Assalamualaikum ..
Terima kasih sudi singgah blog Tia dan baca entri :)
Cuba bayangkan kalau ini yang terjadi pada korang. Untuk yang bergelar ibu atau bapa pulak, cuba bayangkan ini luahan hati anak anda.
"Ibu, dah lama Along simpan ni dalam hati. Along bukan berdendam, tapi macam suatu pertanyaan. Kenapa Along rasa macam ibu lebihkan Angah dari Along? Sebab Along tak pandai ke? Atau sebab Angah lagi berjaya dari Along?
Ayah, kenapa dengan Angah ayah boleh bawa main dengan Along tak? Along cemburu sebab ayah selalu gelak-gelak main-main dengan Angah. Nak pergi mana, ajak angah. Tapi dengan Along, kadang-kadang tu ayah macam tak nak tengok Along. Kenapa ayah?
Along tak salahkan ibu bila Along tak dapat belajar tinggi. Mungkin itu silap Along sendiri. Ya! Kadang-kadang Along cemburu dengan Angah buu. Sejak Angah masuk tingkatan 1 lagi Angah dah tinggal luar tinggal asrama.
Bila dia naik tingkatan 3, dia bertuah sebab dapat pergi sekolah Teknik. Jauh pulak tu. Dia tinggal asrama lagi. Along? Sejak Along tingkatan 1 Along tak pernah pindah sekolah. Along tak pernah tinggal asrama. Along selalu ada depan mata ibu dan ayah.
Sepanjang Angah sekolah jauh tu Along rasa best sangat sebab dia boleh jalan-jalan. Tidur rumah kawan. Tapi kenapa kalau Along minta izin dari ibu untuk keluar dengan kawan ibu tak bagi? Ibu, Along depan mata ibu. Along takkan buat benda yang salah. Cuma sekali sekala Along teringin nak jalan-jalan dengan kawan. Ibu tetap tak bagi. Tak apalah bu.
Along dah habis sekolah. Kawan-kawan Along semua nak timba pengalaman cari kerja. Along pun teringin nak merasa kerja bu. Ibu kata, nak dapat duit tu susah kan. Along nak rasa kesusahan tu bu supaya Along akan lebih tahu betapa susahnya ayah nak cari duit.
Tapi ibu tak bagi. Along tau ibu tak suka Along kerja yang gaji rendah-rendah, tapi bu. Semua orang bermula dari bawah. Kenapa ibu pandang kerja yang bergaji rendah tu tak bernilai? Okey tak apa. Along dapat kerja kerani. Gaji 800+, kenapa ibu masih tak setuju?
Bila Angah dah habis belajar, Angah cuma tanya ibu sekali samada dia boleh kerja atau tidak. Ibu kata sekali je. BOLEH. Ibu tak tau apa perasaan Along masa tu. Along cuma tahan airmata supaya tak jatuh. Kenapa ibu lebihkan Angah?
Sekarang, Angah dah belajar masuk UiTM. Along pula cuma Politeknik. Angah Diploma, Along Sijil. Ada beza ka bu? Dulu masa Along mula-mula masuk belajar, ibu jarang telefon Along. Tapi sekarang bila Angah dah masuk UiTM, kalau boleh tiap masa ibu nak telefon Angah.
Ibu, Along menangis dalam hati ni. Ibu dengar tak? Along sayang ibu, tapi tiap hari Along menangis. Kenapa ibu lebihkan Angah dari Along? Mungkin bila Along tak ada baru ibu sayang Along kan.."
Sekian..
22 Comments
Click here for Commentshaip2.. tea tag tia...
Replyhttp://www.tehuzz.com/2011/06/maihidayatuls-birthday-giveaway.html
ya Allah.. sedihnyer...
Replykuatlah wahai si along..
Allah memberi dugaan yg mampu kita hadapi.. :)
NAK JADI ORANG YG D BENCI ATAU D SAYANG??
tia karang sndri ke or dr pengalaman sndri ? sedih laaa. sob sob. tapi kadang2 mamang ada parent yang macam ni. hmm.
Replyibu dia pasti menyesal dan berasa bersalah kerana tidak mengambil anak sulungnya..
Replymungkin along tuh seorang perempuan dan angah tuh orang laki kot..
apapun tindakan mak dia tuh wat sedemikian amatla mendukacitakan..
saya tau perasaan disisihkan..apapun hidup harus diteruskan
alhamdulillah...pkara mcm ni tak terjadi kat fmly sy...kesian along ni..pkara mcm ni bleh ggu tumbesaran emosi dan fizikal anak...
Replysebak baca cerita ni. huhu..
Replybenda ni memang betol2 ada. kesian kat Along tu... eh ke salah ape freaky cakap ni ?
Replysedihya :((
Replysaya anak tunggal.. xde adik beradik. nanti kalau ada anak, nak layan sama rata. tak mau nanti anak lain rasa terpinggir..
anak adalah kurniaan Tuhan buat pasangan yg bergelar suami isteri, seharusnya kita membahagi kasih sayang sama rata..minta2 kakak di jauhkan dr sikap pilih kasih
Replyini kisah benar ke??hehe
Replykekdg pnah jugak rasa ibu lebihkan adek2 . tp sebenar nya tak :)
Replysedihnye...
Replyyang berlaku kat saya ialah macam angah tapi dilayan macam along tu...pelik kan?
adik saya yang tak pandai, tak boleh berdikari lebih disayang dan dipandang oleh parents saya..
saya ni belajar da tinggi, result pon ok tapi diorg macam tak endah pon kat saya..tapi dah lama2 kena layan macam tu saya jadi tak kesah..jadi immune..
saya xpernah terfikir mak saya akan lebihkan sesiapa dalam family..bila tanya emak,mak mesti cakap mak sayang semua sama rata..
Replyseseorang ibu xpatut memilih kasih dalam memberi kasih sayang kepada anak... :-)
memang susah kalau mak bapak kurang bagi perhatian..
Replysayu je cite ne..along sayang ume ayah..
Replysedih T.T
Replykadang-kadang si ibu tak sedar.
perenggan yang last tu buat saya touching je.. kesian along..
Replyp/s:tak pe la along, walaupun mak abah lebihkan angah, mereka tetap ibu ayah along kan. tak de haruan makan anak.. mereka sebenarnya sayang, cuma tak tau cmne nak luahkan pada kamu ;']
bende mcm nih selalu berlaku kan? dari dulu smpailah sekarang.. :(
Replywuu~
Replytacing,
kita tau mak tetap sayang anak2 dia sama rata,
kak , ini cerita sendiri ke , hasil nukilan akak ?
Replysedihlah ..
Assalamu'alaykum Tia...
ReplySebak sungguh hati ni bila baca entri Tia. Apa yang Along alami...telah saya alami di dunia nyata ni. Sedih, perit bila diri tak dihargai oleh ahli keluarga sendiri. Malah ketika jatuh sakit pun, tiada yang peduli.
assalamualaikum kak tia
Replyapa yg akak alami sama mcm sye alami sekarang ni kekadang jealouslah gak bila tngok kwn sekeliling semua bahagia di samping family dyeorg yg bahagia kak
ConversionConversion EmoticonEmoticon