Tuesday, October 6, 2015

Kerja dan Belajar

Masa aku lepas habis SPM dulu, memang ada plan nak kerja sementara. Tapi ibu dengan ayah tak bagi takut aku dah tak ada hati nak belajar lagi. Masa aku dekat U, ada satu masa kejatuhan aku. Waktu tu memang perlu sangat duit dan aku tak nak susahkan ibu dengan ayah. So aku plan nak cari kerja part time. Tapi aku tak belakangkan ibu dengan ayah. Aku masih minta izin dan cuba berbincang dengan mereka. Sekali lagi cadangan tu kena tolak. Ibu dengan ayah tak bagi aku kerja masa tengah belajar. Takut lepas dapat pegang duit rasa nak belajar tu hilang. Dalam hati aku duk menafikan je kenyataan ibu dengan ayah aku tu. Bukanlah memberontak. Cuma kurang setuju. Tapi aku masih ikut cakap mereka. Aku tak kerja.

Now, aku dah mula kerja. Dah dekat lima bulan aku kerja. Kawan-kawan aku ramai yang dah sambung belajar. Aku? Kerja. Dan sekarang jugalah aku faham kenapa dulu ibu ayah aku tak kasi kerja masa tengah belajar. Orang tua selalunya betul sebab mereka yang makan garam dulu. Dah rasa masinnya macamana. Lepas aku dah mula kerja ni, rasa nak belajar tu perlahan-lahan hilang.

Benda ni bahaya sebenarnya terutama sekali kalau umur masih muda. Yelah, umur masih muda. Peluang nak belajar masih ada. Kenapa sia-siakan? Okey, aku tak menyesal pilih jalan ni sebab aku percaya rezeki masing-masing. Kita tak tau masa depan seseorang. Cuma, jangan pandang rendah sangat dengan orang yang tak belajar tinggi macam kita. Masing-masing ada kelebihan yang berlainan.

Antara bekerja dan belajar, mana lebih penting. Aku rasa, semua ada pendapat sendiri. So, tak boleh cakap aku betul, kau betul. Ada yang tak sambung belajar tinggi tapi masih boleh dapat kerja yang baik dan gaji tinggi. Ada yang sambung belajar tinggi tapi lepas habis belajar pun masih makan beras mak bapa. So, tak boleh salahkan sesiapa. Choose wisely. Paling penting, minta restu ibu dengan ayah.

posted from Bloggeroid

Monday, October 5, 2015

Online

Perkataan 'Online' yang tertera nyata membuatkan hatinya panas.

"Tak chat aku tapi boleh pula online,"

Jarinya mula menaip sesuatu.

"Hmmm.."

Send.

Seminit, dua minit, lima minit. Hampa. Tiada balasan.

"Benda macam ni yang aku benci," bebelnya sendirian.

posted from Bloggeroid