Menulislah Dari Hati, Bukan Ikut Hati


Idea saya bila menulis ni kadang bila dah kering , kering sangat. Bila dah mencurah , mencurah sangat. Eh tak , saya tak merungut pun. Biasalah. Idea ni pun ada pasang surutnya. Kejap ada , kejap tak ada.


Tips saya , menulislah dari hati. Bukan ikut hati. Ada beza bila kita menulis dari hati dan ikut hati ni.


Bila menulis dari hati , apa yang kita sampaikan melalui penulisan akan jadi jujur. Kita akan jadi tenang bila menulis. Idea tu akan datang tanpa kita paksa. Kita akan dapat mengolahnya dengan baik. Tak payah nak paksa sangat otak tu berfikir.


Bila menulis ikut hati , kita rasa macam serba tak kena je. Kejap taip , kejap padam. Kejap tulis , kejap padam. Sudahnya , penyakit malas kita pulak yang datang. Terutama sekali , elakkan diri dari menulis ketika marah. Takut segala kata yang tak enak pulak ditaip.


Pernah dengar tak , melalui penulisan pun orang boleh agak kita ni macamana.


Belajarlah menulis dari hati. Hasilnya nanti mesti meletup! Jangan lupa rehatkan kejap otak tu. Tenang kejap. Paling penting , rajinkan MEMBACA. Tak rugi kalau membaca. Pilihlah yang mana boleh diambil.

Previous
Next Post »

13 comments

Click here for comments
siti kektus
admin
May 8, 2012 at 10:00 AM ×

Kadang2 nak buat entri yg dr hati pon asyik delete je. Hehehe

Reply
avatar
May 8, 2012 at 2:34 PM ×

Syaa akan dapat banyak idea nak menaip bila hati tengah kusut gile. AHAAHA :D

Reply
avatar
maszull
admin
May 8, 2012 at 3:43 PM ×

assalamualaikum Tia...yer la menulis ni biar la dtg dr hatikan...:)

Reply
avatar
May 8, 2012 at 4:28 PM ×

kalo Tia nmpk kaka menaip pjg lebar tu, tgh semangat la tuuu hehe kalo mcm pendek2 tu, krg smgt :P

Reply
avatar
May 8, 2012 at 4:39 PM ×

Bukannya senang untuk menulis dan mencari idea apa yang kita nak tulis.. Kadang tu sampai kekering idea kita dibuatnya.. Walaubagaimanapun terima kasih dengan tips yang diberikan.. ;)

Reply
avatar
hidayah
admin
May 8, 2012 at 4:56 PM ×

hehe..

kadang-kadang ikut hati..
selalu dari hati..

eh..eh..cantik la blog Tia skrg..

:)

Reply
avatar
Sally Yatiey
admin
May 8, 2012 at 4:59 PM ×

Betul2. Kalau menulis dari hati. Macam-macam benda kita nak luahkan, kita dapat luahkan. Kalau ikut hati pulak, nanti tertaip benda yang boleh menyakitkan hati orang.

Reply
avatar
cik najihah
admin
May 8, 2012 at 7:59 PM ×

nak buat entry ni kene ade mood baru ok hihi

Reply
avatar
babycomel
admin
May 8, 2012 at 8:29 PM ×

kadang-kadang kita tak sedar pun apa yg kita tulis, sama mcm tak sedar apa yg kita kata.. bahaya kan bila kita menulis or berkata-kata bila tengah marah...

Reply
avatar
M Fizan
admin
May 8, 2012 at 9:21 PM ×

huhu. perfect. 10/10. :)

betul tu. bila nak ikut hati tulis, rasa macam tak kena jer apa dicoret. tapi bila menulis tulus dari hati, ilham tak putus-putus. benar ada bezanya :)

Reply
avatar
syiela
admin
May 9, 2012 at 3:16 PM ×

betul tu.. akak pun taip apa yg terlintas di hati & fikiran je.. kalo time takde idea tu terjah rumah kwn je la :)

Reply
avatar
Tentang Kita
admin
May 9, 2012 at 3:25 PM ×

betul tu tia..tp kebykkan org tulis ikut suka hati...^__^

Reply
avatar
ary_lee
admin
May 9, 2012 at 8:45 PM ×

ary sedang ajar diri ary untuk menulis apa yang ary ingin kongsi tanpa memaksa..
Kadang, entri hasil paksaan ni tak akan mendapat sambutan ramai pembaca sebab pembaca dapat rasakan ketidak ikhlasan menghasilkan karya..

Reply
avatar