Tuesday, April 30, 2013

Cerpen : Egonya Cinta (2)

Assalamualaikum.

Alamak , dah lama cerita ni tergantung. Hehe. Ini adalah sambungan dari Egonya Cinta yang pertama. Nak baca , boleh klik Egonya Cinta. Selamat membaca cerita yang tak seberapa ini.

***

"Mama , Qaseh nak keluar dengan Yana. Nak teman dia beli hadiah." Qaseh meminta izin dengan puan Yusni, mama tersayangnya.


"Tapi balik awal ye. Makan malam dekat rumah." Ujar puan Yusni


"Okey ma. Qaseh pinjam kereta abang Ikmal. Nanti mama tolong bagitau dia eh." Qaseh mencium kedua-dua belah pipi mamanya.


Kunci kereta yang bergantung di belakang pintu dicapai. Puan Yusni hanya memandang anak gadisnya pergi hingga hilang dari pandangan matanya. Hanya Qaseh menjadi harapan buat dia dan suaminya, encik Syamsul.


"Kereta kau rosak lagi eh Qaseh?" Soal Yana. Melihatkan kereta yang digunakan Qaseh , dia tahu itu pasti kereta Ikmal. Qaseh pernah memberitahu , dia tidak akan pakai kereta abangnya kalau keretanya tidak bermasalah.


"Macam biasalah Yana." Balas Qaseh ringkas.


"Mean , kau dah kena ganti kereta baru lah tu. Apalagi , bodeklah abang Asyraf tercinta kau tu." Seloroh Yana diiringi dengan pandangan mengusik.


"Ish kau ni. Tak nak aku. Asyraf tu kerja pun baru lagi. Takkan nak minta macam-macam dekat dia. Lagipun , aku dengan Asyraf krisis lah sekarang. Semuanya gara-gara aku nak tengok handphone dia lah." Akhirnya Qaseh meluah. Tidak tahan rasanya memendam sendiri. Seseorang perlu mendengarnya.


"Kenapa? Apa yang jadi?" Soal Yana ingin tahu.


"Nanti aku cerita. Apa kata kita pergi kafe Ceria dulu?" Cadang Qaseh.


"Boleh juga. Haa tu tempat kosong. Cepat. Nanti orang lain kebas pula." Liar mata Yana melihat keadaan sekeliling memastikan tiada kenderaan lain yang berdekatan. Bimbang diambil orang. Bukan apa. Sebelum keluar rumah tadi perutnya belum menjamah apa-apa pun. Cadangan Qaseh untuk pergi kafe Ceria disambut gembira.


Lagipun , bukan dia tidak tahu kawasan itu memang sukar untuk mendapatkan tempat letak kereta yang kosong. Entah apa saja mereka belanjakan sehingga berjam-jam mamarkir kereta.


Qaseh memecut sedikit laju memandangkan keadaan jalan raya yang kelihatan agak lenggang. Tapi tiba-tiba ...


"Qasehhhhhhh !!!"


Dup dap , dup dap. Qaseh membuka mata perlahan.


"Hoiii! Buta ke?" Kelihatan ada seorang perempuan yang seksi berdiri betul-betul di hadapan kereta yang dipandu Qaseh. Tingkap kereta berbuka. Jadi Qaseh boleh mendengar dengan jelas jeritan perempuan tersebut.


"Ya Allah Qaseh. Kenapa kau ni?" Yana memegang bahu Qaseh. Dia juga terkejut dengan kejadian yang baru berlaku. Qaseh hampir melanggar seorang wanita muda.


Pintu kereta Qaseh dibuka oleh perempuan tadi.


"Eh , kau keluar sini." Herdik perempuan tersebut. Dia menyentap lengan Qaseh dengan kasar.


"Maafkan saya cik. Saya betul-betul tak sengaja." Bergetar nada suara Qaseh. Dapat dirasa kelopak matanya mula berair. Bukan kerana diherdik tapi terkesan dengan kejadian tadi.


"Apa maaf maaf? Kau ingat nyawa aku ni tak ada harga? Kau letak mana mata kau tu?" Ternyata perempuan tadi masih tidak berpuas hati dengan Qaseh.


"Eh , aku kenal kau ni. Kau lah Qaseh. Kekasih Asyraf Aman. Berjumpa juga kita dekat sini ye." Perempuan tersebut tersenyum sinis memandang Qaseh.


"Sudahlah tu. Kan dia dah minta maaf. Kau ingat dia sengaja ke langgar kau?" Yana tiba-tiba mencelah. Perempuan itu biadab. Takkanlah Qaseh sengaja mahu melanggar orang. Perkara itu tidak disengajakan. Kenapa harus terjerit-jerit, terpekik-pekik. Sakit hati Yana melihat perilaku perempuan yang berpakaian seperti tidak cukup kain itu.


"Yana , dahlah ..." Qaseh cuba menenangkan Yana. Bukan dia tidak tahu perangai Yana. Kepala angin. Lagi-lagi bila berdepan dengan perempuan yang biadab seperti itu.


"Perempuan ni tengking-tengking kau. Macamlah kau sengaja nak langgar dia. Jangan berlembut sangat Qaseh." Yana menjeling perempuan itu.


"Hah! Betullah kau Qaseh. Aku tak silap. Hei Qaseh! Kau dengar sini ye. Asyraf tu bakal tunang aku. Kau tak payah nak menggatal dengan dia lagi. Kau faham tak?!"


Hampir jatuh terjelopok Qaseh mendengar perkataan bakal tunang itu. Apa yang sedang berlaku sekarang? Siapa perempuan tadi? Apa kaitannya dengan Asyraf?


***


"Dahlah Qaseh. Jangan menangis lagi. Aku tak suka tengok kau menangis." Yana turut terasa hati melihat Qaseh menangis. Bukan sekali dua Qaseh menangis gara-gara Asyraf. Yang ini entah kali ke berapa Yana sendiri tidak tahu. Belum lagi dikira bila Qaseh menangis di belakangnya.


"Aku sakit hati Yana. Patutlah hubungan aku dengan dia dingin je sejak akhir-akhir ni. Petanda rupanya." Teresak-esak Qaseh menahan tangisnya. Dia sudah tidak peduli dengan orang sekeliling. Tapi mujurlah kafe Ceria itu tidak ramai pelanggannya. Lagi pula kedudukan tempat duduk mereka agak jauh tersembunyi di satu sudut.


"Sabarlah Qaseh. Eee. Ikutkan hati , nak aje aku lempang-lempang terajang-terajang si Asyraf tu. Dasar playboy! Aku ingatkan dia boleh berubah. Makin menjadi-jadi adalah. Sakit hati aku ni."


"Cik , ini dia pesanan yang cik order tadi."


Qaseh cepat-cepat menyapu airmatanya bila mendengar suara seorang lelaki. Tidak mahu dia mengangkat muka menunjukkan wajahnya yang basah dek airmata itu. Qaseh hanya menunduk.


"Terima kasih." Ucap Yana sambil mengukir senyuman.


Bila menyedari lelaki tersebut sudah pergi , cepat-cepat Qaseh mencari tisu di dalam beg tangannya.


"Qaseh ..." Panggil Yana. Sekeping nota kecil berwarna biru tertulis perkataan "Untuk Qaseh" dihulurkan oleh Yana. Yana juga tidak menyedari kertas kecil itu. Dia menyangka itu adalah bil. Melihat nama Qaseh yang tertera meyakinkan dia nota itu memang untuk Qaseh.


"Apa ni?" Soal Qaseh sambil mengambil nota tersebut dari Yana. Qaseh membuka kertas kecil yang berlipat dua itu. Qaseh membaca dengan teliti.


"Don't sad, there's always someone who still care for you :)"


Qaseh kehairanan melihat kertas kecil itu. Dari siapa? Qaseh memandang Yana. Yana juga mengangkat bahu tanda tidak tahu menahu.


Tiba-tiba telefon bimbit Qaseh berbunyi.


"Assalamualaikum ma. Qaseh dekat kafe ni dengan Yana. Okey kejap lagi Qaseh balik." Qaseh mematikan panggilan.


"Yana jom balik. Mama aku suruh balik sekarang. Papa aku dah balik. Nanti ajelah kita cari siapa yang bagi note ni." Hasrat untuk mencari pengirim nota kecil itu terpaksa dimatikan. Qaseh perlu bergegas pulang ke rumah. Wang kertas berjumlah RM10 Qaseh tinggalkan di atas meja.


***

Monday, April 29, 2013

Kenangan Bersama Westlife

Assalamualaikum.


Kalau Lana ada Linkin Park , saya ada Westlife. Hehe.

Dari westlife , saya ada kenangan. Kenangan bersama empat lagi kawan saya.


Sama macam dalam kumpulan westlife , kami pun berlima.

Kami saling mengenali sejak saya di tingkatan 1 dan terus bersama-sama sampai tingkatan 3. Pahit manis saya bersama mereka , takkan dapat saya lupakan. Serious =.=


Ohye! Ada seorang cikgu kami yang mengajar subjek Sains. Setiap kali habis kelas , adalah masa free beberapa minit. Dia mesti akan pasang lagu westlife! Dan sebenar-benarnya , saya mengenali kumpulan westlife dan lagu-lagunya dari cikgu tu lah.


Cikgu tu memang sporting. Dia pinjamkan cd-cd westlife dia dekat kami berlima. Selalunya cd-cd tu akan di pas-pas sesama kami. Sweet sangat kenangan tu!

Tapi sekarang kami tak pernah berhubung dah. Sedih sangat :'(

Terima kasih banyak-banyak untuk kenangan yang pernah tercipta antara kita. Saya merindukan kamu. Semoga kita dapat berjumpa lagi :')

Segmen: Blog Paly ajak masuk bloglist

Assalamualaikum.


Hehe. Dah lama tak aktifkan diri dengan join apa-apa segmen. So , hari ni nak memulun join segmen aje. Oh! Yelah , sebenarnya takde idea nak meng-hupdate blog. Idea entah ke mana. Bercuti kot :D


Memandangkan saya selalu update blog , haruslah join segmen ini. Haha! Selalu lah sangat ..


Kalau nak join juga , silalah rajinkan diri dengan KLIK banner dekat bawah ni okay ..



Segmen #2 Bloglist 12 Jam Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2013 di Mialiana.com bermula tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :

  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com

  2. Buat entri bertajuk Segmen #2 Bloglist 12 Jam Mialiana.com

  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.

  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI.
  5. Senang dan mudah bukan?

    15 blog yang bertuah akan dipilih oleh Mia Liana sendiri dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.

    tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

    Sunday, April 28, 2013

    Tanda-tanda 100 Hari Sebelum Kematian

    Assalamualaikum.


    Masih bersisa lagi airmata ni. Petang tadi ada download cerita Tanda-tanda 100 Hari Sebelum Hari Kematian. Dan saya baru habis tengok cerita tu. Lepas tengok , saya tahu saya patut kongsikan bersama orang lain. Banyak iktibar yang boleh diambil dari cerita tu.


    Cerita tu mengisahkan kehidupan dua lelaki yang berbeza antara majikan dan pekerjanya sebelum menjelangnya hari kematian mereka.


    Antara scene yang menyentuh hati saya ialah :

    1. Bila Suri , anak kepada majikan tersebut dibukakan pintu hatinya untuk belajar ilmu agama dengan pekerja bapanya. Ujian buat Suri bila ibunya tidak menyukai perubahannya untuk memilih jalan hidup berlandaskan agama. Sehinggalah timbul satu perterngkaran antara Suri dan ibunya sehingga menyebabkan kematian Suri akibat dilanggar sebuah kereta ketika keluar dari rumahnya.

    Ajal seseorang bukan dilihat pada umurnya. Tidak kira yang muda , tua , miskin , kaya. Andai sudah ditetapkan ajalnya , pasti akan mati juga. Itulah yang terjadi pada Suri. Pada usianya yang masih muda dan baru sahaja hendak mendalami ilmu agama Islam , dia telah dijemput menemui Ilahi. Mungkin ada hikmahnya mengapa Suri pergi dalam usia yang muda.


    2. Ketika jenazah lelaki yang soleh tu dimandikan , tiba-tiba anak lelakinya yang masih kecil datang dan minta izin untuk mandikan jenazah bapanya. Haa , dekat sini airmata memang dah mencurah-curah tanpa segan silu dah. Sayu sangat hati ni bila tengok anak dia mandikan jenazahnya sebab si bapa minta si anak untuk mandikan jenazahnya bila dia dah tak ada nanti. Itulah pentingnya didikan agama pada anak-anak.


    3. Ketika jenazah sedang dikapankan , adalah suara imbas kembali si suami yang soleh tu. Dia kata , bila dia mati. Dia tak nak isteri dia yang solehah tu menangis meratap-ratap depan jenazahnya. Saya tengok si isteri pun punyalah nak menahan menangis. Saya awal-awal dah meraung dulu. Seriously sedih.


    Ada banyak scene lagi sebenarnya. Tapi kalau dah saya cerita semuanya , tak best lah kalau nak tengok nanti. Tengok sendiri okey. Takkan menyesal punya sebab banyak iktibar yang boleh diambil.


    Ayat intro cerita tu pun best.

    "MATI ITU PASTI! Peringatilah dalam diri akan tanda-tanda kematian ini."


    Semoga apa yang saya kongsikan ni , ada manfaatnya pada anda semua. Selamat menonton ..

    Istimewanya Sebuah Blog | Genap Dua Tahun

    Assalamualaikum.



    Selepas melihat kalendar , terasa ingin melempang diri sendiri. Hari ini sudah 28 April 2013 dan saya sudah terlepas empat (4) hari! 4 hari???! Amboi , drama :D


    Sebenarnya saya terkilan juga sebab dah terlepas 4 hari nak buat kecoh hebahkan blog saya dah berusia 2 tahun. Baby , kalau umur 2 tahun comel kan? Blog , kalau dah usia 2 tahun rasa macam orang tua aje. Yelah , makin lama mesti makin banyak entri yang dah dipost. Makin banyak entri , maknanya makin kuat membebel. Saling tak tumpah macam orang tua :)


    Back to main point. Blog ni selamat diwujudkan pada 26 April 2011. So , masuk hari ni usia blog saya dah menjangkau 2 tahun 4 hari. Tapi , apalah ada pada angka kalau entri yang saya post banyak sangat merapu dari memberi ilmu. Wuwuuuu :(


    Sila percaya , selepas ini saya akan mula edit entri-entri lama. Hehe.


    Selama 2 tahun 4 hari saya berblog , macam-macam yang saya dah tempuhi. Macam-macam jenis blogger yang saya dah temui. Kadang seronok , kadang tak. Tapi alhamdulillah. Kalau dulu pengetahuan saya tentang blog ialah KOSONG , sekarang at least adalah juga sikit-sikit kan :)


    Saya ada facebook , ada twitter , ada tumblr , ada wechat , ada line , ada whatsapp .. Tapi BLOG juga yang saya rindu. Hehe. Saya sendiri tak tahu apa istimewanya blog ni. Yang pasti , walau ada rasa jemu tapi tak pernah terdetik dalam hati untuk berhenti berblog.


    Wowowooo .. Panjang sangat ceramah kali ni. Sekian dulu dan ucapan terima kasih pada PENGUNJUNG setia blog INI KISAH TIA yang tak jemu-jemu datang singgah sini. Kepada FOLLOWERS , terima kasih juga sebab menaikkan semangat saya untuk terus berkarya. Aha! :D

    Susah dan Senang Adalah Ujian

    Assalamualaikum.

    Susah adalah ujian.
    Senang juga adalah ujian.

    Lebih baik susah , hidup sentiasa mensyukuri.
    Daripada senang , terus lupa diri.

    Ujian selalu menjauhkan manusia dari kebenaran.
    Padahal ujian itu untuk mendekatkan manusia dengan Tuhan.

    Friday, April 26, 2013

    Tips Blog : Widget Follower

    Assalamualaikum.


    Dah lama tak kongsi tips yang berkaitan blog kan? Sebenarnya tips ni bukan tips original dari saya. Tips ni saya dapat lepas baca tips dari blogger lain. Kalau rajin google , berderet boleh jumpa tips-tips yang lebih hebat! Wallah :)


    Kali ni saya nak kongsi pasal widget follower. Rata-rata blogger , suka letak widget tu di bawah header. Tak salah sebenarnya. Dan saya buat entri ni bukan nak membangkang , jauh sekali mengutuk. Tapi , untuk pengetahuan kita. Widget FOLLOWER adalah salah satu widget yang paling lambat sekali loading.


    Jadi , bila kita letak widget tu di bawah header. Sedikit sebanyak akan mengganggu kandungan blog kita untuk muncul dengan jayanya. Maksud saya , ia akan memakan masa yang agak lama. Kadangkala sampai berminit-minit baru nak keluar. Kalau tak keluar terus lagi payah.


    Kita tak nak lah ganggu tumpuan pembaca yang nak membaca entri kita tu dengan masalah loading aje kan. Nak cantikkan blog tak ada masalah. Tapi berwaspadalah. Jangan sebab nak cantik , kita tolak faktor-faktor yang akan memberi kesan pada blog kita.


    Kesimpulannya mudah saja. Seeloknya , janganlah kita letak widget banyak-banyak di bahagian bawah header tu. Takut mengganggu. Kita susun widget dan letakkan di bahagian sidebar sebelah kanan (bila kita menghadap laptop) supaya blog nampak lebih kemas.


    Sekian dulu tips dari blogger yang tak seberapa nak awesome ni. Hehe. Kalau ada kesilapan pada entri ni , boleh maklumkan pada saya. Terima kasih membaca :)

    Maaf, Pernah Buat Ayah Menangis

    Assalamualaikum.


    Ayah saya kerja *****. Nampak sangat nak berahsia kerja ayah saya kan. Hehe. Bila orang tau apa kerja ayah saya , dorang akan terus kata ayah saya mesti garang! Grr ..


    Sebenarnya , kalau orang tengok ayah saya untuk pandangan pertama. Memang nampak macam garang. Tapi , tapi , tapi .. Saya anak ayah saya. Saya tahu ayah saya macamana. Luaran nampak garang , tapi dalam hati macam taman okay. Ayah saya sangat SWEET!


    Dulu saya selalu buat ayah menangis sebab saya tak reti jadi anak yang baik :( Tapi sekarang , ayah yang selalu buat saya nangis. Kalau saya duduk dekat asrama , SERIOUSLY saya takkan call ayah saya walau rindu macamana sekalipun!


    Sebab , sebab , sebab .. Ayah saya bila bercakap , mesti nak guna ayat touching bagai. Semua perkataan sayang-sayang keluar. Saya pun apalagi , ikut-ikut touching bila dengar. Mulalah mata nak menjatuhkan air-air suci. Hehe..


    Kelmarin masa hantar ayah pergi kerja , saya buat sesuatu yang tak pernah-pernah dibuat selama saya bernafas. Ecey , ayat kemain tau. Hehe. Sesi bergambar bersama ayah! Tukang ambik gambar adalah ibu tersayang. Sorry ibu :D


    Masa bergambar dengan ayah , dengan muka tak malu. Saya tangkap lengan ayah and bergambar rapat-rapat , kepit-kepit saja nak buat ibu jealous. Hee :) Saya sayang sangat-sangat dekat ayah.

    "Macam kau sorang je yang sayang ayah .."

    Saya tau , bukan saya sorang yang sayang ayah. Tapi , kegembiraan ni harus saya abadikan dalam blog ni untuk bacaan saya di masa depan.


    Ramai orang ada ayah , tapi berapa ramai yang menghargai seorang ayah?


    Beruntung ibu saya dapat ayah jadi suami. Bertuah saya dapat ayah jadi orang penting dalam hidup saya :)




    Thursday, April 25, 2013

    Sayang Ayah

    Assalamualaikum.

    Baru lepas hantar ayah pergi kerja. Ayah balik rumah pagi tadi. Tak
    lama ayah dekat rumah. Kejap je. Lepas tu pergi kerja balik.


    Seronok sangat dapat bergambar dengan ayah. Dulu bergambar biasa-biasa
    je. Tapi hari ni bergambar dengan ayah siap kepit-kepit lengan ayah
    lagi.


    Dah lama tak manja dengan ayah. Terlalu lama :'(

    Wednesday, April 24, 2013

    Pengakuan Seorang Wanita

    Assalamualaikum.




    Bila semua TERTUTUP dengan baik , saya rasa lebih SELESA. Sangat selesa walaupun ada mata-mata yang memerhatikan saya seolah-olah saya alien yang baru turun ke bumi dan sedang berdiri di depan mereka. Hehe :D


    Islam dah sebaiknya cuba melindungi wanita , tapi tak ramai yang menyedarinya :'(

    Tuesday, April 23, 2013

    Bila Diri Disayangi

    Assalamualaikum.


    Dulu-dulu , saya suka dengar lagu. Tapi saya tak pernah hayati lirik-lirik lagu tu. Hampir ke semua lagu saya kaitkan dengan CINTA. Cinta pada kekasih. Sedih :(


    Saya yakin , ramai yang pernah dengar lagu dari Ukays - Bila Diri Disayangi. Kan? Entah kenapa tiba-tiba malam ni jiwa nak tangkap leleh je. Hehe. Saya baca lirik lagu tu , and then saya sedar. Lagu tu bukan cuma untuk KEKASIH sebagai manusia. Tapi lebih kepada CINTA PADA ALLAH ^____^

    ***

    Terdengar bisikan mesra
    Kalimah keramat bermentera
    Bermulanya siang berakhir malamku
    Tak akan ku jemu menyebut nama-Mu

    Tiada batasan waktu
    Tiada tempat-Mu tertentu
    Di gunung di lembah, di darat, di air
    Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan kasih
    Merubah takdir

    (Korus)
    Bila ku sedari diri disayangi
    Langkah kaki ini semakin berani
    Bila terkeliru ku ucap nama-Mu
    Terasa diriku kembali dipandu

    Engkau yang pertama tiada akhirnya
    Aku dalam kegelapan Engkaulah cahaya
    Izinkahlah aku menumpang di sini
    Di bawah naungan kasih dan sayang-Mu
    Ku berserah diri


    Nak dengar juga? Nak download? Sini --> Bila Diri Disayangi
    By the way , saya suka lagu-lagu Ukays :)
    Nanti share lagi lagu-lagu lama okay. Hehe :D

    Manusia Juga Ujian

    Assalamualaikum.

    Ujian hidup bukan hanya musibah yang menimpa diri. Manusia itu sendiri boleh jadi ujian pada kita.


    Saya dikelilingi ujian dari mereka bernama MANUSIA.


    Kadangkala , saya rasa macam nak lari. Tapi ke mana? Oversea? Mimpi. Belajar pun tak habis lagi.


    Terkadang rasa macam nak tampar diri sendiri. Sebab kalah dengan HAWA NAFSU!


    Kemudian saya sedar. Pusing mana-mana pun , saya kena kembali pada Allah SWT. Dia lebih tahu kenapa ujian-ujian itu diberikan pada saya. Apa yang saya perlu lakukan , muhasabah diri.


    Fikirkan bahawa manusia-manusia itu adalah ujian buat saya ..


    Didik Hati Untuk Terus Kuat

    "Kak , saya ternampak budak perempuan tu. Tapi saya hairan , kenapa dia pandang saya semacam."


    "Kak , budak perempuan tu! Saya tak tau kenapa hati saya sakit bila tengok dia."


    Actually , banyak "kak" lagi. Tapi rasanya tak perlulah saya senaraikan semuanya di sini. Saya sedia menjadi pendengar. Dan selalunya , adik-adik yang satu tempat belajar dengan saya ni suka bercerita dengan saya kisah-kisah mereka.


    Salah satu kisahnya adalah ,


    Saya tak tau apa ada dalam hati adik saya yang sorang ni. Tapi apa yang saya tahu , sebelum ni dia ada kekasih. Tapi kekasih dia ada perempuan lain. Lepas tu dorang putus. Allah bagi dia ujian bila awek baru kekasih lama dia tu , belajar satu tempat dengan dia. Tak menahannya , hari-hari dorang boleh terjumpa.


    Bukan mudah untuk menerima semua tu. Tapi , tak susah juga untuk hadapi ujian dari Allah. Sebab Allah takkan menguji hamba-Nya melebihi kemampuan hamba itu sendiri.


    Macam kes kawan saya tu lah. Mula-mula memanglah payah kena menghadap muka perempuan yang dah jadi kekasih baru pada si kekasih lama hari-hari. Tapi lama-lama semuanya akan jadi senang kalau kita yakin pada Allah bahawa itu hanyalah ujian.


    Didik hati untuk menjadi lebih kuat menerima segala ujian. Jadilah wanita yang hebat menerima segala yang terjadi dengan redha walau hati terasa ingin menangis.


    Kalau hari ni sedih , insyaAllah esok-esok bahagia menanti :)

    Monday, April 22, 2013

    Gemukkan dan Kuruskan Badan

    Assalamualaikum.

    Banyak benda yang nak di-pot pet kan dalam blog. Tapi otak tak dapat nak menjana idea buat masa sekarang. Update yang ringan-ringan saja :)


    Kalau orang sibuk cari tips nak menguruskan badan , saya pula sibuk mencari tips nak kembangkan badan. Kembangkan badan? Please jangan bayangkan. Teruk benau ayat yang digunakan.


    Manusia memang tak pernah puas kan?


    Yang gemok nak kurus. Yang kurus nak gemok. Err , bukan saya nak gemok sangat sebenarnya. Berisi pun dah kira bersyukur. Ni kurus macam tak cukup makan :(


    The endingnya , kurus ke gemuk. Yang penting sihat!

    Blogspot Makin Canggih

    Assalamualaikum.

    Teringin nak edit blog. Tapi blogspot dah jadi makin canggih! Tiba-tiba saya jadi blur. Mungkin sebab dah lama tak main code.


    Takpe , belum cuba belum tahu kan?


    Nak ubah template jadi comel-comel sikit. Hehee :)

    Sunday, April 21, 2013

    Kisah Gwiyomi Menjadi-jadi

    Assalamualaikum.

    Amboi , baru aje saya cerita pasal gwiyomi dalam entri Sakit Hati dengan Gwiyomi Ni. Berderet keyword gwiyomi masuk blog saya. Hehe.


    Keyword yang famous ialah video gwiyomi cute untuk suami. Haa , saya tau ni video yang mana satu sebab saya dah pernah tengok video tu. Kononnya , video gwiyomi tu dibuat oleh seorang isteri untuk suaminya.


    Cerita yang tak berapa nak sahih saya baca dari komen-komen tu mengatakan bahawa video tu telah di-upload ke youtube. Tapi entah atas sebab apa , pemilik video yang asal dah keluarkan dari youtube tu. Malangnya , orang lain dah awal-awal copy video tu dan sebarkannya pula pada orang lain.


    Susah kita nak kawal bila sesuatu benda tu dah tersebar dalam internet. Okey stop cerita video gwiyomi comel isteri untuk suaminya.


    Ni nak cerita pasal gwiyomi lagi. Hehe. Sebenarnya tak semua video gwiyomi buat kita rasa nak termuntah bila tengok :D


    Sebab apa yang saya perasan sekarang , video-video gwiyomi ni dah mulai diperbaharui.


    Contoh baru-baru ni saya terkena video gwiyomi yang bikin panas. Aish! Macam kena renjatan elektrik je rasa bila dah khusyuk menghayati muka comel tu tetiba keluar muka jerangkung =.='


    Selang beberapa jam lepas tu , jumpa lagi video gwiyomi yang buat saya tergelak! Kali ni lelaki pula. Tengah-tengah buat aksi gwiyomi , tiba-tiba ada member yang kasi melayang satu penumbuk ke muka dia. Hahaa! Sengal je dorang.


    Apapun , ada satu video gwiyomi lagi yang saya belum tengok. Versi Mr. Bie. Dah beberapa kali juga saya tengok video dari Mr. Bie ni. Kebanyakkan videonya digubah semula dan diterapkan pula unsur-unsur islamik. Nice :) Nak tengok , nanti search dekat youtube dengan keyword mr bie.


    Ish! Banyak pula idea saya kalau nak merepek pasal gwiyomi ni. Sorry :D

    Saturday, April 20, 2013

    Cukup Cantik di Mata Suami

    Assalamualaikum.

    Ada orang tanya "kenapa tak letak gambar?"


    Soalan pasal gambar tu selalu merujuk pada gambar dekat facebook , twitter mahupun blog.


    Saya tak letak gambar sebab saya ni terlalu cantik! Terlalu cantik sampai tak sanggup nak buat iman lelaki goyah bila tengok gambar saya tu. Haha! Gile berani buat statement kan? :D


    Sebenarnya saya tak cantik mana pun. Tapi saya bersyukur dengan anugerah yang Allah bagi. Cuma , tak sanggup rasanya nak biarkan wajah saya ditatap oleh lelaki-lelaki asing yang langsung saya tak kenali. Terutamanya lelaki-lelaki yang ada penyakit dalam hatinya.


    Cukuplah saya cantik di mata suami saya saja :)


    Janganlah kita terlalu mengikut hawa nafsu dan bisikan syaitan untuk terus mempamerkan wajah-wajah dan aksi-aksi kita (terutamanya kaum hawa) pada lelaki-lelaki yang tidak kenal siapa dan apa niat yang ada dalam hatinya.


    Renung kembali dan fikirkan semula. Apa tujuan kita meng-upload gambar-gambar di laman-laman sosial ni? Apa faedah yang kita dapat?


    Semakin banyak gambar-gambar kita tersebar dan dilihat lelaki-lelaki asing , semakin rugi kita. Kenapa rugi? Fikirkan sendiri :)



    Friday, April 19, 2013

    Saki Hati dengan Gwiyomi Ni

    Assalamualaikum.

    Dekat facebook gwiyomi , dekat blog pun gwiyomi. Gwiyomi , gwiyomi , gwiyomi. Penyakit gwiyomi pula sekarang. Mula-mula saya tau pasal benda ni pun dari pensyarah saya. Dia update status kata ,


    "banyak-banyak gwiyomi yang aku tengok , gwiyomi budak ni aje yang comel. Lain semua bajet comel aje :P"


    Start situ saya pun tertanya-tanya. Apa benda gwiyomi ni. Saya buatlah research sikit kan. Banyak sangat video gwiyomi ni. Kalau tak gwiyomi , kiyomi. So , tau lah sikit-sikit daripada tak tahu langsung.


    Tapi the truth is , sampai sekarang saya masih tak tau apa benda gwiyomi ni. Ramai sangat yang upload video masing-masing buat aksi gwiyomi dekat youtube. Dari budak kecik , ke dewasa , perempuan dan tak ketinggalan juga lelaki.


    Macam demam gwiyomi lah pula kan.


    Saya cuma nak cerita pasal satu video gwiyomi yang kawan share dalam facebook tadi. Dengan gigihnya saya pun tengoklah. Sampai satu part , keluar muka jerangkung yang buat muka saya jadi panas. Aduhssss! Padan muka. Tengok lagi gwiyomi.


    Terkejut saya. Okay fine. Saya kena prank! Mencik , mencik , mencikkk :(


    **Maaf , tak share video dekat sini. Tukang buat muka comel tu shekshi sangat. Tak elok rasanya kalau saya kongsikan. Harap faham. Thankyou :)

    Thursday, April 18, 2013

    Rumahku Syurgaku

    Assalamualaikum.

    Cuti semester 2 bulan dah bermula beberapa hari lepas. Aku adalah orang yang paling gembira bila cakap pasal cuti. Serasa 2 bulan yang dibagi macam tak cukup! Pergh .. Tamak haloba sungguh.


    Orang akan selalu tanya , masa cuti apa aku buat. Jawapan aku seperti biasa. Duduk rumah! Lepas tu comfirm dia akan buat muka hairan. "Tak bosan ke?" Jawapan aku , tak! Sangat-sangat tak. Duduk rumah , memang dah jadi kegemaran aku.


    Sebabnya , dulu-dulu aku adalah orang yang suka berjalan. Berjalan tak ketentuan hala , tak ada tujuan. Pantang kawan bawa jalan , ye terus jawapan aku.


    Tapi sekarang , aku lebih suka duduk rumah. Buat apa? Haha .. Macam-macam aku boleh buat. Eh , tolong sikit eh. Walaupun wireless dalam rumah ni 24 jam ON , tak bermakna aku pun nak menghadap laptop ni sehari suntuk. Kena jaga mata okay.


    Jadi , selama 2 bulan akan datang ni aku akan menjeruk dalam rumah. Oh! Ada kawan balik Sabah tapi tak bagitau aku. Sedih pilu menyayat hati sungguh. Takpe , takpeeeeeee .. Sentap ai tau ..


    Selamat bercuti TIA!

    Tuesday, April 16, 2013

    Selamat Sampai

    Assalamualaikum.

    Alhamdulillah aku dah sampai rumah dengan selamatnya kelmarin. Flight aku jam1.20 petang. Tiket tu adik aku yang tolong belikan. Kebetulan masa dia beli , ada promosi. Dapatlah dia beli dengan harga RM26 dari Kota Kinabalu ke Sandakan.

    So , terima kasih dekat dia dan syukur pada Allah SWT yang mempermudahkan segala urusan aku masa balik kelmarin.

    Tadi sempat juga aku buka laptop. Konon nak update entri guna laptop tu. Tapi entah kenapa start aku sentuh keyboard , serasa otak aku ni tak boleh nak menjana idea. Tak dapat nak fikir apa.

    Last-last aku capai handphone mak aku , buka software blogger , update dekat sini dan taraaaaaa! Inilah entri merepek yang berjaya aku hasilkan. Heheeee ..

    Yeaaa! Cuti ada 2 bulan ;)

    Thursday, April 11, 2013

    Kurang Dari 4 Hari Lagi

    Assalamualaikum.

    Dah berhari tak update blog. Idea nak update serasa dah membeku. Cukup dengan intro.


    Minggu ni adalah minggu terakhir saya dekat UiTM. 14 hb hari terakhir saya duduki peperiksaan. 15 hb saya dalam perjalanan menuju ke rumahku syurgaku.


    Saya belum kemas pakaian lagi. Tengoklah. Mungkin Jumaat baru nak kemas.


    Malas nak update blog guna handphone. Terkial-kial saya nak menaip satu entri. Takpe. Balik nanti baru update puas-puas , blogwalking sampai pengsan. Eh , macam over lah pula.


    Cukup setakat ni dulu. See you when we see okay :D

    Monday, April 1, 2013

    Madah Cinta

    Cinta tak semestinya memiliki. Tp cinta itu sentiasa memberi. Walau hati disakiti , cinta itu tetap tak pergi malah makin utuh dlm hati.


    Cinta tak bertambah kerana kebaikan. Dan tak pula berkurang kerana keburukan. Cinta itu sentiasa menerima walau dlm apa jua keadaan.


    Cinta berlandaskan nafsu takkan kekal kerana syaitan turut bersama. Tp cinta kerana Allah akan selalu disulami bahagia. Rumahtgga itu dibina bukan atas dasar cinta saja , tp hiasi dgn agama agar sentiasa diredhai oleh Allah Taala.