Saturday, December 29, 2012

Kalau Blogger Diberi Pilihan

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum ..

Entri ni tercetus tanpa sengaja bila aku masuk blog seorang blogger ni. Merata-rata blog aku pergi , mesti aku nampak dia duk komen sekali. Okey , rajin jugak dia kan. Aku pun kliklah link profile dia.


Bila masuk blog beliau aje , aku kata "WOOW!" Haha! Aku tipu. Mana ada. Lainlah kalau tu blog Aaron Aziz. Heh. Aku gurauuuu. Tolong maafkan aku :P Template blog beliau , sangat . Hmm , sangat-sangat. Nantilah you orang tengok sendiri ye ..


Entri baru-baru dia yang aku baca sebelum buat aku "terpikat" , is pasal kereta. Well hello MR , saya ni belum ada kereta. Model kereta pun saya fail. Yang saya tau kereta Kancil dan Viva aje. Tu pun kadang , okey bukan kadang but selalu , saya confius antara Viva dengan entah kereta yang sebiji serupa macam dia =='


Wait , wait , waittt .. Apesal aku rasa macam aku tengah review blog orang ni? Rasa macam dah tersasar dari tajuk aje. Okey fineee .. Back to our main topic!


Aku pun buat keputusan nak letakkan link blog beliau dalam blog list aku. So , aku pun letaklah. Lepas letak tu , baru aku perasan something. Eh , aku tak follow lagi blog beliau. Tapi terhegeh letak dalam blog list.


Maka , tercetuslah satu idea untuk buat entri. Andaikata aku diberi peluang , yang mana aku akan pilih. Samada nak kena follow atau letak link blog dalam blog list?


Honestly , kalau adalah blogger yang bagi aku pilihan macam tu. Dialah blogger paling kejam! Hahaa. Gile phsyco kot statement aku.


Yelah , bagi aku dua-dua pun penting. FOLLOW dan BLOG LIST. Tamak? Ye , aku tamak. HAHAAA! Isk! Hilang keayuan aku gelak macam hantu ==" Kenapa penting? Nantilah aku cerita dalam lain entri. Sebab aku merasakan , entri kali ni macam review blog beliau aje. Heh.


Apa? Tak ikhlas? Sampai hati tau. Ikhlas tak ikhlas mana kita nak tau. Allah S.W.T aje yang tau hokey. Tak baik cakap saya macam tu. Ngehh :D


Ohye , lupa something. Beliau yang saya maksudkan ialah Encik H. Kenal tak? Kalau kenal , sahlah beliau tu famous. Jealous I :'(

Klik Gambar untuk ke blog BELIAU

See youuuuu ..

Jangan Kurang Sopan Boleh?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum ..

Aku ni sebenarnya banyak pantang. Bukan pantang nenek moyang , just pantang diri sendiri. Kita hidup sebagai manusia ni , kena maklumlah. Kita ada adab-adab yang sepatutnya diambil berat.


Aku tak tau apa yang aku dah merapu dekat intro tu. Jadi , aku akan straight to the point aje.


Tak berkenan sungguh dekat hati aku ni bila ada makhluk Allah S.W.T yang dengan selamba badak air , tanpa berkata sepatah perkataan dan segan silu terus POTONG GILIRAN aku.




Faham tak apa yang aku cuba nak sampaikan?


Cuba bayangkan sekarang kau tengah basuh tangan. Dah basuh bersih-bersih ni. Konon dah sampai proses nak membilas tangan lepas sabun kasi wangi-wangi. Then tiba-tiba ada pulak tangan hamba Allah S.W.T yang sappp! letak tangan dia dekat atas paip. Haa , kau bayang sekarang tangan dia yang comfirm "bersih" tu ada dekat atas tangan kau yang dah basuh bersih-bersih tuuuuu. Dapat tak apa aku nak sampaikan niiii? =='


Apa perasaan kau?


Okey , aku tak marah. Geram boleh?


Kot ye pun kau nak cepat janganlah buat macam tu dekat orang. Tak sopan sungguh di pandangan mata aku yang redup-redup ni. At least , cakaplah dengan orang tu

Excuse me. Boleh I cuci tangan dulu kejap? Tak sabun pun takpe sebab lepas ni I nak pergi toilet. Nanti baru I sabun. Boleh , bolehhhhh???

Ye aku tau skema. Kau gunalah dialog ikut suka kau. But make sure kau jangan main redah aje nak membasuh tu. Cakap dulu dengan orang.


Actually , benda ni memang jadi dekat aku tadi. Tengah duk basuh-basuh piring sambil dengar lagu Siti Nurhaliza dan Hafiz , Muara Hati. Tiba-tiba je adik aku potong turn ambil paip aku. Paip aku??


Panas jugak lah kejap. Tapi aku cool down.


Aku sound je lah.

Lain kali nak basuh , cakaplah dengan orang. Ada mulut cakap.

Eh , aku tak marah =='

Beza Wanita Di Realiti dan Maya

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum ..

Macam yang kita semua tau , blogger-blogger yang ada dekat Malaysia ni bukan cuma terdiri dari golongan muda remaja macam aku je. Tapi , meliputi golongan-golongan seperti ibu-ibu mithali , pak-pak mithali , kanak-kanak ribena dan lain-lain. Haa , yang lain-lain tu you fikir sendiri eh.


Kalau dalam dunia nyata , wanita-wanita yang tergolong dalam golongan ibu-ibu mithali , aku akan panggil dorang MAK CIK. Hehe. Yelah , sebab dorang kan kawan kepada ibu tercinta aku. So , haruslah aku panggil mak cik.


Berbezanya bila dalam dunia maya. Especially dalam dunia blogging ni. Takde sorang pun yang aku panggil MAK CIK even anak dia dah bersusun. Aku tetap panggil KAKAK. Tak aci kot aku nak panggil mak cik. Wanita harus sentiasa rasa muda. Bila muda , kuat. Bila kuat , bolehlah dia jaga keluarga dia dengan baik dan menjadi seorang ibu yang mithali. Aku lettew , aku lettew :D


Tapi , bila dah meningkat dewasa ala-ala boleh jadi calon menantu ni. Panggilan mak cik dekat kawan-kawan ibu tercinta semakin berubah. Aku tak ubah , automatik!


Contohnya masa aku pergi beli handphone dekat satu kedai ni. Ada satu akak ni yang layan aku. Sembang punya sembang nak model handphone macamana , tetiba ibu aku menyelit. Laa , rupanya kawan dia. Tinggal satu kawasan dekat kitorang. Aku je yang tak kenal.


Takde sepatah pun aku panggil kawan ibu aku tu MAK CIK. Panggil akak juga. Entahlah , mungkin sebab aku tengok muka akak tu macam muda remaja lagi kot.


By the way , kakak-kakak yang sentiasa muda remaja di luar sana. Aku ada satu quote yang aku suka giler. Aku petik dari lagu nasyid. Impian Kasih by In-Team. Cari dan dengar okey. Sangat memberi motivasi pada diri aku seterusnya menjadikan aku hamba yang bersyukur dengan apa yang ditentukan Allah S.W.T pada diri aku :) **senyum bahagiaaaaa


Wanita hiasan dunia. Seindah hiasan adalah wanita solehah. Yang akan membahagiakan syurga di dalam rumahtangga 


Macamana Nak Jadi Blogger Dikenali

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum ..


Yes! Puas aku blogwalking. Hehe. Tau tak kenapa pentingnya blogwalking ni? Oh , sebelum tu aku nak kita refresh balik sebab utama kita berblog ni. Tapi aku sure , majoriti mesti akan kata tujuan dia masa berblog mesti just for fun kan? Suka-suka , buang-buang boring.


But at the end , bila dah kenal selok-belok dunia blogging ni. Sedikit sebanyak "suka-suka" dan "buang-buang boring" tu mesti akan mula berubah sedikit demi sedikit. Belum lagi bila dia dapat tahu yang berblog ni boleh kasi income masyukkkkk .. Sure akan bertambah tujuannya berblog.


Its normal lah bila orang bagi alasan tujuan dia berblog hanya untuk berseronok. Yes! Majoriti blogger , berblog just for fun you know. Same to me as well ..


Terpulanglah pada individu tu sendiri apa tujuan dia untuk berblog.


Pernah dengar pasal blogger popular tak? Haa , blogger mana yang tetiba muncul dekat skrin otak you sekarang bila sebut pasal BLOGGER POPULAR? Maria Elena? Ben Ashaari? Fatin Liyana? Yuyu Zulaikha? Huh , siapa-siapa?


For our information , mereka-mereka ni actually dah lama bertapak dalam dunia blogging ni. No wonderlah dorang boleh jadi antara blogger yang famous amous. Orang kata , berpengalamanlah kata kan ..


And the truth is , dorang pun bermula dari bawah. Dan aku yakin , setiap orang yang berjaya mesti akan melalui kesusahan dulu sebelum mengecapi kejayaan. Kan , kan?


Dalam dunia blogging ni , kita berblog untuk kasi orang baca blog kita. Lainlah yang kalau nak duduk dalam "gua". Private-kan aje , habis cerita. Again , same to me as well. Saya buat blog , saya menulis untuk supaya orang boleh baca sekaligus bagi pendapat dan diiringi sedikit sokongan dan dorongan. Walaupun hakikatnya saya menulis yang entah pape entah.


Seronok you know kalau orang suka baca penulisan kita. Bagi pendapat segala. Fewh! Gembira tak terkata.


Banyak cara sebenarnya kalau nak jadi blogger yang dikenali. Tempek muka? Teruskan. Kau artis tv? Okey fine. Kau penyanyi? Hmm ..


Kau nak jadi blogger dikenali , ada cara terhormat yang kau boleh pakai. Start blogwalking honey! Jangan blogwalking dengan tangan kosong. Bawa nama blog kau sekali. Hey , nak berjaya memang tak mudah. Tapi ada caranya.


Perkenalkan blog kau. Tapi , lain ceritalah kalau ada orang yang sanggup tolong kau jajankan nama blog kau dekat merata tempat sampai jadi famous. Wow! Heaven kot dapat orang yang baik hati macam tu. Hehe ..


Happy blogging :)


Friday, December 28, 2012

Hati Penuh Taman

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum ..

Apesal lah aku ni degil sangat. Kata tak nak tengok video orang kahwin , gambar-gambar orang kahwin , cerita-cerita orang kahwin. Tapi , tengok jugak. Grr~


Yelah , sebab aku mengaku , 70% space yang ada dalam hati aku ni sebenarnya penuh dengan taman-taman dan tasik-tasik jiwang. Thats why lah aku tak galakkan langsung mata dan telinga aku ni untuk mendengar segala bicara dan pemandangan yang romantis! Oh Tia :"(


Seriously , aku cemburu dengan orang yang dah bina rumah dan tangga dengan pasangan masing-masing. But I guess its normal kot. Especially untuk girls yang totally mempunyai hati yang penuh taman romantik macam aku ni. So , mesti aku ada geng juga ni kan? Ahaa


And yes! Aku selalu kena pujuk diri sendiri supaya jangan layan sangat rasa jealous tu .. (aku jelesssss) Sebab aku tahu , each one dari kita ni mesti ada kisah masing-masing kan. Yeah .. Kisah yang hanya Allah S.W.T yang tahu. So , aku kena bersabar. Jangan terlalu emosi. Haha!


And lagi , aku macam tak percaya aku dah getting older. Rasa macam kejap aje umur belasan tahun. Rasa macam baru semalam. Lagi few days , bertambah lagi angka pada usia aku. 22 years young. Hehe ..


Dah banyak kali rasanya aku jumpa ayat ni. Tapi , aku selalu juga pegang sebagai motivasi.

Kurangkan agenda mencari lelaki yang baik. Tapi berusahalah menjadi perempuan yang baik.

Nak yang baik je , tapi diri sendiri tak cuba nak ubah jadi baik. Sedih :'(


Catatan Penulis

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum ..

Sedikit catatan tentang penulis ..


Penggunaan "AKU" atau "SAYA" akan sentiasa berubah mengikut mood penulis. Tapi penulis blog ini takkan berubah selagi tidak dinyatakan. Jadi , AKU atau SAYA takkan membezakan siapa penulis blog ini.


Menggunakan "TIA" sebagai nama untuk pengenalan diri di alam maya ini. Baru berusia 22 tahun (pada tahun 2013) yang kadang pemikirannya seperti orang dewasa dan kadang seperti kanak-kanak riang.


Dilahirkan di Sabah dan menetap di Sabah. Penulis juga salah seorang pelajar yang masih menuntut ilmu di UiTM Kota Kinabalu Sabah. Mengambil Diploma Pengurusan Perniagaan.


Harapan penulis , segala apa yang tertulis dalam blog ini mungkin adakalanya mengganggu fikiran orang lain. Apakan daya , penulis juga hanya manusia biasa yang tak terlepas dari melakukan kesilapan. Oleh itu , kemaafan dipinta dari mereka yang terasa :)

Thursday, December 27, 2012

Bermulalah Sesi BLOGWALKING

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum ..

Sebenarnya saya ni pun baru juga mula aktif nak berblog balik. Sekarang kan tengah cuti seminggu. Kemudahan wireless yang ada dekat rumah ni , takkan nak sia-siakan. Harus dimanfaatkan selagi masih ada :)


Tapi lain pula yang jadi bila nak start aktif ni. Saya kehilangan link blog untuk sesi blogwalking. Blog list saya pun sah-sah dah hilang tanpa sengaja sebab sesi tukar template blog baru-baru ni.


Teraba-raba juga saya nak mencari link blog untuk "diserang".


Salah satunya , saya ambil dari reading list saya dekat dashboard. Maknanya , setiap update terbaru dari mana-mana blog yang saya dah follow akan muncul dekat situ. Jadi , mudahlah saya untuk melakukan aktiviti blogwalking.


Dan satu lagi cara untuk mencari "mangsa" di serang ialah melalui senarai peserta yang melibatkan diri dalam segmen yang diadakan oleh blogger lain. Dekat situ lagi banyak link blog tau.


Maka , bermulalah sesi blogwalking saya lepas ni :P

Allah Tak Bagi Apa Kita Mahu, Tapi Dia Bagi Apa Kita Perlu

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum..

Sebenarnya saya sendiri tak pasti kalau cerita ni saya dah coretkan dalam blog ni. Dah terlalu banyak cerita sampai saya dah tak ingat cerita mana yang saya dah pernah kongsikan dan yang mana belum. Tapi tak apalah. Kalau cerita ni boleh bagi sedikit manfaat dekat orang lain , apa salahnya kalau saya coretkan.


Dalam entri Kelebihan Pra Diploma UiTM , saya ada ceritakan serba sedikit tentang pengalaman saya yang pernah menjadi salah seorang pelajar Pra Diploma sebelum berjaya dengan izin Allah S.W.T ke peringkat Diploma.


Pernah dengar atau baca ayat ni tak?

"Allah tak bagi apa kita mahu , tapi Allah bagi apa yang kita perlu .."

Masa dekat Pra Diploma dulu , andai pelajar berjaya mendapat keputusan yang baik sehingga melayakkan dia naik ke peringkat Diploma. Mereka akan mendapat peluang untuk memilih kursus apa yang mereka nak. Macam-macam ada.


  • Diploma Pentadbiran Awam
  • Diploma Pengurusan Perniagaan
  • Diploma Perakaunan

Ada banyak lagi tapi tak dapat saya nyatakan di sini. Tapi , setiap kursus yang nak dipilih tu ada pointer yang pelajar kena capai sebelum mendapatkan kursus tersebut. Contoh , kalau nak pilih Diploma Pengurusan Perniagaan. Pelajar mesti dapat pointer 2.00 ke atas. Kalau kurang , tak dapat.


Masa nak pilih tu , saya mengaku saya kurang keyakinan untuk memilih kursus-kursus yang memerlukan pointer yang tinggi-tinggi. Jadi , saya pilihlah kursus yang memerlukan pointer rendah iaitu Diploma Pengurusan Perniagaan.


Tapi , dengan izin Allah S.W.T .. Bila keluar keputusan peperiksaan , saya dapat pointer yang agak baik. 3.15 (kalau tak silap .. hehe).


Bila dah naik semester satu (1) , saya perasan ramai antara kawan-kawan saya yang memilih Diploma Pentadbiran Awam. Saya cemburu dan mula menyalahkan diri sendiri. Untuk dapat Diploma Pentadbiran Awam , pointer sebanyak 3.00 diperlukan.


Melihatkan pointer saya yang mencukupi , saya mula mempersoalkan diri sendiri. Kenapa tak ambil Diploma Pentadbiran Awam je dulu. Saya seolah-olah menyalahkan takdir.


Bila dah naik semester dua (2) , kawan-kawan sekeliling saya bising sebab ramai lagi kawan-kawan kami yang tak berjaya untuk naik semester dua. Ramai yang gagal. Kalau tak pun , kena mengulang. Baru saya sedar , kebanyakkan mereka adalah dari Diploma Pentadbiran Awam.


Beristighfar saya. Terkenang balik masa saya menyalahkan diri dulu. Ya Allah , sesungguhnya Allah Maha Mengetahui sedangkan saya tidak.


Saya bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang. Bersangka baik dengan Allah sangatlah perlu sebab kita hidup kerana DIA. Apa yang saya cerita ni , bukanlah untuk menakutkan siapa-siapa. Saya mohon , janganlah ada yang mula berfikiran negatif dengan Diploma Pentadbiran Awam ni.


Kita kena faham , apapun yang ditentukan buat kita , baik atau buruk sebenarnya tersembunyi 1001 hikmah yang kita sendiri tak tahu. Jangan pernah berhenti berdoa. Hanya pada DIA lah kita boleh memohon segala kebaikan.


Tuesday, December 25, 2012

Muslimah Bekerja

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum..

Masa "jalan-jalan" dekat facebook , ada sesuatu yang menarik perhatian saya.
Bila saya baca , sebiji macam apa yang saya pernah fikirkan dulu sebelum bertudung labuh.


Macam-macam yang saya dengar kalau muslimah yang menutup aurat dengan baik ni bila dah masuk alam pekerjaan.


Susah nak dapat kerjalah.
Kena tindaslah.


Tapi tu pemikiran saya yang sebelum-sebelum ni.
Sekarang saya yakin. Tu semua bisikan syaitan yang nak buat saya ragu-ragu untuk menutup aurat dengan baik.
Betapa liciknya syaitan.


Saya tepis semua prasangka buruk tu. Buang jauh-jauh.
Alhamdulillah , semua prasangka buruk tu hilang sekelip mata bila saya dah menutup aurat dengan baik. Tak ada rasa was-was dah. Malahan , saya dapat rasa ketenangan yang luarbiasa. Rasa dekat dengan Allah S.W.T ..



Bekerja bukan bermakna tidak dapat menutup aurat dengan baik.
Sebaliknya wanita bekerjalah yang seharusnya lebih menjaga pakaiannya supaya menutup aurat dengan baik kerana dirinya terdedah kepada orang ramai.


Sebenarnya , banyak lagi jenis pakaian menutup aurat yang sesuai dipakai dalam pelbagai bidang pekerjaan. Jadi , saya mohon jaganlah gambr ini dijadikn alat utk mmpertikaikan hukum Allah pula. Kain tersangkutlah , apalah. Islam itu indah dan mudah.


Matlamat utama saya belajar , bukan semata-mata nak belajar pandai-pandai lepas tu cari kerja hebat-hebat. Rezeki ada di mana-mana. InsyaAllah , pasti ada bahagian untuk saya.

Masih Sempat

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum..

Alhamdulillah syukur saya panjatkan pada Allah S.W.T di atas kesempatan dan peluang yang diberikan pada saya.


Saya akui , dulu banyak kesilapan yang saya dah lakukan. Tapi , dengan kehendak Allah S.W.T semuanya berubah dengan sekelip mata. Perubahan yang benar-benar mempengaruhi kehidupan saya.


Sudah terlalu banyak nikmat Allah S.W.T yang saya dah kecapi. Dan saya tau , peluang untuk berubah ni juga adalah salah satu nikmat yang tak ternilai dari Dia. Bukan semua orang diberi peluang macam ni.


Dan untuk peluang ini jugalah , saya bersyukur sebab masih sempat berubah dan bertaubat memohon keampunan dari Dia dan kedua-dua orang tua saya. Andai saja dapat saya pinjamkan rasa ini pada mereka yang saya sayang , betapa tenangnya saya rasa bila diri sudah mendekatkan diri dengan Allah S.W.T.


Saya pernah terbayang , macamanalah kalau saya tak sempat berubah dan bertaubat? Ya Allah .. Dari Dia kita datang , pada Dia juga kita akan kembali :')


Monday, December 24, 2012

Masalah Scrollbar Laptop

Assalamualaikum.

Saya tak tau kenapa tetiba laptop saya buat hal. Scrollbar yang kat tepi tu tetiba jadi macam sot sikit. Kita tak scroll ke bawah pun , dia boleh tetiba scroll sendiri sampai ke bawah. Laju pulak tu. Ada yang pernah alami masalah macam saya tak?


Okey fine. Mood tengok laptop tu dah merundum jatuh. Tak senang berblog kita dibuatnya. Nampaknya , kenalah saya gigihkan poket untuk bawa jumpa yang pakar. Sakit jiwa kejap saya dibuatnya. Nak-nak bila kita tengah syok baca entri tetiba dengan ajaibnya boleh dia scroll sendiri ke bawah. Menguji kesabaran betul :')


Kedengaran seperti mengeluh kau TIA :'(


Sembuhlah wahai laptop ..

Hati Yang Terluka

Assalamualaikum.

Hmm , you know what? Benda yang saya paling tak suka ialah buat orang terluka. Especially , orang-orang yang saya sayang. I repeat , ORANG YANG SAYA SAYANG! But , hei! Am not perfect. Saya selalu cuba untuk tidak menyakiti hati mereka. Tapi apa yang saya boleh buat kalau mereka masih tetap TER-luka dengan saya?


Should I say sorry? Walaupun saya tak bersalah?


Macamana saya nak bagitau mereka yang saya tak ada niat nak sakitkan atau lukakan hati siapa-siapa.


But then , I realize. Hati manusia , Allah yang jaga. Allah yang pegang. One thing that I can do. Berdoa. Doa adalah senjata umat Islam.


Entah hati siapa lagi akan terluka lagi lepas ni :')

Melepas Lagi .. Hrmm

Dulu pernah melepas sekali.
Kali ni , melepas lagi.
Sedih tu sedihlah jugak.
Tapi taklah sampai kena meraung-raung.


Saya terlepas nak ikut kursus pra perkahwinan yang diadakan dekat UiTM tempat saya belajar.


Mungkin bukan rezeki saya.
InsyaAllah akan ada lagi lepas ni ..


Masih bercuti ^___^


Sunday, December 23, 2012

Dia Bukan Sesiapa

Assalamualaikum.

Dia tak suka bergaya.
Dia berserhana.
Tak ikut fesyen semasa.
Dia lebih selesa berbaju kurung.
Dia selesa bertudung labuh.
Dia tak suka mekap.
Orang kata dia ketinggalan.
Tapi dia tak kisah.
Sebab itulah dia.
Dia selesa begitu.
Biarlah apa orang nak kata.
Dia bukan sesiapa.
Hanya hamba kepada penciptanya :')



Saturday, December 22, 2012

Minggu Rehat

Alhamdulillah .. Cuti sudah mari. Tapi tak lama , seminggu je. Tak
lama? Tia , tolong bersyukur sikit boleh?


Kalau dah cuti , mestilah nak balik rumah kan. Yes! Saya balik
Sandakan. Tata Kota Kinabalu.


Rasanya tak lengkap cuti ni kalau pensyarah tak kasi tugasan yang
melambak. And yes , saya bercuti dengan bawa tugasan yang entahkan
siap entahkan tidak. Hehe.. Apa tak , terlalu banyak dugaan dekat
rumah tu. Tv , internet. Belum tambah nak main awchak-awchak dengan
adik bongsu lagi tu.


Saya dengar , semester ni memang banyak cuti. So , pejam celik mesti
tak terasa yang semester dua ni habis kan?


Selamat bercuti TIA !!
^_^

Friday, December 21, 2012

Meniru Demi Nama

Bersusah payah nak jadi macam seseorang sampai perlu "meniru".
Sikit-sikit mungkin dapat dipertimbangkan.
Bulat-bulat? Haha!


Saya juga mencuba untuk meniru.
Tapi tak berjaya sebab itu bukan cara saya dan ia tak sesuai dengan jiwa saya.
Akhirnya , diri sendiri yang tertekan.


Saya mula balik secara perlahan-lahan.
Tanpa dipaksa , ianya hadir dengan sendiri.
Dan akhirnya , itulah saya.

Thursday, December 13, 2012

Cerpen : Milik Siapakah?

Tok , tok , tokkk!

Insyirah berhenti menjahit. Di lihat ke arah pintu utama. Ada orang mengetuknya.


Bergegas dia menyarungkan kain tudung labuh yang belum habis di jahit
ke kepala.


"Ah! Yang penting tutup aurat." Bisiknya dalam hati.


Berhati-hati Insyirah memegang jarum tangan yang digunakannya untuk
menjahit. Bimbang ada yang terluka nanti.


Insyirah membuka pintu dan kelihatan seorang budak perempuan kecil
berada di hadapannya.


"Assalamualaikum kak.."


Comel sungguh budak itu. Insyirah memberikan senyuman yang manis.


"Waalaikumsalam. Adik cari siapa ni?"


"Ada tak akak yang pakai tudung besar tu?"


Insyirah terdiam sebentar.


"Tudung besar? Tudung labuh ke maksud budak ni?" Insyirah berdialog
sendiri dalam hati.


"Ada. Kenapa cari dia dik?" Soal Insyirah untuk mendapatkan kepastian.


"Nah!" Budak itu menghulurkan kotak kecil yang dibaluti pembalut berwarna biru.


"Eh , apa ni dik?" Insyirah mula kebingungan.


"Akak tolong bagi dekat akak yang pakai tudung besar tu ye. Terima kasih."


Belum pun sempat Insyirah berkata apa-apa , budak itu sudah pun pergi
meninggalkannya.


Siapa budak perempuan tu? Dan kotak itu untuk apa?


Seribu pertanyaan menghantui Insyirah. Dia memandang ke arah kotak
yang sedang dipegangnya.


"Patut ke aku buka? Budak tu maksudkan aku ke?"


Insyirah terduduk di atas sofa.

Cerita Blogger

Cerita 1:

Saya malu sebenarnya bila ada orang datang blog , baca entri dan
tinggalkan komen.
Sebab saya tak dapat nak balas balik jejak kasih tu.
Saya update blog pun guna handphone kecil aje.
Jadi , hasrat besar untuk blogwalking terpaksa dipendam dalam lubuk hati dulu.
Maafkan saya dan jutaan terima kasih untuk sumbangan 1 lawatan ke blog saya.


Cerita 2:

Dulu saya selalu cari tips macamana nak dapatkan buffering earnings
(BE) dari nuffnang.
Yelah , kalau dapat BE tu memang senyum sampai telingalah jawabnya.
Apa taknya , $$$ masuk macam air je.
Lagi lama tempoh BE tu lekat , lagi banyaklah masuk.


Itu dulu lah bila saya terhegeh-hegeh nak BE.
Sanggup terima dengan pasrah bila dapat mata panda gara-gara tidur
lewat malam nak trafik mencanak.
Tapi sekarang saya dah buat tak tau BE tu semua.
Mungkin strategi yang saya pasang dulu tak menjadi.
Sebab tu saya macam berhenti berharap.


Tapi betul lah.
Rezeki tu kalau kita punya , memang tak ke mana kan.
Tanpa berharap , tetiba nampak BE tengah running dalam blog.
Syukur alhamdulillah.


Cerita 3:

Akan datang. Hehe :)

Jujur Berblog

Saya ada facebook.
Tapi facebook tu untuk group kelas.
Kalau ada nota atau apa-apa jelah yang berkaitan dengan pelajaran ,
pensyarah akan upload di facebook tu.


Dipendekkan cerita , saya punya minat dalam menulis ni sangatlah tinggi.
Jadi , saya akan update status ringkas dalam facebook.


Tapi , betul lah teman saya tu kata.
Bila dia baca blog saya , terasa lebih dekat berbanding baca status di facebook.
Padahal kawan dekat facebook lagi ramai dari dalam blog ni.
But maybe sebab tak ramai kawanlah saya boleh jujur bila menaip di blog.

Tuesday, December 11, 2012

Menyusahkan Orang

"Kak Tia , saya dalam perjalanan nak ambil akak dekat rumah sewa ni."


Tu mesej yang saya dapat dari kawan petang tadi.
Kami ada kelas jam4 petang.
Saya ingat nak tumpang dia sekali pergi UiTM sama-sama.


Masa dapat mesej tu , saya dah kelam kabut sebab belum keluar dari rumah sewa.
Okey baiklah saya kena cepat tak nak buat orang tunggu.
Dahlah menumpang!


Ohye , saya pakai kasut baru.
Sebab yang lama dah nak putus.
Kasut baru ni ada tumit sikit.
Sikit? Sikit apa kalau sampai 3 inci.
Pakai je Tia.
Kau dah lambat.


Berpeluh-peluh jalan guna kasut bertumit.
Tambah merisaukan , apasal rasa macam kena perhati orang ni?


Malunye :'(
Padan muka saya.
Handphone tetiba bunyi.


"Kak Tia dekat mana ni?"


Uwaa! Saya rasa putus asa.
Jalan lambat , orang dah menunggu.


"Pyqa jalan lah dulu. Tak payah tunggu akak. Akak lambat ni."


Saya tak suka susahkan orang.
Sebab saya tak nak orang susahkan saya.


But the end , Pyqa sanggup tunggu saya dan pergi UiTM sama-sama.
Awak pula , sanggup baca entri merapu ni sampai habis.
Tahniah! :')

Jangka Masa Hubungan

Lepas tengok "Istanbul , Aku Datang!"..
Saya sedar satu perkara.
Berapa lama pun hubungan tu dapat bertahan , belum tentu sampai ke akhirnya.
Dan perkenalan yang singkat , siapa tahu lebih bermakna.


Peluang jarang datang dua kali.
Kalau dapat peluang pertama , kenapa tak hargai?


Jarang orang menghargai peluang pertama.
Sebab mereka terlalu yakin.
Sehinggalah kesempatan itu hilang , baru mencari dan meminta peluang kedua.


Peluang , peluang , peluang!
Hargailah peluang yang diberi.

DIA Sentiasa Ada

Kadang-kadang , walaupun ada ramai kawan ada masanya kesunyian tetap akan dirasa.
Masa tu , seolah-olah kita keseorangan.
Mencari-cari seseorang untuk temankan kita.
Mungkin untuk dengar kita.
Dan mungkin untuk hiburkan hati kita.


Tapi entah kenapa.
Ramai macamana sekalipun kawan yang kita ada.
Bila kesunyian tu datang , macam tak terfikir seorang pun.


Bila kita rasa tak ada seorang pun yang nak dengar kita.
Ingatlah , Allah S.W.T sentiasa ada.
Kita tak cakap sepatah pun , DIA tahu apa ada dalam hati kita.


Mohonlah pada DIA yang Maha Mengetahui.
Berikan ketenangan dalam hati.

Monday, December 10, 2012

Komen "Istanbul , Aku Datang!"?

Rasa macam tak nak balik UiTM je.
Tapi , nak tak nak kena balik juga.
Masih ada tanggungjawab yang belum diselesaikan.


Tiket bas dah pun dibeli.
Esok bas gerak awal pagi.
06:30 pagi.
Jadi Tia , sila bangun awal atau awak akan tertinggal.


Banyak perkara yang saya fikirkan.
Rasa macam tak habis fikir je.


Tadi tengok cerita "Istanbul , Aku Datang!"
Komen?
Kalau dari 5 bintang , saya boleh bagi 2 bintang.


Jalan cerita menarik!
Cuma ada babak-babak yang saya kurang gemar.

Saturday, December 8, 2012

Penulis dan Tulisannya

kadang-kadang , apa yang terluah bukanlah paksaan.

tapi ia benar-benar lahir dari hati yang kadangkala sukar diluahkan
dari lisan dan mudah melalui tulisan.

saya bukanlah sastera yang hebat bermain dengan kata. saya cuma
seseorang yang tinggi minatnya dengan penulisan ^^

Sunday, December 2, 2012

Kenapa Harus Takut?

Stok contact lens sudah habis.
Nak beli , memang dah tak sempat.
Teramat bertuah sebab masih ada cermin mata.


Menjadi dilema.
Nak pakai , tak nak pakai.
Tak nak pakai , nak pakai.
Oh cermin mata =='


Harus menerima hakikat bahawa diri ini rabun.
So , sila pakai demi kesejahteraan bersama.
Sampai bilakah?


Kita tengoklah nanti.
Kalau keyakinan menjadi gadis berkaca mata tinggi ,
akan diteruskan.
Kalau tidak , sekian terima kasih.
Jom cari contact lens.


Kenapa takut untuk jadi gadis berkaca mata??
Grr ~

Jangan Dipersoalkan Lagi

Pada semester lalu.

"Tak join banyak aktiviti kolej , tak dapat kolej."


Okey , itu sedikit merisaukan memandangkan jarak perjalanan dari rumah saya ke UiTM mengambil masa 6 jam.


So , usaha harus dipertingkatkan.
Harus bangun seawal boleh.
Ada senamrobik.
Bagus untuk kesihatan.
What? Ada kupon untuk markah dapatkan kolej?
Fine! Cepat bersiap ..


Bukan senamrobik saja.
Aktiviti lain juga harus sentiasa ada.
Ceramah ,
sukan ,
bla , bla , bla ...


Lepas habis semester.
Tarikh yang ditunggu-tunggu tiba.
Check permohonan kolej laju-laju.


"Permohonan Kolej Anda Gagal"


Fuyooo.
Hahaa.


Sebelum ni ada dengar.
Keputusan exam mesti baik.
Baru dapat kolej.


Dapat tau kawan punya keputusan atas pagar.
Dapat juga kolej.
Okey fine.


Jangan persoalkan lagi.
Rezeki kita lain-lain.
Saya tak dapat , awak dapat.
Tak apalah.
Nanti ada hikmah :)


So , mana nak tinggal ni eh?
**Kolej di sini merujuk kepada ASRAMA atau TEMPAT KEDIAMAN PELAJAR.
Sekian ...

Saturday, December 1, 2012

Sekurang-kurangnya Saya Ada Pengalaman

Antara kenangan manis saya menjadi seorang blogger dan memiliki sebuah blog ialah bila blog kesayangan ni menggunakan domain yang berbayar. Domain yang berbayar ni bila http://inikisahtia.blogspot.com/ bertukar menjadi http://www.inikisahtia.com/. Nampak tak perbezaan antara keduanya?


Selama menggunakan domain .com tersebut , saya tak pernah menyesal sebab melaburkan sedikit duit untuk kepuasan diri sendiri. Saya puas menggunakan domain tu selama setahun dengan bayaran yang saya kira agak berbaloi.


Tapi , namanya berbayar. Ada limit pula tu. Setahun. Maknanya , lepas habis tempoh setahun saya perlu membuat pembaharuan. Setiap pembaharuan juga memerlukan pembayaran.


Sekarang saya sudah kembali menggunakan domain percuma. Sedih pun ada. Tapi takpelah. Guna dulu yang mana ada. Sekurang-kurangnya saya pernah ada pengalaman. Dan boleh pula dikongsikan dengan orang lain.


Saya sayang blog ni. Jatuh bangun saya , ada dalam blog ni. ^^