Wednesday, June 20, 2012

Analytics Nuffnang Berwajah Baru

Assalamualaikum. Dah lama saya tak update blog. Ni pun saya cuma curi-curi masa je nak update blog. Kadang tu bila dah ada masa nak update blog , idea lah pulak takde. Sudahnya tangguh lagi nak update blog.


Tapi kali ni adalah kot yang saya nak cerita ni. Saya pun tak pasti samada benda ni dah lama berlaku atau pun saya yang baru tau. Analytics nuffnang berwajah baru eh? Sebab walaupun saya jarang update blog , saya masih rajin check analytics dekat nuffnang tu.


Saya nak tau lah jugak macamana perjalanan blog saya ni walaupun dah masuk berhari dan berminggu saya tak update blog. Alhamdulillah trafik (UV) masih berjalan seperti biasa. Maintain takpe , naik lagi bagus , menurun tu yang tak suka. Hehe.



Saya suka analytics yang terbaru ni. LAJU! Tak macam yang sebelum ni. Lambat betul loadingnya. Yang sekarang ni dah okey dah. Even masih ada kekurangannya , saya cuba terimanya secara perlahan-lahan.


So , anda dah check analytics terbaru anda belum? Saya dah :)

Sunday, June 3, 2012

Orang Bijak Ingat MATI

Lama aku duduk di atas sejadah. Sudah sekian lama sejadah ku simpan dalam almari , bila sudah terbentang kini. Aku seolah-olah tidak mahu berganjak. Ianya lebih selesa dari tilam empuk tempat aku selalu beradu.


Telekung putih yang menutup seluruh tubuhku , ku peluk erat. Lama ia tersimpan , sehingga aku sendiri tidak ingat sudah berapa lama ia terkurung dalam almari. Adakalanya ia dibasuh. Tapi lepas dibasuh , dilipat , langsung saja disimpan di almari. Ya Allah , ampunkan hamba-Mu ini.


Subuh itu sejuk sekali. Tapi telekung yang ku pakai membuatkan rasa sejuk itu hilang. Tidak terasa oleh ku.


Masih lagi di atas sejadah. Sungguh aku bersyukur. Allah telah memilih aku untuk kembali ada di jalan-Nya. Aku sendiri tidak tahu serta bagaimana sikap dan perasaan aku ini boleh berubah secara tiba-tiba.


Kini , andai Allah mahu mengambil aku kembali biarlah matiku dalam islam. Aku mahu ada dalam keadaan suci bila menghadap-Nya nanti. Sungguh =='


Selalu orang kata nak taubat tunggu ikhlas.
Selalu orang kata nak taubat bila sampai masanya.
Selalu orang kata nak taubat bila dah tua.


Persoalannya , sempatkah menunggu sehingga waktu itu? Andai selepas membaca entri ini Allah mengambil kita kembali? Dalam keadaan apa kita waktu di jemput kembali? Mati tak kira siapa , bila , di mana.


Orang yang sering mengingati MATI , dia akan dimuliakan dengan 3 perkara ;

  1. Mempercepat taubat
  2. Menerima reeki seadanya
  3. Rajin beribadah

Kalau seseorang lalai dari ingat MATI , dia akan dapat 3 hal juga iaitu ;

  1. Dia akan lupa untuk bertaubat
  2. Tidak puas atau tidak menerima rezeki seadanya
  3. Malas beribadah


Saturday, June 2, 2012

Berhenti Jadi Blogger Sepenuh Masa


Cuti saya akan berakhir. 03/06/2012 saya dah kena datang UiTM Kota Kinabalu untuk mendaftar. Tapi , 01/06 saya dah gerak dari Sandakan ni pergi Kota Kinabalu. Tinggal dekat kampung 2 hari sebelum pergi mendaftar.


Maknanya , jawatan saya sebagai blogger sepenuh masa terpaksa saya lucutkan buat sementara waktu. Dan saya akan menjadi pelajar sepenuh masa. Hehe. Berhenti menjadi penulis blog? InsyaAllah tak. Saya akan terus menulis sebab itu adalah hobi saya. Sampai bila saya akan menulis , tu saya serahkan pada Allah s.w.t.. Cuma untuk sekarang , saya tak akan berhenti menulis.


Kemungkinan besar selepas ni saya akan jarang dan tersangat jarang untuk online apatah lagi untuk menjenguk blog saya ni. Laptop ada , broadband je takde. InsyaAllah kalau ada rezeki , dapat juga nanti saya online.


Dan kemungkinannya lagi , saya cuma akan buat entri yang autopublish. Maknanya , blog saya akan sentiasa berupdate tapi tiada aktiviti blogwalking ke blog anda. Maafkan saya ye. Dan jugak , mungkin komen-komen yang ditinggalkan dalam entri autopublish tu akan lambat saya approve sampai saya dapat online semula.


Doakan saya semoga saya berjaya di sana nanti. ^^,