Saturday, August 31, 2013

Air Mata Bahagia

Kadang aku lebih memilih untuk diam dan senyum di depan kamu semua bukanlah kerana hidupku sempurna.
Tapi aku merasakan ianya lebih senang bagiku untuk 'menceritakan' semua kisah pada DIA.
Terasa setiap titisan air mata yang mengalir bila mengadu di 'hadapan'-NYA lebih membahagiakan.
Entahlah, susah untuk digambarkan melalui kata-kata.

Friday, August 30, 2013

Tak Ada Tajuk

Assalamualaikum.

Dah lama sangat blog ni dibiarkan tanpa sebarang update. Biasalah, fokus saya sekarang lebih kepada pelajaran. Tipulah kalau saya tak pernah fikir pasal blog. Selalu juga buka blog ni. Tapi, tiap kali buka tu lah otak ni tumpul semacam nak menjana idea buat entri baru. Padahal, dah macam-macam yang berlaku. Rasa hati macam nak coretkan dalam blog tapi tak kesampaian. Akhirnya blog ni terus menyepi.

Sekarang saya dekat rumah kawan. Alhamdulillah di sini ada wifi. Online lah sekejap update blog. Boleh 'sapu' habuk-habuk.

Final exam tak lama lagi. Saya ni macam ready tak ready aje. Terlalu bersuka-ria. Padahal exam dah dekat tu. Aish! Rasa macam nak lempang diri sendiri pun ada. Ni bermalam dekat rumah kawan, harapnya adalah hasilnya nanti. Kononnya datang sini nak belajar.

Ohye! Ibu dan ayah saya makin comel sekarang. Tadi hantar mesej dekat ayah dengan ibu guna WeChat.

Dekat ibu : Sayang ibu <3 <3 <3

Dekat ayah : Sayang ayah <3 <3 <3

Tiba-tiba dapat reply dari ayah. "Oh, ingat ayah jelah..."

Ya Allah... Ibu yang reply. Macam ada nada jealous tau. Ehe! Ibu tak buka handphone tu rasanya.

Kawan kata romantiknya dengan ayah dan ibu.

Mestilah. Saya belum kahwin. Nak romantik dengan siapa kalau bukan dengan ibu dan ayah tercinta ^_^
Allah, rindu sangat dengan mereka.

Syukran Allah yang mendekatkan hati-hati kami :')

Wednesday, August 21, 2013

Cemburu

Dengan Nama Allah s.w.t Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Mudahnya kita menasihatkan orang untuk TIDAK CEMBURU. Tapi, bila sampai pada diri sendiri. Baru tahu cemburu itu apa.

Tidak salah untuk merasa cemburu. Asalkan cemburu itu kena pada tempatnya. Bukan cemburu yang sia-sia. Bimbang cemburu tadi memakan diri pula. Kan bahaya.

Cemburu ini luas. Ada cemburu memberi kesan yang baik. Ada juga cemburu yang memberi kesan buruk. Jangan sampai salah menilai dan membuat keputusan.

Nota : Cemburu pada muslimah yang cintanya untuk DIA melebihi dari dunia. Moga ada bahagia di penghujung 'sana'.

Thursday, August 1, 2013

Ramadan... Usah Pergi

Dengan Nama Allah s.w.t Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Bulan Ramadhan tahun ni berbeza sangat berbanding sebelum-sebelum ni.
Entahlah.
Tahun ni terasa lebih sayu selepas hati 'dijentik'.

Saat orang lain sibuk memikirkan nak shopping raya di penghujung ramadhan,
Saya rasa sedih.
Mungkin tak ramai yang faham MAKSUD sebenar bulan RAMADHAN ni.

Hmm ..
Dah 2 bulan tak jumpa keluarga, rasa rindu sangat.
Allah :'(

Esok dah mula cuti.
InsyaAllah, esok dapatlah jumpa keluarga
Mohon doanya.

**

Ramadan by Maher Zain (Malay)

Ku menantimu 
Saban waktu 
Bangkit jiwaku 

Kau suluh hatiku 
Dengan sinar 
Kudus kasihmu 

Ku harap kan terus 
Bersamamu selamanya 

Ramadan, Ramadan 
Ramadan di hati 
Ramadan, Ramadan 
Ku mohon usah pergi 

Rahmat melimpah 
Damainya ku rasakan 

Ramadan bulan al-Quran 
Mendidik jiwaku 
Menyuburkan iman 

Ku harap kan terus 
Bersamamu selamanya 

Ramadan, Ramadan 
Ramadan di hati 
Ramadan, Ramadan 
Ku mohon usah pergi 

Sememangnya kau ku nantikan 
Hadirmu hidupkan suram di jiwaku 
Dan ku berjanji 
Akan ku teruskan 
Semangatmu itu 
Sepanjang hidupku Oh Ramadan 

Ramadan, Ramadan 
Ramadan di hati 
Ramadan, Ramadan 
Ku mohon usah pergi