Friday, September 27, 2013

Minggu Peperiksaan di UiTM

Assalamualaikum ...

Aduhai, rasa rindu sangat nak menulis. Banyak cerita yang nak dicerita tapi tak cerita-cerita juga. Konon tak ada masa. Takpelah, kita bersangka baik okey. Mungkin cerita-cerita tu tak elok kut untuk dijadikan bahan cerita. Hehe.

Ini adalah minggu peperiksaan akhir untuk semester ni. Jujur saya katakan. Memang agak tough juga. InsyaAllah saya sedang mencuba yang terbaik. Tak sabar nak balik rumah. Homesick kaw-kaw dah ni.

Balik nanti mesti dah boleh aktif berblog balik. Kononlah. Hahaaa. So, doakan saya dapat jawab soalan-soalan untuk peperiksaan semester ni ye. Sorry, update entri macam entah pape entah. -_-

Jaga diri semuaaaaaaaa :D

Monday, September 23, 2013

Allah... Ujian-MU, Bahagiaku

Seringkali aku diuji untuk melihat sejauh mana kesabaranku menerima ujian-ujian dari Ilahi.
Jujur aku katakan, adakalanya aku tak kuat untuk menghadapi ujian-NYA.
Tapi tak pula aku meluahkan pada sesiapa.
Aku kembali mencari Dia yang memberikan aku ujian.
Aku menangis semahu-mahunya di hadapan Dia.
Air mata mengalir begitu deras.
Bukan mahu merungut dengan ujian yang diberi.
Tapi bersyukur kerana Dia masih menyayangi.
Aku mulai menyedari, ujian yang aku terima bukan mahu menyeksa jauh sekali kerana benci.
Tapi ianya ujian berupa ‘hadiah’ untuk mengingatkan diri bahawa Allah tak pernah jauh.
Dia sentiasa ada bersama.
Tak perlu jauh-jauh mencari-NYA.
Allah …

Bila kita faham kenapa sesuatu perkara tu berlaku pada diri kita, percayalah. Kita akan rasa lebih bersyukur kerana Allah sengaja berikan kita ujian macam tu supaya kita sentiasa ingatkan Dia. Sebab gembira dan bahagia itu bukan semata-mata kerana dunia. Tapi saat kita terus-terusan mengingati Dia.

Tuesday, September 3, 2013

Perkahwinan

Assalamualaikum.

Dia bercakap pasal PERKAHWINAN,
dia dengar lagu pasal PERKAHWINAN,
dia baca artikel pasal PERKAHWINAN,
dia tulis pasal PERKAHWINAN,

bukan bermakna dia dah gatal nak kahwin.
Bukan bermakna dia dah tak sabar nak kahwin.
Bukan bermakna kahwin saja yang dia fikirkan.

Tidak! Tolonglah faham.

Tegur dengan baik, bukan tegur dengan kata-kata yang memedihkan ulu hati.

Note : Penulis update entri pasal PERKAHWINAN bukan bermakna esok dia nak kahwin :)

Pengajaran buat diri sendiri, BERSANGKA BAIK dengan Allah s.w.t dan ciptaan-NYA ^^

posted from Bloggeroid