Tuesday, September 30, 2014

PROMOSI! Jadi Agen TOPUP

Assalamualaikum.

Promosi, promosi, promosi! Ada tak siapa-siapa yang berminat nak jadi agen topup?


Topup ni dah macam jadi keperluan seharian kita. Nak call orang, pakai topup. Nak mesej orang, pakai topup. Nak whatsapp orang, pakai topup. Yelah, whatsapp memang free. Tu pun kalau ada internet. Internet pun kena beli pakai topup juga. Nampak tak betapa besarnya peranan topup dikalangan kita.

Kedai topup memang melambak dekat luar. Tapi cuba bayangkan kalau kita nak pakai topup di waktu kecemasan. Tengahmalam pula tu. Rasa-rasanya ada tak kedai topup yang buka tengahmalam dan jual depan rumah kita? Secara logiknya, memang susah nak jumpa.

Haa, masa nilah anda kena bertindak dan jadilah agen topup dengan cara yang mudah serta modal yang sikit. Macamana caranya?

1. Pilih pakej mana yang anda nak (Pakej A, B atau C)
2. Bank in duit yuran sekali dalam seumur hidup
3. Akaun akan diaktifkan
4. Mulalah topup nombor anda atau nombor sesiapa sahaja!

Jangan risau, modal yang anda perlu keluarkan taklah sampai beribu-ribu. Modal rendah, risiko pun rendah. Untung tetap ada. Macamana?

Contohlah anda sudah mendaftar jadi agen. Ada kawan yang nak beli topup dengan anda RM10. Bila anda topupkan kawan tu, bukan RM10 yang akan ditolak dari akaun. Tapi **RM9.50. Sama juga bila anda topupkan nombor anda sendiri. Topup RM10 tapi yang ditolak dari akaun hanya **RM9.50. Murah kan?

Berminat untuk mendaftar sebagai agen? Atau ingin tahu lebih lanjut?

Call/SMS/Whatsapp di nombor 013-8521382

Saya juga mengalu-alukan anda untuk melawat website You-RELOAD 2014. Di sana, segala maklumat boleh anda perolehi.

Terdapat tiga (3) pakej yang disediakan untuk anda :

PAKEJ A : DEALER BIASA

YURAN PENDAFTARAN : RM120
SEKARANG HANYA RM70 (DAPAT MODAL RM10)

Kelebihan Dealer Biasa :
  • Anda sendiri menguruskan pernigaan anda
  • Yuran pendaftaran MASTER AGEN, AGEN anda tentukan sendiri
  • Anda dapat mendaftarkan MASTER AGEN dan AGEN dengan yuran anda sendiri
  • 100% yuran pendaftaran MASTER AGEN dan AGEN milik anda
  • Dapat SMS report transaksi dan WEB SERVER
  • Support customer service 12jam/hari dari 9pg-9mlm
  • Cepat, Pantas dan Tepat
  • Dapat topup dan bayar bill pospaid menggunakan SMS, WEBSEVER dan ANDROID APS
  • Format SMS yang mudah menggunakan handphone
Mendapat Keuntungan Topup
Celcom 5.10%, Maxis 3.60%, Digi 2.80%, Umobile 5.30%, Tunetalk 4.80%, XOX 6.20%, Italk 5.70%, Molpin 1.00%, DigiBroadband 2.30%, Hottickpin 2.70%, Merchantrade 3.50%, DigiSosial 2.10%, DigiSabah 2.10%, Njoi Topup 2.80%, PayBill 40sen/bill dan Banyak Lagi Produk Lain.


PAKEJ B : MASTER AGEN

YURAN PENDAFTARAN : RM80
SEKARANG HANYA RM50 (DAPAT MODAL RM5)

Kelebihan Master Agen :
  • Dapat SMS report transaksi dan WEB SERVER
  • Support customer service 12jam/hari dari 9pg-9mlm
  • Cepat, pantas, dan tepat
  • Boleh control webserver sendiri dengan mudah
  • Dapat topup dan bayar bill postpaid menggunakan hp, webserver dan Android Apps
  • Format sms mudah menggunakan HP
  • Boleh semak rekod transaksi di web server Agen
  • Dapat Komisyen jika daftar agen
Keuntungan TopUP
Celcom 4.90%, Maxis 3.40%, Digi 2.50%,Umobile 5.10%, Tunetalk 4.60%, XOX 5.80%, DigiBroadband 2.00%, Njoi TopUp 2.50%, Hotticketpin 2.50% Molpin 1.00%, Italk 5.00%, DigiSosial 1.80%, DigiSabah 1.80%, Merchantrade 3.40%, AstroBill 20sen/bill, Paybill 35sen/bill dan Banyak Lagi Produk Lain.


PAKEJ C : AGEN BIASA

YURAN PENDAFTARAN : RM50
SEKARANG HANYA RM30 (PERCUMA MODAL RM5)
  • Dapat SMS report transaksi dan WEB SERVER
  • Cepat, Pantas dan Tepat
  • Boleh Control Web Server Dengan Mudah
  • Dapat Topup dan Bayar Bill Postpaid menggunakan SMS, WEB SERVER dan ANDROID APPS
  • Format SMS Yang Mudah Dengan Menggunakan Handphone
Keuntungan Topup
Celcom 4.70%, Maxis 3.20%, Digi 2.30%, Umobile 4.80%, Tunetalk 4.40%, Xox 5.30%, Italk 5.10%, DigiBroadband 1.50%, Hotticketpin 2.30%, Molpin 1.00%, Digisosial 1.5%, DigiSabah 1.50%, Merchantrade 3.00%, Njoi Topup 2.00%, AstroBill 0.20/bill, PayBill 0.30/bill dan Banyak Lagi Produk Lain.

**Tertakluk kepada pakej pilihan anda
PROMOSI akan tamat bila-bila masa sahaja. Cepat sementara masih promosi :D

Saya akan bantu dan guide anda perlahan-lahan ^_^

Monday, September 29, 2014

Jadi Agen Topup, Jual Topup, Modal Rendah

Assalamualaikum.

Dah lama tak share pasal agen topup ni. Okey, soalan pertama. Siapa di sekeliling korang yang guna topup tiap hari buat hantar mesej, call sana sini, internet? Haa, mengakulah korang pun guna topup juga kan? Eh, aku memang kena guna topup. Kalau tak, tak ber-update-lah blog aku ni. Nak guna internet, kena beli pakai topup juga kan?

Aku sendiri agen topup. Kelebihannya? Banyak. Yang penting niat. Jadi agen topup bukan sebab nak kaya okey. Kalau tu niat utama, jangan hairanlah kalau korang asyik merungut sebab duit tak berkepuk-kepuk bawah bantal. Niat utama nak jadi agen topup untuk bantu orang lain. Macamana?

Okey macam ni. Peranan agen topup ni sama macam akak-akak dekat kedai luar tu yang jual topup. Tak payah guna mesin besar-besar, berat-berat, mahal-mahal sebab alat utama yang korang perlukan adalah telefon bimbit yang memang sudah menjadi keperluan asas kita semua. Aku ulang, handphone. Yang penting korang ada handphone.

Cara nak topup memang mudah. Budak tadika pun boleh buat kalau kita ajar dorang. Yang ni, aku akan guide sendiri siapa yang daftar jadi agen dengan aku. Kalau cerita semua dekat sini pun payah juga kan.



Sekarang cerita pasal modal. Harga untuk jadi agen adalah RM30 dan akan diberikan modal PERCUMA RM5 untuk korang mula. Risikonya memang rendah. Ye, aku tau korang takut kena tipu. Tapi macam yang aku katalah. Risiko rendah sebab harga untuk daftar jadi agen topup sangat murah.

Tambahan lagi, bila korang nak tambah modal. Minimum adalah RM10 berbeza dengan syarikat-syarikat lain yang meletakkan jumlah maksimum tambah modal sampai RM100.

Maklumat lebih lanjut, hubungi 0138521382.


posted from Bloggeroid

Saturday, September 27, 2014

Review Simkad Altel

Assalamualaikum.

Jenuh juga nak mencari kelebihan simkad Altel ni. Yelah, simkad ni kan masih baru. Sekarang, aku nak review sebab aku dah pernah guna. Yelah, masa tu sana sini sibuk cerita pasal Altel. Ramai kata Altel laju bila online. Dan akhirnya aku terbeli juga. Harga boleh tahan. RM7 dan ada RM5 kredit sedia ada dalam simkad. Aku beli simkad tu terus dari kedai.

Nak kata harga internet Altel tu murah, tak juga. Sebab harganya lebih kurang juga dengan internet telco lain. Sebulan RM28 kuota 1GB. Haa, tak jauh beza kan? Tapi bukan sebab tu aku terhegeh-hegeh nak pakai Altel ni. Aku nak cuba juga kelajuan internet dia. Dan aku boleh kata, awesome! Puas hati juga lah. Selalu dapat 3G.

Tapi satu yang aku tak suka. Rupanya 1GB tak cukup untuk aku guna buat online. Tak sampai setengah bulan, kuota 1GB tu dah kering aku kerjakan. Sedih jugalah sebab line dah laju. Gambar dekat instagram pun sekali kelip mata je dah habis loading. Last-last kuota pula yang dah habis. Meraung kejap aku.

Sejujurnya, sampai detik ini. Baru sekali aku guna simkad Altel tu untuk buat online. Lepas tu simkad tu beradu dengan aman dan sejahtera dalam laci meja. Yelah, nak buat call orang tak ada pun orang sekeliling yang pakai Altel. Jadi, aku jeruklah dalam laci.

Ohye, sebelum aku betul-betul simpan simkad tu jadi hiasan. Ada lagi baki kredit dalam RM1 lebih. Untuk tak membazir, aku pun gunalah baki kredit untuk online. Tak puas hati online guna handphone, aku jadikan handphone sebagai hotspot untuk aku connect pula dekat laptop.

Amazing betul aku rasa bila berbekalkan kredit yang ciput tu, aku boleh melayari internet guna laptop selama 1 jam lebih. Perghhh... Yelah, lepas habis kuota 1GB tu. Dia akan cas 5sen/MB. Kira murah tu. Lepas dah kenyang online 1 jam. Aku cabut simkad dan tanpa rasa bersalah, aku simpan dalam laci dan tak on sampai sekarang.

Aku berdoa semoga suatu hari nanti Altel akan buat unlimited untuk internet dia walaupun aku tau itu semua dalam mimpi cuma. Zzzz..

Blog is SPECIAL

Assalamualaikum.

First of all, yeah. Tak payahlah aku nak canang pada dunia yang aku tak update blog hampir 3 minggu. Cait! Tak canang konon, tapi dah spread the words.

No one care. But yes! Aku rindu teramat rindu pada blog ini. Poor you kan blog. Terabai.

Lain cerita. Sebenarnya sekarang ni musim final exam. Tapi aku sempat lagi layan blog. Sekarang ni, macam-macam dah ada. Cakap je. Whatsapp, wechat, instagram. Aku ada je tiga-tiga benda alah tu. Selalu juga update status. But then, aku still rasa yang semua tu tak boleh dibandingkan dengan feel bila update blog.

Canggih macamana pun, aku still sayang blog aku ni. Untuk berhenti berblog, for now aku yakin boleh kata NO. Berhenti kejap-kejap tu mungkin yes. Biasalah. Aku kan pelajar. Full-time pula tu. Tak boleh nak hadap laptop 24 jam.

Okeylah. Later I sambung leter k.

Tuesday, September 2, 2014

Rindulah Sangat



Assalamualaikum.

Aduh, aduh, aduhhh. Lama sangat tak update blog tercinta. Alasan, sibuk. Ah! Biasa sangat bagi alasan tu. Tapi seriously, aku memang sibuk dengan dunia aku sebagai seorang pelajar. Tambah lagi dengan internet yang susah nak ada.

Sekarang aku sibuk nak buat persiapan menghadapi peperiksaan akhir. Okey, aku teruja. Tak lama lagi aku akan tamatkan semester 5 ni dan say hi pada semester 6. Teruja yang amat. Rasa macam tak percaya.

Baiklah. Tak boleh nak membebel sangat. Esok kelas pagi jam8. Assignment tak siap. Ni rancang nak bangun subuh. Mohon diri akan tersedar sebab sekarang aku dah rasa mengantuk tahap kritikal.

Oh lupa. Lama aku tak update blog, tak sangka ada juga pelawat ye. Tu analytic dari nuffnang aku ambik. Tapi aku tau tu pelawat yang datang dari google. Takpelah. At least, taklah berhabuk blog aku ni kan.

So, jumpa next entri. Aku usaha untuk rajin update. Kalau tak rajin juga, sila faham-faham sendiri. Hahaa. Kbaii..

posted from Bloggeroid