Akhirnya Tercapai Hajat Hati

"Ibu , jom kita jalan. Belikan along tudung dengan baju. Boleh?"


Selepas beberapa minit , handphone saya berbunyi tanda ada SMS masuk. Saya buka. Baca.


"Along di mana ni?"


Aik , ibu balas jugak. Ada peluang nak keluar jalan ni. Hehe.


"Along dekat mana lagi kalau bukan dalam bilik. Kalau tak jalan , along nak sambung tido ni.."


"Jangan tidur.."


Yess! Jalan. Hehe. Sayang ibu ketat-ketat. So , finally kami pun jalan. Ayah , ibu , adik perempuan yang nombor dua dengan adik lelaki yang bongsu. Akhirnya , tercapai jugak apa yang dihajati. Ibu sangat memahami dua orang anak perempuannya ini.


Susahlah nak cari tudung dekat sini. Saiz tudung yang dijual banyak yang singkat , pendek dan nipis. Saiz yang standard je. Sangat menyedihkan saya sebab susah jumpa yang menepati citarasa. Harap-harap nanti boleh jumpa tudung yang lebih banyak dekat Kota Kinabalu.


Saya dapat rembat satu helai baju tadi. Ingat nak ambik banyak-banyak , tapi segera ingatkan diri sendiri. Sila jangan jadi tamak. Lain kali boleh beli lagi. Hehe. Baju yang saya beli tu dekat bahagian pakaian lelaki. Just baju t-shirt yang besar , lengan panjang dan labuh menutup yang mana patut ditutup.


Orang dekat sekeliling pun tengok-tengok macam pelik je. Seriously dekat situ memang khas untuk pakaian lelaki. Nak buat macamana. Bahagian baju perempuan tak ada yang menepati citarasa saya. Majoriti lengan pendek , sendat dan singkat. Maka , saya abaikan pandangan orang dan meneruskan misi mencari baju yang dikehendaki. Nasib baik ada ibu kesayangan yang senantiasa ada di sisi. Tak lah terasa kekok nak memilih.


Cukuplah setakat ini. Saya nak kemas barang-barang dan pakaian saya lagi. Kemungkinan besar , esok dah nak bertolak ke Kota Kinabalu. Saya pun tak dapat pastikan samada ini entri terakhir saya sebelum menyambung semula pengajian saya selama 6 bulan.


Dari itu , sekian dari saya. Ye saya tau entri ini sekadar entri peribadi. Maaf kalau tak menepati citarasa hati anda :)

Previous
Next Post »

9 Comments

Click here for Comments
P#eoniX
admin
May 31, 2012 at 8:08 PM ×

heheheh...oklah tuh...janji selesa dipakai udah ler...n'way...hati-hati dalam perjalanan...heheh...

Reply
avatar
hawa
admin
May 31, 2012 at 9:24 PM ×

best lerr keluar jenjalan nga family :)


psss ; sabah o sabah :D nak ikuttt (: one day , teringin nak gy :p nanti nak gy umah kak tia lah :^^

Reply
avatar
May 31, 2012 at 9:29 PM ×

nak start belajar semula ke? selamat mula belajar semula :)

Reply
avatar
ijA
admin
May 31, 2012 at 10:11 PM ×

kita pulak rasa gembira , alhamdulilah dapat baju baru..sopan lagi tu..

Reply
avatar
aizamia3
admin
May 31, 2012 at 10:17 PM ×

janji selesa untuk dipakai.. biarlah orang nak pandang camne..

ada masa nanti update ler.. ;)

Reply
avatar
Nong Andy
admin
May 31, 2012 at 10:18 PM ×

saya pun susah mau cari tuding yg berkenan di hati.. aish...

Reply
avatar
pha is
admin
May 31, 2012 at 11:53 PM ×

slamat menyambung pengajian...

Reply
avatar
Nabiha Beha
admin
May 26, 2013 at 6:41 PM ×

kak tia..sya xtau nk bwa baju apa kat kampus tawau..klau belajar gna baju kurung kha hari2..?

Reply
avatar
Tia Fatihah
admin
May 26, 2013 at 8:53 PM ×

untuk Pra Diploma, adik kena pakai baju kurung. masa akak dulu, memang kena pakai baju kurung aje. bila dah naik Diploma, baru boleh pakai baju biasa. tapi tengok keadaan jugak lah. kalau ada kebenaran untuk pakai baju biasa, bolehlah pakai :D

baju untuk siswi, mesti kena longgar dan labuh tau. kalau tak, nanti kena saman.

Reply
avatar