Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum..
Seperti biasa , tiap hari saya mesti check emel. Dan kali ni saya menerima satu emel yang menyentuh hati saya. Inilah luahan hati seorang anak polis tentang bersih.
Saya bukanlah berpihak dengan siapa-siapa. Tapi saya jugak punya rasa hati. Punya suara hati yang kadang-kadang orang tak boleh faham. Saya adalah seorang anak polis. Saya sayangkan ayah saya. Tanpa ayah , saya takkan boleh hidup sampai sekarang dan berada di sini.
Bila mengenangkan ayah dan semua yang ayah dah buat untuk kami anak-anaknya dan isterinya , airmata saya laju mengalir.
Bila ada yang menggelarkan anggota polis sebagai anjing kerajaan , jadi siapa kami anak-anak polis ni? Anak anjingkah kami? Gara-gara nila setitik , rosak susu sebelanga. Gara-gara yang sikit buat jahat , habis semua dilibatkan. Bermacam-macam lagi tuduhan dan cacian yang saya tak sanggup nyatakan.
Hati saya sebak bila tengok ada antara anggota polis dipukul , diterajang , seolah mereka tak ada sanak saudara , keluarga dan anak-anak yang menanti kepulangan mereka dari bertugas. Macamana kalau hal tu berlaku pada saya?!
Saban hari , bila memikirkan waktu kritikal seperti bersih ni berlaku. Saya terfikir apakah ini lambaian dan ciuman terakhir ayah untuk kami? Kerana ayah perlu berhadapan dengan makhluk-makhluk yang membencikan tugas ayah.
Apa yang saya tahu , setiap hari sebelum ayah pergi kerja kami akan salam dan cium tangan ayah. Dan setiap kali tu juga ayah akan pesan dengan kami. Jangan lawan ibu , dengar cakap ibu , jangan biadab dengan orang lain , belajar sungguh-sungguh dan yang ayah selalu tegaskan. Jangan tinggalkan solat , kerana itu adalah tiang agama kita.
Sedangkan , di luar sana ayah dan rakan-rakan di cerca , dimaki , dipukul , semata-mata untuk menjaga keamanan negara. Fikirlah , dengan penghinaan sedemikian takkan kami anak-anak anggota polis hanya berdiam membiarkan orang yang kami sayang diperlakukan seperti haiwan.
Tiap kali ayah bekerja pada waktu subuh , hati saya sebak. Orang lain sedang lena tidur , ayah mengorbankan masa tidurnya untuk melaksanakan tugas dan amanah yang diberi. Sungguh , saya tak dapat nyatakan semua rasa yang ada dalam hati saya ni.
Saya berbangga bila ayah dapat membesarkan kami 7 orang adik beradik. Menyediakan rumah , pakaian , makanan dan barang asas yang lain. Tiada kurangnya kasih sayang ayah dengan kami. Dan kasih sayang ayah tu lah yang menjadikan saya dan seorang lagi adik saya berjaya menjejakkan kaki ke universiti. Adik saya yang nombor 3 cemerlang dalam pelajarannya di sekolah.
InsyaAllah , saya akan belajar bersungguh-sungguh dan jadi orang yang berjaya dan berguna pada agama , bangsa dan negara. Saya mahu menyara hidup keluarga supaya ayah tak perlu lagi mengharungi episod duka dan hina ini.
Saya tetap berbangga dengan ayah saya dan tugasnya sebagai anggota polis yang sanggup bergadai nyawa demi keselamatan negara. Saya sayang ayah ..
16 Comments
Click here for Commentsauww.. i`m touch..
Replypapa mertua akak jugak polis..
sedikit sebanyak akak paham perasaan risau itu..
Tersentuh bila membacanya :)
Replysebak lak.. kerana nila setitik rosak susu sebelanga.. pepatah ni kena sgt dgn pihak polis..
Replysy faham perasaan anak polis camna..seorang anggota polis selalu pulang subuh,kadang tu tak balik rumah langsung..asyik dengan stanby..stanby..stanby..malam berjaga,siang baru tidur puas-puas..tinggi sungguh pengorbanan mereka pada keluarga..
Alahai!...kesiannya...tersentuh hati...nak buat camna dah bapaknya kerja polis..janji rezeki halal..
Replyterharu..pedulikan apa kata mereka, yg pnting kita tau apa kerja bpa kita
Reply@hidayah :)
Reply@Sally Yatiey sebab tu lah yang saya rasa :)
Reply@adan bila awak kata macam tu , tambah sebak lak saya. sebab semalam saya teringat. bila ayah bagi pesan dekat saya. "nanti kalau Along lambat tidur , kejutkan ayah jam3 ya. jam4 ayah kena pergi kerja."
Reply@Che Rosliza Che mat ye. kerja tu pulak dari dulu lagi. sebab kerja tu lah ayah boleh sara kami adik-beradik dan isteri ayah ..
Reply@[sutera kasih] ya kak! Tia tau ayah Tia. sebab tu ayah Tia. bukan ayah orang lain. Tia tak pernah ragu dengan ayah..
Replyara pun ada dapat email ni..
Replydeorang tak faham. pedulikan. kita bangga dengan ayah kan..
Replyit's right..
Replyurmmmm...
terasa seyh..
berdiri bulu roma membacanya..
hanya mereka yang ada anggota keluarga bekerja sebagai polis sahaja yang tahu perasaan itu^^
eh??
ReplyAyah Tia??
Owhhh... ok..
Ni bukan emel ni..
Paham da^^
Pandai cover eh:P
tersentuh aty sy..sebab sy jga seorang anak anggota polis...
Replysaye jugak terharu bile bace luahan nie.... betul... kadang2 tak balik umah untuk menjalankan tugas... tapi tak penah orang paham.. malah dicaci dan dicerca...
ReplyConversionConversion EmoticonEmoticon