Untuk Ibu dan Ayah Tersayang



Tak lama lagi , diri ini akan menjejakkan kaki ke UiTM. Bulan Jun 2012 insyaAllah.


Untuk ibu dan ayah. Along akan belajar sungguh-sungguh bila along dah jejakkan kaki ke UiTM nanti. Along tau ibu dengan ayah dah usaha habis-habisan , pujuk habis-habisan , doa tak henti-henti cuma nak lembutkan hati along supaya terima tawaran masuk UiTM hari tu (dah start nak sentap ni).


Along mengaku , mula-mula memang along tak nak terima tawaran tu sebab along dah tak ada hati nak belajar. Angah pun tak henti-henti pujuk along untuk sambung belajar balik. Memikirkan ibu dengan ayah , along terima je keputusan tu walaupun sebenarnya dalam hati tak nak.



Rasa Bersyukur Sangat


Tapi lepas beberapa bulan belajar , along rasa seronok. Dan along bersyukur sangat-sangat sebab terima tawaran tu. Kalau along tolak dulu , along rasa along lah orang yang paling kurang pandai sebab menolak peluang yang Allah bagi.


Final exam pun dah lepas. Masa check result 27 April 2012 hari tu , berdebar rasanya hati ni. Tapi along tahan. Takut menganggu emosi pulak. Lepas tengok je keputusan exam tu , ya ALLAH. Along lulus. Terima kasih ya Allah. Syukur sangat-sangat.


Along tak tanya kawan-kawan sebab along ingat dorang semua mesti lulus jugak. Tapi rupa-rupanya along salah. Kawan-kawan rapat along ramai yang kena repeat balik. Ada subjek yang gagal. Masa tu along syukur sangat-sangat sebab Allah bagi peluang lagi untuk along supaya jadi orang yang berjaya.


InsyaAllah , lepas ni along akan usaha lebih gigih lagi. Along nak ubah hidup keluarga kita sebab along kan anak sulung. Along nak jadi contoh dekat adik-adik. Along nak buat ibu dengan ayah bangga sebab ada anak macam kami.

Previous
Next Post »

7 Comments

Click here for Comments
aizamia3
admin
May 5, 2012 at 3:53 PM ×

tahniah.. moga apa yang diimpikan menjadi kenyataan..

Reply
avatar
May 5, 2012 at 4:26 PM ×

~semoga tercapai impian..
insyaAllah :)

Reply
avatar
May 5, 2012 at 4:27 PM ×

tak pelah, gagal skrg bkn bermkne gagal selamenyew..namun kne bangkit dri kegagalan tu... ingat mak ayah, insyaAllh, sis akan menjadi wanita yg berjaya suatu hari nanti

Reply
avatar
P#eoniX
admin
May 5, 2012 at 5:32 PM ×

tahniah!!!!harap-harap lebih bersemangat along pas neh...eh!!!haku pon dah tersebut along gak ker...heheheh...takpe kan?kan?

Reply
avatar
Sally Yatiey
admin
May 5, 2012 at 9:11 PM ×

Tahniah :)
Semoga tercapai impian :D

Reply
avatar