Beruntunglah Orang-Orang Yang Ganjil

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil
[Hadith Muslim no. 145]

Orang yang nak berubah ke jalan Allah ni sentiasa diuji sejauh mana dia boleh bertahan untuk kekal di jalan-Nya. Dengan penerimaan orang sekeliling dia terutama keluarga dan sahabat. Saya sendiri juga pernah diuji sewaktu mula-mula hendak berubah.


Mula-mula sekali , saya mula solat lima waktu. Lantas saya berfikir. Apalah gunanya kalau saya solat lima waktu tapi perintah Allah untuk menyuruh menutup aurat saya abaikan. Dan saya tau , kalau saya ubah cara pemakaian saya. Ianya bukan sekadar menutupi tapi juga melindungi jua mengingatkan diri ini untuk menjaga setiap gerak geri kerana akhlak itu bunga diri.


Seorang sahabat saya yang sentiasa menjaga saya dari jauh pernah cakap dengan saya macam ni ..

Pegang kata-kata ni..
"beruntunglah orang yg sedikit"

Mula-mula saya tak faham. Apa yang dimaksudkan dengan "beruntunglah orang yang sedikit itu." Lepas dia bagi saya satu link , saya baca then barulah saya faham. Kemudian , saya buat lagi research untuk mencari maklumat lanjut tentang hal ini. Alhamdulillah , ada banyak lagi dan kebanyakkan dari yang saya jumpa memang menyampaikan mesej yang sama.


Kalau kita tengok sekarang , ramai sudah manusia yang bertukar fikiran. Orang yang beragama dianggap kolot dan ketinggalan zaman. Orang yang melakukan keburukkan pulak dianggap biasa.


Bila ada seseorang yang mula bercakap agama sikit mesti akan ada suara-suara yang berkata "haa , ustazah/ustaz dah mula dah .." Kalau tak pun mesti ada yang akan kata , "kalau nak ceramah agama , pergi masjidlah."


Bila ada seseorang yang nak buat baik , mesti akan dikata "nak tunjuk baiklah tu. Macam dia baik sangat.." Bila si kawan yang dulunya pakai tudung singkat-singkat , tapi dia dah berubah mesti akan ada yang bersuara "wah! dah jadi ustazah lah.." Kalau tak pun mesti kawan-kawan yang lain pandang semacam. Seolah-olah kawan dia yang pakai tudung labuh tu sedang melakukan perkara pelik. Pelik ke bertudung labuh?



Mereka dianggap ganjil kerana ketika manusia sudah selesa dengan kerosakan dan menerimanya sebagai satu cara hidup , kelompok yang ganjil ini mengajak kepada ma’ruf dan mencegah kemungkaran. Namun mereka menjadi asing dan ganjil kerana mereka adalah minoriti. Majoriti mahukan maksiat dan kerosakan. Minoriti ini menyeru kepada ketaatan dan kemuliaan hidup.




Ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w dianggap asing dan pelik oleh masyarakat Jahiliah apatah lagi Rasulullah s.a.w menentang berhala-berhala mereka , menentang amalan syirik dan khurafat yang mereka lakukan , menentang perzinaan , adat dan budaya yang biasa mereka agungkan. Justeru , apabila Rasulullah s.a.w membawa sesuatu yang bertentangan dengan amalan nenek moyang mereka maka mereka mula bertindak balas dengan menghina , mencela Rasulullah dan menyeksa serta membunuh sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. Inilah gambaran tentang asingnya Islam itu pada peringkat awal dakwah Rasulullah s.a.w.


Firman Allah s.w.t dalam surah Hud ayat 120:

“Setiap berita daripada Rasul-rasul itu, Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), untuk menguatkan hatimu dengannya; telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran dan pengajaran serta peringatan bagi orang yang beriman.”

Apa yang digambarkan oleh Rasulullah s.a.w mengenai keasingan Islam telah mula kelihatan dalam masyarakat kita. Nilai-nilai Islam yang masih ada dalam diri kita telah terhakis sedikit demi sedikit , dosa-dosa besar dianggap biasa , kefasadan dan kemaksiatan dibiarkan berlaku secara terang-terangan , orang-orang jahil bercakap mengenai Islam dan kurangnya perlaksanaan al-amru bi al-ma’ruf wan nahy ‘anil-munkar.


Asingnya Islam juga ialah apabila umat Islam mengabaikan kewajipan ibadat mereka kepada Allah s.w.t , mengabaikan perkara fardu , jahil mengenai hukum halal dan haram , mendekati perkara syubhat, riba’ dianggap halal. Yakin bahawa tanpa riba’ ekonomi tidak mampu berkembang. Arak dan judi jika diharamkan akan memberi kesan kepada perkembangan ekonomi negara.


Mempertahankan Islam di akhir zaman ini umpama menggenggam bara api. Kalau tidak bersungguh-sungguh nescaya agama akan terlepas dari genggamannya kerana suasana sekelilingnya yang tidak membantu pada kebaikan.


Sudahkah kita melihat sekeliling kita macamana keadaannya?


Sumber : Islam Pada Akhir Zaman

Previous
Next Post »

6 Comments

Click here for Comments
May 31, 2012 at 7:59 AM ×

how true this is.... akak pernah sesat, hati nak balik ke jalan betul tapi susah sgt nak stay atas jalan yg betul....

Reply
avatar
Unknown
admin
May 31, 2012 at 8:14 AM ×

@msredcheesecake samalah kita kak .. niat aje tak cukup .. kita kena usaha .. TIA pernah dengar , kalau kita ikhlas nak berubah jadi baik .. Allah akan hantarkan orang yang baik-baik juga dekat kita kak .. insyaAllah .. nak balik ke jalan Allah ni memang tak mudah kak lebih-lebih lagi kalau kita dah terbiasa dengan kehidupan kita yang sebelum ni .. tapi tu lah nak tak nak kita kena kuat juga untuk bangun dan berubah .. takut kita mati tak sempat berubah kak :(

Reply
avatar
aizamia3
admin
May 31, 2012 at 2:29 PM ×

susah nak berada dilandasan yang betul. kena kuatkan hati dan sabar dalam menempuh apa jua rintangan.. ;)

Reply
avatar
YouSOF
admin
May 31, 2012 at 5:29 PM ×

Allah Maha Besar.. Semoga iman kita semakin kuat, aminnn.

Reply
avatar
maszull
admin
May 31, 2012 at 7:35 PM ×

assalamulaikum Tia...moga kita semua di dlm golongan org2 yg kuat imannya...InsyaAllah...:)

Reply
avatar