Friday, September 30, 2016

Bagaimana cara untuk menguatkan hati bila dia tinggalkan saya


Bukan sebulan dua saya mengenali dia. Tapi hampir 5 tahun kami bersama. Janji-janjinya tak pernah saya lupakan. Katanya ingin terus hidup bersama saya hingga ke akhirnya. Lebih-lebih lagi bila dia sudah memperkenalkan saya pada keluarganya.

Keyakinan saya pada dia semakin tinggi. Saya yakin dia tidak akan tinggalkan saya.

Tapi segalanya berubah bila dia semakin jauh dari saya. Pada mulanya, dia hanya memberikan alasan sibuk. Dan saya menerima alasan itu walaupun pada hakikatnya hati saya seakan tahu dia mulai berlaku tidak jujur.

Semakin hari, dia semakin berubah. Bila saya menghubungi dia, katanya saya menganggu. Bila pesanan dihantar, langsung tidak dibalasnya.

Sehinggalah saya mendapat tahu dia ada perempuan lain di belakang saya. Sakitnya, cuma Allah yang tahu. Saya cuba berlembut dengan dia untuk tahu hal sebenar. Dan seperti yang saya duga. Dia menafikan sekerasnya. Saya tahu dia berbohong.

Saya cuba bersabar kerana saya masih sayangkan dia dan hubungan yang sudah lama dibina itu. Tapi dia pula semakin hari semakin jauh dari saya. Ada sahaja perkara yang kami gaduhkan walaupun ianya hanya benda kecil sahaja.

Hati ini sudah tidak mampu menahan rasa sakit. Saya tahu dia ada perempuan lain. Saya kumpul semua bukti yang ada. Bila saya tunjukkan semua bukti-bukti itu, barulah dia mengaku. Tapi katanya dia masih sayangkan saya. Dia tidak mahu kehilangan saya. Dia minta saya beri dia waktu.

Demi hubungan kami, saya berikan dia waktu. Kerana sejujurnya, walau sakit macamana pun hati ini. Saya masih sayangkan dia. Atas alasan sayang itulah saya masih cuba bersabar.

Tapi kesabaran saya akhirnya dibalas kesakitan bila dia mengambil keputusan untuk meninggalkan saya dan pergi bersama perempuan lain. Waktu itu, saya masih sempat merayu padanya agar jangan tinggalkan saya. Saya masih perlukan dia.

Siang malam saya menangis memikirkan dia. Saya berharap dia akan kembali mencari saya. Namun hampa

Setiap hari saya mulai mengasingkan diri. Saya menjadi seorang yang pendiam. Hampir-hampir saya membunuh diri tapi Allah masih sayangkan saya. Kerana dia saya hampir gila.

Berkali juga saya menghantar pesanan merayu pada dia untuk kembali. Tapi hampa. Dia masih tetap dengan pendiriannya.

Pada suatu hari, bila saya masih menangis lagi. Terlintas di fikiran saya. Kenapa saya harus bermatian menangis untuk orang yang langsung tidak menghargai saya? Mungkin saja sekarang ini dia sedang ketawa bersama kekasih barunya. Dan saya? Terus-terusan mendera perasaan sendiri.

Ya Allah. Apa yang sedang saya lakukan ini? Apa ujian yang diberikan pada saya? Apa yang cuba Dia tunjukkan pada saya?

Saya cuba kuatkan diri. Saya mandi dan bersihkan diri. Saya masih menangis semahunya. Tapi kemudian saya kesat sisa airmata yang ada. Saya mahu mengambil wudhuk. Dan alhamdulillah, walaupun sudah lama saya tidak duduk atas sejadah. Allah masih berikan ingatan pada saya cara mengambil wudhuk dengan begitu jelas sekali.

Telekung dalam almari saya keluarkan.

Selesai solat, saya menangis lagi di atas sejadah. Saya mohon ampun pada Allah. Selama ini saya leka dengan kebahagiaan sementara. Saya lebihkan kekasih saya berbanding Allah yang telah menciptakan saya.

Satu persatu dosa saya di waktu silam berlegar di fikiran. Ianya seperti Allah menunjukkan betapa jahilnya saya dulu.

Hati kekasih, saya jaga sedikit pun tidak mahu dia terluka. Tapi Allah, saya abaikan.

Saya terlupa bahawa Allah lah yang berikan saya kebahagiaan itu. Tapi saya juga terlupa bahawa Allah boleh ambil kembali bahagia itu bila-bila masa yang Dia mahu.

Sia-sia saya merayu pada lelaki itu dulu tanpa saya sedar dia hanya manusia biasa yang boleh berubah hatinya bila-bila masa. Hanya pada Allah lah tempat untuk saya meminta.

Saya bersangka baik dengan Allah. Mungkin ini adalah yang terbaik buat saya. Mungkin lelaki itu tidak sesuai untuk menjadi pendamping saya di dunia dan akhirat. Kalau sekarang ini pun dia boleh tinggalkan Allah, tidak mustahil dia akan tinggalkan saya jika kami masih bersama.

Allah lebih tahu segalanya. Allah takkan menguji hamba-Nya melainkan dia tahu hamba itu mampu memikulnya. Saya redha dengan takdir yang Allah beri pada saya. InsyaAllah, perancangan Dia adalah yang terbaik.
posted from Bloggeroid

Cara Jana Pendapatan dengan Nuffnang

Dari awal berblog sampailah sekarang, bertahun juga aku dengan Nuffnang ni. Habuan yang aku dapat, tak adalah banyak sangat. Tapi bagi aku yang jenis tak demand ni, hasil dari Nuffnang tu kira okey lah. Sebabnya, tak ada pun benda berat aku kena buat supaya Nuffnang bagi aku duit. Kalau setakat update blog, aku boleh je. Dah itu minat aku. Menulis dan berblog.

Kalau search dekat google, cari cara macamana nak dapat duit dari Nuffnang ataupun cara untuk dapat iklan CPUV (dulu biasa dengan nama BE -Buffered Earning), memang melambak akan keluar.

Macam-macam tips yang blogger akan bagi. Update survey lah, selalu hantar feedback dekat pihak Nuffnang lah, update blog setiap hari, trafik blog kena tinggi dan macam-macam lagilah. Kalau aku senarai, mau tak muntah kau baca. Memang banyak. Dan kebanyakkannya pun aku cuba buat juga. Yelah, nak rezeki kenalah berusaha. Kalau dah asyik pakai dialog "kalau ada rezeki, adalah" tapi duduk termenung tak buat apa-apa. Memang takkan ada hasillah. Sekurang-kurangnya, mencuba.

Pernah juga orang tanya aku macamana boleh dapat duit dari Nuffnang. Orang-orang tu termasuklah keluarga aku sendiri, kawan-kawan dan blogger lain. Susah aku nak jawab sebenarnya sebab jalan ceritanya terlalu panjang. Kalau aku tulis dalam satu entri, takkan cukup.

Apa yang aku boleh cakap, pengalaman. Aku belajar dari pengalaman. Aku google, cari maklumat sendiri, aplikasikan, dan macam tu lah. Bukan aku tak nak tanya orang tapi kadang, apa yang orang terangkan pada aku pun. Belum tentu aku faham melainkan aku kaji sendiri benda tu.

Kalau ada yang tanya, dah berapa kali aku pernah cash out dari Nuffnang. Macam dah banyak kali je kan. Tapi tak. Baru dua kali. Angka pun tak cecah empat lagi. Suatu hari nanti. Hihi.

So, macamana cara nak jana pendapatan dengan Nuffnang?

Setakat ni, aku cuma letak iklan Nuffnang di tiga sudut. Atas header, dalam entri dan di sidebar. Tak tinggal satu pun. Siap ada penambahan lagi. Aku tambah iklan untuk pengguna yang datang jengah blog aku guna handphone. Maknanya, jumlah keseluruhan adalah empat. Dapat?

Lepas tu, aku rajin update blog setiap hari. Ada update, adalah pelawat.

Dua benda ni lah aku buat setiap hari. CPUV lekat je. Tapi kalau kau nak cuba cara lain, dipersilakan. Dan aku sangat menggalakkan. Belajar dan carilah pengalaman. Nanti kau akan rasa apa yang aku rasa.

posted from Bloggeroid

Rezeki nak merasa 3D Gold StemCell Serum

Selain rezeki yang memang Allah nak bagi, aku syak. Ini rezeki baby dari bump aku. Mak bersyukur.

Pada tarikh keramat yakni 25/09/2016, aku melibatkan diri untuk sertai Giveaway 3D Gold StemCell Serum My Beauty Herbs di mialiana.com. Itu adalah tarikh akhir di mana aku baru terhegeh-hegeh nak buat entri. Berbekalkan harapan untuk jadi bakal mak yang anggun, aku gigihkan diri untuk sertai.

Daripada 62 peserta yang join, aku jadi peserta ke-61 yang tersenarai. Masa ni belum lagi menang. Entri berjaya diterima untuk menjadi calon pemenang sahaja.

Tabahlah aku menanti sehingga 29/09/2016 untuk tahu siapa punya rezeki merasa pakai produk ni.

Bila kak Mia dah update dan buat pengumuman pemenang giveaway tu. Berdesup aku check. Alhamdulillah. Mak tersenarai. Dari 62 peserta, cuma 40 sahaja yang dipilih. Dan aku menjadi pemenang yang ke 39. Dah macam telur di hujung tanduk aku tengok.

Takpe. Janji aku dapat rasa pakai produk gold bagai ni.

Sebelum ni aku dah pernah menang giveaway dari blog kak Mia. Ala, yang produk Ephyra tu. Dah lama sangat. Awal tahun 2014. Kau rase?

Tau tak kenapa aku sibuk sangat nak join giveaway dari kak Mia?

Sebab, apapun produk yang dia bawa sebagai giveaway. Takkan menghampakan aku. Yelah, selain dari syarat dia yang senang gila untuk aku penuhi. Macam Ephyra tu lah. Berkesan pada aku. Tapi memandangkan harga yang agak tinggi bagi aku. Tak dapatlah nak konsisten lepas pakai sebulan. Takpelah. Dapat merasa khasiat dia pun dah kira bagus.

Ni sekarang ni aku nak cuba serum pulak. Yang ni bukan main telan. Main sapu dekat muka. Aku nak cuba. Kot lah magic kan boleh kasi lawa muka aku yang dah terabai semenjak beberapa bulan lepas.

Masalah kulit yang aku alami adalah muka berminyak (euwh!), hitam bawah mata (dah macam panda aku nengoknye), liang pori agak terbuka (tak senonoh betul), kulit kering, dan agak bersemangat jitu nak kulit muka jadi cerah.

Kena snap gambar sebelum dan selepas. Jadi, nanti aku snap nak tengok sendiri perbezaannya.

Tunggulah nanti hasilnya macamana. Aku pun dah tak menyabar.

Oh ye. Aku nak war-war kan juga ni. Pada 30 September 2016, di TV Al-Hijrah jam 12 sehingga 1 petang. Ada review yang lebih terperinci pasal produk ni oleh pemilik produk sendiri iaitu puan Normey. Haa kau. Masuk tv lagi. Menambahlah aku tak sabar nak mencuba produk ni. Jangan lupa untuk tonton ye.

posted from Bloggeroid

Thursday, September 29, 2016

Sedap yang mahal


Makanan yang baik adalah makanan yang rasanya tetap sama, manisnya tak berubah, masinnya tak kurang walaupun harga barang semakin hari semakin mahal.

Harga barang akan tetap terus megah naik.

Tapi makanan yang baik, kualitinya tak hilang. Jadi caranya apa? Saiz yang berubah.

Kalau dulu sebesar penumbuk, mungkin sudah berubah sebesar ibu jari. Demi menjaga kualiti, ubah saiz tak apa. Mohon jangan berubah rasa. Sebab, sedap itu yang mahal.

Jangan salahkan harga barang yang naik. 😑

posted from Bloggeroid

Wednesday, September 28, 2016

Lelaki macamana nak buat suami

Sekarang, macam-macam jenis lelaki kau boleh jumpa. Yang kachak, yang baik, yang sweet, yang caring. Tapi sayang. Orang punya. Jadi kau kena cari lelaki lain. Kalau tak cari, tengok yang datang. Datang dia sekadar nak tunjuk eksen acah-acah playboy, atau memang nak jadi suami yang menyayangi kau sepenuh jiwa dan raga?

1. Paras Rupa
Kau tak payah propa kata paras rupa bukan segalanya. Aku setuju sebab kalau abang 'Playboy itu Suami Aku' datang melutut dulu. Yes, aku tak menolak. Tapi memandangkan sekarang lelaki kacak ramai yang sedang bercinta dan tak matang. Belum kira lagi yang jadi gay. Maka, kau harus sedar paras rupa itu masih boleh dirunding. Kau hold dulu yang ni. NEXT!

2. Kesukaan Orang Tua-tua
Terutama sekali mak bapa kau. Tanya mereka sejujurnya. Lelaki itu menyejukkan mata dan hati mereka atau tidak? Naluri mak dan bapa kau selalunya betul lagikan sahih! Lelaki yang sesuai jadi suami, pandai bergaul dan berkawan dengan bapa-bapa orang, pak cik-pak cik, atok-atok. Ye aku tau. Bunyinya agak menakutkan. Tapi percayalah. Mereka ini selalunya menjadi perhatian pak cik-pak cik yang lagi sedang mencarikan jodoh buat anak gadis mereka. Makanya, kau kena rembat dulu sebelum dia dirembat pak cik jiran sebelah rumah kau.

3. Berharta
Aku bukan mengajar kau untuk jadi materialistik. Tapi aku nak kau sedar bahawasanya kos kehidupan sekarang semakin tinggi. Aku tak suruh kau pilih kerabat diraja mahupun anak menteri. Tidak. Tapi sekurang-kurangnya biarlah mereka ini gaji bulanannya tetap. Kalau kau jumpa jenis yang bulan ini kerja A, bulan depan kerja B, tahun depan kerja C. Maka, kau harus pertimbangkan lagi sebelum menjadikan dia sebagai suami. Kau jangan pentingkan diri. Mungkin kau boleh hidup dengan cinta tanpa makan apa-apa. Tapi kau kena ingat. Akan ada bayi comel yang akan kau lahirkan nanti dan mereka ini perlu makan!

4. Beragama
Kau rasa seperti mustahil kerana dunia semakin menakutkan? Ya, aku juga begitu. Kalau kau jumpa ustaz, alhamdulillah. Rezeki kau. Kalau kau jumpa yang biasa-biasa. Kau jangan nak hina dia. Selagi dia boleh menerima nasihat dan teguran. Kau boleh pertimbangkan lagi. Manusia ni boleh berubah.

Apa sekalipun perangai jodoh kau. Bertabahlah. Allah tengah uji.

Kisah tunang

Tahniah kau dah bertunang.

Aku bukan nak takutkan sesiapa. Tapi dulu, orang yang femes pun boleh putus tunang. Katanya bukan sebab orang ketiga. Aku tak percaya. Sebab aku tau sangat perangai manusia. Banyak propa.

Kau dah bertunang kan?

Please percaya aku. Ujiannya tak sesusah masa jawab kertas matematik tambahan waktu zaman aku dulu. Yang penting, kau jangan nak berbahagia sangat. Rilek sudah.

Berhenti upload gambar masa kau bertunang. Nanti jenuh kau nak padam balik semuanya.

Apa kau kena buat sekarang, slow and steady. Kalau dah memang jodoh, memang takkan ke mana. Macam aku.

Perempuan dan bukan kucingnya

Mana-mana drama, ada konflik mesti pasal perempuan tak guna.

Alhamdulillah, dalam hidup aku. Tak ada spesis perempuan macam tu mengganggu. Setakat ni, cuma bau tahi kucing yang aku tak menahan. Dia punya bau, aku rasa macam nak pengsan.

Mungkin alahan sementara rasanya. Sebab biasa, aku rilek je kalau hidu. Tak ada nak kecoh sampai update dalam blog.

Tuesday, September 27, 2016

Godaan

Perhatiannya kini dicuri. Hatinya masih berbelah bagi. Keiinginannya terlalu tinggi buat masa ini. Teringat pesan seseorang.

"Kerananya, musnah segala impian. Berhati-hati."

Tapi bagaimana harus dia lari. Seolah-olah bayangnya ada mengikuti.

"Ini tak boleh jadi!"

Seulas durian yang disimpan di dalam bekas tupperware kini sudah berada dalam mulutnya. Arghh! Tak cukup. Seulas lagi. Kali ini, hanya jari dijilat sebagai tanda dia benar-benar mahu berhenti.

Diusap perut.

"Maafkan mama sayang. Mama tak tahan bau durian. Wangi sangat."

Kini, dia hanya berdoa semoga Allah melindungi cinta hati yang sedang membesar di dalam perutnya.

Tak mampu aku menolak godaan durian.

Balasan apa kau mahu?

Aku dah selalu mendengar ayat yang sama.

"Bila kau buat baik dengan orang, jangan minta dibalas."

Tahu kenapa?

Manusia ni perangainya berbeza. Kau buatlah baik macamana pun dengan dia. Kalau Allah tak izinkan dia untuk balas balik kebaikan yang kau bagi, selagi itulah kau takkan merasa kebaikan dari dia.

Jadi, untuk mengelakkan dari merasa kecewa walau berjuta kebaikan diberi pada dia. Berhentilah meminta balasan. Tapi jangan berhenti berbuat kebaikan.

Tahu kenapa?

Allah itu Maha Adil. Dia tahu kau baik. Dia tahu apa yang kau lakukan. Jadi, Dia tahu bagaimana cara untuk membalas kebaikan yang kau lakukan.

Bagaimana?

Banyak. Buka mata kau seluasnya.

Bila kau bangun pagi, kau masih dapat bernafas. Itu salah satunya.

Bila kau dapat menyuapkan makanan ke dalam mulut. Itu juga antaranya. Rezeki.

Jadi kenapa perlu berhenti buat kebaikan bila Allah membalas 1 kebaikan yang kau lakukan dengan 1000 kebaikan? Teruskan berbuat baik. Pada siapa saja.

Monday, September 26, 2016

Ibu mertuaku


Sedih betul aku dengan cerita P.Ramlee tajuk Ibu Mertuaku. Dulu aku tengok, sampai meleleh airmata. Sekarang mengandung, dengan emosi yang asyik syahdu je memang tak lah aku nak tengok sebab aku pasti sangat airmata aku akan meleleh lagi untuk ke sekian kalinya.

Selain dari jalan ceritanya yang memang dah sedih, muka P.Ramlee tu juga antara penyumbangnya aku boleh menjatuhkan airmata. Sebabnya, muka P.Ramlee macam muka ayah aku. Serius tak tipu. Bila tengok P.Ramlee je, ingat ayah. Alamak. Tu yang tak boleh tahan tu.

Aku ni, masuk bab ayah je. Mulalah nak syahdu. Nak pilu. Nak sedu.

Kalau cakap pasal ibu mertuaku atau mak mentua aku, heh. Tak payah cakap banyak. Beliau memang baik. Tak adalah macam dalam drama yang aku selalu tengok. Mak mertua jahatlah. Mak mertua cerewetlah. Mak mertua tak sukalah. Alhamdulillah. Tu satu kelebihan yang Allah bagi pada aku. Kira rezeki juga tu dapat mak mertua yang baik.

"Untunglah dapat mak mertua yang baik."

Aku bersyukur gila bab mak-mak mertua ni. Tapi aku percaya, inilah hikmahnya atas apa yang terjadi dalam hidup aku. Aku tak dapat apa aku nak. Tapi Allah beri apa yang aku perlu.

Memang betul ada kurangnya dalam kisah perkahwinan aku. Tapi Allah lebihkan di suatu sudut yang lain untuk aku merasa bahagia. Sebab tu lah, apapun yang terjadi dalam hidup kita. Kena yakin yang Allah ada rancangkan sesuatu yang lebih baik.

posted from Bloggeroid

Sunday, September 25, 2016

Giveaway 3D Gold StemCell Serum My Beauty Herbs Di Mialiana.com


3D GOLD STEMCELL SERUM MY BEAUTY HERBS

Adakah anda ingin kulit wajah bebas tanpa jeragat, parut dan pori-pori terbuka? Adakah anda inginkan kedut di muka hilang sedikit demi sedikit dan anda inginkan semua masalah kulit muka hilang dengan hanya satu rawatan yang tidak melibatkan kos yang mahal?

3D Gold Stemcell Serum akan menjadi jawapan atau solusi untuk permasalahan anda. PARUT JERAWAT, JERAGAT yang mula berkampung di muka dan yang sudah berkerak, KEDUT di muka yang menjadi teman apabila usia semakin bertambah adalah penyebab hilang keyakinan diri untuk bersosial.

Jangan biarkan masalah ini menghantui anda setelah sekian lama anda berada di dalam dilema dan malu bertemu janji. Kini My Beauty Herbs mengembalikan kejelitaan anda tanpa perlu melakukan laser dan kos-kos perubatan yang mahal. Beralihlah kepada 3D Gold StemCell Serum yang bakal mengubah kulit muka anda dari biasa menjadi luar biasa…Sangat hebat dengan hanya calit-calit merecik... Wow...


"Penyanyi/Pengacara Feeya Iskandar antara pengguna setia 3D GOLD STEMCELL SERUM. Beliau berjaya kekalkan kulit gebu semasa mengamalkan 3D GOLD STEMCELL SERUM dengan sapuan treatment cream di waktu malam."


Produk buatan MALAYSIA yang diformulasikan di FRANCE dan lulus KKM (NO KKM : NOT160106092K). Dapatkan KULIT KEKAL MUDA ANGGUN hanya dalam 30 HARI. Kesan penggunaan seawal 10 hari! Dapatkan kulit idaman anda hari ini. Dengan hanya sekotak, mesti ada perubahan ketara dan kulit lebih merecik flawless dan muda jelita. Nak lagi best pakai secara konsisten selama boleh. Memang TERBUKTI BERKESAN! Bahan SEMULAJADI!

3D GOLD Stem Cell Serum mempunyai kelebihan kerana bahan-bahannya lebih farmaseutikal dan formula yang terkini seperti Pure Argania Stemcell, Hydrolyzed Wheat Protein, Lepitium Sativum Sprouts Extract & Dermacom. Kelebihan yang ada pada 3D Gold StemCell Serum menjadikan kulit anda terus kekal muda anggun selamanya, seperti Feeya Iskandar duta My Beauty Herbs. Formula Hebat ini mampu memberi kesan “Instant Lifting” pertama kali ketika memakainya. Rangsangan tegang akan dapat dirasai secara lembut.

3D GOLD STEMCELL SERUM bagus dan berkesan untuk :
  1. Hilangkan parut hitam
  2. Hilangkan dan cegah jeragat
  3. Mencegah luka jerawat
  4. Menutupi liang pori
  5. Memperbaiki struktur kulit dan tona sekata
  6. Lembapkan kulit
  7. Menganjalkan kulit
  8. Mengawal minyak pada wajah
  9. Mencerahkan kulit
  10. Menegangkan kerutan dimata
  11. Pudarkan gelap bawah mata
  12. Melindungi kulit dari sinaran UV
  13. Mengalakkan penghasilan kolagen
  14. Mengurangkan hingga 50% garis halus dan kedutan muka dengan pemakaian konsisten
Cara Penggunaan My Beauty Herbs, 3D GOLD STEMCELL SERUM :
  1. Sila tekan 1 ATAU 2 kali dan ratakan serum ke wajah, bawah mata, leher dan mata sebelum tidur dan waktu pagi selepas mencuci muka. Pakai 2 kali sehari untuk kesan maksimum bagi jangka masa panjang.
  2. Pastikan anda membersihkan wajah sebelum menggunakan SERUM
  3. Krim rawatan dipakai pada waktu malam selepas mencuci muka. Jangan dicampurkan dengan produk lain.
  4. Minum minima 8 GELAS air kosong sehari

Harga
RM150 Semenanjung RM159 Sabah/Sarawak $65 Brunei $65 Singapore. Dapatkan harga promosi RM120 sekarang dengan treatment cream percuma bernilai rm69.90.

Video Eksklusif Feeya Iskandar


Soalan yang kerap ditanya :
  1. Adakah 3D Gold Stemcell Serum ini berkesan ke? InsyaAllah berkesan, kerana dah lebih 1002 orang yang telah mencuba dan berikan feedback yang sangat bagus sebelum dilancarkan.
  2. Kenapa ramai yang order 3D Gold Stemcell Serum ini? Kesan dapat dilihat seawal 10 hari, 100% diperbuat dari bahan semulajadi, tiada kesan sampingan yang menjejaskan kesihatan, 100% lulus KKM, harga yang berpatutan dengan kualiti terbaik, mempunyai kandungan pure stemcell yang sangat tinggi, tiada pantang larang semasa pemakaian, sesuai untuk golongan lelaki dan perempuan, tahan lama dan untuk sebulan, terbukti secara klinikal, tiada bahan kimia, kualiti bertaraf antarabangsa, majoriti pengguna berpuas hati.
  3. 3D Gold Stemcell Serum ni boleh tahan berapa lama? 3D Gold Stemcell Serum 20ml boleh tahan selama sebulan.
  4. Boleh hilangkan parut jerawat? Jeragat degil? Boleh, kerana ada kandungan Lepitium Sativum Sprout Extract, Pure argania stemcell,Hydrolyzed Wheat Protein, Lepituim Sativum Sprouts Extract & Dermacom yang paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit & memudarkan parut-parut hitam atau pori-pori besar. Jangan lupa sapu treatment krim di waktu malam.
  5. Boleh ke pakai toner & moisturizer jenama lain? Boleh, tiada masalah.
  6. Ada kesan-kesan sampingan tak? Tiada kesan sampingan. 3D Gold Stemcell Serum, dirumus dengan teknologi terkini yang berkualiti tinggi dan terbukti selamat dan tidak mengakibatkan pengelupasan kulit.
  7. Lelaki atau wanita, keduanya boleh pakai? Boleh, sesuai untuk kedua-duanya.
  8. Bagaimana nak dapatkan 3D Gold Stemcell Serum? Dapatkan dari kami My Beauty Herbs Hq +6011 28090446 atau beli online di website www.mybeautyherbs.com.my



Sila jawab soalan-soalan berikut :
  1. Siapakah pengguna yang akan mencuba? (sendiri/suami/isteri/lain-lain : Sendiri)
  2. Kondisi Kulit Pengguna Sekarang (berjerawat/pigmentasi/jeragat/kulit tidak sekata/ berminyak/lain-lain : Berminyak, liang pori agak terbuka, kulit kering, ingin kulit lebih cerah, kedutan dan hitam bawah mata)
  3. Saya patut dipilih oleh My Beauty Herbs dan seterusnya bersetuju untuk membuat entri review 3D Gold StemCell Serum berdasarkan pengalaman pengguna kerana ingin merasai sendiri keajaiban produk ini mengatasi masalah kulit saya agar kelihatan lebih muda dari umur sebenar saya dan sekaligus boleh berkongsi pada mereka yang mempunyai masalah kulit seperti saya untuk turut mencuba produk yang telah membantu ramai pengguna di luar sana.

Giveaway 3D Gold StemCell Serum My Beauty Herbs Di Mialiana.com ini dianjurkan pada 16 hingga 25 September 2016 oleh blogger Mia Liana dengan kerjasama My Beauty Herbs dalam mencari 40 orang blogger. Kepada blogger yang berminat nak join, sila klik SINI. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

Gara-gara virus ZIKA

Semenjak virus zika semakin kerap kedengaran di cuping telinga ni, aku makin gerun. Lebih-lebih lagi sekarang aku sedang mengandung. Ketakutan itu agak terasa dan sedikit sebanyak mengganggu fikiran.

Selain berusaha memastikan tempat tinggal sentiasa bersih, menggunakan semburan khas untuk membunuh nyamuk, aku juga sering berdoa semoga bayi dalam kandungan akan sentiasa dilindungi oleh Allah s.w.t.. Itulah usaha kecil yang dapat aku lakukan.

Sekarang ini, bila aku digigit nyamuk. Mulalah aku risau.

Masih ingat kes zika yang berlaku di Sabah? Aku kan di Sabah. Lokasi yang dimaklumkan itu agak berdekatan dengan tempat tinggal aku. Manakan aku tak risau.

Teringat pula cerita suami hari tu. Katanya dia ada diberikan risalah mengenai Zika. Tapi entah ke mana perginya risalah itu. Dalam fikiran suami, zika itu masih 'jauh'. Mana mungkin sampai ke Sabah. Tapi tidak sampai seminggu, keluar pula berita tentang kes zika yang sudah ada di Sabah. Barulah suami menggelabah. Dialog kami lebih kurang begini.

Suami : Hari tu abang ada dapat risalah pasal zika.

Aku : Habis tu, mana risalahnya?

Suami : Abang ingatkan virus zika tu tak sampai Sabah.

Aku : Tapi dah sampai kan? Dekat Likas pula tu. Bukannya jauh.

Suami : Hmm. Tu lah.

Sebenarnya isu dia bukan pasal risalah. Tapi persediaan untuk menghadapi virus zika itu. Salah bila kita berfikiran "alaaa, kita tak kena pun." Walau macamana sekali pun, kita kena sentiasa bersedia. Takut nanti bila dah kena, baru nak panik.

posted from Bloggeroid

Nak hulur pisau pun ada cara

Benda-benda melibatkan pisau ni memang agak bahaya. Sebab tu, bila nak hulur pisau pada sesiapa. Tak boleh nak hulur ikut suka hati. Ada caranya. Cara ni pun, mak aku yang ajar. Haa, benda simple macam tu pun mak aku tak ambil remeh.



"Aku tikam kau!"

Mak aku marah bila aku hulur pisau gaya macam tu dekat dia. Katanya bahaya. Aku pun pelik. Tang mana bahaya kan. Tapi tu lah. Masa tu kecik lagi. Tak berani nak banyak tanya. Sampailah dah besar ni. Aku masih tak tau kenapa cara tu salah. Jadinya, mak aku ajarlah cara nak hulurkan pisau dengan betul.



"Takpelah, biar aku yang luka. Asalkan kau selamat."

Bila mak ajar ini caranya, pun aku tak berani nak tanya. Kenapa cara tu tak boleh dan kenapa cara ini boleh? Ada yang tau ke?

Disebabkan dah biasa, sampai sekarang pun bila aku nak hulur pisau ke gunting ke atau apa-apa benda yang tajam lah. Aku akan hulur bahagian tangkai dulu. Aku rasa, aku kena tanya mak aku lah nanti kenapa macam tu, kenapa macam ni. Aku yakin, mak takkan marah dah. Anak dia dah besar kot. Hikss.

posted from Bloggeroid

Samyang ramen yang tak HALAL



Aku bukan bijak pandai nak kata Samyang ramen korean ni halal ke tidak. Masa mula-mula mengandung, pernah juga aku terasa nak makan samyang ramen dari korea ni. Terpengaruh dari youtube. Bukan terpengaruh nak buat video juga. Tapi kepedasan samyang ramen tu yang buat aku macam kecur liur sebab aku perasan diri aku ni nak makan benda-benda pedas masa awal-awal mengandung.

Nak dijadikan cerita pula, masa mengandung tu aku masih kerja di butik. Adalah sorang staf ni. Dia pernah makan samyang ramen tu dan kata sedap. Aku pun dah macam telan liur. Tapi malas nak layankan sangat sebab aku tau Samyang ramen tu susah nak cari dekat kawasan Kota Kinabalu. Nak order online macam malas pula. Lama nak tunggu sampai.

Sebelah butik ada kedai runcit. Memandangkan waktu tu aku nak makan samyang ramen disebabkan kepedasannya. Maka aku cari alternatif lain bagi menggantikan samyang ramen itu kepada maggie kari kick yang dalam cup tu. Kami berdua pergilah kedai sebelah untuk membeli. Kawan sorang tu tengah jalan-jalan dekat kedai tu tengok-tengok barang jualan.

Sampailah dia nampak ada samyang ramen kena jual. Dia jeritlah panggil aku. Aku pun pergilah dekat dia. Kat situ ada abang yang boleh kira rapat jugalah dengan kami sebab selalu datang butik untuk isi air kangen. Abang tu nampak kawan yang sorang nak ambil samyang ramen. Dia katalah dekat kawan, "tak halal tu." Aku yang dengar abang tu kata macam tu dah cuak sebab aku memang pernah dengar ada samyang ramen yang tak halal. Aku perhati bungkusannya. Memang tak ada cop halal.

Tapi kawan tu degil. Dia tak nak dengar cakap abang tu. Boleh dia kata dekat aku, "kau ambil je. Kau kan mengandung. Makan je." Aduh. Rasa nak tepuk dahi dia pun ada. Aku, kalau dah tahu tak halal. Memang taklah aku nak. Walaupun status halalnya diragui, pun aku tak makan sebab benda dah jadi syubhah. Kawan tu buat tak peduli. Dia bawa je samyang ramen tu pergi kaunter.

Dekat kaunter, ada sorang akak ni. Pun rapat dengan kami. Lagipun anak dia staf dekat butik tu. Haa, memang kira rapatlah. Akak tu nampak kawan pegang ramen bawa ke kaunter. Dia pun cakap benda yang sama.

"Eh, tak halal tu."

Kau tengok. Akak tu pun dah cakap tak halal. Jarang tau orang yang berjual ni nak jujur dengan kita. Orang cakap supaya kita tau. Dah beruntung sangat orang nak tolong. Tak adalah dia diamkan je dan jual barang tak halal dengan orang Islam semata-mata nak kaut keuntungan. Yang kawan tu, lepas kena tegur akak dekat kaunter. Dia pun mengalah. Letak balik samyang ramen dekat rak.

Aku bersyukur gila sebab akak dan abang tu bagitau awal-awal yang samyang ramen dekat kedai dorang tu tak halal. Mati terus tekak aku nak makan samyang ramen. Takpelah. Tak dapat samyang tu aku tak mati pun. Ni yang aku bersyukur sangat. Sebab masa aku mengidam nak makan laksa tapi tak dapat. Meleleh airmata. Tapi ni tak dapat samyang ramen, aku rilek je. Takde pula rasa nak menangis ke apa.

Semoga aku dan baby dilindungi Allah s.w.t..

posted from Bloggeroid

Saturday, September 24, 2016

Seronok tak kahwin?

Dulu kan dulu lah. Sebelum kahwin. Aku ni banyak sangat terpengaruh dengan drama tv. Nak suami macam itu, nak suami macam ini. Serba serbi sempurna. Kuat sangat aku berangan dulu. Asyiklah terfikir 'bila agaknya aku kahwin ye?' Biasalah. Remaja. Tengok orang lain kahwin macam best. Post gambar berdua suami isteri alahai sweet sangat macam minta potong kaki.



Sekarang aku dah kahwin pun. Dah jadi isteri orang. Kadang macam tak percaya pun ada. 'Inikah jodoh aku?'

"Jadi, seronok tak kahwin?"

Tak perlu lah aku jawab. Sebab alam perkahwinan ni bukan untuk aku berseronok pun. Ada tanggungjawab besar yang aku kena pikul. Lebih-lebih lagi sekarang aku dah berbadan dua. Terasa makin hebat pula ujian. Padahal baru bakal nak jadi mak-mak ni.

Pada yang masih bujang, jangan kelam kabut nak kahwin. Sebab jodoh tu selalunya datang pada waktu yang kita tak pernah sangka. Macam aku. Tak sangka menamatkan zaman bujang pada usia 25 tahun. Bagi aku, kira standard lah umur ni untuk kahwin. Tak awal sangat, tak lambat sangat. Rilek je. Jadi mak-mak pun cepat. Rezeki awal. Alhamdulillah.

Alam perkahwinan ni, berbeza bagi semua orang. Ada yang seronok, ada yang tak. Seronok tu bila tengah bahagia. Tak seronok tu bila bermasam muka. Biasalah. Sedangkan lidah lagi tergigit, apatah lagi suami isteri. Aku dengan suami pun apa kurangnya. Akulah yang selalu buat hal. Tapi suami sangat penyabar. Gaduh macamana pun, masam muka macamana pun. Dia pernah ingatkan aku sebelum kahwin. Jangan pernah sebut perkataan CERAI.

Perjalanan hidup kita memang tak sama. Ada yang mudah, ada yang susah. Yang mudah, tak selamanya bahagia. Yang susah, tak selamanya derita. Perancangan Allah selalunya terbaik untuk kita. Kena yakin yang Allah lebih tahu apa yang elok untuk kita. Dia bagi senang, untuk menguji. Dia bagi susah, sebab sayang. Sangat mudah. Sebab kita ni, akhir-akhir pun. Tetap akan MATI.

Tapi percayalah. Alam perkahwinan ni bukannya mudah. Lebih-lebih lagi bila kau berkahwin bukan atas dasar cinta pada manusia. Maka, berpautlah pada dasar cinta kerana Allah. Semoga kita bahagia sehingga ke jannah ye.

Macam sedih je entri aku kali ni kan. Gila kau tak sedih. Suami outstation 4 hari, aku dah meleleh airmata. 😢
posted from Bloggeroid

Friday, September 23, 2016

Bahaya ibu mengandung makan telur separuh masak



Inilah menu yang aku makan bila otak dah tak boleh fikir nak makan apa. Makan itu, bau. Makan ini, bau. Akhirnya, telur mata lembu yang masak sepenuhnya atas dan bawah menjadi santapan. Kalau makan dengan nasi putih yang masih panas lepas tu tuang sikit kicap masin. Memang boleh buat aku lupa makanan lain.

Sebelum mengandung aku memang suka makan telur separuh masak. Tak kiralah yang goreng separuh masak ke, rebus separuh masak ke. Memang suka sangat. Bahagian kuning tu yang sedap sebenarnya. Bila makan dengan kicap masin, sebiji memang tak cukup. Kalau boleh, berbiji.

Aku masih ingat lagi pesan tukang urut dulu sebelum aku berjaya mengandung lepas berurut dengan dia. Pesannya, rajinkan diri untuk makan telur rebus. Hari-hari lagi bagus. Masa tu aku tak tanya kenapa dan tak membantah. Alaa, makan telur je kot. Bolehlah. Tapi aku tau lah telur ni mengandungi zat besi yang tinggi. Kan ibu yang mengandung ni digalakkan untuk makan makanan yang ada zat besi. Sebab tu lah kot tukang urut suruh aku makan telur je. Lagipun masa berurut dengan dia, dia memang dah detect aku ni kurang darah.

Sampai sekarang aku masih lagi makan telur. Tapi yang gorenglah. Kalau rebus, jarang sangat. Macam tak ada feel. Aku lebihkan makan telur yang masak sepenuhnya sebab aku ada baca, telur separuh masak, telur mentah atau telur goreng mata lembu ni tak elok untuk ibu mengandung.

Telur separuh masak atau telur mentah mungkin mengandungi bakteria salmonella, oleh itu lebih baik jika anda mengelak dari memakannya semasa hamil. Ini kerana, ketika hamil, sistem imun anda berubah di mana tugas utamanya kini ialah melindungi bayi dalam kandungan. Ini bermakna, anda lebih mudah mengalami keracunanan daripada bakteria salmonella.

Kita ni sebenarnya nak mengelak. Tak naklah bila dah jadi baru menggelabah tak tentu pasal. Tapi bagi aku, mungkin boleh kot makan. Cuma, dalam kuantiti yang kecil lah. Jangan pula makan tak ingat dunia. Sampai berbiji-biji telur dibantainya. Selagi dapat elak, elaklah. Kalau tekak rasa ingin sangat, bolehlah makan sikit. Doa je dengan Allah minta semoga baby sihat walafiat.


Sumber dan rujukan:

1. Baby Center. (2013 May). Adakah selamat memakan telur separuh masak atau telur mentah semasa hamil. Dipetik dari http://www.babycenter.com.my/a25006325/adakah-selamat-memakan-telur-separuh-masak-atau-telur-mentah-semasa-hamil

2. IK Tia. (2016 Sept). Hamil selepas berurut. Ini Kisah Tia; dipetik dari http://inikisahtia.blogspot.my/2016/09/hamil-selepas-berurut.html

posted from Bloggeroid

Trafik naik mendadak!

Dulu aku pernah jadi blogger sepenuh masa. Sebab masa tu menganggur. Sekarang, sejarah tu berulang lagi sebab aku dah tak kerja. Keluarga suruh berhenti sebab nak aku banyakkan berehat dan jaga dengan baik kandungan sulung aku ni.

Memandangkan aku dah duduk rumah 24 jam, adalah masa nak menghadap laptop, update blog, buat blogwalking.

Masa jadi blogger sepenuh masa dulu, agak tinggi juga trafik masa tu sebab rajin update, blogwalking, ping blog sana sini, main SEO. Tapi sekarang, walaupun dah jadi blogger sepenuh masa lagi, aku dah tak boleh segigih dulu. Tak mampu aku nak merenung laptop yang sesungguhnya mencabar kesabaran aku. Dia punya slow, memang boleh mendatangkan stress.

Jadi, aku online guna handphone je lah. Boleh heret ke mana-mana. Kalau laptop, payah lagi nak bawa ke ruang tamu, nak bawa ke sana, ke sini. Makanya, aku kurangkan penggunaan laptop. Melainkan aku dapat laptop baru yang superb laju macam dulu-dulu. Baru seronok nak online.

Aku masih lagi ikut Nuffnang ni walaupun baru-baru ni ada masalah sikit pasal cek yang aku dah cash out dari bulan 5 lagi. Takpe. Aku rilek je dulu. Belum jumpa yang lain lagi selain Nuffnang. Ada hati nak 'curang' tu.

Macam biasa, walaupun trafik aku tak adalah sepanas dulu. Tapi aku masih rajin nak check blog stats ni dekat akaun Nuffnang aku. Pagi ni aku check, terbeliak biji mata aku tengok angka yang mendadak gila naik. Apahal boleh jadi macam tu? Sebelum ni, tak ada pula. Suam-suam kuku je.

Aku cuba cari punca, tapi tak jumpa. Tapi bila ingat-ingat balik. Kelmarin aku dah mula tukar template blog. Sebab tu ke? Atau pun sebab segmen-segmen yang aku join baru-baru ni? Ye ke? Alahai. Aku pun tak tau. Tapi kan. Alangkah seronoknya kalau trafik aku makin hari makin naik. Bahagia juga rasanya.

posted from Bloggeroid

Thursday, September 22, 2016

The Flu lagi best dari Train To Busan?



Dah tengok The Flu? Aku baru je tengok movie tu. Sebenarnya nak tengok Train To Busan tapi The Flu pula yang aku hadap dulu. Takpelah. Janji best. Memang best pun. Sebab sebelum tengok, aku baca dulu review orang pasal movie ni. Ramai duk kata cerita ni best. Siap ada yang kata The Flu ni lagi best dari Train to Busan. Aku tak boleh nak kata apa lagi sebab belum tengok TTB tu.

Bagi aku, kisah The Flu ni lebih kepada mesej kasih sayang seorang ibu terhadap anak dia. Sangat menyentuh hati aku yang bakal jadi mak-mak ni. Betapalah mak dia menjaga anak dia dari menjadi mangsa kuarantin lepas dia tau anak dia tu dah kena Flu yang menggila. Aku nangis-nangis tengok movie tu sorang-sorang. Suami dah dulu terlelap.

Heroin dia memang cantik gila. Hero dia pula boleh tahanlah. Tapi, walaupun hero tak hensem mana, watak dia dalam tu yang sangat caring boleh buat aku jadi tak pandang pada rupa dah. Sweet gila okey.

Cerita bermula bila ada pendatang yang diseludup beramai-ramai untuk datang ke Korea. Mereka ni kena duduk dalam sebuah kontena yang besar. Salah seorang dari mereka pula adalah pembawa flu yang merbahaya. Sesampainya kontena tu ke Korea, ada dua orang lelaki Korea cuba membuka kontena tu untuk melepaskan pendatang yang baru tiba. Malangnya, sebaik saja kontena dibuka. Kesemua pendatang telah mati dan hanya seorang sahaja yang terselamat. Namanya Monsai. Kalau nak tahu, aku lebih ingat nama dia tau berbanding hero dan heroin dalam cerita tu.

Salah seorang dari lelaki yang buka kontenan tadi dah mula terkena flu tu tanpa dia sedar. Mereka cuba bawa Monsai balik untuk mendapatkan upah kerana telah membuka kontena berkenaan. Namun Monsai berjaya melarikan diri.

Flu tu sangat cepat merebak. Sekelip mata, rakyat Korea terkena flu tu.

Okey aku dah tak larat nak cerita habis. Tapi serius aku kata. Tengoklah. Memang best. Aku tak berganjak langsung dari laptop. Setiap babak aku tengok sebab jalan cerita memang direct to the point. Tak ada menyimpang siur. Senang nak faham cerita.

Lepas ni aku nak tengok Train to Busan pula. Ramai kata best. Best ke tak, aku kena tengok sendirilah.

posted from Bloggeroid

Posisi tidur masa mengandung



Dah mengandung ni, aku banyak cari informasi melalui google. Salah satunya, posisi tidur masa mengandung. Ini salah satu cabaran untuk ibu yang tengah hamil ye. Kalau kandungan masih kecil, bolehlah tidur melasak sikit. Tapi makin lama, bila waktu tidur je macam ada tak kena. Aku lah tu. Nak tidur selesa, tapi dalam masa yang sama aku risau juga keadaan baby dalam perut ni. Takut terhimpit ke, takut tak cukup oksigen ke. Haa, macam mana tu?

Dulu sebelum mengandung, aku suka tidur meniarap. Sebab aku pesen yang suka peluk bantal. Walaupun ada suami, masih juga nak peluk bantal okey. Tak peduli. Tapi sekarang mana boleh meniarap oi. Baby dalam perut kena himpitlah nanti.

Ada yang kata, posisi mengiring ke kiri lebih baik. Aku boleh je. Tapi kadang, tak selesa. Nak mengiring ke kanan. Ada pula yang kata bahaya. Tidur menelentang lagilah tak boleh. Aku dah start pening. Makanya, aku berlatih untuk tidur mengiring ke kiri je. Setakat ni bolehlah.

Masa balik kampung baru-baru ni, aku jumpa mak. Sempat juga aku tanya macamana nak tidur masa mengandung ni? Mak aku rilek je jawab. Tidur ikut keselesaanlah. Aku dengar mak cakap macam tu, aku terus tidur. Malas nak fikir.

Yang mana pernah alami masalah macam aku ni, kongsilah sikit. Posisi tidur yang mana aku boleh guna ni? Seriau aku nak google lebih-lebih. Nanti overload information pulak. Stress manjang kang aku.

posted from Bloggeroid

Cara makan buah delima



Kelmarin lepas balik dari temujanji ke-4 di klinik, aku singgah CKS nak beli buah. Pergilah cari kan. Aku cari buah anggur sebab nurse dah pesan banyakkan makan anggur. Boleh tambah darah. Cari punya cari, jumpalah anggur.

Dalam masa yang sama, mata aku terpandang satu buah yang macam aku pernah jumpa suatu ketika dulu. Nak tanya staf dorang, semua macam sibuk. Jadinya, aku google lah.

Buah delima, aku taip.

Buka image. Sah! Memang buah delima. Hati berbagi masa tu nak ambil ke tak sebab aku takut tak manis. Tapi sebab nak merasa, maka aku ambil juga sebiji. Pergilah timbang. Ambik kau. RM4 adalah beberapa sen untuk sebiji tu. Redha. Pergi jelah kaunter nak bayar. Yang penting, anggur dapat, buah delima pun dapat. Sengih-sengih aku masa masuk kereta tengok muka suami.

Dekat rumah, aku start makan anggur dulu. Puas hati betul sebab selalu aku dapat anggur yang masam walaupun warna merah. Kali ni aku makan memang manis. Sedap. Tak puas mengunyah sebiji. Kunyah lagi, kunyah lagi. Haa, sampailah habis. Lepas tu menangis sebab stok anggur dah tak ada. Tssk! Nanti beli lagi. Aku pujuk diri sendiri.

Malam-malam sikit baru aku kupas buah delima. Sebab suami pun dah balik dari kerja boleh kasi dia rasa sekali. Masa nak mengupas buah delima tu, aku kaku kejap. Berfikir macamana nak kupas buah ni. Last-last aku belah tengah. Masa belah tengah tu, barulah aku sedar yang aku salah potong.

Ada cara nak potong buah delima. Tu pun aku tau lepas dah selesai kupas. Dari google juga. Masa keluarkan isi buah delima masuk dalam bekas, adalah aku cicip sebiji dua. Mak oi! Masamnye. Alaaaaa. Apesal tak manis ah? Aku dah start tension. Pasal buah pun nak tension tau.

Siap keluarkan isi, aku bawa pergi ruang tamu. Kasi FIL, MIL dan suami rasa sekali. Semua komplen masam. Redha lah aku makan buah delima yang masam. Takpelah. Tak ada rezeki nak merasa yang manis.

Sebenarnya aku cuba nak ingat balik rasa buah delima ni sebab dulu masa balik kampung dekat Terengganu dah pernah makan buah ni. Memang sedap. Manis. Sampai aku minta bapa belikan lagi satu plastik dekat tamu tu. Kali ni aku makan lagi, tak manis langsung. Memang masam. Dari hasil google, mengatakan kalau rasa asam mungkin tak masak buah delima tu. Mungkinlah kot sebab aku mana pandai nak pilih.

Masa makan delima, aku perasan biji dia lagi besar dari isi. Aku dah konfius nak makan sekali dengan biji ke macamana. Rasa biji dia pun tak sedap sangat tapi masa aku google. Khasiat buah delima ni ada pada biji dia. Maka, gigihlah aku kunyah sekali dengan biji-biji buah delima tu. Kata nak khasiatnya kan.

Suami cadang suruh buat jus. Aku macam pelik. Boleh ke? Apa rasa dia kalau buat jus? Masih ada lagi baki buah delima tu dalam peti sejuk. Aku tak habis makan. Nanti-nanti lah aku makan balik. Sekarang, aku rindu nak makan buah anggur yang manis tu. Nanti nak bodek suamilah. Pergi beli.

posted from Bloggeroid

Wednesday, September 21, 2016

Demi mu suami

Bukan main lagi tajuk ye. Sastera bagai.



Tadi dalam pukul 8 macam tu, aku rasa lapar. Bukan tak ada nasi. Ada. Tapi terasa nak makan char kuey teow. Agak lama juga aku memendam hasrat tu. Hari ni dah tak boleh pendam. Nak juga.

Syukur alhamdulillah. Suami nak juga layan tekak isteri dia ni. Keluarlah kejap. Kali ni, suami ajak pergi kedai sebelah Politeknik Kota Kinabalu tu. Katanya nak mencuba. Aku tak membantah asalkan dapat makan.

Sampai je rumah, aku dah tak tahan. Terus bantai. Ngap satu sudu, alahai. Terus rasa kecewa. Rasa dia tak macam yang aku bayangkan. Bukan tak sedap. Sedap sebab adik ipar aku makan rilek je. Suami pun makan senyap tak komen apa-apa.

Tapi aku ni je. Tak kena selera. Char kuey teow dia tak boleh nak lawan satu lagi warung yang aku dah pergi masa mula-mula tu. Dekat situ memang sedap. Udang besar-besar. Manis pula tu. Memang sedap! Itu selera aku.

Takpelah. Suami kata, esok je pergi balik warung yang aku nak tu. Senyum melebarlah aku jawabnya.

Dah kenyang makan semua. Suami minta pula buatkan ais lemon. Eh maksud aku, air lemon tapi letak ais. Alahai. Aku pun dah kenyang masa tu. Macam rasa malas nak buat. Kalau ikut hati, memang tak nak aku buat.

Tapi jauh di sudut hati, tetiba aku jadi sayu. Suami dah penuhi permintaan aku, sanggup drive keluar semata-mata nak layankan tekak aku. Takkan aku pula yang tak boleh nak penuhi permintaan suami yang kecil tu.

Cepat-cepat aku buat sambil nangis-nangis potong buah lemon. Okey, itu tipu.

Sebab tu lah, apa benda sekalipun. Harus ada give and take. Memberi dan menerima. Kalau kita dah menerima, kenalah juga memberi. Jangan asyik nak menerima je. Tu pentingkan diri namanya. Belajar untuk memberi supaya kita senang untuk menerima.
posted from Bloggeroid

Temujanji 4 : Membazir darah aku

Entri sebelum ini, Temujanji 3 : Doktor kata kembar?



Mengikut apa yang nurse tulis dalam buku, kandungan dah masuk 14 minggu 3 hari. Tak sangka dah 4 kali ulang alik ke klinik ye. Memenatkan juga. Tapi demi baby, kena gagahkan diri. Kalau ada yang pelik kenapa aku 'rajin' datang klinik, sebabnya HB aku low gila-gila. Bukan 10, bukan 9, bukan 8. Tapi 7 ye. So, haruslah dalam pemantauan.

Hari ni kali ke-4 aku ke klinik. Macam biasalah. Check darah, check air kencing, timbang berat badan, check tekanan darah, check perut. Bukan kejap ye. Start pukul 9 pagi. Selesainya pukul 12 tengahari.

Sampai je klinik tadi, aku dah tau nak buat apa. Nurse dah pesan awal-awal, lepas letak buku dekat kaunter terus pergi hantar borang untuk ambil darah. Siap ambil darah, tunggulah kena panggil nurse.

Masa ni memang lama gila nak tunggu. Aku dah sampai terhangguk-hangguk atas kerusi sebab mengantuk. Haa, padanlah muka kan. Lambat lagi tidur. Zzzz.

Dah sampai giliran aku, masuklah jumpa nurse. Masa ni aku memang dah siap-siap bawa air kencing. Kalau tak, kena sound lagi macam sebelum ni. Tak nak aku. Makanya, bawalah masuk sekali jumpa nurse. Takde apapun. Nurse cuma masukkan strip dalam bekas urine tu, tengok kejap lepas tu dia kata okey. Okey maksudnya tak ada masalah kan.

Dah check urine, nurse check pula tekanan darah. Pun okey. Haa, masa ni aku dah mula nervous sebab aku tak tau HB ada makin naik ke atau macamana. Tapi last-last nurse cakap mesin check darah rosak. Jadi, tak dapat ambil darah hari ni. Dan aku pula dalam hati dah 'hahhhh???!!' Habis yang nurse dah cucuk tadi tu apa? Huuuu. Membazir darah je lah aku hari ni.

Okey redha. Kan dah biasa kena jarum. Nurse suruh naik atas katil. Dia tekan-tekan perut aku. Lepas tu cakap, "haa ni ada ni." Aku tak faham tapi tak berani nak tanya. Jadi biarkan je. Yang penting semuanya okey. Aku okey.

Dah turun dari katil, pergi balik meja nurse. Dia bagi tarikh untuk temujanji seterusnya. Masa tu kena jumpa doktor terus untuk scan baby. Ya Allah. Tak menyabar aku tau. So, kena tunggulah next appointment ye.

posted from Bloggeroid

Tuesday, September 20, 2016

Pau Cendawan yang Viral masuk TV1

Saya ni boleh dikatakan suka juga makan kuih pau. Dulu-dulu suka makan kuih pau yang mak sendiri buat. Gebu gebas. Inti pun puas hati. Mak tak kedekut letak inti. Tapi tu dululah masa di zaman mak sibuk jual kuih. Sekarang dah pencen. Kalau nak merasa makan kuih mak, kena request lah.


(Sumber dari Google)

Tadi tengok tv1, ada pula selit pasal Pau Cendawan yang dah viral dan jadi sebutan tu. Tekak macam nak merasa keenakkannya bila dengar feedback dari pelanggan yang asyik kata sedap. Tapi lokasi jualan pau tu terlalu jauhlah. Kena naik flight dan seberang lautan dulu baru boleh dapat.

Harga yang ditawarkan, memang boleh tahan. Sebiji pau cendawan dijual dengan harga RM3.50. Kalau beli 3 biji pau, dapatlah harga RM10.

Saya dengar, pau cendawan ni bukan saja dijual yang dah siap masak. Tapi juga dijual yang sejuk beku punya. Bila nak makan, keluarkan je dari peti sejuk dan kukus. Boleh makan panas-panas.

Lepas tengok dari tv, saya cuba google pasal pau cendawan yang popular ni. Tak sangka ada juga yang bagi resepi cara untuk masak pau cendawan ni ye. Tapi tak tahulah rasa macamana sebab saya sendiri pun belum mencuba lagi. InsyaAllah akan datang.

Tak boleh sembang banyak-banyak pasal pau ni. Kang, tak memasal kena terbang ke Semenanjung untuk pau cendawan ni je.

posted from Bloggeroid

Monday, September 19, 2016

Resepi Sambal Tumis Terung Mudah



Hari ni saya nak berkongsi dengan anda satu resepi mudah tapi sangat sedap untuk dimakan. Bila buka peti sejuk, nampak sayur terung. Teringin pula nak makan Sambal Tumis Terung. Bahan-bahan pun ada. Okey jom saya tunjukkan bersama gambar yang sempat saya ambil semasa memasak.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

Terung panjang 2 batang
Bawang merah 3 ulas
Bawang putih 3 ulas (saya tak pakai kali ni)
Satu sudu udang kering (rendamkan)
Cili kering yang telah dikisar
Air asam jawa
Belacan
Garam
Serbuk perasa
Gula biasa

Cara-cara untuk memasak:



1. Potong terung kecil-kecil. Kalau saya, lebih suka kecil-kecil. Senang nak goreng, senang nak makan.






2. Panaskan kuali yang telah dituangkan minyak untuk menggoreng terung tadi. Bila minyak dah panas, boleh mula menggoreng terung. Terung ni nak masak ikutlah. Ada yang goreng separuh masak. Kalau saya, goreng biar sampai terung bertukar warna.




3. Selepas selesai menggoreng, alihkan terung dulu. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan udang kering yang telah menjadi lembut selepas direndam tadi. Tidak perlu tumbuk sehingga lumat.




4. Panaskan sekali lagi kuali bersama sedikit minyak untuk menumis. Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi ke dalam kuali dan mula menumis sehingga keluar bau.




5. Bila bawang sudah bertukar menjadi kekuningan, masukkan cili kisar ke dalam kuali. Teruskan menggaul bahan-bahan tadi.




6. Bila cili kisar tadi sudah pecah minyak, masukkan sedikit air asam jawa dan gaul semula. Tidak perlu lama. Sekejap sahaja. Ambil belacan dan ramaskan bersama sedikit air supaya belacan kasar tadi akan hancur dalam air. Kemudian masukkan ke dalam kuali. Kacau lagi. Letakkan sedikit gula, garam, dan serbuk perasa.




7. Jika sudah berpuas hati dengan rasa sambal anda, matikan api dan masukkan terung yang telah digoreng tadi. Gaulkan bersama sekejap.




8. Bila sudah siap, hidangkan panas-panas bersama nasi putih. Memang membangkitkan selera.

Mula-mula saya masak sikit je. Bila adik ipar dah join sekali makan, berselera betul dia. Sampai licin mangkuk siap bertambah nasi dua kali lagi. Saya pun biarkan je dia makan walaupun saya sendiri tak kenyang lagi.

Lepas dia dah pergi kerja, saya mula masak balik sambal tumis terung tu. Alhamdulillah. Kali ni kenyang. Nasi saya pun agak menggunung. Apa taknya. Ada ikan masin dari Kota Belud yang mereka panggil Liking. Memang tambah berseleralah saya jawabnya.

Selamat mencuba 😊

posted from Bloggeroid

Friday, September 16, 2016

SEGMEN: BLOGLIST 3 BULAN BERSAMA ELSA

KLIK SINI

Sedang merajinkan diri menyertai segmen para blogger. Nak join juga, sila klik di atas ye.
posted from Bloggeroid

Thursday, September 15, 2016

Hamil selepas berurut

PERINGATAN : Untuk pengetahuan pembaca, tukang urut yang telah mengurut saya sebelum ini berasal dari Sandakan, Sabah. Jadi, jika ada yang benar-benar memerlukan perkhidmatannya. Boleh tinggalkan emel di ruangan komen. Terima kasih.

Sebelum aku nak buat entri ni, adalah aku google sikit nak tengok ada tak yang 'sekapal' dengan aku. Lepas google, ya memang ada. Dapat hamil selepas berikhtiar pergi berurut. Wah! Berurut je dah boleh mengandung? Betul ke kalau berurut comfirm hamil? Haa, ni kena betulkan sikit cara pemikiran tu.

Pergi berurut tu tak semestinya comfirm akan hamil. Bagi aku, berurut ni adalah salah satu usaha dan ikhtiar pasangan untuk mendapatkan zuriat. Samalah macam usaha pergi jumpa doktor untuk cari punca kenapa masih belum mengandung walaupun dah bertahun kahwin. Dan sama juga macam usaha makan pelbagai jenis makanan tambahan atau supplement semata-mata untuk dapatkan zuriat.

Itu semua hanya usaha kita sebagai hamba Allah yang lemah. Selebihnya, cuma Allah yang boleh tentukan samada Dia nak bagi atau tidak. Kan kita dah diajar untuk berusaha. Kemudian berdoa dan mintalah hanya pada Dia. Serahkan pada Allah untuk berikan yang mana baik untuk kita. Dan akhir sekali, kenalah redha dengan ketentuan Allah. Jangan pula mentang-mentang dah usaha sampai menyeberang laut china selatan lepas tu tak dapat apa yang dihajati, mula salahkan takdir.

Memang perkara biasa dalam hidup kita.

Kalau belum kahwin, "kau bila lagi nak kahwin?"

Lepas dah kahwin, "dah berisi ke?"

Dah beranak satu, "bila nak tambah lagi ni?

Mulut manusia. Takkan pernah berhenti untuk menyoal itu ini. Tapi kita pun manusia biasa, kadang memang boleh rasa down dengan soalan-soalan macam tu.

Kisahnya bermula bila mak bagitau kawan satu sekolah aku dulu dah mengandung. Masa tu aku tak ingat, dah berapa bulan aku sah jadi isteri. Mak aku cerita, kawan aku tu mengandung lepas dia pergi berurut dengan sorang tukang urut ni. Berurut sekali je, tau-tau dah lekat. Masalah peranakan katanya. Tak hairan sangat kot sebab kawan aku tu aktif gila bersukan masa bujang. Lompat sana, lompat sini. Kot lah ada kaitan dengan aktiviti dia masa bujang tu kan. Masa tu aku malas nak ambil tahu sangat sebab rasa macam masih awal kot.

Tapi, bila aku balik kampung je. Mesti ada saudara yang tanya. "Dah ada ke? Dah berisi ke?"

Sekali dua, kau bolehlah terima. Tapi kalau dah tiap kali kau balik kampung, dapat soalan yang sama. Rasa macam lainlah pula kan. Aku tak marah. Sedih pun tak sebab aku tau belum masanya lagi Allah nak bagi.

Lagipun, aku kahwin dengan suami tak sampai setahun. Nak menggelabah apa belum mengandung. Honeymoon pun tak pergi lagi tau. Sedih mak.

Mengikut sejarah kedua-dua belah keluarga, alhamdulillah memang tak ada masalah. Serba ramai semua terutama sekali keluarga sebelah mak. Adik beradik mak memang ramai. Siap ada kembar tau. Tapi dah meninggal dan aku sendiri tak pernah jumpa. Dalam keluarga aku sendiri, termasuk aku, kitorang ada 7 orang adik beradik. Tak campur yang gugur lagi. Haa, ramai tak ramai.

Cuma tu lah. Diri aku sendiri. Aku macam rasa aku sakit tapi tak pula pergi buat check up ke apa kan. Satu bendalah yang aku pasti gila dengan diri aku ni. Kurang darah merah! Aku ulang, kurang darah merah ye. Sebab orang sekeliling asyik cakap aku pucat memanjang. Tapi tak pernah pula aku pengsan ke, pitam ke. Tak pernah. Aku assume, darah dalam badan aku ni cukup-cukup untuk diri aku je.

Jadi, sebelum kahwin dan lepas kahwin tu aku asyik rasa aku tak normal macam perempuan lain. Bukan minta-minta tapi aku macam rasa aku susah nak mengandung. Tapi aku tak layankan sangat perasaan tu. Buat tak tau je.

Adalah aku bagitau mak aku pasal yang orang asyik tanya aku dah mengandung ke belum. Mak aku bagilah kata-kata semangat kata sabar je. Mungkin Allah tengah uji. Aku pun iye kan jelah. Kang membantah, derhaka pulak. Lepas tu, mak aku cadangkan untuk cuba berurut dengan tukang urut yang dah pernah urut kawan aku tu. Yang tu, aku tak iye kan terus. Ajak bincang dengan suami.

Maka, berbincanglah aku dengan suami. Mula-mula dia banyak soal juga. Takut memudaratkan diri aku. Tapi last-last dia cakap apa salahnya mencuba. Lagipun, mak aku sendiri yang cadangkan. Manatau ada hasil. Lepas tu pula, aku cuba nak minta pendapat keluarga belah suami. Dan keputusannya mengecewakan.

Nenek belah suami kata tak payahlah pergi berurut. Takut ada isi. Aku terus diam tak jawab apa-apa. Padahal aku tau, masa tu aku baru je bersih dari period. Belum bersama suami pun. Macamana nak ada baby. Okey aku diam. Tak nak besarkan isu. Bincang balik dengan suami. Bincang punya bincang, akhirnya aku ikut kata suami. Ini kan masalah kami. Bukan nak sisihkan keluarga. Tapi nak berusaha. Maka keputusannya, suami bagi aku berurut.

Masa ni, bulan puasa. Kalau aku tak silap, hari ke-20 berpuasa. Last period aku, hari pertama jatuh pada 13/06/2016. Tarikh aku berurut 26/06/2016. Lepas bersih dari period tu sampailah hari aku berurut, memang tak ada bersama suami. Jadi boleh nampaklah peluang nak mengandung tu tak ada kan.

Cerita masa hari berurut pula. Yang aku tau, kalau nak berurut. Kita yang pergi rumah tukang urut tu kan. Tapi yang ni, tukang urut tu yang datang ke rumah. Lagi senang rasanya. Selesa pula tu sebab berurut dekat rumah sendiri. Masa tukang urut tu sampai, mak bawa masuk ke bilik. Adik-adik kecik semua kena suruh keluar. Yang tinggal, aku, mak aku dengan tukang urut tu je. Oh lupa. Suami aku masa tu tak ada sebab dia ada urusan dekat luar.

Sebelum berurut, mak aku bagitaulah dekat tukang urut tu yang aku dah kahwin hampir 5 bulan tapi masih belum mengandung. Lepas dah tau cerita, tukang urut tu suruh aku duduk atas kerusi dan letak bantal dekat bahagian belakang supaya selesa. Dia mula urut bahagian kaki aku. Mula-mula aku tak rasa sakit dia. Makin lama, makin sakit oi! Dah tergeliat macam cacing kepanasan aku nak menahan sakitnya.

Sambil urut kaki, tukang urut tu ada cakap-cakap pasal masalah dalaman aku. Itu ini. Ada betulnya. Sampailah part dia cakap aku ni kurang darah. Haaa kan betul apa aku syak selama ni. Aku kurang darah. Tukang urut tu tak suruh aku makan benda asam macam mangga sementara waktu. Kira berpantanglah. Lebihkan makan telur rebus. Tak makan yang putih pun takpe. Makan yang kuning tu. Rajin minum air ribena. Kena amalkan hari-hari sebab nak mengandung tak boleh kurang darah.

Sambil menahan sakit, aku dengarlah apa yang tukang urut tu cakap. Macam-macam cerita juga aku dengar. Tapi aku macam dengar tak dengar je. Sebab sakit okey dia urut dekat kaki aku tu. Rasa macam nak menendang kot sebab sakit. Mak aku dah gelak. Sakit sikit je katanya. Nanti dah mengandung, macam-macam lagi sakitnya yang aku kena tanggung. Baiklah. Sempat lagi mak aku bersyarah.

Selesai urut kaki, aku diminta untuk baring. Tukang urut tu tekan-tekan sikit perut aku. Dia cakaplah aku ada masalah peranakan. Peranakan tak kembang kalau aku tak silap. Adoi. Dah lupa-lupa. Mulalah dia urut. Urut dekat perut, aku tak rasa sakit macam masa dia urut dekat kaki. Lepas siap urut perut, katanya nak aku bertangas. Tapi disebabkan aku kurang darah, dia tak bagi.

Aku nampak dia ambil tuala sederhana kecil, dia letak sesuatu yang aku tak pasti apa benda. Tapi bau dia aku kenal. Bau-bau kunyit, halia. Lebih kuranglah. Warna kuning. Sahlah kunyit kan. Kena tumbuk lumat dengan beberapa lagi bahan. Lepas tu dia letak atas perut aku. Kena biarkan dalam satu jam atau dua jam baru boleh alihkan. Pakai balik-balik sampai bahan-bahan tu kering sendiri. Lepas dah pakai, boleh simpan dalam peti sejuk. Bukan freezer. Bila nak pakai, keluarkan dan biarkan sekejap baru letak atas perut.

Sebelum balik, tukang urut tu bagi mak aku daun-daun yang aku tak tau apa nama dia. Keesokkannya, aku kena rebus air daun tu dan buat air mandian. Dah selesai semua, sebelum tukang urut tu balik hulurlah duit macam yang dah dijanjikan sebelumnya. Aku memang dah sedia maklum ada bayaran sebanyak RM60. Suami kata, tak apa. Kita berubat kan.

Esok paginya, aku rebus daun-daun tu. Harum semerbak satu rumah bila dah mendidih. Bau ala-ala herba. Aku lupa tanya semalam. Nak mandi sekali dengan daun ke atau air rebusan je? Mak aku kata, mandi je dengan daun tu. Bukannya kotor pun. Okey baiklah. Masa air panas tu aku tuang dalam baldi, tanya mak lagi. Nak tambah air lagi ke. Dasar anak mak. Semua benda nak tanya kan. Mak kata tambah sikit je. Gile nak mandi guna air panas yang baru mendidih tu? Aku tambahlah air sikit dan start mandi. Best okey mandi pakai air tu. Bau dia wangi. Suam pula tu. Slow-slow je aku mandi takut air habis. Boleh pulak macam tu?

Sebenarnya kalau aku boleh bertangas semalam, tak payah dah nak mandi-mandi air daun ni semua. Tapi memandangkan aku kurang darah, tukang urut tak bagi bertangas dan gantikan mandi air rebusan daun je. Mungkin kalau bertangas, lagi cepat kot kesannya sebab kawan aku tu dapat bertangas. Takpe, takpe. Kita usaha mana yang boleh okey.

Dah siap mandi air rebusan daun, aku keluarkan tuala yang berisi kunyit dari peti sejuk. Biarkan kejap dan letak atas perut. Santai gila kot aku masa tu sampai tertidur nak menunggu satu jam. Er, lebih sejam aku rasa. 😂 Berulang kali aku buat benda yang sama. Kecuali air mandian tu lah. Sekali je buat. Yang nak letak atas perut tu buat banyak kali. Ada dalam dua harilah aku sempat buat.

Sesi berurut dan mandian dah selesai. Ada perubahan yang aku dapat rasa. Bahagian perut aku macam ada rasa denyutan. Aku bagitau mak. Mak kata, peranakan aku dah aktif lah tu. Okey dah tak risau. Maka, aku menjalani hari-hari seperti biasa dan bersama suami juga seperti biasa.

Sepatutnya, mengikut apps kalendar yang aku download dari Play Store. Tarikh period aku yang seterusnya jatuh pada 07/07/2016. Tapi tak. No bleeding, no spot. Nothing. Aku tak syak apa-apa. Mungkin period aku dah tak teratur kot. Jadi, aku biarkan je. Sebab masa bulan pertama aku kahwin, pun pernah lewat 6 hari. Ingat pregnant lah konon. Tapi hari ke-7, dah merembes dengan jayanya.

Aku buat tak taulah. Tapi masuk hari ke-7 aku lewat period, gelojoh okey buat UPT. Kot lah betul-betul ada kan. Last-last, nan hado. Negatif. Satu line je. Baiklah mak redha belum ada rezeki. Masuk lewat dua minggu, mula rasa pelik. Tak pernah aku lewat macam ni. Nak cakap mengandung, susah juga sebab aku tak ada rasa mual, muntah, pitam, nothing. Tak ada. Pening sikitlah. Tapi aku agak mungkin penat kerja atau tak cukup tidur.

Bila period dah lewat sampai 2 minggu 5 hari, aku dah seriau. Kalau pun aku tak mengandung, takpe. Aku redha. Jangan je aku ada penyakit lain. Aku risau gila okey. Suami pula ingat kesan aku berurut hari tu. Tak pula aku membantah, tak juga mengiyakan. Pagi tu aku ajak suami pergi klinik nak check aku ni dah kenapa? Lewat period tapi tak juga mengandung. Tapi sebelum ke klinik, aku nak cuba-cuba buat UPT.

Masuk bilik air, buat apa yang patut. Masa tengah keluarkan UPT dari packaging, aku dah siap-siap cakap dalam hati. Kalau tak ada rezeki juga, tak apalah. Berhati-hati aku buat okey. Step by step. Debaran bermula masa nak menunggu keputusan tu. Slow-slow naik. Bila muncul dua line yang jelas sejelasnya, aku buka mata besar-besar. Tengok balik kotak UPT tu untuk sahkan. Betul!! Dua line maksudnya POSITIF. Positif maksudnya, MENGANDUNG! Aku mengandung. Ya Allah. Menggeletar satu badan aku. Aku mengandung ke? Macam masih tak percaya.

Keluar dari bilik air, terketar-ketar aku bagitau suami aku mengandung. Suami pun dapat cakap alhamdulillah je. Macam dah tak terkata dia. Tak sangka nak jadi bapa lah tu. Pagi tu juga kami ke klinik untuk buat pengesahan. Alhamdulillah. Aku betul-betul dah mengandung.

Itulah kisahnya. Semuanya memang rahsia Allah. Kita tak dapat nak jangka. Yang penting. Berusaha, berdoa, tawakal dan redha.
posted from Bloggeroid

Tuesday, September 13, 2016

Perut orang mengandung 3 bulan

Ini tahun pertama aku beraya sebagai isteri. Kalau aidilfitri hari tu aku ikut suami, aidiladha ni pula suami yang ikut aku. Untuk raya haji ni, aku dan suami beraya di Kota Belud. Kampung mak aku.

Seronok juga sebab dapat berkumpul dengan keluarga. Rindu lah katakan.

Masa buat persiapan untuk hari raya korban ni, rajin pula aku ke dapur. Basuh pinggan, lap daun palas, bersihkan dapur. Mungkin sebab dah masuk trimester kedua kot. Rasa malas tu dah makin kurang.

Macam biasa. Tak kira pagi raya aidilfitri ke, aidiladha ke. Ziarah kubur tak pernah tak buat. Sebab tahun ni, mak aku kehilangan kakak sulung dia. Kira mak cik akulah. Arwah dikuburkan di tempat yang sama arwah nenek dikebumikan. Jadi, boleh ziarah kubur nenek sekali.

Sebelum ke kubur, adik perempuan aku yang dekat Sarawak mengada suruh mak aku snap gambar aku. Nak tengok perut aku katanya. Baru tiga bulan kot. Tak adalah besar sangat. Tapi aku dah dapat rasa perubahan saiz perut aku ni. Agak tersembul keluar jugalah.



Tu hasil candid mak aku yang tak berapa nak jadi. Sebab dah tak sempat. Kan nak ke kubur. Mak aku tak dapat ikut. Beriya dia snap gambar aku dari tingkap rumah nak ambik part perut. Tapi jangankan perut, muka aku pun tak nampak. Dah kelam kabut nak jalan.

Selamat hari raya aidiladha anak mama kat dalam perut.

posted from Bloggeroid

Saturday, September 10, 2016

Delete blog?

Aku dah bersama blog ni semenjak tahun 2011 lagi. Sekarang dah masuk 2016 dan aku masih gigih berblog.

Jujurlah. Beberapa tahun aku berblog, dah macam-macam sangat aku lalui. Kalau sebut dekat sini pun, rasa macam tak elok. Jadi, biarlah aku peram. Yang mana tahu tu, tahulah. Yang mana tak tak tahu, dan ingin tahu. Pun tak perlulah. Sebab aku pun dah malas nak pandang belakang.

Pernah juga beberapa kali, kerap kali, acapkali, aku nak delete blog ni. Alasan? Nak tutup cerita lama, buka cerita baru. Tapi bila aku fikir balik, renung skrin laptop lama-lama. Tiba-tiba rasa sayu. Jatuh bangun aku, banyak bersama blog ni. Jadi, bila nak buat keputusan untuk delete tu. Alangkah sayangnya aku rasa.

Jadi, jalan paling baik yang aku patut ambil ialah luangkan masa dan check balik entri lama. Jangan delete blog, tapi delete entri. Tu pendapat aku lah. Terutama untuk penulis tegar macam aku ni. Bila tak menulis, rasa macam nak meroyan pun ada.

Kalau nak ikut, ada juga beberapa blog yang aku pernah buat. Lebih dari 5. Konon nak jadi penulis tak bernama. Phuik. Konon lah kan. Tapi last-last, stay juga dengan blog Ini Kisah Tia. Kau tengok betapa aku lebih pentingkan blog asal ni.

Perkara biasalah bila ada masa-masanya kita post entri yang tak sepatutnya. Aku mengaku benda tu sebab aku pun pernah buat hal yang sama. Dah berapa banyak entri aku delete. Tapi aku cuba usaha untuk tak delete blog. Sayang kot.

Sekarang aku dah mengandung, nak juga buat entri khas untuk anak aku. Jadi bila dia dah besar nanti, dapat juga dia baca coretan mama dia ni. Sebab, bila aku buat reasearch sendiri. Aku dapati, post entri dekat blog lagi macam seronok sikit.

Dah okeylah, aku nak balik kampung hari ni. Isnin hari raya Aidiladha, jadi nak balik kampung jumpa keluarga. Selamat hari raya adiladha awaks semuaaaa 😊

posted from Bloggeroid

Thursday, September 8, 2016

Segmen Bloglist Ayuinsyirah Tahun 2016

http://www.ayuinsyirah.my/2016/08/segmen-bloglist-ayuinsyirah-tahun-2016.html

Aku suka join segmen macam ni. Sebab segmen macam ni bukan cuma menguntungkan sebelah pihak, tapi kedua-dua pihak. Dia untung, kita untung. Untung yang macamana, terserah pada pandangan masing-masing.

So, saya join segmen ni ye 😘
posted from Bloggeroid

Temujanji 3 : Doktor kata kembar?

Entri sebelum ini, 'Temujanji 1 : Darah dah naik sikit'

Kelmarin appointment aku yang ketiga. Memandangkan darah aku rendah, so nurse jadualkan appointment aku dua kali sebulan. Maknanya, setiap dua minggu aku kena datang klinik untuk ambil darah dan check air kencing.

Aku dah pun buat ujian Talasemia dan alhamdulillah doktor cakap aku tak ada penyakit tu. Sebenarnya, aku ni lebih kepada kurang zat besi. Tu pasal darah rendah semacam. Talasemia test, done.

Lepas check darah, okey baiklah. Dari temujanji sebelum ni, darah aku dah naik 8.2 dan tadi lepas check ada kenaikan sikit lagi 8.7. Tapi tu pun masih belum cantik. Aku tau kenapa. Aku banyak kali skip makan ubat yang dibagi. Sumpah aku tak tahan bau ubat tu. Even lepas aku dah telan, bau dia macam naik balik menusuk hidung aku. Ni pun aku tengah cerita, meremang bulu roma.



Imbas balik pasal Iberet Folic. Masa mula-mula aku makan, habis semua isi perut aku keluar. Ye, aku muntah. Aku makan ubat tu awal pagi. Masa perut tengah kosong. Lepas telan ubat, tak boleh makan apa-apa selama dua jam. Habis masa dua jam, baru aku sarapan.

Masa tu aku dah start mual sebab bau ubat dah mula naik. Tapi aku buat tak layan. Tengah syok basuh pinggan lepas makan, aku berlari masuk bilik air. Uwek, uwek! Habis muntah. Kosong balik perut aku. Aku dah nak nangis masa tu sebab habis semua keluar dari tekak. Sakit, pedih, tak selesa. Hmm.

Kalau ikutkan, aku ni memang jenis yang tak makan ubat. Demam sikit pun, aku tak ambil panadol. Lepas siap keluar habis isi perut tu, aku rehat kejap.

Since perut dah kosong, kejap je aku mula lapar balik. Masa ni, selera makan aku dah membuak. Nak makan itu, nak makan ini. Habis aku bantai. Suami suruh slow. Takut muntah lagi. Aku tak dengar. Main belasah je. Alhamdulillah dah tak muntah.

Esoknya, aku cuba makan ubat tu lagi. Pagi-pagi juga sebab yelah baru bangun kan. Perut masih kosong. Aku mula dengan makan buah oren dulu sebagai pembuka. Dah rasa-rasa manis masam buah oren dalam mulut, aku telan laju-lajut Iberet Folic tu. Terus minum air kosong cepat-cepat lepas tu makan baki buah oren yang masih ada sampai habis.

Alhamdulillah. Masa nak makan sarapan tu, macam ada okey sikitlah. Tapi lepas tu aku ada muntah sikit juga. Sikit je. Muntah ngade-ngade. Then okey.

Hari ketiga, aku makan juga Iberet Folic tu dengan buah oren. Syukur dah tak ada muntah. Cara aku telan ubat tu pun main tutup hidung. Konon tak adalah bau. Tapi bila sendawa sikit sebab kenyang minum air, bau ubat tu ikut sekali. Sumpah bau. Aku tak tipu.

Tamat imbas kembali.

Selesai je check air kencing, dapat keputusan darah. Nurse nak aku jumpa doktor. Alhamdulillah kali ni aku dapat doktor perempuan. Peramah dan baik pula tu. Senang hati aku nak berkomunikasi.

Doktor tanya, pernah tak scan dekat klinik tu? Aku jawablah tak pernah. Doktor macam terkejut. Tapi aku tak pasti kenapa. Dah cakap sikit-sikit, doktor suruh aku masuk tempat yang kena tutup pakai langsir. Macam bilik, tapi bukan sebab takde pintu. So, aku assume tempat tertutup jelah ye.



Dah masuk, aku baringlah. Doktor nak scan. Haa, part scan ni yang best. Sembang banyak dengan doktor. Mula-mula tu, aku tak syak pun yang aku akan di scan. Ingatkan check biasa dan nak cuci telinga aku pasal darah rendah. Rupanya, nak scan since kandungan aku dah masuk 3 bulan.

Masa sesi tonyoh-menonyoh perut tu, aku macam rasa tak best lah pulak sebab monitor tu dekat tepi aku je tapi doktor tak pusing bagi aku tengok sekali. So, tak ada pilihan. Aku merenung siling ataslah jawabnya.

Tengah doktor scan tu, tiba-tiba dia boleh cakap "anak mama kembarlah."

And i was like, "hahhhhhh????!!!" tapi tak bersuaralah. Dalam hati je.

Lepas tu doktor tu panggil kawan dia. Siti aku dengar.

"Kau tengok ni. Kembar kan. Bla, bla, blaaa."

Baiklah. 'Bla bla' tu maksud, aku tak faham dah ayat yang keluar dari mulut doktor-doktor tu. Separate entah apa benda. The end, doktor cakap ada dua kantung tapi yang satu tu kosong. Tapi cara doktor cakap seolah-olah tak pasti sebab dia masih scan perut aku macam cari sesuatu.

"Yang satu ni macam twins tak jadi. Samada tak jadi atau kena tindih dengan yang satu lagi," kata doktor.

Masa ni perasaan aku sangat lain. Kembar? Ya Allah. Syukur. Tapi dalam masa yang sama, aku sedih bila doktor cakap kembar tak jadi. Maksudnya, ada satu je yang survive. Yang satu lagi tak jadi. Dalam tengah gembira dapat berita aku mengandung kembar, hati aku dipukul hiba juga sebab yang kembar satu tak jadi.

Hati ibu mana tak gembira kan bila tau dia mengandung anak kembar. Tapi, aku redha dengan apa yang berlaku.

"Tapi anak saya yang satu lagi sihat kan doktor?" soal aku. Takpelah. Aku tak boleh paksa. Dah Allah nak ambil kan. Dapat pinjam sekejap pun, aku dah cukup bahagia. Bahagia sangat.

"Ya. Yang ni sihat. Tengok jantung dia."

Kali ni monitor dah dipusingkan sikit ke arah aku. Memang jelas. Aku nampak bentuk baby. Kepala dia. Badan dia. Bila aku tengok, ya Allah. Sangat sempurna di mata aku. Hebat betul kuasa Allah.

"Sebulan akan datang, kita jumpa lagi dan scan balik okey."

Aku iyekan aje. Tapi sebenarnya masih terkejut dengan berita tadi dan dalam masa yang sama. Aku masih berharap semoga ada keajaiban Allah akan bagi. So, next appointment aku pada 21/09/2016 untuk jumpa nurse dan 6/10/2016 jam 2 petang untuk jumpa doktor.

May Allah ease everything. Doakan ibu dan anak ye.

posted from Bloggeroid