Tuesday, February 28, 2017

Rezeki dengan nuffnang

Lama tak sok sek pasal nuffnang. Nak throwback japlah. Masa memula dulu, few years ago lah camtu, femes gak nuffnang ni. Sana sini blogger duk sebut nuffnang. Yang dah lama kenal nuffnang, sampai siap ada bagi tips nak jana pendapatan dengan nuffnang lagi haaaa.

i pon tak terkecuali k. Orang join nuffnang, i pun join jugak padahal masa tu knowledge pasal nuffnang is zero. Bantai main ikut je.

Tapi lelama, sikit-sikit dah taulah pasal nuffnang ni. Macam-macam i buat tau nak bagi lekat BE (buffered earnings). eh, dulu-dulu panggil BE. hihi. I update survey, i adjust iklan letak elok-elok dalam template blog, kipas nuffnang, ekekekk.

Alhamdulillah, ada jugalah hasilnya walaupun tak meletop kebaboom macam blogger lain. But at least adalah merasa khennnn. gituuu



Kalau tanya i, senang ke susah nak buat duit dengan nuffnang ni. hmm. susah nak jawab ah sebab depends tau. Ada yang dah buat macam-macam tapi hasil sendu kematu gak. Ada yang watlek sampai tak update berbulan-bulan tetiba check eh dah boleh cashout laa. haa. Cenggitu.

Ikut rezekilah kot.

Macam i sendiri, sepanjang dengan nuffnang adalah 2 kali merasa hasilnya. Tu pun berjanggut nak tunggu cek sampai depan pintu. Penantian satu penyeksaan uolss. T_T

Rasanya sekarang dah banyak cara nak jana pendapatan secara online ni. Selain beriklan dengan nuffnang, blogger sekarang dah banyak buat reviews berbayar. Bunyi macam senang je kan. Tapi hakikatnya, cuma blogger tu sendiri yang tau susah senangnya dia nak up kan blog tu sampailah layak untuk dia terima job paid reviews tuh.

I pun masih bertatih.

Toodles!

posted from Bloggeroid

Turun naik HB walaupun cucuk inferon



Tadi ke klinik. So prosedur dia macam biasa. Check HB, check urine. And alhamdulillah, urine i memang dari awal pregnant takde masalah. Negative sokmo gitew. Tapi HB i, hmm. Drop lagi ah. Ni dah masuk 8 kali inferon dah.

Haritu keluar result 10.6gdl lepas dapat 4 dos inferon. Ni dah bantai 8 dos boleh plak drop pergi 10gdl. Hampa takleh nak describe uolss.

I ingat, lepas dapat inferon darah comfirm akan naik naik dan terus naik. Ghopenye idokkk. Depends jugak. Kalau makan tak jaga, pantang larang pun main langgar je, memang carik pasal lah.

Target nurse nak i capai 11gdl before due date. Ni ada balance 2 dos inferon lagi entah dapat capai ke takk. Ya Tuhan.

So, tak boleh bergantung sangat pada inferon ni. Kena ada alternatif lain juga nak bagi maintain HB macam makan makanan yang tinggi zat besi since sepanjang cucuk inferon tu kena stop makan ubat hematinik dari klinik kan. Pastu no cafein, no soya, no milo. huih yang sedap-sedap pulak tu. uhukkk

Okey, tadi nurse dah check kepala baby. Katanya kepala dah di bawah. So, anytime boleh beranak. Gilos ahhh. Mak nebes wehh!

Toodles!

posted from Bloggeroid

Monday, February 27, 2017

Suami disenangi

Gigih tau laki datang nak melawat bini dia dekat rumah mak mentua. Kalau tanya jauh ke tak jarak weolsss, agak jauh gaklah. Naik kereta, ada mau 6 jam perjalanan. Tapi since laki naik flight, setengah jam je dah boleh sampai.

Jumaat petang dia sampai, ahad petang dah balik semula sebab isnin kan keje. Takpe, nanti i bersalin insyaAllah jumpe lagi. hihi

I kahwin dengan husband alhamdulillah dapat restu from all the families. Dalam family i, husband menantu sulung. Seronok tau bila family i sangat-sangat menghargai kewujudan dia. Mak i pun over masa husband datang. Asyik nak bagi makan sedap jew. Masak tu lah, masak ni lah. Siap gigih lagi ke pasar pepagi buta semata-mata nak beli udang besar-besar kasi menantu makan. iols pulak yang mendengki. cisss

Laki i ni sangat pandai ambik hati orang tua. Pandai sembang. Parents i pun senang dengan dia. And kalau i perhatikan husband i neh, dia memang pandai berkomunikasi dengan orang tua. I tau lah sebab sebelum kitorang kahwin, ada pakcik tuh berkenan dengan husband i sampai tahap nak buat jadi menantu. Tapi anak pakcik tu dah ada pilihan sendiri. So, cancel nak jadi menantu. Kira takde jodohlah kan. Last-last, jodoh dengan i. kihkihkih


Sempat tau i snap. Masa ni parents i dengan husband duk adjust pebenda dekat belakang tv tu tatau. I duduk je sebab bukannya boleh buat apa pon. Dia ringan tulang nak tolong, tu kot yang buat parents i senang hati dengan dia.

Perempuan ni, seronok tau kalau laki layan family dia buat macam family sendiri. Bertambah-tambah sayang gittew.

Toodles!

posted from Bloggeroid

Wednesday, February 22, 2017

37 minggu : HB naik lepas dapat suntikan inferon

Sepatutnya harini ada appointment dekat klinik tapi dah diawalkan sehari. Kelmarin lettew. So, takpelah. Bertindak mengikut arahan ye dakk. Ni kira nak citer hal kelmarin ah ni. Cerita yang basi sehari. Ala, takpelah. Saje nak buat catatan. Kot nanti boleh baca balik kan momento masa mengandung. Nak-nak pulak first time pregnant ni. Banyak k pengalaman baru. Best ada, tak best pun apa kurangnya. huhu

So, kelmarin nurse suruh p cucuk inferon dulu baru jumpa untuk review. Lama jugaklah nak membasikan diri menunggu turn.

Dah sampai turn, okey masuk bilik nurse. Dah masuk, nurse suh baring sebab nak check perut. Check punya check, puas nurse tekan-tekan perut sambil say sorry balik-balik sebab takut i sakit kot tapi memang ada rasa sakit sikit jugaklaaa semata-mata nak cari kepala baby belah mana tapi cam tak jumpa.

Nurse tanyalah, "belah mana mama rasa mengeras?"

ekk. i cam blur jap then jawab, "hehe, taktau lah nurse."

"Eh camne boleh taktau pulak. mama je yang dapat rasa baby dalam ni."

I sengih je sebab siyes i taktau kepala baby duduk ceruk mana.

Nurse continue tekan-tekan perut i nak cari kepala baby. then after that barulah jumpa. Masa nurse dah dapat touch kepala baby tu, tetiba baby gerak and nurse pun dapat rasa.

"Haa ni dia. Eh eh baby gerak kan?" kata nurse sambil senyum-senyum tengok i.

i balas, "ha ahh". hihi

"Kepala baby dekat bawah tapi senget sikit. Okeylah ni. Mama dah boleh bangun k."

Then i duduklah dekat meja nurse. Citer-citer sikit. Adalah nurse cerita secara ringkas pasal bahaya darah tinggi masa mengandung, bahaya anemia, cadangan pemakanan. etc etc.


Nurse tanya ada tak check darah tadi i kata takde sebab ingatkan lepas habis 10 dos inferon tu baru boleh check. Nurse jawab, sepatutnya macam tulah, tapi kena ada juga result HB untuk hari tu sebagai rekod mereka. So, kenalah pegi lab kejap check HB. I okey je walaupun dalam hati dah nebes dup dap dup dapp. Ye ah, baru 4 dos inferon kot. Stop makan pil hematinik pulak tu (nurse yang suruh). HB boleh naik secepat tu ke? Ada perubahan tak eh?

Throwback kejap. Last result HB i pada 16/02/2017 adalah 8.1gdl. Lepas dapat 4 dos inferon pada 21/02/2017, latest result HB i dah naik okkeyyy!! Tu pun 2 hari tu Sabtu Ahad i tak jarum sebab klinik tutup. Maksudnya, dalam masa 6 hari tu HB i melonjak naik daripada 8.1gdl pergi 10.6gdl omg omg. Naik 2.5gdl omg omg. bahahhaaa

Bagi i, amount tu banyak sebab dari awal mengandung HB i paling tinggi pun 9.1gdl sahaje gaiss. Bila naik sampai 10.6gdl macam ni memang seronoklah juga. Tak sia-sia serah diri menadah bontot menahan sakit untuk inferon tuh. Ada jugak hasilnya. Terharu iolss. T_T

Nurse pun puji kata good ada peningkatan. Kena terus naik lagilah sebab target mereka nak HB i naik sampai 11gdl before bersalin. InsyaAllah iols kuat. InsyaAllah boleh naik lagi.

Dah nak balik tu, nurse tetapkan date untuk next appointment sebab dia kata lepas ni dia yang akan pantau i. Since kandungan dah nak masuk 37 weeks, around 9 months macam tu. I kena pergi klinik seminggu-seminggu. Kusss semangatttt. Seminggu-seminggu katakoooo. Syukur i tak keja. Duk melangau je perabih beras dekat rumah. Ye ah sebab nak pantau sehabisnya takut i ada apa-apa. Nauzubillahminzalik. Minta-mintalah semuanya okey.

Nurse asyik pesan, kalau ada antara tanda-tanda yang dia bagitau macam bleeding ke, sakit perut sesangat ke atau pecah ketuban (keluar air jernih tanpa ada bau), terus pergi hospital. Jangan nak gedik tunggu semua tanda ada baru hegeh-hegeh p sepital. No! Sebab dengan usia kandungan macam ni, anytime je boleh beranak. I ni, bila dengar je that anytime punya word, agak scary jugalah. Rasa macam tak caye je. eh betul ke ni betul keeee? wuuuuu

k ah, nanti citer balik.

NOTE : Actually bukan 37 minggu sangat ponnn. Baru 36 weeks and 3 days tapi nak acah-acah 37 minggu terossss. hihi.

Toodles!
posted from Bloggeroid

Tuesday, February 21, 2017

3 cara mudah pelajar boleh jana pendapatan sendiri



Macam yang uols tau, nak study dekat universiti memang makan belanja yang banyak. Nak bayar yuran, nak beli buku, nak beli makanan. Tu tak kira bayaran lain-lain lagi. So, memang banyak and i faham sangat-sangat sebab dulu pun i pernah rasa semua tu.

Since i anak sulung dari 7 beradiks, kesedaran tanak menyusahkan mak bapa tu tetiba je hadir. Yelah sebab tau kan ada lagi hadek-hadek yang nak ditanggung. Sebolehnya i tanak minta duit belanja dari parents kecuali dah betul-betul masuk fasa darurat, barulah berkias-kias berpantun sajak bagai nak minta duit. bahaaa

So, apa i buat supaya tak minta sangat duit poket dari parents?

I belajar cari duit sendiri. But for your information, i tak buat kerja part time dekat luar eh. Jadi cashier ke, pelayan restoran ke, takdek. Sebab i pernah minta izin dari mak nak keje part time luar dari kolej (asrama), tapi mak tak kasi. I faham. Takut nanti bila dah biasa pegang duit banyak, hilang pulak minat nak belajar. Takpun, nanti dah letih buat kerja part time takda masa pulak nak belajar. Unless, you memang jenis yang betul-betul kuat nak push diri sendiri jadi lebih berdisiplin. gituuu

I terfikir nak buat bisnes. Yelah kan, mentang-mentang ambik course business studies. Idea yang muncul pun nak buat bisneslah jugak. Tapi i sedar, nak buat bisnes ni perlukan modal. So, apa yang i buat is i cuba cari bisnes yang tak keluarkan banyak modal.

Ada ke bisnes tak pakai modal?

Eh adalah. Ada.

1. DROPSHIP
Pernah dengar pasal dropship tak? Dropship ni memang tak pakai modal tau. Konsepnya mudah sangat.

Uols cari dulu mana-mana peniaga yang tawarkan Agen Dropship ni. Dah jumpa, uols kenalah promote dan jual produk mereka. Peniaga tu akan bagi harga Agen untuk produk mereka and uols dibenarkan untuk bagi harga sendiri pada customer. Contoh you nak jual lipstick. Peniaga kasi harga agen sebatang lipstick dengan harga RM1. So, you boleh jual dengan harga RM2. Ambil order, bayar pada peniaga mengikut harga agen, and peniaga tu akan pos barang yang customer you nak beli. Senang kan? You just ambik order je. Barang akan dipos oleh peniaga.

Tapi kena becareful sikit. Kena banyak survey and make sure peniaga tu memang trusted seller. Tak memasal uols pulak kena tipu kang. Nauzubillahminzalik. And lagi satu, kena pandai cari peniaga k. Sebab kadang ada peniaga yang kenakan yuran kalau nak jadi agen dropship mereka. Tengoklah, worth tak kalau uols bayar yuran tu. Kalau potensi nak dapat untung tu tinggi, boleh je keluarkan sikit modal. Ye ah kadang peniaga ni nak tengok whether you memang serious nak jadi agen dorang ke atau u saje nak dapatkan harga murah demi kepentingan diri sendiri.

Dulu dropship ni tak femes tau. Tapi sekarang memang melambak orang tawarkan agen dropship. Kena pandai pilihlah cari produk apa yang jadi trend sekarang. Masyuk sikit.

2. SERVIS FOTOSTET & PRINTING
Ini i lucky sebab ada printer yang boleh photostate and printing sekaligus. So, i bukalah servis ni. Tau lah student kan banyak sangat nak copy tu copy ni. Print paper exam lah, assignment lah, tu lah ni lah.

Macam i, i guna printer yang pesen ink dekat luar. Brand EPSON kalau tak salah. Kalau beli ink pun murah. Paper lak, survey lah kedai yang jual murah. I dulu sampai kena beli berkotak paper sebab ramai sangat student yang perlukan perkhidmatan printing ni sume. hihi

3. JUAL TOPUP
Yes! this one punya bisnes pun boleh tahan bagus jugak. Since sekarang orang dah ramai sangat pakai handphone, sure ramai juga yang perlukan topup kan. Especially student.

i dulu sampai tengahmalam pun ada orang nak beli reload. Boleh kata tiap hari memang ada customer lah.

So, camne leh dapat stock topup?

Okey yang ni i tak pakai kupon gores-gores tu tau. I topup customer direct masuk je. Tak risau sangat sebab each transaction yang berjaya, ada report i dapat. So, takdenya customer nak menipu. Hempuk je kalau kata tak sampai padahal report success dah sampai dekat i.

Nyelit jap. Kalau uols nak try jadi agen topup, boleh inform i k. Yuran murah gile. RM10 je seumur hidup. heee

Thats all. Setakat ni, tu jelah dulu. Actually, nak bisnes ni bukannya senang. i dulu pun, ada ups and down nya. jangan ingat boleh terus kaya eh. Paling penting, simpan niat untuk bantu orang lain especially orang tua. InsyaAllah, mudah urusan uolsss

Toodles!

posted from Bloggeroid

Monday, February 20, 2017

Rezeki inferon



Hari ni hari ketiga merasa suntikan inferon sempena haemoglobin (HB) yang low gila-gila. So, ada balance 7 days to go lagilah. Perasaan? Sumpah dah redha serah diri dekat klinik tiap hari. Sakit macamana pun, dah reti nak be strong dah.

Last HB 8.1gdl je. This coming 22/3/2017 ada review lagi. Semangat jugak nak tau HB naik berapa banyak.

So, tadi kena cocok. hmmmm. Padan mukalah. Sape suruh duk fikir sangat sakitnya sampai lupa nak lembutkan otot masa kena cocok tu. Effect dia, sakitlah padahal boleh je kurang rasa sakit tu kalau watlek. hehhh

Takpe, ada 7 kali lagi jarum. Kena usaha lebih pasni. kekekkk

Nak throwback sikit masa memula nak kena bagi inferon nih. Bila doktor dah bagi kata putus "okey, hari ni start inferon k" tapi dalam hati punyalah merintih merayu meraung kata tak nak inferon tak nak inferon please tanakkkk!

Sebabnya i dah baca pengalaman mommies yang dah dapat suntikan inferon ni. Agak seriau jugekkk. Tapi nak buat acane kan. Demi baby. T_T

So, i okey je.

Tapi kan, tapi kannn. Alhamdulillah. Sebab everything happens for a reason gaisss. Even lah kan sakit kena jarum inferon tuh, i still bersyukur sangat sebab rezeki dapat nurse yang baik. So, kena cocok pun tapi nurse layan baik gile sampai balik-balik tanya "okey tak ni? okey tak?" rasa sakit pun macam kejap je dah hilang. thanks nurse Junaidah and nurse Diana. Siap buat i gelak-gelak lagi gituu.

Rezeki wehh.

Tu lah kan. Actually macam ni. Kita ingat kita tak boleh tapi kita lupa yang Allah tu Maha Mendengar. same thing goes to me lah. Lepas dapat tau nak merasa inferon, i just mintak Allah bagi kekuatan je. And alhamdulillah lah. Even nurse kata,

"kalau rasa nak menangis, menangis je. kalau rasa nak menjerit, menjerit je sebab saya tau jarum ni memang sakit."

haa see. Nurse sendiri mengakuinya. Inferon sakit. Tapi syukurlah i rasa sakit kejap lepas tu dah boleh huhahuha dah. ekkekekk

Yang penting, kena postif je lah ye.

Toodles!

posted from Bloggeroid

Air m*ni pada seorang budak


Kelmarin tengok 999 dengan my mum dan adik bongsu yang umo 7 tahun. Adik masa tu tengah galok mewarna sebelah mak. And then keluar satu isu viral seorang lelaki menyimbah air mani pada baju seorang wanita. ekkk

Bila wartawan tu just sebut perkataan air mani je, i dengan mak terus respond. Air mani kot ko simbah tu. Dekat public lak. Rasa marah lah kan and weols cakap-cakap dua beranak. And tetiba tu juga adik i yang diam dari tadi sebab duk khusyuk mewarna menyanyi.

"Air ma*i, air ma*i" with his own music.

i dengan mak terus hoiii. Ko nyanyi pebende tu dik oiii. Boleh lak dia buat lirik lagu. Mak terus kata no tak boleh. Tak boleh cakap macam tu. And then taulah budak-budak kan. They need more explanation!

"Kenapa tak boleh sebut?"

ah sudah dalam hati. i diam je serah pada mak untuk menjawab. ekekekk

"Tu untuk orang besar je. Nanti adik dah besar, adik tahu k."

Then budak tu senyap sambung mewarna. I taktau either dia ambik pusing pasal explanation tu or what sebab coloring activity dia macam lagi penting i tengok.

Toodles!
posted from Bloggeroid

Sunday, February 19, 2017

Susu mengandung yang mana best?


Masa awal-awal mengandung dulu, semangat k beli susu untuk ibu ngandung. Susu mahal lak tu. Anmum Materna gittew. Yelah, ni kan anak sulung. Sebagai mak yang prihatin, i nak yang terbaik untuk first pregnancy ni. Itu awal ngandung eh. Tapi masuk je bulan ketiga, susu tu dah takleh nak telan. Rasa macam entahlah hanyir ke apa. Tapi memang takleh masuk.

Dahlah leher tak nak terima, malas lak tu nak bancuh. Suami pulak gigih tetiap hari suruh minum susu minum susu je. Dah macam mak-mak. hahahaa. End up, i stop minum susu Anmum Materna tu. Rasanya bukan masalah susulah. Baca dekat google, orang lain minum boleh je. Kata sedaplah, tak mual lah. I think, memang masa tu im the one yang tak boleh nak terima rasa susu.

But then, i cuba minum susu kotak pula jenama HL yang takde perasa. Ambik yang biasa je konon nak feel rasa susu tu. ekekekk. Alhamdulillah, HL sesuai ditekak dan i terus minum susu tu je. HL sedap tau. Manis pun ada, eh memang sedaplah.

Cuma, tak lama sangat i minum HL ni sebab jenuh nak ke supermarket balik-balik. Kalau ada singgah, beli. Kalau takde, i tak minum susu lah. Kira masa ni dah on off minum susu tu.

Pastu tetiba, boleh pulak nak cuba minum vsoy. Satu-satunya air kacang soya yang tekak i rasa sedap bila minum. Other brand, i tak in sangat. Tapi dengan vsoy, i boleh minum sensorang takyah geletis nak share. hihi. Vsoy ni lama sikit i amalkan.

Siapa sangka jodoh dengan vsoy pun tak lama. Masa pergi check up, nurse suruh i stop minum susu kacang. Dia kata sebab tulah darah tak naik-naik. Tempe, air kacang soya its a big no for me. Patutlah darah i sendu gila nak naik. Dahlah membantai air vsoy tu sampai tak ingat donia. Ingat bolehlah. So, stop vsoy. Tak memasal HB drop lagi kang.

Sekarang, i stay dengan my mum. Dia bebel kenapa tak minum susu. Nanti kesian baby dalam tu tak cukup kalsium, tulang tak kuatlah apalah. My mum bebel i sengih je. Esok-esoknya, weols pergi Servay dan cari susu untuk ibu mengandung. Since i ada around 1 month lagi macam tu nak deliver kan. So, takpelah. Pulun minum susu sebagai alternatif nak baby kuat.

At first my mum nak i beli Anmum Materna tu balik. Tapi i tolak. Tak nak. I nak cuba brand lain pulak. Cari punya cari, ada jumpa brand Enfamama. Susu Enfamama ada dua flavour which is vanilla dan coklat. My mum tak kasi ambik coklat sebab yelah nurse pun tak suruh i minum milo, so my mum ingat perasa coklat tu kira sepupu sepapat milo jugalah. Last choice, perasa vanilla. I pun macam okey sebab bila imagine rasa aiskrim vanilla, not bad juga rasa dia. Haraplah susu enfamama perasa vanilla ni sesuai dengan anak tekak.


Malam masa beli susu enfamama tu i dah start minum. Semangat k bancuh yelah susu baru katako. hahahhaa.. Bila minum, eh sedaplahhhhhh. Ye memang sedap sebab rasa vanilla giteww. Yang best enfamama ni, ada versi suam dan sejuk. Nak buat sejuk pun boleh. Tu yang syok tu. Dan kalau kita minum tapi tak habis. Boleh simpan dekat peti sejuk. Tapi kena minum dalam masa 24jam lah.


Enfamama pun macam Anmum Materna. Ada sudu kena bagi. Senanglah nak bancuh kan. Ikut je resepi yang dah disediakan. Honestly, memang manis sebab i betul-betul ikut sukatan yang dia bagi. 200ml air suam bersama 6 sudu serbuk susu. 6 k sebab tu manis tak hengat. I minum sehari 2 kali tapi my mum bising suruh minum 3 kali sehari. huuuu

Dah nak dekat due baru terhegeh pulun minum susu. T_T

Toodles!

posted from Bloggeroid

Saturday, February 18, 2017

Pengalaman suntikan inferon masa mengandung sebab anemia

Pernah dengar suntikan inferon tak? Ala, yang jarum dekat ponggong tu untuk mommies yang pregnant sebab haemoglobin (HB) rendah kemain lagi. Suntikan inferon ni if i tak silap suntikan zat besi untuk naikkan darah mommies yang ada anemia in pregnancy. Anemia tau kan? Yang kurang sel darah merah tu.

Tapi nurse dan doktor takkan bagi terus suntikan inferon nih. Mommies akan diberi chance dulu. Makanlah apabenda yang boleh naikkan HB dalam masa yang singkat. Kerang ke, ikan bilis ke, bayam ke apa semua. Makanlah. Mommies akan diberi tempoh percubaan gittew.

Bila dah sampai masa, check balik HB tu tapi tak naik-naik juga atau lagi teruk menurun. Haa, dengarlah kata-kata hikmat "okey, kita bagi inferon." Dah dengar word inferon tu, jangan pulak ingat ubat-ubat nak bagi uols telan tau. Inferon ni adalah sejenis suntikan yang akan dicocok pada ponggong 10 hari berturut-turut ye puan-puan. No excuse!

Macam kes i, huwaa. Mati-mati ingat tak kena sebab dah nak dekat due kan. So konon ala tak sempat jugak tu. Sekali kau tanpa apa-apa makluman awal, doktor kata "hari ni kita start cucuk inferon sampai 10 hari yee." Tak menyempat langsung nak ready mental dan ponggong. hewheww. Lepas dengar doktor kata macam tu, jantung terus dup dap dup dappp. Oh makkk! T_T

Doktor nak check pulse pun tak dapat sebab laju sangat dia kata. Nurse menyampuk, "terkejut lettew nak kena cucuk inferon." i taktau nak respond apa sebab memang betul pun terkejut. Ingatkan nak scan baby dalam perut je. Alih-alih doktor bagi surprise inferon sebab dalam masa seminggu tu darah i turun dari 8.2gdl ke 8.1gdl.

Maka, secara rasminya pada 16/02/2017, i dapat suntikan inferon tanpa tawar menawar atau berdolak dalih lagi. Doktor kata tak boleh nak postpone sebab due date dah dekat tapi HB sendu gila. I dah redha. Kalau inferon tu jalan terbaik, i follow je doktor asalkan baby dengan i sihat walafiat.

Untuk first day, nurse akan jarum dua kali. Sekali untuk percubaan samada badan i boleh terima atau tak inferon tu. Dos dia bagi pun sikit sebab nak try je kan. Lepas cucuk sekali, nurse suruh rest kejap dalam masa setengah jam camtu nak tengok kalau ada apa-apa effect macam i muntah ke, pening ke.

Alhamdulillah, untuk tester tu i okey. Takde apa jadi. I cool je, badan pun rilek. So, maknanya inferon ni sesuai dan bolehlah diteruskan sampai 10 hari.

Sekarang masuklah part menyayat hati. Part i start kena jarum even cuma percubaan. Untuk percubaan, dos inferon sikit tau. Nurse akan bagitau awal-awal jarum ni memang sakit. So, kena get ready. Apa yang i perlu buat is tarik nafas dan hembus slow-slow. Nurse cucuk jarum je, i dah dapat rasa. Then nurse kata, "sekarang saya akan masuk ubat ye." i respond hmm hmm je. Speechless sebab tengah nak calm down. Nurse pun apalagi, sambunglah tekan masuk ubat. Yes, i boleh kata memang sakit tapi i tahan. Big girls dont cry kan. huhu. Bila nurse keluarkan je jarum dan kata dah, i lega but at the same time sakit dia mula menyengat uolsss. I tak gerak-gerak. Stay je baring statik dengan posisi mengiring tu.

Lama kelamaan, rasa sakit tu dah berkurangan. Ambil masa jugaklah nak cool kan rasa sakit tu. About 15 minutes. Haa pastu nurse tanya okey ke tak. I kata okey no problem. So, bolehlah proceed ke suntikan dos pertama katanya. I pun okey okey je. Yelah, kalau jawab taknak pun macamlah boleh kan. Proceed je lah.

Untuk suntikan dos pertama, real amount akan diberi lebih banyak dari yang percubaan tadi. Nurse tunjukkan juga. Tapi takkanlah i nak snap gambar. Uols imagine je eh. Macam biasa, nurse akan inform dulu kalau dia dah start nak jarum so bolehlah get ready mental. Honestly, second punya jarum sakit uolsss. I siap menjerit kecik lagi sambil gigit hujung tudung. Dan sakitnya lebih menyengat selepas jarum dikeluarkan. Huwaaaa. Thats why lah nurse tak suruh bangun terus. Rest dulu dalam setengah jam.

Finally, selesai suntikan pertama. Lega gilaaa. Ala, lega untuk hari tu jelah sebab ada balance 8 days to go lagi. Sabar jelah.

Nurse pesan, sepanjang i dapat inferon jangan makan pil hemanitik dari klinik. Kena stop. Okeylah tu kan. Lepas kejap hazab nak menelan ubat iberet folic. Makan pula, syukur alhamdulillah takde pantang apa. I mean bukannya semua makanan boleh dibantai. Yang mana dah jadi larangan masa mengandung tu janganlah diambik macam kafein tu semua. Jangan.

Setakat ni, i okey dah dua suntikan i dapat. Belah kanan sekali, belah kiri dua kali termasuk yang tester tu. Nurse akan jarum punggung tu gilir-gilir ye. Hari ni kanan, esok kiri. Lusa kanan, tulat kiri. Haa camtulah jadualnya. Untuk kurangkan rasa sakit kot. Masa tidur pun okey takde masalah sangat. Cuma kadang memang boleh rasa kesan dia lagilah. Mengikut pengalaman mommies yang dah dapat inferon ni, lama jugak kesannya nak hilang. Anak dah umur 2 tahun pun masih rasa-rasa lagi. Lama gila kan? Takpelah rezeki memasing.


i bukan nak takutkan uols dengan suntikan inferon ni. Tak. Its just, kalau mommies dapat struggle naikkan HB sampai paras normal, itu lebih baik. Janganlah berangan atau bermimpi-mimpi nak merasa inferon ni kalau tak dapat tahan sakit. Doktor dan nurse sendiri dah cakap awal-awal suntikan inferon ni sakit sebab ubat dia pun hitam legam pekat k. So, haruslah sakit. Tapi, kalau dah rezeki dapat inferon. Tabah jelah demi anak dalam kandungan. Macam i.

Toodles!

posted from Bloggeroid

Monday, February 13, 2017

Harga aiskrim pun naik


Selain aiskrim Malaysia, aiskrim ni pun fevret gak sebab murah. ihikss. Aiskrim yang ni, i dengan siblings panggil aiskrim patah sebab boleh patah jadi dua awak satu, saye satu.

Rasa dia takdelah best mana pun sebab flavour tak sekuat aiskrim Malaysia yang ada perasa milo, bandung, oren, etc etc.

Tapi since dah namanya aiskrim, ia tetap sedap bila dimakan sebagai kudapan especially masa cuaca tengah panas menggila. Dulu, masa zaman budak-budak i, famous gak aiskrim patah ni. Kena jual doplohsen je.

Tadi i suh adik p beli sebab teringin lak nak menjamah aiskrim patah tu. I was shocked! Harga doplohsen tu dah naik jadi RM0.30 uolsss. Whyyy? huuuuu

Kalau dulu dengan RM0.60 i boleh dapat 3 batang aiskrim patah tu tapi sekarang dengan nilai tu i cuma dapat 2 batang jew. Cepatnya masa berlalu dan harga aiskrim pun dah naik.

posted from Bloggeroid

Saturday, February 11, 2017

Lawatan nurse masa mengandung ke rumah


Pagi tadi ada call dari klinik kesihatan. Tapi tak sempat nak sambut. So, try lah call balik tanya kenapa call. Rupanya ada nurse nak mai datang rumah buat lawatan. I pun terkezut sebab masa call tu orang klinik kata nurse dah on the way.

i apalagi, kelam kabutlah kemas bilik. Kot nurse nak check perut ke apa ke yang memerlukan ruangan khas kannn.

Tak lama lepas tu, ada dua orang nurse datang. Masuk je dalam rumah, nurse terus suh i ambik buku klinik. Sorang nurse tulis-tulis dalam buku. Yang sorang g minta i untuk baring. Ingatkan nak check perut rupanya nak ambik tekanan darah jew. So, takyahlah bawa masuk bilik.

Prosesnya tak lama pun. Nurse cakap-cakap sikit je sambil ingatkan date date yang penting. My mom sampai tak sempat nak hidang air pun. Pastu nurse minta diri untuk balik.

Haa, kejap je kan? Ingatkan prosesnya panjang. oHye, tak sangka pula nurse akan datang buat lawatan even hari sabtu. Ingatkan cuti. Hihi

Sepanjang i pregnant, sampailah dah nak masuk 35 minggu. Ni lah first time nurse datang buat lawatan ke rumah. So, thanks pada nurse Najwa dan nurse Sal. ekekekk

posted from Bloggeroid

Friday, February 10, 2017

Kegigihan minum air kosong

Semenjak mengandung, payah sangat i nak menelan air putih. Awal mengandung lagi teruk. Air putih tu, bila lalu tekak je rasa pahit semacam. Terus reject.

Tapi takdelah langsung tak minum air putih. Ada jugak tapi rasanya boleh kira pakai jari kot berapa kali.

Orang kata, tak elok kurang minum air masa ngandung ni. Sembelitlah, nanti nak bersalin susahlah. Taktaulah betul ke idok sebab ni pun pestaim i ngandung.

I minum gak air putih. Tapi air tu mesti sejuk. Tak sejuk, tak selera. Air sejuk pun tak elok minum masa mengandung. Huwaaa. Tapi i degil. I minum jugakkk. Tapi dah masuk last trimester ni, i kurang-kurangkan sikit.

Kalau search dekat google, i gerenti mesti banyak tips atau cara nak minum air putih atau air kosong ni dengan mudah kan? i pernah jumpa dulu. Dia macam jadual untuk u minum air putih so that senang uols nak set masa. Kena disiplin lah baru boleh jalan.

Ada banyak lagi cara lain.


Tapi untuk diri i sendiri. I just sedia satu botol yang agak-agak besar then isi air penuh-penuh pastu pergi mana pun seret je sekali botol tu. Especially sebelah tempat tido.

Botol ni pun, mom i yang punya. I suka tengok sebab macam cantik and sekaligus meniupkan semangat i untuk lebih gigih minum air kosong dengan lebih banyak.

posted from Bloggeroid

Thursday, February 9, 2017

Berjauhan dari suami


Tata husbandddd! Sob sob sobbb. Jumpa before i due yeeee.

Dah masuk 34weeks ni, i tinggal jauh beratus batu dari husband sebab dah request nak bersalin and terus berpantang dengan mak sendiri. Husband lak masih kerja takleh nak ikut stay dengan i. Berat hati juga nak jauh dari dia. Tapi bila fikir balik, takpelah. InsyaAllah i okey.

Since ini anak sulung, i lagi prefer nak mak sendiri jaga. Bukan mak mentua takleh jaga tapi entahlah. Naluri meronta nak duduk dengan family sendiri sambil tunggu due date yang bakal tiba.

Husband okey je sebab dia nak i selesa. So, thanks to him sebab faham wife dia yang banyak cekadak ni.

Memula macam takpelah nak tinggal dengan husband dan biar keluarga dialah yang tolong jaga dua minggu awal pantang tu. Tapi lepas google semua apa yang i bakal hadapi masa berpantang nanti which is banyakkkkkkkk! So i tukar plan. Husband dah sah takde pengalaman. I dengan mak mentua laks masih malu-malu. Takut nanti i berat mulut nak minta tolong dengan mak mentua. i ni memalu kucingggg. hihi

Lepas dah habis fikir, okey! i nak mak sendiri jaga. Lagipun, mak i tak kisah nak menjaga. hee. Tapi ada pengorbanan lah which is kena berjauhan dari suami terchentaaaaa. ohemgeeee! cian husband i.

Cian cian pun, i kena fikir diri sendiri. I perlukan keselesaan tahap maksimum so that taklah i serik nak mengandung lagi kan. And insyaAllah, husband akan turun padang jumpa i sebelum due atau masa due. I suh ambik extra cuti lagi.

posted from Bloggeroid

Tuesday, February 7, 2017

Penting ke saiz perut masa mengandung?

Assalamualaikum and hi

Kawan i baru-baru ni dah selamat bersalin baby girl. So, sambil-sambil ucap tahniah sambil tu jugaklah i korek pengalaman dia masa nak deliver tu. Agak menakutkan juga, tapi i positifkan diri.

Dia bersalin masa kandungan dah cecah 36 minggu and i was like, "ko biar betul???"

Terkezut sebab tak sangka baby boleh keluar seawal ituuu. And now, i dah 34weeks. Ko raseeee? i dah start nervous day by day okey. Huhu

Dan di minggu ke 34 ni jugaklah baru i terhegeh-hegeh nak balik tempat my own mother. Dah plan awal nak balik sana tapi u know manusia hanya mampu merancang tapi Allah jua yang tentukan.

Alhamdulillah i dah selamat sampai di rumah family sendiri. So, boleh chill and tenangkan diri sambil-sambil tunggu due date on 20.3.2017.



Even i dah masuk 34 weeks something, tapi baby bump memang tak besar. I taktau pasaipa. Mungkin sebab i memang jenis badan kecik kot. Taklah risau sangat sebab tiap kali check up pun nurse kata okey. Scan every month pun doktor tak complain apa-apa. Lagi satu, i ni rajin cari info dekat google. Hehe. Ada je pun mommies yang perut kecik sampai bersalin. Tapi bila anak lahir, bambam gakss. hii

Tapi jangan taktau. Even baby bump i tak semegah mana, tapi baby duduk dalam ya Rabbi aktif tak hengattt. Dia punya movement memang i takleh nak control. Senget menyenget perut jadinya. Tido malam pun boleh terjaga sebab baby masih bergerak. Kadang bila gerak kuat sangat, i sampai boleh rasa sakit. Pastu husband usap-usap perut sembang ngan baby kata, "slow-slow sayang. mama sakit." Lahaiiii. Sebak seminit.



So, tak kisahlah baby bump kecik ke besar ke. Dugaan tetap ada. Susah nak tido malam, sakit belakang, sakit pinggang, nak bangun dari kerusi susah, nak tunduk ambik barang atau duduk atas lantai kemain lagi payahnya. Cuma yang melalui dapat faham situasi tu. Syukurlah i dapat husband yang faham.
posted from Bloggeroid

Monday, February 6, 2017

Sabtu dan Ahad cuma RM1

Assalamualaikum and hi.

Hoi hoi hoiii. Tadi tetiba ngidam nak minum slurpee dekat 7 Eleven (7E). So, gigihlah i bawa husband singgah 7E tu demi Slurpee semata-mata.


Slurpee ni sedap sebab dia macam ais hancur berperisa gittew. Kena minum cepat-cepat sebab bila dah cair macam kureng sodap sikit. Pada i lahhhh. And fyi, Slurpee ni minuman yang bergas tauuu. I tau tak elok untuk wanita hamil cam i tapi nak buat caner. Dah nak sangat minum.

Selalunya i nampak Slurpee ni ada 2 flavour. Eh 2 ke 3 ye? Ala lupa ah. Tapi depends jugaklah sebab lain 7E, lain flavour depa ada. Macam yang tempat i singgah ni, only available 1 perisa je. Sodih sangat beb. Kalau ada 2 flavour, boleh campur sekali. And dont worry harga tetap sama.

So, slurpee ni ada 3 jenis cup. Cup paling kecik bersaiz 12 oz, cup sederhana and lastly yang large punya tapi sorry gile-gile sebab untuk saiz sederhana dan besar i lupa berapa oz. Ekekekee.

Harga pula, yang saiz paling kecil RM2.35. Saiz sederhana RM2.65 and yang besar RM3. Kalau i tak salah ye uolsss. Tapi range harga macam tu lah.

Since i nak merasa je Slurpee ni kannnn. Maka, i ambiklah saiz kecik. Jimat pon jimat. Hahahhaa. Okey, i isilah slurpee masuk dalam cup i. Ohye, nak ambik slurpee ni self service ye. Takde staff tolong tuang. Senang je. Ikut arahan yang diberi and jangan gelojoh. Kang tak memasal tumpah slurpee tu kang.

Dah isi, uols check lah dekat-dekat mesin slurpee tu kalau ada penutup cup disediakan. Kalau ada, ambik je and then terus bawa ke kaunter. Kalau cari tak jumpa, takpe bawa je pergi kaunter and tanya cashier dia. Sebab kadang penutup dia kena simpan dekat kaunter. Tapi tadi i nampak ada dekat mesin tu. So, ambik jelah tinggal bawa ke kaunter untuk bayar.

Okey masa ni i taktaulah patut berlaku ke tak. I dah tau harganya untuk cup tu sebab dah tulis siap-siap kan tapi i still tanya cashier tu berapa. Hahahaa. Bengang tak bengang. Tapi bila cashier tu kata "RM1 je", i pon macam reply dia kata "Hah??! Oh okey okey." SERINGGIT je uolsssss. i ingat RM2.35. So, bayarlah tanpa tanya apa-apa dekat cashier tu.

Dah minum sedap-sedap, terdetik nak update dekat wechat. Kahkahkahhh. Dasar kpochi betul. Lepas dari tu adalah kawan dekat wechat komen kata setiap hari Sabtu dan Ahad 7e memang jual RM1 je minuman slurpee untuk saiz kecik tu. Lulss. Terasa lambat update diri ini. Hahahahhaaaa. Baiklah.

Kesimpulannya, kalau uols nak beli slurpee ni dengan harga RM1 je. Boleh beli pada hari Sabtu dan Ahad ye. Haa minumlah ko 10 cup punnn. Hihii

posted from Bloggeroid

Friday, February 3, 2017

Demam dan terima kasih

Assalamualaikum and hi.

Dua hari lepas husband sakit. Kelmarin pun tak pi keje dia ambik MC sebab memang tak larat sangat-sangat. Badan lembik, pastu kejap panas teruk, kejap panas surut.

So, i gigih google untuk cari cara redakan demam orang dewasa. Macam-macam cara i jumpa tapi i tak buat semua. Buat yang mana relevan je.


Tau kembang semangkuk? Yang tu ada standby dekat rumah so senanglah. i pegi ambik rendam dengan air panas pastu biarkan beberapa jam sampai sejuk baru kasi husband minum. Rasa dia memang tak sedap. Yelah sebab minum plain macam tu kan. So, husband request buh gula sikit. Sikit je bagi ada rasa manis-manis manja gittew.

Kembang semangkuk ni bagus untuk kurangkan panas dalam badan. Kena balik-balik minum. Kalau takat minum seteguk memang tak jalanlah. Orang selalu buat laici kang guna kembang semangkuk ni. I tak pernah cuba lagi. Susah betul nak cari buah laici yang sedap. Ciss

Dah guna cara minum kembang semangkuk, i cuba laks guna kain basah lap-lap badan dia. Adik i MA. Dia pesan, kalau lap pakai kain basah tu jangan di seret kat badan. Main dap dap je. Ala ala dap foundation dekat muka tu. Skill macam tu lah tapi apply kan dekat badan.

Lepas dap dap badan, letak kain basah di bahagian tengkuk dan kedua belah celah ketiak. Biarkan dulu dalam beberapa minit pastu recheck balik tuala-tuala tadi. Husband i punya, i check ya Rabbi tak letak lama mana pun tapi kejap je tuala tu jadi suam. Haa yang ni i buat beberapa kali alhamdulillah dengan izin Allah kurang panas dekat badan. I buat masa siang je. Tak buat tengahmalam atau subuh takut menggigil kesejukan.

Tak cukup tu, i basahkan kepala husband. Basah-basah manja je. Janganlah basah bersungguh. Kesian pulak. Biar dia rasa fresh jew even tak mandi banyak kali.

Untuk mandi, i tak bagi dia mandi air yang betul-betul suam macam heater tu. Nampak macam manja sangat. Hihi. so, i campur air panas mendidih sikit dengan air paip biasa. Kira macam air mandian dia tu tak suam, tak sejuk. Yang sedang-sedang je asal tak gigil lepas mandi. Kang hypo laks husband i. Dia mandi 2 kali sehari. Awal pagi and before senja. Tengahari, i just basahkan kepala dan lap-lap badan bagi surut panas.

Kalau cakap pasal ubat, yes dia memang taat makan ubat ye tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Kalau i, memang tak galakkan sangat makan ubat ni semua. Tapi nak buat acaner. I bagi je sebab antibodi kita kan lain-lain. Lagipun, antibodi husband memang lemah. MIL cerita, masa husband masih baby dulu tak dapat BF lama sebab MIL operate. Dapat minum sikit jew. Lepas MIL balik dari hospital, air susu dah takmo keluar. Maka, minumlah husband i susu formula. Tskkk. Yelah mungkin dulu-dulu tak famous lagi pasal milk booster ni semua. Laa ni baru pengetahuan pasal milk booster ni bersepah dekat internet. Takpelahhhh. Benda dah lepas kannn.

Ujian jugaklah dua hari jadi personal nurse husband nih. Sebab i kan mengandung. Tengahmalam husband selalu mengerang kata sejukkkk walaupun kelajuan kipas hanya pada nombor satu wakkkk. Kesian punya pasal even husband tak kata pun, "yang off kipas boleh?". Tapi disebabkan common sense yang ada diri, maka i redha off kipasss. Uhuhuhu.

So, pagi tadi husband dah pegi keje since demam pun dah kebah sikit. Sempatlah i wasap tanya dia okey ke tak? Then dia reply okey. Satu ayat dari dia buat i macam terharu. Dia ucap thanks dekat i sebab jaga dia masa sakit. Huwaaaaaa. Ghase nak nangis sesungguh wehhhh. Segan lak bila husband kata macam tu. Yelah, kita kan isteri memang patut pun jaga suami masa sakit.

Husband and wife dekat luar sana, jangan pernah berat mulut untuk say thanks pada partner anda. Even wife cuma bancuh air teh kosong jeponnnn. Ucaplah terima kasih. Perkataannya ringkas tapi maksudnya sangat mendalam. At least, boleh ajar anak-anak untuk belajar ucap terima kasih pada orang lain. Most of things datangnya dari rumah dan ibubapa itu sendiri. Gittewwwwww.

posted from Bloggeroid

Thursday, February 2, 2017

Mereput vs Mengumpat

Assalamualaikum, hi.

Dah lama i menganggur lepas dapat berita mengandung hari tu. Dan-dan ngandung, dan-dan tu jugak family pakat suh berenti keja dan lepak je dekat rumah jaga kandungan.

Memula seronok gak takyah serabut pikey pasal keje kan. Tapi lelama, ya Rabbi. Rasa macam duduk dalam gua kot tak bergaul dengan manusia. Mereput.

But then, adalah satu masa tu kengkawan ajak keluar sebab dah lama kan weols tak jumpa. Ko tau lah perempuan ni. Weakness dia, bila dah lama tak jumpa, pastu tetiba berkumpul. Habis sume gosip si itu si ini keluar.

Astaghfirullahalazim. 😂

Lepas tu kan, barulah i sedar. Elok lagi mereput dalam rumah daripada jumpa manusia lepas tu duk mengumpat orang lain buat tambah stok dosa yang memang dah sedia menimbun oii.


Payah jugak ni. Duduk mereput dalam rumah salah, keluar ramai-ramai jumpa kawan duk mengumpat dosa.

Lagipun sekarang, i memang dah jarang jumpa kawan. Sebab most of kawan i pun masih single. I dah kahwin. Ni pun dah memboyot. Rasanya, memang dah makin payahlah kot nak keluar hu ha hu ha lagi. I tak kisah pon. Life dah berubah kot.

posted from Bloggeroid