Thursday, January 31, 2013

Jangan Takut

Aku sudah mendengar ceritamu.
Aku tahu resah yang bercampur gelisah.
Dengarkan aku.
Aku mungkin bukan sesiapa.

Kita sama-sama pernah melakukan kesilapan.
Cuma kisah kita yang berbeza.
Kau dengan kisahmu begitu juga aku.
Tapi satu perkara yang kita boleh lakukan bersama.
Yang lalu biarkan berlalu.

Pandanglah jauh ke dalam dirimu.
Kau pernah melakukan kesilapan.
Dan kau menyedarinya.
Apa tindakan kau seterusnya?
Membiarkan dirimu terus hanyut bersama kegelapan?
Atau mencari sinar cahaya untuk mencari kebahagiaan?

Pilihan ada di tanganmu.
Bahagia sementara atau derita selamanya?
Keseronokkan dunia hanyalah tipu daya.
Dan ramai manusia yang terpedaya dengan keindahannya.
Tapi akhirnya , memakan diri jua.

Kebahagiaan itu bukan ada pada sang kekasihmu.
Bukan ada pada "berkeliaran" di tengahmalam.
Tidak juga pada muzik yang membingitkan telinga.
Tapi carilah dalam sujudmu menadah tangan memohon keampunan dari-Nya.

Sebesar mana pun kesilapan yang pernah kau lakukan,
jangan pernah putus harap dengan-Nya.
Seluas-luas pintu adalah pintu taubat.
Hanya pada Dia tempat kita meminta , bukan pada manusia.

Sunday, January 27, 2013

Selepas Putus Cinta , Lebih Baik atau Sebaliknya?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum ..

Saya pun tak pasti samada sekarang musim putus cinta atau apa. Tapi rakan-rakan sekeliling ramai mengadu percintaan yang terbina putus tanpa sebab yang munasabah.


Cerita Putus Cinta 1 :

"Pada mulanya , saya yang tinggalkan dia atas sebab dia yang kurang menghargai perasaan saya. Seolah-olah saya hanya berharga bila dia perlu. Bila saya tak diperlu , dibuang saya jauh-jauh. Tak diendah perasaan saya. Pendek kata , habis madu sepah dibuang. Hanya saya yang beria mempertahankan hubungan kami , sedangkan dia hanya tahu menyakitkan hati saja.


Selepas beberapa hari kami putus , baru saya tahu rupa-rupanya dia memang curang dengan saya. Apa yang menyakitkan hati saya ialah bila saya tahu dia curang selepas kami berpisah. Itu bermakna dia sudah awal-awal mempermainkan saya. Saya tak kesal berpisah dengan dia. Langsung tidak! Sekurang-kurangnya saya tahu siapa dia yang sebenarnya."


Cerita Putus Cinta 2 :

"Saya tak tahu apa punca sebenar kami berpisah. Saya setia dengan dia. Tapi apa yang saya dengar selepas kami berpisah betul-betul menyakitkan hati saya. Rupa-rupanya dia curang lebih awal sebelum kami putus. Saya masih ingat lagi bila dia awal-awal memberitahu saya andai terlihat dia bersama perempuan lain , jangan bersangka buruk. Itu adalah sepupunya. Semenjak dia "menyediakan payung sebelum hujan" itu , saya memang sudah mula tak sedap hati. Sepupukah bila mereka bertukar-tukar jaket? Dia memperlakukan saya seperti budak kecil.


Dia sentiasa mengingatkan untuk tidak curang dengan dia. Tapi sekarang siapa curang siapa? Ternyata sepupu yang dia katakan itu adalah kekasihnya. Memang dia sudah curang dari awal. Hanya saya yang lambat menyedarinya. Dan kini , perasaan saya diuji bila selalu terserempak dengan dia bersama kekasihnya itu. Saya hanya menahan hati melihat mereka. Mujur ada rakan-rakan yang sentiasa di sisi untuk memberi kata-kata semangat."


Cerita Putus Cinta 3 :

"Saya tak pernah sesalkan perpisahan kami. Keputusan untuk meninggalkan dia bukanlah hal yang patut disesali malahan saya bersyukur kerana diberi kekuatan untuk meninggalkan dia walaupun sayang yang tersemai dalam hati sudah semakin kuat. Selepas kami berpisah , saya dan dia memang terus tidak berhubung. Dia yang memilih jalan itu. Saya hanya menurut kerana sejujurnya tiada dendam dalam hati ini.


Kami putus sewaktu cuti semester sebelum semester seterusnya bermula. Saya agak terkilan bila mendapat tahu dia sudah punya pengganti. Saya tidak marah. Tapi perlukan secepat itu? Teringat saya kata-kata dan janjinya dulu. Andai kami berpisah , saya adalah perempuan terakhir yang ada dalam hidupnya. Takkan ada pengganti. Sekarang apa sudah jadi dengan janji-janji itu? Kosong ...


Kemudian saya diuji lagi bila terpaksa menghadap dia dan kekasih barunya di hadapan saya setiap hari kerana kami ditakdirkan untuk berada dalam satu kelas yang sama sehingga enam semester iaitu tiga tahun. Pada mulanya memang agak susah. Tapi lama kelamaan , saya mula sedar. Apa yang berlaku antara saya dan dia adalah yang terbaik. Dan sekarang hikmahnya sudah jelas di depan mata saya. Andai benar dia jujur dan ikhlas dengan saya , sepatutnya dia berusaha untuk mempertahankan cintanya. Bukan membuangnya dengan begitu mudah."


Cerita Putus Cinta 4 :

"Dialah lelaki pertama yang saya sayang walaupun dia bukanlah cinta pertama saya. Saya sebenarnya memang sudah sedia maklum dia adalah lelaki yang suka mempermainkan hati wanita. Tapi kerana sayang , saya cuba bertahan dengan dia. Berkali-kali dia ketahuan curang dengan saya. Berkali-kali itu dia memohon maaf. Dan berkali-kali itu jugalah saya menerima dia semula. Saya lakukan semua itu dengan harapan dia akan berubah dan tinggalkan semua perangai buruknya.


Ternyata saya silap. Saya sedar , kesabaran manusia ada batasnya. Dan kesabaran saya juga sudah sampai ke tahapnya. Tahap itu sudah pun dia lepasi dengan harapan saya akan menerimanya lagi. Tidak! Hati saya bukan patung untuk dijadikan mainan. Lebih baik saya dan dia berpisah daripada saya sendiri yang tahan hati dengan perangainya yang entah bila akan berubah.


Saya cuma boleh berdoa semoga dia dipertemukan dengan seseorang yang boleh mengubahnya. Andai dia berubah dan mahu kembali pada saya , maaf. Sejujurnya hati ini sudah tertutup. Biarlah dia mulakan kehidupan barunya yang sudah berubah itu bersama orang lain. Dari situ dia akan mula belajar untuk menghargai."


**********************************

Bukan mudah untuk bangun semula dari kekecewaan. Ianya mengambil masa. Tapi jangan terlalu manjakan hati untuk terus-terusan hanyut dengan perasaan kecewa. Bangunlah dari kegelapan. Carilah cahaya yang menantimu di depan sana. Jangan biarkan dirimu hanyut dalam kegelapan yang hanya menambah luka.


Yakinlah , cinta Allah S.W.T adalah cinta yang kekal abadi. Cinta manusia sentiasa dipenuhi dusta , tapi cinta Allah S.W.T indah rasanya..


Thursday, January 17, 2013

Pemandangan UiTM Kota Kinabalu Sabah



Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum..
Lama kot aku tak update blog. Sekarang aku dekat asrama. Dalam bilik aku ada 4 orang penghuni which is 2 orang adalah kawan sekelas aku. And sorang lagi aku tak kenal.
Masa ni , cuma aku sorang dalam bilik. So , aku pun keluar cari tempat untuk online dan update blog. Hehee..
Aku sempat snap gambar. Tpi maaflah kalau resolusinya tak berapa nak cantik. Kamera handphone tak cun sangat. Enjoy lah gambar yang tak seberapa dari aku okey :)
**Update blog guna MOMO je. Kalau tak cun , maaf =="

Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, January 14, 2013

Belajar Menerima

orang melihat kehidupan saya penuh dengan kesempurnaan , dilimpahi
dengan kebahagiaan kerana senyuman dan gelak tawa yg sentiasa
kelihatan.


mereka juga berharap untuk punya kehidupan seperti saya.


jangan ..


bersyukurlah dengan apa yg kamu sudah lalui. kerana , kamu takkan
pernah tahu apa sebenarnya kehidupan yg saya sudah lalui.


masing-masing sudah ditentukan jalan kehidupan yg berbeza. ambillah
iktibar dari cerita mereka yg lalu dan jadikan kehidupan kamu lebih
bermakna :')


**Aku cuba untuk menerima jalan kehidupan aku. Sebab aku tau , dekat
luar sana ada lagi ramai yang kena tempuh jalan hidup yang lebih
hebat. Aku belajar mensyukuri setiap nikmat yang aku dah kecapi :')

Sunday, January 13, 2013

Pengganti Laptop

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum ..

Dah lama aku tak update blog. Berhari juga. Sibuk belajar dan main facebook. Haha! Tak dapat update blog , update status dekat facebook pun jadilah.

Haa , ni lah padahnya bila lama tak jengah blog. Nak update entri apa pun tak tau. Tapi , ada motif sebenarnya aku update ni. Nak mencuba MOMO aku ni. Aku pun tak tau nak cakap apa pasal benda yang aku tengah guna ni. Jap eh aku kasi gambar.

Ala , sorry lah. Aku dah snap gambar. Pindahkan ke MOMO aku ni je belum. Nanti aku upload ye. Nak mengejar masa aku ni. Jam1 ada perbincangan dengan para makcik. Bukan nak menayang ganbar MOMO aku ni kak oi. Nak berkongsi aje. MOMO ni kira pengganti laptop aku. Yelah , laptop aku tersadai dekat rumah. Rosak.

Lepas download blogger masuk MOMO ni , aku tengah cuba nak gunakannya. Kalau berjaya , maknanya entri ni boleh dibaca dan berjaya dipublish. Hehee.

Okeylah mak jemah. Nak pergi bersiap untuk turun jumpa para makcik dekat bilik bacaan kejap lagi. Jaga diri :-)