Tuesday, October 22, 2013

Habis Apa yang Betul?

"Aku buat ni tak boleh, aku buat tu tak boleh ..."

Bergantung dengan apa yang dibuat. Lepas tu baru tengok boleh ke tak boleh.

"Aku pakai tudung nak tutup aurat salah, aku tak pakai tudung pun salah. Nak aku buat apa?"

Yang ni memang jelas.

Bahawa Asma’ bint Abi Bakr (kakaknya) datang bertemu Nabi s.a.w. dalam keadaan pakaiannya nipis sehingga nampak kulit badannya, lalu Nabi s.a.w. pun berpaling daripadanya dan bersabda: “Wahai Asma’, seorang perempuan yang telah sampai haidh (baligh) tidak boleh dilihat (hendaklah bertutup) pada badannya melainkan ini dan ini” (sambil baginda menunjukkan ke arah wajah dan kedua pergelangan tangannya). (Riwayat Abu-Dawud)

Kadang-kadang, manusia ni pelik. Bila ada orang buat perkara tak elok, dia buat senyap je. Tapi bila orang buat baik, dia pula yang terlebih kecoh.

Tu lah cabaran untuk orang yang cuba buat baik. Caci, maki, keji, hina, kutuk, semua lempar dekat dia.

Kawan kata,

"Biarlah dia nak cakap apa. Kalau hidup ni kerja nak puaskan hati manusia je, sampai masuk lubang kubur pun tak selesai punya. Kalau dia nak maki ka, kutuk ka, hina ka, senyum ja. Ucap terima kasih sekali."

Tapi ... Kata-kata dia tu buat aku rasa hilang semangat. Aku baru nak berubah jadi baik...

Heyy, heyy ... Ingat balik. Nak berubah jadi baik tu kerana Allah s.w.t ke kerana manusia? Haa .. Bersyukurlah bila Allah s.w.t dah pilih kita untuk berubah. Untuk orang yang bercakap pasal kita tu, doakan je untuk dia. Kesian ... Mudah-mudahan suatu hari nanti hati dia akan terbuka.

Kejahatan jangan dibalas dengan kejahatan dan keburukan. Balas dengan kebaikan, kelembutan. Doakan sekali. Dia belum faham lagi tu. Kita ni yang faham dia tu adalah ujian yang Allah s.w.t berikan, boleh doakan semoga dia akan sedar.

Cakap pasal kekuatan dan semangat. Paling utama, minta dan mohon pada Allah s.w.t untuk diberikan kekuatan. Selain tu, usaha lah. Cari kawan-kawan yang soleh dan solehah. Mereka ni kebanyakannya berfikiran positif. Kalau cerita dekat mereka, insyaAllah mereka akan bagi kata-kata nasihat dan dorongan untuk kita.

Saya sendiri diuji dengan orang-orang yang kurang senang dengan cara saya menyampaikan kebaikan. Tapi saya tak salahkan mereka. Hati kita berlainan. Jadi, saya terima. Kalau seorang menentang, insyaAllah ada 10 yang menyokong. Lagipun, Allah s.w.t sentiasa ada :)

Ohya! Kita tak ke mana juga. Dunia ni sekejap jeeee sebab kita semua ni BAKAL JENAZAH..

Monday, October 21, 2013

Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul

Dah lama teringin nak baca buku 'Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul hasil karya Fatimah Syarha Mohd Noordin ni. Tapi belum kesampaian lagi. Bila teringat peristiwa-peristiwa yang berlaku demi mendapatkan novel ni, saya tersenyum sendiri. Saya tahu, Allah sedang mengaturkan sesuatu.

Hampir setahun lebih saya cuba dapatkan buku ni tapi ada saja perkara yang berlaku seolah-olah ianya adalah isyarat bahawa saya belum boleh membacanya. Bila saya ceritakan peristiwa-peristiwa yang berlaku tu dekat seorang kawan, dia pun ikut senyum.

"Sabarlah, belum masanya tu ..." kata kawan.

Saya tertarik nak baca buku ni sebab ramai yang kata best. Kawan yang saya ceritakan peristiwa tu pun dah baca buku ni. Katanya memang best! Saja nak cemburukan sayalah tu.

Kali ni, teringin pula nak cerita hal-hal yang berlaku tu.

1. Tak Mampu
Saya ni masih pelajar. Adakala mampu, dan adakala mampu juga tapi macam 'sangkut-sangkut'. Hehe. Orang kata, cukup-cukup makan. Kalau tengah jalan, kawan ajak singgah kedai buku, saya mesti cari buku tu. Ada jumpa, tapi mengenangkan ekonomi yang sedikit merundum masa tu. Terpaksa kuburkan hasrat yang terpendam.

2. Tiba-tiba Hilang
Hari tu ada kawan sekelas yang baik hati nak belanja belikan buku tu sebab ada pameran buku dekat UiTM. Masa tu saya tengah nak beli makanan. Kawan kata, beli makanan dulu. Nanti dia datang, kami sama-sama beli. Sebelum saya pergi beli makanan, sempat juga snap satu gambar. Lepas beli makanan, kawan pun dah datang, kami terus pergi dekat pameran tadi. Mungkin bukan rezeki saya. Bila datang balik, buku tu dah tak ada. Allah... Sedih rasanya. Tapi saya pujuk hati. Bukan rezeki. Kebetulan, buku tu tinggal satu je. Yang saya jumpa tu, memang buku terakhir.

Saya masih simpan gambarnya sampai sekarang. Nampak tak jari saya yang tengah pegang buku tu? Nampak sangat saya tengah teruja. Hehe. Buku 'Motivasi Menjadi Wanita Paling Bahagia' tu saya dah ada. Seorang teman yang kirimkan dari jauh :)

3. Tak Ada Stok
Kalau awal-awal tadi dah jumpa buku tu tapi tak mampu nak beli. Kali ni bila dah mampu, tapi buku tu pula yang tak ada stok. Bukan sebuah kedai je saya pergi cari masa tu, ada lagi beberapa kedai. Semua tak ada. Saya pasrah. Buku tu masih belum boleh saya dapatkan.

4. Kena Jadi Fasilitator
Dalam entri 'Di Mana Islam dalam HATI Kita?' saya ada cerita pengalaman saya selama 3 hari 2 malam jadi fasilitator untuk adik-adik dekat UiTM. Lepas buat perjumpaan dengan ajk-ajk dan fasi-fasi yang lain, kami pun masuk bilik untuk tidur. Tiba-tiba nampak salah seorang AJK tengah baca buku tu. Saya apalagi, dengan muka tak malu tanya boleh tak pinjam lepas dia baca. Alhamdulillah, dia kata boleh. Seronoklah saya masa tu kan. Tapi, disebabkan sibuk memikul amanah untuk menjaga adik-adik, saya terlupa lagi nak baca buku tu. Saat-saat akhir nak balik asrama baru teringat. Aduhaiii ...

5. Tak Cukup Masa
Saya ada pergi rumah sewa kawan nak buat tugasan sama-sama dengan dia. Dalam rumah tu, muslimah yang tinggal. Ada kakak doktor, ada kakak cikgu, ada kakak-kakak yang comel. Hehee. Masa tengah sibuk buat tugasan, kawan hulurkan buku Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul. Ya Allah, masa tu saya gembira sangat. Sekian lama mencari, akhirnya buku tu muncul depan mata saya juga. Tapi, saya tak dapat baca terus. Tugasan saya lebih penting. Jadi, saya tangguh untuk baca buku tu. Sampai masa untuk pulang, baru teringat saya belum baca buku tu. Nak pinjam bawa balik asrama tapi tak boleh sebab empunya buku tak ada dekat rumah. Tak dapat nak minta izin.

Sekarang, kalau teringat peristiwa-peristiwa tu, saya tersenyum. Saya yakin, apa yang berlaku ada sebabnya. Hanya Allah s.w.t yang tahu kenapa.

Hidup ni penuh dengan ujian. Ujian-ujian yang kita dapat tu tak lain tak bukan untuk menguji sejauh mana keyakinan kita pada perancangan Allah s.w.t. Sabar tak kita dengan ujian tu? Bersangka baik tak kita? :)

Saturday, October 19, 2013

Kopi dan Kahwin


Pagi ni aku nak sarapan biskut cicah kopi. Mula-mula ingat nak goreng nasi, tapi tiba-tiba selera mati. Jadi, aku panaskan air dan tunggu sampai cerek berbunyi. Sementara tu, aku keluar pergi ruang tamu dan pasang zikir dekat laptop supaya taklah rasa sunyi. Boleh juga tenangkan hati ni.

Aku masuk dapur dan buka almari. Ada kopi L.A yang famous dekat tv. Tiba-tiba cerek 'menjerit' tanda dia dah boleh menabur bakti. Aku masukkan serbuk kopi dalam cawan dan tuang air panas dengan berhati-hati.

Sambil kacau air, fikiran melayang teringatkan perbualan dengan kawan lama dalam facebook malam tadi. Bukan bincang pasal kopi. Bukan juga bercerita tentang kekasih hati sebab dia dah pun bersuami. Siap ada baby lagi. Memanglah aku happy, tapi rasa kurang percaya berselang-seli. Kawan sepermainan masa sekolah dulu dah kahwin dan sekarang hidup berdua dengan suami yang dikasihi.

Kalau seorang aku boleh terima. Ni, boleh kata hampir satu kelas yang mendirikan rumahtangga. Dah tu, kawan rapat sama-sama ketawa pula. Aku ketuk-ketuk kepala. Macam tak percaya umur aku dah 22. Tahun depan dah 23. Kawan-kawan semua dah ada keluarga. Bohonglah kalau tak terasa. Cemburu tu ada, tapi aku faham masanya belum tiba. Mungkin juga aku dan bakal zauj belum bersedia. Jadi, Allah tangguhkan masa. Tak apa, aku tumpang gembira untuk mereka.

# InsyaAllah, masa itu akan tiba :)


Friday, October 18, 2013

Budak Kecil

Alahaiii ... Dah berhari bercuti di rumah ni, terubat juga rindu dengan si kecil. Nak kata penat melayan karenah dia, tak juga. Sebab tiap kali dia cuba buat saya marah, tiap kali tu juga dia akan buat sesuatu sampai saya tak sanggup nak marah dia.

Saya ingat lagi.

Hari tu saya masakkan dia bubur. Sebelum makan, saya ajar dia untuk tadah tangan baca doa. Tu pertama kali nak ajar dia baca doa sebelum makan. Yelah, dia dah mula membesar dan saya patut mula ajar dia yang basic.

Tapi, saya tak ajarlah terus baca doa makan. Saya ajar dia baca BISMILLAH dulu. Saya nak biasakan dia, nak buat apa-apa benda pun. Baca bismillah.

Mula-mula tu terkial-kial juga dia. Saya suruh tadah tangan tak nak. Saya tanyalah kenapa. Dia kata malu. Tapi saya pujuk juga suruh dia tadah tangan dan ikut saya baca bismillah. Alhamdulillah... Dia ikut juga walaupun bacaannya tak jelas sangat.

Tadi, saya ajar dia cakap alhamdulillah pula. Kali ni, tak terkial dah. Dia boleh ikut. Anak siapalah ni :)

InsyaAllah, saya akan terus menerus ajar dia yang asas-asas dulu. Biar terbiasa supaya tak kekok.

# Practise make perfect ^_^ (Perasan kejap)

Tu budak kecik yang duduk belakang tu. Dia adik saya yang paling bongsu. Banyak mulut suka pot pet :)

Thursday, October 17, 2013

Alhamdulillah... Dia Dah Mula Bertudung

Assalamualaikum.


Sedang asyik meneroka facebook, tiba-tiba mata tertumpu pada seorang user. Dia kawan saya. Satu universiti, satu kelas. Tapi muda sikit dari saya. Nampak gambar profile dia dah bertukar! PAKAI TUDUNG. Masya Allah, cantiknya dia.

Buka twitter, pun sama. Dia guna gambar yang bertudung. Saya pula yang teruja. Mudah-mudahan Allah akan buka pintu hati dia untuk terus bertudung. InsyaAllah sekaligus menutup auratnya :)

Dia memang seorang yang free hair. Kalau masuk kelas agama Islam yang diajar ustazah baru boleh nampak dia pakai tudung. Kami yang berkawan dengan dia satu kelas semuanya bertudung. Tapi yelah, kawan dia selain kami memang majoriti tak bertudung. Allah saja yang tahu ada apa dalam hati dia.

Walaupun dia tak bertudung, tu bukan alasan bagi saya mahupun kawan yang lain untuk menjauhi dia. Kami tetap berkawan rapat seperti biasa. Bila nampak perubahan dia yang mula bertudung, saya rasa bersyukur sangat. Mudah-mudahan Allah akan bagi dia kekuatan untuk terus merubah diri menjadi lebih baik. Terutamanya kuat untuk menepis tohmahan-tohmahan dan kata-kata yang mungkin akan buat dia terasa.

Kata-kata mungkin takkan buat seseorang berubah. Tapi teruslah menunjukkan sikap yang baik. Mudah-mudahan, dengan  kelembutan, hati yang keras akan lembut sehingga cahaya Islam akan perlahan-lahan menyentuh hatinya :)

Wednesday, October 16, 2013

Kalau Ikutkan Hati

Assalamualaikum.

Saya pernah terbaca, kita digalakkan untuk merakamkan peristiwa yang berlaku dalam kehidupan seharian kita dalam bentuk catatan. Er, tak kisah sebenarnya nak dalam bentuk catatan ke, rakaman video ke, gambar ke. Tak kisah. Buatlah macamana sekali pun asal tahu BATAS nya.

Itu intro.

Dulu saya ada buku yang saya jadikan diari. Tapi tu dulu lah masa budak-budak. Tak tahu lagi kewujudan blog ni semua. Sekarang dah tahu, siap ada 10 blog lagi (tipu). Hehee. Satu blog pun tak terjaga, ada hati nak buat 10. Membazir address blog aje.

Itu merepek.

Sekarang isi penting.

Kalau ikutkan hati, nak aje saya catitkan semua perkara yang berlaku depan mata saya, dalam hidup saya, yang baik, yang buruk dalam blog ni. Entahlah. Bila nak menulis, rasa macam-macam yang nak dituliskan. Tapi, bila fikir-fikir balik. Buat apa nak 'simpan' peristiwa yang tak manis tu? Huhhhhh ...

Itulah dia KALAU IKUTKAN HATI.

Saya kena fikir panjang sebelum nak taip apa-apa dalam blog ni.. **Thinking -_-

Monday, October 14, 2013

K...

Assalamualaikum.

"Assalamualaikum Aina. Selamat bercuti. Kau apa khabar? Eh, aku dengar kita start kuliah balik 25 November ni. Bila kau balik ah? Kita sama-sama boleh tak? Aku nak sebilik dengan kau. Pihak kolej kata hari tu kita boleh pilih bilik. Yang penting kena datang awal lah. Kita satu bilik. Kau nak tak?"

Send

Lepas beberapa minit.

"k..."

???!!

***

Selalu macam ni. Taip panjang lebar, dapat reply tak sampai 10 patah perkataan. Sabar je lah.

Bila berdepan dengan orang macam ni, rasa macam dia tak de feeling je. Kita yang teruja lebih. Eh, tak marah. Kena BERSANGKA BAIK. Mungkin dia tengah sibuk sampai tak boleh nak taip panjang-panjang kan.

NOTE : Semester depan boleh pilih bilik dengan kawan-kawan. Minimum, dua orang. Maksimum 4 orang. Hummm. Satu semester bukan lama. Hampir empat lima bulan juga.

Sunday, October 13, 2013

Blogwalking

Assalamualaikum.

Teringat masa AKTIF berblog dulu-dulu. Sanggup tak tidur sampai subuh semata-mata untuk blogwalking saja. Sekarang dah jauh beza. Terbiasa dengan jadual masa dekat hostel. Jam11 malam, mata dah mula bagi isyarat. Tidur.

Sekarang, humm. Rindu juga nak blogwalking 24 jam. Tapi rasanya, tak tercapai kot. Singgah mana-mana blog yang termampu saja. Dah tak sanggup nak membiarkan mata jadi lebam lagi.

Update hanya ingin memastikan blog ini akan wujud selagimana hati belum tergerak untuk menghapuskannya. Sebagaimana minat menulis yang masih tertanam jauh di lubuk hati :)

Biasa ke Luar Biasa

Dulu dia gadis biasa,

tak berapa nak kenal dosa dan pahala,

eh, mmm ...

bukan tak kenal sebenarnya,

kenal juga,

tapi keseronokan dunia buat dia sengaja pura-pura lupa,

akhirnya dia terjerumus ke lembah yang tak sepatutnya dia ada.


Tak boleh nak salahkan dia sepenuhnya,

banyak punca,

tapi paling utama,

Allah nak uji dia.


Bila dah sampai masa,

Allah ketuk hati buat dia sedar dengan dosanya,

masa tu lah dia jadi gadis yang luar biasa,

dari gadis biasa,

dia berubah menjadi seseorang yang lain dari biasa.


Jalan ini,

jalan yang dia sedar akan banyak menguji hati,

dia tetap teguh mengharungi,

walau banyak mata yang memandang seolah keji,

dia yakin pada Ilahi,

di hujung sana bahagia pasti akan menanti.

Saturday, October 12, 2013

Cuti

Assalamualaikum.

Peperiksaan akhir dah tamat dan cuti semester sudah pun bermula. Saya tak tahu samada saya patut BERGEMBIRA dengan percutian ini atau pun tidak. Semuanya berjalan dengan lancar sehinggalah pada hari terakhir saya menjawab kertas peperiksaan.

Terasa serba serbi tak kena lepas ambil kertas tu. Saya takut dengan keputusan yang saya akan dapat nanti. Sejujurnya, saya nak mengelak dari mengulang subjek lagi. Cukup sekali.

Tapi bila fikirkan semula, saya cuba pujuk hati. Entahlah. Kadang dapat menerima, kadang risau juga.

BERSANGKA BAIK.

Ye saya tahu. Allah s.w.t lebih tahu apa yang terbaik untuk saya. Mungkin mahu menguji sejauh mana keyakinan saya pada perancangan-NYA. Saya cuma berharap dapat diberikan KEKUATAN untuk menerima dengan baik segala apa yang ditentukan buat saya.

Cuti kali ni, akan saya cuba manfaat sebaik mungkin. Tak mudah, tapi saya akan cuba. Terutama sekali, meluangkan masa dengan keluarga tercinta. Cukup dengan 'kehilangan' mereka sebelum ni. Saya perlukan mereka.

Cuba aktifkan kembali jari jemari untuk mencoret kerana MINAT masih belum terpadam :)

Wednesday, October 2, 2013

Tips Belajar Last Minute

Assalamualaikum.

Macam tak percaya yang tiba-tiba tergerak nak cari dekat google TIPS BELAJAR LAST MINUTE. Dan ternyata semuanya sudah ada di hujung jari. Berlambak keluar tips study last minute ni. Nak gelak pun tak boleh sebab memang tengah serius nak tahu apa yang boleh dibuat bila dah last minute nak exam ni.

Walaupun dah tahu belajar di saat akhir sangatlah MERBAHAYA tapi masih ada juga yang buat. Lepas tu kata "insaf dah belajar last minute ni. Tak nak buat dah." Konon ^___^ Tapi buat juga lepas-lepas tu kan? Pening-pening. Hehee.

Tapi kan, seriously. Ada sesetengah orang, bila dia belajar last minute pun. Dia tetap boleh score. Katanya, bila belajar last minute ni rasa macam apa yang dia belajar tu, fresh masuk kepala dia. Boleh faham tak? Tapi, tapi, tapiiiii. Bergantung dengan orang juga. Ada sesetengah tu, tak boleh belajar last minute. Dia rasa otak dia macam serabut sebab kena ingat banyak benda. See?

Eh, dah membebel. Hehe. Saya cuba bagi beberapa perkara yang boleh dibuat bila belajar di saat akhir ni ye..

1.  Ni paling penting! NIAT. Bila nak belajar tu, JANGAN niat benda lain. Nak anugerah lah, apa lah. Sebab tu semua tak kekal. DUNIA semata-mata. So, tak payah nak kejar sangat penghargaan dari manusia. NIAT BELAJAR KERANA ALLAH S.W.T.. Tak lah stress sangat!

2.  Bila dah sibuk sangat belajar, jangan lupa IBADAT KHUSUS. Solat jangan tinggal. Tak berbaloi langsung kalau study struggle gila tapi solat tinggal. Fikirlah logik sikit. Nak Allah bantu, tapi perintah Allah diabaikan. Adil ke? Lagi baik kalau dapat luangkan masa baca al-Quran. Kalau hadap buku boleh berjam. Apalah sangat kalau nak baca al-Quran tu 10-15 minit. InsyaAllah kita akan lebih tenang.

3.  Pergi minta maaf dengan IBU dan AYAH! Minta mereka doakan kita. Minta maaf dekat kawan-kawan. Kita kena jaga juga hubungan dengan manusia. Walaupun kadang-kadang rasa macam nak ... Okey fine, kawal perasaan.

4.  Kalau dah last minute, memang tak boleh lah kan nak baca buku setebal 100 mukasurat dalam masa sehari. So, buatlah mind map atau nota ringkas semaksima yang boleh. Buat point-point aje. Paling penting, fahamkan apa yang dibaca. At least, kalau dah faham boleh GORENG masa ambil paper nanti. Hehee.

5.  Cuba bersoal jawab dengan kawan-kawan. InsyaAllah akan lebih ingat. Bagi point, lepas tu jelaskan bagi kawan dengar supaya lebih yakin dengan jawapan sendiri.

6.  Kurangkan bercakap hal-hal yang tak penting. Terutamanya bercakap buruk pasal orang. Hellooooo. Baik belajar kalau dah last minute ni.

Rasanya, tu je kot yang boleh dikongsikan. Saya pun bukanlah pandai sangat. Tapi belajar last minute, rasanya bukanlah perkara baru :)