Akhirnya boleh cash out Google Adsense


Lepas hampir 6 bulan menanti, akhirnya merasa jugalah aku duit adsense ni. Tak sangka betul. Mula-mula dulu saja je apply adsense. Lepas tu permohonan diterima. Tapi earnings selow sangat nak naik. Sehari, 0.01 usd. Bayangkanlah. Kena tunggu cukup 100 usd dulu baru boleh cash out. Berjanggut mak menunggu tauuu.

Tapi aku tak putus asa. Tetap update blog macam biasa. Bezanya, aku akan pastikan post tu bukan setakat nak update semata. Kalau boleh, biar ada sesuatu yang pembaca boleh dapat. Kiranya, post aku akhir-akhir ni takdelah jatuh dalam kategori 'ASAL ADA UPDATE'.

Alhamdulillah Unique Visitor dengan Page View aku pun boleh tahan jugak. Sebab majoriti UV datang dari google. Dorang google je, blog aku yang keluar. Kalau nak harap blogwalking memang payah sikit. Aku makin busy sekarang. Jaga anak, jaga keluarga, jaga bisnes, pergi kelas kemahiran. Masa agak terhad.

Sebab tu bila aku update post, aku cuba pastikan entri tu bukan entri kosong. Biar ada 'isi' sikit. Tak dapat UV dari blogwalking pun, at least bila ada yang meng-google. Dapatlah UV dari abam gugel kan.

Tapi semenjak dah merasa duit adsense ni, makin berkobarlah aku nak update blog. Syok betul dengan adsense ni. Dulu dengan tetttt pun bertahun aku tunggu baru nak merasa hasilnya. Dengan adsense ni, lepas 6 bulan dah boleh tuai dah. Lepas ni kotlah sebulan-sebulan boleh cash out kan. Berbunga juga hati aku ni.

Korang yang nak apply adsense, dipersilakan. Apply lah adsense. Next time aku share apa aku buat dengan blog ni sampai permohonan aku boleh diterima. Korang pun kenalah rajin search apa tips nak lulus adsense. Melambak blogger share. Tinggal nak ikut je.

Dah tu jelah. Aku nak tulis dalam blog. Nanti dah berjaya, bolehlah aku baca saat pertama kali merasa pendapatan dari Google Adsense. Nanti ada masa, aku share pulak cara nak cash out guna wire transfer.

Bye olsss 🙋
Newest
Previous
Next Post »

2 Comments

Click here for Comments
Normi Nieza
admin
January 24, 2019 at 4:59 PM ×

wah..tahniah..kita xthu bila dapat cashout xthu la..huhu

Reply
avatar
January 24, 2019 at 8:07 PM ×

waah seronoknya. alhamdulillah rezeki.
lepas ni memang akan makin berkobar2 =D

Reply
avatar