Sepasang Suami Isteri dan 7 Anugerah Allah


Saya belum lagi kahwin dan sudah semestinya saya belum ada anak. Hehe. Saya nak cerita pasal ibu dengan ayah saya. Ibu saya telah bersusah payah , bertarung nyawa dan telah berjaya memiliki 7 orang anak yakni amanah Allah termasuk saya.


Sepatutnya , kami ada 9 orang adik beradik. Tapi Allah lebih menyayangi 2 orang adik yang belum sempat pun lahir ke dunia. Ibu saya mengalami keguguran sebanyak 2 kali.


Dan inilah kami anak-anaknya yang masih hidup seramai 7 orang. Yang paling sulung berumur 21 tahun (saya) dan yang paling bongsu 1 tahun lebih. Anak pertama dan kedua perempuan , selebihnya lelaki.


Keluarga mana yang Allah tak bagi ujian. Dan keluarga kami juga tak lari dari menerima ujian. Macam-macam ujian yang Allah berikan pada ayah dan ibu untuk tetap mempertahankan keluarga mereka.


Tapi Allah menguatkan hati ayah , untuk sabar dalam mencari rezeki demi keluarga tercinta. Dan ibu , tetap tabah melayani karenah anak-anak bila ayah mencari rezeki di luar.


Pernah suatu hari hati ibu betul-betul diuji. Ayah puas memujuk ibu. Satu kata-katanya yang mengusik hati kecil saya.

"Sabarlah. Saya akan tetap jaga awak. Apapun masalah kita , saya takkan tinggalkan awak. Saya suami yang akan tetap ada sisi awak."

Kata-kata itulah yang menguatkan hati seorang isteri dan seorang ibu.


Takkan terbalas oleh kami 7 orang adik beradik jasa ibu dan ayah. Kelak , saya juga akan menjadi seorang isteri dan seorang ibu kepada anak-anak saya. InsyaAllah. Mampukah saya menjadi sekuat ibu saya? Diberikah saya seorang suami yang teguh hatinya seperti ayah saya?


Semua itu masih rahsia. Rahsia Allah. Saya cuma boleh berdoa , dan mempersiapkan diri saya untuk menjadi isteri dan ibu kepada anak saya kelak. Sekarang , biarlah saya menjadi anak yang solehah dulu untuk ibu dan ayah saya ...

Previous
Next Post »

10 comments

Click here for comments
Cik Aiza..
admin
May 14, 2012 at 6:57 PM ×

Tia.. Aiza pun mengalami perkara yg sama..cuma bezanya adik beradik Aiza cuma 2... dan punyai ayah yang sangat loyal dan sentiasa berada disisi keluarga.. skg ,Allah dah jemput ayah dulu.. n now..im same to u Tia.. wonder if i can be strong like my mom n loyal like my father.. kite doa same2 agar dipermudahkan jalan dan punyai keluarga yang hebat..amin...=)

Reply
avatar
happy eim
admin
May 14, 2012 at 8:17 PM ×

sesiapa yg bergelar ayah and ibu, pasti diberi kkuatan oleh Allah utk lakukan apa saja for their children..^^

Reply
avatar
Aisy Nasiha
admin
May 14, 2012 at 9:06 PM ×

bestnya ada keluarga besar..... macam-macam pengalaman dan meriah.. tulah, bila fikirkan ibu bapa kita besarkan kita dengan penuh sabar walaupun susah, kadang-kadang insaf diri. Selalu sabarkan diri nk didik anak yg sorg ni.

Reply
avatar
May 14, 2012 at 11:15 PM ×

meriah dan indahnya rasa bila dianugerahkan keluarga yg besar..

pengorbanan mak dan ayah tersgt bernilai..
bandinglah dgn berapa nilai harganya kasih mereka tiada tolak bandingnya..

amin..moga2 tia dikurniakan kekuatan seperti ibu tia dan dianugerahkan seorang suami serta anak2 yg soleh..:)

Reply
avatar
May 15, 2012 at 3:45 PM ×

betul tu, dlm keluarga ni mesti ujian yg akn menimpa..tetapi ujian itu ujian menguat ikatan hubungan antara keluarga... itulah, kena berbuat baik kpd kedua2 ibu bapa kita sbb ape yg kita buat kt mereka akan dicerminkan semula kat anak2 kita suatu hari nanti...

btw, may Allah bless ur family, amin

Reply
avatar
miss Fyqa
admin
May 15, 2012 at 8:26 PM ×

pengorbanan ibu dan ayah..tak ternilai.. ^___^

Reply
avatar
May 16, 2012 at 8:49 AM ×

Kelak...Tia akan merasa bagaimana menjadi seorang ibu...dan ketika itulah..baru tia terfikir betapa susahnya ibu dan ayah membesar dan mendidik kita...

Reply
avatar
May 17, 2012 at 3:35 PM ×

suda sedia ka sis ni mau jd bini/mak yaa..

Reply
avatar
mama hani
admin
June 1, 2012 at 3:08 PM ×

salam.....tq for sharing..... (^_^)

Reply
avatar