Saturday, March 30, 2013

Kasih Boyfriend dan Girlfriend

Assalamualaikum.

Kasih seorang ayah jauh lebih berharga dari kasih seorang boyfriend.


Kasih ibu membawa ke syurga jauh lebih bermakna dari kasih seorang girlfriend.


Beruntunglah kalau dapat seorang SUAMI yg ada ciri2 seorang ayah , bertuahlah kalau dapat seorang ISTERI yg ada ciri2 seorang ibu ..

Blog Pujaan Hati

Assalamualaikum.

Walaupun ada facebook , twitter , instagram , tumblr , apa lagi? Tak tau *geleng kepala*


Tetap blog jadi pujaan hati. Entah kenapa aku tak pasti. Mungkin sebab aku bebas berkongsi? Menceritakan pengalaman yang pernah dilalui.


Seriously dah tak sabar nak balik bercuti. Ada 2 minggu lagi ni. Cepat-cepatlah cuti :D

Thursday, March 28, 2013

Mengejar Seorang Lelaki

Assalamualaikum.

Petang tadi masa dalam perjalanan nak masuk dewan peperiksaan , tetiba nampak dompet seseorang jatuh. Orang tu pula tak perasan. Atas dasar keperimanusiaan , aku pun tolonglah mamat tu. Aku panggil-panggil pun dia tak dengar. Yang dia pula laju sangat jalan. Aku takut kehilangan mamat tu.


Apalagi , aku pergi kejar lah dia. Dah dekat , aku panggil pun masih tak dengar. Alih-alih , aku tarik beg dia. Sekali dia pusing , senyum-senyum , sengih-sengih tengok aku. Dia kata "eh hai". Dia ingat aku nak ngorat la tu. Aku pun kata "eh tak. Ni dompet awak jatuh."


Aku malu gila sebab baru perasan masa aku kejar mamat tu , rupanya dekat tepi sebelah kiri ada ramai pelajar lelaki bersusun. Ok fine aku kata , tebalkan jelah muka.


Nota Penulis : Mamat yang aku kejar tu sebenarnya lelaki lembut ok. Jangan salah faham pula :)

Wednesday, March 27, 2013

Memendam Rindu

Assalamualaikum.

Malam ni malam yang sangat bermakna untuk aku. Gembiranya aku hanya Allah yang tahu. Sekian lama aku memendam rindu pada ayah yang sudah lama tidak ku temu. Akhirnya malam ini ucapan rindu itu dapat juga aku luahkan walau air mata sudah bercucuran jatuh tanpa segan silu.


Tak pernah ku ucap begitu. Terlalu tebal rasa malu. Ah , malu yang patut ku singkir dari dulu. Dia ayahku.


"along rindu ayah!"

berguguran jatuh air mataku mengenangkan ayah yang jauh :'(

Ujian dan Pertolongan dari Allah SWT

Assalamualaikum.

Aku tersenyum bila ada orang mempersoalkan kenapa aku macam orang tak ada masalah yang hari-hari ketawa bahagia. Tengok aku gembira macam tak ada apa-apa masalah yang melanda. Padahal bila kamus hidup aku di buka , rasa sesak nafas pun ada.


Aku pun kata , semua orang pasti ada masalah yang perlu dihadapi. Tapi kalau kita orang yang bijak melihat dengan mata hati , kita akan sedar itu semua hanya ujian dari Allah SWT untuk menguji. Jangan lihat masalah itu musibah pada diri tapi anggaplah itu tanda Allah SWT menyayangi.


Siapa kata aku tak pernah kecewa? Siapa kata aku tak pernah terluka? Siapa kata aku tak pernah menangis merana? Aku pernah rasa semuanya. Sampai satu tahap aku rasa semangat aku down gila. Macam nak putus asa teruskan kehidupan pun ada.


Tapi bila aku fikir semula , sebenarnya ini cara DIA untuk menyedarkan aku bahawa aku sudah terlalu jauh dari-Nya. Aku terlalu leka dengan hal dunia. Aku lupa hidup ini sementara padahal di akhirat sana akan menyusul tiba.


Tiap kali kita diberi ujian , ingatlah bukan masalah kita yang paling berat. Ada lagi ujian orang lain yang lebih hebat. Cuma kita yang pentingkan diri tidak mahu melihat. Pertolongan Allah itu tidak terlalu cepat dan tidak pula terlalu lambat. Tapi ianya selalu tepat!

Merepek di Malam Hari

Assalamualaikum.

Aku tak pernah rasa ada abang atau kakak sebab aku lah anak perempuan yang pertama dalam keluarga. Umur aku dah masuk 22. Macam tak percaya aku dah lama tinggalkan zaman kanak-kanak ribena. Semuanya berlaku dalam sekelip mata. Yelah kan , kita hidup ni bukan makin muda tapi makin tua.


Bila duduk termenung sendiri , mulalah berangan nak ada suami. Gara-gara terpengaruh dengan cerita cinta lepas kahwin lah ni. Padahal tak habis belajar lagi.


Aku tak tahu apa sebenarnya motif buat entri ni. Dah penat mengulangkaji tadi. Aku pun merepeklah dalam blog ikut suka hati. Kan F.O.C (baca : free of charge). Kejap lagi nak sambung study. So , nasiblah siapa yang baca entri tak berfaedah ni. Selamat pagi everybody :3

Monday, March 25, 2013

Aku Memilih Cinta-NYA

Sesungguhnya kita sebagai manusia takkan pernah lari dari membuat kesilapan. Tapi pintu taubat sentiasa terbuka luas untuk mereka yang mahu bertaubat.


Safiyah menarik nafas dalam. Dia nekad dengan keputusannya. Jam di dinding berdeting menandakan sudah masuk pukul 12 tengari. Pada pukul 2 nanti dia akan bertemu dengan Ezad.

"Nanti Ezad datang ambil okey. Around 1.30 macam tu."

"No! Tak , tak payah. Awak tunggu je dekat panggung wayang tu. Kita jumpa dekat sana." Ujar Safiyah.

"Tapi kenapa sayang? Selalu okey je. Awak dah malu ke nak naik motor sama-sama dengan saya?" Soal Ezad. Safiyah bukan begini. Tak pernah safiyah menolak bila Ezad menawarkan diri untuk mengambil atau menghantarnya setiap kali mereka keluar. Malukah Safiyah dengan dirinya? Tapi kenapa baru sekarang?

"Tak. Tak apa. Saya boleh datang sendiri. Awak just tunggu saya okey. Nak letak telefon ni." Kata Safiyah.

"Okeylah kalau macam tu. See you there sayang. I miss you. I love you." Ucap Ezad. Memang sudah menjadi kebiasaan untuk mengucap rindu dan cinta sesama mereka.

"Hmm. Okey." Panggilan dimatikan.

"Sekali lagi Ezad terkejut dengan kelakuan Safiyah. Tiada langsung ucapan "I miss you" mahupun "I love you". Dan Ezad menyedari , suara Safiyah hanya mendatar. Tiada suara manja seperti selalu. Apa silapnya sehingga Safiyah tiba-tiba menjadi begitu?

Ezad awal sampai. Dia jadi tidak keruan. Ezad memerhatikan keadaan sekeliling. Dia mencari-cari kelibat Safiyah. Fikirannya tidak menentu. Apa kena dengan Safiyah? Safiyah harus menjawab persoalan-persoalan yang sudah mula bersarang di kepalanya.

Tiba-tiba Ezad terpandang pada satu wajah. Wajah yang biasa dilihat tapi kini kelihatan berbeza. Safiyah! Dia mengenakan baju yang agak labuh dan longgar menutupi punggungnya. Dan dia bertudung! Sangat berbeza.

Safiyah yang sebelum ini lebih suka membiarkan rambutnya yang lurus dan lembut terurai begitu saja. Ezad suka membelainya. Rambut Safiyah wangi. Tapi kini Safiyah sudah menutupnya dengan kain. Masih dapatkah Ezad membelai Safiyah seperti selalu?

Safiyah sudah betul-betul berada jelas di depan matanya. Ternyata kelainan Safiyah menjadikan dia lebih cantik dan ayu. Tiada langsung mekap yang bertempek di muka Safiyah seperti selalu. Tapi dia masih nampak cantik malahan lebih cantik bila wajahnya bersih tanpa sebarang lukisan mekap itu. Ezad merindukan Safiyah.

"Awak nampak cantik sayang." Kata Ezad sambil cuba menyentuh wajah Safiyah. Tapi Safiyah mengelak. Ezad mulai menyedari perubahan yang ada pada diri Safiyah.

"Kenapa ni? Saya ada buat silap ke? Dari tadi awak macam tak pedulikan saya. Awak marah?" Soal Ezad. Perasaan ingin tahunya semakin membuak-buak. Safiyah sudah berubah.

"Saya tak marahkan awak. Nanti kita cerita okey. Jom masuk dulu. Dah nak mula dah tu." Safiyah mengajak.

Ezad tidak membantah. Tiba-tiba dia hilang mood. Dalam panggung wayang , Safiyah dan Ezad duduk bersebelahan. Tangan Safiyah cuba diraih oleh Ezad tapi ditepis oleh Safiyah. Padahal sebelum ini , Safiyah yang beria-ia mahu memegang tangannya. Kadang-kadang , bila menonton wayang Safiyah akan meletakkan kepalanya di bahu Ezad dan sambil itu Ezad akan memeluk pinggang Safiyah.

Tapi sekarang , jangankan peluk pinggang. Nak pegang jari Safiyah pun sudah tidak boleh. Ezad tidak senang duduk. Berbagai-bagai soalan dan tekaan sudah menerpa masuk ke kepalanya. Dia sudah mulai membuat andaian sendiri. Tidak sabar sudah dia mahu keluar dari panggung wayang itu dan mendapatkan jawapan kepada soalan-soalannya dari Safiyah.

"Kita duduk situ. Lebih terbuka." Kata Safiyah. Ezad hanya menurut. Selepas memesan minuman , mereka sama-sama berdiam diri.

"Awak tak makan?" Soal Ezad memecahkan kesunyian mereka.

"Tak saya dah makan dari rumah tadi." Jawab Safiyah ringkas kemudian dia kembali berdiam dan bermain-main dengan straw di dalam gelasnya.

"Awak ..." Panggil Safiyah.

Ezad mengangkat muka dan memandang Safiyah menantikan kata-kata seterusnya.

"Ini kali terakhir kita jumpa."

Terbeliak mata Ezad mendengar apa yang baru saja dikatakan Safiyah.

"Apa awak cakap ni? Kenapa kali terakhir? Awak , kenapa ni? Saya ada buat silap ke? Kalau ada , bagitaulah. Jangan buat saya macam ni." Kejutan demi kejutan diterima oleh Ezad. Belum selesai satu persoalan , muncul pula persoalan lain. Apakah Safiyah sudah tidak mencintainya seperti dulu?

"Saya nak kita putus." Ringkas sahaja kata-kata Safiyah. Tapi sakitnya , betul-betul menusuk di hati Ezad.

"Putus?" Ezad menyoal kembali.

"Kita dah lama bergelumang dengan dosa. Kita tak ada apa-apa ikatan yang sah pun. Kita kehulur kehilir sama-sama tu semua dosa. Kita dah banyak buat dosa. Sampai bila nak hidup dalam keadaan macam ni? Bila-bila masa Allah boleh tarik nyawa kita. Saya sayangkan ayah saya. Saya tak nak ayah yang tanggung dosa-dosa saya. Saya dah fikir masak-masak. Cukuplah hubungan kita sampai sini." Panjang lebar Safiyah memberi penjelasan.

Ezad berdiam diri. Dia kehilangan kata-kata. Apa yang dikatakan oleh Safiyah , semuanya benar. Safiyah bukan yang halal buatnya. Dan dia menyentuh Safiyah tanpa ada rasa bersalah pun.

"Awak , maafkan saya. Saya sayangkan awak. Tapi saya lebih cintakan Allah , pencipta saya. Kerana dia saya ada di depan awak sekarang. Dah tiba masanya untuk awak dan saya , kita berubah ke jalan Allah. Saya minta diri dulu. Assalamualaikum." Safiyah meminta diri.

Cintakan bunga , bunga akan layu.
Cintakan manusia , manusia akan mati.
Cintakan Allah , akan kekal abadi.


Published with Blogger-droid v2.0.10

Sunday, March 24, 2013

Tak Ada Respon, Macamana Ni?

Assalamualaikum.

Setelah bertungkus lumus menyumbat segala idea dalam kepala , akhirnya aku berjaya juga habiskan mengarang CERPEN yang bertajuk Izinkan Aku Mencintaimu. Sebenarnya , masa mula-mula aku nak buat cerpen tu. Aku memang dah set dalam minda nak hantar ke penulisan2u di mana semua cerpen-cerpen dan novel-novel dihimpunkan di situ.


Teringin jugalah nak cerpen yang aku karang tu terpampang di page paling depan. Kata nak jadi penulis kan. Hehe.


Sayangnya , sampai sekarang aku belum dapat apa-apa maklum balas pun dari pihak mereka. Yelah , samada karya aku tu boleh diterima pakai atau tidak? Aku tak touching pun kalau tak diterima. Mungkin aku boleh pampang dalam blog aku sendiri :D


Pertama kali aku siapkan cerpen aku dengan jayanya. So , excited juga lah nak tau komen pembaca. Aku perlukan pengkritik. Tangan pun macam gatal je nak post cerpen tu dalam blog. Tapi kena tunggu respon dari pihak penulisan2u dulu.


Sedih , sedih :(


Alhamdulillah, semua dah selamat..

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Selepas berkampung di rumah kawan 2 hari 1 malam , akhirnya sampai juga saya di bilik tadi jam4 petang. Majlis buat pengantin baru dah pun selesai tadi. Saya yang seronok tengok kedua-dua pengantin. Mood kahwin is ACTIVATE! haha :D


Berita tak baik , kawan sebilik nak balik rumah dia malam ni. So , saya tak ada kawan dalam bilik. Alternatif lain , saya terpaksa tumpang bilik orang lain untuk beberapa hari ni. Okey kejap lagi nak packing barang :(


Gila takut saya nak duduk dalam bilik sorang-sorang. Ramai student yang balik rumah. Yelah kan , study week 4 hari sebelum final 28 Mac ni. Rumah saya jauh beribu batu sebab tu tak balik :'(


Saya ni boleh tahan penakut juga orangnya. Dan saya sanggup jalan jauh tumpang bilik orang lain daripada duduk sorang fikirkan benda lain.


Actually , ada cerita sebenarnya. Tapi lain entri saya cerita okay. Panjang sangat dah ni.

Saturday, March 23, 2013

Majlis Berinai Dengan Tema Merah Jambu

Assalamualaikum.

Sekarang dekat rumah kawan. Rancangnya nak bermalam sebab kakak sepupu dia kahwin. So , dia jemput saya dengan sorang lagi kawan.


Tema malam ni warna merah jambu. Dan saya menepati tema yang mereka mahu.


Sebenarnya malam ni cuma majlis berinai. Tapi tak sangka yang datang nanti ramai.


Nak bersiap dulu.
No picture. Sorry. Hehe.

Friday, March 22, 2013

Fizo Omar Jaga Kami?

Assalamualaikum.

Entri sebelum ni ada kata nak cerita pasal pak cik Fizo Omar kan? Hehe. Sebenarnya bukan real pun Fizo Omarnya. Muka pak cik tu aje yang sebiji hampir macam Fizo Omar.


Pak cik tu polis dekat UiTM ni. Kawan yang lain saya bagitau tak nak percaya. Lepas tunjuk baru menganga. HAHA!


Start situ , pak cik Fizo Omar akan jadi bahan kami. Hehe. Kami tak tau pun nama betul dia. Sebab tu panggil pak cik Fizo Omar.


Lain kali kalau dapat , saya upload gambar pak cik tu eh. HAHA :)

Wednesday, March 20, 2013

Cerita Hari Ini

Assalamualaikum.

Hari ni kelas ada satu je. Jam 8 pagi sampai 10 pagi. Sepatutnya ada lagi kelas sambung dari jam 2 petang sampai 6 petang. Tapi kena BATAL. Saya orang paling gembira! ^_____^


Mungkin sebab minggu ni adalah minggu terakhir kuliah sebab minggu depan 24 sampai 28 Mac adalah STUDY WEEK sebelum FINAL. Pejam celik , dah FINAL.


Tak sabar nak menghabiskan minggu-minggu terakhir ini dan PULANG ke rumah!


So , petang ni adalah aktiviti menyiapkan tugasan yang nak dihantar besok! Dua tugasan sekaligus. Padan muka. Siapa suruh suka sangat menangguh kerja.


Dan besok juga pada jam 7.30 malam , kami ada KUIZ. Kuiz terakhir sebelum final. Melibatkan CHAPTER 7, 8, 9, 10, 11 dan 12. Sekali lagi , padan muka sebab awal-awal tak buat revision. =___=


Pagi ni pak cik Fizo Omar bertugas dekat kolej siswi. HAHA! Lain entri , cerita pasal pak cik FIZO OMAR lak :D

Tuesday, March 19, 2013

Online Guna Handphone dan Laptop

Assalamualaikum.

Semenjak duduk kolej , saya memang jarang sangat dapat update blog guna laptop. Susah nak dapat wireless. Tapi saya ada handphone yang masih boleh diguna untuk update. HEHE ..


Sangat banyak beza bila online guna handphone dengan laptop. Lebih-lebih lagi bila nak blogwalking. Kalau guna laptop , kita boleh buka tab banyak-banyak kan? Guna handphone tak boleh :'(


Sebab tu jarang dapat masuk blog orang lain. Sorry :(
Tapi kalau ada masa , saya akan terjah juga eh ^____^

Bila Kena Belanja, Laju Pula

Assalamualaikum.


Sebelum ni durian crepe pernah jadi buah mulut orang kan? Dah lama sangat rasanya. Unfortunately , aku je yang baru merasa. Haha! Sangat terlambat.


Komen aku pasal durian crepe , dari 5 bintang aku boleh kasi 3 bintang. Boleh tahan sedap juga. Aku ni bab makan memang hantu sikit. Tapi kalau bukan sebab adik aku suka membodek , aku tak merasa kot durian crepe tu. Nak merasa punya pasal , RM10 untuk 4 ketul pun aku beli jugak.


Aku suka makan durian. Tapi tak lah hantu durian. Bagi aku durian memang sedap. Kalau ada orang kasi , aku memang takkan menolak.


Seriously , aku suka kena belanja makan. HAHA! So , sila bermurah hati untuk belanja aku makan okey :D

Kalau kena belanja, laju pula ...

Assalamualaikum.

Sebelum ni durian crepe pernah jadi buah mulut orang kan? Dah lama sangat rasanya. Unfortunately , aku je yang baru merasa. Haha! Sangat terlambat.


Komen aku pasal durian crepe , dari 5 bintang aku boleh kasi 3 bintang. Boleh tahan sedap juga. Aku ni bab makan memang hantu sikit. Tapi kalau bukan sebab adik aku suka membodek , aku tak merasa kot durian crepe tu. Nak merasa punya pasal , RM10 untuk 4 ketul pun aku beli jugak.


Aku suka makan durian. Tapi tak lah hantu durian. Bagi aku durian memang sedap. Kalau ada orang kasi , aku memang takkan menolak.


Seriously , aku suka kena belanja makan. HAHA! So , sila bermurah hati untuk belanja aku makan okey :D

Note : Sorry , tak ada gambar. Kalau nak tau rupa durian crepe tu , sila GOOGLE eh ..

Sunday, March 17, 2013

Tamatnya Zaman Bujang

Assalamualaikum.

Macam dah musim kahwin pula rasanya. Yelah , akhir-akhir ni ramai pula
kawan-kawan yang dah tamatkan zaman bujang mereka. Aku pula yang
terlebih gembira. Seronok bila tengok kawan yang dulu hidup sorang ,
sekarang dah kongsi hidup berdua.


Ucapan untuk mereka yang dah tamatkan zaman bujangnya:

Semoga Allah memberkati kamu berdua dan menyatukan kamu berdua dalam kebaikan ..

Friday, March 15, 2013

Kelebihan Berdoa Untuk Orang Lain

Assalamualaikum.

Esok pagi saya ada test yang nak ditempuhi. Subjek ekonomi. Ada 3
chapter tapi macam 30 chapter saya tengah ulangkaji. Mula test jam
10:30 pagi sampai tengahari. Lepas jawab test nak pergi 1B. Beli
barang sikit , sekali makan untuk tengahari sebab kafe dekat kolej
banyak yang cuti.


Kesimpulannya , doakan semoga saya dapat jawab dengan tenang esok
pagi. Dan semoga saya lulus dengan berjaya nanti. Hehe. Kita mungkin
saling tak mengenali. Tapi ...


Abu Darda melaporkan, Nabi Muhammad pernah berkata, "Doa seorang Islam
bagi orang Islam lain tanpa pengetahuan orang itu, maka doa itu
dikabulkan. Di atas kepala orang yang berdoa itu ada malaikat yang
tugasnya adalah menyambut doa orang itu dengan berdoa, "Semoga Allah
mengabulkan doa kamu itu, dan kamu pun mendapat sebagaimana yang kamu
doakan." [Direkodkan oleh Muslim]

Hilang

I dont know why. But lately , penyakit M dah mula menyerang diri.
Padahal final exam tinggal sebulan je lagi. Malas nak masuk kelas
sebab semua dah habis study. Tinggal nak ulangkaji. Tapi pensyarah
masih buat kelas lagi. Mulut dan hati je cakap malas nak pergi. Masuk
kelas , muka ni juga yang menghadap pensyarah tu semua nanti.


Rindu sangat dekat keluarga. Tak sabar nak balik rumah jumpa semua. 16
April flight saya. Harap-haraplah keadaan dekat Sabah kembali seperti
biasa. Boleh balik rumah habiskan cuti bersama.


Orang kata jasad saya je dekat sini. Tapi hati dah jauh pergi sebab
asyik ingat family. Ya Allah kuatkanlah hati ini untuk terus
bersemangat sehingga peperiksaan akhir nanti. Boleh minta kata-kata
motivasi?

Thursday, March 14, 2013

Angan-angan yang tinggi, tolong pergi!

Terlalu banyak yang diangankan. Sampai aku rasa macam nak tidur supaya
aku berhenti berangan-angan. Bimbang apa diangankan tak kesampaian.


Apa yang aku angankan terlalu tingggi. Dan kadangkala angan-angan tu
bawa aku jauh ke dunia fantasi. Melupakan aku tentang dunia realiti.
Ingin saja aku tinggal di situ terus berimaginasi.


Tapi itu dunia palsu. Aku takkan dapat apa-apa kalau terus berada di
situ. Dunia realiti takkan menunggu. Tapi itulah dunia sebenarku.


Biarlah aku membawa secebis angan-angan untuk dijadikan motivasi.
Perjalananku masih panjang lagi. Aku akan cuba berhenti berangan yang
tinggi-tinggi. Tapi berharap direalisasikan dalam mimpi. Biar sekejap
, ia pasti bererti.

Tuesday, March 12, 2013

Penutup Untuk Hari Ini

Bangun awal pagi nak bersiap ada kelas jam 8 pagi. Jam 7.02 , dapat
SMS dari kawan sekelas kata kelas batal lecturer busy. Tak boleh nak
happy sebab dah bersiap tinggal nak gerak je lagi. Alih-alih kena
batal kelas hari ni. Patah hati , sabarkan diri.


Duduk dalam bilik tak keluar sampai tengahari. Sibuk menghafal doa-doa
yang ustaz bagi. Konon masa kelas jam 4 nanti kena baca sebab tinggal
dua minggu je lagi. Tiba-tiba telefon berbunyi. Kawan kata kelas jam 4
ni kena batal sebab ustaz ada hal yang lagi penting dari kami. Datuk
ustaz meninggal sebab tu dia kena bergegas pergi.


Seharian berlalu tak sedar dah beransur malam hari. Seharian jugalah
tak turun pergi kafe beli nasi. Makan je apa ada dalam bilik ni.
Memandangkan jam akan bertukar ke angka 12 kejap lagi. Sajalah nak
update cerita yang boring lagi tak berfaedah ni.


Semoga esok lebih baik dari semalam :)

Monday, March 11, 2013

Menerima Seadanya

Tiba-tiba handphone berbunyi. Aku baca SMS yang baru dikirim dengan teliti. Kawan sebilik mengadu katanya abang bawa breakfast pagi ni. Aku pun tanyalah , habis tu kenapa macam tak happy? Katanya abang dia tak bagitau pun nak makan dekat KFC. Dia cuma pakai baju biasa dengan muka selekeh macam belum mandi.


Aku pun katalah dekat dia. Kalau lelaki tu baik , muka selekeh macamanapun dia akan terima seadanya. Sekurang-kurangnya , dia tak plastik macam orang lain yang pakai mekap tebal-tebal konon nak nampak lawa. Pakai baju seksi-seksi dedah sana sini bagi orang lelaki tengok secara percuma.


Janganlah dikisah pandangan manusia. Yang penting bagaimana kita di sisi-Nya. Manusia semuanya sama. Yang membezakan hanyalah amalan kita. Jangan cantik di mata manusia , sebaliknya di depan pencipta.


Nota Penulis : Asal nampak bersih dan kemas pun sudah memadai :)

Saturday, March 9, 2013

Kau Yang Membuat Pilihan

Kau diberi pilihan. Kau boleh memilih tanpa ada paksaan. Dan bila kau
sudah membuat keputusan , bermakna kau harus menerima segala kesan
dari tindakan yang kau lakukan.


Sekarang kenapa keluhan kedengaran seperti rungutan? Apa yang kau
keluhkan , apa yang kau rungutkan? Siapa yang kau nak salahkan?


Kau diberi pilihan. Yang memudahkan , atau menyusahkan. Kau memilih
untuk berumah di tepi lautan sedangkan kau tahu bahangnya matahari di
siang hari akan kau rasakan.


Dan kau tak memilih berumah di atas bukit yang tinggi. Katamu lelah
memanjat bukit yang menyakitkan kaki. Dan kau lebih rela berjalan di
bawah panasnya matahari.


Sedangkan kau tahu , di tepi lautan sukar mencari makanan. Di atas
bukit , makanan apa kau mahu ada bersebelahan. Tapi kau tetap mahu
bersama lautan. Baiklah , jika itu yang kau inginkan.


Membuat pilihan atas kehendak sendiri , bermakna harus menerima segala
risiko yang menimpa diri. Sukar atau mudah , yakinlah akan ada
hikmahnya nanti. Tak guna untuk disesali. Perkara yang sudah berlaku
takkan dapat diputar kembali. Tapi lain kali , buatlah keputusan
dengan lebih berhati-hati.

Tuesday, March 5, 2013

Mengharapkan Kemenangan

Aku diam bukan bererti lemah tapi aku mengalah. Bukan tunduk pada
kekalahan tapi cuba meraih kemenangan.


Kemenangan yang tak dapat dilihat dari mata kasar tapi boleh dirasa
melalui ketenangan. Itulah sebenar-benar kemenangan yang aku mahukan.


Kau mahu guna kekerasan , biar aku guna kelembutan. Kau marakkan api
pertelingkahan , biar aku siramkan dengan air kesabaran.


Menang bukan dengan cara menyakitkan , tapi buat dengan cara yang
meninggalkan kesan. Biar menjadi peringatan dan pengajaran. Bukan jadi
musuh berpanjangan ..


Doakanlah kedamaian di Sabah ni. Perasaan saya dah bercampur baur.
Ingatan dekat keluarga tak pernah putus. Ya Allah , aku merindukan
mereka. Kau lindungilah kami dari perkara-perkara yang tak diingini.

#PrayForSabah