Tuesday, May 29, 2012

Kelebihan Pra Diploma UiTM


Kelebihan Pra Diploma UiTM ialah keywords yang kedua hits di blog saya untuk hari ni selain keywords Cerita Sedih. Perkataan UiTM itu haruslah sebab saya sendiri pelajar UiTM yang kadangkala menceritakan serba sedikit tentang kehidupan saya bergelar seorang pelajar.


Memandangkan tak lama lagi sesi pendaftaran pelajar UiTM akan bermula , mungkin ada yang nak cari maklumat selanjutnya sebelum berdaftar kan? Saya faham.


Saya juga bekas pelajar Pra Diploma Perdagangan. Kampusnya terletak di Tawau , Sabah. Pernah ada yang tanya saya. Kenapa ambil Pra Diploma? Kenapa tak ambil diploma terus?


Sebenarnya saya tak sangka pun yang saya akan ditawarkan untuk sambung pengajian di UiTM sebab masa memohon tu saya cuma mencuba. Tidaklah saya meletakkan harapan yang tinggi. Dan masa tu juga , syarat kredit untuk diploma sangat tinggi. Saya tidak melepasi syarat itu.


Jadi , adik saya rekomenkan saya untuk mohon program Pra Diploma. Dan tanpa diduga , saya berjaya mendapat tawaran dari UiTM lepas keluar keputusannya.


Ramai kawan-kawan saya salah anggap dengan program yang ambil ni. Mereka ingatkan pra diploma ni diploma. Tapi sebenarnya pra diploma ni macam tiket untuk naik ke peringkat seterusnya iaitu Diploma. Atau mungkin boleh saya katakan ia sijil lah. Maaf kalau silap. Kalau lulus peperiksaan akhir pra diploma , bolehlah naik satu satu lagi level - Diploma.


Tempoh pengajian untuk pra diploma perdagangan ni ialah satu semester bersamaan 6 bulan. Tapi masa saya , tak sampai 6 bulan pun. Pejam celik , dah habis.


Pra diploma susah ke tak? Bagi saya , itu terpulang pada individu itu sendiri. Kalau ada usahanya , ada rezekinya , insyaAllah. Dia akan berjaya. Alhamdulillah , saya telah pun lulus walaupun pada mulanya saya sendiri tak yakin saya boleh lulus dengan cemerlang.


Kalau ada yang lulus , mestilah juga ada yang gagal. Memang ada antara kawan-kawan saya yang tidak berjaya dalam peperiksaan akhir tu. Saya susah nak percaya sebab ada antara mereka yang sama-sama belajar dengan saya. Ada yang berusaha habis-habisan tapi tersungkur juga. Mungkin bukan rezekinya.


Belajar di mana-mana pun , ada susahnya ada senangnya. Kadang tu terlalu susah sampai kita pun tak sanggup nak galasnya. Saya pernah alami situasi itu. Tapi semuanya sudah berlalu. Biasalah , bukan hidup namanya kalau tiada cabaran.


Berbalik kepada tajuk entri. Ini sedikit ringkasan dari saya. Kelebihan Pra Diploma UiTM. Ianya adalah tiket untuk meneruskan pengajian ke peringkat Diploma. Tempoh pengajian antara satu semester hingga dua semester. Bergantung pada keadaan.


Nasihat saya , jangan rasa rendah diri bila dapat Pra Diploma tu sedangkan kawan-kawan pula terus dapat Diploma. Mungkin kita tak bernasib baik macam mereka yang terus dapat Diploma tu. Tapi kalau ada usaha , kita boleh jadi lebih baik dari mereka.


Saya sudah pun berjaya melepasi halangan pertama (Pra Diploma) dan pada 03 Jun 2012 ini , saya akan naik ke peringkat seterusnya pula (Diploma). InsyaAllah .. Saya harap semuanya baik-baik saja nanti. Perjuangan baru bakal bermula .. Dan kepada anda , semoga berjaya!

267 comments:

  1. kita berusaha DIA yang tentukan..

    ReplyDelete
  2. amek program ape utk diploma nanti? =)

    ReplyDelete
  3. Tahniah..Wah Selamat Memasuki UITM..Sy 2 Jan Baru Daftar utk adik sy, dia bt diploma..apa2 pun tahniah..

    ReplyDelete
  4. betul tu, belajar apa n kat mana2 pun sama. yang penting ilmu yang kita dapat tu :D

    ReplyDelete
  5. UiTM di hatiku :)

    goodluck for next semester tia :)

    ReplyDelete
  6. pra diploma macam matrik lah kan?
    matrik adalah peringkat sbeelum masuk degree tapi pra dip adalah peringkat sebelum diploma..
    Semua orang pasti berjaya jika berusaha..
    Yang membezakan hanyalah ikut jalan jauh ataupun dekat^^

    ReplyDelete
  7. Satu lagi kelebihan Pra Diploma ni kalau tak salah bukan ke dapat elaun? sorry kalau salah..:)

    ReplyDelete
  8. @ZWAN SABRI yes dapat elaun .. tu pun kalau pendapatan isi rumah mengikut syarat .. banyak tu elaun di kasii :)

    ReplyDelete
  9. bnyak rupa yer kelebihan yg kite dpt .

    ReplyDelete
  10. tahniah ! aku pn ex student pre-sns d uitm sbh. skg dah diploma d uitm penang.. gud lak yah.. time pra diploma, byk bnda yg buat aku sdar :')
    chayok 4 new sem . hihi :D

    ReplyDelete
  11. apa subjek pra diploma ?
    dan berapa kos pengajian pra diploma?
    kene bayar sendiri kan ?

    ReplyDelete
  12. tahniah. ;') saya pun dari pra diploma jugak. d UiTM kota kinabalu.

    ReplyDelete
  13. pra-perdagangan atau pra-diploma ni untuk yang SPM dia tak melepasi keperluan minimum untuk sambung diploma UiTM. senang kata, yang dapat SPM rendah sangatlah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun tak pasti. tapi ada juga segelintir kawan2 saya yang walaupun keputusan SPM dia hebat , tetap dapat tawaran ni. apa yang saya tahu , ini adalah program mengubah destinasi anak bangsa. maaf kalau silap. boleh google atau berhubung sendiri dengan pihak uitm untuk maklumat lebih lanjut. TQ.

      Delete
  14. Bm klau D bleh msuk pra diploma ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang tu saya kurang pasti. mungkin anda boleh terus hubungi pihak uitm sabah atau membaca syarat2 kelayakan di dalam borang permohonan.

      Delete
  15. tumpang tnya...sya dh dpt borang MDAB tu..sya duduk kt area kedah...ke mana saya harus menghantar borang tersebut??..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih bertanya. kalau tak silap saya , di borang tu ada disertakan alamat di mana ia harus dihantar. cuba check balik. kalau tak ada juga , hubungi pihak uitm sendiri. sebaiknya , uitm sabah.

      Delete
  16. sy pon bekas pelajar pra diploma..
    pra diploma sains..
    uitm permatang pauh,penang.. :)
    sekarang dah semester 4 diploma kejururawatan..
    betul tu tia, sy sokong awak..
    jangan pandang rendah sangat pada budak pra..
    ramai yang dari pra dah masuk diploma, dapat dekan...
    sesapa yang rasa tak dpt diploma, cuba apply pra dulu..
    insyaAllah kalau usaha, kita akan dapat..

    by the way, gud luck for final exam :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. pelajar pra diploma bukan lemah tapi masa SPM keputusan cuma tak berapa nak hebat. bila diberi peluang kedua macam ni , dorang boleh jadi lebih baik dari yg direct intake. ramai je yg dari pra diploma dapat dekan :)

      Delete
  17. Tumpang tanya, kalo permohonan kita diterima dia akan bagitahu melalui apa ye? Penghantaran surat atau online?

    ReplyDelete
    Replies
    1. online. sebab saya pun check online juga dulu ..

      Delete
  18. kebiasaan bila dpt tahu result tawaran ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang tu saya agak kurang pasti. tapi seeloknya , kerapkali lah check di online. kalau tak , boleh telefon pihak UiTM dan tanya mereka sendiri. Itu adalah sebaik-baiknya.

      Delete
    2. okey terima kasih

      Delete
  19. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  21. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  22. tumpang tanya result spm kmu dlu mcm mna? dn brpa kepujian yg kmu dpt??

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf , saya tak berapa ingat .. tahun 2008 tu .. hehe .. tapi rasanya 4 kalau tak silap ..

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
    4. rsany math dn bi kmu hny dpt gred brpa?..lulus rendah atau satu kepujian sj drpd slah satu dua subjek yg sy sbutkn td..

      Delete
    5. maafkan saya. saya betul2 tak ingat. tapi kedua2 subjek tersebut , lulus. terima kasih bertanya ..

      Delete
  23. ada bapa subjek aeh?pra diploma perdagangan?

    ReplyDelete
  24. maaf sy nk tnya pra diploma perdagangan ada bpa subjek?apa nma 4 sbjek tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya saya KURANG ingat apa subjek yang diambil. tapi lepas bertanya dengan kawan yang sama-sama PRE-COM dulu , dia kata ada empat (4) subjek yang akan diambil. yang itu , memang saya ingat. ada 4 subjek.

      antara subjek yang kawan saya maklumkan adalah :

      -MGT
      -CTU
      -MAT
      -BEL

      Delete
  25. boleh tau?...kalau gagal pra diploma ni..ape jadi?die terus kene tendang keluar uitm ke atau terpaksa amik course yang sesuai ngan keputusan yg gagal tu dekat uitm?kawan awak yg gagal macam mana?ke kene tuka u lain ke?boleh terangkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. depend lah. saya pun tak pasti macamana. memang ada kawan yang gagal lepas dapat result tu. tapi , kebanyakkan mereka dapat peluang untuk mengulang paper yang gagal tu. kalau lepas ulang , dorang lulus. insyaAllah akan lepas dan boleh ambil diploma.

      Delete
  26. oh jadinya boleh repeat la test tu ye?ingatkan terus kene tendang keluar... terima kasih ya.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebolehnya , usaha lah jangan sampai bagi gagal ye. sayang tuuu :)

      Delete
  27. Berapa subjek exam untuk pra-perdagangan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Empat (4) subjek. rujuk komen-komen terdahulu.

      Delete
  28. boley x kalo seseorg tu da gagal pra diploma dan apply agy skali tok msk pra dip nih??

    ReplyDelete
  29. boleyh x kalo seorg tu pena gagal dlm pra dip n da ditendang, pastu dye apply agy skali tok msk pra dip. Uitm terime ke x??

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya tak terima. saya pun tak berapa nak pasti. maaflah saya tak dapat bagi jawapan yang memuaskan hati. tapi kalau betul pernah gagal dan ditendang dari UiTM. tak salah mencuba membuat permohonan baru. insyaAllah , kalau masih ada rezeki di UiTM tu mesti diterima semula. kalau tidak , mungkin rezeki ada di tempat lain. Tkasih :)

      Delete
  30. kak,subjek apa yg ada kat pra pd tu?..boleh laa buat rujukan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada empat (4) subjek kan? okey biar akak explain satu2 ..

      1. MGT (Management) - Subjek ni lebih kepada pengurusan. Bagi akak , subjek ni boleh kira senang juga lah tapi tak masuk final exam.

      2. CTU - Subjek ni macam pendidikan islam. Pun tak masuk final.

      3. MAT - Ini subjek pengiraan. Matematik. Kebanyakkan topik , kita dah pernah belajar masa sekolah menengah. Cuma nak refresh balik aje. Ini masuk final.

      4. BEL - Ini macam subjek bahasa inggeris. Pun masuk final.

      Kesimpulannya , hanya ada dua (2) subjek sahaja yang akan masuk final. Mean , ada paper lah. Iaitu MAT dan BEL. Untuk subjek MGT dan CTU , markah akan diambil dalam kelas. Macam kuiz , test.

      Akak harap penjelasan akak ni betul sebab dah lama dah. Akak kurang ingat. Sekarang akak bakal naik semester 3.

      Delete
  31. tumpang tny mcm mna nak cek scra on9 smada prmhonon kta tu dtrima atau x??

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh terus pergi website UiTM sendiri. kalau dah buka , mereka akan minta no IC. lepas masukkan , then baru tahu keputusannya.

      Delete
  32. assalamualaikum kak, blh x nk tau .. subjek CTU tu kan ,apa yg kte akan blja? mcm kat skolah ke kta blaja? ayat hafazan semua eh ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam dik. subjek CTU tu macam pendidikan islam jugak. subjek tu lebih kepada ajaran islam. untuk pra diploma , tak ada hafazan. naik diploma baru ada hafazan :)

      Delete
  33. assalam akak.,sub ctu ape yg kte blja? sama mcm yg kte blja kt skola ke? ade ayat2 hafazan ?

    ReplyDelete
  34. sye rase takot plak nk msuk pra perdagangan ni..takot xley bwak..susah /senang ye akak?? & nnty kalo dh lulus boley pilih kos diploma yg kite nak tu ker atau uitm dh tetapkn ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah boleh dik. akak boleh je. kawan akak yang lain pun boleh. kalau kita ada usaha , ingat Allah , mesti boleh punya. susah atau senang bukan persoalannya tapi selagi belum cuba , adik dah kira kalah tau.

      yep , kalau dah lulus pradiploma. boleh pilih course apa kita nak untuk diploma nanti. tapi bergantung pada pointer yang adik dapatlah. sebab setiap course untuk naik diploma , berbeza-beza pointer yang adik kena capai ..

      Delete
  35. macam mana kte nak tau keputusan pra dilpoma dah kluar ke blum

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu lah check dekat google atau dekat website UiTM sendiri ..

      Delete
    2. atau boleh pergi website ini --> http://www.online.uitm.edu.my/index.cfm

      Delete
  36. salam kak...mahal x yuran utk msuk pra diploma nie?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. pra diploma ni ada dua. MDAB dengan PERDANA. kalau dapat MDAB , tak payah bayar. kena tanggung. siap dapat elaun lagi. kalau PERDANA , kena bayar. RM650 kalau kak tak silap..

      Delete
    2. ade org kate,pra diploma lmbat n rugi mase..btul ke kak?sy kompius nk wt pra dip atau msuk kolej..sy xdpt upu..

      Delete
    3. ade org kate,pra diploma lmbat n rugi mase..btul ke kak?sy kompius nk wt pra dip atau msuk kolej..sy xdpt upu..

      Delete
    4. sayang , kita timba ilmu ni tak pernah buang masa tau. ingat tujuan asal kenapa kita nak belajar. bukan cuma nak dapatkan kerja. tapi belajar juga kan satu ibadah. lakukan ia ikhlas kerana Allah s.w.t .. insyaAllah , urusan kita akan dipermudahkan oleh Dia.

      berbalik pada soalan adik. kalau nak masuk UiTM ni, adik kena dapat sekurang2nya 5 kredit untuk masuk program Diploma. tapi , kalau tak cukup kredit tu dan adik memang nak masuk UiTM juga. adik boleh masuk melalui program Pra Diploma.

      Pra Diploma ni tak lama dik. dalam 4 bulan aje. kalau LULUS, adik boleh pilih program apa yg adik nak bila masuk Diploma nanti. seriously , takkan menyesal kalau adik berusaha bersungguh2.

      adik nak masuk kolej mana? kalau swasta, baik adik fikir baik2. banyak belanja nak guna. kalau adik orang berada, tak kisah nak keluar duit berapa pun. takpe. adik boleh ke kolej.

      Delete
    5. assalam.. kak sye dpt pra diploma sains MDAB nk tanya adakah perlu sye buat ptptn dan akaun bank islam boleh x buat mse msk kat u nanti?

      Delete
    6. assalam.. kak pra diploma sains MDAB brape sem?

      Delete
    7. waalaikumussalam. alhamdulillah. tahniah akak ucapkan.

      yang tu akak tak berapa pasti dik. tapi seingat akak, sebelum akak masuk mendaftar. akak memang buka bank islam awal-awal. untuk pengetahuan adik, pinjaman PTPTN tidak akan diberikan pada pelajar yang mengambil program Pra Diploma.

      Delete
  37. salam akk..mahal x yuran utk pra diploma nie?

    ReplyDelete
  38. Assalamualaikum w.b.t.
    kak saye nak tnye brg permohonan pra diploma tu mmg kite antar sendiri ek?maksudnye kite print borang tu pastu pos sendiri.akak dpt pra diploma dlu mcm mne ek,check upu atau akak mohon sendiri?terime kaseh =)

    wani,johor

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam w.b.t ..
      masa akak dulu, akak hantar sendiri borang yang akak print tu. sebab UPU akak tak dapat. hehe.. sama2 dan terima kasih juga bertanya :)

      Delete
    2. salam,kak saye bru check keputusan,die ckp saye gagal dpt program ni,saye nak tnye mse akk bru antar borang akk trs check ke atau akk dpt sms bru akk check ?,saya gagal dpt upu bru2 ni then akk saye suggest amek program mdab ni,2 ari lps tu(20hb mei) saye trs mohon dan antar sendiri borg ni kat uitm terdekat,then ari ni saye check die ckp saye gagal,xtau nak buat ape lg,nak msk swasta family x mampu ='(

      Delete
    3. waalaikumussalam sayang.

      sebenarnya, intake untuk bulan Jun dah lama tutup. sejak 31 Mac 2013 lagi. adik lambat hantar borang. tapi takpe. macam ni, insyaAllah akan ada intake seterusnya. kalau adik nekad nak masuk UiTM, akak harap adik dapat bersabar ye. tunggu untuk panggilan seterusnya.

      akak faham situasi adik. akak sendiri bukan dari keluarga yang berada. mujur ada tawaran dari UiTM. adik jangan putus asa okey. mungkin Allah sedang menguji kesabaran adik sekarang.

      Delete
    4. terime kaseh kak =D
      tp kan kene antar borg lg ke kak?

      Delete
    5. kasih diterima dik :P

      ada yang kata tak payah. tapi untuk keselamatan, nanti ada intake baru. better adik hantar je borang permohonan k. nanti rajin2 check portal kemasukan pelajar UiTM tu ye.

      Delete
  39. dlu cik tia da dpt pngilan utk msuk form 6 tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dapat. tapi tak lama. saya dapat tawaran untuk menjalani PLKN.

      Delete
  40. Kak tia mcm mna nak mmohon and bleh ke apply dkat ngeri lain?

    ReplyDelete
  41. Boleh ke apply dkat ngeri lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya boleh. akak dapat dekat Sabah pun sebab akak duduk dekat Sabah. dan masa hantar borang , akak hantar dekat cawangan Sabah. insyaAllah boleh. cuba k ..

      cara nak mohon , boleh rujuk entri akak ni .. http://inikisahtia.blogspot.com/2013/05/permohonan-dan-keputusan-pra-diploma.html

      Delete
  42. Tidak smestinya kita apply ngeri sndri kan?jadi boleh apply ngeri lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh apply dekat negeri lain. bila nak hantar borang tu, hantarlah dekat negeri yang nak dihantar. nak alamat untuk hantar borang tu, boleh check dekat sini ..

      http://inikisahtia.blogspot.com/2013/05/permohonan-dan-keputusan-pra-diploma.html

      Delete
    2. Salam, maaf mencelah. jes nak bg info tambahan. sepengetahuan akak, adik akak mohon MDAB dan hantar ke UITM dungun sebab ada adik akak sorang lagi sem 5 kat situ dan dengan harapan boleh dpt kat Dungun. Tetapi Alhamdulillah adik akak tu berjaya dpt MDAB tetapi di UITM kampus Sri Iskandar, Perak. Rupa2nya, mereka akan hantar pelajar tersebut mengikut UITM negeri masing. so, kalau Selangor mengikut negeri terhampir.
      Sekian..

      Delete
  43. akak... bila keputusan pra dah keluar, dia akan bagitahu melalui mesej tak? penerapan pelajar pradiploma [http://www.online.uitm.edu.my/keputusan_main.cfm] tu bukan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. menurut kawan-kawan akak, ya. adik akan dapat mesej pemberitahuan. kalau dekat [http://www.online.uitm.edu.my/keputusan_main.cfm] , adik boleh semak terus keputusannya.

      cuba baca entri akak yang ni pula http://inikisahtia.blogspot.com/2013/05/permohonan-dan-keputusan-pra-diploma.html

      Delete
  44. ada kemudahan asrama tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tempat lain saya tak pasti. tapi kalau dapat dekat Sabah, insyaAllah dapat. rujuk dekat pihak UiTM di negeri yang ditawarkan.

      Delete
  45. skirany kalo prmhonan gagal ble bt rayuan x?

    ReplyDelete
  46. salam kak....saya nk tnye....keputusan utk pra diploma dh keluar ke??saye keliru antara penerapan pra diploma dan pra diploma....harap akak respone..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam w.b.t

      keputusannya belum keluar dik. tapi menurut adik akak, dia kata 21 Mei buka. adik boleh try tengok dekat Portal Kemasukan Pelajar UiTM ye..

      ini linknya ..

      http://www.online.uitm.edu.my/

      Delete
  47. salam....akak...apa beza penerapan pra diploma dgn pra diploma?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penerapan Pra Diploma adalah dari Pra Diploma. Kalau adik dah berjaya lepasi Pra Diploma dan dapat keputusan yang bagus, baru adik akan naik ke Diploma. Itulah Penerapan Pra Diploma.

      Penerapan Pra Diploma -> Naik Diploma

      Delete
  48. selalunye bila keputusan pra diploma akan diumumkan ?

    ReplyDelete
  49. selalunya bila keputusan kemasukan pra diploma akan diumumkan ?

    ReplyDelete
  50. selalunya bila keputusan kemasukan pra diploma akan diumumkan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk sesi bulan Jun, mungkin 21 Mei dah buka. rajin2 tengok dekat portal kemasukan pelajar UiTM ..

      http://www.online.uitm.edu.my/

      Delete
  51. Assalamualaikum dik.. anak makcik ada mohon pra diploma katanya 25hb baru result keluar. Anak makcik takut sangat matematik dia tak boleh bawak kalau dpt pra diploma nanti. SPM hari tu pun lulus je.. Nak tanya matematik dia susah tak? Kalau gagal boleh ulang balik tak? Terima kasih dik..

    ReplyDelete
  52. Waalaikumussalam.. terima kasih bertanya mak cik :)

    insyaAllah, mak cik yakinkan je anak mak cik ye. saya pun masa SPM dapat keputusan untuk subjek Matematik bukanlah baik sangat. sekadar lulus saja.

    matematik dia, anak makcik mesti dah pernah belajar masa dekat sekolah menengah. insyaAllah tak susah sangat makcik. andaikata dia gagal, boleh mengulang.

    makcik, saya pun bukanlah pelajar yang terbaik sangat. tapi alhamdulillah, walaupun saya dari Pra Diploma je. sekarang saya dah masuk semester 3 pun.

    banyak juga kawan2 saya yang dari Pra Diploma dapat anugerah dekan. mungkin mereka tak menyerlah masa SPM. suka main2, tak serius belajar. siapa tahu bila dah masuk universiti nanti fikiran mereka dah berubah.

    makcik doakan je banyak2 untuk anak makcik ye. doa seorang ibu kan mustajab. makcik tolonglah doakan saya sekali ye :)

    ReplyDelete
  53. salam akak... kalo check dkt uitm punya web.. click dkt mana yer??

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. adik baca post akak yang http://inikisahtia.blogspot.com/2013/05/permohonan-dan-keputusan-pra-diploma.html

      dekat situ, akak dah explain caranya :)

      Delete
  54. ble tny cik tia ni asal dri mna?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya asal Sabah. menetap juga di Sabah..

      Delete
  55. Kalau apply last minute mcm mana?dapat x?kak tia dulu apply last minute jugak ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. apply last minute sebelum tarikh tutup permohonan, rasanya tak ada masalah. tapi kalau apply masa permohonan dah ditutup, tak boleh dah lah.

      so, kalau adik nak buat permohonan lagi. tunggu intake seterusnya.

      contoh, bulan Jun ni ada intake kan. kalau adik apply sekarang, memang tak dapatlah masuk untuk intake bulan Jun. tunggu intake seterusnya.

      Delete
  56. Tapi bila tarikh tutup?kak tia ada email tak?on kjap nak tnya

    ReplyDelete
  57. akak agak2 bile kptusan dia kluar sbb cek dkt website hri ni takde pn..da yg kta 21 mei da yg kata lps satu mngu kptusan upu kluar konfius la mna satu ni??

    ReplyDelete
    Replies
    1. 21 hb, keputusan untuk Penerapan Pra Diploma aje yang dah keluar. akak dapat maklumat, mungkin keputusan untuk Pra Diploma Perdagangan keluar pada 25 Mei.

      takpe kot kalau hari2 check dekat website tu. tak pun, tunggu dapat mesej pemberitahuan. selalunya pihak UiTM akan SMS.

      Delete
  58. tme akak cek kptusan pra diploma msa blan brpa? akak mc ingt x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf, akak tak ingat.. dah lebih setahun akak tinggalkan Pra Diploma tu. akak dah semester 3 sekarang.

      Delete
  59. assalamualaikum kak bila tahu result pra diploma keluar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. insyaAllah , 24 atau 25 hb ni ye dik.

      Delete
  60. akak slaluny rmai jg ka yg brjya dpt twran pra diploma ni tau pn org2 trtntu sj yg dpt??

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu akak tak pasti sayang. kalau ada rezeki, dapatlah tu. doa je banyak2 eh :)

      Delete
  61. akak..mase akak spm dlu kan result akak ade 'a' x??sbb sye x de la..agak2 bleh dpt x??...upu pon saye x dpt....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejujurnya, akak tak ada 'A' pun dik masa SPM. 'B' je melambak. hehe. tapi alhamdulillah. Allah nak bagi rezeki akak sambung belajar dekat UiTM kan? UPU pun akak bukan dapat dulu. banyak saingan.

      Delete
  62. assalam kak..confirm ke keluar 25 ni??

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam.

      akak baru check Portal Kemasukan Pelajar UiTM tadi. adik dah boleh check ye..

      Delete
  63. salam kak, nak tny brpa kptusan spm akak dlu?

    ReplyDelete
  64. salam kak, nak tny brpa kptusan spm akak dlu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam.

      maaflah. akak tak ingat keputusan SPM. dah lama sangat. since 2008 lagi. dokumen2 akak yang ada sijil SPM tu tinggal dekat rumah. tapi yang akak ingat, akak cuma dapat 4 kredit je.

      Delete
    2. trima kc akak sy doakn akak smoga akak brjya mlangkah ke peringkat strusny smpai la puncaknya.. :)

      Delete
    3. sama2. terima kasih doakan akak. akak juga doakan semoga kamu berjaya di dunia dan di akhirat. semoga Allah merahmati kamu sekeluarga :)

      Delete
  65. Assalamualaikum kak .. alhamdulillah sye dpt pra diploma perdagangan at UiTM melaka .. tapi kak sye cukup terasa bila sesetengah pihak mengatakan pra diploma hanya untuk pelajar yg gagal dlm SPM .. hmm .. result sye alhamdulillah okay jew .. lpas untuk permohonan UPU ..

    ReplyDelete
  66. Assalamualaikum kak .. alhamdulillah sye dpt pra diploma perdagangan at UiTM melaka .. tapi kak sye cukup terasa bila sesetengah pihak mengatakan pra diploma hanya untuk pelajar yg gagal dlm SPM .. hmm .. result sye alhamdulillah okay jew .. lpas untuk permohonan UPU ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. alhamdulillah syukur. rezeki adik tu.

      jangan pedulikan KATA orang. untuk pengetahuan adik, ramai je kawan-kawan akak dari PRA DIPLOMA tapi dapat ANUGERAH DEKAN!

      akak sendiri dari pra diploma dik. alhamdulillah akak masuk semester 3 pun.

      nasihat akak untuk adik, jangan terpengaruh dengan cakap orang. jangan pedulikan orang yang suka nak jatuhkan kita. lepas ni belajar elok2 tau. jangan hampakan ayah dengan ibu.

      buktikan pada mereka yang pandang rendah tu, adik boleh berjaya. dekat mana-mana pun kita belajar, program apapun kita ambil, kalau ada usaha dan diizinkan Allah, kita mesti boleh berjaya.

      semoga Allah mempermudahkan urusan adik nanti :D

      Delete
  67. kak nak tanya Kena bayar yuran pendaftaran ke x bila nak daftar masuk?

    ReplyDelete
  68. Kena bayar yuran pendaftaran ke x kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dapat pra diploma ni, akan ada dua cabang tau (maaf taktau nak panggil apa). PERDANA dan MDAB. Kalau dapat perdana, kena bayar yuran sebab pendapatan ibubapa melebihi dari apa yang disarankan. Kalau dapay mdab, yuran adalah percuma sebab pendapatan ibubapa adalah rendah.

      Masa akak dulu, lepas masuk baru bayar. Tapi ambil perhatian pada tarikh tamat untuk bayar yuran okey.

      Delete
  69. Akak saya tadi semak keputusan pra diploma..sye diterima masuk ke pra diploma..tapi saya risau tentang subjek matematik di pra diploma..susah ke pra diploma..sebab spm math saya hanya lulus atas..:(

    ReplyDelete
  70. Kak saya dapat pra diploma intake bulan jun..saya risau tentang math pra diploma..ianya sukar ke tidak..lecturer ok ke tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah! Bukan senang nak dapat tawaran macam tu. Kamu antara yang terpilih. Jangan risau. Akak pun dulu masa SPM dapat lulus saja. Tapi masih juga boleh berjaya. Jangan jadikan itu penghalang.

      Pasal lecturer, akak tak boleh nak kata apa. Kita mana ada pilihan untuk memilih. Akak dulu dapat lecturer garang dan tegas! Tapi syukur, kakak lulus juga :)

      Semoga kamu berjaya.

      Delete
  71. Saya x faham tentang bil bayaran yuran pelajar,bukan program mdab x payah bayar yuran ke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep. kalau under MDAB, memang tak payah bayar yuran. tapi kalau check bil pelajar, ada yuran kena bayar. mean kamu pelajar PERDANA.

      Delete
    2. gaji ibubapa mesti bawah RM3,000 kalau nak yuran percuma.

      Delete
  72. saya x faham tentang bil bayaran yuran pengajian.bukan x payah bayar yuran pengajian untk program MDAB ke.

    ReplyDelete
  73. kalau sy x brjya dpt prmhonan pra diploma mcm mna?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena tunggu pengambilan seterusnya. bersabar ye. insyaAllah, mungkin rezeki kamu bukan sekarang tapi nanti.

      Delete
  74. MACAM MANE NK SEMAK PRA DIPLPMA NIE??

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh semak di Portal Kemasukan Pelajar UiTM

      http://www.online.uitm.edu.my/

      Delete
  75. salam akak . abg sy pun ade suruh ambik pra diploma ni . sy dulu student sains tulen . pra diploma sains ade tak ? mcm mane sy nk mohon ? takde expired date ke program ni ?

    ReplyDelete
  76. Akak, tumpang tanya, saya dapat pra diploma (perdagangan) kat UiTM Kampus Tawau. Kebanyakan student yang dapat kat sana dari area mana ya? Sekadar bertanya. Dan, pra diploma ni ada graduasi tak? Maaf menganggu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.

      akak bekas pelajar UiTM Kampus Tawau tau :D
      seronok ada junior dekat sana. boleh tolong sampaikan salam dekat lecturer. hehe.

      masa akak dulu, memang campur dik. Sandakan, Kota Kinabalu, Tawau. majoriti memang Sabahan lah. adik tinggal Sabah juga?

      tak ada graduasi sayang. kalau adik lulus pra diploma ni nanti, adik layak untuk ke peringkat Diploma. masa ni kena panggil PENERAPAN PRA DIPLOMA.

      kelebihannya kali ni, adik boleh pilih program Diploma apa yg adik nak. tapi mesti memenuhi POINTER yang diminta lah. dan, program diploma yang ditawarkan ada limitnya.

      tak ganggu :)

      Delete
  77. salam ,, kak sya nak tanya ... saya dapat pra diploma perdagangan . tapi saya masih ta dapat buat keputusan sebab saya ada dua pilihan iaitu pra diploma di kampus uitm atau diploma in banking di kolej bersekutu uitm -kptm .. apa pendapat akak ??? apa yang terbaik ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam.

      okeylah macam ni. secara umumnya, kita belajar mana-mana pun tak kisah dik. selagi ilmu itu ada manfaatnya. tapi bila ada dua pilihan macam ni, akak pun susah nak bagi keputusan.

      akak tak pasti kalau kolej bersekutu UiTM tu macamana. ini ada sedikit maklumat untuk adik akak jumpa dekat google tadi. mudah2an bermanfaat.

      "Apa tu Kolej Bersekutu UiTM? Kolej bersekutu UiTM adalah IPTS (Institut Pengajian Tinggi Swasta ) yang menjalankan Program Usahasama dengan UiTM dimana IPTS ini menguruskan program-program UiTM dengan pemantauan sepenuhnya dari UiTM. Silibus dan pelan pengajian juga sama, langsung tidak berubah. Ini bermakna, pelajar yang belajar di Kolej Bersekutu UiTM juga adalah pelajar UiTM, cuma tempat belajar sahaja yang berbeza."

      selanjutnya, adik boleh baca dekat sini.

      http://unikopmalaysia.blogspot.com/2012/05/mari-fahami-lebih-lanjut-kolej.html

      nasihat akak, apapun keputusan yang adik buat. yakinlah pada ketentuan Allah. hati kita digerakkan oleh Allah. jadi, jangan menyesal lepas buat keputusan sebab apa yang berlaku ada hikmahnya okey.

      so far, akak jadi bekas pelajar Pra Diploma. tak ada masalah. sebab akak pun dah naik Diploma sekarang. Pra Diploma tu just untuk 4 bulan. akak tak rasa itu buang masa sebab bila kita menuntut ilmu ni tak ada yang sia-sia selagi ianya bermanfaat untuk kita di kemudian hari.

      maaf ye dik. penjelasan akak panjang sangat. apapun, adik boleh buat solat istikharah. atau juga minta pendapat orang sekeliling ye dia.

      apapun, akak doakan semoga adik berjaya walau di mana adik berada. amin ya Rabb :)

      Delete
    2. kak , time daftar tu , kena bawa semua baju kan ..
      sebagai pelajar pra diploma , apa yang perlu dibawa ? bole tak terangkan secara detail... terima kasih..

      Delete
    3. ye, masa daftar tu bawalah semua barang sebab adik akan terus dapat kolej (asrama) kalau akak tak silap. sebab dulu akak macam tu.

      akak pun tak ada senarai barang yang perlu dibawa. tapi setahu akak, ada borang yang UiTM sediakan. dekat situ tertulis barang-barang apa yang perlu dibawa.

      mungkin akak boleh cadangkan apa yang perlu adik bawa nanti.

      1. Dokumen-dokumen penting (IC pelajar, Surat Beranak, IC ibubapa, sijil-sijil, Surat Tawaran) - pastikan semua ni ada SALINAN yang disahkan okey. kalau boleh, bila buat salinan janganlah cukup-cukup aje. buat EXTRA. banyak-banyak tak apa. itu lebih baik.

      2. Jangan lupa isikan BORANG yang memang dah disediakan oleh pihak UiTM. isi awal-awal ye.

      3. Pakaian sewaktu mendaftar, pastikan FORMAL dan kemas. untuk siswa, pakai baju KEMEJA. ada tali leher lagi baik. pendek kata, pakai pakaian yang ala-ala orang nak pergi pejabat. baru handsome. untuk siswi, pakai baju kurung. kalau muslim, pakailah tudung. baru manis :)

      4. Paling penting, jangan lupa doa banyak-banyak ye dik. mohon pada Allah semoga dipermudahkan segala urusan.

      ini cuma cadangan akak, selebihnya adik kena tengok pada borang yang UiTM bagi. itu lebih lengkap.

      Delete
    4. sijil2 tu apa ??

      Delete
    5. sijil-sijil masa dekat sekolah menengah dulu. tak kiralah dapat sijil apa. contoh, sijil kursus kepimpinan ke. sijil penghargaan ke.

      Delete
    6. yang tu kena potostat jgak ka ?? atau bwa yang asal?
      pasal elaun tu , kena buat buku bank islam ka kak ? maaf byk brtnya....:) takot sesat jln... hihihihih

      Delete
    7. ahh, fotostat je. eh, sayang. dah bawa yang salinan, original pun kena bawa juga. masa akak dulu, memang kena buka bank islam. kalau adik dapat elaun, masuk dekat akaun tu.

      macam ni, bila pergi bank islam. nak buka akaun, cakap dekat abang atau akak yang ada dekat kaunter tu. kata nak buka akaun untuk masuk U. siapa tau dorang akan bagi cadangan seterusnya.

      Delete
  78. assalamualaikum kak pra diploma MDAB semak dimana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. adik boleh baca dekat entri akak ni. akak ada tunjuk cara-caranya.

      http://inikisahtia.blogspot.com/2013/05/permohonan-dan-keputusan-pra-diploma.html

      Delete
  79. salam..akak, saya dpt msk pra diploma perdagangan kat kampus tawau sma cm akak..hihi...lpas pndaftaran nnti trus masuk blajar kha..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. wah! junior akak ni. tahniah dik. alhamdulillah, rezeki adik.

      mana boleh terus belajar. sesi perkenalan dulu. hehe. nanti belajar rajin2 tau :D

      Delete
    2. :) ..sya pn xsangka ble dpat... alhmdlilah .. oO..ok.. tq kak .. insyallah sya akn blajar rajin2 cm akak..hihi >_< ...hm.. klau ambil prdagangan ada sbjek add maths tak ..saya risau klau psal maths ney..hihi

      Delete
    3. oO..ok..thnks kak, sya pn xsngka ble dpat ..hihi...insyallah sya akan berusaha untk msa dpan :) ..hm, klau ambil perdagangan ada sbjek add maths tak..?...org lain ckp ada...sya takut sbb sya xberapa ok sbjek maths..spm sya llus ja maths ja.

      Delete
    4. addmaths? setahu akak, math biasa aje. silibus pun, kita dah pernah belajar masa sekolah menengah. yang penting, banyak buat latihan k :)

      dik, akak pun masa SPM maths cukup makan aje. hehe. tapi alhamdulillah, dengan izin Allah akak lulus juga.

      Delete
    5. alhmdlilah xda addmaths..hihi..insyallah ble...hm..klau dpat elaun kak yg blum bka akaun kat bank islam bila ble buka..sbelum msk kampus atau slpas..?..dkat kampus ada di sediakn streka or bwa sndri..hihi..barang2 sya bnyak sngat lah nnti lpas pndaftaran ble simpan barang kha..maaf sya bnyak brtnya.. :)

      Delete
    6. yea kha..alhmdlilah,,,hihi...harap2 ja nnti sya boleh...tq kak..hm..klau dpat elaun bila nk buka akaun sebelum msk kampus kha atau slepas..?..n dkat sna ada di sediakn streka or bwa sndri..n nnti lpas pndaftaran boleh smpan barang ..maaf sbb bnyak brtnya.. :)

      Delete
    7. kalau akak dulu, sebelum masuk UiTM akak dah buka awal-awal. tapi menurut adik akak, nanti kalau dah masuk UiTM boleh je buat dekat sana. UiTM 'bawa' bank islam datang ke tempat kita :D

      seterika bawa sendiri dik. tapi, kalau ada kawan-kawan yang dah bawa. boleh je share. hehe. lepas pendaftaran, setahu akak adik akan dapat kolej. jadi, simpanlah barang dekat bilik yang dah diberi.

      Delete
  80. As salam k tia..alhamduliliah sy dpt masuk pra diploma perdagangan d kampus kk..sy nk tanya bahasa yg dunakn dlm sistem pmblajarn pra dplomani samada dlm bhs inggeris atu bm yer..? klu mate sy kredt masalahnya english sy agak lmah n hanya lulus jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. alhamdulillah. wah, lepas ni akak ada junior lah ye dekat UiTM Kota Kinabalu ni? :)

      majoriti subjek memang pakai bahasa inggeris dik. kecuali CTU (macam subjek agama islam). jangan risau sangat. kita kan belajar. kita tingkatkan usaha yang mana kita lemah.

      english akak pun bukannya hebat sangat. hehe :D

      Delete
  81. Akak sy kecewa x dpt pra diploma , sy xtwu la knp sy x dpt . Apa syarat mereka nk semua sy dh penuhi tp sy x phm knp x dpt .

    ReplyDelete
    Replies
    1. dik, jangan terlalu bersedih. yakin pada Allah, mungkin itu bukan terbaik untuk adik. kita manusia hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan. sebaik-baik perancang adalah Allah s.w.t..

      cuba mohon lagi ye. insyaAllah, kalau itu rezeki adik. mesti dapat punya.

      Delete
  82. Sy kecewa x dpt pra diploma :'( . Sy nk sgt masuk . Apa syarat yg nak sy dh pnuhi

    ReplyDelete
    Replies
    1. adik tau tak? dulu akak tak nak masuk UiTM. akak dah putus asa nak sambung belajar. tapi Allah Maha Mengetahui. permohonan yang adik akak buat akhirnya berjaya. nak tak nak, kena masuk juga.

      dan alhamdulillah. benda yang akak tak suka rupa-rupanya bagi kebaikan pada akak.

      kita sukakan sesuatu perkara, belum tentu ia baik untuk kita. kita bencikan sesuatu perkara, belum tentu ia buruk untuk kita.

      jangan putus harap pada Allah.

      Delete
  83. As salam kak Tia..
    Saya nak tanya kt akak, apakah persediaan n kperluan yg perlu dbawa utk mmasuki pra uitm n ktika mmbuat pendaftaran..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam.

      akak pun tak ada senarai barang yang perlu dibawa. tapi setahu akak, ada borang yang tertulis barang-barang apa yang perlu dibawa.

      mungkin akak boleh cadangkan apa yang perlu adik bawa nanti.

      1. Dokumen-dokumen penting (IC pelajar, Surat Beranak, IC ibubapa, sijil-sijil, Surat Tawaran) - pastikan semua ni ada SALINAN yang disahkan okey. kalau boleh, bila buat salinan janganlah cukup-cukup aje. buat EXTRA. banyak-banyak tak apa. itu lebih baik.

      2. Jangan lupa isikan BORANG yang memang dah disediakan oleh pihak UiTM. isi awal-awal ye.

      3. Pakaian sewaktu mendaftar, pastikan FORMAL dan kemas. untuk siswa, pakai baju KEMEJA. ada tali leher lagi baik. pendek kata, pakai pakaian yang ala-ala orang nak pergi pejabat. baru handsome :)

      4. Paling penting, jangan lupa doa banyak-banyak ye dik. mohon pada Allah semoga dipermudahkan segala urusan.

      ini cuma cadangan akak, selebihnya adik kena tengok pada borang yang UiTM bagi. itu lebih lengkap.

      Delete
  84. salam kak.,nak tnya.,kasut yg nk kna pakai smasa pndaftaran mcm mna??diowg x bagi tau pon.,,
    thnx.,

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. akak sarankan adik untuk sediakan kasut bertutup sepasang. jangan sesekali pakai selipar ye. pihak UiTM sangat mementingkan kekemasan. jangan lupa pakai baju kurung juga ye :)

      Delete
  85. asslm..akak,saya dpt pra diploma tu ..tp klo saya tak terima tawaran tu, rugi x kak? sbab saya da masuk form6 ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam.

      akak pun pernah dapat form6. tapi, kalau adik rasa adik yakin boleh bawa form6. teruskan saja :)

      Delete
    2. terima kasih ye kak.. =)

      Delete
    3. sama-sama. semoga pilihan yang adik buat tu, adalah yang terbaik untuk adik ye.

      Delete
  86. Salam Tia.
    Panjang komen mereka.. rata-rata semua nak sambung belajar. kalau akak ni dah terlajak ketapi nampaknya. tapi masih ada adik2 yg meneruskan perjuangan.

    Akak x de nak tanya apa2 jes nak kongsi kegembiraan akak kerana adik bongsu akak dapat jugak jejakkan kaki ke UITM walopun result spm haritu cukup2 3 kredit. Demi nak lihat dia berjaya, akak isikan secara online segala yg boleh dan nmpknya dia juga terpilih mengikuti pengajian peringkat sijil di Kolej Komuniti selama 1 tahun setengah.

    Terpaksa ditolak kerana MDAB lebih sesuai rasanya. Alhamdulillah dia akan mendaftar 2hb Jun ini.

    Buat pengetahuan juga MDAB ini akan ditentukan mengikut alamat pemohon dan bukan kita suka2 nak pilih negeri mana.

    Sekian..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam kak.

      alhamdulillah. tahniah untuk adik akak. saya pun berkongsi apa yang saya tahu je kak. selain tu, ada juga bertanya dengan kawan-kawan dan adik saya sendiri.

      terima kasih sudi bertandang ke mari dan meninggalkan komen :)

      Delete
    2. sama-sama... walaupun dah berusia, tapi harus juga kita topup ilmu mana yg ada untuk pengetahuan diri sendiri dan yg lainnya dimasa hadapan kan.. bagus blog Tia ni sebab dapat beri info pada semua org.. tahniah dan teruskan usaha tu..

      Delete
    3. saya pun mulanya update entri ni untuk bercerita pasal pengalaman aje. tak sangka orang lain pun cari maklumat pasal ni dekat google. terima kasih lagi dekat akak sebab sudi menegur saya.

      Delete
  87. akak, saya mau tanya lagi. selalunya pra diploma ni tamat bila? tahun ni or tahun depan? saya bingunglah. yang kata tidak sampai enam bulan tu apa pula ek? and, dia ada suruh cetak bil bayaran tp dia cakap yuran pengajian ditanggung sepenuhnya. maksudnya, tidak payah printlah kan yg bil bayaran tu? last kak, dia ada bagi borang perakuan bius and pembedahan tu, wajib isi ka tu kak? sebab saya sudah buat medical check up, Alhamdulillah, normal. Maaf mengganggu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pra Diploma ni 1 semester saja. 1 semester bersamaan dengan 6 bulan. juga bersamaan setengah tahun. tapi macam akak dulu, tak sampai 6 bulan pun. 4 bulan aje. kalau adik masuk bulan Jun ni, mean hujung tahun dah tamat. kalau lulus Pra Diploma ni, adik akan masuk Diploma pula.

      kalau yang pasal bil bayaran tu, akak tak pasti. tapi, kalau ragu-ragu. boleh aje print. kot-kot dorang minta kan?

      borang akuan bius dan pembedahan tu, akak tak ingatlah dik. maaf ye. tapi, kalau tengok borang tu mungkin boleh ingat.

      jangan risau, adik tak mengganggu pun. akak bantu setakat yang akak mampu je k :)

      Delete
  88. akak, nak tanya uitm cawangan sabah dlm fakulti pngrusan prniagaan brpa kos d tawarkan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari yang akak tengok, ada 6 kesemuanya. ini untuk Diploma saja. belum Degree dan lain-lain.

      1. BM111 - Diploma in Business Studies
      2. BM119 - Diploma in Banking Studies
      3. BM117 - Diploma in Business Studies (Transport)
      4. BM115 - Diploma in Business Studies (Insurance)
      5. BM114 - Diploma in Investment Analysis
      6. BM118 - Diploma in Office Management & Technology

      sumbernya dari sini : http://fbm.uitm.edu.my/v1/programmes/undergraduate/diploma

      Delete
    2. ksmua kos ni da d uitm sabah??trima kc... :)

      Delete
    3. maaf, ada salah faham yang berlaku. program2 yang akak bagi tu, untuk keseluruhan UiTM di semua cawangan. tapi untuk Sabah saja ada 3 disediakan.

      1. BM111 - Diploma in Business Studies
      2. BM119 - Diploma in Banking Studies
      3. BM117 - Diploma in Business Studies (Transport)

      maaf sekali lagi ye dik. akak tak baca soalan betul-betul..

      Delete
    4. diploma pngajian prniagaan ni bgs ke kak?

      Delete
    5. setakat ni, akak rasa okey je. pensyarah semua kata okey :)

      Delete
  89. as'salam kak tia .. saya pun baru thu yg sy dpt pra diploma (sains) .. cuma skrg ni sy konfius lah .. antra form6 atau pra diploma ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam.

      akak ada tanya adik akak tadi. katanya sistem form6 sekarang dah tak sama macam dulu. dia dah tough sekarang. kalau adik yakin nak bawa form6 teruskan.

      tapi, kalau adik ni jenis yang kadang rajin kadang malas nak belajar. elok adik fikir baik-baik ye. bagi akak Pra Diploma ni biasa-biasa aje. tak terlalu tough. sebab akak pun dah merasa ambil Pra Diploma.

      apapun keputusan yang adik buat, yakinlah pada ketentuan Allah s.w.t ye. Dia tahu apa yang terbaik untuk adik.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
    4. Salam..kak sya dapat tawaran pra diploma prdgngan (MDAB) di uitm kk..insyaAllah 5/6 ni sya mndaftar..sya nak tnya yg psal elaun 2 mmng kna bank islam ka??sbb sya blum ada akaun bank islam..kalau bank lain boleh x kak??

      Delete
    5. waalaikumussalam. dik, setahu akak bank islam je dik. takpe, kalau tak sempat buka akaun bank islam, nanti dekat UiTM boleh buka rasanya. tapi untuk keselamatan, tak salah kalau adik buka awal-awal. akak dulu pun buka sedia.

      Delete
  90. assalammualaikum, :)
    akak, boleh sy bertanya .. sy tidk dpt mnymbung ke upu dn sudah mmbuat ryuan
    dan sy juga bru sedar pasal program pra dip ni ..
    intake jun dh pun ttup, jd intake strosny bila ye?
    saya terfikir hanya mahu smbung ke kptm shj .. ap pndpat akak?
    sy mndpt twaran, dip. pndidikn awal kank2 ..
    sy tidak berani mnrima tawaran kolej laen krn risau byaran tinggi.
    tq akak .. harap sudi meluangkan pndpat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam.

      dik, dalam hal membuat keputusan macam ni akak tak berani nak kata apa-apa sebab ianya melibatkan masa depan adik sendiri. jangan risau, apapun pilihan yang adik buat. yakinlah itu keputusan yang terbaik. insyaAllah.

      Delete
  91. salam nak tanya, kalo sdh past pra diploma nnti ble tkr fakulti x? sy d tawarkn fakulti pngrusan prniagaan..jd ble x sy tkr ke fakulti prakaunan..??dn ambil diploma prakaunan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam.

      setahu saya, masa ambil Pra Diploma nanti. pelajar belum diberi apa-apa course untuk naik Diploma.

      kalau pelajar lulus di Pra Diploma, dia akan naik ke program Diploma. semasa pengajian di Pra Diploma, akan ada taklimat diberikan dan pelajar akan diminta untuk membeli nombor PIN.

      nombor pin tersebut digunakan oleh pelajar mengisi borang online memilih course apa yang dikehendaki selepas lulus peperiksaan akhir Pra Diploma. dekat situ pelajar boleh memilih apa juga course asalkan menepati POINTER yang disyaratkan.

      andai kata anda sebagai pelajar lulus sewaktu Pra Diploma dan berhajat untuk memilih Diploma Perakaunan selepas tamat Pra Diploma, anda boleh memilih course tersebut bila mengisi borang. cuma, kena pastikanlah yang pointer mencukupi.

      maaf andai penerangan saya agak berbelit.

      Delete