Lama aku duduk di atas sejadah. Sudah sekian lama sejadah ku simpan dalam almari , bila sudah terbentang kini. Aku seolah-olah tidak mahu berganjak. Ianya lebih selesa dari tilam empuk tempat aku selalu beradu.
Telekung putih yang menutup seluruh tubuhku , ku peluk erat. Lama ia tersimpan , sehingga aku sendiri tidak ingat sudah berapa lama ia terkurung dalam almari. Adakalanya ia dibasuh. Tapi lepas dibasuh , dilipat , langsung saja disimpan di almari. Ya Allah , ampunkan hamba-Mu ini.
Subuh itu sejuk sekali. Tapi telekung yang ku pakai membuatkan rasa sejuk itu hilang. Tidak terasa oleh ku.
Masih lagi di atas sejadah. Sungguh aku bersyukur. Allah telah memilih aku untuk kembali ada di jalan-Nya. Aku sendiri tidak tahu serta bagaimana sikap dan perasaan aku ini boleh berubah secara tiba-tiba.
Kini , andai Allah mahu mengambil aku kembali biarlah matiku dalam islam. Aku mahu ada dalam keadaan suci bila menghadap-Nya nanti. Sungguh =='
Selalu orang kata nak taubat tunggu ikhlas.
Selalu orang kata nak taubat bila sampai masanya.
Selalu orang kata nak taubat bila dah tua.
Persoalannya , sempatkah menunggu sehingga waktu itu? Andai selepas membaca entri ini Allah mengambil kita kembali? Dalam keadaan apa kita waktu di jemput kembali? Mati tak kira siapa , bila , di mana.
Selalu orang kata nak taubat tunggu ikhlas.
Selalu orang kata nak taubat bila sampai masanya.
Selalu orang kata nak taubat bila dah tua.
Persoalannya , sempatkah menunggu sehingga waktu itu? Andai selepas membaca entri ini Allah mengambil kita kembali? Dalam keadaan apa kita waktu di jemput kembali? Mati tak kira siapa , bila , di mana.
Orang yang sering mengingati MATI , dia akan dimuliakan dengan 3 perkara ;
- Mempercepat taubat
- Menerima reeki seadanya
- Rajin beribadah
Kalau seseorang lalai dari ingat MATI , dia akan dapat 3 hal juga iaitu ;
- Dia akan lupa untuk bertaubat
- Tidak puas atau tidak menerima rezeki seadanya
- Malas beribadah
16 Comments
Click here for Commentssementara ada peluang.. ;)
ReplyALLAH ...teguhkan hatiku Allah ....
ReplyOrg yg ingat mati adalah org yg cerdik tetapi org yg bercita2 utk mati adalah org yg bodoh..
ReplyThanks for sharing this...
tepat sekali TIA.
ReplySaat Allah beri kita hidayah,petunjuk itu kena terus-terus berusaha...Sedikit-sedikit buat perubahan..Pintu taubat itu masih terbuka selagi nyawa belum di kerongkongan...InsyaAllah kita sama-sama berusaha.. -)
Replyteruskan beristiqamah dalam bertaubat.. :)
Replyassalamualaikum Tia...alhamdullilah suka dgn n3 ni menarik...:)
Replyzikrulmaut memang byk kelebihannya utk mental dan rohani kita :)
Replysifat mahmudah tu
wah..sayu je saya baca..sungguh mendalam kesannya..(T_T)..
Replytak perlu tangguh kalau itu adalah kebaikkan terutama untuk diri sendiri, terima kasih tia..akak suka entri ni..
ReplyAku sendiri tidak tahu serta
Replybagaimana sikap dan perasaan aku
ini boleh berubah secara tiba-tiba.
Pernah rasa mcm ny. N yes, 0rg yg ingat mati akan cpt2 taubat..
Nice entry. Keep writing Tia! :D
ingat mati...malaikat maut jenguk kita 70 kali sehari kan?
Replyperkongsian yg bagus Tia~
Replyterima kasih diatas peringatan ini
Replysaya masih mencari cahaya Nya.. :')
ReplyAkak suka entry nie tia....nice info..
ReplyConversionConversion EmoticonEmoticon