Sunday, May 29, 2016

RM55 hangus, pengajaran untuk aku!

Hi.

Benda ni dah lama jadi. Tapi aku diamkan je. Hari ni baru nak kecoh sebab tetiba pula boleh throwback.

Masa ni aku gelojoh nak cari income. Aku memang pesen yang suka cari duit sendiri since dari universiti lagi. Independent lah konon kan. Tak nak nyusahkan ibu dan ayah asek minta duit. So, aku cari alternatif sendiri macamana nak tambah duit poket. Memandangkan aku ni suka sangat online, aku ada pilihan untuk jana pendapatan dari situ.

Ada sekali tu aku nampak iklan. Dia macam kau campak je RM55, nanti adalah kau dapat. Lebih kurang macam tu lah. Dulu menda ni femes. Huih gila tak femes. Aku pun apa lagi. Jadi bersemangat.

Pembayaran semua dah settle, tetiba aku dapat satu mesej. Lepas dah hadam habis mesej tu. Tetiba hati aku jadi sayu. Apa bendalah aku buat ni. Aku kecewa gila-gila. Mesej yang dia bagi tu macam step-steplah. Tapi lepas aku baca step-step yang dia bagi, sumpah aku rasa nak menangis. Burn baby burn. Hangus RM55 aku.

Aku tak salahkan sesiapa dan aku tak tuding jari dekat mana-mana atau siapa-siapa. Salah aku juga. Gelojoh sangat nak cari income sampai tak siasat betul-betul. Lepas ni sumpah aku tak nak ambil shortcut untuk cari pendapatan especially yang dari online ni. Bisnes lagi bagus wehhh!


Friday, May 27, 2016

Hari pertama kerja

Hi.

Hari ni hari pertama aku masuk kerja. Kan aku dah bagitau dalam entri 'Lepas kahwin kerja. Perlu ke?'


Aku kerja dekat butik. Nama butik tu Kinabalu Vendor Concept Boutique. Kalau yang tinggal dekat Kota Kinabalu Sabah, bolehlah datang ke sini. Lokasinya berdepan University Apartment (UA), sebaris 99 Speedmart dekat Sulaman Kingfisher. Kalau nak lagi senang, boleh check instagram guna keyword @kinabaluvendor. Atau pun boleh contact 0168252708. Terus call kalau nak tau lokasi butik ni.

Nervous? Hmm taklah. Aku tak rasa nervous pun. Mungkin sebab sebelum ni aku dah pernah kerja kan. Perasaan tu biasa-biasa je. Owner butik ni memang peramah. Tak hairanlah kalau butik ni dah ada regular customer dia kan.

Ni pengalaman pertama aku nak kerja dekat butik sebab sebelum ni aku kerja dekat kedai spek mata dekat 1Borneo. Kedai spek tak sama dengan butik. Setakat ni, aku tak boleh nak komen apa sangat sebab ni kan hari pertama aku masuk. Dan untuk first day ni, aku lagi banyak duduk sampai dapat update satu entri dekat blog.

Since akak owner butik ni tak ada mention apa-apa pasal baju yang aku kena pakai sepanjang waktu kerja, so aku assume boleh pakai baju apa je as long as berbajulah kan. Hehhh. Tapi untuk hari pertama ni, nak-nak lagi hari jumaat. Maka, berbaju kurung serba serbi ayulah aku.


Cukuplah update kali ni. Nanti aku update lagi.

Tuesday, May 17, 2016

Lepas kahwin, kerja. Perlu ke?

Hi.

Finally, aku dapat kerja. Thanks to hmm lahai aku lupa nama akak tu. Kak Izyan eh? Tak berapa nak sure sebab interview pun sepantas kilat. Baru kelmarin aku whatsapp akak tu tanya ada kerja kosong tempat dia ke tak, hari ni dah panggil aku interview. Akak tu nak aku masuk kerja hari ni juga tapi since this week aku nak balik Sandakan, so aku minta dengan akak tu nak mula hari Jumaat minggu depan. Syukur akak tu faham.

So why aku nak masuk kerja balik lepas berhenti kerja sebelum ni? Kenapa Berhenti Kerja?

Even aku Masih Pengantin Baru, ehem. Barulah sangatttttt. Suami aku pun bekerja, boleh je aku duduk rumah goyang kaki. Tapi tak. Aku masih ada perasaan nak bekerja. Sebab bagi aku, seorang wanita yang sudah bekahwin tak sepatutnya mengharapkan suami seorang untuk cari rezeki. Lagipun, aku anak sulung. Aku masih ada rasa nak tolong keluarga aku even aku dah berkahwin.

Lagipun, kita tak tau apa akan jadi di masa depan. Aku nak kerja dan ada buat simpanan sendiri. Its for unknown future. We never know kan. Since aku pun belum ada anak walaupun berharap nak bunting pelamin tapi tak jadi. So, biarlah aku kerja. At least masa yang banyak tu tak terbuang begitu saja.

Nanti aku update lagi.

Saturday, May 14, 2016

Kenapa tak tunjuk muka suami?

Hi.

Okey. Benda ni timbul bila one of my classmate tanya. "Pesal kau tak pernah post gambar suami kau Tia?" Hmm. Macamana nak jawab eh. Ada juga aku terfikir nak menjawab, "perlu ke?"

Aku tak salahkan orang yang bertanya tu. Mungkin dia pelik. Orang lain sibuk duk post gambar suami, post gambar sweet-sweet berdua. Tapi aku, nan hado. Jangan kata gambar berdua, gambar suami berseorang pun aku tak pernah post. Why Tia? Whyyyyy? Ambuihhh. Over.

Macam ni jelah. Lain orang, lain caranya. Aku ni dah banyak merasa. Aku tau apa aku nak buat, apa aku tak nak buat. Pendek kata, pengalaman mendewasakan. Jangan kata dekat Blog, dekat Instagram, WeChat, Snapchat, pun tak hade gambar somi aku tu.

There must be a reason why am doing this. Cuma tulah, kau orang kena hormat. Tak payah nak jadi wartawan sampai kena selak kain orang. Hidup aku, aku dengan Allah yang tau.

Setakat ni, aku tak berani nak cakap lebih-lebih. Yelah, cakap pung pang sana sini. Alih-alih penuh blog ni nanti dengan gambar aku dan suami. Merangkak minta ampun aku. Mungkin belum masanya nak perkenalkan suami aku di alam maya yang penuh 1001 rahsia ni.

posted from Bloggeroid

Friday, May 13, 2016

Doakan Aku

Hi.

Kadang, hmm. Actually, bukan kadang. But always. Selalu terjadi. Especially pada aku. Benda yang aku nak ia berlaku, always tak jadi. Aku nak itu, tapi dapat lain. Selalu juga aku menangis. Paling teruk, sampai teresak-esak. Hahaaa. Emosi tak boleh nak kawal. You see, perempuan. Aku selalu kalah dengan emosi. I cant do anything melainkan menangis kalau dah benda tu memang hmmm. Something yang ahhh. I cant explain more.

Lepas dah nangis macam kematian laki, aku berhenti. Tak ada apa yang berubah. Benda masih sama. Jam terus berjalan. Dari matahari terpacak, sampailah terbenam. But i keep think about it. Rasa macam 'I cant do this anymore.' Aku rasa nak mengalah. I lose hope. Aku hilang arah buat beberapa detik. Nak salahkan orang, tak boleh. Nak salahkan diri sendiri, dah terjadi pun.

You see, i cant do anything apatah lagi nak putar balik masa tu. Masa terus berjalan. Orang lain dah keep move on. Aku? Masih merenung langit mengharapkan sesuatu yang mustahil. Aku tahu, benda takkan berubah.

But at the end, aku pujuk hati, pujuk diri sendiri. 'Allah nak macam ni. Ini yang terbaik. InsyaAllah, something good akan jadi nanti. Redha dengan ketentuan-Nya.' Punyalah aku bagus dalam bab nak bagi ayat-ayat inspirasi ni. Hahahaaa. And yeahhh. Sampai sekarang, aku masih berusaha untuk menerima. Doakan aku. -tia

posted from Bloggeroid

Aplikasi telefon bimbit nak mengandung

Hi.

Weh, wehhh. Pesal aku rasa macam pelik je tajuk entri yang aku buh ni? Tskk. Macam payah nau nak pilih tajuk entri. Takpe ah. Harap lepas aku explain bagai nak rak dalam page ni, pembaca boleh fahamlah apa aku nak sampaikan. Especially yang dah kahwin, dah ada anak, on the way nak beranak, atau tengah usaha nak ada baby.

Dulu sebelum kahwin, aku memang jenis yang tak ambik pusing sangat tarikh period aku. Nak datang, datang. Tak nak datang, dia punya suka. You see, you see betapa tahap tak peduli aku tu. Eh taklah. Sebab kitaran haid aku normal. Alhamdulillah. Tetiap bulan memang datang 'jenguk' aku. Cuma tulah. Tarikh tu aku tak ambil kisah sangat.

Tapi sekarang lepas kahwin. Ambuih kauuuuu. Rajin nau nak save date. Siap download apps dari 'Play Store' youuuuu. Haa nilah yang aku nak explain berkenaan dengan tajuk entri aku tu. Apps yang aku download tu bukanlah boleh buat aku pregnant. Tapi dia boleh tolong kirakan kau tarikh bila kau subur. Sebab kau taulah, nak mengandung kena tau bila masa subur. Tak ke gitu.

Aku tak boleh bagi jaminanlah kau orang akan pregant kalau dah ada apps tu nanti. Tapi aku selalu guna apps tu untuk buat rujukan especially date period dan date subur aku. Kalau dah tahu, bolehlah get ready kan. Sedia apa yang patut.

Okey aku pakai dua jenis. Hahaaa. Dua kauuuuu. Tamak haloba sungguh. Dedua pun okey bagi aku. Baiklah yang first sekali aku download, 'Ladytimer'. Ni apps memula sekali aku pakai. Agak keliru sikit. Entahlah. Rasanya, aku kot yang tak reti nak tengok. Takpelah, kau orang boleh try nanti.



Apps yang kedua, 'GetBaby'. Tajuk apps tak menahan sungguh. Yang ni theme macam comel-comel sikit. Kaler pink-pink gitu.



Senang nak tengok kan? Setakat ni, aku okey dengan dedua apps ni. Tapi aku sure, kau orang pun ada pakai juga cuma lainlah. Kalau dapat share, bagus juga. Nanti aku boleh try. Kotlah yang kau orang pakai tu lagi bagus kannnnn. So, sampai sinilah sharing aku kali ni.

posted from Bloggeroid

Tuesday, May 10, 2016

Mesin basuh automatik atau manual?

Hi.

Selepas beberapa hari menjeruk pakaian dalam besen, akhirnya inche somi dah bersuara.

"Nanti bawalah baju tu basuh tempat mami."

Dan aku macam, 'alaaaaaa. Perlu ke?'

Memandangkan kami baru kahwin, so inche somi kata pelan-pelanlah nak beli mesin basuh tu. Yelah. Lagipun, baju berdua je kot. Tak hadelah menimbun macam ada anak ramai kan. So, ada kelonggaran nak jeruk pakaian for a few days and after that boleh bawa pergi rumah mak mentua dan sental dekat sana. Hihihi.

Tapi, baru-baru ni mesin dekat rumah mak mentua pula bermasalah. Tak boleh nak pakai yang 'spin' tu. Oh lupa. Dekat rumah mak mentua pakai mesin basuh yang manual. Basuh, bilas dengan 'spin' asing. Aku harap ada yang fahamlah apa aku cuba sampaikan ni. Huhu.

Lepas insiden mesin rosak tu, cerita dah hampir samalah kan. Aku kena perah pakai tangan juga. Start situ, aku kengkonon dah tak nak simpan baju yang dah pakai lelama. Lepas pakai, terus sental pakai tangan. Malangnya, semangat tu cuma ada sehari dua. Masuk hari ketiga, dah mula balik dah perangai aku jeruk pakaian. Hahaaaa. Nasiblah inche somi.

Dan hari ni, besen baju dah penuh lalu aku bawa pergi rumah mentua. Hee. Teruk jugalah aku rasa kejap. Especially nak basuh seluar jeans dan seluar kerja inche somi. Bapak berat aku rasa nak nangis je masa perah tu. Bila tengok cuaca di luar, aku dah mula risau. Matahari macam malu-malu je nak keluar. Kalau mendung, acane baju-baju aku nak kering.

Atas dasar kasih sayang mak mentua pada menantu dia yang bertuah sorang ni, dia cuba call saudara dia yang tinggal dekat-dekat situ juga. Guess what? Mak mentua aku suruh bawa baju-baju yang aku dah siap basuh untuk di-'spin' dekat rumah mak cik tu. Lahaiiii.

Lepas dah 'spin' semua, aku terus jemur. Alhamdulillah. Matahari yang segan-segan nak keluar tadi, sekarang dah terpacak. Keringlah baju ahkak. Hehehhhh.

Eh, eh pesal aku rasa macam keluar tajuk? Astaghfirullahalazim. Tia, Tia. Tak sah kalau cerita tak berderet sampai ke laut kan. Okey, okey. Balik pada tajuk entri.

Nak undur sikit ni. Aku ambik part masa tengah 'spin' baju dekat rumah mak cik tu. Yelah, masa-masa nak menunggu proses pra pengeringan tu selesai. Aku duduk-duduklah. Mak mentua aku dengan mak cik tu tengah sembang. Aku pasang telinga. Tetiba mak cik tu cakap mesin basuh yang automatik tu tak elok. Banyak kerja dan banyak makan masa. Melambatkan.

Aku yang dengar pendapat mak cik tu pun macam, 'eh biar betul mak cik ni?'

Tapi aku hormat pendapat mak cik tu. Dah dia selesa pakai mesin manual kan. Nak buat cemana. Yang aku ni duduk dengan family aku memang pakai mesin basuh yang automatik. Bagi aku yang automatik tu senang. Pilih-pilih mana baju kau nak basuh, campak sabun, campak pewangi, tekan butang, cuci. Haa, kan senang tu. Berbanding yang manual, kena basuh lagi, bilas lagi. Lepas tu pindah pula pergi 'spin'. Ahkak ghase macam banyak kerjalah pula.

Dua-dua jenis mesin basuh tu memang aku dah pakai, dah rasa. Aku lagi pilih yang automatik. Senang, jimat masa. Especially kalau nak basuh dalam kuantiti yang banyak. Kalau takat dua tiga helai, boleh je sental pakai tangan.

So, nak manual ke automatik ke aku tak kisah. Sebab yang beli tu, kau orang. Duit tu, kau orang punya. Nak beli manual boleh, automatik pun boleh. Eh, eh. Nak beli dedua pun aku tak kisah. Bukan duit aku ponggg. Hehehehehhhhh.

posted from Bloggeroid

Monday, May 9, 2016

Uji suami masa blackout

Hi.

Okay finally semalam hujan. Hujan selebatnya. Siap ada guruh. Tak cukup tu, blackout lagi. Ambuihhh. Pakej nahhhh. Lama juga hujan dan blackout tu. Nak dekat pukul 11 lebih baru terang benderang rumah. Actually aku nak cerita apa yang jadi masa blackout tu. Hihihi.

Macam ni. Aku tak ingat dah masa tu pukul berapa tapi aku dah mengantuk gila-gila. Nak tak nak, aku damparkan je diri aku atas lantai dekat ruang tamu tu. Panas k even hujan lebat sampai tengahmalam. Suami aku pun kepanasan juga. Nak-nak pula badan dia jenis yang berisi sikit. Lagilah terasa panasnya kan.

Masa aku dan suami dah terdampar tu, memang aku hampir terlelap. Tapi dek kerana panasnya aku rasa, tidur-tidur ayam jelah. Aku jeling curi-curi suami yang baring dekat sebelah. Sibuk duk main facebook. Tak boleh nak tidurlah tu. Tetiba pula masa tu otak aku nak nguji suami aku ni. Dengan suara ala-ala terjaga dari tidur, kan aku pura-pura tidur tadi. Aku cakap dekat suami.

"Abang, panas."



Kau tengok mengada aku tu. Hahaaa. Dah tau blackout, mestilah panas. Aku saja nak tengok reaksi suami aku macamana. Lepas aku cakap panas, tetiba dia bangun. Aku curi-curi tengok je. Dia buka laci macam ambil sesuatu. Baring balik sebelah aku. Laaa, ambil kipas tangan rupanya. Dah baring sebelah aku, dia kipas-kipas bagi angin kena aku. Alahai suami. Tak nak bagi isteri dia rasa panas, sanggup pakai kipas tangan.

Tak lama lepas tu, sesi blackout dah tamat. Dan aku masih pura-pura tidur. Kihkihkihhh. Bertuah punya isteri.

posted from Bloggeroid