Assalamualaikum.
Hurm... Sebelum ni aku selalu pung pang dalam blog kata yang aku ni blogger hebat. Tapi bila diamati semula kata-kata aku tu, terfikir pula. Dari mana datangnya panggilan blogger ni? Macamana aku boleh gelar diri aku ni blogger? Am I?
Gelak sendiri.
Aku buat blog, dan aku menulis. Nak update entri, kadang aku rajin kadang aku malas. Aku pernah tak menulis sampai berbulan-bulan lamanya. Tapi tak adalah terfikir nak berhenti terus dari menulis di blog ni. Menulis macam dah sebati dengan aku. Cuma, aku jarang menulis. Lebih-lebih lagi bila dah sibuk dengan kuliah.
Okey mari kita bercerita tentang blogger. Penulis dan blognya.
Akhir-akhir ni, perkataan blog dan blogger semakin kerap aku dengar dan baca. Mungkin makin dikenali. Maklumlah, blog dan blogger pun dah bertambah bilangannya bak cendawan tumbuh selepas hujan. Dari para remaja, sampailah ke beliau-beliau. Dari yang bujang, sampailah yang dah ada anak-anak dan cucu cicit. Masing-masing ada blog sendiri.
Kenapa buat blog?
Aku boleh kata, soalan ni dah macam soalan wajib bagi mereka yang bergelar blogger. Kenapa buat blog? Haa, kenapa aku buat blog?
Dulu, tujuan aku berblog ni masih kabur-kabur lagi. Aku sendiri tak tahu kenapa aku nak berblog. Lepas tu, aku mula bercerita tentang kehidupan aku. Kira, tu macam fasa awal berbloglah. Lebih kepada bercerita tentang diri sendiri. Curahan hati.
Lama kelamaan, tujuan nak berblog tu dah makin berubah sikit. Aku pergi ke fasa lain pula. Fasa di mana aku merasakan malu pula bila cerita pasal diri sendiri ni. Maksud aku, macam buka aib diri sendiri. Sibuk sangat menulis sampai tak sedar yang aku dah dedahkan perkara yang sepatutnya menjadi rahsia antara aku dan Allah s.w.t.
Macam scary je kan? Tak percaya, cuba selak balik entri lama dan baca apa yang kita dah pernah tulis. Rasa malu, sedih, kelakar, semuanya bercampur aduk. Itu apa yang aku rasalah sebab dulu aku pun menulis ikut sedap hati aku je. Bila sedih, menangis dalam blog. Bila marah, tengking dalam blog.
Tapi bila dah lama berada di arena blogging ni, perasaan tu dah macam bertukar sikit. Tak macam masa mula-mula berblog. Mungkin terkesan dengan entri-entri orang yang dah separuh abad menulis di blog ni. Tujuan nak berblog pun rasa macam dah jelas sikit. Cuma, tak tahu cara.
So, I called myself as a blogger? Yes! I am blogger and am proud to be one of them.
Berbloglah. Sambil berblog, cuba terjah blog orang lain juga. Kemudian renungkan sebentar. Renung dalam-dalam. Menulis jangan sampai lupa diri. Takut makan penulis.
Belajar menulis dan belajar menerima. Tulis benda yang baik-baik, dan belajar benda yang baik-baik dari penulis lain.
Source |
8 Comments
Click here for Commentsme to.. proud to be blogger..
Replysama la.. dulu tulis ikut sedap jari je... sekarang nak kena pikir dulu sebelum menulis.
Dulu suka menulis tntang diri sendiri.... sekarang...
Replyeh.. masih menulis tentang diri sendiri.. cuma dalam bentuk lukisan jer lah.. koh koh koh
dulu pun terkontang kanting nak cari identiti sendiri... sekarang, dah okey dah. hue hue hue
Ary masih kabur lagi ni. Penat gilap bagi kilat, tapi masih kabur. Bukan masih lagi tapi MAKIN kabur. HahahaXD
ReplyBetul tu... akak sokong menulis jangan smp lupa diri!!
Replysangat setuju..jadi diri sendiri..
Replyapa pun yang kita buat kalau tujuan untuk mencari redha manusia, orang suka, admire kat kita, kalau orang tak hargai, kita akan patah hati..
biasa la tu...masa mula2 berblog...lama2 kita sendiri akan sedar...nak tulis blog sekarang pun kena fikir dulu sebelum publish...
Replyaihhh...mood berbelogg sgt perlu dilap2 semula..hihihihi
Replycx mmg buat blog bertujuan dan bermatlamat. bukan saja2, bkn suka2, bkn ngade2 gedik2 tp cx buat mmg bertujuan dan bermatlamat. Alhamdulillah matlamat cx masih kemas teratur cx ikut. cuma diselit sedikit 'nota kecil' agar peringatan yg hlg dtg kembali. aicehh. kemain baik susun ayat. haha okaylah. nway, nice entry tia! :)
ReplyConversionConversion EmoticonEmoticon