Tuesday, March 28, 2017

Besok masuk wad, paksa bersalin

Esok nak masuk wad, serah diri. Paksa bersalinlah gamaknye. Sepatutnya due date 20.03.2017. Tapi dah overdue dah ni. Baby masih berjimba kat dalam. Taknak keluar jumpa 'peminat' dia lagi. luls anak aku! Retis sangatttt.

Masa 20.03.2017 tu, ada appointment dekat klinik. Sebab dah sampai EDD tapi tak bersalin lagi. Tu yang kena inform klinik to make sure keadaan mak dan anak baik.

Lepas appointment tu, nurse kasi chance lagi 3 hari sampai 23.03.2017. Kalau masih belum bersalin juga, pergi klinik semula jumpa doktor untuk scan baby.

Dah scan apa semua, alhamdulillah. Baby okey, i pun okey. Kepala baby dah kat bawah. Tapi entahlah baby masih belum ready nak jumpa i kot. Takpelah. So, doktor kata kita tengok lagi nanti macamana. Kalau 27.03.2017 pun masih belum bersalin, turun klinik lagi.

Tipulah kalau tak jenuh. Bosan pun ada. Tapi syukur alhamdulillah mak i sentiasa di sisi. Beliau lah yang duk selalu bagi semangat jadi pom pom gul pestu hantar i ulang alik pergi klinik. Tabah tau mak i. Love you mak! Anak kedua nanti nak stay dengan mak lagi ye. hihi

And yes, 27.03.3017 pun i masih steady lagi. So, marilah ke klinik. Pergi klinik, jumpa nurse.

"Mama tak bersalin lagi?"

I pun buat muka pasrah je. Nak buat acane nurse. Masanya tak sampai lagi. Bukannya tak nak.

Jumpa nurse apa semua. Dia kata kalau sampai 29.03.2017 masih belum bersalin, sila ke hospital untuk menyerah diri. Sebab dah habis talian hayat dah. Tak boleh nak kompromi apa lagi. Takut membahayakan baby.

I pun angguk-angguk jelah.


Hari ni dah 28.03.2017. Esok dah kena masuk wad. Rasa macam tak percaya je. Betul ke esok aku dah nak stay dekat sepital? uwaaaaa! Andy masih dekat Kota Kinabalu. Dia kata flight dia petang esok. I pulak plan nak serah diri tengahari. sobsobbb

Tau tak perasaan dia macamana? Rasa macam hmm. Nak bersalin kot. Bukannye nak pergi main paint ball seronok-seronok.

I nervous. Nervous sebab taktau apa rasa kena induce nanti. Adalah beberapa orang yang tau i bakal kena induce. Depa kata, induce sakit. I taktaulah macamana sakitnya. Sebab first time. Tapi bila fikir-fikit lagi. Sakit-sakit pun, macamlah i ada pilihan lain kan.

So, kena bawa bertenanglah.

fuh fuh fuhhhh!

Tak lama lagi life i akan berubah. Berubah yang macamana pun i sendiri taktau. Cuma Allah yang tau apa akan jadi. Mohon doakan kami anak beranak ye.

Kalau sempat, nanti i update lagi. Semenjak-menjak ni, rajin pulek i update blog khennnnn. huhuu

posted from Bloggeroid

Baru lepas dapat duit

Semenjak stay dengan mak sambil tunggu hari i nak bersalin ni, selalu juga ikut jalan-jalan. Pergi rumah makcik Leha, makcik Timah, makcik Jenab, makcik Peah.

Nak jadikan cerita, masa ni turn mak i dapat duit kutu. Ha ah, mak i main kutu. Bukan kutu garu-garu kepala tu. Kutu duit. Selain kutu, ada juga yang panggil tarikan. Nama lain, tapi konsep sama. Eh, uols main kutu juga ke? Tau tak APA HUKUM MAIN KUTU?


So, kitorang pun pergilah tempat makcik Jenab and the gang berkumpul. Sampai situ, macam biasalah. Sok sek sok sek dulu. Sambil soksek tulah makcik Jenab hulur duit kutu dekat mak i.

Okey, mak i dah dapat duit dia kan?

Kebetulan, makcik Peah yang jual barang kosmetik ada dekat situ. Dia ada bawa satu produk ni. Pada i, produk tu takdelah gempak mana. Harga pun boleh tahan mahal. Tak worth langsung kalau nak dibeli.

Ingat lagi makcik Jenab yang hulur duit kutu kat mak i tadi?

Makcik Jenab tu beria suruh mak i beli produk tu.

"Ko belilah ni. Ko kan baru dapat duit kutu. Alah, doploh hinggit je ponnn. Ko belilah. Pastu ko try produk ni. Aku nak try jugak. Tapi ko lah yang beli."

Nampak tak game dia dekat situ? Suruh mak i yang beli, tapi dia yang beria nak cuba pakai.

I tengok je reaksi mak. I tak campur sebab tu kan geng dia. I ni sekadar melukut di tepian. Perati jelah.

Faham tak situasi mak i? Dia baru dapat duit, pastu orang paksa dia beli barang sebab dia baru dapat duit, and then yang paksa dia beli tu kawan juga.

Mak i dah macam, duit taknak membazir beli benda merepek, tapi at the same time nak jaga hati kawan.

I paham situasi tu sebab pernah merasa.

Lepas drama push sana, push sini antara makcik Jenab dengan mak i, tetiba mak bersuara.

"Eh, kambing masuk dalam kebun ko lah Jenab!"

Makcik Jenab yang duk push push mak i tadi pun sebok cari kambing tu. Perhatian dia hilang kejap and then topik nak paksa mak i beli produk tu hilang macam tu jew.

kahkah!

I yang tarik nafas lega sebab mak tak termakan pujukan dan paksaan ittew.

Seriously, kalau uols ada habit macam ni. Please lah. Jangan dibuat selalu. Benda-benda macam ni berlaku depan mata i sekaligus buat i terfikir dan bayangkan how if i yang kena macam tu.

Tak suka kot!

posted from Bloggeroid

Panggilan eksklusif MAK BAPA

Dekat rumah, i panggil mak as IBU and apak as AYAH.

Macam lagu Sudirman tu. Tajuk 'Ayah dan Ibu'. Sila nyanyi dengan melodi sekali k. Kalau taktau, search dekat youtube.


Ayah dan ibu,
Itulah permulaan kami,
Dapatlah melihat bulan dan matahari,
Ahai


Nak lirik penuh, pi google sendiri.

Since i bakal jadi mak-mak ni, anak nak panggil apa nanti pun boleh jadi isu tau. Yelah, sebab kan anak-anak nak panggil kita sampai hujung nyawa. So, kena ada panggilan yang eksklusif sikit.

Meh nak buat list panggilan untuk IBU BAPA yang selalu kita orang Malaysia pakai. Kire glemer jugaklah sebab i selalu dengar.

Untuk mak,
IBU
MAK
UMMI
MAMA
MOMMY/MAMI

Untuk bapa,
AYAH
BAPA
PAPA
ABAH
BABAH
WALID
DADDY/DIDI

Baru i perasan, panggilan untuk bapa ni ada banyak eh. Selalu sebut atau dengar dari orang sekeliling je. Lepas buat short list sini, baru tau ada banyak versi.

Kadang pulak tu kan, kalau uols perasan, ada certain panggilan-panggilan ni macam dah 'di-partner-kan'.

Contoh,

MAK-BAPA/BAPAK
MAK-ABAH
IBU-AYAH
MAMA-PAPA
MOMMY-DADDY
MAMI-DIDI
UMMI-WALID


Kannn? Even tak semua, tapi kita ambik yang majoriti lah.

Lepas tu pulak, panggilan-panggilan ni semua seolah-olah mencerminkan siapa ibu bapa tu. I mean macam ni. Just my personal opinion k.

Kalau guna panggilan MOMMY-DADDY tu rasa macam wahhh! orang kaya ni. Banyak duit. ekekekk. Dalam drama pun macam tu. Asal rumah besar, anak sorang, kereta mewah, duit berkepuk, kerja opis syarikat sendiri, "HEY MOMMY! HEY DADDY! HEY, HEY!". ;p

Lepas tu, kalau macam UMMI-WALID atau UMMI-ABAH rasa macam soft je. Macam duduk dalam family ustaz ustazah. Nampak macam mak-bapa yang guna panggilan ni look matured gittew.

MAMA-PAPA pun lebih kurang macam MOMMY-DADDY gak. Fefeeling orang kaya. hee!

So sorry lah, ni just pandangan peribadi sahaja. Takde kena mengena dengan sesiapa and i tak tuju pada mana-mana pihak pun ye. So, silalah jangan nak terasa lelebih. T_T

Untuk i dengan Andy plak, hmm. Tak tetapkan lagi. Tapi pernah jugak Andy tanya, anak sesuai panggil dia apa? Automatik i kata, "ABAH."

Sebab bagi i panggilan abah ni dia macam matang, serius, tegas. And bila i tengok Andy, dia ada ciri-ciri tu. Rasa macam sesuai lah kalau anak nak panggil dia ABAH.

Tapi tak sure lagi kalau panggilan ABAH tu akan stick dengan Andy. Ko taulah manusia ni. Kejap macam ni, kejap macam tu. hihi

I pulakkkk. hmm. Nak suruh anak panggil ibu, i panggil mak i sendiri pun IBU juga. Rasa macam tak seshuai. Nak guna UMMI, pun macam something not wrong. Lagipun, mak sedara Andy dah ada panggilan macam tu. Heh. so what lah kan? huhu


Entah. I pun tak sure nak anak panggil apa. Tapi untuk sementara ni, i rasa seronok gelarkan diri i as MOMMY especially bila update status or post entri yang ditujukan pada anak yang tengah duduk dalam perut masa nih. Rasa macam panggilan tu cheeky cheeky sikit. Even i bukan orang kaya yang ada duit berkepuk-kepuk, tapi panggilan MOMMY tu rasa macam awet muda je. kahkah

Mommy lah sangat :D
posted from Bloggeroid

Sunday, March 26, 2017

Kelambu baby dekat MR. D.I.Y


Selagi baby belum lahir, selagi tu Andy asyik tanya

"barang baby dah cukup?"

"nak beli apa lagi untuk baby?"

"itu ada? ini ada?"


Andy sangatlah risaukan barang anak dia. Barang i ni cukup ke tak, takde pulak dibisingnya. hello Andy. I ni wife you kot. tsskk!

Actually, i bersyukur sebab Andy jenis yang bertanggungjawab dan ambik berat pasal anak dia. Kalau i, takpe la. Andy tau i boleh handle barang i sendiri sebab barang tu i yang pakai kan. So, sure lah i lebih tahu. Andy just hulur 'kaching', dan i menerima dengan senyuman yang super lebar! :D

Mula-mula i rasa macam tak perlu lah kelambu-kelambu ni semua. Nanti tak muat nak pakai letak atas katil.

Tapi keputusan berubah bila lately ni asyik hujan je. Dahlah hujan, nyamuk lak bebas berterbangan sana sini. Bila fikir balik, kena ada kelambu baby sebijik ni.

Bagitaulah Andy, kata nak beli kelambu untuk baby. Dia okey je. So, i survey lah dekat beberapa buah kedai. Paling murah jumpa pun around RM20++ something lah macam tu. Tapi masa tu hati tak terasa nak beli lagi. Kata, nantilah.

Satu hari tu, mak bawa jalan-jalan pergi Mr. D.I.Y, tetiba jumpa kelambu baby. Tengok harga, murah! RM9.50 je. i pun macam, "eh biar betol ni?" Tapi tak beli terus juga. Bagitau Andy dulu. Dia kata belilah. I kata takpe ah, nanti tunggu dia ada sekali baru pergi beli sama-sama. Andy pun okey.

Semalam jalan dengan Andy terus grab kelambu tu. Ada 3 kaler. Pink, biru and hijau. I ambik biru. Natural. Baby boy boleh, baby girl boleh. Kitorang nak tengok dulu acane rupa kelambu tu bila dibuka. Tapi tak boleh sebab dah packing mati. Zzzz! Nak tak nak, kitorang beli jelah.

Sampai rumah, kitorang bukalah kelambu tu.


Ni 'suis' nak buka. Cara nak buka, tarik je macam nak bukak payung.


Taraaaa! dah buka punnnn. Agak besar jugalah.


Haa tengok. Tak muat atas katil tau. Baby sorang jelah yang conquer tilam tu eh. Mommy dengan abah tido bawah :P

Ah bantai jelah. Pakai bila perlu.

Andy cadang nak beli kelambu hat besar yang boleh muat weols 3 orang atas katil. Tapi i rasa macam hmmm perlu ke, perlu ke? -.-

Takpelah dulu. Pakai je yang mana ada. Takleh membazir. Amalan syaiton awaaaaakk.

posted from Bloggeroid

Sedap ke ayam goreng McD tu?


Pappa rappappappp, im lovin it! sila nyanyi dengan irama yang betul.

Perasan tak McD ada iklan duk pung pang pasal ayam goreng dorang tu dekat tv? i tersangat-sangatlah perasan sebab masa ni tengah tunggu hari nak bersalin. So, banyak masa tercongok depan tv lah.

Sekali dua tengok iklannya, boleh tahan lagi.

"Apalah sangat ayam goreng McD tu."

Tapi bila dah berkali-kali tengok, fine!

"please, i must try this. pleaseeee."

T_T

Mak tak menahan. Godaan tak boleh nak tolak. Bunyi crispy dia tu even dengar dari tv je, betul-betul sampai ke tangkai jantung ni.

Since hari ni Andy nak fly balik Kota Kinabalu, dia bawalah pergi McD kelmarin. Ingatkan yang dia bawa tu demi nak memenuhi kehendak isteri dia ni. Rupenye, Andy dah tergoda sama nak makan ayam goreng McD tuh. Tapi cover line tanak tunjuk. Daaaaa 😒

Sebelum ke McD, i ada try google nak tau berapa harga ayam goreng McD tu. Sedap ke tidak? Kot lah ada blogger yang dah buat review khennnn.

Nan hadooo info yang i nak. yillek!

So, nak tak nak i dengan Andy pergi jelah McD. Tapi bukan drive thru. I suruh Andy parking dekat luar, biar i je yang masuk beli dekat dalam and take away.

Masuk je dalam McD, i tengok menu dekat skrin atas cari ayam goreng nak tau berapa harganya.

And berita baik, ada ala carte untuk menu ayam goreng tu! yihuu. Seronok mak tauuu. Yelah, niat weols laki bini nak merasa jew. Bukan mentekedarah. Kalau dapat sorang seketul pun jadilah sebab baca testimoni dekat ig kata sedap. So, kengkonon why not lah i pergi rasa sendiri kan? hailahh. Terpengaruh sudah.

Bila tengok harga, agak pricey juga ah. Untuk 2 ketul ayam saje, harganya RM9.85 ye dik non. Tu dua ketul je tauuu. Nak yang pesen set pun ada. Yang set ni macam biasalah. Ada minuman gas dan fries serta ayam goreng tu 2 ketul. Yang set ni harga dia RM13.65. Beza lebih kurang RM4 lah lepas dibundarkan.

Kalau nak beli ayam saja tapi dalam kuantiti yang banyak pun boleh. Nak berapa? 5pcs? Untuk 5 ketul ayam, harganya RM23.50. Apa? Tak cukup? Nak lagi banyak? Okey. 9 ketul ayam, harganya RM39.95. haa. Ko lantak lah 9pcs tu. Tapi lagi afdhal, share lah. Bagi-bagi rezeki Tuhan oii. Tapi harus diingat ye. Yang share box ni takde air ataupun fries. Ayam sahaje. Nak air, beli lain. Tak pun, minum je air putih. Jimat pun jimat. Sihat pun sihat selepas melantak ayams tu.


So, i beli yang ala carte, dua ketul ayam. Satu i, satu Andy. Cukup le. Ada 2 pilihan. Nak regular ke spicy. I ambik spicy dua-dua. Sebab bagi i, spicy dia lagi menggoda. Pedas-pedas ah ah gittew.

Dah order tu, ternampak lah pulak McFlurry Green Tea! hampeh nauuu. Dah lah tengah merindu green tea.

"Kak, tambah McFlurry green tea satu!"

McFlurry Green Tea ni pun agak pricey jugeee. RM6.99 satu. Tapi nak merasa punya pasal, pejam mata je lah nokkk. Ada option tambah red bean. Tapi harga dah lain ah. RM7.99. Since i ni bangsa yang tak suka sangat pada red bean, so jimatlah sikit dekat situ.

Kepok kepok duit i melayang you alls! takpelah. Bukan selalu, pujuk diri sendiri.

Dah selesai proses pembelian, terus bawa pergi kereta. Lalu, berpiknik lah kami laki bini makan ayam goreng McD yang masih panas-panas tu.

Komen Andy, pedas dia lain machiam dari KFC punya. Dia dapat drumstick. Katanya tak puas. heh!

Komen i lak, hmm. Comfirm lah lepas ni i singgah McD lagi. Sedap hoiiiiii. Memang sedap ayam goreng McD ni. Spicy dia i suka. Dah habis makan pun, rasa dia macam ada tinggal dalam mulut lagi. Tapi not worth sangatlah sebab i pun dapat part drumstick yang kecik cinonet. Baru nak menikmati, tup tup dah habis tinggal tulang. Sodihhhh

Kalau nak ikutkan, lepas tolak tambah darab bahagi semua, ayam goreng McD tu memang mahal sikit dari ayam goreng KFC. Tapi mahal-mahalnya pun, sedap juga tau. Dia punya rasa spicy memang ada lain sikit dari KFC. Kena sangat dengan tekak i. Boleh cubalah kalau nak.

McFlurry green tea dia pun boleh tahan sedap. Rasa dia, rasa Matcha ayoyo. ekekkek. Harga pun leh buat mata orang terjojol. Mahal nak meninggal untuk orang yang tak bergaji dan tak berkeje macam i nih. hee

But i guess, McFlurry green tea ni limited time only je kot. Bukan menu tetap. Nanti ada masa, tukar flavour lain lah plak. McFlurry cempedak ke, durian ke, rambutan ke. Wahh ko tempatan sangat.

Bak kata i sebelum ni. Sekali sekala kopek sebab makanan takpe kot. Janganlah sampai hari-hari. Tak memasal duit terbang, nyawa melayang.

posted from Bloggeroid

Sunday, March 19, 2017

Dating sebelum due bersalin

Kelmarin petang, mommy dengan abah pergi kompleks sukan. Nurse pesan dekat mommy, kena banyak jalan-jalan supaya senang nak bersalin. Ye ke? mommy pun taktau sebab inilah kali pertama mommy pregnant and awaklah anak sulung mommy, 'Asyraf my baby boy!'

InsyaAllah, nanti bila awak dah besar mommy bawa awak pergi kompleks sukan tu balik eh. So that awak tau yang mommy dah buat satu pusingan penuh jalan kaki untuk awak. Terkedek-kedek mommy jalan tau sebab kejap-kejap sakit perut.

Tapi, kalau mommy lupa. Pergi dekat abah tanya dia,

"Abah, mana kompleks sukan sibuga Sabah? mommy kata mommy pernah ke sana. Tempat tu ada tasik. Abah ingat lagi dak?"

Esok due date awak keluar. Tapi kan sayang. Mommy tak rasa apa-apa pun. Tok ayah pun kata mommy macam cergas semacam. Mommy dah naik risau ni. Tapi takpe. Mommy dapat rase yang awak aktif buat senamrobik dalam tuh. At least, mommy tau lah awak okey. Awak okey tak sayang? please be okay ye.


Haa, tu awak kat dalam. Masa ni mommy dekat Gentingmas Mall duk cari selipar abah awak. Pacik bongsu awak ada sekali tapi takmo ikut mommy snap gambar. Jual mahal betul! Mommy bukan boncit tau. Awak yang duduk kat situ. Awak dah 9 bulan dah.

Mommy nak save pict and moment ni. Kot lah nanti boleh throwback balik mengandungkan awak kannn.

Hari ni, abah nak bawa mommy jalan lagi. Tapi taktau p mana. Kot lah awak dapat signal dari mommy nak awak cecepat keluar. Abah dah tak sabar nak jumpa awak. Apatah lagi aunty awak yang duduk dekat Sarawak. Dia pun sama tak menyabar. Nenek, atok, aunty, uncle. eh ramai tengah tunggu awak ni.

K lah, nanti mommy tulis lagi. Abah dengan mommy sayang awak tau :D
posted from Bloggeroid

Friday, March 17, 2017

Pertama kali tertarik dengan manusia berlainan jantina

i mula tertarik dengan manusia berlainan jantina ni sejak zaman sekolah rendah lagi. I mean bukan nak ajak bercinta pun. Dia macam suka yang bersebab. Yelah, budak-budak kan. Suka-suka gitu jelah.

Masa tu, i baru darjah 5. And then adalah senior ni. I still remember his name. Padil. Dia darjah 6. Seingat i, dia aktif sukan dekat sekolah tu and then mak dia ke apak dia ke i tak ingat tapi one of his parents cikgu dekat sekolah kitorang masa tu. Padil ni kire glemer jugak dikalangan budak-budak perempuan sekolah i sebab entah, ada je yang berani nak usha dia.

I ni syok dekat Padil diam-diam je. Manalah dia tau. Padil tu pun bukannya kenal i sebab masa tu i ni pelajar yang pasif. Berbeza pulak dengan Padil yang aktif dan glemer ittew.

Tiap kali kitorang berselisih, i mesti jadi wanita Melayu terakhir yang tunduk-tunduk tak tengok dia. ececeyy. And kitorang pun tak pernah talk with each other. Its just i pandang dia, dan dia tak sedar pun yang i tengah tengok dia.

Actually kan, the reason i suka Padil ni ialah bila i tengok je muka dia, i nampak ini...


Kahkah. Berangan. Salman Khan.


Dari dulu i memang suka tengok hindustan. Dari sekolah rendah. Mula-mula memang minat Shah Rukh Khan. Tapi tak lama lepas tu, nampak pula Salman Khan, tetiba tukar taste.

And Padil lak masa tu i tengok muka dia memang nak 100% copy paste muka Salman Khan. Sebab tulah i boleh syok kat dia. Rasa macam jumpa Salman Khan dekat dunia realiti gittew.

Sampailah i naik darjah 6 and dia pindah sekolah, i terus tak tau dia pergi mana. Masa tu takde lagi zaman-zaman media sosial. No facebook, no wechat, no instagram, nothing. Even phone number pun takde. Yelah, masa I darjah 6 tak pegang handphone lagi. Last-last ending dia macam tu jelah.

Nak dijadikan cerita, lepas dah bertahun-tahun tu kan. Dari i lost him masa umur 12 tahun, last year umur i 25 tahun. Finally i jumpa Padil tu balik. Hohooo!

Macamana? Haa, sebab i kenal adik Padil, Nana. One day, Nana datang dekat tempat kerja i. Kedai spek. Dia nak buat spek. I lah yang start sapa Nana. Well, tu kan kerja i. Serve customer. Lagipun, i ni muka memang taktau malu sikit. Asal kenal je, memang i sound. Kena layan balik atau tidak, belakang cite.

"Eh, ni Nana kan?"
"Ye saya. Awak sape eh? Kita kenal ke?"
"Awak tak kenal saya. Tapi saya kenal awak. Dulu kita satu sekolah. Dekat SKTR."
"Oh ye ke? saya tak ingatlah. Maaf ye."
"Eh, takpe takpe. Tak penting pun. Hmm, Padil mana eh?"
"Padil? Ada. Jap ye tadi dia ada ikut sekali tapi.. haa tu pun dia. Tu Padil."


And bila nampak je Padil versi 2016 tu, punyelah i terkujat. Lol. Mana tempias muka Salman Khan yang i tengok 13 tahun dulu? Ni dah lain sangat ni.

Omg omg. Muka Padil serius dah berubah. Dah lain. Patut pun i tak dapat nak cam. Takde langsung bayangan Salman Khan. hihi.

Lepas Nana tunjuk je Padil, i just kata "ohhh". Tapi tak pergi tegur pun. Yelah, manalah Padil tu kenal i. Takkan nak cakap,

"hi Padil. Saya Tia. Kita satu sekolah. Dulu masa dekat sekolah rendah, saya pernah syok kat awak!"

gilee!

So, macam tu jelah. I saja nak tengok rupa Padil yang latest. Masih lagi ke ada rupa boyfriend i Salman Khan tu. Rupanya dah takde dah. Its gone guys.

Masa tu, tak sangka lah pulak boleh jumpa Padil tu balik. Rasa macam eh tak percaya pulak. Keciknya dunia ni. Tapi takde apalah. I bukannya serius sukakan Padil pun. Suka sekadar suka je masa sekolah rendah. Citer lama kot.

Now, i dah ada Andy. Namun begitu, Salman Khan masih menjadi idolku. Dan Andy tahu itu. ekkekekk

posted from Bloggeroid

Thursday, March 16, 2017

Due date nak bersalin dah dekat


Dah nak dekat due, nurse pesan kena rajin jalan-jalan. Tapi i tak jalan sangat pon. Jalan kejap, dah huh huh huh. Semput. Bila tengok dekat cermin tu i memboyot dengan jayanya, rasa macam wehh unbelievable betul lah. Mula-mula pregnant, flat je perut. Tapi sekarang, hewhewheww

20.3.2017 ni due date i. Lepas buat calculation pakai jari, hmm ada lebih kurang 4 hari lah macam tu. Hey! 4 hari kot, 4 hari. Bukan 4 minggu, bukan 4 bulan dan bukan juga 4 tahun.

4 hari tu, kalau kerja asyik bangun, makan, tengok tv je ulang-ulang memang dah tak rasa dah 4 harinya. Tau-tau dah baring dekat hospital. -.-

Nervous tu haruslah ada sebab baby sulung kan. Takde pengalaman lagi. Tanda-tanda yang doktor dan nurse keep repeat tiap kali pergi klinik pun langsung takde. Secara tak langsung, dia punya rasa ingin tahu tu makin membuak tau.

I asyiklah tertanya how lah rasa dia nak bersalin nanti yea? Contraction tu macamana? Braxton hicks tu rasa apa? Air ketuban?

Bukan i takde baca pasal tu semua. Ada. I baca like everyday kot. Tapi apa yang you baca doesnt mean itu yang you akan rasa. Kadang tak sama tau. Bagi i, membaca ni just untuk buat kita bersedia. At least, bayangan tu adalah sikit. Rasa contraction tu macamana, air ketuban bila pecah apa cirinya.

Conclusion nya, selagi i tak rasa sendiri, selagi tu rasa nak tau tu ada. Tak menyabo tau.

Paling penting, dah akhir-akhir ni i makin cuba fokus pergerakan baby. Kena make sure 10 pergerakan tu cukup. As mak-mak to be ni, risau dia tu of course lah ada. Kadang siap over lagi.

Esok Andy nak balik sini sebab dia dah start cuti. Manalah tau kan baby nak tunggu abah dia. I suruh dia pulun ambik sampai 2 minggu. InsyaAllah. Yelah, lepas i habis pantang kot baru balik rumah mentua. Kira-kira sebulan lebih juga tu. I nak berpantang dengan family sendiri. Ekekekk

Doakan lah i dengan baby selamat ye. Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan kami. 😂

Toodles!

posted from Bloggeroid

Wednesday, March 15, 2017

EX punya wedding


Actually tu wedding kawan i. Kawan se-universiti.

Dia macam ni tau.

I ada kawan, kita panggil je dia Melur (bukan nama betul) eh. Dulu Melur ada boypren. Boypren dia pun kawan i, nama Aiman (juga bukan nama betul k). Kite 3 orang memang friends. Tapi entah macamana i pun taktau cerita, ends up dedua dah break up. Putus.

Macam biasalah, yang pernah kapel then putus selalunya dah takde dah istilah kawan-kawan ni. Tetiba jadi stranger balik. Aku tak kenal kau, kau tak kenal aku. Titik. Selalunye lahhhh.

So, Melur dengan Aiman kira macam tu ah. Kalau selisih bahu kiri kanan pun, masing-masing buat taktau, tak kenal. Tapi i dengan Aiman masih kawan. Yelah, bukan i kot yang ada problem dengan relationship mereka. Nak buat apa ikut-ikut jadi stranger dengan Aiman. Be professional le kan.

One fine day, Aiman dah ada pengganti baru, lets call her Paridah. And nak dijadikan cerita, i pun kenal baik dengan si Paridah ni. Dia baik dengan i jugakk. So, memang boleh kawan. Melur pulak, frust lah kot sebab hmm Aiman cepat sangat move on dan dapat teman pengganti. Gila ko tak frust. Ko masih terkial-kial nak move on tapi ex ko watlek watpis dah ada kekasih baru. ngenggg

Tapi yelah, nak buat macamana kan.

Honestly, i tak berpihak pada sape-sape. Bukan pada Melur, bukan pada Aiman dan bukan juga pada Paridah. Even Melur tu one of my best friend tapi tu bukan alasan untuk i ikut jadi team dia anti Aiman dan Paridah. Tak aci kot. Tapi Melur faham. Dia okey je i kawan dengan Aiman and Paridah.

Sekarang, jodoh berpihak pada Aiman dan Paridah sebab this coming holiday dorang dah nak kahwin. Congratulations! I rasa, Melur pun dapat invitation tu kot. I pun dah sah dapat tapi sayangnya jauh nak pergi plus dekat dengan due i pulak tu. Tak memasal beranak dekat majlis kahwin orang pulak kang. Buat huru hara je.

Tapi baru-baru ni Andy ada pergi majlis tunang crush dia. Jealous? of course lah i ada jealous sikit. Ex crush husband kot woi. Tapi i watlek watpis tawakal dengan Allah. Ko nak jeles berapi bagai buat apa? Hati orang, Allah yang jaga. Ko doa je lah minta Allah jaga hati partner ko tu.

Sebelum Andy pergi, i siap ngosek dia, "you jangan nangis tau tengok si Melah tu kena sarung cincin nanti." sobsobb

Toodles!

posted from Bloggeroid

Thursday, March 9, 2017

Jodoh sebelah UiTM


Ni gambar masa photoshoot lepas nikah. I mekap sendiri. Jimat! kahkah

Today is our first wedding anniversary! Tak ada majlis, tak celebrate and tak ada hadiah. Masing-masing cuma wish dekat whatsapp je pagi tadi sebagai tanda saling mengingati.

"happy anniversary you."
"happy anniversary too."


I tak sangka dah setahun i jadi isteri Andy. Cepat gile. And bulan Mac ni juga, bulan untuk i fighting for our first child. Nak bersalin dah since due date 20.03.2017! nervous tak terkata sampai tertanya bilalah baby nak keluar. Before due ke, macamana ni. Nak kata tak sabo, taklah juga. Tapi rasa ingin tahu tu tinggi melangit. First baby kut.

Tadi dah pi klinik untuk scan. Last scan, last jumpa doktor. InsyaAllah. Lepas ni tinggal appointment dengan nurse je lah seminggu-seminggu. Ala, dah tak lama mana pun. Pejam celik, dah ada kat LR. hihi. So, tadi scan baby alhamdulillah. Doktor kata baby okey.

Ni nak sambung pasal Andy. Saja throwback.

Sebelum ni, i dah post entri pasal How I Met My Husband. Konon nak buat part 2 tapi hehh mood masih lost. So, biarlah dulu.

Sebelum kahwin, i tertanyalah juga kan. Dengan sapelah i kahwin nanti. Macamana orangnya. Macamana i akan jumpa dia. And paling penting, how will i know yang itulah guy yang bakal i kahwini. Penuh rahsia kan?

Jodoh tu memang rahsia Allah. I memang plan nak kahwin. Tapi tak pernahlah pulak target umur berapa i akan kahwin. Tau-tau je umur 25 dah jadi isteri Andy. Tanjat member satu universiti. Tup tup je dah bagi invitation card.

And perkara yang paling i tak sangka sekali, rupanya Andy kerja sebelah universiti i belajar. I tau pun sebelum kitorang tunang. Lepas dah kahwin, ohhh jodoh sebelah UiTM rupanya. Tak sangka betul selama i belajar dekat UiTM tu, jodoh i tengah kerja dekat sebelah. ekekekk

Tu lah kan. Jodoh rahsia Allah. Boleh jadi dia orang yang paling dekat dengan kita tapi kita tak perasan pun sebab waktunya belum tiba untuk dipertemukan. Macam i dengan Andy. elehh..

So, last word sebelum midnight. Happy anniversary love! Lepas ni boleh celebrate sekali dengan birthday anak. Jimat kos. kahkah

Toodles!

posted from Bloggeroid

Wednesday, March 8, 2017

Tarikh penting suami isteri

I ni jenis bangsa yang susah nak ingat tarikh especially birthday orang. Kalau dah birthday family pun terkemut-kemut nak ingat, apatah lagi birthday orang lain. Dalam family, cuma 1 birthday yang i ingat. Birthday adik perempuan nombor 2. Tau kenapa? sebab date dia jatuh gedebuk betul-betul pada hari pekerja which is 1 Mei (01.05.199*). Senanglah kan? Other than that, i is cannot and i am sorry. tsskk

So now im married. Dah nak dekat setahun kot. Boleh caye tak if i say yang i tak ingat Andy's birthday. Even sampai sekarang i tengah menaip ni pun i tak ingat unless i pergi check IC dia or just direct tanya, "eh yang, bila birthday you?" -.-

What type of wife lah i ni kan.

Tapi syukurlah Andy bukan jenis emo nak nangis tepi katil kalau i tanya bila birthday dia even hundred times and more. ekekekk

Sebabnya, i pun bukan jenis yang sentap kalau orang tak ingat birthday i. Its not a big deal sebenarnya. Orang tak ingat birthday, doesnt mean orang tak sayang. Macam i lah. Even i ada masalah dalam mengingati birthday parents, tapi merekalah yang sentiasa bertakhta di hati. Hari-hari pun sayang mereka k.

Tak macam boyfriend orang tu. Ingat birthday girlfriend dia. Wish on time 12 tengahmalam pastu siap kasi surprise ala-ala hollywood lagi. End up putus juga katanya dah takde rasa cinta. hehh? sila terjun bangunan.

Actually, besok ulangtahun perkahwinan i dengan Andy yang pertama. I dapat ingat pun sebab Andy yang ingatkan lepas dia tau besok i kena pergi klinik untuk scan perut since kandungan dah masuk 38 minggu. Kalau tak, memang tak dan nak mengingatnya.

I : You, 9 Mac nak pergi klinik. Scan baby.
Andy : ye ke? Tu kan tarikh ulangtahun kahwin kita.
I : oh eh? Laa, tak sangka pejam celik rupanya dah nak setahun i jadi wife you kan yang.


Sedih jugaklah sebab i dengan Andy berjauhan. Tapi takpe, sempena bulan Mac ni insyaAllah i akan bersalin. haa tulah hadiah sempena ulangtahun perkahwinan iols. Date senang nak ingat, senang nak celebrate ye dak? Kumpul sekali, celebrate pun sekali.

Nak tunggu midnight ni. Nak wish dekat Andy. Biar dia tau betapa sweet nya wife dia ni. ekekekk


Throwback kek yang Andy belikan sempena birthday i last year. Ni pun ada kes sebab Andy nak buat surprise tapi i taktau malah i tak ingat pun itu birthday i. lulss

posted from Bloggeroid

Hasrul Hassan Beri Trafik Blog Meroket

Semenjak dua menjak bermenjak-menjak ni asyik post entri personal je. Dah lama tak join segmen dari blogger lain. So, kali ni i nak merajinkan diri untuk join since habuan dia pun boleh tahan gempak jugee. Trafik mencanak uols. Sape taknak khennnn. I pon nak test market gak. Kot lah zam zam ala kazam tetibe trafik jadi kebaboom. Sila amin kan please! hehh

Buat inche Hasrul, semua syarat-syarat yang inche berikan tu alhamdulillah sudah pun saya settle kan dulu sebelum menggigihkan diri untuk buat post ni. ye gituuu~


Segmen Hasrul Hassan Bantu Trafik Blog Meroket



Kalau uols rasa tergugat and nak join jugak segmen ni, ala boleh je. Syarat pun tak susah mana. Susah lagi nak cari idea untuk update blog. ekekekk

Ni syarat dia eh.

1. Peserta mesti ada blog, kalau tak ada blog macam join.

2. Peserta wajib untuk buat satu post ringkas dengan meletakkan banner segmen ini dalam post berkenaan. Banner tersebut mesti link ke blog/post ini. (Banner yang kat atas ni)

3. Dalam post tersebut, sila letakkan satu URL blog post anda yang anda mahukan trafik meroket.

4. Wajib untuk LIKE page HASRULHASSAN.COM (klik sekarang dan LIKE)

5. Wajib untuk LIKE page BISNES ONLINE TANPA MODAL (klik sekarang dan LIKE)

6. Wajib untuk FOLLOW Instagram HASRUL HASSAN(klik dan FOLLOW)

***

Lepas godek-godek entri yang ada, rasa macam nak bagi semua je. Siyes. Sebab rasa macam semua pun best. bahahahaaa.

Tapi sebab banyak sangat entri yang cambest tu khennn, so i tapis lah buat saringan gitew.

So, inche HH. Saya nak meroketkan trafik untuk ini ehhh,

http://inikisahtia.blogspot.com/2017/01/tak-sabar-atau-tak-ada-jodoh.html

Toodles!
posted from Bloggeroid

Tuesday, March 7, 2017

Kemaafan buat yang pernah menyakiti


Dulu memang pernah berkawan dengan sorang guy ni dan biasalah perempuan. Kalau boleh, bila dah berkawan tu nak serius je takde dah nak main-main.

Tapi i tak lucky sangat sebab that guy mungkin masih dalam fasa nak bersuka ria kot. Darah muda gittew. So, dia macam ada orang lainlah pada masa yang sama i kawan dengan dia. i frust kot. Takleh nak terima dia ada someone else. bahahahaa.

End up kami lost contact sebab sedar relationship memang takkan berjaya. So, byebye. Dah bertahun benda ni. And alhamdulillah, i move on sebab masa tu percaya yang Allah ada simpan someone somewhere untuk i cuma cepat atau lambat je.

Satu petang, handphone i ringing ada orang call. Tengok dekat skrin takde nama. Just a number yang i langsung takleh nak recognize. Selalunya kalau ada number baru, i takkan angkat. Tapi entah kenapa masa tu jari tetiba lak nak sambut.

Dah sambut, i diam. Buat senyap je sebab nak dengar suara pemanggil. And suara lelaki pun kedengaran. I was shocked! Tanya punya tanya rupanya itu guy yang once upon a time i pernah kenal. You guys should know lah kan boleh teka lelaki mana i maksudkan.

Yes, its him. Dah bertahun lost contact entah darimana dapat number i pun taktau. So, banyaklah soalan dia. And rupanya dia taktau pun yang i dah kahwin. Bakal ada anak lagi. Yang dia pulak masih single mingle padahal, as i know before kahwin dulu this guy dah bertunang with the same girl yang i citer tuu. kekekkek

Pendekkan citer, dia dah putus tunang. Bukan sekali tau. Tapi 2 atau 3 kali lah kalau i tak salah. Okey, takde jodoh.

Then i tanyalah kenapa dia suddenly buat comeback sampai cari number i bagai. Dia kata, since banyak kali relationship dia dengan perempuan macam tak menjadi, dia syak ada orang kenakan dia. Dah jumpa 3 ustaz tapi lepas tu stop sebab malas. hehh?

i direct to the point je cakap denga dia.

"Mungkin sebab ko dah banyak lukakan hati orang kot sebab aku tau jugak habit ko ni dulu. Kejap dengan A, kejap dengan B, kejap dengan C. Kot lah kan ada antara dorang yang tak puas hati dengan ko. Haa."

Benda macam ni kan tak mustahil. Sebab tu kita tak boleh nak sakitkan hati orang. Then dia balas camni,

"Aku tau dulu aku salah. Banyak sangat sakitkan hati orang. Ni lah aku cari ko balik ni sebab aku nak minta maaf. Aku tau dulu aku banyak buat salah. Ko maafkan aku k."

Tu sebablah that guy cari i balik. Nak minta maaf. huhu. I pun katalah yang tu cerita lama dan i dah lama maafkan pun takde nya nak dendam. I positif je.

Allah nak uji dia kan. After that, dia dah tak cari i dah. Mungkin tengah cari orang lain kut nak minta maaf jugak. Apa orang kata. Salah dengan Allah, kita boleh direct mintak ampun sujud sungguh-sungguh atas sejadah. Tapi kalau salah dengan manusia, merangkak weyh mencari nak minta maaf.

Tapi kan, sedangkan Nabi ampunkan umat apatah lagi kita ni manusia biasa. Maafkanlah orang yang pernah sakitkan hati kita. Mudah-mudahan kita boleh hidup aman bahagia, insyaAllah.

posted from Bloggeroid

Monday, March 6, 2017

Kepala baby dah engaged, berat badan naik


Tadi pergi klinik. Since kandungan dah nak masuk 9 bulan, appointment ke klinik dah jadi seminggu sekali. Jenuh tak jenuh, iols kena juga gagahkan diri.

Lepas letak buku, nurse panggil nama, kena suruh pergi check urine and alhamdulillah negatif takde pape. HB tak check lagi sebab khamis ni kena jumpa doktor untuk scan perut. So, masa tu baru nak check HB sekali.

Sebelum masuk bilik nak jumpa nurse, kena timbang berat badan dulu.

Nurse : Eh, 53kg? Baru minggu lepas check kan. Naik 2kg ni. Minggu lepas 51kg, minggu ni dah naik 53kg. Banyak makan ke mama?

Me : Takdelah nurse. Makan macam biasa jugak. Kadang tu makan nasi pun sekali sehari je.

Nurse : Ada makan makanan berminyak tak?

Me : Makan jugak tapi takdelah banyak mana. Kuantiti yang sikit je nurse. Ala kadar.

Nurse : Okey takpe. Nanti kita akan pantau k.


haa, ambik ko. Dalam masa seminggu, berat badan naik sampai 2 kg uols. Nak kata kuat makan, tak jugak. Biasa je pun. hmm. Tapi setakat ni, 53 kg tulah berat i yang paling tinggi.

Dah masuk jumpa nurse, macam biasa kena suruh baring sebab nurse nak check perut. Tekan sana, tekan sini, nurse nak cari kepala baby samada dah engaged ke belum. Lama jugak nurse cari sampai i yang susah hati.

Sambil tekan-tekan perut tu, nurse asyik kata sorry je. Takut i rasa sakit kot. Tapi takdelah sakit sangat. Godek punya godek finally jumpa juga kepala baby.

"Haa ni kepala baby dah turun ni. Dah engaged."

Okey baiklah sayanggg.

Esok nurse nak datang melawat ke rumah. I kena tido awal. Tak memasal kang lambat bangun, nurse dah sampai depan pintu.

Toodles!

posted from Bloggeroid

Whatsapp ada STATUS baru eh?

Semalam whatsapp dengan adik then dia sent smiley tapi bila sampai dekat i, smiley tu jadi none. Tanyalah dia, smiley pebenda yang dia hantar sebab i takleh nak tengok.

Katanya tu smiley baru sebab dia dah update whatsapp. Laa, patut le. i ni belum update lagi mana nak dapat smiley baru tu kan.

So, gigihlah update whatsapp kengkonon nak tengok smiley baru apa yang ada.

Lepas dah update, hmm. Ingatkan banyak sangat smiley baru tu. Ghopenye berapa ketui je. huhu

Tapi kan tapi kannnnn. Whatsapp ada features baru ah. STATUS


Features ni dah macam ala-ala Snapchat. Kalau yang dah biasa guna Snapchat, taulah dia apa yang i cuba sampaikan. Kalau ada yang tak tau, meh i coba explain setakat yang i boleh.

Whatsapp sekarang dah boleh share gambar sebagai status uols. Bak kata adik i, ala-ala instagram lah gituu. Tapi status tu takkan kekal k. Ia cuma akan bertahan dalam masa 24 jam je then will be automatically DELETE! faham tak?

Features ni available kalau uols dah update whatsapp. Kalau tak, post status tak dapat, tengok status orang pun tak boleh.


Ni contoh status yang i update. Sakai siket lah. ekekekk. So, bagus tak features baru ni? Bagi i, hmm okeylah not bad.

Toodles!

posted from Bloggeroid

Sunday, March 5, 2017

How I Met My Husband



Tempat kerja i dulu dekat mall je uols. Tapi dekat situlah i jumpa Andy (suami). Baru habis study masa tu. Umur pun baru 25. Kerja dekat mall sebab nak cari pengalaman. Tapi lama jugak bertahan kerja situ. Almost 1 year lah camtu.

Since tempat tu mall, mestilah bertingkek-tingkek kan. So, Andy kata masa 1st time dia nampak i tu, dia dekat level atas. I pulak dekat bawah. Dia tengok dari ataslah. Tengok i sekali je teros boleh jatuh suka tau. ellehh. kekekk

Tapi Andy tak terus approach i. Dia watlek dulu. Few days later baru dia mai bawa cousin masuk tempat kerja i tu. I kerja as a sales assistant. So, kalau ada customer datang masuk kedai of course kena serve. Then, i serve lah Andy dengan cousin dia tu. Berbuih-buih mulut i explain dekat depa. Ye ah, kalau dorang beli barang yang kedai i tu jual, secara automatisnya komisyen akan jatuh under nama i. Income masyuk weyyy!

Tapi hampeh.

Serve punya serve, end up dia kata "okey nanti i datang balik kalau i berminat k. Tapi boleh tak minta number you? yelah in case i nak tanya lebih details lagi kan. Boleh direct contact you."

Baik punya alasan Andy kasi.

Dahlah tak beli apa-apa, mintak number i pulak. eee. T_T

I jawablah, "number kawan i boleh tak? nanti you boleh direct contact dia je."

gahhh! i pun potong baek punya. Kasi pass sama member. Tapi hampa bila dia balas,

"Takpelah. Bagi je number you dengan kawan you. Nanti i contact k."

Mati akal i dengan jawapan Andy tu. Beria sangat. Tapi last-last, bagi jugalah even i tau tu taktik dia je nak try tackle i. hohoo

Sangkaan i betul tau. Malam tu ada new number yang hantar whatsapp. Tanya punya tanya, rupanya Andy wehhh. Sebok je nak whatsapp bagai. But since i anggap Andy tu customer je, so i layanlah jugak walaupun suam-suam kuku. I siap ber-encik ko tau. Sajalah nak bagi nampak gap kitorang tu. Takmo Andy lelebih. aippp!

Tapi semenjak dari situ, rajinlah plak si Andy ni duk hantar whatsapplah, mesej, call tapi i macam tu jugak. Hati kering. bla bla blaa. Malas nak layan. Tak berminat. Mind set i masa tu, semua lelaki sama je. Mula-mula memang bersungguh, nanti dah dapat memang kejap jelah dah byebye.

Masa dia start contact i tu, hujung bulan 8. Lama jugak dia nak masuk line. So, dari bulan 8 sampai nak dekat bulan 11 dia still berusaha. Ajak jumpa, i taknak. Dia whatsapp pun i layan tak layan siap kasi bluetick lagi tanpa rasa bersalah. Pun dia masih tak paham bahasa. Masih juga gigih nak contact i. hehh

Nak dijadikan cerita, dah masuk bulan 11 tu dia tetiba lalu depan tempat kerja i. Dah lama juga tak nampak dia. Member tempat kerja pulak memang dah tau pasal dia sebab i ni kpochi bagitau pasal Andy. Adalah sorang ni, member lelaki. Dia cakap macam ni.

"Tia, tu Andy tu (dia tengah jalan nak pergi tempat kerja i). hmm Aku tengok kan, dia macam serius lah nak kat ko. Dari bulan 8 kot dia try usha ko. Sekarang dah masuk bulan 11. Pendapat aku lah kan, lelaki macam ni memang cun kalau ko nak jadikan calon. Lagipun, ko as a perempuan patut pilih lelaki yang lebih sayangkan ko dari ko yang sayang lelaki. InsyaAllah bahagia wehh. Cuba ko bagi peluang dekat dia. Kot lah itu jodoh ko kan."

Lebih kurang camtulah dia punya dialog. I yang dengar tu pun macam adalah terhasut sikit-sikit. Sebab memang betol apa yang member i cakap tu. Andy ni macam lain siketlah. And suddenly kan, bila i tengok muka Andy yang dah tiba depan tempat kerja, i terus rasa lain tau. Lain gile. Bukan berdebar nervous dup dap dup dap tu. I tengok je muka Andy masa tu, macam ada something yang buat i rasa tenang tau. Macam dalam hati ni tetiba kata, "he's the one! dia lah ni." haa gitteww. Macam confident je khennn.

And masa tu jugaklah i macam ada terbuka hati and ringan mulut sikit nak sapa dia. Dia pun sapa i, senyum-senyum. Happy kot finally i macam layan. hee. Tapi kejap je kitorang cakap-cakap then dia blah. Lepas dia blah tu, ada mesej masuk. I agak mesti Andy. And yeah, its Andy. Dia whatsapp nak ajak jumpa. Eleh masa face to face tak pulak diajaknya. Takut kena reject mentah-mentah kot. Bahahahaa. Mula-mula tu i memang macam taknaklah malas. Tapi last-last okeylah takpelah jumpa kejap.

Lepas habis kerja, dia mai datang ambik. Tu lah 1st time kitorang keluar. Masa ni ada satu babak yang terjadi sampai buat i rasa macam sebak semacang. Dia kan drive. Before dia nak gerak tu, sambil pegang stereng i dengar dia bisik tau. Dia baca bismillah. hoi kauuuu. I yang dengar masa tu tetiba rasa macam, "weh, this guy baca bismillah lah. Kalau hal macam ni pun dia buat, mesti okey ni boleh buat calon suami." haa gituuu. I bukanlah nak kata Andy perfect dalam bab agama, tapi hati i kata macam tu. Kalau orang lain drive mesti terus blah je. Takde nak baca bismillah ke al-Fatihah ke doa sebelum memulakan perjalanan ke. Kannn. Tapi Andy buat. Tu yang i rasa cair sesaat. And itu jugalah one of the reason why i choose him to be my husband. ececeee. Geletisss nauu.

Andy ajak makan tapi i takde selera. So, kitorang minum-minum je lah dekat warung sambil cakap-cakap. Masa ni, i macam ingat-ingat lupa apa kitorang sembang. Tapi dia ada tanyalah i ni single ke tak. Gile! Kalau i tak single, takdelah i nak keluar dengan dia. of course lah single kan.

Andy : I nak kenal dengan you.
Me : Ni dah kenal. Nak kenal macamana lagi.
Andy : I serius nak kenal dengan you, berkawan.
Me : Okey macam ni lah. Biar i terus terang je k. I malas nak kenal-kenal couple-couple bercinta-cinta ni semua. Bagi i, even kita berkawan or bercinta sampai bertahun-tahun sekali pun, belum tentu you akan kenal the real me. Buang masa je Andy. So, kalau betul you nak serius. Its much more better kalau you terus jumpa parents i. Bagitau dorang.


Time ni, Andy macam terkujat tau dengar i yang direct to the point tapi i boleh nampaklah yang dia cuba control. Gile tak terkujat. Dahlah 1st time jumpa, i lak terus suruh dia jumpa parents bagai. hahahhaa.

Andy : Nanti i bagitau parents i pasal ni. Tapi, you betul serius ke?
Me : hmm Yes Andy. i serius. I dah serik bercinta. Kalau nak bercinta sangat pun, i lagi prefer lepas kahwin.


Nekad betul iols. Rasa macam tengah prepare nak membunuh diri. Tapi betullah. I ni belajar dari pengalaman. I dah penat nak bercinta. Bertahun bercinta tapi last-last kena tinggal jugaa. hampehh! So this time, i tak peduli. Nak bercinta, lepas nikah.

Balik je dari minum-minum tu, Andy whatsapp i. Tetiba dia minta gambar. Parents dia nak tengok katanya. I lak yang ganti tanjat. Lepas soal siasat bagai, last-last bagi jugak. Tapi sorry. I bagi gambar yang beramai-ramai dengan kengkawan. Takut lak kalau kena manderem bagi gambar solo. kekekekk. Kena waspada uols.

Andy memang serius. Dia bincang dengan family dia untuk datang jumpa family i. Tapi bukan senang tau sebab hometown i jauh. Kalau naik kereta ikut jalan darat, perjalanannya mengambil masa lebih kurang 6 jam lah macam tu.

And guess what. Andy dengan family dia sanggup datang jugak k. Masa dorang bawa rombongan tu, kalau i tak salah hujung bulan 11 ke atau awal bulan 12 lah macam tu. Andy bawa parents dia, makcik pakcik, cousin and nenek. Dah macam rombongan meminang. hohooo

Parents i mula-mula memang terkejut bila i bagitau family Andy nak datang rumah, sebab nilah first time ada lelaki bersungguh sampai nak jumpa parents. Tapi lepas i slow talk, okey dapat green light. Payah jugak tau. hmm part yang ni, part pujuk memujuk parents i ni, nanti i ulas panjang-panjang dalam entri lainlah. Sebab i kan anak sulung perempuan. So how i nak cakap yang ada sorang guy ni syok dekat i and serius pulak tu dengan relationship kami. Haa, nanti i buat entri pasal ni.

Continue!

Untuk babak family Andy datang rumah, i skip sebab i kat dalam masa tu. Acah-acah malu-malu meow gitu. So, taktaulah apa yang dorang bincang. Tapi alhamdulillah, keluarga kedua belah pihak dah bersetuju nak satukan i dengan Andy. Parents i okey, parents Andy pun okey. So, proceed lah to the next step!

Plan awal, i dengan Andy sepakat macam kata takyah lah tunang tu semua. Buat je terus majlis akad nikah. Mudah, cepat dan jimat. Tapi since nenek Andy orang lama, dia tetap nak ikut adat. So, kena tunang jugaklah jawabnya. Takleh durhaka.

Lepas i dengan Andy bincang-bincang, kitorang set bulan 12 buat majlis pertunangan. Sebab date lain macam tak okey. Andy keje lah, tak dapat cutilah, itulah inilah. Last-last, dapat buat bulan 12 je. Then, semua pun setuju nak buat bulan 12. i tak jemput ramai orang. Majlis kecik antara family i dengan Andy je.

Alhamdulillah, majlis bertunang pun selesai. Everyone happy lah sebab tinggal one step je lagi untuk i dengan Andy disatukan. gittew. Untuk date kahwin, dorang kasi i dengan Andy untuk cari dan pilih.

Seriously gais. I ingat, nak cari date kahwin senang. Tapi mencabar jugak ah sebab melibatkan all the families. Ada yang kerja, ada yang sekolah, ada yang nak travel, eh macam-macamlah. Sampai i nak lepas tangan suruh Andy je pilih. hehehhh.

At first, ada 2 cadangan date. Its either buat bulan 3 atau bulan 5 tahun 2016. Andy nak buat bulan 5 sebab katanya tak nak kelam kabut. I pulak nak buat bulan 3. Yelah, kalau ikut orang kata, bertunang takleh lelama. Darah manis kan. So, lepas bincang semua, last-last buat bulan 3.

Kalau uols perasan, urusan i dengan Andy sangat cepat, laju dan mudah. Mula-mula i tak perasan sebab i rasa macam biasa je. Takdelah rush sangat. Family Andy dengan family i pun just rancang je. Tapi Allah yang izinkan semua urusan berjalan dengan lancar.

Bayangkanlah. Andy start ngorat i hujung bulan 8, 2015. Tapi i tak layan sebab hati kering sampailah masuk bulan 11. Bila dah masuk bulan 11 tu, barulah hati i ni macam terbuka sikit nak bagi peluang pada Andy since dia ada tunjuk efforts nak kat i. kihkihh. Then bulan 12 kitorang bertunang. I jadi tunang Andy pun dalam masa 3 bulan lah macam tu. And finally kitorang nikah selamat jadi husband and wife pada 9 Mac 2016. haaa, macam pakai gear 5 dia punya speed.


Bila i kira-kira, tolak tambah darab bahagi semua. Dalam masa kurang dari 5 bulan i dah jadi isteri Andy. Cepat gile. Tapi i tak rasa macam tu. Kecuali bila i buat calculation lah baru rasa macam, "wehhh, biar betol aku kenal Andy tak sampai 5 bulan dah kahwin."

Tapi serius. I am very serious. Masa i terima Andy, takde rasa cinta pun k. Yang i tau, i terima Andy sebab i boleh rasa yang this guy jenis bertanggungjawab. Thats why i choose him.

Sepanjang kitorang tunang pun, jarang gila jumpa sebab i busy kerja. Takdelah istilah nak date berdua. Lagipun, i malas. ekekekk. Paling penting, masa status i dah jadi tunang orang tu, tak ramai yang tau sebab i tak heboh kecuali bff i. hee. Macam pilih kasih lak. hakhak.

Actually kan, masa 3 bulan i jadi tunang Andy tu ada konflik tau. Haa tu baru 3 bulan bertunang. Konflik dah macam drama tv. Tapi nantilah i citer. Entri kali ni dah meleret ah. Dah tak larat nak sambung.

Nanti-nanti i citer lagi.

Toodles!

posted from Bloggeroid