Mascara Awesome MR. D.I.Y

Dulu-dulu i semacam pemalas tau nak pakai mascara. Rasa macam leceh. Especially bila nak cuci bagi bersih. Kadang tu sampai habis tercabut bulu mata. Dahlah bulu mata i nipis. Sedih.

Tapi lately kan, i macam suka tau tengok bulu mata orang lentik melentik. Rasa macam, woahh. Cantikkk. But then i baru tau. Most of them pakai bulu mata pelesu. Alamak. Tu pun leceh jugokk.

Nak pakai gam bulu mata lagi. Nak sepit bagi lentik lagi. Nak boh mascara ataih bulu mata pelesu tu lagi. Haa. Kan banyak kerja tu.

I nak bulus mata yang lentik but at the same time, tak nak berejam depan cermin. Boleh dakkk?

Sebelum ni, ada jugak beli mascara. Tapi ciri-ciri tak menepati. I ni tak suka sangat yang waterproof tu semua. Susah nak basuh kalau takdak makeup remover.


Satu hari, tengah cuci mata dekat kedai MR D.I.Y, terpandanglah dekat bahagian barangan makeup. Serasa macam ada magnet tau panggil-panggil iolss.

Tengok punya tengok, nampaklah MASCARA. Belek-belek, ada tulis 4D. Apa ni. Selalu jumpa 3D jew. Ni 4D ni apa pulak. Tengok harga, RM7.50. Hmm. Beli ke tak, beli ke takkk.

Last-last, BELI.

First time pakai, i terus kata WOW !! Beberapa kali sapu je, lentik terus bulu mata. Memang best.

U boleh tengok gambar dekat bawah ni. Kalau tengok dari skrin, yang sebelah kiri tu pakai mascara and belah kanan tu tak. Nipis kan bulus mata i? T_T


Lentikkan? Sesuai untuk daily makeup. Pakai mascara je kalau nak serlahkan bahagian mata. Tak pakai eyeliner pun okey. Nampak natural je.

Okey now nak citer part bila bersihkan pulak. Rasanya mascara ni bukan waterproof kot. Cara nak basuh memang senang. Basahkan muka and then biarkan kejap. Lepas tu sisa mascara akan mudah ditanggalkan seketul seketul. Hihi.

Paling penting, takde tinggalkan kesan hitam semacam lebam baru lepas bertinju.

Tapi 1 je lah. Kalau u dah apply mascara tu, takbleh dah nak kepit-kepit lagi. Faham tak apa i cuba sampaikan ni? -_-

K macam ni. First, u kepit dulu guna pengepit bulu mata. Lepas tu sapu mascara. And then kalau u nak kepit sekali lagi untuk lapisan seterusnya, tak boleh. Mascara tu akan lekat dekat pengepit bulu mata tu. I dah cuba buat. Tapi u boleh cuba lagi. Kot pengepit i yang problem ke.
Previous
Next Post »

1 Comments:

Click here for Comments
November 9, 2017 at 12:35 PM ×

sha suka pakai mascara tapi jarang pakai sebab kedah panas nanti comot bila sha suka lap lap muka hahaha nicelah dengan harga bawah RM10 kann

Congrats bro Shafyqah Azry you got PERTAMAX...! hehehehe...
Reply
avatar