Kenapa Tudung Labuh?

Dengan Nama Allah s.w.t Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Sudah pernah saya nyatakan dalam entri sebelum-sebelum ini bahawa saya juga baru saja berhijrah dari menggunakan tudung biasa ke tudung labuh bulat yang ala-ala ustazah gitu. Senyum comel.

Pasti ada yang bertanya, kenapa perlu pakai tudung selabuh itu sedangkan pakai tudung biasa saja pun sudah mencukupi. Masih juga tutup aurat. Apa bezanya memakai tudung labuh dengan tudung biasa?

Ada bezanya wahai hamba Allah s.w.t yang dikasihi sekalian. Memang benar, pakai tudung biasa-biasa saja pun sudah boleh asalkan ia menepati syarak.

Firman Allah SWT :          
"Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau hamba-hamba yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung." (Surah al-Nur : 31)

Tapi ketahuilah. Ada satu perasaan yang sungguh manis dan indah sekali bila saya memakai tudung labuh ini. Berbeza dari memakai tudung yang biasa-biasa. Bukanlah niat saya mahu memperkecilkan si pemakai tudung biasa. Allah. Tidak sama sekali. Kerana saya juga pernah memakai tudung biasa. Berbagai fesyen lagi. Kata saja fesyen yang bagaimana. Lilit? Ekspress? Najwa Latif? Pernah belaka.

Memang benar ramai antara kita yang bertudung. Alhamdulillah juga pada mereka yang sudah mula bertudung. Syukur kerana Allah menyayangi, lalu dia mencampakkan rasa ingin untuk bertudung dalam hati-hati kita. Tidak semua orang diberi rasa itu. Senyum sopan.

Saya yakin sekali, pasti ada antara kita pernah mendengar kata-kata seperti "ala, dia pakai tudung bukannya baik sangat pun." Memang benar kata-kata itu. Banyak saja wanita bertudung tapi akhlaknya tidaklah sebaik yang diharapkan. Tapi itu bukan kerja kita untuk menilai orang. Manusia itu biasa melakukan kesilapan.

Sama juga si pemakai tudung labuh. Mereka juga tidak akan lari dari mendengar kata-kata seperti "eleh, pakai tudung labuh. Tapi mengumpat juga. Bercouple juga."

Walaubagaimanapun, syukur alhamdulillah kerana biarpun banyak kata-kata yang buruk dilemparkan pada si pemakai tudung labuh. Saya masih juga dapat melihat keistimewaan pada si pemakainya. Mereka masih dihormati. Itulah istimewanya pada tudung labuh. Allah menjaga keistimewaannya.

Semua orang boleh bertudung, tapi tak ramai yang berani memakai tudung labuh. Terlalu banyak perkara yang difikirkan sehingga membantutkan niat murni mereka untuk memakai tudung yang istimewa ini. Saya faham, kerana saya sendiri pernah merasakannya. Bermacam-macam perasaan yang bercampur. Tapi bila hati sudah nekad, dengan izin Allah s.w.t, akhirnya dipermudahkan hasrat yang terpendam ini.

Pandangan serta layanan orang pada saya juga sudah berbeza sama sekali. Saya mungkin dipandang ganjil. Tapi dalam masa yang sama, Allah telah menjaga saya dengan baik bila memakai tudung labuh. Paling ketara adalah bila lelaki tidak lagi mendekati saya dengan mudah. Kalau berjalan, lelaki tidak lagi berebut dengan saya. Malahan selalu memberi jalan dulu pada saya. Alhamdulillah. Senyum tak nak berhenti.

Maaflah, jujur saya katakan. Bukanlah niat saya untuk memperlekehkan si pemakai tudung biasa kerana masih ada juga antara mereka yang menjaga keistimewaan bertudung itu. Masih juga taat pada perintah Allah s.w.t dan meninggalkan larangan-Nya. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Semoga Allah s.w.t akan memelihara iman kita.

posted from Bloggeroid
Previous
Next Post »

14 Comments

Click here for Comments
m
admin
May 31, 2013 at 3:55 PM ×

yang pasti, menutup aurat itu wajib. tak kisah cemana nak berhijab asalkan ikut syariat inshaallah. semoga semua terus istiqomah dan mperbaiki diri :)

Reply
avatar
Unknown
admin
May 31, 2013 at 4:02 PM ×

yang penting juga istiqomah.. Lakukan kerana Allah s.w.t, insyaAllah akan dipermudahkan semuanya :)

Reply
avatar
May 31, 2013 at 7:49 PM ×

tahniah :) semoga lebih ramai wanita berhijrah seperti tia..insyaAllah..

Reply
avatar
ewanthology
admin
May 31, 2013 at 10:16 PM ×

alhamdulillah, semoga istiqomah.

Reply
avatar
||aLeaSaRa||
admin
May 31, 2013 at 11:59 PM ×

alhamdulillah sis tia..kak lea pun sedang memperbaiki penampilan..

p/s-->owh tahniah ye jadi followers ke-300 blog hatimi :)

Reply
avatar
reenapple
admin
June 1, 2013 at 1:21 AM ×

Aku tak tahu nak cakap apa, tapi aku hormati je yang bertudung labuh walau aku tak seperti mereka. Senyum.

Reply
avatar
titan
admin
June 1, 2013 at 6:19 AM ×

tudung labuh lebih kacak!

Reply
avatar
t.a.t.a
admin
June 1, 2013 at 8:40 AM ×

Orang bertudung labuh juga perlu bercouple. Bercouple tu kan jalan ke arah berpasangan. Cuma cara bercouple tu yang perlu dijaga. Bagi saya orang yang menuturkan ayat macam di atas tu sebenarnya seorang yang sudah tiada kata-kata bernas hendak dicakapkan. Dia bercakap ikut nafsu sahaja.

Reply
avatar
Tinta Lana
admin
June 1, 2013 at 11:37 AM ×

Assalammualaikum.

Akak pun senyum comel dgn nukilan tia kali ni..wlaupun akak tak brapa comel..erkkk,hehehe

Alhamdulillah ya tia.. ada peningkatan. Akak masih lagi ditakuk lama dari segi menutup yg sepatutnya. Tidak terlalu banyak perubahan. Memang pernah ad lintasan suara hati, pakai lah lebih baik..pernah sampai satu thp, tertanya, apa rasanya berpurdah?

Hati belum cukup kuat tia..doakan akk..

Reply
avatar
admin
admin
September 12, 2013 at 11:08 AM ×

Subhanallah, semoga di berikan kekuatan kepada semua muslimah out there

www.facebook.com/adanagallery
www.adanagallery.com

Reply
avatar
Unknown
admin
December 26, 2013 at 10:13 AM ×

Assalamualaikum..

Terima kasih untuk entry ini.. saya ingin berubah bertudung labuh bulat namun tidak mempunyai kekuatan...mudahan perkongsian seperti ini sedikit sebanyak membantu...doakan saya ye ukhti...

Reply
avatar
Anonymous
admin
December 26, 2013 at 10:15 AM ×

Assalamualaikum...

Terima kasih atas perkongsian...waktu ini saya sangat2 memerlukan kisah ini untuk menguatkan hati...tudung sudah tergantung dibilik, namun saya tidak mempunyai kekuatan untuk menyarungnya...doakan saya ya...doakan saya dalam solat saudari... ;'(

Reply
avatar
Unknown
admin
December 26, 2013 at 2:41 PM ×

waalaikumussalam..

alhamdulillah. segala pujian kembali pada Dia :)
insyaAllah ukhti, bila niat dah baik Dia akan permudahkan. moga asbab yang kecil ni akan membuka pintu hati kita.

Reply
avatar
Unknown
admin
December 26, 2013 at 2:46 PM ×

waalaikumussalam.

mintalah kekuatan dari Dia yang memberikan kekuatan. percayalah, saya juga dulu menghadapi situasi seperti ini. tiada kekuatan. tapi itu semua cuma tipu muslihat syaitan yang tak nak kita berubah menjadi lebih baik.

cuba cari kawan-kawan yang pakai tudung labuh juga. mudah-mudahan kekuatan tu akan ditemui bila berada dalam kalangan mereka :)

kita sama-sama doa ya saudari .. moga Dia lembutkan hati kita ..

Reply
avatar