Kisah : Doa Seorang Ibu


Saya ada sedikit perkongsian kali ni.
Tapi saya minta maaf sangat-sangat sebab takde sumber.
Saya tak ingat dekat blog sape saya baca.


Jalan cerita pun saya tak berapa ingat.
Tapi mesej-mesej pentingnya saya ingat.
Ada dua perkara :

  • Doa seorang ibu
  • Manusia yang boleh berubah bila-bila masa

Kisahnya macam ni.
Ada dua orang adik beradik ni.
Sorang kaki clubbing , tak solat , suka melakukan perkara tak baik.
Sorang lagi baik , solat tak pernah tinggal , suka melakukan perkara yang baik.


Lama kelamaan.
Anak yang tak berapa nak baik tu , terdetik hati dia nak berubah jadi macam abang dia.
So , dia pun berubah jadi anak yang baik.
Rajin solat , dah tak buat perkara yang sia-sia.
Dia terfikir.
Bila-bila masa je dia boleh mati.
Dia takut tak sempat taubat.
Jadi , dia pun berubah.


Anak yang sorang lagi tu.
Anak yang baik mulanya.
Suatu hari.
Terdetik dalam hati dia nak buat perkara yang adik dia pernah buat.
Pergi clubbing , solat tinggal , buat perkara yang sia-sia.
Dia terfikir.
Selama dia hidup dia tak pernah pun rasa semua tu.
Lagipun , bila dia dah puas nanti.
Dia bertaubat baliklah.
Itu yang dia fikir.


Allah itu Maha Kuasa.
Suatu hari , berlaku satu runtuhan bangunan. (Kalau tak silap. Maaf)
Dua-dua orang anak tadi meninggal dunia.
Syukur alhamdulillah.
Anak yang tak berapa baik mula-mula tadi sempat berubah jadi baik.
Tapi anak yang dah berubah jadi tak baik tadi.
Tak sempat nak berubah.
Nauzubillah min zalik.


Sebenarnya.
Ibu kedua orang adik beradik tadi ada berdoa semoga anak dia yang tak baik tu akan berubah jadi macam abang dia.
Rajin solat , mendekati Allah , tinggalkan larangan Allah.
Tapi si ibu lupa nak mendoakan anak yang baik itu.
Si ibu menyangka anak yang baik itu tak perlu didoa lagi sebab dia sudah baik.
Itulah kisahnya.


Dapat tak mesej yang cuba saya sampaikan?
Iman manusia ni ada turun naiknya.
Lemah imannya , jatuhlah dia.


Jangan kita sangka orang yang jahat tu selamanya akan jadi jahat.
Bila-bila masa Allah akan buka pintu hatinya untuk berubah.
Dan kita takkan pernah terfikir pun yang dia akan boleh jadi orang yang lebih baik dari orang yang sedia baik.


Dan jangan pulak kita sangka orang yang baik itu selamanya akan baik.
Ujian itu rahsia Allah.
Kita tak tau.
Bila-bila masa dia akan berubah jadi jahat.
Dan kita takkan terfikir pun yang dia akan boleh jadi orang yang lebih jahat dari orang yang sedia jahat.


Ketahuilah.
Allah itu Maha Mengetahui.


Saya juga manusia biasa.
Hati yang kadangkala boleh bersimpang jadinya.
Iman yang kadangkala ada turun naiknya.
Saya masih perlukan bimbingan seseorang untuk terus istiqomah di jalan Allah.


Semoga Allah tetapkan hati kita.
Mati kita dalam islam.
Bukan pada nama saja.
Tapi pada maksudnya.

Previous
Next Post »

7 Comments

Click here for Comments
maszull
admin
May 22, 2012 at 11:35 AM ×

assalamualaikum Tia...semoga kita dpt pengajaran dr n3 Tia ini ye...:)

Reply
avatar
May 22, 2012 at 11:46 AM ×

betul tu TIA...manusia ni bleh berubah bila2 masa..sbb tu kita xleh judge budak2..sbb kita xtahu mereka bleh lakukan perubahan yg besar...

Reply
avatar
Lizan
admin
May 22, 2012 at 11:55 AM ×

thanks tia for this story, mintak2 jangan lah Allah terbalikkan hati kita kan...

Reply
avatar
aizamia3
admin
May 22, 2012 at 1:49 PM ×

kena bahagi samarata untuk anak2 walaupun doa yg berlainan..

Reply
avatar
hidayah
admin
May 22, 2012 at 9:03 PM ×

Oh Tia.. good story sharing la.. rugi sungguh saper tak luangkan masa Baca.
Sentap kejap masa akak Baca. Tak boleh alpa sebagai ibubapa nih..

Reply
avatar
si pena ♥
admin
May 26, 2012 at 9:15 PM ×

boleh tak bila2 masa saya nak share entri awak di facebook atau dekat blog saya? terima kasih. :)

Reply
avatar