Wednesday, January 25, 2017

Uber-Men deodorant untuk lelaki

Assalamualaikum.

Baru-baru ni ada keluar shopping barang baby sikit. Tapi dah alang-alang tu, i suh lah husband beli deodoran dia sekali sebab deodoran lama dia ghaib entah ke mana.

I suh beli tu bukannya sebab husband ada problem dengan bau badan ke apa. Husband i memang pembersih even badan dia jenis berisi. Tapi i lagi prefer dia pakai wangi-wangian sebab dia pun kerja dekat opis kan. Kengkawan terhidu pun, adelah bau-bau smart sikit.


Ada banyak jenis. And sebelum ni pun husband pakai jenama Nivea Men which is okay juga still wangi bahkan i boleh tau husband pakai ke idok deodorannya tu. Tapi kali ni i nak husband try Uber-Men laksss. Untuk Uber-Men ni ada banyak. I tak berapa nak ingat sume. Setiap satu ada tester and i hidu sume. Tapi dalam banyak-banyak tu, i lagi suka yang STYLE. Bau dia tak keras and just nice bila i terhidu. Husband pun sukaaa. Sebab tak sakit hidung katanya. Woahooo. Citarasa laki bini sama wei.


Husband i memang camtuh. Salu kalau weols shopping barang dia, nak juga soh i tolong pilihkan. Dulu pun masa tunang nak cari barang hantaran dia which is baju kemeja nak p kerja and seluar slack, pon suh i tolong padahal mak dia ada masa tuh. Hahahaaa.

Kalau yang deodorant ni, i think i shud tolong pilihkan jugaklah sebabnya i yang akan hari-hari duk ngadap dia. Husband wangi, i pon sukeee. Gitteww.


posted from Bloggeroid

Tak sabar atau tak ada jodoh?

Assalamualaikum.

I pernahlah korek-korek citer dari husband lepas dah kahwin ni. Sajelah nak tau kan even sebenarnya tak elok kalau i buat. So, apa i buat? Tak buat apapun. Tanye jew. I tanya husband soalan cenggini,

"Sebelum kite kahwin, you ada girlfriend tak?"

Husband rilek je jawab.

"Mana ada,"

And you know lah girls ni kan. Actually dia dah tau benda tu tapi still jugak nak tanya-tanya. Selagi tak dengar sendiri apa yang dia nak dengar, selagi tu dia akan mendesak. Macam i. Hahahahhaa.

I balas lagi.

"Eleh, you tipu. Mustahil you takde bercinta dengan orang lain sebelum kita kahwin. Alaa, gtaw je. I tak marah ponnnn."

The words "i tak marah pun" sure akan digunapakai oleh girls. Selalunya, berjaya. Its umpan gaisss. hihi

And then husband i jawab,

"Kawan tu adalah,"

You see you see. Hahahaa. Oh husbandddd.

"Ohh kawannnn. So, kenapa tak kahwin dengan dia?"

"Takde jodoh."

Lepas dari tu, i know lah. Husband cerita, dia dengan kawan dia tu tak berapa nak ngam. Perempuan tu asyik paksa husband i masa tu untuk kahwin. Husband i pulak baru dapat kerja. Nak kahwin acane kalau ekonomi tak stabil lagi kan.


Last-last depa ambik jalan memasing. And sejak dari tu, husband i just fokus keje je. Dia kumpul duit untuk kahwin even masa tu takdak calon pun lagi.

Pendekkan cerita, Allah temukan kami laki bini. Tak bercinta pun. Tapi dah jodoh, akhirnya kami kahwin. Yang kawan perempuan dia tu dah kahwin jugak. Tapi i dengan husband lah yang kahwin dulu. Perempuan tu kahwin beberapa bulan lepas i dengan husband.

Kesimpulannya, jodoh tu akan datang juga tak kisahlah cepat atau lambat. Just kena sabar je. Takleh nak paksa-paksa weh. Kang ko paksa alih-alih partner ko jadi pengantin orang lain. Huuuu

posted from Bloggeroid

Tuesday, January 24, 2017

Anak sulung kahwin anak sulung tak bahagia

Assalamualaikum.

Refer pada tajuk entri. Woahooo! Anak sulung yang kahwin dengan anak sulung susah nak bahagia. Is it mitos atau fakta?


Betul ke statement macam tu?

Okay actually i memang pernah dengar macam tu. Ko taulah orang tua-tua ni kan banyak pantang larang. I pon dengar ayat kurang lebih macam tu gak lah. Konon perkahwinan yang berlaku antara anak sulung dengan anak sulung ni akan jadik panas. Huu

Sekali lagi soalannya, betul ke idok?

Bagi i, statement macam ni dibuat bukan ikut sukati makpak nenek moyang kita. Mesti ada penjelasan yang logik insyaAllah boleh diterima akal.

First, kena taulah sifat anak pertama atau anak sulung ni macamana. Contoh i sendiri, anak sulung tau. Adik beradik termasuk diri sendiri ada 7 orang semuanya. So, perangai i sebagai anak sulung macamana?

Jujur, benda paling nampak sangat dalam diri i yang lahir sebagai anak pertama ni ialah degil, keras kepala nak ikut dia punya rentak jeeeee. I lah yang betul. Orang lain sume salah. Hahahahaa. Yes thats me. Sebab tu bila dalam perbincangan, i selalu nak orang ikut apa yang i dah plan. Tapi even i ni degil, i tetap ada perasaan untuk mengalah. Dan dalam perbincangan tu sume, i lagi banyak mengalah dan ikut plan orang lain walauponnnn dalam hati macam ada rasa memberontak sikit. Hihihi

Ada jugak anak sulung yang tegas dengan adik beradik dia. Tapi i kurang sikit. Macam i lagi suka kalau nak manjakan adik-adik. Sebab nak adik-adik tu rapat dengan i even jarak umur kita about 19 years macam tu. Bila adik-adik ada problem, i lagi suka slow talk dan tanya apa masalah mereka. I takkan marah-marah jerit-jerit sebab i takut makin i buat macam tu, makinlah weols akan menjauh and problem takkan selesai.

Anak sulung ni individu. Dan setiap individu adalah berbeza. Kalau ada persamaan pun, mungkin kebetulan. Tak ada pun kajian dibuat kemudian mengatakan semua anak sulung di dunia ni degil dan keras kepala macam i. hihi. Mungkin segelintir sahaja.

So, back to our topic. Betul ke anak sulung dan anak sulung yang berkahwin akan ada problem di belakang hari? Hmm bagi i, tu semua masih rahsia sebab kita tak boleh nak jangka apa akan berlaku di masa depan. Cuma Allah yang tau beb.

Contoh, i dengan husband. I anak sulung dan husband pun anak sulung. Setakat ni, tipulah kalau weols tade masam muka. Hailahhhh. Sedangkan lidah lagi tergigit woiiii. Apatah lagilah suami isteri. Tapi tulah ujian selepas berkahwin. Ko hengat lepas ko kahwin, akan ada babak sweet je 24jam? Mimpilah ko. Mimpi wehhh.

Kahwin anak sulung dengan anak sulung ni siyesly sangat menuntut kesabaran yang tinggi. Memasing kena pandai beralah. Kalau dua-dua nak ikut kepala sendiri, memang ke lautlah jawabnya. Tapi between i ngan husband, memang i win lah. Kuat merajuk, sikit-sikit nak mengemo, sikit-sikit nak gewam. Hahaha. Kesian dekat dia sebab lagi selalu nak kena mengalah dengan i.

So, uols yang sulung tu tapi tetiba dapat tau partner pun sulung. Takyahlah gelabah terus nak putuskan hubungan. Ye ye je ko caye benda macam tu. Kemon lah. Its up to you macamana nak handle rumahtangga kalian k anak-anak sulung semua.

posted from Bloggeroid

Monday, January 23, 2017

Apa hukum main kutu?

Assalamualaikum.

Masa kekecik lu, salu dengar ibu duk sebut MAIN KUTU. I ni lak, dari kecik tu jugak dah kenal menatang yang namanya kutu ni sebab dekat kampong ada kazen yang berkutu. Kita ni lak bebudak mana nak tau kan. Tau main je. Dah penat nak rehat tido baring sebantal dengan kazen yang ada kutu. Pas balik je dari kampung, ibu nampak weols tergaru-garu macam kera. Selak rambut, Allahuakhbar. Ada kutu. Yang telor kutu tu kena panggil linsa kalo i tak silap. Huuu, dah bertelur kutu tu ye.

Haa, tu kutu versi kanak-kanak i. So, masa kecik tu bila dengar ibu duk sebut main kutu main kutu kan. I terpikey lah. Ibu aku main dengan kutu ke? Nak buat apa? Kutu tu kan menatang kecik-kecik. Pastu, ce ko bayangkan acane orang main dengan kutu binatang tu. Hee

Ibu i pesen tak suka anak-anak menyibuk hal orang tua. Tau lah bebudak kannnn. Penyebokkk. Macam i. So, lama jugaklah i pendam persoalan "pesal lah ibu aku ni suka main kutu. Takde mende lain ke nak main. Dam ke? Catur ke?"

Sampailah satu hari tu. I tak ingat bila tapi i berani tanya ibu. Kutu apa yang ibu duk main-main. Rezeki kot tak kena marah. Hahhaha. Ibu explain lah dekat i dia main kutu tu bukan kutu hok binatang kecik merayap-rayap tas kepala tuhhh. Tapi kutu lain.

Laa, cem tu ke. Pas tu i paham lah. Rupanya ibu main kutu periuk, belanga, set pinggan mangkuk. Hahahaaa. Kutu ibu i dulu sesama suri rumah. Depa ni suka sangat dengan barangan dapur. Yelah suri rumah kannn. Benda-benda tu pulak, boleh tahan mahalnya kalau beli cash on the spot. Beratuih gokkk. So, alternatif lainnya depa pakat kumpul duit bulan-bulan. Dah sampai giliran memasing, dapatlah barang yang depa bayar tu. Kira macam bayar sikit-sikit lama-lama jadi bukitlah cenggitu. Haa, tu kutu versi ibu and the gang. Rupanya main kutu ni dah lama ada since zaman i masih comel lagi kot. Sekarang ni i dah cantik, pon masih ada. Hikss


I lak memang pernah terjebak main-main kutu ni. Tapi tak macam ibu lah main kutu barangan dapur. I ni masa tu belum kahwin. Manalah minat periuk tu seme. So, main duitlah. Kawan sekerja yang ajak. Tapi depa tak panggil main kutu. Main tarik-tarik. Nama lain tapi konsep masih sama.

Since masa tu i ni pantang pegang duit masa gaji, kejap je ghaib. So, i ikut kawan main kutu tu. Best sebab tersimpan jugak duit i. Tapi tak lama lah sebab berhenti kerja.

And now lepas kahwin, tak sangka pulak husband i aktif main kutu ni. Dia main dengan kawan sekerja. I okey je sebab hasilnya, weols laki bini jugak yang dapat. I mean, hasil simpanan tu lah.

Tapi kannnn. Tadi i ada baca dekat blog akak Diana pasal main kutu ni. Emosi jugaklah baca. Eh tu ponnn nak emosi mak buyung ni. Hahahaa. Lepas baca, okey i paham.

Kalau uols nak baca gak, sila klik ni eh. Apa Hukum Sebenar Main Duit Kutu?

Soalan :

Apakah hukum main duit kutu?

HARAM hukumnya sekiranya tidak menyatakan akad lafaz hutang kpd kawan-kawan.

Sekiranya kita penerima duit kutu pada bulan itu, kita perlu katakan :

"Saya berhutang kepada awak semua"

Sekiranya kita bayar bulan-bulan untuk kutu orang lain kita perlu katakan :

"Saya bayar hutang awak"

Manakala jika kita adalah orang terakhir yg dalam pusingan kutu, kita perlu berkata:

"Saya terima hutang awak semua kpd saya"

Sekiranya semua akad-akad ini dilafazkan maka hukum bermain duit kutu adalah HARUS.

Jika tidak dilafazkan akad tersebut, hukumnya menjadi HARAM. Tapi bagaimana dgn hukum main kutu yang dah lepas?? Mari beristighfar kepada Allah. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita yang lalu kerana jahil tidak tahu hukum tersebut. Wallahua'lam


Buat masa sekarang, i dah tak aktif main kutu ni. Husband je. So, kena inform dia lah. Takleh nak main kutu sesuka hati.

By the way, main kutu ni ada juga yang through online kan. Haa, kalau masuk bab online ni kena hati-hati sikit. Bukannya boleh caye sangat manusia zaman sekarang. Nak cepat senang, tipu orang.
posted from Bloggeroid

Saturday, January 21, 2017

Teman suami makan eratkan hubungan

Assalamualaikum.

Masa awal kahwin dulu, nenek belah husband selalu pesan. "Bila waktu makan, ko kena teman laki makan. Even ko tak makan sekali pun, ko duduklah belah laki ko tu. Kopekkan isi ikan ke, kaut kuah ke, buh nasi tambah ke. Ko duduk je situ. Tak elok bagi laki ko makan sensorang."


Tu pesan dia. Kalau uols tanya i apa sebabnya, siyes i tak dapat explain sebab masa tu i tak berani bukak mulut nak tanya kenapa. Yelah, ko taktau weh. Ada pesen orang tua yang bila dia dah kata macam tu, tapi ko still tanya KENAPA. Memang siaplah.

"E'eh budak ni. Banyak tanya pulak. Dah aku kata macam tu, ikut jelahhhh."

Dah sebiji.

I cuba fikir secara logik jelah k. Bagi i yang berjiwa lemah lembut ni, i memang kesian kalau biar husband makan sensorang. Macam lain je. Macam ish, bini apalah aku ni teman laki makan pun tak boleh. Lainlah kalau masa tu husband ada kawan makan selain i. Macam parents dia ke, adik dia ke. Bolehlah ngelat sekali sekala. Tapi kalau takde, i cuba sehabis baik untuk teman dia makan even i cuma ratah sayap ayam je.

Yelah kannn. Sekarang ni weols masih berdua so masa macam ni lah nak eratkan silaturrahim sesama laki bini. Nanti dah busy pok pok amai amai dengan anak, kejar anak lari keluar pagar, anak nak itu nak ini kan dah takde masa nak teman husband makan. Selagi mampu, selagi berdaya, temanlah laki tu makan. Tak dapat hadiah ponnn. Cuma nak menikmati masa makan bersama.

Actually i sendiri dah terbiasa dengan situasi macam tu sebab masa dekat rumah before i kahwin, macam tulah ibu treat ayah i. Masa makan, most of the time ibu mesti ada dekat meja makan walaupun tak selalulah sebab ada je pon anak-anak yang lain boleh teman ayah makan. Lagipun, ayah pesen jenis makan berteman dari dulu sampai sekarang. Tiap kali dah siap hidang, ayah mesti panggil semua makan sekali. Yelah, tak syok kan makan sensorang. Rasa macam forever alone weh.

Topik ni dah pernah dikupas dalam blog kereta mayat. Most of the point yang dia bagi, i setuju. Tapi i tak bash lah pulak isteri yang tak teman suami dia makan. Takde weh, takde. Terpulang pada diri sendiri macamana nak mengemudi bahtera rumahtangga memasing. Ini cuma pendapat peribadi i.

Setakat ni, dengan mengamalkan konsep teman laki while he is eating bagi i seronok sebab i suka tau tengok husband kunyah makanan. Rasa macam best. Kahhh. Lagipun, masa kita untuk berduaan laki bini ni terhad tau selain dalam bilik tidur. Tolak waktu kerja, tolak waktu tidur, tolak pok pok bagi tido anak, haa dah tinggal berapa detik je lagi untuk luangkan masa bersama.

Lagipun sweet apa makan sama-sama even tak suap menyuap. Hiksss :)

posted from Bloggeroid

Friday, January 20, 2017

Sampai hati

Assalamualaikum.

Selalu kalau hari Jumaat husband rajin balik kalau takde urusan luar sebab jarak rumah dengan tempat kerja dia tak jauh mana ponnn. Lebih kurang 15 minit dah boleh sampai. Dia solat Jumaat dekat area sini sekali boleh lunch sesama lepas solat.


Around 12.30 tengahari macam tu dia gerak p solat pestu sampai rumah dalam jam1 lebih. Selalu kalau dah sampai rumah, dia nak terus lunch sebab kol 2 dah masuk opis balik. Tapi hari ni lain pulak. Sampai je rumah masuk bilik terus merangkak naik atas katil.

"Nanti kejut abang jam1.45 eh."

Eh? Tak makan ke laki aku ni? Bisik i dalam hati. Takkan nak makan kol 1.45 tu kot? Mana sempat nak lari masuk keje nanti.

"Abang tak makan dulu ke?"

Haa masa ni husband macam nak jawab ke tak ni eh. Kial-kial dia sambil sesengih dekat i.

Malas tunggu dia jawab. I teros tanya.

"Abang dah makan eh?"

Dengar je soalan i tu, lagilah dia nak menyengih. Ish laki aku niii.

"Dahhhh..." sambil tu dia tekap-tekap muka dekat bantal senyum-senyum.

"Ohh. Abang dah makannnnn. Makan apa?"

"Hee. Makanlahhhh." selamba dia jawab 2 patah tu je.

I paksa dia tanya makan apa. Lambat-lambat dia jawab, "drive thru."

Woah kauuuuu. Drive thruuuu. Tsskkk! Sampai hati tauuuu. Cakaplah dekat dia.

"Sampai hati abangggg."

"Haa tu lah abang takmo cakap. Alaa, nanti abang bawa kita makan situ ehhh."

Hahhaaa. I ni sensitip tau kalau dengar drive thru ni semua. Mementanglah dah gaji kannnn.

posted from Bloggeroid

Keyakinan seorang suami

Assalamualaikum.


Husband i baru balik dari jumpa kawan. Dia memang macam tu. Selalu kalau nak gi memana hatta depan rumah je ponnnn still inform i tak nak wife dia tercari-cari. Sebab husband takmo i risau lelebih.

Suami : Sorry lambat tadi keluar jumpa kawan.

Isteri : Tauuuu. Dekat situ kan (sambil tunjuk arah tingkap). Ada intai tadi.

Suami : Ohh mengintai ye.

Isteri : Ha'ah. Nak suruh kirim salam dengan yang mana hensem.

Suami : Mana ada yang hensem tadi. Abang sorang je yang hensem.

Confident oii, confident. Hahahaaa. Tapi memang dia handsome pun. Yelah, dah dia husband i.

posted from Bloggeroid

Air kelapa muda dan air kelapa pandan

Assalamualaikum.

Since i dah masuk 3rd trimester which is due dalam bulan Mac 2017 ni insyaAllah, so i gigihlah minum air kelapa muda. Even bukan hari-hari tapi dalam seminggu tu mesti ada minum. Yelah, harga untuk sebiji kelapa bukannya murah dekat Kota Kinabalu (KK) ni. Paling standard pun dalam RM3 sebiji. Paling murah pernah jumpa RM2.50 tu pun dekat kampung.

Memang ada jual RM1. Tapi yang tu dah tak original dah. Ala, yang orang jual air dalam bekas-bekas besar tu pahtu kalau ada yang nak beli depa buh dalam gelas plastik atau plastik and then cucuk straw. Tu tak ori sebab depa dah tambah ais batu dan gula. So, rasa kelapa tu dah lari berapa kilometer. I takmo. Nak jugak yang sebiji-sebiji tuh.

Ada jual murah lagi. Tapi tu kena beli dekat tamu lah. Tamu Kota Belud, kampung i. Haa situ murah sebab kena jual dengan harga borong. Tapi i is tak larat nak bangun awai sangat tercongok dekat tamu pepagi butaaa. Alternatif lainnya, tutup mata dan beli kelapa harga RM3 sebiji jalan. Bye bye pakcik -.-

Air kelapa muda ni memang sedap, segar. Kalau dapat lalu dekat tekak, rasa nyamannnnn je. Nak tau kelapa tu muda ke tak, lepas dah habis minum air dia cer belah dua kelapa tu pakai parang. Kalau isi dia nipis dan lembut, haa mudalah. Tapi kalau yang isi tebal pehtu keras kematu lak masa nak ngorek isinya, tua lah. Based on pengalaman i lah sebab dekat kampung masa i kecik-kecik dulu puas makan kelapa muda. Jolok je, kopek haa minumlah ko sampai puas. Tapi sekarang buah dah kurang sebab selalu orang kampung ambik tanpa minta izin. Cisss

Orang kata, elok minum air kelapa muda masa dah masuk last trimester. Baby lahir nanti bersih dan putih. Kat merekalahhhh. I taktau kebenarannya. Tapi kalau betul baby i bersih, woahooo. I suke, i sukeee, nak nak. Hihi

Cuma tu lah. Jangan pulak pikey, "kalau aku minum air kelapa ni baby aku mesti bersih dan putih". Lalu uols pun gigihlah perabihkan 5 biji kelapa sekali harungggg. Its a big NO mommies! Kena ingat, tu semua akan berlaku cuma dengan izin Allah. So, jangan lupa minta dekat Dia k.

Ohye, ada jugak yang kata air kelapa muda tak elok diminum masa awal trimester. Tapi i pon tak ingat kalau i ada minum. Hmm. Ingatan tak berapa nak kuat lah sekarang. Ibu i pun tak kasi. I pulak tak kisah sangat masa tu sebab takdelah pulak tekak teringin nak minum air kelapa muda. So, tade masalah. Sekarang ni jelah asyik nak minum air kelapa je. Terbayang kesedapannya. Eh, husband dah gajilah awakkk ;-)



Yang tu cite pasal kelapa muda. Pernah dengar pasal kelapa pandan?

"Eh, kelapa pandan? Kalau daun pandan pernah dengarlah. Sebab mak rajin masak nasi lemak buat bekpes. Tapi kalau kelapa pandan ni acane pulakss?"

Haa, kelapa pandan ni adooo. Tapi tengok tempatlah. Macam dekat KK ni. Tak jumpa lagi. Tapi kalau dekat KB yes ada. Hari tu ibu ada pergi rumah sedara. Dekat rumah sedara tu pulak ada pokok kelapa pandan. Pakcik tu kasi 3 biji dekat ibu. Free takyah bayar padahal buah kelapa pandan ni mahal oi. Ada orang jual RM4-RM4.50 sebiji. Haa, nganga. Padahal buahnya tak besar mana ponnn. Kalau tadah airnya, lahai adalah secawan boleh dapat.

Buah dekat tempat pakcik tu tak banyak sebab ada orang ambik tak bagitau katanya. Huu. Samalah dengan weolsss. So, ibu bawaklah balik buah kelapa tu. Lepas i tau je ibu bawak buah kelapa, terkinja-kinja suh husband kopek sebab eksaited nau nak ghase air kelapa pandan ni. Acane lah rasa dia ek.

Sekali teguk, mak oiii. Sedapnyeeee. Manis lak tu. Bau dia pun wangi ada bau pandan, rasa pun rasa pandan. Memang marvelous oiii. Cuma isi dia keras kematu lah pulek. Dah tua lettew. Takpe, tak kesah. Janji air sedap, mak sukeeee! Kalau ikut nafsu, nak je i perabih 3 biji sekali harung. Tapi takleh ahhh. Orang lain nak merasa jugeeee. Dahlah buahnya mahai. Tak baik tau mommyyyy. Nanti anak dalam perut pun ikut perangai buruk maknyeee. Tamak. Nauzubillah. Mak insaf nak. Heee :P

Tu lah kisah i dengan buah kelapa.

Sekarang ni kan nak dekat due ni, apa je petua yang berkaitan baby bersih, baby putih gebus gebas, senang nak beranak, mudah melahirkan tanpa koyak besar, beranak normal haa tu suma i pantang dengar atau baca. Selagi tak merepek, i ikut je. Yelah, ni kan baby first. Siyes i takmo ada rasa fobia ke trauma ke apa semua tak nak. Kalau ada rezeki, keje i nak beranak je. Amboi. Hahahaaa. Tak merasa lagi duduk dalam labour room dah berangan nak beranak banyak kononnnnn. Ala, tu harapan je. I takleh nak predict masa depan.

All the best to mommies yang lebih kurang atau nak-nak sama due dengan i ye. Contohnye, puan Yuyu Zulaikha. All the best pada kitaaaa :')

posted from Bloggeroid

Thursday, January 19, 2017

Rindu serindunyaaaaa

Assalamualaikum.

Sekarang mood tengah excited nak menunggu hari jumpa family. Around 1 week macam tu. But at the same time, sedih jugaklah sebab kena tinggal husband dekat sini. Nak buat acane. Husband kerja, iols pulak nak ngepit dengan ibu sampai berpantang. Kalau tak, mood leh jadi swing oi. Mana lagi menanggung rindu adik i yang bongsu itu.


Dekat rumah, panggil dia baby. Since baby lagi dah panggil macam tu. Tak sangka pulak boleh lekat sampai ke bujangnya. Beza umur i dengan dia 19 tahun. I sulung, dia pulak bongsu. Cenggitu lah jauh beza umur.

Masa cuti hari tu, adalah nak dekat sebulan. I tinggal dengan family. Since adik bongsu i ni masih dalam kategori baby-baby gitew (7 tahun), so i banyak manjakan dia. Makan, i suap. Nak milo, i buat. Kalau i jalan, balik je mesti ada belikan dia jajan. Kopekkan buah limau mandarin. Eh banyaklah i buat.

Sedar tak sedar, dah jadik rapat dengan adik bongsu i tu. Seronok manjakan dia. Entahlah. Mungkin sebab i bakal jadi mak-mak kot. So, dia punya feel keibuan tu ada. Haa gitew.

Bila dah rapat semacam kannnn. Tibalah masa husband i suh balik sebab dia pun dah rindu dekat wife dia ni. Masa nak balik tu, hati i sayu gila-gila-gilaaaaa! Tengok muka adik i tu tetiba jadi syahdu yang amat. Last day before i nak fly ke Kota Kinabalu, sempat lagi hantar dia ke sekolah. Budak tu macam tau je akak dia nak balik. Maka, keluarlah drama airmata dia tak nak ke sekolah padahal dah sampai sekolah punnnn.

Siyes wehhh. Tak menahan betul masa tu. Ibu suh dia ikut kawan-kawan berbaris. Dia takmo. Meleleh airmata dia kata tak nak. Ni i yang tengok pun jadi sebak tauuu. Since i dekat situ, boleh pulak dia pegi pelok peha i sambil nangis kata tak nak pergi sekolah. Lagilahhhhhhh i nak ikut menangis. Masa tu macam drama gile.

Ibu suh sembunyikan diri. Maka larilah membawa diri pegi kereta. Masuk je dalam kereta, habis jatuh bodorai airmata. Mekap suma hancus. Sib bek tak pakai eyeliner. Huwaaaa. Nangis weh, nangisssss. Terbayang muka dia yang suci dalam debu tu. Sambil tunggu ibu dalam kereta, sambil nangis. Tetiba handphone bunyik. Ibu call.

"Kakak dekat mana? Ni baby nak tengok muka akak ni."

Huwaaaaaaaa. Lagilah takleh tahann.

"Taknaklah bu. Akak takmo p sana dah. Nanti nangisssssss."

Saja tau nak ngosek emosi mak yang tengah mengandung ni. So, lepas tu i dengan husband direct pergi airport. Siyesly. Mood i swing habis. Kejap diam, kejap meleleh airmata. Husband pun dah taktau nak buat apa. Sampai je KK, i jadi murung. Tak banyak cakap, tau nangis je. Makan pon takde selera.

Malam tu, i dah start rindu dekat baby. Buatlah video call. Ya Allah, rupanya baby pun nangis carik i. Asyik dok cakap rindu akak, rindu akak je. Siap ajak ibu ngan ayah mai KK ambik i lagi. Aduhaiii. Ni cuti tahun baru Cina, depa balik kampung. Nanti balik Sandakan, i ikut teros. Dah tukar plan nak bersalin dan habiskan pantang dekat sana terus.

Ni pun gigih taip panjang-panjang sebab rindu lah ni.

posted from Bloggeroid

Monday, January 16, 2017

Secret Recipe punya kek Indulgence

Assalamualaikum.

Sape tak kenal Secret Recipe kan? Nak jadikan cerita, adalah kawan post dekat facebook dia duk gigih makan cake Indulgence ni dekat SR. Kalau tak tayang gambo, takpelah juge. Ni terpampang dekat skrin handphone kite besar-besar. Ghase nak geget-geget je skrin handphone masa tu.

Dah telan-telan ailio, gi lah dekat-dekat dengan husband. Nak mujuk suh beli kek yang sedap ni dekat 1Borneo. Tapi taktik tak berjaya sebab husband tau zaman i mengidam dah berlalu so dia tau ni bukan mengidam tapi nafsu semata-mata. Cisss

Tapi kelmarin lepas balik dari kenduri kahwin, husband bawa jugak gi 1Borneo demi nak melayankan tekak wife dia ni. So, dapatlah dahku merasa kek Indulgence dari Secret Recipe tu. Harga dia memang dah sedia maklum. Sepotong RM9. Agak pricey jugaklah tapi bagi i, its worth sebab kek tu memang sedappppp. Kalau setakat nak merasa sekali sekala bolehlah. Tapi kannn. Lepas dah merasa sekali ni, macam nak lagi. Huwaaaa

Eh, eh. Gaji dah nak dekat kannnn. Abangggggg ;-*

posted from Bloggeroid

Friday, January 13, 2017

Emosi Semasa Mengandung

Assalamualaikum.

Orang kata, oranglah kata. Emosi dan mak mengandung ni tak dapat dipisahkan. Betul ke? Eee i guess no lah. Maybe yes ada tapi bukan pada semua mommies lah kut. Adalah percentages dia.

Macam i, hmm. Memang main dengan emosi jugaklah. First trimester, emo kuat sangat. Alahan semua zero. Makan okey, bedal je semua. No problem. Tapi bila sebut je emosi, ya Allah. Sikit-sikit nak menyentap. Yang paling kesian, husband lah sebab dia selalu jadi mangsa keadaan.

1st trimester memang dugaan kot bagi suami. I kuat emo dengan dia. Contoh, tak dapat char kuey teow. I merajuk takmo bercakap dengan dia k. Can you imagine that? Cuma sebab char kuey teow kot. And adalah certain things lagi yang i emo dengan dia which is benda kecil dan remeh je ponnn. Tapi alhamdulillah. Syukur sangat sebab husband jenis faham. Takde pon dia nak marah i ke cakap i gile ke buang tebiat apa semua. Takde. Husband redha perangai wife dia yang bawa anak weolsss.

Terharu. Sobsss

Naik trimester kedua, keadaan dah makin elok. Boleh dikatakan, i lah wife yang paling sweet di ketika itu. Rajin masak, kuat bergurau senda ekekekek dengan husband. Emo-emo tu semua dah makin kurang. Happy je manjang. Urut dada lega husband i wife dia dah back to normal.

Haa, dah masuk 7 bulan which is 3rd trimester. Dah mula balik dahhhhh. At first we husband and wife dah slow talk i bersalin dekat Kota Kinabalu and stay about 2 weeks dulu lah macam tu. Then nanti berpantang i boleh balik Sandakan teruskan berpantang dekat sana.

Nak dijadikan cerita, masa cuti sekolah hujung tahun tu husband bagilah chance stay dengan family kejap bagi melepaskan rindu. Dah sampai masa husband nak bawak balik, boleh pulak i nangis sedu sedan. Mengalahkan budak kecik. 2 hari i nangis uols. Selera makan takde sebab rindu sangat-sangat dekat family.

Husband tengok i pun perasaan dia dah bercelaru. Mungkin takut i jadi stress pestu effect dekat baby so dia kata "its okay lah sayang, u baliklah Sandakan ikut family u and berpantang dekat sana. Nanti nak dekat due, i balik jumpa u k."

Masa dapat green light tu, i punya perasaan terus 100% berubah. Perasaan seronok, eksaited, terharu semua ada. Thanks to my husband lah sebab very understanding wife dia yang banyak rencah ni. Bila emosi dah stabil, lemah lembut gemalai i say sorry dekat husband sebab buat hal sampai tak nak makan semua. Husband kata takpa. Lagipun, dia taknak wife dia stress. Takut pula kejadian royan meroyan macam yang dia dengar dari kengkawan.

So sekarang, im totally fine. Emosi pun dah okey tak seteruk masa trimester pertama tu. Kalau yang pertama lebih kepada makanan. Tapi yang last trimester ni over pada feeling rindu dekat keluarga sendiri. Bukanlah inlaw i tak baik. No. Dorang baik. Sangat baik. Tapi sebaik apapun mereka, my feeling lebih nak pada ibu ayah sendiri.

I just bersyukur sangat sebab dapat husband yang lebih baik dari Khuzairi macam dalam citer 7 Hari Mencintaiku tu. Hahhahhaaa. Tapi memang patot pun Khuzairi merajok sampai macam tu sebab Mia sendiri yang over sangat. So, alhamdulillah.

posted from Bloggeroid

Dapat Topup RM10 Secara Percuma!

Assalamualaikum.

Iols ni, pantang nampak benda free. Semua nak bedal. Tapi tu lah, kadang kalau ada barang free tipulah, fake lah. Takleh nak caye 100%. Kena ada real testimoni baru nak grab.

Latest, adik ada bagitau yang dia dapat topup free yang bernilai RM10. What?! RM10? Perhhh sapa nak bagi uolsss? Nak dapat RM5 pun kemain payah lagi ni kan pulak RM10. Betul ke, betul ke?



Haa, jangan taktau benda ni bukan fake ye. I sendiri dah cuba dan dah dapat pun kreditnya. Senyum sampai ke rahang iolsss. Over!

Tapi nak bagitau siap-siap yang topup free ni just untuk pengguna Celcom ye. Bukan Digi, Maxis, Tunetalk dan lain-lain. Hanya Celcom saje.

So, macamana nak dapat topup free ni?

Okey first, i nak citer dulu macamana boleh tau pasal mende ni. Kalau perasan, celcom selalu hantar mesej dekat kita. Tapi most of us just ignore je mesej tu semua konon takde pekdah. Macam i lah. Read je pastu buat tak tau.



See, dia macam iklan yang hanya menyemakkan inbox padahal apa yang dia bagitau tu betul. Dari kita je nak ambik tau ke tak nak.

Macam you guys lah. I pon malas nak ambik tau pasal iklan tu. Sampailah satu hari tu adik i pumpang dalam group siblings kata dia dapat topup percuma untuk celcom. Weols yang lain pun apalagi lajulah reply tanya dia macamana boleh dapat.

Rupanya kena download dulu apps Boost Top Up, register nombor celcom uols, then nanti akan ada notification kata uols berjaya dapat RM10. Pestu claim lah! Pindahkan je ke nombor celcom uols tu. Memang senang gile!



Klik dekat Mobile Kredit tu, masukkan nilai RM10, taip nombor celcom anda, and wallah! Kejap je dapat mesej berjaya.

I tak tipulahhhh. And fyi, i takkan dapat komisyen pun dari mana-mana company sebab i just nak share dengan uols je.

Dengan apps Boost Top Up, uols akan dapat macam-macam. Jimat masa, memudahkan, siap ada SURPRISE REWARDS lagi. So, nak tengok apps ni bolehlah download laju-laju eh.

posted from Bloggeroid

Thursday, January 12, 2017

Dah beli barang baby belum?

Assalamualaikum.

Pejam celik, pejam celik, dah 30 weeks pun. Tak sangka betul. Tarikh jangkaan pulak 20.03.2017. Dah tak lama mana sangat dah pun. Kang pejam celik lagi kang dah duduk dalam labour room. Okey sabar sabar. Tak boleh nak gelojoh sangat sebab masa-masa macam ni lah kena enjoy moment bersama baby yang masih dalam perut ni. Nanti baby dah besar, menggedik lah pulak rindu zaman-zaman baby duk gusti dalam perut. Hikss



So, dah masuk 7 bulan pun. Apa persediaan? Ohemgeeeeeee! I've got nothing. Barang baby tak beli lagi hatta sehelai baju pun nan hadoooo nakkk. Kalau dah barang baby pun takde, apatah lagilah barang mama dia. Dengan set berpantang lepas bersalinnya tak decide lagi nak beli yang mana. Okey okey tarik nafas dan hembussss. Bawa bertenang.

Hahaa. Actually, bukan tak nak beli. Tapi tu lah. Padahnya suka nak menangguh sangat. Boleh je gi shopping sorang-sorang. Tapi gedik nak menikmati waktu bersama suami tersayang memilih baju-baju baby. Konon lah konon. Last-last baju baby ke mana, husband and wife ke mana. Cisss

Tiap kali husband tanya i, "bila nak beli barang baby?"

I jawab, "next week lah!"

Okey.

Pastu turn i tanya husband, "bila nak beli barang baby ni yang? satu apa pun takde lagi".

Husband confident jawab, "hujung minggu ni k."

Hujung minggulah sangat. Ni dah hujung minggu ke berapa, habuk pun takde lagi. Nasiblah anakkk.

Ini memang tak boleh jadi! Kena juga keluar cari barang baby. Sebab this coming Chinese New Year nak ikut ibu dengan ayah balik Sandakan. InsyaAllah bersalin dekat sana sekaligus berpantang dengan tok ibu. Suami takleh ikut sebab kerja dekat KK (Kota Kinabalu). Nak dekat due nanti baru boleh lari balik Sandakan. Sedih juga tapi bila fikir balik, ni kan anak sulung. Hati ni kuat sangat nak balik dengan family dekat Sandakan. Syukur suami jenis faham isteri dia.

Maka, sebelum cuti CNY ni kenalah shopping barang baby ye. Kan nak menikmati waktu terindah bersama suami. Hahahaa. Ye ye lahhhh sangat. Lagipun, ramai kata 7 bulan lah waktu paling ideal untuk cari barang baby. Takutlah ada benda tak diingini macam baby dah tak sabo nak keluar jumpa mama dengan abah dia ke kan. Haa, kalau barang tak sedia takut nanti tak menyempat pulak.

Dah shopping karang, mommy update ye. Sebab sekarang ni masih dalam proses nak buat short list. Beli mana yang perlu dulu. Takkan nak beli sekali harung kan? Payah jugak. Takut ter-membazir jadinya.

posted from Bloggeroid