Tuesday, August 30, 2016

Lunch atau apa ni?



Sebelum sampai kedai, aku plan nak makan nasi ayam dekat Restoran Juara di Kuala Menggatal Kota Kinabalu. Oh, sebelum tu aku nak bagitau. Ni dekat Sabah ye. I kan orang Sabah. Hikss. Dah sampai restoran, tengok menu. Alamak. Tekak dah bertukar selera.

Tak nak nasi ayam. Macam rasa menyampah pula terbayang ayam tu. -.- Tukar nak makan daging masak lada hitam dengan nasi putih. Agak mahal juga. Tapi aku tetap nak makan. So, order tu lah. Take away je. Makan dekat tempat kerja.

Sampai je tempat kerja, ingat nak cekik. Tapi ada kerja pula. So, dahulukan kerja. Lepas siap kerja, nak makan. Lauk pula dah suam. Lahai. Sayu je rasa. Takpelah. Makan je. Lepas buka tapau, mak oi. Gile banyak nasi. Penuh satu tapau. Nak buka daging, perhhh. Berat je plastik. Tak kedekut betul dorang ni. Nasi dan lauk banyak dorang bagi. Bersesuaian dengan harga.

Menyuaplah aku. Hmmm. Sedappp. Tak sia-sia aku beli dekat restoran Juara tu. Sebelum ni aku pernah beli Wantan Ho di kedai yang sama. Pun sedap juga. Bagi aku, restoran Juara punya makanan memang sedap. Lain kali aku nak cuba Tom Yam Mee Udang dia. Kalau ikut nafsu aku tadi, nak je rembat sekali Tom Yam tu. Tapi istighfar. Tak boleh menangkan sangat nafsu.

Lepas beli makanan, nak beli air pula. Aku ngidam nak minum air milo sejuk. Syukur ada restoran sebelah Juara tu. Aku sengaja tak beli air dekat Restoran Juara sebab aku tau dekat situ kalau take away air dorang guna cawan plastik yang cinonet tu. Isk. Tak mau aku. Tak padan dengan harga. Kalau nak take away air, bagus beli dekat kedai mamak. Dia punya banyak, memang puas hati. Harga pun lebih kurang dengan yang pakai cawan plastik tu.



Err, sebenarnya banyak. Tapi aku dah bantai masa makan tadi. Dah tinggal sikit. Lain kali lah aku snap gambar milo ais tapau tu. Serius memang banyak.

Dah tapau nasi, air. Tekak nak makan kuih Melayu pula. Tapi cari dekat Aisyah Vendor Boutique tak adalah pula. Nak makan kuih koci kononnya. Dah bukan rezeki. Aku ganti dengan pisang goreng yang panas-panas. Sedap sebab pisang tak mentah, tak masak. Sedang-sedang je. Masuk je dalam kereta, aku terus bantai pisang goreng tu. Kan sedap kalau makan masa masih panas.

Nampak tak nafsu makan aku tu macamana? So, perbelanjaan hari ni;

Daging Masak Lada Hitam = RM7.40
Air Milo Sejuk = RM2.50
Pisang Goreng = RM2
Jumlah Keseluruhan : RM11.90

Er, er. Tu baru belanja sikit. Kalau dah sampai butik, petang-petang sikit mulalah mengada nak beli jajan. Aiskrimlah, keropoklah. Koyak poket akak. Takpelah. Nanti dah berhenti kerja, bolehlah tahan sikit-sikit nafsu ni.

posted from Bloggeroid

Buat aku, buat kamu.



Buat kau yang sedang memilih, tapi masih keliru.

dan buat kau yang telah memilih, tapi masih ragu-ragu.

Ya, buat kau.

Tiap kali aku rasa ada yang tak kena, aku baca ayat tu balik-balik. Sampailah aku boleh kata dengan diri aku sendiri, "ya betul". Sebab emosi ibu ngandung ni macam lain sikit. Dia nampak over. Ngade-ngade pun ye juga. Aku lah tu.

Apapun jadi, aku kena balik pada Allah. Dengan Allah, aku takkan rasa kecewa. Aku ni je yang selalu kecewakan Dia. Tsskk!

Kita kahwin dengan lelaki paling jahat dalam dunia pun, kalau cinta kita dengan Allah lebih dari segala-galanya. Kita tak risau apa. Sebab kita tau Allah ada dengan kita. Keyakinan kita pada Allah terlalu tinggi.

Tapi kita patut risau bila kita berkahwin dengan orang yang kita sayang, kita cinta. Takut rasa cinta tu melebihi rasa cinta kita pada Allah sampai sanggup lupa Allah semata-mata untuk cinta manusia yang sementara.

Walau macamana sekalipun, pokok pangkalnya. Kita kena selalu balik pada Allah. Memanglah kan kita ni selalu sangat tersasar. Tapi Allah tak pernah kata kita tak boleh balik pada Dia. Malah, itu yang Dia nantikan. Kita ni, kalau dibagi bahagia yang lebih-lebih sangat. Pandai lupa pada siapa yang memberi bahagia tu. Bila dah sakit, bila dah pedih, kecewa, terluka semua. Baru tau mana nak pergi.

Tapi tak apa. Sekurang-kurangnya kita masih sedar kita nak balik mana. Kita nak cari siapa. Kena bersyukur tu sebab Allah yang jentik hati kita untuk balik pada Dia, minta pada Dia. Sebab dah tak ada tempat lain dah kita ni nak pergi. Percayalah. Tetap balik pada Dia juga.

posted from Bloggeroid

Monday, August 29, 2016

Segmen Bloglist By Akupenghibur.com


{ Click banner di atas untuk sertai }

Hadiah :
 Bloglist untuk blog akupenghibur.com selama 1tahun
1 Blogger bertuah Feed Blog di Blog akupenghibur.com

Mula : 25 Ogos 2016 | Tamat :1 Sept 2016


Syarat-syarat wajib :

1. Tulis entry yang bertajuk Segmen Bloglist By Akupenghibur.com

2. Letakkan blog acik di bloglist blog kamu

3. Follow instagram  :
@acik21

4. Copy code di bawah dan paste ke ruangan html di blog kamu




Sunday, August 28, 2016

11 Minggu : Check Talasemia dan Scan Baby

Tadi aku ada pergi klinik. Nak ambil darah untuk check Talasemia. Ni semua sebab masa appointment pertama tu lah. Nurse detect HB aku 7.6 saje okey. Tapi serius aku tak ada masalah nak pitam ke, sakit kepala ke. Eh, sakit kepala tu adalah. Cuma tak serius sangat. Sakit-sakit manja gitu. Kalau keletihan tu, yes. Aku memang rasa letih gila. Kalau boleh, nak baring je.

Selain daripada simptom di atas, yang lain aku okey. Tu lah nurse tanya. Apasal darah rendah? Mana aku nak tahu kan. So, lepas 2 minggu tu. Jumpa nurse balik, check darah. Okey. Ada peningkatan sikit. Daripada 7.6 ada naik 8.2. Naik sikit je tapi aku over excited betul. Tu pun sebab aku celuih nak makan ubat. Berapa kali skip. Suami bising aje tanya dah makan ubat belum.

Nurse kata, semua aku okey. Darah putih, and ada apa lagi tu aku lupa dah. Haa, okey. Cuma nak bagi comfirm lagi aku ada Talasemia ke tak. Kalau ikut sejarah keluarga, memang tak ada yang bawa Talasemia ni apatah lagi penghidap. Tapi tu lah. Tak boleh nak assume sangat. Kena juga pergi double comfirm. So, dalam minggu depan macam tu baru boleh dapat keputusan. Aku harap, semuanya baik-baik.

Memandangkan dah sampai klinik, aku terus minta doktor untuk scan. Sebab, kalau ikut perkiraan kalendar dalam handphone aku ni. Kandungan dah berusia 11 minggu. Kalau ikut bulan, dah masuk 2 bulan 3 minggu. Dah nak dekat end of first trimester. Alhamdulillah. Cepat sungguh masa berlalu.

Biasalah, hati mak mana tak risaukan keadaan baby dia dalam perut kan. Nak-nak pula aku punya nafsu makan ni, Ya Allah. Bila nafsu tengah melonjak nak makan itu ini, sampai tak tengok kiri kanan dah. Main bantai aje. Lepas dah kenyang, barulah nak ada perasaan risau, tetiba datang rasa bersalah. Amboi. Tapi aku selalu berdoa semoga baby dalam perut ni sihat dan kuat macam mama dia.

Sebelum ke klinik tadi, aku bantai minum air putih satu setengah cawan. Sebab aku ada baca masa google, kalau nak scan pastikan minum air bebanyak. Supaya senang nak scan. Memang gile ah. Tak sampai setengah jam, aku dah rasa nak terkucil. Tapi kena tahan kejap sebab nak tengok baby kan. Dan alhamdulillah, masa scan tadi doktor cakap kejap je dah boleh nampak. Jantung baby pun okey. Cuma tak nampak jelas sangat.

Ni kali kedua aku scan. Masa mula-mula scan dulu cuma nampak dot kecil je sebab kandungan baru 6 minggu. Sekarang dah masuk 11 minggu, nampak saiz dah makin membesar. InsyaAllah. Semoga anak mama sihat dan membesar dengan elok ye.


posted from Bloggeroid

Saturday, August 27, 2016

Seram selfie masa mengandung

Aku ni boleh tahan juga kaki selfie. Sikit-sikit nak selfie. Tapi semenjak aku dah mengandung ni, perasaan nak selfie tu seolah-olah mati. Dah tak ada mood langsung nak selfie.

Penyakit malas aku macam teruk sangat sekarang. Kalau sebelum ni, tiap kali nak pergi kerja aku mesti dandan dulu. Dua jam awal dah bersiap sebab sejam nak mandi, nak iron baju. Baki sejam tu mekap. Nak pakai foundation, blusher, eyebrow, eyeliner, contact lens, lipstick. Tudung nak berbelit 360 darjah.

Tapi since pregnant ni, ya Allah. Dia punya malas. Hmm. Syukur alhamdulillah suami menerima seadanya. Baju, shawl, semua yang jenis tak payah nak iron. Jangan kata mekap, bedak pun aku malas nak pakai. Calit lipstick aje supaya muka tak adalah nampak macam mayat sangat.

Lepas tu, bila tengok muka sendiri dekat cermin. Rasa nak nangis pun ada. Pucat gila. Nak selfie pun, rasa seram je tengok muka sendiri. Semenjak tu, aku dah jarang ambil selfie. Aku post gambar biasa je macam pemandangan, makanan. Nak harap post gambar sendiri, memang taklah.

Rasa malas, rimas, semua macam dah bercampur aduk. Kalau sebelum ni 2 jam awal dah bersiap nak pergi kerja. Semenjak mengandung, 5 minit nak pergi kerja baru bersiap. Perasaan berada di atas katil itu terlalu indah.


posted from Bloggeroid

Friday, August 26, 2016

Strategi dapat harga murah ke?

Kelmarin aku berpeluang untuk turun ke 1 Borneo. Tujuan asal, jumpa kawan-kawan. Tujuan sampingan, nak tukar tempered glass dan beli casing baru untuk Samsung J2 aku ni sebab tempered glass yang asal dah banyak sangat crack. Handphone aku ni entah dah berapa kali jatuh gedebuk. Syukur masih bernyawa. Cuma, lepas jatuh memang ada kesan crack lah pada tempered glass.

Memandangkan retak dah mula berjangkit sampai menggangu pandangan, aku plan nak tukar baru lah. Tempat aku selalu pergi, 1 Borneo tingkat 2. Nama kiosk tu R&R Mobile. Agak murah jugalah bagi aku sebab dah berapa kali aku ke situ. Dah boleh cop sebagai loyal customer dah. Tapi pekerja dekat situ asyik bertukar. Susah sikitlah. Kalau dapat pekerja yang memang dah biasa dengan kita, comfirm dapat best price punya.

Jadi, aku pergilah kiosk tu. Tanya ada tak tempered glass untuk Samsung J2? Dia kata ada, harga RM20. Tapi dia cadangkan pada aku suruh pakai tempered glass yang Diamond punya. Harga pun tetap RM20. Yang Diamond ni, aku dah pernah pakai dulu. Tapi sebab aku menyampah betul tengok manik-manik halus dekat skrin telefon bimbit aku, so kononnya itulah pertama dan terakhir kali aku pakai tempered glass Diamond.

Tapi penjual tu kata, kalau pakai yang Diamond ni okey sikit. Kan kita selalu sentuh-sentuh skrin handphone. So, kalau pakai tempered glass yang jenis diamond. Cap jari tak nampak dah dan permukaan skrin macam lagi licin. Aku tanya juga, tempered glass yang jenis clear ada? Dia kata ada tapi elok pakai yang diamond sebab harga tetap sama. Lahai. Aku ingatkan boleh dapat harga murah sikit kalau nak beli yang clear tu.

Aku tanyalah, boleh kurang lagi tak harga tempered glass tu? Dia kata tak boleh sebab harga asal RM39 tapi dia bagi aku harga student, RM20. Aku tau, tu trik dia aje. Aku tak buat keputusan lagi nak beli ke tak tempered glass tu. Aku tanya pula ada tak casing untuk Samsung J2 ni? Dia kata ada.

Ada dua jenis casing dia bagi aku tengok. Satu jenis yang ada ring macam stand dekat belakang casing tu. Agak tebal jugalah bagi aku. Tapi casing tu selamat kot kalau pakai terutama sekali kalau yang jenis suka bagi jatuh handphone. Lebih kurang macam dalam gambar yang aku ambil dari google di bawah ni. Tapi yang penjual tu bagi, ada gambar cartoon dekat belakang. Lagilah aku tak nak. Harga dia bagi RM15.



Lepas tu ada satu lagi jenis casing dia bagi tengok. Yang satu ni macam yang aku nak. Nak kata getah, tak juga. Nak kata plastik, tak juga. Tapi dia jenis yang bukan keras. Boleh dibengkokkan. Tak ada warna sebab transparent. Dan lagi pula, ringan dan nipis. Sesuai sangat dengan citarasa. Sebab aku tak suka casing yang tebal-tebal. Rasa macam menyusahkan aku je. Harga dia RM10. Boleh tahanlah.



Aku cuba masukkan handphone aku dalam casing tu. Dapat je masuk, dalam hati aku kata. "Aku nak ni." Aku terus bagitau penjual tu, aku nak angkat casing ni. Dia tanyalah. Tempered glass? Aku kata, tak payahlah. Lain kali je. Lagipun, tempered glass yang dah retak tu aku rasa macam masih okey kot. Badan handphone aku ni je yang nak protection sikit. Kesian betul aku tengok.

Masa nak bayar tu, tetiba ada satu lagi penjual dekat situ cakap dekat aku. "Nak beli casing juga kan. Kalau ambil tempered glass tu sekali dengan casing, boleh bagi RM25." Laju je otak aku kira-kira. Harga asal, casing dan tempered glass RM30. Tapi dia bagi diskaun. Untuk dua benda tu, RM25. Aku terus kata, "OKEYLAH". Lalu, tempered glass aku yang dah retak itu akhirnya dapat berganti. Casing transparent idaman pun, berjaya dimiliki.

Tak pastilah aku samada itu strategi untuk penjual turunkan harga atau macamana. Sebab aku ni tak pandai sangat tawar menawar. Atau mungkin, rezeki baby kot. Hikss!

posted from Bloggeroid

Thursday, August 25, 2016

Testimoni Perlaking baik punya produk

Aku rindu nak makan Perlaking. Cuma, semenjak aku tau dah berbadan dua ni, aku stop dulu makan Perlaking tu walaupun sebenarnya masa awal-awal mengandung tu masih juga makan. Yelah, kandungan masih belum kuat. Takut ada effect. Nak berjaga-jaga juga walaupun sebenarnya Perlaking ni boleh diambil oleh ibu yang sedang mengandung. Tapi tak ada dinyatakan pula mulai kandungan berapa bulan baru boleh makan. Untuk itu, aku sendiri stop dulu makan. Kandungan dah kuat nanti, insyaAllah aku mula makan balik.

KENAPA PERLAKING?

Haa. Yang ni aku belum cerita lagi. Aku ni, nak kata ada masalah kulit muka. Tak adalah teruk sangat. Tapi saja nak makan biar putih sikit. Lagipun, harga Perlaking sekarang tak adalah mahal sangat macam masa dia mula-mula keluar dulu. Bagi aku, sangat berpatutan! Sebab tu aku nak konsum Perlaking ni biar flawless gitu.

Ini cerita betul sebab aku sendiri makan, dan aku sendiri rasa perubahan dia. Memang positif. Tak perlu tunggu sebulan pun. 3 hari je dah boleh rasa perubahan dia. Haa, gila tak best!

Since aku tak ada masalah muka yang teruk, (alhamdulillah) tapi aku perasan sesuatu. Kulit tapak kaki bahagia tumit aku kasar gila. Siap menggelupas lagi. Kalau aku usap-usap manja pun, dia punya kasar memang aku tak boleh nak kata. Huduh pula tu. Aku malas nak jaga sangat sebab yelah. Tumit kaki je kot. Mana ada orang nak kisah sangat kan. Aku rasalah.

Tapi yang masa aku makan Perlaking tu, aku tak expect lah apa-apa perubahan drastik. Sebab aku faham. Kau makan apa-apa supplement pun, dia perlu ambil masa untuk nampak kesan. So, aku makan jelah Perlaking tu dengan harap muka aku akan tambah flawless dan putih gebu gebas gitu.

Hari pertama aku konsum Perlaking, aku snap gambar tumit kaki aku yang tak berapa nak lawa sangat. Saja nak tengok sendiri. Betul ke ada kesan makan Perlaking ni. Lighting yang sama, kamera yang sama, tempat yang sama, cuma hari yang berbeza. Lepas 3 hari, aku usap-usap tumit kaki. Rasa macam lain sikit. Aku snap gambar. Dan bila aku buat perbandingan antara gambar hari pertama aku makan Perlaking tu dengan gambar pada hari yang ketiga. Gilaaaa!



Kau nak zoom, kau zoom lah. Kau nak percaya, sila percaya. Kalau tak nak, aku tak paksa. Kalau kau tanya sekarang macamana dah tumit kaki aku tu. Dah clean and clear. Smooth je. Tapi aku tak snap lagi. Mak busy okey. Dapat update entri pun sebab tak dapat tidur tengahmalam. Kalau tak, memang berkurunlah aku nak update blog kesayangan aku ni. Tapi lain kali aku boleh up entri dan kepil sekali gambar tumit kaki aku yang latest.

So, barang baik. Kenapa aku tak share kan? Tak sabar aku nak start balik konsum Perlaking ni. Nak anak dalam perut ni putih gebu gebas macam mak dia. Ambuihhhh. Yang mana dah mula terasa nak mencuba Perlaking, boleh direct whatsapp 0138521382. Mention kau tau info ni dari blog INI KISAH TIA. Boleh dapat price kasih sayang okey.

posted from Bloggeroid

Wednesday, August 24, 2016

Period lewat, UPT masih negatif

Sebelum sah aku tahu yang aku ni mengandung, tak ada langsung ciri-ciri jelas yang meyakinkan diri aku bahawasanya aku sedang hamil. Tak ada. Tak muntah, tak mual, tak ada sakit itu ini. Memang tak ada.

Tambah membuatkan aku rasa tak mengandung, bila period lewat seminggu. Aku dah buat UPT (Urine Pregnancy Test) atau dalam bahasa Melayu nya, ujian kehamilan. Eh, macam memandai je aku. -.-

Tapi keputusan UPT yang aku dapat adalah negatif. Maknanya tak mengandung. So, masa tu aku cuma syak hormon aku mengada-ngada sikit. Tu yang period lambat acah-acah aku mengandung. Lepas dapat keputusan yang negatif itu, sejujurnya aku kecewa sebab perasaan nak jadi mak-mak tu membuak. Pengajarannya, jangan over excited sangat. Nanti sendiri terluka. Macam aku. Tskkk!

Selepas seminggu tu, aku rileks lagi. Dari hari ke hari tiap kali ke tandas, aku minta-minta supaya bersih je dari apa-apa spot. Red spot ke, brown spot ke. Pleaselah aku kata. Mengharap lagi rupanya. Dan alhamdulillah. Masuk dua minggu period lambat, tak ada apa-apa spot ditemui. Clean and clear.

Tapi dalam masa yang sama, aku tak ada signal mengandung. Aku pun dah mula risau dengan diri aku ni. Apesal lah kau diri. Kalau pregnant, katalah pregnant. Kalau tak, janganlah bagi aku mengharap. Masa lewat 2 minggu tu, aku ajak suami pergi klinik. Tapi suami kata, kita tunggu dulu. Aku pun sebagai isteri yang mendengar kata, akurlah juga.

Dah lewat 2 minggu 5 hari tu, aku terus buat UPT awal-awal pagi. Masa nak buat tu, aku dah bisik dalam hati. Kalau masih negatif juga, kena redha rezeki nak ada anak yang comel macam aku belum sampai. Slowly aku buat UPT tu. Moment masa nampak dua jalur yang terang lagi jelas itu memang tak dapat aku gambarkan melalui kata-kata. Bahagia dia, Allah je yang tahu. Menggeletar tangan aku masa pegang UPT tu. Mandi pun tak basah, asyik senyum je manjang sambil fikir "aku mengandung ke? ada baby dalam perut aku ke?"

Haa, itulah penangan dia. So, lepas ni bagi anda-anda yang lewat seminggu period tu tapi bila check UPT negatif. Bersabarlah. Tetap berjaga-jaga. Jangan buat kerja berat. Jaga diri. Kadang tu, seminggu memang tak nampak. Cuba lagi lepas dua minggu. Apapun, lain orang. Lain cara dia. Teruskan berusaha. Cari ikhtiar. Rezeki takkan bergolek kalau kita tak usaha.

posted from Bloggeroid

Tuesday, August 23, 2016

Temujanji 2: Darah naik sikit. Yeay!

Pernah nampak ubat ni tak? Yang mana dah jadi mak-mak tu, kemungkinan besar pernah dapat ubat ni dari doktor. Err ke aku sorang je yang dapat ubat ni? -.-

Pukul 2 petang tadi ada appointment dekat klinik. Lepas check darah di klinik swasta beberapa hari lalu eh ke minggu ah? Aku lupa. Tsssk! Nurse suruh bawa masa appointment. Kan darah aku rendah. So, nak taulah apa asbab musabab darah aku jadi cenggitu.

Ini temujanji kedua aku. Baru nak biasakan diri dengan prosedur yang aku akan lalui. Rupanya sebelum jumpa nurse kena check darah awal-awal. Aku langsung tak ingat pesan nurse dua minggu lalu. Syukur nurse tak marah aku. Lepas ambil darah, tanpa tunggu keputusan. Aku terus pergi ambil sampel urine bawa bagi nurse. Macam sebelum ni juga. Nurse cuma masukkan satu strip beberapa saat, angkat strip tu dan kata "okey" dekat aku. Maksudnya, tak ada masalah dengan urine lah kan.

So, aku tunggulah keputusan darah pula. Lepas nama kena panggil, jumpa nurse lagi. Tanpa arahan, aku terus bagi nurse result darah yang aku dapat dari klinik swasta. Check punya check, apa yang nurse nak tengok tak ada. Keputusan thalesemia tak ada. Aku mana nak tau sebab masa pergi klinik hari tu nurse cuma kata bagi je borang yang dorang sediakan tu nanti doktor dari klinik swasta taulah nak buat apa.

Alih-alih kena pergi lagi klinik swasta untuk check thalasemia. Risau aku ni pembawa. Kalau suami memang tak ada masalah. Dia dah check awal lagi sebelum nikah. Aku je nan hado. Ingatkan tak wajib. Tskk!

Sebelum balik, nurse suruh aku stop makan ubat yang dibagi sebelum ni. Makan ubat baru pula. Tu lah ubat baru yang aku pampang dalam entri ni. Sebenarnya tu gambar lama sebelum aku tau mengandung. Konon nak beli ubat tu. Kan masa tu aku merancang nak mengandung. Jadi, ada yang cadangkan untuk ambil supplement folic acid awal-awal. Masa tu jugalah aku beli UPT. Esoknya try guna UPT tu, positif lah pulak. Tak sangka mak 😂

Tapi masa dekat farmasi tu tak adalah pula aku beli. Sekarang dah sah ngandung, doktor kasi free je. Huntonglah kan. Huntong ke?

So, next 2 weeks lagi aku punya temujanji yang ketiga. Nurse nak pantau darah aku especially lepas aku makan ubat baru ni. Ada naik atau tak. Kena gigih lagilah aku makan ubat lepas ni kalau tak nak kena tahan dekat wad.

Oh aku lupa mention. 2 minggu sebelum ni darah aku cuma 7.6 je. Rendah kan? Tadi check lagi dah naik sikit jadi 8.2. Syukurlah ada naik sikit. Kena struggle lagi. Nanti next appointment nurse suruh siap-siap ambil darah dan urine sebelum jumpa dia. Aku tanya so boleh bawa urine dari rumahlah? Dia kata boleh. Baguslahhhhh. Tak payahlah aku lepas ni nak menayang lagi bekas urine aku jalan-jalan lalu depan orang. Segan kutttt. Kalau standby bawa dari rumah, aku boleh sedia bekas sendiri. Siap ada penutup lagi.

Haa k lah. Aku dah nak balik kerja ni. Nak makan jambu batu. Tak sabar mak. Kbai.

posted from Bloggeroid

Zaroll Zariff smule masuk AF 2016

Hari ni aku cuti. Seharianlah duduk rumah sambil tengok televisyen. Tengah tengok astro Ria, ada pula Akademi Fantasia. Semalam masa konsert pertama, aku tak tengok sangat. Itu pun tengok sebab FIL yang nak tengok. Televisyen pula ada sebuah saja. Takkanlah pula nak berebut dengan FIL sebab televisyen kan.

Kalau tak silap, yang aku baru tengok tadi macam diari AF rasanya sebab pelajar-pelajar dah mula diberikan lagu-lagu yang akan mereka nyanyikan pada minggu kedua ni. Satu persatu pelajar muncul di kaca tv. Sehinggalah muncul seorang pelajar yang sepertinya aku kenal dengan hanya melihat namanya saja.

ZAROL

Itu yang tertera pada kaca televisyen. Aku cuba mengamati wajahnya. Mujur saja tiada option untuk zoom. Ya, itulah Zarol yang aku kenali. Zarol Smule. Dia antara penyanyi yang aktif di Smule selain Khai Bahar. Aku sendiri ada akaun Smule dan pernah beberapa kali berduet dengan Zarol. Tapi itu duet syok sendiri namanya.

Siapa sangka Zaroll Zariff atau Zarol yang sudah mempunyai peminatnya tersendiri kini menjadi salah satu pelajar AF 2016. Makin bertambah peminatlah ye Zarol lepas ni. Kalau di Smule saja pun sudah beribu follower apatah lagi selepas menjadi pelajar Akademi Fantasia.

Bukan di Smule sahaja Zarol aktif. Tapi di YouTube juga. Kebanyakkan video yang ada di YouTube pula adalah nyanyian Zarol dan pasangan duetnya dari Smule. Antara penyanyi yang sering menjadi teman duet di Smule adalah Zila Seeron iaitu bekas pelajar AF juga. Sesuai sangatlah jadi pasangan duet kan.

InsyaAllah, Zarol boleh pergi jauh. Paras rupa pun ada, suara pun boleh tahan. So, all the bestlah pada you Zarol dengan yang lain especially Rais ye. Tolong sampaikan salam akak dekat dia. 😂

posted from Bloggeroid

Monday, August 22, 2016

Alahan, mengidam masa mengandung

Soalan yang biasa aku terima,

"Tak muntah-muntah ke?"

Alhamdulillah. Kalau setakat mual beberapa kali, muntah beberapa kali tu adalah juga. Tapi tak kerap. Alahan pun tak banyak. Cuma ada beberapa bauan yang aku tak boleh nak hidu sangat. Terutama sekali losyen yang aku suka sangat hidu baunya sebelum mengandung. Sekarang dah mengandung ni dah tak tahan kalau terhidu. Terpaksa simpan dalam almari dulu.

Kalau bab makanan, pun tak ada alahan. Alhamdulillah. Banyak boleh makan. Cuma kadang tu tak lalu nak makan nasi. Tekak macam tak boleh nak terima. Kena ganti yang lainlah. Kalau tak, perut meragam asyik lapar. Nanti mulalah rasa nak makan itu, nak makan ini. Biasalah. Bila dah mula lapar, macam-macam benda yang nak dimakan.

Kalau bab mengidam, tak adalah teruk sangat. Tapi nak makan itu nak makan ini tu ada. Pernah masa awal-awal tahu mengandung tu, tekak terasa nak makan laksa penang. Aku call suami minta tolong carikan. Tapi dia pun tak tahu. Semua kawan aku tanya mana tempat terdekat ada jual laksa. Semua pun tak tahu. Aku dah sampai tahap google lagi semata-mata nak cari laksa tu.

Bila terasa semua usaha tu macam tak ada hasil, boleh pula mengalir airmata ni sebab rasa nak makan laksa masa tu terlalu sangat. Mulalah aku jadi sensitif. Tapi rezeki anak. Suami call kata dah jumpa laksa. Perasaan gembira dia tu, memang tak terkata. Sambil usap-usap perut, cakap dengan baby.

Setakat ni, alhamdulillah. Apa aku nak makan, banyak yang dipermudahkan. Ada jugalah beberapa jenis makanan yang aku tak dapat nak makan. Samada tak jumpa cari atau pun memang aku tak dapat makan sebab di awal kandungan ni makanan kena jaga. Tak boleh nak makan semua. Jadi, kena bersabar biar lepas trimester pertama ni dulu.

Perasaan risau tu memang ada. Soalan yang kerap kali aku tanya pada ibu atau orang sekeliling,

"Macamana nak tau baby dalam ni sihat?"

Dan jawapan yang aku terima juga selalu sama.

"Kalau mak dia makan makanan yang sihat, sihatlah anak tu."

Sebenarnya nak suruh kita fokus jaga makan, jaga diri, banyakkan berdoa pada Allah. Kalau terlalu risau fikir pasal kandungan, takut mendatangkan stress pula. Bahaya tu. Jadi aku kena banyak muhasabahkan diri. Fikir yang positif je. Ibu sihat, anak sihat.

posted from Bloggeroid

Saturday, August 20, 2016

Temujanji 1: Buat Buku Rekod Kesihatan Ibu


Selepas melakukan pengesahan kehamilan seperti yang aku ceritakan dalam entri 'Akhirnya aku mengandung' Nurse memberikan tarikh temujanji yang pertama iaitu pada 09/08/2016.

Aku diminta untuk datang awal pagi pada 09/08/2016. Lebih kurang jam 8 pagi, aku dan suami sampai di klinik. Syukur alhamdulillah, aku tidak perlu menunggu lama untuk berjumpa nurse. Memandangkan ini temujanji yang pertama, nurse akan meminta butiran diri klien iaitu aku sendiri serta suami. Jadi, selepas ini aku hanya akan menggelarkan diri aku sebagai klien dan bukan pesakit. Butiran-butiran itu diperlukan untuk dimasukkan ke dalam buku rekod kesihatan ibu.

Dokumen-dokumen penting seperti kad pengenalan klien, kad pengenalan suami, sijil nikah, dan gambar klien serta suami yang berukuran passport akan diminta ketika membuat buku rekod. Setiap dari dokumen itu memerlukan dua salinan setiap satu termasuk gambar klien dan suami. Ini kerana, ada dua buah buku rekod yang akan dibuat. Sebuah untuk klien itu sendiri yang mana ianya perlu dibawa setiap kali temujanji dan sebuah lagi untuk salinan mereka di klinik sebagai rujukan.

Selesai memberikan butiran yang diperlukan, nurse meminta aku untuk berbaring di sebuah tempat bertutup. Ketika ini, aku agak kekok. Tapi nurse yang bersama aku alhamdulillah baik dan mesra orangnya. Jadi, aku boleh tepis sedikit rasa malu dan fokus mendengar apa yang diajarkan oleh nurse. Di dalam bilik tertutup ini, nurse akan mengajar cara untuk memeriksa payudara klien. Bimbang sekiranya ada ketulan yang tidak diingini. Alhamdulillah. Selepas memeriksa beberapa kali, tiada ketulan yang dikesan. Nurse memesan aku untuk melakukan pemeriksaan itu sendiri di rumah sekurang-kurangnya sebulan sekali. Betulkan jika aku salah.

Sewaktu aku hendak bangun dari pembaringan, nurse menegur dan mengatakan cara untuk bangun ketika hamil juga harus diubah. Bila sedang baring menelentang, mengiringlah dahulu dan barulah perlahan-lahan untuk bangun. Jangan sesekali bangun bila sedang baring menelentang. Bahagian pinggang akan sakit.

Bila nurse berkata, "sudah". Aku mulai tertanya dalam hati. Tiada pemeriksaan perut? Aku memberanikan diri untuk bertanya pada nurse.

"Macamana nak tahu anak dalam perut saya ni sihat nurse?" soalku.

"Sekarang ni kandungan masih kecil. Kalau kita scan pun, memang kurang jelas."

Aku akur dengan jawapan nurse walaupun sebenarnya jawapan tersebut tidak dapat memuaskan hati aku.

Seterusnya, nurse akan mengambil berat badan dan mengukur ketinggian klien. Ini kerana, ketinggian ada kaitan dengan saiz pelvik. Sekiranya saiz pelvik kecil, kemungkinan memberi kesan terhadap kelahiran normal. Aku agak risau sebenarnya kerana aku juga boleh dikatakan rendah. Tapi selepas diukur, nurse menyebut ketinggian aku. 154cm. Aku sedikit lega.

Kemudian, kami beralih ke bahagian timbang berat badan. Berat aku hanya 42.5kg. Itupun selepas mendengar kata-kata nurse yang diikuti dengan nada tidak percayanya.

"42.5kg jeeeeeee?"

Aku hanya tersengih. Kami kemudiannya masuk semula ke dalam bilik nurse.

"Lepas ni, saya bagi borang untuk ambil darah. Suami pun kena ikut ambil sekali untuk test HIV ni ye."

Syukur suami ada ikut bersama. Mengikut dari apa yang nurse kata, sebelum ini suami tidak perlu ambil darah. Hanya ibu mengandung sahaja. Tapi baru-baru ini, arahan untuk suami membuat pemeriksaan HIV telah keluar. Mahu atau tidak, suami harus ikut serta. Demi keselamatan bersama.

Aku menunggu agak lama untuk mengambil darah. Perut pula sudah mulai berkeroncong lapar. Tapi suami menyuruh bersabar. Bimbang terlepas giliran katanya. Aku akur. Nasi kuning bermain-main di ruang fikiran. Penangan lapar agaknya.

Ketika sampai giliran aku, jantung mulai berdebar. Aku antara manusia yang agak gerun untuk dijarum. Padahal, sakitnya tidaklah terlalu. Aku saja yang mengada-ngada. Aku menyuakan lengan sebelah kiri. Ketika nurse sedang mengeluarkan jarum dari bungkusan, aku berpaling muka. Langsung tidak mahu melihat bagaimana proses jarum menjarum itu berlaku.

Setelah aku yakin nurse selesai dengan tugasnya, aku berpaling semula.

"Sebelah kiri ni sensitif ye. Balik nanti sapu ais supaya tak bengkak." Pesan nurse.

Aku hanya mengangguk.

"Dah kan nurse?" soalku untuk mendapatkan kepastian sambil menekan kapas yang diletakkan pada lengan kiriku selepas dijarum.

"Belum lagi. Kita kena jarum sebelah kanan sebab tak dapat jumlah darah yang cukup sebelah kiri ni,"

'Whattttt????' jeritku dalam hati. Jarum sekali lagi? Ingin saja aku menangis waktu itu.

Tanpa rela, lengan kananku diambil oleh nurse. Sekali lagi aku membuang muka. Tidak mahu melihat proses itu. Aku pasrah. Syukur. Kali ini barulah dapat aku mendengar perkataan "okey sudah" dari nurse berkenaan. Di lengan kiri dan kanan diletakkan kapas untuk memberhentikan darah dari keluar.

Di temujanji yang pertama ini, ujian air kencing akan dilakukan sekali lagi. Tanpa menunggu keputusan darah, aku segera ke tandas. Pesan nurse, ambil sampel sewaktu dipertengahan proses. Selepas selesai, aku terus membawa bekas yang berisi urine ke bilik nurse. Aku diminta untuk memegang bekas tersebut sementara nurse memasukkan strip yang aku sendiri tidak tahu apa tujuannya selama beberapa saat. Tiada apa-apa komen yang aku dengar dari nurse. Aku hanya disuruh untuk menunggu di luar bilik sehingga dipanggil semula.

Tidak lama kemudian, nurse keluar dan memanggil namaku.

"Kamu pergi sarapan dulu ye. Keputusan darah tu ambil masa yang lama. Lepas makan nanti, tunggu semula depan bilik ni."

Nurse seolah-olah faham akan diri ibu yang lagi sedang menahan lapar ini. Lalu, aku dan suami menuju ke kantin yang berdekatan. Tekak teringin benar untuk makan nasi kuning berlaukkan sambal ikan tongkol atau kayu. Syukur masih ada menu tersebut.

Di pertengahan suapan nasi, telefon bimbitku berdering.

"Hello," sapaku.

"Fatihah, kamu di mana?"

Suara itu seakan aku kenal.

"Saya tengah makan nurse. Tapi dah nak siap dah ni,"

"Nanti terus masuk bilik okey," pesan suara itu lagi.

Usai makan, aku segera ke bilik yang dikatakan nurse tadi.

"Haa Fatihah. Duduk sini. Keputusan darah dah sampai."

Aku hanya diam untuk memberi ruang pada nurse meneruskan penjelasannya.

"Darah kamu rendah Fatihah. 7.6 sahaja," kata nurse sambil membelek kertas di hadapannya.

Dan aku masih tidak berkata apa-apa.

"Kamu tak ada rasa pening? Rasa nak pitam? Pengsan?" soal nurse bertubi-tubi.

"Tak ada," balasku ringkas. Aku langsung tidak merasakan semua yang dikatakan nurse tersebut.

"Rasa letih? Takda?" sambung nurse menyoal siasat.

"Yang letih tu ada. Akhir-akhir ni saya cepat rasa penat. Lelah, mengantuk."

"Kamu kena jumpa doktor ni," sambil nurse menulis sesuatu di atas kertas.

"Mari ikut saya,"

Tanpa membantah atau menyoal apa-apa, aku hanya mengikut nurse keluar dari bilik tersebut.

"Kamu tunggu sini," arah nurse itu lagi. Ada sebuah kerusi di situ dan aku terus duduk walau tanpa disuruh.

"Lepas jumpa doktor, kamu jumpa saya balik di bilik 6 okey," pesan nurse sebelum dia keluar dari situ.

Belum pun panas punggung duduk, namaku dipanggil oleh seorang doktor lelaki. Aduh. Ingin sekali aku mengelak dari bertemu mana-mana doktor lelaki. Aku kurang selesa sebenarnya.

"Darah kamu rendah Fatihah," kata doktor sambil matanya masih meneliti kertas yang dipegangnya.

Ayat yang sama juga aku dengar. Tapi aku tetap berdiam menunggu kata-kata seterusnya. Kemudian doktor menyuruh aku melakukan beberapa perkara. Aku mengikut sahaja tanpa bersuara.

"Kamu kena check darah sekali lagi. Saya nak tau apa punca darah kamu kurang. Tapi kena pergi klinik swasta lah. Berbayar," panjang lebar doktor menjelaskan.

Aku sekadar mengangguk tanda faham.

"Borang ni kamu kena bawa semasa pergi ambil darah di klinik swasta tu. Kamu boleh pergi antara dua klinik yang saya cadangkan ni. Kalau nak bandingkan harga pun boleh,"

Selepas mengucapkan terima kasih pada doktor berkenaan, aku keluar dari bilik tersebut dan terus ke bilik 6 seperti yang disuruh nurse tadi. Sebelum masuk, aku mengetuk pintu perlahan. Tanda hormat.

"Masuk Fatihah, mari duduk sini." Panggil nurse lembut.

"Doktor ada cakap apa-apa?" soal nurse.

Aku menceritakan pada nurse seperti apa yang doktor terangkan padaku tadi.

"So, next appointment kamu 23/08/16 pada jam 2 petang. Kamu kena bawa sekali keputusan darah yang kamu ambil dari klinik swasta tu,"

Aku mendengar sahaja apa yang dikatakan nurse. Sesungguhnya, aku adalah klien yang tidak banyak rencahnya.

"Lepas ni kamu pergi farmasi dan ambil ubat,"

Akhirnya selesai urusan di klinik pada hari itu. Ianya mengambil masa yang agak lama juga. Kalau mengikut anggaranku, ada lebih kurang 4 jam lebih aki berurusan termasuk menunggu giliran mengambil ubat di farmasi.

Temujanji pertama ini boleh dikatakan agak panjang juga prosedurnya. Itu perkara biasa. Tapi tidak mengapa. Tiada apa yang aku kejarkan.

Jadi, temujanji yang seterusnya pada 23/08/2016 pada jam2 petang. Jumpa nanti :)

Saturday, August 6, 2016

Akhirnya aku mengandung :')

Agak lewat untuk aku update blog. Asyik bertangguh saja. Ada banyak yang ingin aku ceritakan. Tapi biarlah satu persatu. Berikutan dari entri aku sebelum ini yang bertajuk 'Lewat 10 hari. Mengandungkah aku?'

Aku tidak tahu bagaimana untuk memulakan ini. Okey baiklah. Kalau ikutkan, termasuk hari ini. Usia kandunganku sudah hampir menjangkau 8 minggu yang bersamaan 2 bulan. Yaa. Alhamdulillah aku mengandung.

Ceritanya begini. Bila aku menyedari period sudah hampir lambat seminggu, aku pergi ke farmasi untuk membeli UPT (Urine Pregnancy Test). UPT ini selalunya dilakukan awal pagi dengan menggunakan urine (air kencing) yang pertama selepas bangun dari tidur. Aku agak berdebar. Selepas menunggu beberapa minit mengikut arahan yang diberi, hanya ada satu jalur sahaja yang kelihatan. Keputusannya NEGATIF! Aku sedikit kecewa.

Walaupun negatif, period masih belum juga datang. Bila sudah masuk hari ke-10, aku mulai risau. Jika aku tidak hamil, mengapa masih belum period? Aku memberitahu ibu tentang hal ini. Ibu syak aku mengandung. Pada waktu itu, aku tidak dapat mengiyakan mahupun menafikan. Nasihat ibu pada aku untuk terus berjaga-jaga. Tidak melakukan sebarang kerja berat. Bimbang sekiranya aku hamil. Aku akur.

Hari demi hari terus berlalu. Sehinggalah period lewat 2 minggu 4 hari. Lewat kali ini agak luar biasa. Aku masih tidak dapat meyakinkan diri aku sedang hamil kerana tiada tanda-tanda seperti orang mengandung yang aku dapat rasakan seperti mual, muntah. Kehidupan aku normal. Aku mengajak suami untuk ke klinik. Bimbang kalau-kalau ada penyakit lain.

Tapi pada malam itu, ketika period lewat 2 minggu 4 hari. Aku membawa suami ke farmasi untuk membeli supplement FOLIC ACID. Ini kerana, hasil google yang aku telah baca. Ramai mencadangkan untuk mengambil folic acid ini bagi mereka yang sedang berusaha untuk hamil. Alang-alang sudah sampai ke farmasi, terdetik dalam hati untuk membeli UPT.

Keesokkan paginya, ketika aku lewat period 2 minggu 5 hari. Suami mengejutkan aku kerana rancangan kami adalah untuk ke klinik hari itu. Aku memberitahu suami bahawa aku ingin cuba melakukan UPT sebelum ke klinik. Suami bersetuju. Ketika aku cuba mengeluarkan UPT dari kotak, sempat aku berbisik dalam hati,

"Kalau negatif lagi, tak apalah. Mungkin belum rezeki."

Dengan tenang, aku membaca arahan yang tertulis pada kotak UPT berkenaan. Satu persatu aku lakukan dengan begitu teliti. Tidak mahu tersilap. Ketika menunggu keputusan, hatiku berdebar. Tanpa aku sangka, ada garisan yang luarbiasa mulai kelihatan. Sehinggalah 2 garisan yang sangat jelas kelihatan depan mataku!

Seperti tidak percaya, aku melihat lagi bungkusan UPT untuk memastikan apa yang aku sedang lihat itu benar. Yaaa! 2 garisan bermakna POSITIF! Aku mengandung. Alhamdulillah. Dalam hati masih lagi tertanya, benarkah aku mengandung? Pada waktu ini, hanya Allah yang tahu bagaimana perasaan yang tiba-tiba datang. Ianya sesuatu yang di luar jangkaanku. Tangan aku juga masih menggeletar ketika memegang UPT itu.

Selepas keluar dari bilik air, aku terus masuk ke bilik. Rupanya suamiku ada di situ. Sangkaanku tadi dia sudah ke tempat kerja.

"Macamana?" soal suamiku.

"Ada," ringkas saja jawapanku.

"Betul?" suamiku menyoal lagi seolah tidak percaya juga dengan apa yang berlaku.

Aku sekadar mengangguk sambil tersenyum.

"Alhamdulillah," ucap suamiku gembira.

Rancangan untuk ke klinik pada sebelah petang ditukar ke pagi selepas bapa mertuaku juga tahu tentang khabar itu. Seronok benar dia. Mungkin inilah detik yang ditunggu.

2 Garisan yang jelas pada UPT

Kami ke klinik swasta. Bila berjumpa doktor, soalannya seperti biasa,

"Sakit apa?"

"Pagi tadi saya ada buat UPT...,"

Belum sempat aku menghabiskan ayat, doktor sudah memotong.

"Positif?" soal doktor seolah-olah tahu apa yang aku cuba katakan.

"Yaa," balasku ringkas.

"Bila last period?"

Kelihatan doktor sudah memegang sesuatu yang ku agak kalendar.

"13/06/2016," aku menjawab tanpa teragak-agak.

"Kalau ikutkan, usia kandungan puan sudah masuk 6 minggu,"

Aku sekadar menjawab, "okey".

"Puan nak buat test sekali lagi? Ada rasa nak kencing tak?"

Hanya gelengan kepala yang dapat aku berikan.

"Kalau kita scan, mungkin boleh nampak dan mungkin juga tidak sebab masih awal lagi. Tapi, kita boleh cuba. Nak scan?" 

Tanpa ragu-ragu, aku mengiyakan sahaja. Doktor meminta aku untuk masuk ke sebuah bilik. Aku diminta untuk berbaring dengan selesa. Tiba-tiba ada nurse masuk dan mengarahkan aku untuk mengangkat sedikit baju yang menutup perutku.

Sedikit cecair berupa gel disapukan pada perutku. Terasa sejuk. Entahlah sejuk takut, sejuk teruja, sejuk penghawa dingin, semuanya sudah bercampur aduk. Doktor mula meletakkan satu alat scan di atas perutku dan menggerak-gerakkannya. Satu tv kecil entah apa namanya, di tolak sedikit berdekatan aku.

"Itu baby puan. Nampak tak?"

Aku cuba melihat skrin tersebut.

"Tak jelas sangat. Saiz dia pun cuma 6.5mm saja. Kalau puan nak nampak lagi jelas, boleh datang semula ke sini lepas dua minggu,"


Usia kandungan 6 minggu :)

Keluarga mencadangkan pada aku untuk ke klinik kerajaan untuk mula buat buku. Jika dulu, kandungan harus berusia 4 bulan dulu baru boleh ke klinik. Tapi sekarang, usia kandungan yang berusia sebulan pun sudah harus mula ke klinik. Biar mudah pengurusannya.

Pada 28/07/2016, aku dan suami ke klinik Menggatal Kota Kinabalu Sabah. Kami terus ke kaunter untuk bertanyakan prosesnya. Maklum saja. Anak pertama. Masing-masing kami suami isteri tiada pengalaman seperti ini.

Nurse bertanyakan sekiranya kami ada membawa gambar scan dari klinik. Tapi tiada. Aku terlupa membawanya. Kata nurse, jika kami ada membawa gambar scan berkenaan. Kami boleh terus masuk ke bilik. Malangnya tiada. Jadi, terpaksalah kami melakukan proses dari awal. Pengesahan bahawa aku mengandung.

Untuk mendapatkan pengesahan ini, ujian air kencing akan dilakukan sekali lagi untuk mengesahkan aku sedang hamil. Ketika ini, aku mulai berdebar semula. Aku pernah membaca pengalaman orang melalui google. Ketika di rumah, ujian UPT yang dilakukan positif. Tetapi bila ke klinik, keputusan UPT menjadi negatif. Aku mulai risau.

Selepas menghantar urine ke makmal, aku diminta untuk menunggu. Ketika menunggu, aku masih berdebar tapi aku cuba bertenang. Selepas beberapa minit, kedengaran namaku dipanggil. Sehelai kertas diberikan padaku.


Pengesahan mengandung!

Alhamdulillah. Positif. Ada benih yang sedang membesar dalam perutku :') Dan akhirnya satu temujanji sudah diaturkan. Pada 09/08/2016 aku diminta untuk datang semula ke klinik. Bila aku kira-kira sehingga waktu temujanji, kandunganku pada waktu itu sudah berusia 2 bulan 2 hari.

Semoga Allah melindungi aku dan kandunganku.