Monday, April 30, 2012

Bersih 3.0 - Harapan

Bersih 3.0 sudah pun berlalu. Berlalu sementara atau berlalu selamanya , saya pun tak pasti. Tapi rasanya sudah beransur senyap sekarang. Tak sekecoh beberapa hari lepas. Saya login facebook dekat HOME , majoriti update status pasal bersih 3.0 tu.


Saya tak nak komen banyak sebab otak saya dah disumbat dengan bermacam-macam kenyataan , bukti. Sampai saya dah tak tau mana pihak benar dan mana pihak salah. Kedua-duanya salah atau kedua-duanya benar. Betul saya tak tau.


Orang disekeliling saya , ada yang sokong bersih ni dan ada jugak tak sokong tapi ada jugak yang tak menyokong kedua-duanya. Bagi saya , perkara ni tak jelas di mata saya. Jadi saya tak tau. Saya berpihak kepada kebenaran. Dan kebenaran tu , cuma Allah yang tau.


Tak kisahlah awak sokong bersih tu ke atau tidak yang penting kita tak berbalah. Sampai ambil keputusan tak nak menjalinkan hubungan sesama saudara dah. Bukan tu yang kita nak. Saya tau saya masih muda untuk katakan semua ni. Tapi saya jugak punya suara hati.

Meja Belajar Saya Masa Dekat Kampus UiTM Tawau .. Bersih dan Kemas kan?

Mantapkan Gaya Penulisan - Tips Blog

Saya selalu jadikan aktiviti blogwalking untuk mencari ilham dan idea supaya blog picisan ni dapat saya update. Dah macam-macam jenis blog yang saya jumpa. Dan sejujurnya , antara banyak-banyak blog yang saya jumpa. Mesti akan ada yang mengusik hati saya.


Maksudnya , cara penulisannya yang seronok dibaca. Saya tengok followernya. Tak lah sebanyak mana. Ratus saja. Bukan mahu merendahkan. Tapi saya kagum. Dengan follower yang tak seberapa banyak tu , komen yang mengisi ruangan komennya melebihi dari apa yang sepatutnya.


Puas jugak saya mencari apa kekuatan blog dan empunya blog. Blognya bukanlah dari blog yang jenis meletakkan gambar sendiri dalam blog.


Saya cuba pulak bongkar entri-entri lamanya. Saya baca dan teliti satu persatu. Satu perkataan dari saya , MENARIK! Beliau pandai mengupas topik. Oh mungkin itu rahsianya. Tapi saya yakin , mesti beliau jugak seorang yang rajin. Rajin memikat hati pembacanya dengan beramah mesra sesama mereka melalui aktiviti blogwalking.


Saya juga sedang mencuba untuk mengukuhkan kekuatan blog ni. Mungkin kadangkala saya putus asa sekejap. Konon cuba merehatkan diri. Tapi saya kuatkan lagi diri untuk mencari idea supaya dapat saya kongsikan dengan pembaca saya.


Ada satu tips yang saya pernah baca sebelum ni. Tapi saya tak berapa ingat empunya siapa tips tu. Maaf ye. Yang pastinya , empunya tips bukanlah dari kalangan pelajar universiti. Beliau cuma seorang suri rumah yang menggunakan masa-masa terluang untuk berblog. Dan setelah bertahun berusah , akhirnya beliau kini menjadi tempat rujukan blogger-blogger lain. Seronok kan?


Apa yang penting ialah. Rajinkan membaca. Membaca , membaca dan membaca. Biar macamana sekali pun entri tersebut , bacalah. Kita yang menilai. Petiklah yang mana boleh dijadikan panduan.


Segmen by Cik Buaya : Follow Rakan Blog Sambil Menang Topup


Assalamualaikum. E'eh. Ada buaya lak. Dah lama saya tak join apa-apa segmen. So , kali ni saya ingat nak joinlah. Boleh tambah rakan blogger sebanyak yang boleh. InsyaAllah.


Segala maklumat lanjut tentang segmen ni , boleh lah klik banner yang ada gambar buaya dekat atas tu k. Nanti linknya akan bawa anda pergi dekat page/blog segmen tu. Tunggu apa lagi. Joinlah cepat-cepat.

Sunday, April 29, 2012

Saya Bukan Ustazah

Saya agak segan untuk nyatakan di sini yang saya ingin berdakwah. Sebab ilmu yang saya ada belum tentu cukup untuk saya kongsikan. Saya sendiri jugak masih dalam proses untuk menambah ilmu yang ada.


Cukuplah kalau saya katakan , setiap entri yang saya kongsikan dalam blog ni untuk renungan kita bersama di samping saya meluahkan apa yang terbuku dalam hati saya.


Jangan sekali-kali gelar saya ustazah. Oh tapi kalau doa semoga saya menjadi ustazah , apa salahnya. InsyaAllah. Suatu hari nanti. Kalau tidak menjadi ustazah pun , usaha untuk mengajak orang berubah ke arah kebaikkan takkan terhenti.


Saya selalu dengar orang kata macam ni bila diberi nasihat yang baik-baik.

"Kau nak nasihat aku , tapi diri kau pun bukannya baik sangat."

Subhanallah , kenapa berfikiran macam tu? Kalau nak tunggu sampai baik sangat , memang taklah kan. So , apa salahnya saling tegur menegur. Awak tegur saya , saya tegur awak. Kita sama-sama berfikir dan berubah.

Indahnya Perasaan Ini Ya ALLAH ..

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Semakin kuat rasa dalam hati ni untuk berubah. Berubah ke jalan ALLAH. Bukan riak. Tapi sekadar berkongsi rasa dengan hamba Allah yang lain. MasyaAllah , indahnya perasaan ni.


Islam , seluas-luas pintu , di dalam ajaran Islam , ialah pintu Taubat.


Allah menyatakan :

"Wahai hambaku , jika dosamu itu sampai ke langit , banyaknya daripada bumi sehingga ke langit .. kemudian engkau istighfar , engkau mohon keampunan daripadaku .. Aku ampunkan engkau Aku tidak peduli." 
[sumber : Harapan dan kembali - taubat dan doa]

Sekarang , langkah demi langkah akan saya lakukan untuk mencapai impian saya menjadi seorang muslimah sejati. InsyaAllah. Saya takut jugak kalau-kalau ini perasaan yang bersifat sementara sebab bila kita nak buat benda baik ni , ada aje halangan. Syaitan akan berusaha  patahkan semangat kita bila kita nak buat benda baik.


Semoga saya kuat dan biarlah perubahan ini berpanjangan sehingga saya mencapai impian saya tu.


Tiada apa yang saya harapkan bila post entri macam ni. Bukan mahukan populariti yang bersifat sementara tu. Dan saya bukan ustazah. Saya cuma manusia biasa yang mahu berkongsi rasa dengan awak di luar sana. Mungkin ada yang boleh dijadikan panduan. InsyaAllah ..


Dan saya tak nak berubah seorang diri. Saya nak orang lain turut berubah. Berubah ke arah yang lebih baik. Kalau menulis di blog adalah jalannya , saya akan terus menulis ..

Friday, April 27, 2012

Biarlah Kalau Orang Tak Kenal Saya

Assalamualaikum ..


Macam-macam tuduhan and tanggapan orang dekat mereka yang tak tunjuk the real face nya di alam maya ni. Contoh macam dekat facebook , twitter , blog and so on.

Ada dua jenis perangainya bagi mereka yang tak tunjuk muka sebenar di alam maya ni. First , dia tak kasi tunjuk muka sebab nak buat dajal dekat orang lain. Macam nak kutuk orang ke , nak sakitkan hati orang ke. So , haruslah jangan letak the real face kan? Nanti orang cari and then sepak terajang dia ke. Jadilah dia seorang yang misteri dalam keadaan yang TAK BAIK!


Second , dia tak tunjuk muka sebab dia memang tak nak orang kenal dia. Saya ambil contoh diri saya sendiri je owkay. Saya selalu post entri yang berkaitan dengan hidup saya. Mean , perkara tu pernah terjadi dan saya sendiri mengalaminya. Certain pengalaman , memang agak buruklah dipandangan orang. So , takkan saya nak burukkan diri saya kan?


But at the same time , saya cuma nak orang lain ambik iktibar dari apa yang pernah terjadi dekat saya. Saya dah laluinya , saya cerita dekat awak , so takkan awak nak laluinya untuk kali kedua?


Saya tak kisah kalau orang tak kenal siapa saya. Nak kata saya pengecut? Katalah. Biarlah orang tak kenal siapa saya. Cukup mengenali saya melalui penulisan pun sudah memadai. Saya berblog untuk menulis , bukan menjadi model.

Saya Tunggu Awak ...

Bismillahirrahmanirrahim ..


Sedari diri serba kekurangan. Tidak sesempurna manusia. Awak , saya bukanlah sempurna untuk mengharapkan lelaki yang sempurna untuk dijadikan teman hidup. Tapi saya sedang merubah diri saya untuk menjadi seseorang yang lebih baik.


Saya tak risau tentang jodoh saya. Kalau saya tak dapat kecapi cinta seorang lelaki , tak mengapa. Sebab saya tahu ada cinta yang akan kekal abadi. Cinta Allah , adalah cinta yang kekal abadi. Biarlah saya mengejar cinta Allah dulu.


Andai awak jodoh saya belum lagi tiba , saya akan anggap awak sedang membina kepimpinan awak untuk memimpin saya sebagai seorang isteri kelak.


Awak jagalah selalu hati awak. Muslimin yang baik , takkan terpaut pada seorang wanita hanya kerana paras wajahnya , pada rayu yang meruntuhkan iman , pada bicara manja yang menggoda.


Thursday, April 26, 2012

Ternyata Lebih Lembut

Assalamualaikum.


Actually saya sedang pelbagaikan cara penulisan saya supaya diterima oleh ramai orang. Tak kira tua atau muda , sudah berkahwin atau bujang , pelajar atau sudah bekerja.


So , saya mencuba untuk menggunakan kaedah ini. Mulanya , saya risau kalau penulisan jenis macam ni akan buat orang menguap , mengantuk sebab boring. Sebab tujuan saya masih sama. Menulis secara santai. Atau dalam bahasa omputeh , rileks.


Setakat ni saya tak tau macamana penerimaan orang. Tapi bila ada yang kata ayat memang agak skema. Saya diam. Eh , ada tapi lah katanya. Tapi , lembut bunyinya. So , ayat memang skema tapi lembut bunyinya. Wow! Dapat rasa tak kelembutannya di situ? Hehe ..


Perbezaan masa saya menulis dulu dengan sekarang memang dah berubah. Agak memalukan sikit bila saya baca entri-entri tu dari awal. Tapi , okay jugak kan. Boleh buat perbandingan di masa hadapan :)

Mari , Mari Kita Berkongsi

Assalamualaikum.


Yes , yes I know and I realize sangat-sangat yang most of entri dalam blog saya ni bukan berilmiah sangat pun. Saya menulis bukan secara serius. But I will try my best untuk selang seli kan entri berilmiah ye. InsyaAllah.


Memandangkan saya tau blog saya bukanlah berilmiah sangat , so I would like to share something to you. Pertama kali saya baca penulisan beliau , saya jadi tertarik!


Penulisannya yang santai , mudah difahami buat saya mahu membaca penulisannya yang lain. Tak perlu berkerut-kerut bila membaca apa yang disampaikannya. Oh! Baru saya teringat. Lain orang , lain pandangannya , lain jugak pendapatnya kan.


But it's okey. Awak semua boleh cuba baca penulisan beliau tu k. Salah satu yang saya nak kongsikan ialah Motivasi: Sebelum Aku Bernikah – Kematangan. Aset Penting Untuk Rumahtangga. Sure ramai yang teringin untuk baca penulisannya yang lain.


Oh , saya belum perkenalkan siapa beliau. Muhammad Hilal Asyraf. Beliau baru berusia 23 tahun. Selanjutnya , boleh baca di Menulislah Daripada Hati.

SUMBER : Menulislah Daripada Hati

Menyedari diri mulai mengguna "Saya" :)

Tuesday, April 24, 2012

Disuruh Buka, Aku NGAP!

Assalamualaikum. Thanks for dropping by ..

Owkay! Aku admit , kadang aku fail bila buat tajuk entri. Macam tajuk kali ni lah. Story nya macam ni. Adik aku selalu minta tolong dengan aku. Kan aku kakak. Mestilah bantu adik-adik.


Aku paling suka bila adik aku minta bantuan pasal makanan.

"Long , tolong bukakan plastik coklat ni."

"Boleh. Bak sini."

"Ala , along ni tak aci lah. Along patahkan coklat ni."

"Aik , dengan along pun berkira?"

Uiks. Macam membuli adik lah pulak kan. Tapi selalunya bantuan untuk makanan adik aku tu , aku yang volunteer nak tolong.

"Bak sini along tolong bukakan."

Lepas dah bukak , nyum-nyum sikit. Hehe!

Aku makan , makan jugak makanan adik aku. Tapi bila turn aku ada makanan , aku pun tak lokek dengan adik aku. Sebab aku rasa , aku je yang sedap makan. Adik aku tak. Biarlah sikit pun , asalkan merasa. Eh tapi janganlah yang sikit sangat kan. Kalau dah sikit sangat , memang aku soranglah yang ngap!

Siapa Blogger Rajin Blogwalking?

Assalamualaikum. Thanks for dropping by ..


Hoh! Segmen "Jom Blogwalking Ramai-ramai" aku dah tamat jam 5 petang tadi. Ada jugak yang syorkan dekat aku supaya lanjutkan masanya. Takpelah kot. Lain kali? Mungkin. InsyaAllah.


Segmen ni takdelah memberangsangkan sangat penyertaannya. Suam-suam kuku je. Mungkin aku jarang promot kot. Tu yang tak tersebar ke mana. Takpelah. Aku cuma nak tengok sejauh mana segmen aku tu boleh pergi kalau aku tak promot.


Terima kasih dekat mereka-mereka yang sudi join. Aku tak kata yang tak join tu tak support aku. Chill lah kan? Aku tau , even korang tak join segmen aku pun korang still support aku dengan baca entri jiwang berkarat aku. Kan , kan , kan? Terutama kau. Silent reader. Kau tak komen , tapi entri aku kau tak pernah tinggal baca kan? Terharu kejap =.=


Apapun , happy blogging ye. Dekat bawah ni , ada senarai link blog yang korang boleh klik. So , sila lah terjah mereka dengan penuh berhemah ye. Sekian~


So , macam yang kita dah persetujui. Peserta-peserta segmen dekat atas ni bolehlah buat satu entri dan letakkan link rakan blogger yang lain so that ada give and take tu ye.

Dah Apa Kena dengan GOOGLE Ni?

Assalamualaikum. Thanks for dropping by ..


Aku dengan encik GOOGLE memang dah rapat sangat. Aku tak rapat dengan yang lain-lain macam cik YAHOO. Tak best. Encik google je yang owkay. Understanding. Dah apa aku merapu ni.


Macam biasa tadi aku buka google. Masa aku buka tu , peliklah. Menatang apa duk steady ada tengah-tengah skrin aku ni. Hati dah dup dap ni sebab takut-takut skrin laptop ni problem lagi.


Aku tengoklah dekat sikit dekat skrin tu. Almaklumlah. Saya ni rabun. Mahap lah ye. Laa , ada zip dekat skrin aku? Ni mesti trick baru google ni.

Nampak tak apa yang aku bulatkan tu? Aku klik lah kan seolah-olah nak bukak zip tu. Takkan nak guna jari aku kot. Rasanya laptop aku ni bukan touch screen.


Haa , masa zip dah terbukak tu. Aku dah start eksaited. Zip apa yang aku bukak ni? Then tak sempat aku pejam mata , keluarlah satu page baru.


Dah macam jadi penyakit baru pulak tadi. Duk tutup buka zip. Refresh page semata-mata nak main zip tu. Grr~ Terima kasih lah dekat google ye sebab dah kasi aku idea nak update blog. Heh!

Tabahnya Hatimu ...

Assalamualaikum. Thanks for dropping by ..

Entri penuh feeling =.=


Ayah , bila ibu kata uban ayah dah bertambah. Tiba-tiba hati Along tersentak! Ibu kata ayah banyak fikir. Ayah fikirkan apa? Ayah fikirkan anak-anak ayah yang seramai 7 orang ni ye?


Kadang-kadang bila kami makan sedap , kami ajak ayah makan sekali ayah kata "takpelah. Ayah tak nak makan." Tapi sebenarnya ayah tak nak berebut makan dengan kami kan? Ayah nak semua anak ayah kenyang. Biarlah ayah tak makan pun.


Bila sampai tarikh lahir ayah , kami jadi sedih. Sebab kami tak tau nak bagi ayah hadiah apa. Tapi ayah macam tau-tau je kan. Ayah kata "takpelah. Ayah tak nak hadiah. Yang penting anak-anak ayah belajar bersungguh dan banggakan ayah cukuplah."


"Ayah , ada duit tak? Nak beli buku."


Ayah tak fikir apapun. Ayah terus kata "ADA. Nanti ayah bagi ye." Ayah nak ambik duit dari mana? Kami tau ayah takde duit masa tu. Ayah pergi keje macam biasa. Muka ayah nampak tenang je.


Ayah balik dari kerja. "Alhamdulillah , tadi ada duit masuk." Kami nampak mata ayah bersinar-sinar. Senyuman lega ayah.


Ibu , ayah .. Terima kasih untuk semuanya. Tak terbalas jasa ibu dengan ayah oleh kami semua 7 orang adik beradik ..

Monday, April 23, 2012

Lembutkan Nasi yang Keras

Assalamualaikum. Thanks for dropping by ..

Orang selalu duk kata , hati yang keras kalau kena dengan caranya lama-lama lembut jugak. Hati perempuan toksah kata lah. Hati perempuan memang lembut kan.


Ni bukan nak cerita pasal hati. Cerita pasal hati sampai esok takda penyudahnya. Kita cerita pasal nasi kali ni. Selalu kalau yang berkaitan dengan nasi ni bila kita masak , adalah yang hangit , adalah yang keras. Ha , dan nasi yang dah jadi bubur pun ada.


Kalau dekat blog laman-ayahsu ada tips di dapur untuk elakkan bau nasi hangit , dekat blog Ini Kisah Tia pulak ada tips untuk lembutkan nasi yang keras.


Ini berdasarkan pengalaman penulis sendiri yang pernah masak nasi tapi jadi keras. Keras tahap mana , biar penulis je lah yang tau ye. Takut mengaibkan. Eh?

Gambar : PAK CEK BIOLA

Punca nasi ni keras ialah kurang air. Sepanjang aku masak nasi ni , macam-macam jenis beras aku jumpa. Ada beras yang masa kita nak masak tu takyah guna banyak air nanti jadi bubur. Ada pulak berasa yang perlu guna air yang banyak. Tapi taklah sampai melimpah.


6ixth sense untuk masak nasi ni tak diperlukan ye. Korang just perlu agak je airnya. Hok nasi yang dah jadi bubur tu aku takleh nak tolong. Korang makan jelah. Jangan membazir , amalan syaitan! Tapi kalau nasi yang keras boleh dibantu.


Apa yang korang kena buat mudah je. Lepas nasi tu dah masak , korang rasa nasi tu keras kan. Haa , tambah je air. Tapi masa tambah air tu , nasi tu jangan dilupa kacau. Supaya nasi tu boleh serap air yang kita tuang tadi tu. Jangan letak banyak-banyak. Agak-agak je.


Sekian tips dari bukan tukang masak :)

Jom Blogwalking Ramai-ramai

Assalamualaikum. Thanks for dropping by ..


Aku perasan dah makin ramai blogger-blogger baru yang muncul kan. Tak kiralah apa tujuan dia nak berblog. Suka-suka ke , serius-serius ke kan?


Enough. Aku tak nak bebel banyak-banyak. Kali ni aku nak buat satu segmen. Segmen mudah dan aku takkan ambik masa sampai bertahun-tahun. Tapi aku harap sapa yang join nanti haruslah ada give and take.


Maksud aku di sini , yes join segmen yang aku anjurkan ni but at the same time haruslah together menjayakannya. Tak suruh kau buat apapun. Lepas semua peserta segmen dah join segmen tu , aku akan buat special entri yang ada senarai peserta. So , untuk melengkapkan give and take kita tu. Korang yang join segmen tu , haruslah jugak untuk buat special entri yang menyenaraikan peserta-peserta segmen.


Barulah adil kan. Link blog aku ada dalam entri korang , link blog korang ada dalam entri aku dan dalam entri peserta-peserta yang lain. Then bolehlah blogwalking ramai-ramai. Dah panjang sangat rasanya penerangan aku ni.


Cara-cara join segmen ni :
  • Buat satu entri dengan tajuk "Jom Blogwalking Ramai-ramai"
  • Letak header aku dalam entri tu.
  • Berapa jumlah FOLLOWER korang masa join segmen ni.
  • Dah siap entri tu , bolehlah tinggalkan LINK entri tu dekat ruangan komen bawah ni.
  • Tarikh tutup 24 APRIL 2012 jam 5 petang.
 Sekian ...

Siapa Tau Masak Singgang?

Assalamualaikum. Thanks for dropping by ..

Sape tau masakan singgang? Tetiba lak singgang kan? Actually aku ada nyinggah blog si aRa ❤ aFiq™. Aku tertarik dengan singgang ni sebab aku boleh dikira expert jugak masak singgang ni dekat rumah. Cukup rasa.


Seriously , aku tak reti sangat nak masak macam mum aku. Tapi bolehlah. Daripada langsung tak reti masak apa-apa kan? Aku rasa , singgang ni lah kot masakan paling simple but sedap. I tell you ah , jangan pandang rendah dekat singgang. Heh!


Meh nak jamu mata dengan gambar masakan singgang yang aku amek dari blog Ara.

Singgang Ikan 

Singgang ikan je. To my future husband yang aku tak kenali ,

"Awak , saya kena sambung study selama 3 tahun lepas ni. So , masa nak belajar masak dengan ibu mertua awak yakni ibu saya sangatlah terhad. Even saya tak reti masak yang hebat-hebat , saya nak awak tau saya masih reti masak singgang ni. Awak makan kan? Heheh! Nanti saya belajar pelan-pelan okey. Saya harap , awak pun belajarlah masak jugak ye. Senang sikit hidup kita. Semoga kita saling melengkapi nanti :)"

Oh , wahai lelaki-lelaki. Sile lah belajar masak jugak ye. Jangan nak harap isteri je jadi chef dekat dapur. Mesti isteri pun nak merasa air tangan suami dia jugak. Masak sama-sama dekat dapur lagi sweet. Mengeratkan silaturrahim. Moga berbahagia pasangan yang sudah berkahwin di luar sana.

Sunday, April 22, 2012

Gula Getah Lekat Di Jantung

Assalamualaikum. Thanks for dropping by ..

Hewhewhew! Saat-saat idea mencurah sudah datang balik. Update Tia , updateee. Nanti lupa lak.

Suka makan gula getah tak? Dulu masa aku kecik memang selalu kena warning JANGAN TELAN GULA-GULA GETAH. Habis manis , sisa di buang. Konon kalau telan nanti lekat dekat jantung. Imaginasi aku sebagai seorang budak memang tinggi masa tu. Aku terbayang macamana gula getah tu lekat dekat jantung then aku sesak nafas lepas tu mati. Perhh ...


Tapi masa aku dekat sekolah menengah lain hal pulak. Kadang aku suka makan gula-gula getah sebelum masuk kelas. Loceng dah bunyi , cecepat aku buang takut kantoi dengan cikgu.


Entah macamana satu hari tu aku terlupa nak buang. Masih ada rasa manis kot. Sayang nak buang. Heh! Sekali cikgu dah masuk , kawan tegur. "Wey , kau makan ke?"


Lepas kawan tegur baru perasan aku masih tengah sedap mengunyah. Dan memang padan muka aku lah kan. Tetiba cikgu panggil nama aku. Slurpp! Aku main telan je gula getah tu. Sekali rupanya cikgu cuma nak tau aku ada dalam kelas ke takde. Hoh! Sia-sia je aku telan chewing gum tu. Tapi , Aku dah telan! Sangkutlah dekat jantung. Macamana ni , macamana ni. Mesti aku sesak nafas lepas tu pengsan. Lepas tu ...


Tunggu punya tunggu , huh! Aku masih bernyawa sampai sekarang. Siap boleh cerita pengalaman dengan gula getah lagi.


Tu lah pengalaman aku dengan gula getah ni. Btw , aku dapat idea nak menaip pasal gula getah ni lepas aku blogwalking dekat salah satu blog. Aku just lupa blog sape. Nak credit to pun tak tau nak kasi dekat sapa. So , sapa rasa idea gula getah ni dia yang punya. Just inform aku dekat ruangan komen owkay.


Sekian ;)

Saturday, April 21, 2012

Kad Nikah Pintar. Pintar Ke?

Assalamualaikum. Thanks for dropping by ..

First sekali , nak kasi kredit dekat MAMA sebab kasi Tia idea untuk update blog di malam hari. Nak sembang pasal Kad Nikah Pintar.


Seriously , aku baru tau pasal ni. Yelah , aku kan belum kahwin. Mana nak tau. Tapi ni alang-alang dah tau dari blog mama , baiklah aku share kan. Kot-kot ada yang teruja dengan kad nikah pintar ni terus ajak partner dia kahwin. Dekat situ pengaruh entri aku berfungsi. Heh!


Sebelum ada kad nikah pintar ni , pasangan dedulu pakai sijil je. Meh jamu mata dengan gambar rupa kad nikah pintar yang aku ambik dari blog Mama. Mama , Tia ambik gambar mama ye. Tapi kalau mama rasa gambar ni tak elok ada di blog Tia , mama inform Tia cecepat tau. Nanti Tia remove. Meh tengok meh ..