada juga yang masih gagahkan jari jemari untuk singgah kejap sini. Terima kasih kamu :)

hye kak,sya suka entri akak,klau ada yg mnarik ttg islam,post lgi k

Uish, nyentap Tia. Bila baca ada yang kasi pesanan macam ni dekat Tia, tetiba Tia haru. Maaflah, Tia bukan tak nak buat entri tentang Islam. Yelah kan, orang kata banyak cara nak berdakwah ni. Salah satunya dengan blog. Tapi Tia sendiri masih ada kurangnya. Yang Tia cuma mampu, berkongsi artikel-artikel yang diambil dari sumber yang boleh dipercayai.

Tia masih tak berani nak post sesuatu tentang Islam padahal Tia tak tahu menahu tentangnya. Bahaya. Pasal agama ni, jangan dibuat main-main. Tia pun macam dah tersekat nak meneruskan penulisan kali ni. Maaf kalau entri kali ni agak sensitif .. Sekian ..


Tuesday, November 1, 2011

Wah! NOVEMBER dah Sampai

Klik untuk lebih jelas

Assalamualaikum. Korang baca tajuk pun mesti terasa keterujaan Tia tu kan. Hahaa! Ya, yaaa .. Tia teruja. Bulan November sula mali maaa. Ah, bila dah sampai bulan November ni terasa semakin dekat pulak penghujung tahun 2011 kan.

Tia excited dengan bulan November sebab ni bulan kelahiran Tia. Auw! Hahaa .. Tahun ni tarikh lahir Tia memang unik. 20/11/2011. Ramai yang confius tak tau berapa umur Tia. Sebab kononnya cara penulisan Tia macam orang tua. Tua ke?

Umur Tia masuk 20/11/2011 ni genaplah 20 tahun. Yea, muda lagik. Pertama kali Tia sambut birthday di dunia blog ni. Bukanlah sambut apa. Tak sambut pun. Dekat rumah pun bukan ada buat parti hari lahir. Tia tak harap sangat pun. Kitorang adik beradik memang tak kisah. Ibu cuma beli kek, then tiup then makan.

Ada mana-mana blogger yang sama tarikh lahir macam Tia tak? Or, sama bulan kelahiran? Meh lah kongsi. Kalau bulan kelahiran yang lain pi main jauh-jauh. Tak de kaitan. Hahaa! Tia gurau :B Jangan marah haaa ..

Ohyea! Bulan November ni jugaklah, bulan untuk Tia masuk mendaftar di UiTM. Tak pasti lagi samada Tia menyambung dan menyandang gelaran pelajar lagi atau tidak. Tunggu hari mendaftar lah nanti. Uiks, umur dah 20 baru nak belajo? Eh, cari ilmu tak kenal usia okeh. Aku lestik jugak kau yang kata macam tu karang .. Toink, toinkkk :)