Wanita dan Hati

Wanita .. Lemahnya diri bila melibatkan hati. Sayu bila mengenangkan wanita yang berusaha menguatkan hatinya. Andai saja dapat dia putarkan masa , biar disimpan saja hatinya. Tak usah diberi pada sesiapa. Biar Allah menjaganya.


Tapi Allah menyayangi dia. Diberi kebahagiaan sementara. Mungkin terlalu bahagia , sehingga lupa pada penciptanya. Lalu Allah memberikan dia ujian. Ujian hati. Ditarik semula kebahagiaannya.


Dia menangis , menangis , menangis.

"Kenapa dugaan sebegini aku diberi?"

Orang sekeliling puas memberi kata-kata semangat. Tapi semuanya sia-sia. Wanita itu hanyut dalam perasaannya. Tiada siapa yang dapat membantunya selain dirinya sendiri.

Allah takkan menguji hamba-Nya kalau DIA tahu hamba-Nya itu tak mampu menempuhnya.

Bersabarlah wahai hati. Kebahagiaan sementara itu Allah tarik kerana DIA menyayangimu. DIA tahu hatimu lemah. Maka diberi ujian sedikit untuk menguatkan hatimu. Jangan mengeluh. Jangan bersedih.


Itu cuma sementara. Dunia ini sementara. Akhirat kekal abadi. Mungkin di sana bahagia berpanjangan milikmu. InsyaAllah ..


Previous
Next Post »

4 Comments

Click here for Comments
NiaLidia.
admin
May 13, 2012 at 11:53 PM ×

nia suka cara tia menulis ni. sgt menyentuh perasaan bila baca. betul tia cakap , mungkin kita bahagia sehingga lupa dia kan, hmmm takpe, suatu hari akan ada bahagia utk kita,

Reply
avatar
May 14, 2012 at 12:25 AM ×

@NiaLidia. syukran nia :) insyaAllah ...

Reply
avatar
May 16, 2012 at 8:52 AM ×

puitisnya...banyak yang tersirat di sebalik yg tia tulis...

Reply
avatar
babycomel
admin
May 20, 2012 at 8:32 AM ×

kita kena sentiasa didik hati supaya banyak bersabar kan.. & tak lupa untuk berusaha memperoleh kebahagiaan dia sana nanti. Ya Allah, aku mahu!

Reply
avatar