Pesanan Seorang Wali Kepada Si Bakal Suami

Sebelum ni saya ada share beberapa lagu nasyid yang lain. Insan Bernama Kekasih. Kali ni saya nak berkongsi satu lagi lagu.


Tajuk lagu ni Saat Lafaz Sakinah oleh Far East. Melodi dan liriknya indah untuk didengar. Sebak hati saya tiap kali dengar lagu tu. Dan saya tak jemu mendengarnya. Lagu tu ialah pesanan seorang wali anak perempuan kepada si bakal suami.


Bila saya hayati lagu tu , ya Allah. Sedihnya. Lalu saya berfikir.


Ibu sudah bersusah payah berjuang dengan nyawanya demi untuk melahirkan saya ke dunia ni. Betapa gembiranya mereka bila anugerah mereka yang satu ini selamat dilahirkan sempurna seorang manusia.


Demi untuk membesarkan saya pulak , ayah bersusah payah membanting tulang mencari nafkah untuk keluarganya. Membesarkan puteri mereka yang satu ini. Ayah lah yang menanggung semuanya. Betapa banyaknya dosa saya dengan ayah. Tak terkira rasanya.


Dan bila tiba masanya nanti , ayah akan menyerahkan pulak puterinya yang satu ini pada seorang lelaki yang diharapkan dapat menyambung menjaga puterinya selepas nikah kelak. Maka , satu episod baru akan bermula.

Bakal suami : Aku terima nikahnya (bakal pengantin perempuan) binti (bakal bapa mertua) dengan mas kahwinnya RM ...

Makna sebenarnya

Aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibu bapanya , apa saja dosa yang dia buat , dari dedah aurat hingga ke tinggalnya solat , aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anak aku. Kalau gagal , maka aku fasik , dayus & aku rela masuk neraka dan malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badan aku.

Sebab tu dikata tanggungjawab selepas kahwin bukannya mudah. Kedua-duanya harus mempersiapkan diri sebelum melangkah ke alam perkahwinan.


Banyak-banyak video , video ni yang saya pilih. Betapa mereka dalam serba bersederhana menuju gerbang perkahwinan. Ini patut dijadikan contoh. Lagu ni jugak mengingatkan betapa besarnya tanggungjawab yang perlu digalas oleh seorang suami.




Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda

Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu

Previous
Next Post »

9 Comments

Click here for Comments
Aimacomel
admin
May 7, 2012 at 9:49 PM ×

1st time dengar lagu ni. sgt menyentuh hati & sgt seronok tengok video tu..

Reply
avatar
Nour Adieb
admin
May 7, 2012 at 10:08 PM ×

Alalala,so sweet.Bergenang air mata,nasib nda tumpah.Takut pulak mau kawen

Reply
avatar
najihahfara
admin
May 8, 2012 at 2:02 AM ×

betapa besarnya tanggungjawab seorang lelaki & suami

Reply
avatar
mie
admin
May 8, 2012 at 2:10 AM ×

fuh!!
gue pun 1st time dengar..
ehehehe

Reply
avatar
ct kektus
admin
May 8, 2012 at 10:06 AM ×

Kalau tak brsedia nak pikul tanggungjawab berumahtangga, memang payahlah.

Reply
avatar
May 8, 2012 at 4:29 PM ×

xperlu kaka dgr, baca lirik pun dh sebak :(

Reply
avatar
Hidayah
admin
May 8, 2012 at 4:58 PM ×

gaya penulisan TIA bebetul dah lain..

dah well prepared nak jadik blogger tegar nih..

:)

Reply
avatar
amna
admin
May 9, 2012 at 4:12 PM ×

SANGAT SUKA.. ;')

Reply
avatar
@apikoss
admin
May 11, 2012 at 6:02 PM ×

hmm. berat amanah tu kan?
p/s :- lama tk datang blog Tia, datang serbu arini. hehehehe. keep in touch kay Tia? <3

Reply
avatar