Sunday, January 8, 2012

Dah Boleh SHOUT Ikut Suka Hati

Assalamualaikum. Mesti ada yang sedar kan kotak shoutbox dalam blog Tia tak boleh guna sebelum ni. Tapi lepas korang baca entri ni, dah boleh shout dah. Actually adik Era dah pesan dekat Tia banyak kali untuk tukar kotak shout tapi masa tak mengizinkan Tia untuk bertukar shout tu. Maaflah ye.

Korang dah tukar belum? Ke dah terus ambik keputusan tak letak shoutbox dalam blog? Heheh~ Kesian dekat korang yang suka blogwalking kan. Yelah, masuk-masuk aje blog Tia sebelum ni takde pulak kotak shout. Mesti ada yang rasa menyampah. Ada ke? Ahaa .. Siapakah?

Alaa, dah okey dah pun. Tia dah godek tadi. Thanks to my lovely era untuk peringatan yang tak pernah jemu. Hehe .. By the way, boleh tahan best jugak kotak shout yang baru ni kan :))

Perkara Yang Selalu Dialami Pelajar - Part 1

Assalamualaikum. Tia tau, mesti ada antara blogger ni seorang student kan. Tak kiralah student kampus ke, IPT ke, IPTA ke, yang penting dia PELAJAR. Mesti ada kan. Tia pun pelajar so Tia tau serba sikit kehidupan seorang pelajar ni.

Salah satu perkara yang selalu dialami seorang pelajar ialah bila tiba masa nak belajar. Dah niat dalam hati dah nak belajar. Semua buku di susun elok-elok. Eh, yang ni bila belajar bersendirian okey. Sekali sampai atas meja, nak buka laptop konon pasang lagu supaya tak bosan sangat. Tetiba terasa macam nak online pulak. "Eh online kejaplah. Kejap aje." Last-last tau jadi apa? Haha, sendiri mau ingat ..

Second, bila nak belajar dengan kawan. Semua dah pakat nak belajar sesama ni. Angkat semua buku berkumpul dekat satu tempat. Bila dah berkumpul, sorang mulakan cerita. Yang sorang pun sambung bercakap. Last-last sekali tau jadi apa? Pun sendiri mau ingatlah. Hahaaa ..

So, korang ada jalan penyelesaian tak? Hmm , malam ni ada study group. Rasa macam tak nak pergi je ..

Kenapa Buat BLOG?

Assalamualaikum. Dah lama Tia tak update blog. Sibuk sangat dengan pelajaran. Tapi memandangkan hari ni cuti, so Tia ambiklah kesempatan ni untuk update blog :)) Dah baca tajuk entri tak? Kenapa buat BLOG? Kenapa korang buat blog hah? Siapa yang dorong korang untuk buat blog?

Tia tertarik nak buat entri ni sebab ada sorang blogger yang Tia syak baru (berdasarkan entrinya yang masih sikit dan boleh dikira) boleh sampai ke blog Tia ni. Tia pun tak tau macamana dia boleh sampai ke blog Tia.

Lepas godek-godek blog beliau, then Tia terfikir. Macamana dia tau pasal blog ni? Siapa yang ajar dia berblog?

Kalau Tia, Tia masih ingat lagi macamana Tia mula berkenalan dengan blog ni. Masa tu Tia tengah tengok satu cerita. Dalam cerita tu, heroin ada meluahkan perasaan dia dalam blognya masa tengah berlakon tu. Start situ Tia buka internet dan cari tahu pasal blog. Akhirnya, selepas beberapa lama lepas tu Tia taulah selok belok dunia blog even tak lah professional sangat.

Tia tak ingat cerita apa. Kalau tak silap, Semerah Cinta Stilleto kut. Lisa Surihani yang heroinnya tu. Kalau betul ada scene tu, memang dari cerita tu lah. Kalau tak ada, citer lain kut. Tak rugi langsung masuk dunia blog ni dan belajar menjadi seorang blogger :))

Sunday, January 1, 2012

Soalan Bodoh Yang Selalu Ditanya

Assalamualaikum .. Kadang-kadang kita ni tak perasan yang kita ada tanya soalan yang boleh dikira kurang cerdik dengan orang lain. Kalau bukan kita, orang lain pulak yang tanya soalan kurang cerdik tu dekat kita. Kadang tu rasa marah tapi nak marah pulak tak sampai hati kan.

Meh baca ni untuk hiburan kejap. Dah lama nak share dengan korang tapi banyak betul halangan. Ni kali lah. Ohye, Tia dapat ni dari facebook. Member tag. Dah lama tapi bila Tia baca balik lawaknya masih terasa. Hahaa! Tia ada edit sikit-sikit dialog ni. Nak yang original ada dekat bawahnya okey :)

1. Bila org nampak kau tengah baring tutup mata, dia tanya:
S: Kau tidur ke?
J: Eh, taklah. Aku tengah training macam mana nak mati ni. Kau nak join?

2. Bayangkan kau bawa tv yang rosak pergi jumpa technician dan dia masih juga tanya:
S: Nak repair tv ke?
J: Eh, taklah. Saya boring tadi, jadi saya bawa lah tv saya jalan-jalan datang sini.

3. Bila time hujan member kau nampak kau keluar, dia tanya:
S: Kau keluar time hujan ni?
J: Eh, taklah. Hujan yang nanti baru aku kluar.

4. Time kau baru bangun tidur, terus si ngok tanya kau:
S: Kau dah bangun?
J: Ish, aku tidur sambil berjalan lah ni!

5. Kawan kau call telefon rumah kau, dia tanya:
S: Kau kat mana?
J: Aku dekat bus stop ni.

6. Member kau nampak kau keluar dari bilik mandi basah-basah. Dia tanya:
S: Kau baru mandi ke?
J: Mana ada. Aku jatuh dalam lubang jamban lah!

7. Kau berdiri dalam lift di tingkat paling bawah. Tapi dorang tanya jugak:
S: Nak naik ke?
J: Eh, taklah. Aku tengah tunggu apartment aku turun ni.

8. Boyfriend kau pi ruma kau bawa 1 jambak bunga. And kau masih juga nak tanya dia:
S: Eeeh, bunga ke tu?
J: Tak la ling! Paku-pakis dengan kubis ni. Kita tumis ye nanti.

9. Kau di dalam toilet, pintu berkunci. Tiba-tiba ada orang ketuk pintu sambil tanya:
S: Ada orang ke?
J: (Buat suara kecik dan chomey) Takde orang! Ni taik yang bercakap!

------------------------------------------------------------------------


1. Bila org nampak ko baring tutup mata:
S: Ko tidur kah?
J: Tdk la, sy training mcm mana mau mati bah..

2. Imagine ko bawa bawa tv ko yg rusak pi technician bikin n dia masi juga tanya:
S: Mau kasi bagus kah ni tv?
J: Tdk la,sia buring ba,jadi sia bawa la tv sia pi jln2 sini.

3. Bila time hujan kwn ko nampak ko kluar,dia tanya:
S: Ko kluar time hujan ni?
J: Eh ndak la,hujan yg nanti baru sia kluar.=-?

4. Time ko baru bangun tidur, trus si budu tanya ko:
S: Ko bangun sdh?
J: Ish, sia tidur sambil jalan bah ni!(=|

5. Kawan ko call fon ruma ko:
S: Mana ko?
J: Sini bus stop!:/

6. Diorang nampak ko kluar dari bilik mandi basah2:
S: Ko baru mandi kah?
J: Manada, sia jatuh dlm lubang jamban bah! :&

7. Ko bediri di dlm lift di tingkat paling bawah sdh diorang tanya:
S: Going up kah?
J: Eh ndak la,sia tangah tunggu apartment sia turun bah ni. (y)

8. Boyfren ko pi ruma ko bawa 1jambak bunga. And ko masi juga mau tanya dia:
S: Eeeh,bunga ka tu?
J: Tdk la Ling! Paku-pakis sama kubis bah ni.X_X

9. Ko di dlm toilet, pintu bekunci, trus ada org katuk pintu n dia tanya:
S: Ada urang kah?
J: (Suara Kiut)Teda urang! Taik bah yang becakap ni!!! >:/:x

Eh! Dah Tahun Baru. Tak Terasa Pun

Assalamualaikum. Mesti sekarang ramai blogger yang sibuk post entri pasal tahun baru kan. Dan Tia adalah salah seorang darinya. Heheh! Mula-mula sekali, SELAMAT TAHUN BARU! HAPPY NEW YEAR guys! Tak sangka kita dah masuk tahun baru kan. Rasa macam kejap aje. Betol .. Tak terasa sangat.

Semalam Tia lewat tido sebab nak siapkan assignment. Bila ada suara dari laptop tiba-tiba kata dah jam 12, Tia baru perasan "eh tahun baru lah .." Maka, adalah dapat SMS 2-3 ketul dari mereka-mereka yang masih ingatkan Tia ucap selamat tahun baru. Terima kasih yee. Tia takde kredit nak reply. Ahaha~

Tahun baru, azam baru. Korang dah ada azam baru? Eh, habis tu azam lama yang tak terlaksana lagi tu cemana? Aiseh .. Azam Tia yang lepas pun ada lagi yang tak terlaksana tapi harapnya tahun ni Tia akan laksanakan bersama-sama dengan azam baru.

Grrr~ Rasa macam masih tak percaya dah masuk tahun 2012. Hahaa! Mean, Tia dah 21. Makin tua lah kau Tia. Eh, dah boleh kahwin. Perghh! Tak leh blah betul si Tia ni. Belaja tak habis ada hati nak kahwin. Well ... Okeylah korang .. Tia nak sambung buat assignment ni. Lusa kuliah dah nak start balik :))

Selamat tinggal tahun 2011 dan selamat datang tahun 2012 .. Phewwitsssss ^^,