Friday, October 31, 2014

Bila Sahabat Hangat Bercinta

"Kak, kau kata kau tak suka tengok orang berkapel. Habis tu, kenapa kau masih berkawan dengan si Anis (bukan nama sebenar)? Dia pun tengah kapel sekarang kan?"

Adik, aku memang tak suka kapel-kapel ni. Tapi, siapa aku nak menghukum mereka? Lagipun, Anis kawan aku. Takkan aku nak terus buang dia dari hidup aku cuma sebab dia tengah kapel?

Manusia mana yang tak buat silap. Semua orang buat silap. Termasuk Anis. Bila suatu saat dia ditinggalkan oleh kekasih dia, aku yakin waktu tu dia perlukan seseorang untuk bimbing dia ke jalan benar.

Walaupun sekarang ni dia lebih memilih kekasih dia berbanding aku, takpe. Aku cuma boleh doakan semoga Allah berikan dia petunjuk. Aku akan sentiasa ada untuk dia. Itulah fungsi kawan. Bila ada kawan lain buat silap, jangan terus buang dia dari hidup. Percayalah, Allah tengah menguji keduanya. Menguji hubungan persahabatan tu.

Kawan yang baik, akan terus menerima baik buruk kawannya. Bukan menjaja keburukan kawannya pada orang lain ketika mereka lagi sedang berselisih faham.

posted from Bloggeroid

Thursday, October 30, 2014

Moga Kau Istiqomah Adik

"Kakak, jam berapa waktu Zohor habis?"

Kakak yang tengah basuh pinggan tersentap dengar soalan adik.

"Mmm... Sebelum pukul 3."

Kakak tak tanya lebih-lebih. Tapi kakak dapat rasa sesuatu.

"Okey kak," kata adik sebelum dia berlalu pergi.

"Ya Allah, Kau lembutkanlah hatinya." Kakak berdoa sungguh-sungguh dalam hati.

***

Adik bersiap. Kakak tak tanya banyak.

"Kak, aku nak pergi surau dulu."

Hati kakak sudah mulai sebak. Tapi ditahannya.

"Yelah. Kau jangan main dekat surau. Hati-hati." Pesan kakak.

"Moga kau istiqomah adik." Perlahan kakak bersuara selepas adik menutup pintu rumah mereka.

posted from Bloggeroid

Wednesday, October 29, 2014

Sandakan Sabah

Assalamualaikum.

Aku berasal dari Sabah. Dilahirkan di Kota Belud tapi membesar di Sandakan. Nama saja dari Sabah. Tempat-tempat menarik di Sabah ni, aku sendiri tak berapa nak pasti. Kecualilah tempat-tempat yang memang sudah sedia menjadi siulan orang.

Contohnya Sepilok. Tempat di mana pengunjung boleh melihat sendiri orang utan di depan mata. Wah! Cara bercerita macam dah pernah pergi. Tapi sebenarnya aku tak pernah pergi pun. Nak kata jauh, tak juga. Sepilok ni di Sandakan. Dekat dengan rumah aku. Beza berapa batu je. Tu pun aku tak berkesempatan nak pergi.

Di Sandakan ni ada beberapa lagi tempat menarik yang boleh dikunjungi. Macam Memorial Park, err apa lagi eh. Aku lupalahh. Kalau tak silap namanya RDC (Rainforest Discovery Centre). Adoi. Aku lupa.

Kalau tempat makan pula, dulu famous dengan ikan bakar. Tempatnya di sim sim. Nak dekat dengan bandar Sandakan dah tu. Tapi sekarang ni tak pastilah kalau tempat tu masih ada. Aku belum update. Macamana nak jalan. Sibuk memanjang.

Kalau ada yang nak datang Sandakan, datanglah. Dialu-alukan. Maaflah. Aku cerita ringkas sangat pasal Sandakan ni. Dah lama tak jalan-jalan. Tapi setahu aku, airport Sandakan dah makin cantik sekarang. Dulu memang tak cantik. Nampak macam biasa je. Airport Kota Kinabalu lagi cun. Sekarang, airport Sandakan tengah upgrade. Harap-harap makin cantiklah sebab dekat Sandakan ni boleh tahan ramai juga pelancong yang datang.

Setakat nilah dulu aku cerita. InsyaAllah, kalau berkesempatan jalan-jalan. Nanti aku update lagi pasal Sandakan okey..

posted from Bloggeroid

Muslimah Bukan Pemarah

"Adik, kalau kau nampak muka aku macam nak makan orang masa basuh pinggan. Atau bila kau bercakap dengan aku, tapi reaksi aku macam nak menampar orang. Kau sabar okey."

"Pehal pula kau macam tu kak?"

"Sebab masa tu angin aku tak berapa nak baik. Aku tak suka buat kerja orang."

Adik tersengih. Dia tahu. Basuh pinggan kerjanya. Tapi dia bagi kakak. Nak tak nak, kakak kena ambil. Kalau tidak siapa lagi nak basuh? Jiran sebelah?

"Okey kak."

Kakak sambung.

"Aku diam bukan sebab aku maki kau dalam hati. Tapi aku beristighfar. Aku tau aku tengah marah. Kalau aku tak istighfar dan ingat Allah, semua pinggan tu akan terbang kau tau?"

Muslimah itu baru berhijrah.
Perlahan-lahan dia berubah.
Sifat muslimah bukan pemarah.
Jadi beristighfar mengingati Allah.

posted from Bloggeroid

Tuesday, October 28, 2014

Tudung Bawal Chiffon Ruffle

Assalamualaikum

Nak bagitahu. Diri ini sudah jatuh chenta pada yang namanya tudung bawal kain jenis chiffon dengan extra bidang 60. Aduhaiiiii. Mohon kami dipertemukan. Harganya tidaklah keterlaluan bagi mereka yang mampu. Tapi bagi seorang pelajar yang masih lagi mengharapkan "biasiswa" dari keluarganya, maka biarlah dipendam saja dulu keinginan yang membuak-buak ini.

Kenapa tudung bawal chiffon ruffle bidang 60?

Labuh. Itu sudah semestinya. Menjimatkan masa untuk pelajar yang lambat bersiap. Corak ruffle di sekeliling tudung, benar-benar mengusik jiwa. Ianya boleh digayakan seperti yang namanya shawl.

Hajat di hati, mahu saja menghasilkannya sendiri. InsyaAllah, akan diusahakan. Sedang berusaha mendapatkan dana untuknya. Tapi mungkin, corak ruffle di tepi tidak akan kesampaian. Mesin jahit yang ada di rumah tidak dapat digunakan untuk menjahit tepi apatah lagi corak ruffle yang menawan itu.

Bimbang Terlebih Bicara

Assalamualaikum.

Keinginan hati, mahu saja rasanya publish entri 10 kali sehari. Namun, memikirkan bahawa bukan lidah sahaja yang berbisa tapi kata-kata yang diluahkan melalui mata pena juga bisa menghiris hati-hati yang ada. Boleh jadi dosa penulis ikut bertambah bila apa yang ditulis bukan memberikan manfaat pada empunya diri malah memudaratkan pembacanya.

Acapkali jari menari-nari di atas kekunci. Kemudian bila digerakkan hati untuk membaca semula apa yang ditulis, laju sahaja butang backspace ditekan. Ini bukan berlaku sekali dua. Tapi berkali-kali sehingga membuatkan diri berdiam seketika dari menulis.

Mungkin ianya isyarat yang disampaikan melalui gerak hati.

Sesekali, muhasabah diri. Atas tujuan apa menulis. Sekadar suka-suka? Atau apa? Bimbang juga rasanya kalau-kalau ada yang tersinggung dengan kata-kata yang bebas bertebaran di kanvas maya ini. Padahal, tiada langsung niat di hati untuk melakukan hal yang sedemikian. Bimbang juga andai ianya menjadi ikutan sedangkan ia bukanlah perkara yang harus dicontohi.

Mungkin terlebih bicara agaknya. Terlebih meluahkan rasa sehingga melepasi batas-batas yang sepatutnya. Terlalu ghairah mengharapkan sesuatu. Alangkah bahagianya bagi mereka yang menulis hanya kerana Allah s.w.t semata-mata.

Tiada apa yang diharapkan selain keredhaan-Nya.

Sama-sama berdoa semoga apa yang disampaikan bukanlah penyebab dosa kita makin bertambah. Malahan biarlah ia diterima sebagai satu ibadah di sisi Allah s.w.t..

Syukur ditemukan blog yang "memanah" sanubari. Ia punya auranya tersendiri. Kelembutan yang disampaikan penulis benar-benar terkesan di hati. Kelembutannya terasa bukan kerana ayat berbunga yang digunakan. Tapi terasa betapa penulis benar-benar menulis dari hatinya yang tak lain tak bukan. Mendekatkan setiap hati-hati pembaca dengan Allah, penciptanya, pencipta kita.

Monday, October 27, 2014

Mohon Doakan

Assalamualaikum.

Hari ni aku dikejutkan dengan satu berita mendukacitakan yang melibatkan kawan sekelas aku masa sekolah menengah dulu. Anak dia ditahan di hospital kerana menghidap penyakit LCH (Langerhan Cell Histocytosis). Aku pun tak boleh nak ulas lebih lanjut tentang penyakit ni sebab aku sendiri tak tahu macamana keadaan anak dia sekarang.

Menurut kawan yang menyampaikan berita ni, keadaan anak kawan kami tu memang menyedihkan. Tersentuh juga hati aku. Bila anak sakit, mak ayah mana yang tak susah hati. Walaupun aku belum ada anak, tapi atas dasar keperimanusiaan. Aku boleh rasakan yang kawan aku tu mesti sedang bersedih sekarang.

Semoga dia, (Ibrahim bapa kepada anak kecil tersebut) serta keluarga tabah menghadapi ujian yang Allah berikan. Semoga ujian ini akan lebih mendekatkan mereka kepada pencipta.

Aku membayangkan kalau aku berada di tempat dia. Mohon doakan mereka sekeluarga.

Sunday, October 26, 2014

Segan dengan Blogger

Assalamualaikum.

Kadang, rasa segan juga dengan blogger lain yang datang ke blog ni lepas tu tinggalkan komen tiap kali ada entri baru. Atas sebab-sebab tertentu, menyukarkan diri untuk blogwalking dan balas jejak kasih mereka.

Lebih-lebih lagi sekarang si bongsu tu dah mula berkepit dengan laptop. Susah nak rebut takhta. Asyik dia je yang menang. Maka, diri akur untuk membiarkan dia merajai laptop.

Ni pun dapat update blog guna tab adik. Download bloggeroid dekat play store untuk memudahkan proses update blog. Tapi tu lah. Tak dapat nak blogwalking dan tinggalkan komen.

Sebenarnya boleh blogwalking. Cuma, tak dapat nak tinggalkan komen. Jadi silent reader. Dapat baca entri je. Nak menyuarakan komen tu, ah. Memang tak dapat.

Mohon tak adalah yang terasa. Lebih-lebih lagi kak Diana. Maaf kak.

Kalau ada yang blogwalking guna handphone atau tab, boleh bagitau cara tak? Kongsilah sikit. Guna browser biasa memang tak lepas nak log in blogger. Apatah lagi opera mini.

posted from Bloggeroid

Bukan Mr.Istikharah Semata-mata

Assalamualaikum.

Semalam tengok cerita Mr. Istikharah. Mula-mula malas juga nak ambil tahu. Tapi orang dekat rumah beria nak tengok. Kena tengok sekalilah jawabnya. Tak sangka pula jalan ceritanya best. Apa yang penting, ada ibrah (pengajaran) yang boleh diambil dari cerita tu. Ambil yang baik, buang yang buruk.

Betul lah kan.

Kadang, apa yang kita nak ALLAH tak bagi. Bukan sebab tak sayang. Tapi sebab sayanglah ALLAH tak bagi. Kita ingat ianya baik untuk kita. Padahal, ALLAH lebih tahu ianya akan bagi mudarat pada kita.

“…. Boleh jadi kalian membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagi kalian. Dan boleh jadi kalian mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kalian.Allah Maha mengetahui kalian tidak mengetahui.” (QS. Al-Baqarah 216)

Lumrah manusia nakkan yang terbaik. Tapi tak pernah pun muhasabah diri untuk berubah jadi baik. Berangan je lebih. Nak suami ustaz lah. Nak isteri ustazah lah. Tak salah nak mengharapkan yang terbaik. Cuma, untuk mendapatkan yang terbaik, kan lebih elok kalau kita yang mulakan langkah menjadi baik.

Jodoh kita sedang berusaha menjaga dirinya di sana. Menjaga hatinya. Menjaga hubungannya dengan ALLAH. Tapi kita? Sibuk nak layan semua. Sibuk nak meluahkan cinta pada orang yang belum tentu jadi pasangan kita. Adilkah?

Tiada istilah terlambat untuk berubah selagi masih diberi peluang bernafas. Muhasabah diri banyak-banyak. Moga ALLAH beri kita kekuatan. Semuanya kerana ALLAH.

Friday, October 24, 2014

Baiki Keyboard Laptop Acer

Assalamualaikum.

Semenjak balik, laptop aku dah mula diambil alih oleh adik-adik untuk main game. Membara juga kadang-kadang. Tapi kalau dah si kecil yang ambil alih, memang taklah aku nak rebut dari dia. Meraung satu rumah.

Dorang suka main game. Dah tu, keyboard aku pula dikerjakan. Sampailah kelmarin akhirnya keyboard aku "mengalah".



Aku dah panik kejap sebab kalau nak bawa pergi kedai memang aku tak banyak duit sekarang. Lepas tu aku ingat nak cuba baiki sendiri dulu. Berpeluh juga aku nak membaikinya.

Tiba-tiba aku terfikir nak cari cara baiki keyboard dekat youtube. Mak aih. Memang semuanya di hujung jarilah kan. Tapi aku tak berapa nak faham video tu. Akhirnya aku cuba buat sendiri.

Cuba punya cuba akhirnya berjaya juga. Alhamdulillah ;)




posted from Bloggeroid

Merasa Jeruk Asam Boi

Assalamualaikum

Semenjak dua menjak ni, ramai pula yang "pung pang" cerita sana sini pasal mangga jeruk asam boi lah, pelam asam boi lah. Meleleh juga dibuatnya bila tengok gambar-gambar yang di pos. Apa tak meleleh kalau aku ni hantu asam-asam. Tak sedar diri lagi tu kurang darah. Masih juga nak mengerjakan mangga.

Ibu selalu marah juga bila nampak aku makan mangga macam tak ingat dunia. Aku dengan sorang mak cik aku sebelah ayah memang suka sangat makan benda-benda asam ni. Tapi aku dah cuba juga kurangkan.

Cuma sekarang aku tak menahan nak merasa mangga jeruk asam boi tu. Memandangkan adik perempuan aku ada beli asam boi kelmarin, aku dengan rasa terujanya berdesup lari masuk dapur cari mangga yang dibawa balik dari kampung baru -baru ni. Syukur aku jumpa sebiji. Bolehlah nak merasa kan.



Ada bahan yang kurang sebenarnya. Bahan yang memedaskan. Apa eh? Cili api kalau tak silap. Aku tak letak sebab aku tak makan pedas. Bukan alergik. Tak menahan je.

Dan hasilnya? Boleh tahanlah. Tak lah marvelous sangat. Tak lah juga rasa sedap nak meninggal bak kata cik epal dalam blog beliau. Bolehlah. Mungkin sebab salah aku juga. Main campak je bahan-bahannya. Berapa sudu gula berapa sudu garam pun aku tak kira dah. Main taram je.

Oh tapi aku ada campur sikit mangga yang dah masak. Perghh! Yang tu memang sedap. Rasa asam boi dia, rasa masin dia, rasa sejuk dia. Awesome betul rasanya. Lepas ni aku nak buat guna mangga yang dah masak lah.

Resepinya, boleh cari dekat google eh. Sebab aku punya stail memang main campak je. Asal ada garam, gula, asam boi, mangga, peti sejuk. Haa, aku gaul sebati je semua lepas tu masuk dalam peti sejuk. Lepas berjam, baru aku makan. Tak sabar punya pasal lah tu.

Aku suka resepi ni sebab mudah dan ringkas. Sebelum ni aku beli je jeruk dari luar memandangkan aku tak reti nak membuatnya. Tapi desas-desus yang aku dengar, dorang ada guna satu jenis gula tu yang tak berapa nak elok untuk kesihatan. Aku pun tak ingat dah. Malas nak google ni sebab ibu kejap lagi nak balik bawa tilam baru. Aku excited sebab tilam tu untuk aku. Thats why lah macam terkinja-kinja ni nak menyiapkan entri.

Okeylah, cukup dulu kali ni. Karang aku sambung lagi. Jaga diri.
posted from Bloggeroid

Wednesday, October 22, 2014

Maafkan Saya Juga

Assalamualaikum.

Lama tak update blog padahal hari-hari online. Sebenarnya tak ada idea nak update cerita apa. Sekarang ni cuti semester. Nanti bulan 12, baru mula semester baru. Masa tu, aku dah masuk semester 6. Maksudnya, semester akhir. InsyaAllah...

Okey. Seriously, aku tak tahu nak cerita apa. Mungkin sebab sekarang dah masuk tengahmalam. Otak pun serasa macam malas nak berkerja. Esok pun kena bangun awal. Rasanya, baik aku gerak pergi tidur dulu. Esok-esok, kalau dah ada idea. Aku update lagi. Kalau tidak, kena tunggulah bulan akan datang dengan ayat yang sama.

"Lama tak update blog. Rasa rinduuuuuu."

Kalau macam ni punya ceritalah aku update, baik tak payah update.

Baiklah. Aku cerita sikit. Sikit ajeeeee.

Belajar untuk maafkan semua orang sebelum tidur. Haa, betullah kan? Kadang-kadang, aku sendiri terlupa juga. Tapi kena biasakan diri. Yelah, kita tak tahu esok pagi kita masih diberi peluang untuk bernafas lagi di muka bumi ni atau tidak. Jadi, biasakan diri untuk maafkan orang sebelum kita tidur.

Maafkan saya juga :)

Wednesday, October 8, 2014

Losyen Aulia

Benda alah ni mesti ada dengan aku kalau boleh tiap masa. Kecuali bila keluar. Aku tak memilih jenama pun selagi isu halal haram tak timbul.

Losyen jenama Aulia ni wangi. Tapi ikut orang jugalah. Setakat ni, aku boleh terima bau dia kecuali yang botol warna pink. Bau dia menyengat betul. Sakit kepala hidu.

Losyen Aulia ni ada beberapa jenis bau ikut warna botol dia. Kalau tak silap, ada warna hitam, biru, pink, purple. Aku cuma boleh tahan bau dua botol je. Hitam dengan purple. Pink aku tak boleh. Yang biru pula aku tak ingat bau dia.

Dekat Sabah, untuk botol besar yang 600 ml harga dia RM6.90. Aku beli dekat kedai Mazuin Kota Kinabalu.

Aku suka losyen Alia ni sebab bila pakai kulit rasa macam lembab je. Cubalah. Kalau takut tak sesuai, beli yang botol kecil dulu. Kalau macam aku yang dah serasi ni, memang terus rembat yang botol besarlah. Harga untuk botol kecil aku tak ingat. Tapi kos macam bawah RM6.90.


posted from Bloggeroid