Pengalaman Minum Air Gula Masa Mengandung



Mengandung dan minum air gula sekarang memang sesuatu yang tak dapat dipisahkan. Aku pun tak tau samada perkara ni dah dijadikan satu rutin yang wajib dilalui ketika mengandung atau tidak. Dulu masa aku mengandung anak pertama tahun 2017 takdelah pulak merasa minum air gula ni.

Tapi masuk anak kedua tahun 2019 kena minum air gula sebab berat badan naik mendadak. Apa taknya, masa tu musim durian. Aku pulak hantu durian. Haa dah elok sangatlah kejadiannya membantai durian. Alhamdulillah kandungan takde apa sebab dah besar dabak pun anak aku tu sekarang. Cuma tu lah hasil dia berat badan naik mendadak. Durian kan manis.

Cek air gula, nohhhh sangkut GDM nokkk. Tanjat mak sebab kitonya badan halus kurus mulus tapi sangkut lak GDM. Adan uke. Masa ni aku memang tak boleh lupa sebab 3 kali ye kena minum air gula. Meh aku cerita dan korang jangan buat benda yang sama macam aku buat.

First tu, lepas dah minum air gula kan kena tunggu 2 jam untuk cucuk semula dapatkan keputusan bacaan selepas minum air gula. Aku pun baliklah ke rumah. Tapi terlajak masa lebih kurang setengah jam rasanya. Nurse apalagi, bisinglah jawabnya. Tak memasal aku kena ulang semula minum air gula. Nurse bagi tarikh baru.

Kali kedua ni mental aku dah tak berapa nak okey. Lepas habis minum air gula tu, boleh pulak aku muntahkan balik. Masa ni aku dah nangis tau. Rasa teruk sangatttt. Tapi nak buat macamana. Kena repeat lagi minum. Nurse pun bagi tarikh lain.

Untuk kali ketiga aku dah sedia mental aku, cari kekuatan sendiri. Nak tau tak nak aku kena hadapi juga. Dengan semangat luar biasa, aku telan habis air gula, tenangkan diri kejap. Rasa dah okey, barulah gerak. Masa ni takde dah balik rumah sebab kena jumpa doktor terus.

Dan untuk kali ketiga ni lah mak sangkut bacaan gula. Nurse kata, GDM on diet. Kena jaga makanlah. Masa ni bermulalah rutin cek bacaan gula setiap hari tanpa gagal. Kalau ada mesin sendiri boleh cek sendiri dekat rumah. Kalau takde, kena gagahkan diri turun ke klinik untuk cek.

Lepas bersalin, GDM tu pun auto hilang. Anak pun alhamdulillah sihat. Kiranya tu pembawaan masa mengandunglah. Tapi tak pelik sebab masa mengandung tu aku memang kuat manis sikit. Padanlah sangkut GDM.

Masuk kandungan ke-3 tahun 2023 berat aku takde masalah. Normal. Tapi kena juga minum air gula. Rasanya masa ni memang setiap ibu yang mengandung kena minum air gula. Alhamdulillah bacaan sebelum dan selepas minum air gula normal.

Sempat ye minum air gula sebelum aku keguguran. Al Fatihah untuk anak ibu, Muhammad Aryan yang tewas diusia kandungan 22 minggu. InsyaAllah yang ni nanti bila dah ada kekuatan, akan aku coretkan untuk tatapan abang dan kakaknya suatu hari nanti.

Untuk tahun 2024 ni, alhamdulillah Allah bagi lagi peluang untuk merasakan nikmat mengandung. Lepas 7 bulan, ada penghuni baru yang menghuni di rahim ni. Alhamdulillah.

Tadi baru juga minum air gula terus jumpa doktor untuk scan. Awal betul kalini kena suruh minum air gula ya. Dahlah masih dalam fasa morning sickness. Mual setiap masa. Kena pula minum air gula. Bertabahlah ibu ye. 😂

Sebenarnya plan awal aku nak minum dekat klinik swasta. Dah tanya nurse dan nurse kata boleh. Bawa je result bacaan tu jumpa doktor. Tapi sayang, klinik swasta tu kata result keluar sebelah petang sebab dorang kena hantar makmal lagi. Aku pulak pagi lepas minum air gula kena terus jumpa doktor.

Nak tak nak kenalah minum juga air gula dekat klinik biasa. Kali ni sebelum minum air gula memang aku banyak zikir. Dapat je air gula, tarik nafas dan terus minum laju-laju tak cium bau pun. Habis je minum air gula aku bernafas guna mulut sebab takut terbau air gula kang meloya pulak.

Hasilnya alhamdulillah. Normal. Hoorayyy! Scan baby pun alhamdulillah semuanya baik. Doktor kata harini kandungan dah cecah 13 minggu. Doakan aku dan kandungan ni ye. ❤️
Previous
Next Post »

2 Comments

Click here for Comments
Sii Nurul
admin
June 20, 2024 at 8:34 PM ×

Semoga dipermudahkan urusan... Aamiin

Reply
avatar
Gee Lion
admin
June 22, 2024 at 9:04 AM ×

Lama tak datang sini.. cik tia dah jadi puan tia <3

Reply
avatar