Thursday, November 29, 2012

Kisah Bekas Pemakai Eyeliner Tegar

Dulu , aku ni pemakai eyeliner yang tegar. Tegar maksud aku sini
bukanlah sampai nak pergi kedai runcit depan rumah pun nak pakai
eyeliner. Tu tegar gila. Tengok jugaklah aku nak ke mana. Kalau ke
bandar , sah-sah lah aku pakai.


Tapi style aku pakai eyeliner ni bukan keliling mata pun. Aku pakai
takat atas bulu mata je. Bawah mata aku tak pakai sebab mudah comot.
Kalau dah comot , nampak seolah-olah aku baru lepas bertinju dan dapat
sebijik penumbuk dari pihak lawan.


Aku suka pakai eyeliner ni sebab bila pakai je muka aku nampak fresh.
Taklah memucat macam mayat sangat. Tapi tu lah , bila pakai eyeliner
ni aku dapat rasa macam muka aku ada berubah sikit. Dah tak ori.
Nampak macam aku sembunyikan muka aku dibalik eyeliner tu je. Sumpah
tak best.


Masa tu , tiap kali nak keluar mesti pakai eyeliner dulu. Ibu aku dah
berbuih mulut kata jangan biasakan sangat pakai alat mekap. Nanti bila
dah terbiasa pakai , then tetiba one day tak pakai. Muka nampak pucat.
Tak pun , nampak macam orang tua sebelum masanya. Tapi tu lah. Aku
degil juga. Aku kurang confident bila berdepan dengan orang tanpa
pakai benda alah tu.


Tapi sekarang , alhamdulillah aku dah pulih dari keadaan macam tu. Aku
dah tak lekat dengan eyeliner. Sekarang tiap kali keluar rumah aku
just tempek bedak sikit and calit pelembap sikit.


Honestly , masa percubaan aku cuba berenggang dengan eyeliner tu
memang susah. Tak selesa betul. Rasa macam nak lari je pegi toilet and
calit sikit dekat mata. Hehe. Tapi aku gagahkan juga. Aku pujuk hati
aku.


So , adik-adik , kakak-kakak , mak cik-mak cik , janganlah kita seksa
muka kita dengan jadikan ia papan lukis tempat kita conteng tanpa rasa
bersalah. Kalau muka kita boleh cakap , mesti dia dah membebel. Haha.
Yang penting , jagalah kebersihannya.

Wednesday, November 28, 2012

Kelebihan Samsung Corby 2 (II)

Ada siapa-siapa yang guna handphone Samsung Corby 2 tak? Saya tengok
ramai je yang guna handphone ni termasuk kawan-kawan terdekat saya.
Dan sekarang , saya juga sudah menjadi pengguna Samsung Corby II ni.


Mula-mula saya tak suka pakai handphone Samsung ni. Saya rasa macam
leceh terutama bila nak menaip SMS. Yelah , handphone ni jenis screen
touch. Semua nak sentuh skrin termasuklah SMS.


Tapi , lama kelamaan saya jadi suka pulak. Saya sedar , disebalik
kekurangannya ada banyak kelebihan yang saya jumpa. Sampai saya dah
mula jatuh suka dengan handphone ni. Tu yang siap buat entri lagi.


Antara kelebihannya ialah:

1. Boleh tukar font yang sedia ada dengan font lain mengikut kesukaan.

2. Boleh ubah saiz tulisan di mesej dari kecil sampai besar.

3. Boleh buat kunci mengikut pilihan. Contoh , kalau nak kunci MESEJ
aje boleh. Maksudnya , orang boleh buka handphone tu tapi tak boleh
buka MESEJ macam peti masuk , item dihantar , tulis mesej. Best yang
ni! Boleh kunci MEMO. Kalau nak buka apa yang dikunci , kena masukkan
password dulu.

4. Boleh tetapkan nada tertentu untuk setiap pemanggil yang berlainan.
Contoh , kalau suami atau isteri call. Lagu "Doaku Untukmu Sayang"
yang berbunyi. Hehe..

5. Ada kemudahan Wi-Fi sudah semestinya.

6. Harga yang berpatutan.


Haha! Ada lagi rasanya tapi saya lupalah. Lain kali pula saya update ye :)


**Maaf , tiada gambar dapat disertakan. Sila search di google okay. Sekian..

Walau Sedih , Bahagiakanlah Orang Lain

Kita mungkin tak dapat apa yang kita nak dan bergembira dengannya.
Tapi kita boleh bahagiakan orang lain dengan apa yang kita ada. Faham
tak? Okey saya bagi contoh yang mudah. Ini situasinya.


Saya ada sorang adik perempuan. Dialah satu-satunya adik perempuan
yang saya ada. Suatu hari , dia minta ibu saya belikan dia handphone.
Handphone tu cantik. Canggih pula. Mestilah timbul keinginan dalam
hati untuk memilikinya. Adik perempuan saya beriya sangat nak
handphone tu. Saya dapat rasa dia memang dah nekad dengan
keputusannya.


Nak tak nak , ibu saya kena belikan juga sebiji untuk dia. Ibu nak
belikan untuk saya juga. Yelah , sejak kecil apa dia dapat saya dapat.
Apa saya dapat dia pun dapat. Cuma kali ni keadaan tak mengizinkan apa
dia dapat , saya pun dapat. Sebab ibu kata duit tak cukup nak beli
dua.


Saya faham. Saya kena mengalah. Takkan saya nak susahkan ibu saya.
Dengan redha , saya kata dekat ibu "takpalah bu. Beli untuk angah
jelah. Nanti lepas along dah habis belajar , dapat kerja , along beli
sendiri."


Walaupun sedih , saya akur. Saya istighfar banyak-banyak. Saya
bersangka baik dengan Allah S.W.T..


"Aku mungkin tak dapat apa yang aku nak , tapi Allah akan bagi apa
yang aku perlu."


Dan aku yakin , Allah akan ganti dengan sesuatu yang lebih baik. Hanya
Allah maha mengetahui.


Lepas beli handphone tu , kami terus pergi supermarket. Dekat Mydin.
Saya ada sorang lagi adik kecil. Dia minta saya belanja. Nasib baik
saya masih ada baki duit simpanan. Saya tanya apa dia nak. Kami pun
pergilah cari. Lepas bayar barang-barang yang dia nak , saya nampak
adik saya gembira sebab apa dia nak akhirnya dia dapat.


Bila tengok dia gembira macam tu , saya pun ikut senang. Kesedihan
yang saya rasa tadi beransur hilang. Inilah yang saya maksudkan dengan
membahagiakan orang lain bila kita kesedihan :')

Tuesday, November 27, 2012

Kehendak Yang Terpendam

Dunia dah makin maju. Ada macam-macam alat canggih dijual dekat
pasaran. Pilih je nak mana. Tengok poket ajelah. Mampu , sapu. Tak
mampu , tunggu.


Tapi , canggih macamana sekali pun. Tetap ada yang saya ketinggalan.
Masih ada alat-alat yang hebat saya tak tau. Hehe.


Saya akui , kadang bila nampak ada yang berkenan dengan hati nak juga
rembat satu. Apakan daya , saya cuma seorang pelajar yang kehidupannya
masih ditanggung oleh kedua ibu bapa.


Lagipun ianya bukan keperluan bagi saya. Sekadar kehendak. Pendamkan
saja dulu kehendak tu :')

Siapa Tak Nak Duit?

Kita sembang pasal duit pula kali ni. Cakap pasal duit , rasanya
semakin lama kos sara diri dah semakin meningkat kan? Banyak benda
kena guna duit.


Okey , saya straight to the point ajelah. Macamna kalau tiba-tiba ada
orang nak pinjam duit korang? Banyak tak banyak , but dia still
pinjam. Agak-agak , korang pinjamkan tak?


Saya tau , ramai orang bila ada kawan atau siapa-siapa je yang nak
pinjam duit dia. Banyak hal yang dia nak fikir dan perlu dia ambil
tahu.


Siapa yang nak pinjam?
Berapa yang nak dipinjam?
Kenapa nak meminjam?
Bila nak bayar balik pinjaman?
Macamna nak bayar balik pinjaman? Secara ansuran ke? Sekaligus ke?


See , nampak sangat risau nak bagi pinjam duit dekat orang. Risau kena
tipu , risau kena lambat bayar.


Tapi sedar tak kita , rezeki itu dari Allah S.W.T? Kenapa perlu risau?


Okeylah , misal kata betul kena tipu. Fine. Tapi kita mana tau kan?
Orang datang bagitau kita kata nak pinjam sebab ada hal emergency.
Takkan kita nak siasat sampai lubang cacing?


"Dia memang kaki penipu. Dulu pun pinjam duit orang lain , sampai
sekarang tak bayar lagi."


Okey , fine. Sudah terang lagi bersuluh. Tapi , kita manalah tau kalau
kali ni dia memang betul-betul memerlukan pertolongan kita kan?
Mungkin Allah sedang menguji dia , dan kita pula diuji oleh Allah
untuk melihat sejauh mana rasa ingin membantu sesama manusia tu ada
dalam diri kita.


Selain tu , kalau kita masih risau juga sebab nilai wang yang nak
dipinjam tu terlalu besar. Bolehlah memohon diberi petunjuk oleh Allah
S.W.T. Kerana DIA lebih mengetahui sedang kita tidak melainkan diberi
sedikit pengetahuan.


Kalau ada rezeki lebih tu , apa salahnya kongsi-kongsi. Cukup takat ni
lah dulu. Mungkin saya ada tertinggal mana-mana point penting. Maaf.
Ini cuma pendapat express dari saya. Mean , menaip idea yang sepintas
lalu di kepala.

Sandakan , Sabah! Tunggu Kepulanganku

Mentang-mentang dah boleh update selalu , rajin lettew meng-update.
Hehe. Seronok juga update blog guna handphone ni. Tapi tu lah.
Keseronokkannya agak terhad terutamanya bab upload gambar dan
blogwalking. Yes! Tak semua blog dapat saya terjah dek kerana ada
function yang menyukarkan saya untuk tinggalkan jejak. Maaf ye.


Pejam celik , tak lama lagi rupanya saya dengan keluarga nak balik ke
Sabah. Adalah dalam lebih kurang 5 , 4 hari macam tu. Haa , di
hari-hari yang dah dekat kepulangan kami ni memang sensitif untuk
nenek saya yang merangkap mak kepada ayah saya. So , kami adik beradik
tak boleh gatal mulut cakap-cakap pasal nak balik. Kang dapat tamparan
percuma. Haha. Takdelah. Melampau tu.


Kamilah satu-satunya cucu dia yang tinggal jauh berbatu. Dah tu jarang
pula dapat balik bercuti. Kadang masalah cuti , kadang masalah tiket.
Ikut rezekilah. Kalau ada , sampailah kami ke tanah semenanjung. Kalau
tak , tak lah. Tu pasal bila dapat je peluang balik , ayah terus ambil
sampai sebulan. Walaupun sebenarnya taklah sampai sebulan pun.


Banyak dugaannya kahwin dengan orang jauh ni. Sabah-Semenanjung. Tapi
alhamdulillah. Ibu dan ayah saya kuat. Syukur pada Allah yang memberi
kekuatan pada mereka. Dan bertambah kesyukuran bila Allah jadikan saya
anugerah buat mereka. Okey fine. Dah nak start touching ni. Hehe.


So , Sabah .. Wait for me! 1 hb. Padan muka sebab 3 hb kuliah dekat
UiTM dah mula. =='

Entri Tak Berseri

Alhamdulillah syukur. Allah S.W.T permudahkan urusan saya. Ingatkan ,
usaha nak update blog guna email tak berjaya. Rupa-rupanya ada hasil
juga. Doa pun doa. Tapi usaha kena ada. Kejayaan tak datang bergolek
tau.


Usaha sudah pun membuahkan hasil. Biasalah , di mana ada kelebihan di
situ ada kekurangan. Barulah seimbang kan? So , even saya dapat update
blog pun. Still ada benda yang kurang. Saya tak dapat upload gambar
sebagai penyeri entri.


Nak tak nak , terima ajelah. Nanti dah jumpa laptop dan internet ,
baru saya balun update entri berwarna warni ye. Setakat ni , terimalah
dulu segala kekurangan.

Monday, November 26, 2012

Percubaan Yang Berani

Setelah sekian lama tak meng-hupdate blog. Okey fine , saya rindu
sangat nak menulis. Selama duduk dekat kampung ni , saya tak dapat nak
meng-aktifkan diri disebabkan kekurangan kemudahan untuk update blog.


Sampailah tadi , minta tolong sorang kawan godek-godek sikit setting
supaya saya dapat update blog even cuma guna email. So , inilah
percubaannya. Berjaya tak berjaya , saya serah pada Allah S.W.T..
Harapnya dipermudahkan supaya lepas ni boleh lah saya update lagi.
Hehe..

Tuesday, November 6, 2012

Blogger Baru Nak Naik

Okey fine , tiga bulan saya tak aktif jatuh merundum prestasi blog saya. Ecey , prestasi lah sangat kan. Normal sebenarnya. Kadang kita dekat atas , kadang kita dekat bawah. Tak selamanya kita dekat atas dan tak selamanya kita dekat bawah.


Nak tengok hasil trafik selama tiga bulan tak aktif berblog tak? Meh nak tunjuk meh.


See , nampak tak? Hehe. Last saya update blog pada 02 Julai 2012. Lepas dari tu saya senyap terus. Sampailah pada 01 November 2012 baru saya aktif balik. Ala , taklah aktif sangat pun. Saya rindu nak berblog sebenarnya. Menaip , mengarang , berjiwang , bermadah. Haha!


Monday, November 5, 2012

TERENGGANU .. Tunggu Saya!

Yeay! Alhamdulillah. Akhirnya. Selama beberapa tahun tak balik Terengganu , balik juga kami. Saya sangat teruja. Hehe. Tak sabar nak balik kampung. Last balik masa saya baru lepas ambil SPM. 17 tahun. Sekarang saya dah 21. Wahh , bertahun juga tak balik kan.


So , tadi ikut ayah pergi comfirm tiket dekat airport. Comfirm tiket je pun. Tu pun nak  ikut. Hehe. Tarikh penerbangan pada 07 November 2012. Sandakan ke Kota Kinabalu , 08.30 pagi. Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur dalam 10 lebih kot. Kuala Lumpur ke Terengganu , 3 petang. Siap nak hafal jadual penerbangan lagi tu.


Balik Sabah semula pada 01 Disember 2012. Elok sangatlah tu. 02 Disember semester dah mula. Takpelah. Sekali sekala. So , Sabah. Kita jumpa lagi 01 Disember ye. Doakan semoga saya dan keluarga selamat pergi dan sampai destinasi ye.


Thursday, November 1, 2012

inikisahtia.com Tinggal Kenangan

Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum. Amboi tajuk .. Bukan main lagi. Dah lama sangat saya tak update blog kesayangan saya ni. Hampir tiga bulan juga saya tak aktif. Mesti saya dah banyak ketinggalan kan? Hehe. Nak kejar , entah sempat kejar entah tidak. Saya kejar yang mana sempat ajelah ye.


Alhamdulillah. Sekarang saya tengah bercuti. Sebulan lebih juga cuti saya ni. Oh tapi percutian yang penuh debaran sebab saya tengah menunggu keputusan peperiksaan akhir. Bukan keputusan peperiksaan aje. Tapi keputusan kolej juga samada saya akan dapat kemudahan asrama atau tidak.


Merujuk kepada tajuk entri. Hmm , saya rindukan domain saya. Serius ni. Saya rindu inikisahtia.com. Tapi buat masa ni saya tak dapat renew lagi. Entahlah bila. Lagipun , saya sendiri dah jarang sangat dapat update blog. Kalau dapat pun , sekali sekala aja. Dah tak boleh nak jadi full time blogger sebab status saya sebagai seorang pelajar akan berlanjutan selama dua tahun lagi. Lama kan?


Takpelah. Tak dapat jadi full time blogger , jadi part time pun boleh lah kan. At least , masa cuti saya ni taklah terbuang dengan sia-sia. Daripada saya melilau dekat luar tak ketentuan hala. Baik saya tambah ilmu di dada disamping berkongsi ilmu yang ada.


Setakat ni dululah intro saya. Hehe :)