Saturday, June 21, 2014

Testimoni Ephyra : Hari Ke-9

Assalamualaikum.

Sejak dapat satu kotak Ephyra pada 13 Jun 2014 hari tu, masuk hari ni dah 9 hari minum secara konsisten. Wah! Guna word konsisten tuh. ^__^

Saya bukanlah seseorang yang mudah jatuh cinta dengan produk-produk yang ada di luar sana. Biasalah, saya juga seorang pengguna. Untuk pengguna macam saya ni, bila menggunakan mana-mana produk yang dijual mestilah mengharapkan keberkesanannya.

Banyak sangat produk yang diperkenalkan pada saya. Produk itulah, produk inilah. Tapi belum ada yang berjaya menawan hati ini. Eceh!

Tapi semenjak dua menjak lalu, sana sini saya dengar pasal produk Ephyra. Tiba-tiba hati mulai terusik. Apa ke bendanya Ephyra ni? Mula dah hati saya tak keruan. Sibuklah saya buat kajian sendiri pasal Ephyra ni. Lepas buat kajian, saya tak berhenti sampai situ. Hati dah nekad nak mencuba.

Saya pendam dulu kuat-kuat keinginan nak beli produk Ephyra ni. Tapi alhamdulillah. Saya tak perlu tunggu lama sangat bila suatu hari menang giveaway dari sebuah blog. Rezeki, rezeki. HEHE.. Boleh baca 'Hadiah yang dah lama sampai'.

Lepas dah amalkan selama 9 hari, memang ada perubahan yang saya dapat rasa. Ni baru 9 hari. Ada lagi baki 21 hari. Entah apa lagi perubahan yang akan jadi. Untuk 9 hari ni, ada beberapa perubahan yang berlaku. Antaranya;

Kurang Rekahan Pada Tumit Kaki

Sebelum ni tumit kaki merekah gila-gila. Puas juga sental guna losyen pelembablah, susu kambinglah. Tak juga kurang-kurang. Tapi bila tengah khusyuk online, lepas tu tangan pun sibuk usap-usap tumit kaki. Baru perasan rekahan macam dah kurang. Dah boleh rasa macam lembut sikit. Harap-harap lepas 30 hari nanti tumit kaki dah smooth macam kaki bayi ^______^

Kulit Muka Makin Elok

Dulu, sebelum nak keluar jalan jauh. Tak sah kalau kalau tak tempek krim. Dah macam-macam krim ditempek dekat muka ni dengan harapan menggunung akan jadi flawless. Tapi lama-lama bukan makin flawless, makin rosak pula. Waduh!

Bila amalkan Ephyra, saya memang stop guna apa-apa krim. Seriously. Biarlah muka tak jadi flawless, asalkan muka tak rosak teruk. Saya cuma pakai pencuci muka je. Tu pun pagi, tengahari dan malam untuk elak muka berkilat disebabkan minyak.

Saya dah boleh nampak perubahan sikit dekat muka ni sebab ada sesuatu dekat muka yang saya tak tahu nak panggil apa. Bintik kecil. Nak kata jerawat, bukan. Sebab dah lama duduk menumpang dekat muka. Memang rasa tak selesalah kan. Habis segala krim diguna semata-mata nak buang benda alah tu. Tapi tak hilang-hilang juga.

Sekarang, gembira kot sebab boleh nampak bintik tu macam dah nak beransur hilang. Tak sabar nak tengok hilang terus dari muka. Gambar? Yep! Saya memang ada ambil gambar sebelum dan selepas. Tapi nanti baru kongsi. Yang ni cerita ringan-ringan je. ^_____^

Kulit Muka Jadi Lembab

Yeay! Betul... Kulit muka ni dah rasa makin lembab. Ini perubahan yang paling ketara. Bangun pagi, sempat lagi sentuh muka. Rasa lembab semacam. Tak kering pun. Terasa macam ala-ala kulit bayi gitu. Perasan pula kejap. Bukan pagi-pagi je. Ada masa nak sentuh muka, mesti rasa lembab. Minyak dekat muka boleh rasa macam makin kurang.

Saya tak kecewa bila minum Ephyra ni sebab satu persatu perubahan yang saya dapat rasakan sendiri. Oh, cuma ada satu yang buat saya stress kejap. Muka ada whitehead. Haru juga jadinya. Tapi lepas baca testimoni dari Yuyu Zulaikha, saya lega sikit. Biasalah. Baru hari ke-9 kot. Menipu sungguh kalau muka berubah 100% -__-

Tak sabar rasanya nak tengok perubahan lepas habiskan satu kotak Ephyra ni. Siapa tahu Ephyra akan jadi teman setia ^^,

Ada 30 sachets

Berminat Buat Bisnes Topup Sendiri?

Assalamualaikum.

Sebenarnya, ini bukan kali pertama buat bisnes topup. Sebelum ni ada juga daftar tapi tak bertahan lama. Bukan kena tipu. Tapi kalah dengan nafsu makan topup sendiri. HAHA -_- Last-last, rugi je. Bukan habis kena jual, habis pakai sendiri.

Sekarang daftar lagi. InsyaAllah, kena lebih tegas kali ni. Nak pakai sendiri, kena bayar juga! Tak boleh ambil free. Nanti modal ke mana, untung ke mana.

Terdetik nak buat bisnes jual topup sebab tinggal dekat hostel. Faham-fahamlah kan kalau hidup sebagai pelajar ni. Bukan makan nasi, makan topup. Okey, cakap diri sendiri lagi. -_-"

Lagipun, memikirkan kehidupan yang jauh dari keluarga membuatkan diri ingin berdikari cari duit poket sendiri. Kata ambil Diploma Pengajian Perniagaan kan?

Berbekalkan modal yang sedikit, alhamdulillah. Bolehlah nampak keuntungannya. Bayar yuran RM30, dapat modal percuma RM10. Ambil pakej Agen Biasa dulu. Nanti dah agak stabil, boleh upgrade jadi Master Agen. Tambah RM15 je.

Kalau berminat, boleh mendaftar di eazyprepaid. Kalau tak berminat, tapi nak tengok-tengok je dulu pun boleh. Bacalah info-info yang disediakan. Pergi aje eazyprepaid ni.

Sekarang masih PROMOSI. Bila-bila masa boleh tamat. Selagi masih ada masa ni, daftarlah untuk yang memang berminat nak buat bisnes topup sendiri dengan harga promosi yang rendah. Untuk pakej Agen Biasa, sekarang promosi cuma RM30 + Modal Percuma RM10. Kalau harga asal, RM50 tak ada modal percuma.

Jom berdaftar di EAZYPREPAID atau klik je di bawah.



Wednesday, June 18, 2014

Jom tegur si BUNGKUS

[Klik gambar untuk lebih jelas]

Assalamualaikum.

Ramai blogger tahu. Tiap hari rabu, Wordless Wednesday. Atau juga dengan singkatannya WW. Kadangkala di terjemah ke dalam bahasa Malaysia, 'Rabu yang Bisu'. Dah tahu lama pasal WW ni. Tapi selalu gagal patuhinya. Degil nak membebel syok sendiri depan skrin laptop. Macam sekarang ^_______^

Satu kempen 'Jom Tegur Si Bungkus' dilakukan di UiTM Sabah.

Si bungkus yang dimaksudkan ialah pelajar-pelajar yang berpakaian ketat dan sendat. Bila dilihat, ia seolah-olah sedang membungkus dirinya sampai nampak segala bentuk perhiasan. Kan auratku maruahku :D

Dulu masa semester 3 dan 4, ada satu ustaz yang ajar subjek bahasa Arab. Beliau pantang betul kalau pelajar masuk dalam kelas berpakaian bungkus. Setiap kali masuk kelas beliau, pelajar perempuan akan pakai baju kurung je.

Sekarang dah masuk semester 5, ustaz tu dah tak mengajar. Tapi tiap kali nampak ustaz dari jauh, kalau ada kawan-kawan yang pakai seluar, mereka mesti takut. Takut kena cakap 'bungkus saja'.

Monday, June 16, 2014

Hadiah yang dah lama sampai

Assalamualaikum.

Lama tak update. Padahal tiap hari ada je benda nak cerita. Kalau cerita semua dalam satu entri, mau jenuh jari nak menaip. Takpelah. Cerita aje yang mana sempat. Tapi tak ikut kronologi. Yang mana menggembirakan, tulah yang jadi tajuk utama. Macam sekarang. Nak cerita pasal hadiah yang dimenangi dalam giveaway kak Mia.

Nampak sangat keterujaannya di situ kan? ^_____^

Nak dijadikan cerita, terasa ringan pula hati nak join giveaway kak Mia hari tu. Yelah, syarat kemain senang. Hadiah kemain gempak. Tak fikir banyak dah. Terus join. Ada 100 orang peserta yang melibatkan diri. Feuwh! Ramai juga pesaing. Yang dipilih untuk menjadi pemenang hanya 30 orang. Wah! 60 orang akan kecewa.

Lepas mempertaruhkan pantun 4 kerat untuk giveaway tu, tak sangka pula boleh jadi pemenang yang ke-23. Walaupun hadiah tak segempak untuk tempat pertama, kedua dan ketiga. Dapat saguhati pun dah boleh buat pemenang tersenyum sehari semalam tanpa henti. Hadiahnya ialah 1 kotak Ephyra (30 sachets) yang bernilai RM197 bersama sehelai t-shirt eksklusif Ephyra.

Macam biasa, lepas menang kak Mia perlukan butiran-butiran penting termasuklah alamat surat menyurat. Masa tu berdepan pula dengan satu masalah kecil. Tak pasti nak bagi kak Mia alamat mana. Kalau bagi alamat rumah, takut nanti dah sampai asrama tempat belajar. Nak bagi alamat tempat belajar, tak pastilah pula dapat hostel ke tidak.

Syukur alhamdulillah kak Mia dan penganjur giveaway bagi masa dan hold kejap hadiah tu. Bila dah pasti, akhirnya alamat hostel juga yang dibagi. Tiap hari pergi tengok dekat papan kenyataan kot-kot ada nama yang naik. Kalau ada nama, maksudnya barang kiriman dah sampai. Mau hari-hari juga muka yang sama pergi sana. HAHA! Teruja punya pasal -_-

Dan akhirnya, pada 13 Jun 2014. Kiriman dari Kuala Lumpur ke Sabah sampai juga! Jauh juga hadiah tu menyeberang.

GDEX. Teruja tahap maksima. ^______^

1 Kotak Ephyra (30 Sachets) + T-shirt Eksklusif

Suka sangat dapat t-shirt tu. Designnya simple je tapi tetap nampak eksklusif. Kain baju tu pun lembut je bila dipakai. Hari tu masa bagi saiz baju, minta S sebab badan kecik. Tapi lepas sampai tengok saiz, dapat M. Tak marah. Suka lagi sebab baju tu besar dan longgar. Cuma lengan pendek je. Eh tapi okey juga. Tak pakai keluar mana-mana pun. Sekitar hostel saja.


Secara kesimpulannya, suka suka dan suka. Suka Ephyra, suka juga bajunya. Malam 13 Jun tu dah start minum Ephyra. Lain entri cerita lagi pasal Ephyra :D

Thursday, June 12, 2014

Tahniah Pada Aku

Tahniah pada diri sendiri! Hari ni adalah hari terakhir untuk minggu ni aku masuk kuliah. Gembira dan bangga dengan diri sendiri sebab untuk minggu pertama ni aku berjaya penuhkan kehadiran dalam kelas.

Selalunya, bila semester baru buka, untuk minggu pertama ramai pelajar yang akan ponteng. Yelah, minggu pertama. Belum mula belajar pun. Tapi tak semualah. Bergantung pada alasan masing-masing kenapa tidak hadirkan diri di minggu pertama.

Memang betul minggu pertama ni belum mula belajar. Tapi macam yang pensyarah aku kata. Minggu pertama adalah minggu pendahuluan di mana pelajar-pelajar diberi penjelasan tentang subjek yang akan mereka pelajari.

Aku tak rasa rugi sikit pun datang kelas walaupun kelas cuma diadakan selama 1 jam dari tiga jam. Sekurang-kurangnya aku boleh tahu serba sedikit subjek-subjek baru yang akan aku belajar nanti.

Harapan untuk semester ni, aku tak nak malas-malas dah. Tu harapanlah. Kehadiran kalau boleh nak penuh. Bunyi macam riak je. Haha! Tapi tu lah. Aku akan usaha supaya penyakit malas tu tak merebak dalam diri aku nanti.

posted from Bloggeroid

Wednesday, June 11, 2014

Pewangi Fruity Fresh

Baru-baru ni aku ada keluar ke 1 Borneo di Kota Kinabalu Sabah untuk membeli keperluan di kolej (asrama). Okey, ini satu tips yang biasa diperkatakan. Tolong sediakan satu senarai barangan yang ingin dibeli untuk mengelakkan anda dari menjadi kebingungan ketika membeli-belah.

Aku lupa nak buat senarai barangan yang patut dibeli. Tarik punya tarik barang dari rak, sampai masa nak bayar bil, aku yang menganga. Haru juga aku kejap di kaunter. Syukur duit dalam dompet cukup. Kalau tak, aku nak cekau mana?

Barang apa yang aku beli, tak payahlah aku cerita. Tapi ada satu benda yang aku jumpa terus beli. Sebab harganya murah. Pewangi almari baju. Tapi bukan untuk almari je. Banyak tempat boleh guna. Aku beli ni..





Betul wangi. Buka je dari plastik, semerbak harumannya. Bau dia ala-ala lemon sikit. Harganya RM4 lebih. Aku tak pasti lebihnya berapa. Malas nak selongkar resit. Cari dekat Guardian.

Kalau yang agak-agak bau almari tu macam lain sikit, boleh cuba ni. Dia bertahan selama 3-4 minggu. Lama tu. Paket dia macam ni.





Maaflah. Aku dah keluarkan sachet. Yang aku suka, bau dia macam penuh 1 bilik. Tiap kali buka pintu bilik, terhidulah baunya. Apatah lagi bila buka almari baju.

posted from Bloggeroid

Monday, June 9, 2014

Penempatan Sementara

Assalamualaikum.

Sejak dari 7 Jun hari tu sampailah hari ni 9 Jun, aku dah selamat tinggal di kolej (asrama) dengan status 'Penempatan Sementara'. Kenapa status tu? Sebab permohonan aku untuk menduduki kolej secara tetap selama 1 semester adalah gagal. Perkataan gagal itu sendiri mematahkan hati aku.

Maknanya, aku tak tetap tinggal di kolej ni. Sementara sahaja. Tempoh ihsan yang diberikan dari 9 Jun sehingga 23 Jun. Tapi aku diberi pilihan lain. Iaitu merayu. Borang rayuan aku dah hantar pada 7 Jun bersamaan dengan hari pertama aku sampai kolej. Keputusan rayuan keluar pada 23 Jun.

Aku tak nak letak harapan terlalu tinggi walaupun sebenarnya hati aku nak. Kalau rayuan pun gagal, aku kena menyewa di luar. Aku tak nak keluarga risau terutamanya ayah. Sebolehnya, aku mengelak untuk menyewa di luar. Tapi semua ni di luar kemampuan aku. Kalau ada rezeki, dapatlah tinggal kolej sampai akhir semester. Kalau tidak, alhamdulillah. Aku sedang diuji untuk redha.

posted from Bloggeroid

Friday, June 6, 2014

Pulang Paksa Rela

11:59 am

Hanya bunyi kipas di siling yang berbunyi. Sekali sekala di selang selikan bunyi batuk ayah dari dalam bilik. Memikirkan Jumaat sudah bertandang, hati aku digasak pilu. Sabtu aku akan pergi. Berangkat menggalas impian ayah dan ibu. Mahu melihat aku berjaya. Terbayang wajah mereka satu persatu.

Bagaimana habuk boleh masuk mata ni?

Rasa macam masih belum bersedia. Aku takut untuk pergi. Sebolehnya, aku mahu menatap wajah mereka setiap hari. Bila aku pergi nanti, mesti rindu datang terajang aku. Padahal aku tak tahan merasa rindu. Hari-hari aku akan rasa syahdu.

Ayah, ibu...

Aku masih meraba-raba. Mencari kekuatan. Aku mula pujuk hati. "ALLAH kan ada".

Takkan aku kenal erti rindu selagi belum berjauhan. Takkan aku hargai mereka selagi belum timbulnya rasa sayang. Sekarang, dua-dua sudah ada. Aku akan rindu sebab sayangku sejak dulu.

12:10 am

P tidurkan S : -_-

Tuesday, June 3, 2014

Apps Jimatkan Bateri Telefon Bimbit

Assalamualaikum.

Aku ada terbaca entri Tutorial Lock Message & Gambar, Etc. Untuk Android dari blog Ary sekaligus mencetuskan satu idea pada aku untuk berkongsi salah satu apps yang tak pernah aku lupa nak istall dekat telefon bimbit.

Sebelum tu, aku nak cerita sikit. Aku ada habit suka reset telefon bimbit. Kenapa? Panjang ceritanya. Tak apa. Aku ringkaskan.

Dalam handphone aku tu, tak adalah banyak sangat apps yang aku download dari Play Store. Aku ni jenis simple. Segala theme pun aku tak guna. Apps yang mana aku rasa penting, tu jelah yang aku install. Tapi kadang-kadang aku ni pun satu hal juga. Suka install apps yang entah apa-apa. Lepas beberapa jam, aku mula sedar yang bateri handphone aku jadi cepat low. Tak macam biasa.

Dah mula lah aku tuduh apps yang baru aku install tu. Konon, apps yang baru di install tu sedut bateri aku. Tu yang cepat habis. Ni info yang aku sendiri tak pasti sahih ke tidak. Aku cuma buat kesimpulan sendiri memandangkan ianya berlaku di handphone aku sendiri. Ada sesetengah apps, dia akan kuat makan bateri telefon bimbit.

Entah betul ke tidak, aku tak pasti sangat.

Jadinya, aku buat penyelesaian sendiri. Reset handphone aku. Maknanya, semua data dalam handphone akan terpadam. Aku tak kisah sebab isi kandungan dalam handphone aku tu bukannya ada banyak sangat. Lagipun, segala apps boleh dicari balik dekat Play Store.

Lepas dah reset bagai, hasilnya telefon bimbit aku jadi suci bersih. Tak ada lagu, tak ada gambar, tak ada apps yang di install mahupun download. Bersih. Kosong. Konon-konon, kalau dah tak ada apa-apa dalam handphone tu, bateri akan jadi lambat habis. Tu konon jelah. Aku memandai buat andaian sendiri.

Entah macamana aku boleh berkenalan dengan battery saver ni. Aku tak ingat. Jadi, untuk menambah jangka hayat bateri telefon bimbit. Aku cari apps battery saver. Ada banyak jenis yang akan muncul di skrin. Sudah semestinya kita nak battery saver yang betul-betul berkesan kan?

Mula-mula tu memang payah sikitlah nak cari yang betul-betul menampakkan kesannya. Aku sendiri dah guna beberapa jenis battery saver tapi semuanya macam mendukacitakan. Lepas cuba beberapa jenis battery saver, akhirnya aku jumpa satu jenis yang mana ianya berfungsi macam yang aku nak.


Aku suka iBattery ni. Kesannya memang boleh nampak. Kalau sebelum ni aku kena charge handphone sampai 2-3 kali sehari. Tapi lepas install benda alah ni, aku charge handphone pun sekali je sehari. Maknanya, aku puas hatilah kan?

Cara nak gunakannya pun senang. Cubalah. Aku cuma mencadangkan memandangkan aku sendiri dah pernah guna. Mungkin ada yang akan kata "kau bukannya guna sangat pun handphone. Sebab tu battery boleh jimat."

Betullah juga. Tapi aku tetap guna whatsapp, wechat, opera mini surf internet. Dan, aku tak install banyak apps. Yang mana aku rasa penting, itu jelah yang aku simpan.

Monday, June 2, 2014

So, you called yourself as a BLOGGER?

Assalamualaikum.

Hurm... Sebelum ni aku selalu pung pang dalam blog kata yang aku ni blogger hebat. Tapi bila diamati semula kata-kata aku tu, terfikir pula. Dari mana datangnya panggilan blogger ni? Macamana aku boleh gelar diri aku ni blogger? Am I?

Gelak sendiri.

Aku buat blog, dan aku menulis. Nak update entri, kadang aku rajin kadang aku malas. Aku pernah tak menulis sampai berbulan-bulan lamanya. Tapi tak adalah terfikir nak berhenti terus dari menulis di blog ni. Menulis macam dah sebati dengan aku. Cuma, aku jarang menulis. Lebih-lebih lagi bila dah sibuk dengan kuliah.

Okey mari kita bercerita tentang blogger. Penulis dan blognya.

Akhir-akhir ni, perkataan blog dan blogger semakin kerap aku dengar dan baca. Mungkin makin dikenali. Maklumlah, blog dan blogger pun dah bertambah bilangannya bak cendawan tumbuh selepas hujan. Dari para remaja, sampailah ke beliau-beliau. Dari yang bujang, sampailah yang dah ada anak-anak dan cucu cicit. Masing-masing ada blog sendiri.

Kenapa buat blog?

Aku boleh kata, soalan ni dah macam soalan wajib bagi mereka yang bergelar blogger. Kenapa buat blog? Haa, kenapa aku buat blog?

Dulu, tujuan aku berblog ni masih kabur-kabur lagi. Aku sendiri tak tahu kenapa aku nak berblog. Lepas tu, aku mula bercerita tentang kehidupan aku. Kira, tu macam fasa awal berbloglah. Lebih kepada bercerita tentang diri sendiri. Curahan hati.

Lama kelamaan, tujuan nak berblog tu dah makin berubah sikit. Aku pergi ke fasa lain pula. Fasa di mana aku merasakan malu pula bila cerita pasal diri sendiri ni. Maksud aku, macam buka aib diri sendiri. Sibuk sangat menulis sampai tak sedar yang aku dah dedahkan perkara yang sepatutnya menjadi rahsia antara aku dan Allah s.w.t.

Macam scary je kan? Tak percaya, cuba selak balik entri lama dan baca apa yang kita dah pernah tulis. Rasa malu, sedih, kelakar, semuanya bercampur aduk. Itu apa yang aku rasalah sebab dulu aku pun menulis ikut sedap hati aku je. Bila sedih, menangis dalam blog. Bila marah, tengking dalam blog.

Tapi bila dah lama berada di arena blogging ni, perasaan tu dah macam bertukar sikit. Tak macam masa mula-mula berblog. Mungkin terkesan dengan entri-entri orang yang dah separuh abad menulis di blog ni. Tujuan nak berblog pun rasa macam dah jelas sikit. Cuma, tak tahu cara.

So, I called myself as a blogger? Yes! I am blogger and am proud to be one of them.

Berbloglah. Sambil berblog, cuba terjah blog orang lain juga. Kemudian renungkan sebentar. Renung dalam-dalam. Menulis jangan sampai lupa diri. Takut makan penulis.

Belajar menulis dan belajar menerima. Tulis benda yang baik-baik, dan belajar benda yang baik-baik dari penulis lain.

Source