Monday, February 25, 2013

Demam Setia Hujung Nyawa

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum ..


Sana sini dengar cerita Setia Hujung Nyawa. Dah lama sebenarnya. Tapi yelah , orang tinggal kolej asyik tertinggal saja. Saya lah terutamanya :D


Bila mood Setia Hujung Nyawa dah aktif , habis satu bilik terkena tempiasnya. Kunci jam nak bangun pagi , lagu dari cerita Setia Hujung Nyawa. SMS masuk , pun lagu dari Setia Hujung Nyawa juga. Jangan cakaplah kalau bunyi panggilan telefon , dah sah-sah dari Setia Hujung Nyawa.


Kita tengok sampai bila "demam" ni akan bertahan ya ;)
Nak sambung buat assignment dulu .. Weee ..

Wednesday, February 20, 2013

Mesej Seorang Penulis

Tak kisahlah entri tu panjang ke pendek ke.


Yang panjang belum tentu penuh dengan maklumat.
Yang pendek tak semestinya tin kosong.


Terpulanglah pada penulis.
Cara olahan ceritanya.

Kadang , entri panjang pun mesej yang nak disampaikan terasa payah sangat nak terima.
Entri pendek pula , jangan dipandang pendeknya saja.
Sebab selalunya , pandai olah , mudahlah pembaca dapat mesejnya.


Tak kisahlah panjang ke pendek.
Dia menulis , mesti ada yang nak disampaikan.
Biarpun dia cuma update , "saya deactivate akaun facebook saya" ..

Tuesday, February 19, 2013

Singgah Blog Kejap

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum ..


Aku tak ada nak cerita apa pun. Sekarang dekat library baru lepas pinjam buku. Sejujurnya , dah dua semester aku dekat UiTM ni. Ni lah pertama kali aku pinjam buku. Alasan , tak ada masa. Ni pun pinjam sebab ada assignment nak kena buat.


Aku pinjam empat buah buku. Tapi sebenarnya boleh je pun pinjam sampai 15 buah buku. Hanya untuk dua minggu okey. Lepas tu kena pulangkan. Gila tamak kot pinjam buku banyak tu pas tu baca pulak dalam dua minggu aje.


Antara buku yang aku pinjam :

  1. Kekasih Allah yang Sejati
  2. Kenapa Perlu Bercinta
  3. Jadikan Solat Sebagai Penolong Hidup Mu
  4. Principles of Economics

Hahaa! Mesti boleh agak kan buku yang mana untuk assignment. Yang nombor empat tu je buku rujukan nak buat assignment. Yang lebih , suka hati saya. Hehe ..


Okey , nak logout ni. Jam4.30 petang ni ada kelas PENGURUSAN RUMAH TANGGA pulak :D


InsyaAllah , ada masa update lagi. Bajet macam ramai pembaca =="
Jaga diri uolsss ^___^

Saya Blogger. Kamu?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum ...


Kerjaya sebagai blogger bukanlah popular sangat pun. Tapi rezeki manusia kan tak sama. Ada juga lah segelintir dari mereka yang popular melalui blog.


Bukan tu yang saya nak ceritakan. Saya bangga menjadi seorang blogger. Mungkin saya tak popular macam segelintir dari mereka yang lain. Tapi bergelar seorang blogger dalam dunia blogging memang sangat awesome!


Kawan di sekeliling saya tak ramai yang tahu pasal dunia blog.


Kadang-kadang bila pensyarah buka topik pasal blog , saya lah orang yang paling teruja mendengarnya. Ada juga lah kawan sekeliling yang tau saya aktif dengan blog. Bila pensyarah tanya siapa ada blog , terus semua tuju dekat saya.


Tapi , rasa malu pula bila kena tanya nama blog. Takut nanti ada pula stalker setia. Kalau baca tapi diam-diam tak apa. Dibuatnya bawa ke luar dunia nyata . tak ke haru jadinya.


Inilah saya. Orang takkan tau perasaan sebenar saya sebab saya takkan tunjukkan pada wajah saya. Tapi saya luahkan dalam tiap kata-kata yang saya tulis. Bacalah dan kenali siapa saya melalui cerita yang saya karang.


Dan saya memilih blog dan menjadi seorang blogger ;)

Monday, February 18, 2013

Kisah Ratu Balqis dan Nabi Sulaiman

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum ..


Pernah dengar lagu Balqis dari kumpulan nasyid UNIC tak? Dulu , bila saya dengar lagu tu saya tak rasa apa-apa yang menarik pun. Tapi saya memang suka lagu tu. Mungkin saya tak hayati liriknya dan saya tak cuba cari cerita di sebalik liriknya sebab tu saya tak rasa apa-apa yang menarik.


Rupa-rupanya , tersembunyi satu kisah yang sangat menarik di sebalik lagu Balqis tu. Cerita Ratu Balqis dan Nabi Sulaiman a.s. Cari di youtube ye lagunya :)


Engkaulah ratu di mahligai permata
Istana bayangan syurga
Harta dan takhta mengaburi mata
Tersesat dikau di terang cahaya

Langsung tidak kau endah kata bicara
Utusan hud-hud yang benar
Seruan mengajakmu taat Yang Esa 
Tinggalkan menyembah Tuhan sang suria

Balqis kau bijak dalam menilai dan membuat pemilihan
Di antara yang sementara dan yang kekal buat selamanya 
Keindahan dunia yang hanya pinjaman untuk seketika 
Atau kebahagiaan hidup di akhirat yang dijanjikan-Nya 

Tak perlu kau singkapi labuhan kainmu
Ketika kau melangkah ke istana Sulaiman
Bukannya air yang kau pijak tapi kaca
Terpedaya dikau dek kemilauan sinarnya

Hanya sekelip mata mahligaimu pun beralih
Ifrit memindahkannya tanpa kau sedari

Kebijaksanaan Sulaiman telah merubahi sekeping hati
Akhirnya Balqis akur jua akan kelemahan pada diri
Kau kutip iktibar dari apa yang telah engkau lalui
Menjadikan kau isteri yang taat kepada seorang nabi

Pangkat dan jua harta tak menjamin bahagia
Cantik dan keayuan wajah kan pudar akhirnya
Kemiskinan di dunia tak bererti kau terhina
Itu hanya di pandangan mata
Kemewahan tak bermakna hidupmu akan sentosa 
Kesempurnaan Tuhan menilainya


Tersusun kata-kata , mencipta satu cerita. Baca lirik lagu je tak cukup kan? Saya ada copy dan paste ceritanya dari blog akuislam.com. Jom baca. Semoga bermanfaat :)


*****



Nabi Sulaiman (a.s.) adalah salah seorang hamba Allah SWT yang terpilih di antara hamba-hamba Nya yang lain. Baginda beri kelebihan hikmah dan ilmu dengan dikurniakan mukjizat yang besar dari Allah SWT.


Antara mukjizat yang tersebut ialah boleh memahami dan berinteraksi dengan jin dan haiwan. Allah SWT juga telah menundukkan angin kencang untuk membawa Nabi Sulaiman (a.s.) ke sesuatu tempat yang diberkati Nya, menundukkan segolongan syaitan dan segolongan jin supaya berkhidmat kepada Nabi Sulaiman (a.s.). Semuanya berlaku dengan kekuasaan dan keizinan dari Allah SWT.


Pada suatu masa dahulu, Nabi Sulaiman (a.s.) dengan kekuasaan Tuhan telah menghimpunkan bala tenteranya yang terdiri dari golongan jin, manusia dan burung-burung. Maka berhimpun lah mereka mengikut tertib dalam barisan masing-masing.


Ketika memeriksa barisan tenteranya dari kalangan burung-burung, baginda menyedari bahawa Burung Hud-hud tidak hadir dalam perbarisan. Baginda berkata bahawa Hud-hud akan dikenakan hukuman atau disembelih sekiranya ketidakhadirannya tanpa alasan yang jelas.


Tidak lama kemudian Hud-hud pun datang dengan membawa suatu berita penting dari negeri Saba yang didakwa Hud-hud, baginda sendiri pun belum mendengarnya. Hud-hud pun bercerita lah mengenai Puteri Balqis, pemerintah negeri Saba yang dianugerahi segala apa yang dihajati serta mempunyai singahsana yang besar.


Hud-hud juga melaporkan bahawa puteri tersebut dan rakyat di bawah naungannya menyekutukan Allah SWT lalu menyembah matahari kerana mereka telah disesatkan oleh syaitan.


Baginda seraya bertitah kepada Hud-hud, “Akan kami lihat, apa kamu benar, ataukah kamu termasuk orang-orang yang berdusta. Pergilah dengan membawa suratku ini, lalu jatuhkanlah kepada mereka, kemudian berpalinglah dari mereka, lalu perhatikanlah apa yang mereka bicarakan.”


Maka Hud-hud pun melakukan sebagaimana yang dititahkan oleh Nabi Sulaiman (a.s.) dengan membawa sepucuk surat lalu dijatuhkan kepada Puteri Balqis. Kemudiannya Hud-hud berpaling dan mencuri dengar perbualan puteri dengan para pembesarnya.


Lalu Puteri Balqis berkata, “Hai pembesar-pembesar, sesungguhnya telah dijatuhkan kepadaku sebuah surat yang mulia. Sesungguhnya surat itu, dari Sulaiman dan sesungguhnya: ‘Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bahawa janganlah kamu sekalian berlaku sombong terhadapku dan datanglah kepadaku sebagai orang-orang berserah diri ‘.”


Puteri Balqis kemudiannya meminta nasihat dari para pembesar negeri dalam membuat keputusan bagi menentukan tindakan yang sepatutnya diambil. Namun para pembesarnya menyerahkan pertimbangan tersebut di tangan puteri sendiri dengan berkata, “Kita adalah orang-orang yang memiliki kekuatan dan memiliki keberanian yang sangat (dalam peperangan), dan keputusan berada di tanganmu; maka pertimbangkanlah apa yang akan kamu perintahkan”.


Puteri seraya berkata kepada para pembesar, “Sesungguhnya raja-raja apabila memasuki suatu negeri, nescaya mereka membinasakannya, dan menjadikan penduduknya yang mulia jadi hina; dan demikian pulalah yang akan mereka perbuat dan sesungguhnya aku akan mengirim utusan kepada mereka dengan (membawa) hadiah, dan (aku akan) menunggu apa yang akan dibawa kembali oleh utusan-utusan itu.”


Hud-hud pun pulang melaporkan kepada Nabi Sulaiman (a.s.) tentang apa yang telah didengarinya. Utusan dari Puteri Balqis pun tiba kepada Nabi Sulaiman (a.s.). Baginda kemudiannya membalas utusan dengan mesej berbunyi: “Apakah kamu menolong aku dengan harta? Maka apa yang diberikan Allah kepadaku lebih baik daripada apa yang diberikan Nya kepadamu; tetapi kamu merasa bangga dengan hadiahmu. Kembalilah kepada mereka sungguh kami akan mendatangi mereka dengan bala tentara yang mereka tidak kuasa melawannya, dan pasti kami akan mengusir mereka dari negeri itu (Saba) dengan terhina dan mereka menjadi (tawanan-tawanan) yang hina dina”.


Setelah utusan tersebut berangkat ke negeri Saba, Nabi Sulaiman (a.s.) berbincang dengan para pembesar baginda mengenai niatnya untuk membuatkan kerajaan negeri Saba menyerah diri dan seterusnya menerima Islam. Baginda telah mempunyai rancangan yang bijaksana bagaimana hendak membuatkan Puteri Balqis mengaku kalah dengan bukti kebesaran Allah SWT.


“Hai pembesar-pembesar, siapakah di antara kamu sekalian yang sanggup membawa singgahsananya kepadaku sebelum mereka datang kepadaku sebagai orang-orang yang berserah diri?”, tanya baginda.


Pertanyaan tersebut telah disahut oleh sejenis jin yang cerdik bernama Ifrit yang menjawab, “Aku akan datang kepadamu dengan membawa singgasana itu kepadamu sebelum kamu berdiri dari tempat dudukmu; sesungguhnya aku benar-benar kuat untuk membawanya lagi dapat dipercayai”.


Jin Ifrit menganggap dirinya benar-benar kuat untuk membawa singgahsana Puteri Balqis dalam kadar yang pantas iaitu sebelum pun nabi Sulaiman (a.s.) berdiri dari keadaan duduknya.


Tiba-tiba seorang hamba Allah dari kalangan manusia yang dikurnia ilmu Allah SWT dari al-Kitab pula menyahut, “Aku akan membawa singgahsana itu kepadamu sebelum matamu berkedip”. Sebelum sempat mata Nabi Sulaiman (a.s.) berkedip, maka tersergamlah singgahsana Puteri Balqis di hadapan baginda.


Seraya baginda berkata: “Ini termasuk kurnia Tuhanku untuk mencuba aku apakah aku bersyukur atau mengingkari (akan nikmat-Nya). Dan barang siapa yang bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk dirinya sendiri dan barang siapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia”.


Ratu Balqis adalah seorang wanita yang sangat cantik dan mempunyai akal yang cerdas, oleh sebab itulah golongan jin merasa iri hati dengannya. Mereka mengatakan bahawa Ratu Balqis itu mempunyai dua aib, pertama tubuhnya pendek dan kedua betisnya seperti betis unta.


Nabi Sulaiman sangat cerdik. Baginda menggunakan cara lain untuk memperlihatkan kekuasaan Allah kepada Ratu Balqis. Maka Nabi Sulaiman memerintahkan supaya para Jin mengubah sedikit singgahsana Ratu Balqis, lalu beliau menyuruh pula membangun sebuah mahligai yang dibuat dari kaca. Bahagian bawah mahligai tersebut dan kelilingnya mengalir sungai-sungai dengan berisikan ikan-ikan, di atas air itu dibuat sebuah jambatan daripada kaca.


Ketika Ratu Balqis dan rombongan tiba, Nabi Sulaiman bertanya kepadanya: “Apakah ini singgahsanamu?


Ratu Balqis menjawab: Mungkin!


Dia tidak mengatakan ya, kerana dilihatnya ada sedikit perubahan. Tetapi tidak mengatakan bukan, disebabkan ada sebahagian yang serupa dengan singgah-sananya. Dari jawapan Ratu Balqis itu, tahulah Nabi Sulaiman as bahawa ia adalah seorang wanita yang berakal sempurna serta bijaksana.


Kemudian Nabi Sulaiman as menyuruh tamunya itu masuk ke dalam istana. Ketika Ratu Balqis melihat ke dalam istana, ia melihat seakan-akan ada aliran air, sehingga ia mengangkat kainnya, sehingga betisnya tersingkap. Nabi Sulaiman as melihat betisnya itu, maka tidak ada satu aibpun seperti yang disampaikan oleh golongan jin.


Nabi Sulaiman berkata kepada Ratu Balqis: “Ini adalah sebuah mahligai yang licin, ia dibentuk daripada kaca.”


ketika Ratu Balqis menyaksikan betapa hebatnya Nabi Sulaiman, ia berkata dalam hatinya: “Walaupun kerajaanku luas, singgahsanaku indah dan megah, bala tenteraku ramai, namun jika dibandingkan dengan semua yang aku saksikan ini, seakan-akan milikku tidak bererti.


Kemudian ia berkata seperti yang diungkapkan di dalam Quran, firman Allah SWT surah An Naml ayat 44 bermaksud: “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku dan aku berserah diri bersama Sulaiman kepada Allah Tuhan semesta alam.” Setelah itu Ratu Balqis pun berkahwin dengan Nabi Sulaiman as. Peristiwa pernikahan Nabi Sulaiman dengan Ratu Balqis ini terjadi pada hari Jumaat.


Begitu besarnya kerajaan Nabi Sulaiman as. yang mana angin sebagai kenderaannya, manusia dan jin sebagai tenteranya, burung sebagai pembantu dan teman-teman bercakapnya, binatang-binatang buas sebagai buruhnya dan para malaikat sebagai utusannya.


Nabi Sulaiman as mempunyai satu padang, sebahagian tanahnya terbuat daripada emas dan sebahagian lagi daripada perak. Jika tenteranya berbaris di padang itu, maka panjang barisan itu tidak kurang dari seratus parsakh. Sedangkan luas tempat tinggalnya adalah sebulan perjalanan.


Kemudian golongan jin membuat untuknya sebuah permaidani daripada emas dan perak. Pada permaidani tersebut terdapat dua belas ribu mihrab, pada setiap mihrab terdapat kursi daripada emas dan perak, kemudian duduk di atas tiap-tiap kursi tersebut seorang yang alim dari ulamak Bani Israil.


Pada setiap hari dimasak kira-kira seribu unta, empat ribu lembu dan empat puluh ribu kambing. Nabi Sulaiman juga mempunyai piring-piring yang besar bagaikan kolam dan periuk yang tetap berada di atas tungku.


Firman Allah SWT:


“Para jin membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang dikehendaknya dari bangunan yang tinggi dan patung-patung dan piring-piring yang besarnya seperti kolam dan periuk yang tetap berada di atas tungku.” (Saba’: 13)


Begitu besarnya nikmat dan kelebihan Nabi Sulaiman as. Namun begitu kelebihan dan kenikmatan umat Nabi Muhammad SAW yang beriman, di dalam Syurga nanti disediakan tempat-tempat tinggal dan darjat, kebun-kebun, sungai-sungai dan buah-buahan. Di dalamnya diperolehi segala sesuatu yang menyenangkan jiwa dan mata. Di dalamnya juga terdapat sesuatu yang tidak pernah terlintas oleh fikiran manusia.


Dikisahkan bahawa serendah-rendah darjat tempat umat Nabi Muhammad SAW di dalam Syurga itu ialah seratus kali luas kerajaan Sulaiman as. Malah lebih baik, kerana Syurga adalah tempat yang abadi. Di dalamnya tidak ada matahari, kesejukan, kesakitan, kesusahan serta lain-lain penderitaan. Di Syurga adalah tempat yang abadi, kesenangan tanpa batas, pemberian tanpa dihitung, penerimaan tanpa ditolak.


Ada Syurga yang dinamakan dengan Darussalam, di dalamnya mempunyai keselamatan tanpa adanya kebinasaan, kenikmatan tanpa malapetaka, kecintaan tanpa permusuhan, kemuliaan tanpa kehinaan serta bermacam-macam lagi kenikmatan yang sukar untuk diungkapkan.


Kemudian Syurga Jannatunna’im. Sesungguhnya bagi orang-orang yang bertakwa disediakan di sisi Tuhan mereka Syurga kenikmatan. Di dalamnya para hamba-hamba-Nya bertempat tinggal, para nabi menjadi sahabatnya, tinggal kekal  dalamnya dengan kurnia yang berlimpah ruah. Tidak ada kesusahan di dalamnya, terdapat bidadari cantik dan jelita, mahligainya tinggi dan tempat yang luas.


Syurga Firdaus, disediakan bagi orang-orang yang tidak menyekutukan Allah SWT dengan sesuatu, menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat, tidak membuat kemungkaran serta menjalankan segala yang diperintahkan Allah SWT. Allah SWT menjadikan penghuni Syurga ini sebagai kekasihNya.


Di dalam Syurga Firdaus terdapat empat sungai, iaitu sungai dari air tawar, sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai dari air arak yang lazat rasanya dan sungai air madu. Di dalamnya juga diperolehi berbagai macam buah-buahan. Ada lagi empat mata air iaitu: Salsabil, Zanjabil, Rohiiq dan Tasniim. Ada lagi dua mata air yang mengalir dan dua mata air yang memancar, iaitu Al-kaafuur dan Al-kautsar. Di dalamnya juga diperolehi segala sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas dalam hati.


Firman Allah SWT:
“Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa itu di dalam taman-taman dan sungai-sungai, di tempat yang disenangi di sisi Tuhan Yang Berkuasa.”
(Al-Qamar: 54-55)


Dipetik Dari Buku: 2002 Misteri Siri 2 “Himpunan Kisah-kisah Jin Iblis & Syaitan
Pengarang: Muhammad Isa Selamat.


Aku Belajar Dari Kamu

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum ..


Boleh dikatakan agak lama juga aku berkecimpung dalam kerjaya blogging ni. Kerjayalah sangat TIA .. Bermula dari suka-suka , boleh pula jatuh cinta. Yes! I love blogging. Benarlah orang kata , tak kenal maka tak suka. Tak suka , maka tak jatuh cinta. Heheh .. Stop it TIA!


Aku selalu belajar untuk menjadi seorang penulis. Penulis yang bercinta dengan penulisannya. Penulis yang berkhayal dalam dunia imaginasinya. Penulis yang memukau hati pembacanya.


Tapi , entah kenapa agak kesukaran untuk aku berjaya ke level tu. Aku rasa macam aku ni newbie and maybe always gonna be newbie aje kot. Hehe.


Aishh ..


Macamana sekali newbie pun aku rasa , aku tak letih nak belajar. Yes! Learn how to be an awesome writer. Aha! Then aku carilah blog-blog yang dah sememangnya awesome. Kata nak belajar kan. Hmm , aku baca entri-entri dorang. Aku cari keunikan dorang.


Its kinda hard. Yelah , aku kata aku nak belajar. Tapi sebenarnya aku tak tau apa yang aku nak belajar-kan. Maybe cara dorang menulis? Or maybe isu yang dorang ketengahkan dalam entri? Huh , macam-macam maybe dah aku sebut.


But the truth is , kita ni sebenarnya tak boleh berhenti belajar. Ilmu tu takkan pernah habis untuk ditimba. Doakan saya jadi seorang penulis. Bukan dalam blog aje. Maybe penulis novel pulak. Yeahhh .. Wish me luck. Haha :)


Sunday, February 17, 2013

Sejauh Mana Ego Mu?

Soalan :

Kalau anda diberikan sekeping kertas , lalu diminta untuk melukis sebuah kotak. Kotak saiz bagaimana yang anda akan lukis? Tak kiralah macamana sekalipun saiz kotak tu. Besar atau kecil. Berhenti membaca sebentar dan mula fikirkan sekarang apa saiz kotak yang akan anda lukis? Besar memenuhi ruang kertas? Sederhana? Atau kecil?


Sudah fikirkan jawapannya?


Pastikan ada jawapan okey untuk soalan di atas.



Jawapan :

Kalau kotak besar memenuhi ruang yang akan anda lukis , bermakna tinggilah ego yang anda ada.


Kalau sederhana kotak yang anda akan lukis , bermakna sederhanalah ego yang anda miliki.


Kalau kecil saiz kotak yang anda akan lukis , maka kecil lah ego anda itu.


Jadi , yang mana satu jawapan anda?
Saya? Hahaa! Besar .. Tak sangka ego saya tinggi ya ..
Jangan serius. Sekadar hiburan sahaja ;)

Jangan Biar Ia Ternoda

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum ...


Sehingga kini kau masih membisu.
Apa yang berlaku?
Apa kau terasa denganku?


Jangan biar salah faham meragut percayamu terhadapku.
Itu cerita dulu.
Cerita di mana aku dan dia memang bersama selalu.
Tapi tak pernah langsung hadir rasa istimewa seperti itu.
Aku tidak seistimewa dirimu.
Aku hanya teman yang bersandar dengannya suatu ketika dulu.


Terpulang pada dirimu.
Mempercayai aku atau terus meragu.
Aku dan dia tak pernah sedikit pun punya rasa cinta mahupun rindu.


Kini , kau temanku.
Dulu , dia juga temanku.
Kamu berdua sahabatku.


Tapi demi kamu , aku lepaskan persahabatan dengannya.
Agar kau tak merasa terluka.
Berburuk sangka dengan hubungan lama.


Kini , aku pergi mencari bahagia.
Bahagia bersama seseorang yang tercipta.
Walau masih tak ku ketahui siapa.
InsyaAllah pasti ada.
Yang pasti , jangan biar persahabatan kita ternoda hanya kerana cerita lama
Doaku sentiasa mengiringi kalian berdua ..

Bila Sudah Tersangat Rindu

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum ..


Baiklah , tengah bersedih sekarang sebab pagi ni dah last duduk rumah. Cuti dah habis so kena balik kolej semula. Kejap sangat cuti .. Fine , fineeeeee tak reti ucap syukur .. Huhuuu ..


Saya akan sangat-sangat-sangat dan sangat merindui keluarga tercinta bersama rumahku syurgaku. Tunggu bulan tiga pula baru dapat balik rumah lagi.


Tiket bas dah beli. Jam9 pagi dah kena gerak. Agak-agak sampai Kota Kinabalu around 3 petang lah macam tu. Ambil bas lagi terus pergi kolej , cincai kira mungkin dalam jam 5 dah boleh sampai bilik landing atas katil.


Takat tu ajelah buat masa ni. InsyaAllah blog akan berupdate juga. Tak selalu but at least adalah kan. Jaga diri and happy blogging :D

Saturday, February 16, 2013

Budak Sekolah Masuk UiTM

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum ..


Dia pakai tudung bulat.
Sebiji macam tudung sekolah agama.
Bezanya , warna tudung dia tak lagi putih.


Dia suka pakai baju kurung.
Katanya lebih selesa dan sudah terbiasa.
Hari-hari pakai pakaian yang sama.
Baju kurung , tudung bulat.


Dia tak kisah orang kata dia ketinggalan.
Dia tak nak jadi hamba fesyen.
Dia bukan menjadi perhatian.
Sebab dia tak hot.
Pakaian longgar , habis tertutup semua.


Dia tak kisah apa orang kata.
Paling penting , dia ada kawan yang menerima siapa dia seadanya.

Dah Bersedia Nak Jadi Terkenal?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum ..


Pernah terfikir suatu hari anda akan jadi seseorang yang dikenali? Pergi mana-mana orang berbisik tak henti.


Ahh! Tak kisahlah kalau itu cuma angan-angan yang tak bersudah.


Menjadi seseorang yang dikenali bukanlah semudah pejam mata. Banyak perkara yang perlu di ambil kira. Nak jaga hati sini sana. Sampai sudah , diri sendiri pula yang merana.


Manusia ni pula ada penyakit hati. Tak boleh tengok orang senang sikit , mesti nak dengki. Yang baik tak dipandang , yang buruk pula diheboh sana sini. Habis cerita masa silam dikaji. Kononnya nak yang sensasi.


Tak kisahlah kalau dikenali. Yang penting jangan lupa diri. Sentiasa ingat asal usul saudara saudari. Bila dah terkenal nanti , jangan lupa untuk berbakti. Bukan nak dipandang tinggi. Sekadar bukti tak pernah pentingkan diri.


Dah bersedia perkenalkan diri? :)

Aku Sahabat, Kau Kekasih

Ehsan Google


"Ain , jomlah join kami sekali." Pelawa Aleeya.


"Takpelah Leeya. Ain boleh naik bas." Hatiku berbelah bagi. Bukan cemburu.


"Alaa , tak payahlah naik bas. Leeya pun nak naik kolej juga. Ada barang yang tinggal. Nanti Naim datang ambil. Ain ikut ya?"


Pandangan Aleeya yang seolah-olah memujuk membuatkan aku akur untuk mengikut mereka. Lagipun , aku tidak mahu Aleeya berfikir yang bukan-bukan. Naim ada sekali. Bolehkah aku bersikap bersahaja?


***

Beberapa bulan sebelumnya ...


"Hari ni kita makan dekat luar?" ajak Naim. Aku gembira dan bersetuju. Ini bukan pertama kali aku dan Naim keluar bersama. Sudah berkali-kali dan ini entah kali ke berapa kami meluangkan masa bersama.


"Ain , kau tau tak. Aku ada cerita hot. Cerita ni dah makin tersebar kau tahu." Naim memulakan bicara.


"Cerita apa? Bagitaulah." Itulah aku. Pantang mendengar gosip , pasti aku tidak mahu ketinggalan.


"Amboi kau. Kalau cerita hot , laju je kau kan." Sindir Naim.


Aku tersengih.


"Aku tak tau lah makhluk mana yang sebarkan cerita kata kita ni couple."


Aku ketawa mendengarkan kata-kata Naim.


"Couple?"


Tiada apa yang hendak aku hairankan. Memang lumrah manusia. Lebih suka menilai melalui pandangan. Aku dan Naim memang seperti pasangan kekasih. Selalu bersama. Ada saja masa lapang , kami pasti akan keluar untuk hilangkan stress. Pergi ke kelas , kami pasti akan bersama-sama. Pendek kata , di mana aku ada di situ Naim ada.


Selama setahun lebih kami berkawan. Aku selesa. Dia tidak pernah mengambil kesempatan di atas persahabatan kami. Andai dia ada masalah , pasti akan diluahkan padaku. Begitu juga sebaliknya.


Naim memang seorang sahabat yang baik. Setiap salah dan silapku , pasti dia akan menegur. Aku selalu menerima teguran dan nasihatnya kerana aku akui , itulah peranan seorang sahabat. Menegur bila sahabatnya melakukan kesilapan.


Tapi semuanya mulai berubah semenjak aku memperkenalkan Aleeya pada Naim.


"Leeya jangan risau , Ain yakin Naim lelaki yang baik. Selama Ain berkawan dengan dia , Ain tau dia bukan macam lelaki lain yang Ain pernah kenal."


"Kalau betul Naim tu baik , kenapa Ain tak terima je Naim? Ain dengan Naim tak pernah bercinta ke?"


Aku terdiam mendengarkan soalan Aleeya. Bukan Aleeya sahaja yang bertanya , tapi rakan-rakanku dan Naim juga pernah bertanyakan hal yang sama. Memang ada benarnya kata-kata Aleeya. Naim lelaki yang baik. Atas alasan apa aku tidak menerima Naim?


"Leeya. Ain tak tau macamana nak jelaskan dekat Leeya. Tapi sejujurnya , selama kami berkawan tak pernah ada sekelumit perasaan yang istimewa pun pada Naim. Ain cuma anggap Naim kawan baik yang paling rapat dengan Ain. Naim selalu jaga Ain. Kami memang rapat sampai orang sekeliling ingat kami bercinta padahal tak."


Itulah hakikatnya. Bagi aku , Naim tak lebih dari seorang sahabat. Tidak pernah terlintas di fikiranku untuk bercinta dengannya.


Semenjak Aleeya dan Naim mulai rapat , aku dapat rasakan hubungan aku dan Naim semakin goyah. Sudah tidak seperti dulu. Aku pernah terasa hati dengan mereka. Masih lagi ku ingat pada pertemuan mereka yang pertama , beria-ia mereka mengajak aku untuk menemani mereka.


Tapi kini , semuanya sudah seperti rahsia. Aku sangka mereka sudah tidak pernah bertemu. Rupa-rupanya berkali-kali. Mereka bukan bertemu berdua tapi Aleeya mengajak rakannya yang lain pula untuk menemani mereka. Dan aku langsung tidak mengetahuinya sehinggalah pada suatu hari Aleeya tersasul cakap dia baru pulang dari bertemu Naim.


Luluh juga hati ini bila mengenangkan Naim yang seolah-olah membuang aku jauh dari hidupnya. Sudah tiada panggilan atau SMS lagi yang ku terima dari Naim. Sudah tiada ajakan lagi untuk menemani mereka bila berjumpa. Sepi.


Terpukul dengan sikap mereka membuatkan aku menerima semuanya dengan senyuman. Biarlah. Bukan aku yang mahu menjauh. Mungkin ada baiknya jika aku menerima keadaan seperti ini.


Aku sedar , aku memang tidak patut hadir di antara mereka. Memang benar dulu aku dan Naim bersahabat. Tapi kami tidak boleh menjadi serapat dahulu. Aku wanita dan aku faham benar apa perasaan Aleeya andai aku dan Naim masih seperti dulu. Tiada wanita yang sanggup menahan perasaannya bila orang yang dia sayang melebihkan orang lain berbanding dirinya.


Kenangan aku dan Naim biarlah tersimpan kemas dalam memori. Dan Naim , seorang sahabat yang terbaik pernah aku ada. Aku yakin , dia boleh menjadi seseorang yang menyayangi pasangannya dengan sepenuh hati.


***


"Ain , jom .. Naim dah sampai tu."


Panggilan Aleeya mematikan lamunanku. Aku menarik nafas perlahan. Aleeya menarik tanganku dan aku hanya mengikutinya.


Berada di dalam kereta bersama Naim dan Aleeya membuatkan aku merasa janggal. Kami bertiga diam tanpa berkata apa-apa. Dan aku , lebih suka membuang pandangan ke luar tingkap.


Tidak sampai beberapa minit , kami akhirnya sampai ke destinasi.


"Terima kasih." Ucapku sebelum keluar dari kereta tersebut.


"Sama-sama." Jelas kedengaran di telingaku suara Naim. Pintu kereta ku tutup.


***


Takkan pernah ada rasa benci dalam hatiku.
Terima kasih sahabat ..


Habis!


Ehsan Google


Bicara Penulis : Benarkah akan timbul rasa istimewa walaupun hanya dalam persahabatan di antara dua insan yang berlawanan jantina? Tepuk dada , tanya selera ... Komen anda?

Friday, February 15, 2013

Gara-gara Terbiasa

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum ...


Masa Ketagih Berblog

Kalau dulu masa gian berblog , tidur 4-5 pagi pun tak kisah. Lepas tu bangunnya karang pukul 12 tengahari. Malam jadi siang , siang jadi malam. Gara-gara blogging je tu. Rasa macam tak ada life je bila ingat balik.


Kalau blackout , automatik line wireless akan hilang. Masa tu , rasa macam blur je sebab tak dapat online. Asyik rindukan blog je memanjang. Facebook pun tak pandang dah tu.


Ada idea nak update entri ke tak , mesti nak online blog juga. Biarlah kalau tengok sampai 10 kali pun page depan blog. Tak kisah asalkan dapat tengok.


Sekarang Dah Lain

Semenjak masuk UiTM balik , secara perlahan-lahan gian nak berblog tu mula berkurangan. Yelah dekat sana bukan tak ada kemudahan internet tapi masa tu rasa macam terhad sangat. Tumpuan tu lebih sangat untuk belajar.


Sekarang bila balik cuti dekat rumah , memang terasa sangat semangat blogging tu semakin turun. Kalau dulu sanggup berjaga malam semata-mata nak online je. Sekarang , tepat jam 11 malam mata mulalah rasa slow motion.


Update blog pun bila ada idea je. Bila tak ada , saya lebih suka membaca. Hari Ahad ni nak balik UiTM dah. Mula lah sibuk belajar balik. Maka blog pun akan terabai lagi lah. Heheee.


Tapi macamana sekalipun mood blogging saya jatuh , tak pernah terlintas nak tutup blog ni. Biarlah tersadai tanpa diusik. Terlalu banyak kenangan saya dengan blog ni. Masuk bulan empat ni , genaplah usia blog saya dua tahun. Tak kejap , tak lama , tapi ada.


Pssttt : Okey fine. Cerita pasal MOMO saya tu sampai sekarang tak update lagi. Maaf buat ternanti-nanti terutamanya Encik H ..

Buat Panggilan Palsu Untuk Samsung Corby 2 (II)

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum ...



Sebelum ni dah cerita pasal Kelebihan Samsung Corby 2 , sekarang nak cerita pasal panggilan palsu pula. Haa , jangan tak tau handphone ni boleh buat panggilan palsu atau dalam English , fake call.


Fungsi panggilan palsu ni banyak. Terpulanglah pada individu tu sendiri nak guna untuk tujuan apa. Contohnya nak lari dari meeting konon-konon dapat panggilan dari kampung.


Yang best dekat sini ialah :

  1. Panggilan palsu tu macam REAL okay!
  2. Boleh ubah nama , nombor dan gambar si pemanggil palsu
  3. Bila tekan butang hijau (mean angkat panggilan tu) , ada suara yang kita sendiri boleh rekod ikut suka

Best tak? Saya dah cuba dan memang menjadi. Its awesome! Hehee ..


So , ada yang dah pernah cuba?
Haa , ada yang teringin nak pakai handphone tu?
Hehee ..


Saya puas hati sangat guna handphone Samsung ni ;)

Thursday, February 14, 2013

Ulasan : Wanita di Berjaya Times Square

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum ...


Pergi mana-mana blog banyak sangat update pasal wanita yang kononnya dikatakan bunuh diri di Berjaya Times Square.


Aku tak nak ulas panjang-panjang pasal hal ni sebab rata-rata maklumat yang aku baca dari blog sekian , sekian pun belum dapat disahihkan lagi. Penulis sendiri masih kabur-kabur dengan maklumat yang dia dapat.


Macam-macam statement yang keluar sampai buat aku tak tau nak percaya yang mana satu. Last-last aku baca then out.


Risau juga aku sebab bila maklumat tak betul , orang lain main terus percaya , tak ke naya macam tu? Aku ambil contoh mudah. Ada yang kata wanita tu bunuh diri sebab boyfriend. Pengomen-pengomen yang tak tau kesahihannya terus percaya. Tak cukup tu , komen pula tuduh yang bukan-bukan. Padahal puncanya tak diketahui pun.


Benda tu tak kena pada batang hidung sendiri. Jadi , janganlah cari pasal. Janganlah burukkan keadaan. Selidik dulu sesuatu hal tu samada betul atau tidak. Sebaiknya , jadikan pengajaran. Bukan diburukkan ..

Pasangan Hidup : Mana Adil

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum ...


Baca blog sini , "ciri-ciri lelaki pilihan".
Baca blog sana , "ciri-ciri wanita pilihan".


Bila baca ciri-ciri yang dinyatakan , mak oii! Kemain lagi. Tip top punya ciri-ciri. Punya tinggi taste.

  1. Kacak
  2. Beragama
  3. Berharta
  4. Berpelajaran
  5. Setia
  6. Penyayang
  7. Bertanggungjawab
  8. Sekian , sekian , sekian ...

Pendek kata , nak pakej yang LENGKAP! Serba serbi sempurna. Soalnya , sudahkah kita cermin diri kita ni 360 darjah? Layakkah kita mengharapkan pasangan yang meletop ciri-cirinya seperti di atas?


Tak salah mengharapkan yang terbaik untuk diri kita. Tapi macamana dengan diri kita? Sudah cukup baikkah untuk menjadi yang terbaik buat bakal pasangan?


Jadilah yang terbaik sebelum mengharapkan yang terbaik.


Pendek kata , kita betulkan diri kita dulu. Perbaiki amalan. Ubah yang mana patut. Mohonlah pada Allah S.W.T agar dikurniakan pasangan yang beriman untuk menemani kita.


Pasangan yang kacak atau cantik , takkan kekal selamanya.
Pasangan yang kaya harta benda , tak boleh bawa mati hartanya.
Pasangan yang beriman , insyaAllah sampai ke syurga :)



Tuesday, February 12, 2013

Bukan Tak Suka Tapi ...

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum ...


Masing-masing ada sejarah hidup sendiri. Tak kira lah baik ke buruk. Ia tetap sejarah. Aku pun ada sejarah hidup. Sejarah hidup yang mana aku lebih suka diamkannya melainkan ada situasi dan keadaan di mana aku harus menceritakannya pada orang.


Kadang-kadang aku tak suka bila ada orang cuba ceroboh masa silam aku. Saat-saat aku cuba lupakan masa silam tu , tiba-tiba ada pula yang cuba ingatkan balik. Seriously aku akan jadi blur.


Aku tak sanggup menipu dengan mengatakan "aku tak pernah menjadi seperti itu" padahal aku pernah! Tapi itu kan dulu. Aku tak nak buka semula cerita dulu. Kenapa kau mesti tanya kisah silam aku?


Tidak ada insan suci yang tidak punya masa silam. Dan tidak pula ada insan berdosa yang tidak punya masa depan ..

Monday, February 11, 2013

Kerana Aku Bertudung Labuhkah?

"Alhamdulillah .."


Akhirnya sampai juga aku di terminal bas. Aku mula mengatur langkah untuk mencari tempat menunggu kerana masih ada dua jam lebih sebelum bas yang akan aku naiki bertolak.


Aku mengesat peluh yang mula mengalir. Penat. Tapi aku cuba sembunyikan dengan mengukir senyuman. Bahu kanan mula terasa lenguh mengangkat beg yang berisi pakaian. Aku meneruskan langkah untuk mencari tempat duduk.


Sesampainya di kawasan tempat duduk terminal , tiba-tiba aku menjadi gugup. Entah kenapa hari ini terlalu ramai yang berada di terminal. Aku berhenti sebentar dari terus berjalan dan memerhati keadaan sekeliling.


Tiada tempat kosong.


"Adik nak pergi mana?"


Aku terkejut mendengarkan satu suara yang tiba-tiba kedengaran dari arah belakangku. Aku hanya memalingkan muka untuk melihat empunya suara.


"Saya balik Sandakan. Tiket dah ada terima kasih." Aku tersenyum.


Tanpa berkata apa-apa lelaki tersebut pergi meninggalkan aku. Mungkin mencari pelanggan lain yang mahu membeli tiket bas. Duga hatiku.


Aku mengangkat semula beg dan terus berjalan dengan harapan akan ada tempat kosong buatku. Dapat aku rasakan mata-mata yang melihat aku sedang berjalan. Rasa malu mula menerpa. Mereka melihat aku seolah-olah ada keganjilan yang ada pada diriku.


Aku mempercepatkan langkah tanpa melihat mana-mana lagi.


"Assalamualaikum ustazah .."


Huh?! Sempat lagi. Walaupun suara itu hanya sepintas lalu , tapi amat jelas kedengaran di telinga. Aku tahu mereka mahu mengusik. Aku hanya berjalan dan mataku tertumpu pada satu tempat duduk. Lega terasa bila dapat berehat sekejap dan lari dari pandangan-pandangan manusia yang melihat aku seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena pada diriku mahupun pakaian yang aku pakai. Kerana aku bertudung labuhkah?



"Beruntunglah orang-orang yang ganjil itu .."


Mereka dianggap ganjil kerana ketika manusia sudah selesa dengan kerosakan dan menerimanya sebagai satu cara hidup , kelompok yang ganjil ini mengajak kepada ma’ruf dan mencegah kemungkaran. Namun mereka menjadi asing dan ganjil kerana mereka adalah minoriti. Majoriti mahukan maksiat dan kerosakan. Minoriti ini menyeru kepada ketaatan dan kemuliaan hidup.


Mempertahankan Islam di akhir zaman ini umpama menggenggam bara api. Kalau tidak bersungguh-sungguh nescaya agama akan terlepas dari genggamannya kerana suasana sekelilingnya yang tidak membantu pada kebaikan.