Sekarang, macam-macam jenis lelaki kau boleh jumpa. Yang kachak, yang baik, yang sweet, yang caring. Tapi sayang. Orang punya. Jadi kau kena cari lelaki lain. Kalau tak cari, tengok yang datang. Datang dia sekadar nak tunjuk eksen acah-acah playboy, atau memang nak jadi suami yang menyayangi kau sepenuh jiwa dan raga?
1. Paras Rupa
2. Kesukaan Orang Tua-tua
3. Berharta
4. Beragama
Apa sekalipun perangai jodoh kau. Bertabahlah. Allah tengah uji.
1. Paras Rupa
Kau tak payah propa kata paras rupa bukan segalanya. Aku setuju sebab kalau abang 'Playboy itu Suami Aku' datang melutut dulu. Yes, aku tak menolak. Tapi memandangkan sekarang lelaki kacak ramai yang sedang bercinta dan tak matang. Belum kira lagi yang jadi gay. Maka, kau harus sedar paras rupa itu masih boleh dirunding. Kau hold dulu yang ni. NEXT!
2. Kesukaan Orang Tua-tua
Terutama sekali mak bapa kau. Tanya mereka sejujurnya. Lelaki itu menyejukkan mata dan hati mereka atau tidak? Naluri mak dan bapa kau selalunya betul lagikan sahih! Lelaki yang sesuai jadi suami, pandai bergaul dan berkawan dengan bapa-bapa orang, pak cik-pak cik, atok-atok. Ye aku tau. Bunyinya agak menakutkan. Tapi percayalah. Mereka ini selalunya menjadi perhatian pak cik-pak cik yang lagi sedang mencarikan jodoh buat anak gadis mereka. Makanya, kau kena rembat dulu sebelum dia dirembat pak cik jiran sebelah rumah kau.
3. Berharta
Aku bukan mengajar kau untuk jadi materialistik. Tapi aku nak kau sedar bahawasanya kos kehidupan sekarang semakin tinggi. Aku tak suruh kau pilih kerabat diraja mahupun anak menteri. Tidak. Tapi sekurang-kurangnya biarlah mereka ini gaji bulanannya tetap. Kalau kau jumpa jenis yang bulan ini kerja A, bulan depan kerja B, tahun depan kerja C. Maka, kau harus pertimbangkan lagi sebelum menjadikan dia sebagai suami. Kau jangan pentingkan diri. Mungkin kau boleh hidup dengan cinta tanpa makan apa-apa. Tapi kau kena ingat. Akan ada bayi comel yang akan kau lahirkan nanti dan mereka ini perlu makan!
4. Beragama
Kau rasa seperti mustahil kerana dunia semakin menakutkan? Ya, aku juga begitu. Kalau kau jumpa ustaz, alhamdulillah. Rezeki kau. Kalau kau jumpa yang biasa-biasa. Kau jangan nak hina dia. Selagi dia boleh menerima nasihat dan teguran. Kau boleh pertimbangkan lagi. Manusia ni boleh berubah.
Apa sekalipun perangai jodoh kau. Bertabahlah. Allah tengah uji.
25 Comments
Click here for CommentsBagus tips ni, hihi
Replyni mesti list tua punya blog
Replykalau dah jumpa yang berkenan di mata dan di hati nanti... dah tak sempat nak pikir tips2 ni dahhh :-)
Replysetuju dgn semua tips di atas...hehe
Replywahhh tips yang menarik... bau nasi minyak
ReplyAku pilih yg kedua dan keempat..
ReplyDah kahwin pon.
Hihihi..
Aku pilih no 4 tu. Agama sgt penting. hihi. Lepas tu no 2. kikikih
Replyjom join GA sy http://rafyydah.blogspot.my/2016/10/giveaway-by-rafyydah.html
haha..menarik!..hopefully i dpt yg package lngkp lah. =P
Replytudiaa... Tia dah kahwin x pe la.. hehehe..
ReplySiqah pilih yang no 2 dan 4. Hehe. Yang lagi 2 nombor tu, kira nasib lah. Kiki. Nice sharing. Siqah dtang dan follow sini. salam perkenalan :)
ReplyTips berguna utk mereka yg blm bkahwin terutama kaum hawa
ReplyBerguna tips ini. Ada tips cari wanita pulak tak? Hihi.
Replyhummmmm taktau ke layak tidak dapat calon mcm tu uhukk uhukk
Replyrasanya macam vice versa jugak. lebih kurang je.. hehehe
Replykawen tu sonok tau ciktia,. nak jaga perkawenan tu yg x brape nak sonoknyerr., huhu2
ReplyBagusnya tips ni. saya ni dah la jenis tak reti sangat nak ajak bersembang kalau tak biasa. haha kena reject la nampaknya.
Replylelaki yg suami orang.
Replyehem... sini2.. ;p
Moga mereka yang masih mencari bertemu dengan yang serasi.
ReplySalam Singgah
ReplyHahah nak cr suami yang penting ikhlas dan leh menerima diri anda seadanya sehingga menjalin ikatan yang sah bukan hanya sebelum ikatans sah
hahahaha~ adoi.. bahaya statement nombor 1 tu dik.. memang la paras rupa pun jadik ukuran sedikit sebanyak.. kan ? dah tu.. seumur hidup nak ngadap kot.. nak la tengok pemandangan indah indah..
Replydlm mencari & memilih jodoh, no 4 perlu diutamakan dan harus selari dgn no 2. perhati adab & akhlaknya, jika bagus dialah org yg dicari. no 3 pula, jika dpt yg kaya berharta itu 1 bonus. x mengapa kalau dia kurang berharta, asalkan dia rajin mencari rezeki yg halal. no 1, kalau dpt yg handsome tu juga 1 bonus. yg muka kurang2 tapi berakhlak, akhlak tu yg mencantikkan rupa parasnya. tiada paras rupa & jd bahan ejekan, ada duit pi baiki mana yg patut 😂
Replysemua nak yg terbaik kan..
Replyteringat plak kata2 kwn; 'asyik2 berkenan dengan laki orang, x pun milik org' 😂 last2 single
ReplyKesemua tip kat atas tu pun sesuai untuk cari isteri.
ReplyRestu yang paling saya pegang teguh selain mencari yang beragama dan mampu membimbing. Suka ayat last tu, Apa sekalipun perangai jodoh kau. Bertabahlah. Allah tengah uji. :)
ReplyConversionConversion EmoticonEmoticon