Thursday, May 29, 2014

Campuran Warna

Bismillahirrahmanirrahim.

Aku rasa.
Ini apa yang aku rasa.
Jadi terima dengan hati terbuka.
Tak suka, boleh pergi sana.

Aku rasa,
hidup ni macam warna.
Taklah sama sepenuhnya.
Tapi adalah juga.

Warna itu macam-macam ada.
Gelap kau jumpa.
Cerah hadirkan bahagia.
Cantik buat kau tertarik.
Buruk buat kau rasa teruk.

Itulah warna kehidupan.
Kadang aku tertekan.
Tapi aku cepat-cepat cari jalan.
Supaya tak menyalahkan takdir yang ALLAH dah tentukan.

Jangan pandang mereka yang di atas kita bila rasa susah.
Tapi pandanglah mereka yang berada di bawah.
Baru kau tahu rasa syukur pada ALLAH.

Kau nak kasut tapi kau tak dapat.
Kau cuma dapat selipar.
Cuba kau tengok dia.
Dia tak ada kaki.
Kasut tak dapat, selipar apatah lagi.
Nikmat ALLAH yang mana lagi kau nak nafi?

Kau ada ibu dan ayah.
Tapi kau layan mereka tak ubah macam sampah.
Takkan bila mereka dah tak ada, baru kau nak menangis airmata darah?
Nanti kau juga menyesal tak sudah.

Bisikan Rindu

Bismillahirrahmanirrahim.

Rindu.
Aku tak tahu macamana boleh ada rasa macam ni.
Ada yang kata, sebabnya sayang.
Bila sayang, jadi rindu.
Lepas tu, aku fikir balik.
Logik juga.
Aku jadi rindu dengan keluarga bila jauh dari mereka.
Rindu tu boleh jadi lebih hebat bila airmata ikut join sekali.
Maka, jadilah aku budak cengeng yang merindukan keluarga.

Aku ada banyak kawan.
Macam biasa.
Nak mengharapkan kawan yang sempurna,
dalam mimpi pun rasanya tak ada.
Jadinya, tabahkan hati menerima 1001 karenah mereka.
Susah untuk aku merindukan kawan-kawan.
Pelikkan?
Macam tak ada kawan.
Padahal ramai.
Entahlah.
Aku sayang.
Cuma rindu tu yang susah nak kunjung tiba.
Mungkin sudah lali merasa penangan makan hati.

Rindu...

Bila dekat, pandang pun tak mahu.
Bila jauh, asyik kata rindu.
Rindu selalu bertamu.
Lalu aku teringat kamu.

Apakah kamu ingat aku?
Sebagaimana aku mengingatimu.
Ingin sekali ku dengar lafaz itu.
Bahawa aku dirindui kamu.

Terbangku sekejap lewati kisah kita.
Memori indah hadirkan bahagia.
Kini kita tak lagi bersama.
Moga ingat aku bila kau di sana.

Aku jenis tak tahan rindu.
Sikit-sikit nak mengadu.
Tapi sekarang aku dah tahu.
Pada ALLAH S.W.T aku luah rasa yang terbuku.

Harapanku cuma satu.
Moga bahagia menceriakan harimu.
Kerana waktu untuk bertemu.
Aku sendiri tak tahu.

Lalalaaa..
Rindu, rindukanlah diriku :D

Source

Wednesday, May 28, 2014

Lafaz yang Terpendam

Bismillahirrahmanirrahim.

Hati aku terguris. Sakitnya macam dihiris-hiris. Aku sedar, aku mula menangis. Kali pertama nampak ayah pakai baju hijau duduk atas katil. Tak peduli dengan mata yang memandang. Aku bukan budak kecil. Jadi aku mengerti apa yang sedang berlaku.

Aku merapati ayah. Ku cium penuh kasih sayang tangan tua itu. Tangan yang telah bersusah payah membesarkan aku dan adik-adik. Tangan yang membelai ibuku selama ini.

Hari untuk melawat ayah di hospital. Hati berbagi. Ibu sudah memberitahu awal-awal. Jangan menangis depan ayah macam hari tu. Nanti ayah pun hilang semangat. Sebelah hati mahu datang menjenguk ayah. Sebelah hati tidak. Bimbang airmata mengalir lebih laju kali ini.

Aku pergi dengan nekad di hati. Tak mahu menangis depan ayah. Berkali-kali aku berlatih untuk senyum di luar bilik. Berbekalkan sedikit keyakinan, aku merapati ayah di sisi katil.

Sambil berbisik dalam hati, "tolong jangan menangis! tolong bertahan sekejap!"

Waktu melawat sudah tamat. Sesi bertemu ayah berjalan dengan lancar. Sebak di dada aku tahan kuat-kuat jangan biar lepas. Ayah perlukan sokongan. Sebelum pulang, ada yang harus aku katakan pada ayah.

Aku orang terakhir yang keluar dari bilik. Aku salam dan cium tangan ayah. Dan aku kata,

"Along sayang ayah..."

Ku cium pipi kanan dan kiri ayah. Saat yang syahdu bagiku.

Akhirnya aku mengerti. Apa yang sedang berlaku, memang ada hikmahnya. Mulanya, aku rahu-ragu. Tapi sekarang, aku mulai faham. Hubungan yang suatu ketika dulu pernah renggang, kini erat aku rasakan. Syukur sebab aku belum terlambat.

Meluahkan apa yang terbuku dalam hati pada ayah.

Source

Friday, May 16, 2014

Sekelip Mata

Berpisah perkara biasa. Semua orang tahu. Tapi tak semua orang dapat terima. Macam aku. Adik lelaki aku kena pergi Matrikulasi Labuan. Aku pula sedih nak tengok adik pergi.

Ni kali pertama dia keluar rumah, tinggal jauh dari keluarga. Dia anak ketiga. Aku anak sulung. Kalau aku dengan adik perempuan nombor dua pergi UiTM, adik lelaki aku tu jadi harapan di rumah.

Ibu aku berharap dengan dia. Buang sampah dia, masak dia, jaga adik-adik dia, tukang perang mulut di rumah dia. Selalu juga tu kena marah dengan ibu.

Tapi aku tau, ibu akan menangis lepas hantar adik lelaki aku tu nanti. Ibu nampak keras dari luar. Hakikatnya, di dalam ... Aku faham. Ibu sedih.

Aku anak sulung dari 7 orang adik-beradik. Mula-mula, aku yang keluar dari rumah. Kemudian, adik perempuan nombor 2. Sekarang, adik nombor 3 pula. Mungkin ibu rasa benda ni cepat sangat berlaku. Anak-anak dah makin membesar.

Aku pun rasa macam semuanya berlaku dengan pantas. Umur aku dah mencecah 23 tahun. Tapi kadang-kadang cara ibu jaga macam aku baru 15 tahun. Tak cukup dengan tu, ayah pun pernah tanya. Berapa umur aku sekarang. Bila aku kata 23, ibu tanya balik dengan nada tak percaya.

Bila aku muhasabah diri, aku berfikir, ya ALLAH. Aku dah 23. Esok lusa aku kahwin. Ada anak. Kemudian uban tua mula kelihatan. Ada cucu. Dan akhirnya 'rumah kata pergi, kubur kata mari'. Tu pun kalau ALLAH izinkan aku merasa semua tu. Kalau esok dijemput Ilahi?

Siapa kata masa hidup ni panjang? Siapa kata masa muda ni la nak berseronok dulu, dah tua nanti baru dekatkan diri dengan ALLAH? Hakikatnya, hidup ini singkat. Terlalu singkat!

Wednesday, May 14, 2014

Resepi Aiskrim Oreo - Homemade



Kejap-kejap buka peti ais. Lepas 15 minit, buka lagi. Sentuh-sentuh dengan sudu. Masih lembut.

"Bila nak keras aiskrim ni?"

Kecewa. Tutup balik peti ais.

Mestilah aiskrim belum keras kalau dah baru dua jam simpan dalam peti.

Hari ni bekerja dekat dapur buat aiskrim oreo homemade punya. Bahan-bahan pun tak susah. Kalau tak ada dalam simpanan, boleh cari dekat kedai. InsyaAllah jumpa. Tak guna resepi asal sebab kurang beberapa bahan.

Ini resepi asal.


  • Setengah tin susu pekat (ikut kemanisan masing-masing)
  • 1 setengah gelas susu cair (susu kotak ducthlady pon boleh ikut kecairan atau kepekatan yang dikehendaki)
  • 1 sudu ovalette (pastikan halal)
  • Sedikit esen vanilla
  • Biskut oreo


Memandangkan ada bahan yang tak ada dalam simpanan, maka taktik try and error telah digunakan dengan menggantikan bahan yang tak ada tu dengan bahan lain yang sama jenisnya.

Ini resepi yang digunakan.


  • Kurang dari setengah tin susu pekat
  • 1 tin susu cair
  • Setengah cawan whipping cream (tak ada pun tak apa)
  • 1 setengah ovalette
  • Biskut oreo vanilla


Cara untuk buat. Masukkan susu pekat, susu cair dan whipping cream ke dalam bekas. Putar dengan kelajuan tinggi. Bila sudah agak sebati, campurkan esen vanilla (kalau ada) dan pukul sampai jadi gebu. Maksudnya, taklah cair macam masa mula-mula tadi.

Bila dah puas hati, campurkan dengan biskut oreo vanilla yang dah dihancur kasar. Terpulang samada untuk gaulkan biskut oreo tersebut atau taburkan saja di atas aiskrim. Masukkan dalam peti dan tunggu sampai beku. Dah siap nanti, boleh hidang dan terus makan.

Dalam resepi yang digunakan, whipping cream telah menggantikan susu pekat yang sikit tadi. Esen vanilla aku tak pakai sebab dah habis guna buat kuih hari tu. Tssk! Ovalette pula digunakan lebih sikit sebab nak gebu lebih. -_-

Cara menghias terpulanglah. Macam aku, ini kali kedua buat aiskrim oreo ni. Jadi, cara menghias pun ditukar dari masa kali pertama buat dulu.

Ada sesetengah orang, gaulkan sekali serbuk oreo dengan aiskrim. Aku pun buat macm tu juga masa mula-mula. Tapi untuk kali kedua, aku tak gaul dah. Sebab rasa oreo tu nanti macam akan tenggelam timbul.




Jadi kali ni aku ubah sikit. Aku guna cawan khas. Tapi tak kisah pun sebenarnya nak pakai apapun. Aku hancurkan kasar biskut oreo dan taburkan dekat bahagian paling bawah cawan aiskrim. Lepas tu tuang aiskrim yang dah diputarkan tadi. Lastly, tabur serpihan biskut oreo yang dihancur kasar di bahagian paling atas. Untuk hiasan, belah dua biskut oreo dan letakkan atas aiskrim.




Kalau tengok resepi lain, ada yang menggunakan telur mentah sebiji campur dalam bahan-bahan nak buat aiskrim. Tapi aku tak guna. Alhamdulillah, aiskrim buatan tangan aku masih menjadi. Apapun, selamat mencuba.

EPHYRA UNTUK CANTIK SIHAT DAN BERTENAGA


EPHYRA UNTUK CANTIK SIHAT DAN BERTENAGA

Menjadi fenomena hangat masakini, kerana heboh diperkatakan akan keberkesanannya! Ramai pengguna yang dah cuba dan kagum dengan hasil yang menakjubkan. Pendek kata, memang jatuh cinta dengan EPHYRA, dan tak akan berpaling lagi!

Satu-satunya produk premium berkualiti tinggi khas untuk kecantikan kulit dan kesihatan dalaman, yang harus diminum oleh setiap orang, baik lelaki mahupun perempuan, yang bertindak dari dalaman, mencerahkan dan menyempurnakan kulit dari dalam, bukan saja untuk kulit muka, malah keseluruhan. EPHYRA sangat berkesan dalam mengembalikan keserian dan kelembutan kulit secara keseluruhan. 

EPHYRA, produk keluaran bumiputera buatan Malaysia yang berkualiti tinggi dan dijamin HALAL oleh Jakim dan diiktiraf selamat oleh KKM. Dengan ramuan berkualiti premium yang diadun bersama bahan semulajadi terbaik seperti kolagen ikan laut dalam, astaxanthin, acai beri, l-glutathione, gam akasia, serbuk tomato, bunga marigold dan acerolla cerry yang diimport dari seluruh dunia, dan dirumuskan di sini untuk menjaga tahap status selamat dan halal oleh badan JAKIM dan KKM di Malaysia, pastinya gabungan mantap yang memberikan 10 kali kuasa penyembuhan sel dalam badan, dan berupaya merangsang penjanaan sel-sel kulit baru, menyah toksin dalaman badan dan menyihatkan tubuh badan anda, serta memperbaiki tekstur kulit agar lebih halus, lembut dan muda!

RUMUSAN TERHEBAT, 100% BERKESAN!
Diperkaya dengan antioksidan yang sangat tinggi membantu melambatkan penuaan kulit. Ia membantu menyerlahkan kecantikan kulit, menyihatkan dalaman anda, memberi tenaga berpanjangan, serta berupaya memulihkan sel tisu.

RASA YANG TERSANGATLAH SEDAP!
Mendapat pujian dari ribuan pengguna, supplement paling sedap di pasaran!! Sekali minum, rasa nak minum berkali-kali! Berperisa Tutti Frutti bukan sahaja enak diminum tetapi penuh dengan pelbagai khasiat untuk cantik, sihat dan bertenaga dalam satu masa.



TANPA BAHAN TAMBAHAN
Disahkan HALAL oleh Jakim, dan SELAMAT oleh KKM. 100 % semulajadi dan selamat, tiada tambahan gula, bahan pengawet, pewarna atau perisa tiruan. Bebas hormon,steroid dan bahan kimia oleh SGS.

KEISTIMEWAAN DAN KELEBIHAN EPHYRA 
  1. Menjadikan kulit anjal, halus dan lebih cerah berseri
  2. 80% pencerahan ketara dalam masa hanya 1-2 hari
  3. Membantu memulihkan wajah yang bermasalah
  4. memulihkan kulit jerawat, berparut, kusam dan eczema
  5. Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus
  6. Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar
  7. Melancarkan sistem pencernaan dalam badan
  8. Menguat dan mencantikkan kuku dan rambut
  9. Mengurangkan kadar kolesterol
  10. Meningkatkan tenaga dan daya ingatan
  11. Meningkatkan sistem imunisasi dalam badan
  12. Mengawal berat badan dan meningkatkan kadar metabolism
  13. Kempiskan perut buncit
  14. Melancarkan haid & hilangkan senggugut
  15. Melegakan kesakitan sendi dan arthritis
  16. Mengurangi radikal bebas dan toksin di dalam badan
  17. Sesuai untuk ibu hamil dan menyusui bayi
  18. Meningkatkan kuantiti susu ibu
  19. Menjadi lebih bertenaga sepanjang hari
  20. Memulihkan masalah tumit merekah, kurangkan selulit
  21. Meningkatkan kualiti tidur
  22. Meningkatkan kesuburan
  23. Membantu memulihkan masalah cyst

EPHYRA SESUAI UNTUK 
  • Lelaki dan wanita, kanak-kanak (4 tahun ke atas)
  • Ibu menyusu dan hamil (5 bulan ke atas)
  • Mereka yang pentingkan kecantikan & kesihatan luar dan dalam
  • Mereka yang mempunyai masalah-masalah berikut :
    1. Kulit berjerawat
    2. Kulit Berjeragat dan Berparut
    3. Eczema / Penyakit Kulit
    4. Gastrik / Masalah Usus
    5. Menurunkan Kolestrol
    6. Stress / Kemurungan / Ceria
    7. Sembelit / Cirit-Birit / Buasir
    8. Asthma / Lelah / Penat / Semput
    9. Gout / Arthritis Sendi
    10. Menopause
    11. Ketidakseimbangan Hormon
    12. Alergi Makanan Laut
    13. Resdung
    14. Penyakit Gusi / Demam
    15. Masalah Tidur / Kelesuan
    16. Jangkitan Pundi Kencing
    17. Masalah Buah Pinggang
    18. Kanser / PertumbuhanTumor
    19. Sakit Sendi & Sengal Badan
    20. Jantung / Saluran Darah
    21. Migraine / Sakit Kepala
    22. Strok / Parkinson
    23. Penyakit Alzheimer (Nyanyuk)
    24. Masalah Senggugut / PMS
    25. Jangkitan Virus / Bakteria
    26. Darah Tinggi
    27. Masalah Saraf
    28. Kencing Manis
    29. Thyroid

ANTARA RIBUAN TESTIMONI EPHYRA

Cantik
  1. Masalah jerawat - klik SINI dan SINI
  2. Masalah jeragat - klik SINI
  3. Eyebag pudar - klik SINI
  4. Parut chicken pox hilang - klik SINI
  5. Kulit lebih bersih daripada parut jerawat - klik SINI
Sihat
  1. Legakan sakit sendi dan suami berhenti merokok - klik SINI
  2. Masalah Eczema - klik SINI
  3. Berjaya kuruskan badan dan lancarkan haid serta tiada senggugut - klik SINI
  4. Berjaya mengandung setelah bertahun menanti - klik SINI dan SINI
  5. Masalah resdung - klik SINI

Bertenaga
  1. Kekal aktif sehingga ke malam - klik SINI
  2. Rasa lebih bertenaga dan bersemangat - klik SINI
  3. Badan lebih sihat dan segar - klik SINI
  4. Sentiasa bertenaga - klik SINI
  5. Tidak mudah letih / tidur lena / tidak mudah mengantuk di siang hari / kempiskan perut buncit / melancarkan sistem pelawasan - klik SINI

PROMOSI EPHYRA MEGASALE 


HARGA PREMIUM PACK (30 SACHETS) 
RM 180 ( Semenanjung ) / RM 190 ( Sabah & Sarawak )

Call / whatsapp HOTLINE : 019 3999 238 / 03 41417889




Cantik sihat dan bertenaga idaman wanita,
Tak kira usia tua dan muda,
Pada Ephyra ramai jatuh cinta,
Kesan terbukti khasiat berganda.

Giveaway Ephyra Untuk Cantik Sihat Dan Bertenaga ini dianjurkan oleh mialiana.com dan ditaja sepenuhnya oleh OceanLife2u.com dengan hadiah berupa wang tunai dan produk Ephyra bernilai RM 10,020.00 untuk dimenangi. Sila klik SINI untuk join.

Monday, May 12, 2014

Bukan Benci

#throwback

Menadah tangan mengucapkan rasa syukur. Dapat kemudahan asrama. Alhamdulillah. Walaupun mula-mula aku tak jangka pun aku akan dapat tinggal kolej sebab aku bukannya aktif libatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan. Again, rezeki.

Aku suka cara unit pengurusan kolej tempat aku ni yang mana, pelajar diberikan kebebasan untuk memilih dengan siapa mereka nak duduk sebilik nanti. Tak adalah aku dapat roomate yang buat suasana jadi awkward. Masing-masing tak kenal. Tapi bukan ke "tak kenal maka tak cinta?"

Tapi timbul pula cerita lain which is dengan siapa aku nak duduk sebilik selama satu semester tu nanti. Satu semester bukanlah jangka masa yang pendek walaupun sesetengah orang kata "ala, pejam celik habislah satu semester."

Sebenarnya, aku belum buat keputusan muktamad pun nak duduk sebilik dengan siapa nanti. Yang pasti, empat bulan ini membuatkan aku berpeluh sebaldi.

Luka di hati aku ni dah banyak parutnya. Berkali-kali aku terluka. Sembuh sekejap. Again, terluka lagi.

Aku benci bila aku MULAI membenci orang lain. Tapi sebenarnya, aku tak ada niat pun. Faham-fahamlah bila hati mulai memberontak.

By the way, aku masih ada hati dan perasaan. Cuma kadang-kadang, hati aku ni degil sangat. Dan, aku ni sensitif tahap tinggi punya orang. Aku tak cakap yang aku tengah makdal=makan dalam. Tapi selalunya aku memilih untuk DIAM and peram. Kemudiannya menjauhkan diri. Bukan bermaksud aku benci. Tapi aku tak nak keruhkan keadaan.

Bertegur sapa macam biasa pun dah cukup bagi aku. Asalkan tak bermusuh.

Ahh ... Betapa aku diuji dengan manusia-manusia yang punya 1001 perangai super duper menguji hati.

BANTU aku untuk tidak membenci kamu :)

Apapun, thanks to them. Apa yang dah berlaku, sudah pun berlalu. Aku belajar banyak benda. Aku belajar menahan marah dan masih mampu tersenyum bila berdepan dengan makhluk-makhluk yang dihantar pada aku sebagai ujian.

Jujur kadang aku kalah. Tapi aku tetap mencuba. Memandang mereka sebagai ujian dari yang Maha Esa.

Sunday, May 11, 2014

Cara Mudah Aniaya Orang

Malam ni rajin betul tengok youtube. Mula-mula cuma nak tengok video "cara mudah melipat baju". Tapi meleret jadinya bila tengok suggestion di sebelah kanan menghadap laptop ni.

Bila nampak tajuk video "how to change or replace face with adobe Photoshop", saya tak tunggu lama dah. Terus klik! Lepas tengok step by step, saya berbisik dalam hati.

"Oh, ini caranya nak aniaya orang."

Memang mudah dan hasilnya nampak real. Feuwh! Dasyattttt... Semuanya di hujung jari semata-mata.

Cuma perlu ubahsuai sikit di bahagian muka dan tukarkan dengan wajah lain. Wallah! Sudah guna muka orang lain. Zaman serba canggih ni, bila difikir-fikirkan macam menakutkan pun ada.

Pesanan untuk diri sendiri. Kurangkanlah upload gambar yang maha jelas lagi banyak di laman sosial ni..





Saturday, May 10, 2014

Solusi Sementara

Bukan terlalu memilih atau membenci.
Tapi aku cuba mencari strategi.
Biar tetap bersama asalkan tidak berkelahi lagi.
Seperti apa yang sudah berlaku sebelum ini.

Sejujurnya hati aku bukanlah besi berani.
Yang tak ada rasa walau dipukul berkali-kali.
Aku cuma mahu mengelak dari timbul rasa benci.
Kerana itu aku memilih solusi ini.

Mungkin kita takkan jadi seperti dulu.
Di mana ada kau, di situ ada aku.
Kerana peristiwa yang telah berlaku.
Hubungan ini diuji sementara waktu.
Maka, cekalkan hati yang berlaku biarkan berlalu.

Semoga Dia memberi kita jalan untuk menyelamatkan ukhuwwah yang hampir mereput.

Friday, May 9, 2014

Sudah Mencukupi

Syukur alhamdulillah. Penantian sudah berakhir. Maksudnya, aku dah boleh tidur dengan lena.

Keputusan peperiksaan akhir untuk semester lepas dah masuk dalam peti masuk gmail aku tepat jam 1.30 pagi. Tidaklah memberangsangkan sehingga aku akan tergolek-golek atas lantai dek kerana terlalu gembira. Cukup sekadar senyum, dan ucaplah alhamdulillah.

Asrama aku dapat, keputusan peperiksaan pun aku lepas. Apa lagi yang aku nak pertikaikan? Semua ni dah mencukupi bagi aku.

Cuma untuk semester depan, aku dah tak boleh nak main-main sangat. Dah semester 5 kot. Subjek makin tough. Pertengahan tahun 2015 aku akan tamatkan pengajian. InsyaAllah kalau ada rezeki.

Okey, masa untuk tidur. Syukran Allah :)