Tuesday, December 27, 2011

Nampak Sangat Kecik .. Haha!

Assalamualaikum. Yeahhh! Finally Tia dah sampai rumah. Alhamdulillah. Mean, cuti dah start! Hurray .. Hahaa .. Plan Tia konon-konon masa cuti ni nak makan banyak-banyak. Balik UiTM nanti biar comey-comey sikit. Konon ajelah. Padahal, kering jugak. Tetttt!

Korang dah check laman web Cara Hidup Sihat tak? Tia dah. Kalau korang pergi laman web tu, dorang ada sediakan kalkulator berat jisim badan tau. Tia dah kira dan keputusannya, (memang kurang asam .. haha!)


Adoiii. Nak kena makan lebih ni supaya kasi sampai ideal macam tu. Heheh .. Zaman sekarang ni kalau kaya tapi tak sihat, takde guna jugak. So, nak cari duit tu boleh tapi jangan sampai abaikan kesihatan tu yea. Tak elok. Amboi si Tia. Nasihat orang je lebih. Huh!

Ada banyak lagi maklumat yang berguna dekat laman web tu. Korang boleh check di "Cara Hidup Sihat". Sambil kongsi maklumat sambil cari income boleh kan?

Friday, December 23, 2011

Akhirnya .. Sejuk Perut Ibu

Assalamualaikum. Result PMR untuk tahun 2011 dah keluar kan? So, kepada adik-adik yang baru dapat result PMR tu macamana? Okey tak? Puas hati? Kepada yang dapat keputusan tak berapa elok tu, sabar ye. Cuba fikir dan renung balik. Kenapa boleh dapat keputusan macam tu?

Sebenarnya adik Tia yang ketiga pun salah seorang dari mereka yang ambik PMR untuk tahun ni. Masa call ibu tadi ibu bagitau adik Tia dapat keputusan yang baik. 6A 2B 1E. E'eh terselit pulak E. Huhuuu .. Kedengaran suara ibu dalam telefon tadi happy je. Syukurlah kalau macam tu.

Tia dengan adik perempuan Tia yang kedua dapat keputusan PMR dulu cukup-cukup makan aje. Hehee~ Kalau boleh Tia nak adik Tia yang ketiga ni masuk MRSM. Tu harapan ibu. Even Tia dengan adik kedua tak dapat masuk MRSM dulu, hope yang ketiga ni dapatlah. Korang doakan lah dia ye.

Tia nak ibu berbangga dengan anak-anak dia. Kalau boleh, Tia nak ibu dengan ayah Tia tersenyum sampai ke telinga bila ada orang cakap yang baik-baik pasal anak dorang. Ibu, ayah .. InsyaAllah, along akan buat yang terbaik di UiTM ni. Along akan usaha sampai berjaya. Along dengan adik-adik sayang ibu dengan ayah..

Peliklah Student UiTM Ni

Assalamualaikum. Yeahhh! Tia dah bagitau kan start 23/11/2011 lepas jam 6 petang semua student dah boleh balik kan. Malam 22haribulan ni, student dekat sini macam berpesta. Tak reti nak tidur. Dah nak dekat jam 1 pagi pun masih belum tidur lagi. Padahal masa hari-hari kuliah biasa semua nak tidur awal.

Okey fine. Tia pun sama. Hahaa! Tia pun tak dapat tidur mungkin sebab petang tadi dah tidur kot.So malam jadi kelawar. Most of student dah kemas barang-barang depa. Tia belum lagi. Esok kut baru nak kemas. Bawa sikit-sikit je. Nanti balik bawa lagi banyak barang pulak. Hee~

Malam dah makin malam ni. Kejap lagi nak pergi basuh muka lepas tu ambik wudhu'. Ustaz pesan dekat kami kalau boleh sentiasa dalam keadaan berwudhu' supaya makhluk halus tak dekat sangat. Lagipun, satu tips untuk muka nampak berseri SILALAH RAJIN AMBIL WUDHU' .. InsyaAllah berserilah muka :)

Thursday, December 22, 2011

Sedarilah Wanita ...

Assalamualaikum.

Tercipta wanita dari rusuk lelaki bukan dari kaki untuk dialasi..
Bukan dari kepala untuk dijunjung..


Tapi dekat di bahu untuk dilindung..
Dekat jua di hati untuk dikasihi..


Sedarilah ..
Kelembutan wanita bukanlah kelemahannya..
Bukan jua penghinaan dari Tuhan..
Bahkan sebagai hiasan kecantikan..




Tia suka baca ayat ni sebab Tia jugak seorang wanita :)

Gembira Ka?

Assalamualaikum. Kalau ada yang perasan, entri Tia akhir-akhir ni banyak berbaur peribadi kan. Ehemmm~ Maaf lah ye. Tia kan tengah study sekarang so nak perah otak untuk update entri yang berilmu agak payoh sikit. Sebab tu banyak entri pasal kehidupan Tia dekat IPTA ni.

Tapiiiii .. Cuti hampir tiba. Bila? Esok!! 23 Disember 2011-02 Januari 2012. Seminggu lebih kan? So, insyaAllah sepanjang cuti tu Tia akan manfaatkan dengan mengupdate entri berilmu sikit. Heheh~ So Sandakan, here I come!

E'ehhh. Tak boleh nak bergembira sangat. Cuti ni kitorang bawa bekal "assignment" balik rumah. Tia harap sangat dapat siapkan awal assignment tu sebab tak nak kelam kabut bila balik semula UiTM nanti.

Friday, December 9, 2011

"Eh, Kau Pehal Perempuan?"

Assalamualaikum. "E'eh si Tia ni. Kejap update, kejap menghilang." Heheh ~ Yee. Maaf lah ye. Tia memang dah tak dapat update 24 jam macam dulu sebab sekarang Tia seorang PELAJAR! Aiseh, siap caps lock lagi tu. Tia jarang dapat update sebab selalu sibuk, kalau tak pun tak de broadband. Dekat sini wireless depa tak pasang lagi.

Moh nak citer ni. Baca tajuk macam nak carik gaduh je kan. But actually tidak. Semalam semua siswi diminta untuk berkumpul di makmal bahasa sebab ada perjumpaan. Semalam pun ada kelas malam tau. Start jam7 sampai 9 malam. After that, continue perjumpaan tu. Perjumpaan lak sampai jam 11.

Puas kitorang kena cuci. Isu kebersihan adalah isu UTAMA! Kalau dah isu kebersihan ni yang melibatkan perempuan, memang sah lah pasal PAD! Grr ~ Geram okey. Rasanya isu pad/modes ni memang takkan selesai. Dekat mana-mana pun ada. "Eh, Tia kau tak malu ke sembang pasal isu perempuan dekat public ni?" TAK!!

Buat apa nak malu? Yang perempuan tu sendiri tukang buat tak reti malu pulak. Hari tu ada berlaku "keteguran" pun sebab hal ni lah. Tandas kotor! "Benda" tu tak suka kotor-kotor. Tapi ada jugak yang degil. Tak paham! Padahal budak universiti jugak ..

Tuesday, December 6, 2011

Siapa Suka Air Conditioner Macam Tia?

Assalamualaikum. Siapa suka penghawa dingin atau dengan nama saintifiknya, air-cond? Hahaa! Angkat tangan cepat. Wee~ Kita serupa. Masa Tia cakap dengan ibu Tia yang Tia suka duduk di tempat penghawa dingin, ibu kata cari lah kerja pejabat. Boleh duduk dalam sejuk 24 jam. Heheh~

Masa Tia study dekat politeknik dulu, kelasnya kelas biasa-biasa aje. Pakai kipas angin yang dekat atas tu. Tapi sekarang Tia dekat UiTM, perghhh! Air-cond 24 jam hokeh! Ngee ~ Setiap kelas ada pasang satu. Best tak, best tak?

Tapi yang tak bestnya asyik rasa nak tertidur aje bila sejuk masa belajar. Tak bagus kan? Heheh ~ Kononnya, nanti lepas kahwin dalam bilik Tia nak pasang penghawa dingin satu. Kalau asben tak nak, sila tidur luar ye. Hakhak! Okey, sekian :)

Monday, December 5, 2011

Boleh Ke Lelaki dan Perempuan Berkawan Baik?

Assalamualaikum. Kalau ada yang perasan hari ni Tia rajin update pulak kan. Hehee~ Actually kelas Tia untuk hari ni pagi aje. Dari jam 8 pagi tadi sampai jam 10 pagi aje. Lepas tu dah boleh rilek-rilek dah. Tak rilek sangat pun sebab ada assignment tak buat lagi ni. Okey lepas ni buat ye ..

Masa Tia usyar-usyar keywords yang masuk ke blog Tia ni ada satu keywords yang buat Tia tertarik .. Boleh ke lelaki dan perempuan jadi kawan rapat tanpa ada perasaan cinta? Wow! Siapa agaknya yang cari tu eh .. Lets cekidaut.


Pada pandangan Tia, lelaki dan perempuan ni memang boleh berkawan. Yee berkawan macam biasa-biasa. Tapi untuk jadi kawan rapat tanpa ada perasaan cinta, NO! Oh mungkin ada yang berjaya. Even lelaki dan perempuan ni RAPAT SANGAT tapi dua-dua memang tak ada perasaan cinta, memang boleh terjadi tapi ianya kes yang terpencil.

Let me tell you, girl is easy to fall in love. Terutama sekali bila lelaki tu bagi layanan yang TIP TOP kasi leleh punya. Hahaa! Tapi peratusan untuk jatuh cinta bila berkawan terlalu rapat antara lelaki dan perempuan ni memang tinggi. Ala macam magnet. Kalau dua-dua magnet diletakkan berjauhan memang tak boleh lekat. Tapi cuba kalau dekatkan. Toink, toinkk!

Tapi Tia dengar ramai girls yang berpendapat, berkawan dengan lelaki ni best sebab konon-kononnya mereka memahami. Is that true girls? Hahaa .. Macamana boleh jadi macam tu? Is there anyone can explain to me?


Jawapan Tia untuk soalan boleh tak lelaki dan perempuan berkawan baik tanpa ada perasaan cinta ialah TAK BOLEH. Tapi kalau hangpa rasa hangpa boleh jaga hati jangan sampai jatuh, teruskan berkawan. Sebenarnya paling penting ialah NIAT KITA BERKAWAN. Kenapa kita nak berkawan dengan seseorang tu. Think it bebeh :)

Sunday, December 4, 2011

Kelebihan Selawat Shifa Untuk Semua

Assalamualaikum. Haiiii and hello my readers especially loyal readers of this blog. Even dah tau yang Tia jarang dapat blogwalking ke blog dia balik, tapi dia still gigih untuk baca the latest story from this blog. Thank you very much! I really appreciate it.

Kali ni Tia bukan mengadu or merungut or whatever tapi cuma nak berkongsi sebab Tia yakin perkara macam ni bukan boleh berlaku pada Tia sorang tapi jugak boleh berlaku pada siapa-siapa tak kira tempat dan masa. Bukankah sharing is caring? Yeahh! Tia caring dekat korang that's why nak berkongsi.

Macam ni ceritanya. Dekat tempat Tia tengah belajar sekarang ada satu cafe auw. Inilah satu-satunya cafe yang ada so that kami student dekat sini boleh makan. Kalau tak, memang kebulur lah kan. Tapi, tapi, dan tapiiiii .. Sometimes, makanan yang depa masak is euw! Kotor ..

Pertama kali kawan Tia makan, dia jumpa rambut dan anak lipas. Second time, iaitu pagi tadi masa Tia dengan dia tengah sarapan kami jumpa rambut dekat nasi goreng masing-masing. What is going on here? Kami jadi peliks sebab yang memasak tu bertudung, so dari mana datangnya rambut ituuu??

Kitorang tak dapat buat apa-apa. Takut kalau complain, yang memasak tu marah then berhenti nak masak so kami nak makan apa? Nak keluar bandar memang susah. Can you imagine, tambang aje untuk ulang alik dah RM10. Nak keluar dekat simpang hujung tu pulak bahaya. Dikatakan itu kawasan penagih dadah. Kenderaan memang susah nak dapat.

Nak tak nak, kami kena tabah dengan apa yang kami lalui sekarang. My life as student memang betul-betul satu ujian untuk Tia. So, pasal makanan tu kami tak boleh nak buat apa sangatlah. Bersabar aje. Tapi kawan Tia bagitau Tia, kalau kami tak boleh nak buat apa-apa tindakan its okey. Baca aje selawat shifa banyak-banyak.

Lepas cari maklumat dekat google tadi memang banyak kelebihan mengamalkan selawat shifa ni. Korang boleh search dekat google dengan guna keyword kelebihan selawat shifa. Selawat ni sangatlah mudah untuk dijadikan amalan kita. Kalau lagu boleh dihafal, inikan selawat yang mudah macam ni mesti lagi boleh kan :)


Terjemahan :
Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda.