Saya sedar , perubahan saya ke jalan Allah ni menuntut kesabaran yang tinggi. Penerimaan orang sekeliling , penerimaan diri saya sendiri.
Kalau dulu orang disekeliling saya biasa melihat saya keluar ke bandar tanpa mementingkan BAJU yang saya pakai , sekarang mereka akan rasa pelik bila melihat saya memakai baju yang longgar dan panjang.
Kalau dulu orang disekeliling saya biasa melihat saya memakai shawl yang dililit sampai 100 lilitan (tipu) tapi dada masih terdedah , sekarang mereka akan rasa pelik bila melihat saya memakai tudung yang sengaja saya labuhkan sehingga menutup dada dan agak kepanjangan sedikit di bahagian bahu.
Mulanya saya ingat mudah. Tapi bila saya dah berdiri dikalangan manusia yang ramai di tengah bandar , dapat saya rasakan betapa asingnya saya. Berbezanya diri saya dari mereka. Macam-macam perasaan saya masa tu. Dan saya yakin , syaitan jugak mencucuk-cucuk perasaan dan hati saya.
Saya bersyukur sebab saya ada adik perempuan yang menemani saya masa tu. Dia yang tenangkan saya. Dikuatkan kembali semangat saya. Dan alhamdulillah , sikit demi sedikit dapat saya buang rasa rendah diri , takut dan segala macam perasaan negatif tu.
Ujian saya yang lebih besar selepas ni bila saya akan mula menjejakkan kaki ke UiTM. Di sana akan ada macam-macam ujian yang akan saya lalui. Dan itu menuntut kekuatan dan kesabaran saya.
15 Comments
Click here for Commentskuatkan semangat.. nati kalau dah biasa.. nak pakai tak elok pun xsmpai hati.. =)
Replyjangan rasa rendah diri bila kita menuju ke arah kebaikan.. tetapkan dalam diri yang 'aku boleh lakukan'.. yakin boleh.. ;)
Replyalhamdulillah. semoga urusanmu dipermudahkan. :)
Replyalhamdulillah semoga semuanya dipermudahkan..
Replybersyukurlah..Allah telah memilih kamu dan mnguji kamu..kerana Allah syg kan kamu..
Replybaguslah berubah ke arah kebaikan,,akak ni penah jugak niat nak kuar pakai bj kurung,,tp belum terlaksana lg,,
Replyjalan menuju Allah memang tak mudah Tia. sbb tu ramai yg kecundang.
Replyakak pun pernah kecundang. Faktor jiwa tak kuat, pengaruh kawan & takde yg menegur..buat akak lalai. Malu bila kenangkan masa lalu..
abaikan mereka melihat kita berpakaian sedemikian..sepatutnyew mereka hairan dengan pemakaian mereka yg terdedah sana sini... be strong...xperlu dptkan tarikan manusia sedangkan tarikan Allah kita tak nak cari...^.^
Replysalam ziarah berutus senyuman,
Replyutamakan pandangan Allah!semoga istiqamah.
tia lakukan perkara yang betul. jangan pernah malu dgn apa yang tia buat.. insyaAllah.. :)
ReplyAkak sokong gan perubahan tia...Semoga di permudahkan...
Replymoga Allah permudahkan urusan :) aamiin ^^
ReplySis doakan Tia diberi kekuatan utk terus istiqomah berhijrah ke arah yg lebih baik..Tia boleh tu..
Replybe strong.. semoga dipermudahkan
ReplySusah untuk berubah ke jalan yg betul tapi.... berkat itu ada insyaAllah
ReplyConversionConversion EmoticonEmoticon