Wednesday, April 13, 2016

Kena pandai buat kopi?

Hi.

Okay fine. Lately tajuk entri aku macam entah apa-apa entah. Semua nak pakai tanda soal. Aku sendiri tak paham. Takkanlah lepas kahwin cara pemikiran pun berubah kot. Isk. Tak faham sungguh aku.

Back to our topic. Gahhh. Its about coffee. Bukan kopi 3 in 1 ye. Ini kopi sebenar-benar kopi. Real coffee. And yes. Aku memang tak pandai nak buat kopi. Aku sedar benda ni masa nenek sebelah somi suh aku buat kopi. Daaaa. Aku baru perasan aku tak gheti nak buat kopi. Kalau milo, teh, nescafe, sirap, bandung, oren, bolehlah.

"Ala, apa susah. Tuang je serbuk kopi tu, buh gula, siap!"

Amboiii. Kalaulah semudah itu khennnn. Tapi masalahnya taste orang tua ni tak sama macam taste orang muda. Dia ada level kopi dan tahap gula dia sendiri baru nak ada rasa kopi tu. Banyak sangat kopi, pahit. Kurang kopi, dah tak ada rasa kopi. Lebih gula, kencing manis. Kurang gula, tawar pula. You see, you see. Bukan senang kan?

Aku memang jarang buat kopi especially kalau masa kenduri, nak bagi jamah orang ramai dan nak bagi nenek-nenek dan atok-atok yang minum. Memang awal-awallah aku tolak tender tu. Sebab pernah sekali aku buat dulu. Mak oi kauuuu. Punyalah banyak complain. Sedu aku jadinya. Start situ, aku macam alergik dan fobia dengan yang namanya kopi ni.

Tapi yelah. Sampai bila nak mengelak ye dak? Nanti cepat atau lambat, mesti ada juga yang suruh aku buat. Kot nak menguji skill buat air aku kannn. Kalau pakai 3 in 1 tak payah kecohlah. Aku tuang je dalam gelas, gaul, buh air panas, dah boleh senyum sampai telinga. Gahhh!

posted from Bloggeroid

Tuesday, April 12, 2016

Macamana kenal suami?

Hi.

Dah macam cerita "How I Met Your Father" lah pulak kan. Actually, yes. Keluarga sebelah laki aku especially adik-adik sepupu dia ada tanya. Macamana aku boleh kenal abang sepupu dorang tu. Dan selalunya aku mulakan dengan senyuman yang paling manis. Jenuh juga nak menjawab sebab bagi aku, cerita macamana aku boleh jumpa suami ni agak macam drama, panjang dan sedikit complicated.

Tapi aku ringkaskan, semuanya dengan izin Allah S.W.T.. Sebab kalau ikutkan, hishhhh. Aku nilah yang suka sangat buat hal. Nak-nak masa tunang hari tu. Syukur suami penyabar. Alhamdulillah.

Bila aku imbas-imbas balik, kenang-kenang semula. Then aku sedar. Apa yang jadi, betul-betul luar dari kawalan aku. Semuanya berlaku dengan cepat. Kalau aku total semua, termasuk hari aku tunang, hari aku nikah. Adalah dalam 5 bulan berapa hari aku kenal suami aku ni.

So true. Lelaki pukul 7 malam tak wujud gaissss. Handsome, setia, jujur, caring, bertanggungjawab, sweet, romantik, penyayang, penyabar. Heyyy, kalau aku mention semua penuh la page ni. Hehhh. So, itu semua karakter yang dicipta manusia itu sendiri so that the drama or novel or whatever look perfectossss. Khennnnnn.

And unfortunately, kalau ada pun lelaki sesempurna itu. Must be one in a million babeeee. Pheww! Kesimpulannya. InsyaAllah, apa yang Allah dah aturkan. Itu yang terbaikkkk. 😅

posted from Bloggeroid

Wednesday, April 6, 2016

Kenapa berhenti kerja?

Hi.

Actually, apa yang sedang berlaku dalam hidup aku ni betul-betul luar dari jangkaan. Kahwin dengan orang yang aku kenal tak sampai sebulan, berhenti kerja, jadi suri rumah sepenuh masa. All this thing aku tak rancang langsung. Especially yang berhenti kerja tu. Aku tak expect sebenarnya. Tapi aku tak salahkan siapa-siapa juga.

Plan aku yang sebenar-benarnya is kengkonon lepas kahwin aku akan maintain kerja di kedai spek tu. Tapi lain yang jadi. Ada hal lain yang timbul. But then aku fikir panjang, hmm. Aku tak boleh sambung kerja. Waktu kerja aku lebih dari waktu kerja suami. Masuk kerja 10 pagi balik 10 malam. Pestu nak apply cuti pun satu hal. Sabtu ahad tak dapat cuti unless ada emergency. Tu pun kena ada bukti yang sahih lagi benar.

At the end, aku ambil keputusan untuk berhenti. Sumpah aku sedih. Sebab sejak hari pertama kiosk spek mata tu buka, aku dah kerja sana. Dari tak tau apa-apa, sampailah aku pandai serve customer, explain jenis-jenis cermin yang ada, check mata, potong cermin, order lens. Aduhaiiii. Jatuh bangun aku ada situ. Kena marah, kena pinggir, kena pulau, kena perli, ketawa, sedih, menangis, gembira. Semualah. Berat hati aku jadinya.

Tapi aku cuba terima slow-slow. Aku just positif. Manatau lepas ni boleh jadi tauke terus. Hahaa. Awkward jugalah. Sebab aku dah biasa kerja kan. Bila tetiba jadi suri rumah dan stay dalam rumah je, aku jadi culture shock pulak. Aku renung dinding, dinding renung aku. Dan begitulah setiap hari. So, aku pun mula balik aktiviti blogging yang aku dah tinggalkan hampir empat bulan. Pun awkward juga. Otak rasa berkarat sikit nak cari ayat-ayat untuk mengarang sepanjang yang boleh. Mihmihmihhhh.

Laki aku ada tolong juga carikan kerja-kerja yang pakai office hour. Sebab dia risau dengan aku. Takut tak biasa duduk rumah tak buat apa-apa. Mula-mula tu meroyan juga aku. Asyik termenung je. Nak gelak tapi takda kawan. Kalau nak suruh on call dengan kawan, aku ni payah sikit. On call bagi aku macam tak best je. Face to face barulah. Nak gelak macam orang gila pun boleh. Tapi tak buatlah. Takut kena hantar ke bukit padang. Heee.

Since dekat rumah tak banyak sangat kerja nak buat, so waktu lebih banyak diluangkan bersama bantal. Zzzzzz.

posted from Bloggeroid

Tuesday, April 5, 2016

Dah kurus, nak diet apa?

Hi.

Lately aku rasa semacam. Semacam yang macamana, susah aku nak explain. Okey contoh. Baru-baru ni ada kenduri sebelah keluarga laki aku. Its kenduri. Mean ada makan-makan lah kan. And of course ada nasi, daging, and lauk-lauk lain. Tapi bila aku tengok rupa nasi tu, ya ampun. Rasa nak muntah ahkak nokkkk. You see, you see. Kinda symptom mummy to be kan. Hakhakhakk. Amin ya Rabb.

Sumpah nafsu aku nak makan nasi masa tu mati. Dan syukur alhamdulillah ada hidangan lain yang depa sediakan. Which is kita ada buah tembikai, agar-agar, cupcake, kurma, kuih muih, lekor. Eh, eh lekor pun aku rasa nak muntah bila tengok. Haruuuuu. Aku ambik yang manis-manis dan sweet-sweet macam aku je. Yang masin, yang tawar, yang pahit, mahap. Lain kali boleh runding.

Macam biasalah. Keluarga yang lain nampak aku tak makan nasi, semua nak tuduh aku on diet. Mak cik, sepupu, nenek, semua pakat cakap aku diet. Oh Tuhan. Kalau saja mereka tahu aku nak termuntah masa itu, sure tembikai satu biji, puding setalam, kuih berpinggan, kurma berbungkus, akan disuakan pada aku. Mihmihmihhh.

Aku cakap aku tak diet, takde sorang pun yang nak percaya. Kecuali laki aku sendiri. Dia je yang tau. Dia yang suruh aku makan buah banyak-banyak kalau takda selera nak menghadap nasi. Memanglah kan. Suami yang paling dekat. Sure dialah yang tahu.

Semalam aku pergi tempat kerja lama aku, kawan-kawan duk complain pasaipa aku dah makin kuruih ni. Sampai ada yang cakap tak kenal aku dah. Ciss. Hampa sungguh. Badan aku dah makin susut. Dahlah kuruih, la ni makan nasi langsung takdak selera. Eh, pasaipa loghat lain macam bunyi ni. Zzzzzz. Nak buat cemana. Takda selera. Dapat makan nasi pun, berapa suap je. Nasib badanlah.

Sekarang pun, selera kejap ada kejap takda. Macam ala-ala chipsmore gitu. Ibu dah pesan, paksa je makan. Okey paksa. Tapi depan ibulah. Belakang ibu, hihiii.

posted from Bloggeroid

What?! Bunting Pelamin

Hi.

Eh eh. Aku tak bunting lagi. Belum ada rezeki nokkk. Tapi entahlah. Lately, badan macam bagi signal bukan-bukan je. Nak kata preggy, susah juga. Nak kata tak preggy, tanda-tanda macam dah nampak. Susah nak buat andaian sendiri. Nak kata tak buat UPT, dah buat dah. Dua kali pulak tu. Tapi buat senyap-senyap. 1st test kantoi dengan suami. Entah macamana boleh pula aku lupa buang. Tskk!

Buat test kali kedua, suami tak tau. Semuanya negatif. Ke perasaan aku je ni? Aku bagitau ibu aku. Ibu kata, dari apa yang aku cerita. Tu tanda-tanda mengandung. Tapi payah nak comfirmkan. So, kena tunggu next period lah. Kalau lewat, then boleh buat test kali ketiga. I dah standby pregnancy test tu okey. Hahahaaa. Another few days to go.

Wait, wait. Aku tulis tajuk entri bunting pelamin. Tapi topik ni macam seinci nak ke laut aku dah melalut sembang pasal lain. Hahaaa. Tia, Tia.

So back to our story. Apa kefahaman kau pasal "Bunting Pelamin" ni? Mengikut pengamatan aku sendiri, ramai yang salah faham pasal bunting pelamin ni. Aku sendiri pun dulu macam tu. Ingatkan masa naik pelamin dah bunting. Kira macam kahwin eksiden gituw. Hahaa. Salah faham ghopenyeee. Bunting pelamin ni actually pengantin baru kahwin tapi dah disahkan mengandung mungkin 3 minggu atau sebulan selepas nikah. Inai kat jari tak luntur lagi nokkkk. Heeee.

Aku ni pun masih kira pengantin baru lagi. Inai kat jari masih menyala even taklah merah sangat kan. Ihiksss.

Cuma sekarang, aku dah makin peka dengan tarikh period aku. Kalau dulu, bukannya aku kisah sangat pun. Sebab tetiap bulan memang sure datang. So, nak save tarikh tu dia punya rasa malas memang tahap luar biasa. Sekarang yang lepas kahwin ni je dah mula rajin save date tu. Siap download apps lagi dekat play store. Nampak tak gigih dia?

Aku ada tanya suami, kalau dapat baby awal okey tak? Dia tak kisah. Kalau ada, alhamdulillah. Rezeki awal. Kalau takda, takpa. Boleh luangkan masa berdua lama sikit. Aku pun macam tu. Sebab kalau mengharapa sangat, payah juga. Takut frust mengalahkan putus cinta. Hahaaa.

InsyaAllah, kalau rezeki. Adalah. Haa gituuuu 😊

posted from Bloggeroid

Monday, April 4, 2016

Masih Pengantin Baru

Dah nak masuk empat bulan ai tak hapdet uolsss. Macam-macam dah jadi sebenarnya. Tak sempat nak cerita semua. Masa betul-betul tak cukup. Ada je halangan. Sekarang dah dapat hapdet sikit, seronok jugalah. Tapi kan, tapi kannnnn. Tak tau nak cerita yang mana satu dulu. Hahaa!

So, dah masuk perenggan kedua ni rasanya tau dah kot nak fokus cerita apa. I guess.

Actually, aku dah selamat jadi isteri orang pada 9 Mac 2016. Ada cerita juga tu. Tapi nanti aku cerita. Eh, ehhh. Jangan nak mengada k. Aku kahwin bukan sebab eksiden ke apa eh. Aku kahwin cara elok. Alhamdulillah. Allah permudahkan semuanya. Dari awal perkenalan, sampai merisik, bertunang dan akhirnya ke jinjang pelamin.

Perasaan aku bercampur baur. Tapi aku tau. Ini jalan terbaik yang Allah dah sediakan untuk aku dan keluarga. Rasa macam tak percaya pun ada yang aku dah jadi isteri orang. Ibu aku jelah asyik complain yang aku ni tak pandai matang-matang. Masih macam budak-budak.

Okey baiklah. Penyakit malas aku dah mai dah. Nak menaip panjang-panjang ala-ala karangan pun dah payah sekarang ni.Nanti-nanti mood dah elok, sambung tulis ye. So, take care gaisss.